Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 5/9

Minggu Praktikum : 5
Tarikh : 11 Ogos 2014 15 Ogos 2014
Tajuk : Murid Tidak Memberi Tumpuan dan Hiperaktif

1. Masalah / peristiwa
Pada minggu ini, setelah membuat pemerhatian secara menyeluruh, saya
telah mengenal pasti seorang murid yang sering tidak mendengar arahan guru.
Murid tersebut mempunyai masalah memberi tumpuan serta hiperaktif. Murid
tersebut bernama Prekashan A/L Nanthan berumur 5+ tahun. Dia pandai dan rajin.
Namun, dia mengalami masalah untuk duduk diam pada sesuatu masa. Rakan-
rakan sekelasnya juga sentiasa mengadu kepada guru mengenai tingkah lakunya
yang suka mengganggu rakan-rakan sewaktu guru mengajar.
Sewaktu pengajaran dan pembelajaran, murid tersebut tidak memberikan
perhatian yang menyeluruh manakala sentiasa mengganggu rakan-rakannya untuk
turut bising. Murid tersebut juga sukakan perhatian. Apabila ditanya soalan, murid
tersebut tidak mahu menjawab soalan guru. Murid tersebut hanya menjawab soalan
jika guru menegur atau memarahinya.
Selain itu, murid tersebut cepat bosan. Semasa kerja kumpulan, dia tidak
memberi kerjasama kepada ahli kumpulannya maka hanya mengganggu mereka.
Hal ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan
pengajaran harian.

2. Analisis
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
Masalah tidak memberi tumpuan dan hiperaktif tergolong dalam kategori
ADHD. Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai
kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur 7
tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif dan hiperaktif-
impulsif yang terlalu kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada
individu pada tahap-tahap perkembangannya. Definisi ADHD yang diberikan oleh
Persatuan Psikologi Amerika dikategorikan kepada 3 ( Marilyn Friend, 2005) iaitu
ADHD kurang tumpuan, ADHD Hiperaktif-Impulsif, dan ADHD gabungan.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama satu minggu, saya dapati
murid yang saya pilih mempunyai masalah ketiga iaitu ADHD gabungan. Murid
tersebut tidak boleh memberi tumpuan dan hiperaktif sekaligus. Subjek memahami
apa yang diperkatakan oleh orang lain tetapi tidak akan memberi respons dan akan
meneruskan aktivitinya sendiri sahaja.


Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : .................................. Tandatangan : ................................
Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai