Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI

1.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta
sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan
sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu
amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk
manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada
kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu
produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya,
Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan
sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej
atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai
suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun
pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan
perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni,
ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut,
sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri
mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep
kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual.
Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam
kesenangan ini.

2.0 Aplikasi Seni dalam pendidikan
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa
bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi
merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan
sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.
Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi
satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk
seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik
manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan
satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak
dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar
pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai
aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya
menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan,
manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan
seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan
akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam
komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh
dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik
akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari
dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru
perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran
supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,
pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,
ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik
seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu
menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas
seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari
ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita
pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan
pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan
akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan
lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat
membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu,
kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu
mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual
mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin
diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.
Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar
dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan
kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi.
Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan
seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan
masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan
imaginasi

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan
seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut
dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat
mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini.

Anda mungkin juga menyukai