Anda di halaman 1dari 1

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester yang kelima ini saya serta seluruh guru pelatih semester lima
ambilan Jan 2012 akan menghadiri praktikum fasa 1 yang akan berlangsung selama
empat minggu persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan
Kampus Tuanku Bainun, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum
selama sebulan yang bermula pada 31 Mac 2014 hingga 25 April 2014. Paraktikum ini
adalah untuk kursus major iaitu Pendidikan Prasekolah. Latihan praktikum ini
dilaksanakan sebagai memenuh isyarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan
Guru.
Memandangkan ini merupakan praktikum saya yang pertama, saya berharap
dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta
suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awa lsebelum saya
ditauliahkan sebagai seorang guru pada masa hadapan. Pendedahan awal ini sangat
penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu
sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa
mengajar kelak.
Sejurus itu, ilmu yang dipelajari sepanjang empat semester sebelum akan saya
cuba mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolahtersebut. Pada masa yang
sama, saya berharap dapat mempelajari mengenai cara penyediaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu, saya juga berharap bahawa
saya akan dapat mempelajari cara-cara menyediakan rancangan pengajaran harian
yang lebih baik dan menarik. Saya mengharapkan guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing saya membantu saya dari segala aspek untuk memperbaiki segala
kelemahan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai akhir kata, saya berharap agar praktikum kali ini akan membina
pengalaman, pengetahuan serta kenangan yang amat bermakna dengan bantuan
pensyarah pembimbing, guru pembimbing serta warga sekolah yang berpengalaman
dalam bidang perguruan.
Sekian, terima kasih.