Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester yang keenam ini kami seluruh guru pelatih semester enam
ambilan Jan 2012 akan menghadiri praktikum fasa kedua yang akan berlangsung
selama lapan minggu persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut
Pendidikan Kampus Tuanku Bainun, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun
praktikum selama dua bulan yang bermula pada 14 Julai 2014 hingga 12 September
2014. Paraktikum ini adalah untuk kursus major iaitu Pendidikan Prasekolah dan
kursus minor pertama iaitu Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan
sebagai memenuh isyarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Pada
kali ini, saya dengan pasangan praktikum dilantikkan untuk latihan mengajar di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Tasek Permai.
Memandangkan ini merupakan praktikum kedua saya di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, kerana kami dilantikkan di Sekolah Kebangsaan bagi praktikum
fasa pertama dan saya berharap dapat memahami dan mengenali sedalamnya
mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai
pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru
pada masa hadapan. Pendedahan awal ini sangat penting kepada bakal guru supaya
teknik pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga saya akan dapat
mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat
digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Sejurus itu, ilmu yang dipelajari sepanjang empat semester sebelum akan saya
cuba mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolahtersebut. Pada masa yang
sama, saya berharap dapat mempelajari mengenai cara penyediaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan. Di samping itu, saya juga berharap bahawa
saya akan dapat mempelajari cara-cara menyediakan rancangan pengajaran harian
yang lebih baik dan menarik. Saya mengharapkan guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing saya membantu saya dari segala aspek untuk memperbaiki segala
kelemahan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Sebagai akhir kata, saya berharap agar praktikum kali ini akan membina
pengalaman, pengetahuan serta kenangan yang amat bermakna dengan bantuan
pensyarah pembimbing, guru pembimbing serta warga sekolah yang berpengalaman
dalam bidang perguruan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

.
(MAGESSWARI A/P MUNIANDY)

Anda mungkin juga menyukai