Membina laman web secara percuma (Jika anda telah mempunyai komputer dan Windows). Semasa membina laman web, talian Internet tidak diperlukan. Bagaimana meletakkan laman web di internet. Mengiklankan laman web. Dari penulis Penulis terdorong untuk menulis buku ini setelah mendapati kurangnya buku-buku mengenai pembinaan laman web dalam Bahasa Melayu dalam pasaran. Sudah tentu ramai individu, guru-guru sekolah Melayu, murid-murid sekolah Melayu, pelajar institusi dan kolej pengajian awam dan swasta aliran Melayu yang berminat mengenai laman web dan dahagakanpanduan untuk membina laman web. Melalui buku ini penulis mahu berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pembinaan laman web yang asas. Penulis cuba membuat pendekatan yang mudah dalam memperkenalkan cara membina laman web. Tajuk-tajuk dalam buku ini disusun dengan harapan pembaca akan belajar mengikut susunan tajuk, hingga apabila semua tajuk telah dilalui, pembaca akan mempunyai gambaran bagaimana untuk membina laman web sendiri. Penulis ingin meyakinkan pembaca bahawa membina laman web adalah mudah. Untuk menghasilkan laman web, tidak memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris yang mendalam. Anda tidak perlukan kredit dalam bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM untuk berjaya membina laman web. Bacalah buku ini hingga habis sambil cuba membina laman web anda sendiri. Anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk membina satu laman web yang ringkas, mungkin 15 minit sahaja. Ketidakpastian atau kurang keyakinan adalah halangan yang anda akan hadapi. Setelah anda berjaya membina laman web yang pertama, segalanya akan tiba-tiba menjadi mudah. Pada masa akan datang, kebolehan membina laman web akan meningkatkan nilai anda, anak anda dan cucu cicit anda dalam pasaran pekerjaan. Juga boleh meningkatkan nilai perniagaan anda dan majikan anda. Oleh kerana ianya mudah, ia harus dikuasai secepat mungkin. Selamat membaca dan mencuba. Pendahuluan Dizaman internet ini, kebolehan membina laman web sangat berguna, untuk diri sendiri, keluarga, sekolah, komuniti, syarikat dan negara. Laman Web menjadi antaramuka (interface) untuk sesiapa saja samada individu atau syarikat atau organisasi menyalurkan pandangan, maklumat, pengiklanan, pembelajaran, hiburan dan sebagainya untuk dicapai oleh sesiapa juga di dunia dalam masa beberapa saat sahaja. Sebaik saja kita membuka program Internet Explorer atau Netscape Communicator di komputer kita, apa yang kita lihat di skrin ialah satu laman web. Seterusnya apabila kita melayari internet menggunakan program-program pelayar internet itu, apa yang sebenarnya kita lihat di skrin ialah laman web demi laman web. Kita menulis alamat satu-satu laman web (URL) pada kotak URL di Internet Explorer, contohnya "http:/www.jaring.my", kemudian kita klik butang 'Go', kita akan dapat melihat laman web Jaring (jika kita telah 'online'). Berbagai perkara terpapar dalam laman web itu. Laman Web itu mungkin mengandungi gambar-gambar atau grafik dimana apabila kita klik pada satu gambar, laman web lain akan muncul. Semuanya laman web, laman web, laman web..... Tentu seronok kalau kita boleh membina laman web kita sendiri dan ramai orang dari seluruh dunia boleh melihatnya. Kita Boleh!! Susahkah membina laman web? Dengan apa kita boleh membina laman web ? Bacalah seterusnya... Mengapa mahu bina laman web Salah satu atau beberapa perkara berikut mungkin menjadi sebab mengapa kita perlu mempelajari cara membina laman web. 1. Laman Web adalah antaramuka kepada internet. Melaluinya kita dapat melihat dan mendengar apa-apa yang ada dalam internet, atau untuk kita memperlihatkan dan memperdengarkan apa-apa yang kita ada untuk komuniti internet. 2. Bila kita melayari internet, kita sebenarnya melayari laman web demi laman web. Sampai bila kita cuma boleh melayari tetapi kita tidak punya apa-apa untuk dilayari ? Buatlah laman web supaya kita dilayari. 3. Dengan mempunyai laman web, kita dapat memaparkan idea, pengetahuan dan maklumat mengenai apa sahaja untuk di baca atau dikongsi oleh semua orang dalam dunia ini. 4. Jika kita seorang pelajar atau pekerja, kebolehan membina laman web boleh menaikkan nilai kita di pasaran pekerjaan. 5. Olehkerana laman web boleh dikaitkan terus dengan sistem e-mel, laman web menjadi salah satu cara berkomunikasi yang berkesan. Susahkah membina laman web Jawapannya, mudah. Kita tuliskan saja begini : <HTML></HTML> Kita tuliskan ia dalam satu fail Notepad dan menyimpannya dengan nama yang berakhir dengan ".htm" atau ".html" seperti "Laman Websaya.htm". Dengan ini kita telah membina satu laman web, walaupun ia tidak mengandungi apa-apa isi, hanya laman web kosong. Untuk makluman, <HTML> dan </HTML> adalah contoh dua penanda (tag) yang digunakan untuk membina laman web. Laman Web dibina dengan menuliskan tag-tag. Dalam buku ini, tag- tag akan kita tuliskan dalam program Notepad. Selain dari dua tag itu, terdapat berpuluh-puluh lagi (bukan beratus-ratus) tag yang kita boleh gunakan. Buku ini akan menunjukkan sebahagian tag-tag berkenaan. Untuk makluman, tag-tag berkenaan mudah dihafal kerana ia terdiri dari sukukata bahasa Inggeris yang mudah. Selain dari itu, tidak ada salahnya kita membina laman web dengan buku ini atau buku rujukan lain kita letakkan disebelah kita untuk dibuat rujukan bila perlu. Untuk makluman kita lagi, semua tag-tag yang digunakan untuk membina laman web adalah dinamakan 'Bahasa HTML' (HTML language). Sekarang ini, versi yang terbaru bagi bahasa ini ialah versi 4 (dipanggil HTML 4). Dalam buku ini, versi HTML yang digunakan ialah versi 3.2. Semua tag-tag dalam versi 3.2 ada dalam versi 4. Hanya terdapat beberapa tag-tag tambahan sahaja dalam versi 4. Jadi, mempelajari bahasa HTML versi 3.2 adalah mencukupi untuk kita membina laman web. Belum perlu jalinan internet Semasa membina laman web, komputer kita tidak perlu mempunyai jalinan internet (internet connection). Semasa mencuba laman web juga kita tidak perlu mempunyai jalinan internet. Buatlah secanggih-canggih laman web dalam komputer kita dan kita tidak perlu jalinan internet. Hanya apabila kita mahu orang lain membaca laman web kita, barulah kita perlu mempunyai jalinan internet. Apa yang kita perlu semasa membina dan mencuba laman web ialah program Notepad dan Internet Explorer atau program pelayar internet (internet browser) lain. Apa yang kita perlukan Apa yang kita perlukan untuk membina laman web ? Dalam buku ini kita akan menggunakan program Notepad untuk membina laman web dan mencuba (test) dengan program Internet Explorer yang berjalan (run) dalam Microsoft Windows 95. Selain itu kita juga perlu satu program grafik (kita boleh mulakan dengan Microsoft Paint) untuk membina gambar yang ringkas. Secara ringkas, inilah yang kita perlukan : 1. Komputer. 2. Windows 95/98. 3. Program Notepad. 4. Program Internet Explorer. 5. Program Microsoft Paint. Semuanya sudah ada dalam komputer kita. Kita tidak perlu berbelanja satu sen pun lagi. Kita hanya perlu sedikit masa dan usaha. Membina laman web dengan Notepad Sebenarnya terdapat bepuluh-puluh program dalam dunia ini yang boleh kita gunakan untuk membina laman web. Contohnya, kita boleh gunakan Microsoft FrontPage, Frontpage Express, Cutepage, HotDog dan lain-lain lagi. Saban bulan, program-program baru akan muncul di pasaran. Kita boleh mengetahuinya dengan membaca majalah-majalah komputer, berita-berita komputer atau mencari di internet. Notepad dipilih dalam buku ini kerana ia percuma. Ia sudah tersedia dalam komputer kita, datang bersama Windows 95. Jadi kita tidak perlu meng'instal' Notepad. Menggunakan notepad juga pantas, memudahkan kita mengawal persembahan, senang melihat previu. Menggunakan Notepad juga akan memaksa kita untuk mahir dan menguasai bahasa HTML. Walaupun program-program lain dapat menghasilkan laman web secara visual tetapi sebenarnya mereka juga menghasilkan kod-kod yang menggunakan bahasa HTML. Apabila kita tidak puashati dengan laman web yang terhasil melalui program-program ini, kita akan terpaksa berpatah balik kepada bahasa HTML untuk membuat pindaan kepada yang lebih memuaskan hati. Contoh kegunaan laman web untuk individu... 1. Memaparkan maklumat dan perkembangan diri kita dan keluarga kita. 2. Menyampaikan idea-idea kita untuk tatapan manusia di dunia. 3. Memperkenalkan barang jualan atau perkhidmatan yang kita tawarkan. 4. Memasukkan laman web kita dalam intranet syarikat kita bertugas (Jika ia diterima oleh pengurusan syarikat). Kepada siapa buku ini ditujukan Buku ini ditujukan terutamanya untuk : 1. Individu berpendidikan Melayu yang mempunyai perasaan ingin tahu dan berminat mengenai laman web. 2. Para pelajar sekolah rendah dan menengah dari aliran Melayu. 3. Para pelajar kolej swasta dari aliran Melayu. 4. Para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang bukan dari jurusan IT dan berminat untuk membina web page sendiri. 5. Para guru sekolah rendah dan menengah dari sekolah aliran Melayu yang berminat. 6. Pelajar semester pertama jurusan IT aliran Melayu di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Untuk makluman, terdapat berpuluh-puluh buku mengenai membina laman web dalam bahasa Inggeris dan Cina dalam pasaran buku negara kita, tetapi sangat kurang buku begini terdapat dalam kedai-kedai buku. Diharapkan buku ini dapat membantu petuju-petuju diatas. Bagaimanapun, lain-lain individu tidak dihalang untuk menggunakan buku ini. Mungkin kerana isinya yang mudah difahami, ia boleh menjadi asas belajar laman web yang berguna. Membina Laman Web paling ringkas Laman Web paling ringkas ialah sebuah laman web kosong. Kita hanya perlu menulis 2 baris tag (kod) berikut untuk membina laman web kosong : <HTML> </HTML> Kita boleh gunakan huruf kecil, jika kita mahu. Begini : <html> </html> Sebenarnya kita boleh cantumkan kedua-dua baris itu menjadi satu, seperti berikut : <html></html> Awasi tanda-tanda <,> dan /. Kita tuliskan kod diatas dalam satu fail Notepad. Ikuti langkah berikut: 1. Buka program Notepad (Biasanya program ini boleh kita capai apabila kita klik 'Start / Programs / Accessories / Notepad').
2. Dalam ruang Notepad, tuliskan kod yang dinyatakan diatas. Berikut ialah contoh ruang Notepad yang mengandungi kod tersebut.
3. Simpan (save) fail itu (klik menu 'File / Save') dan beri nama kepada fail berkenaan. Pastikan nama fail berpenambahan ".htm" atau ".html" (mana-mana satu pun boleh), contohnya "Muka1.htm" atau "Muka1.html".
Pastikan anda memilih 'Text Documents' pada kotak "Save as type'. Ini akan menjadikan apa- apa yang kita tulis dalam Notepad disimpan sebagai teks sahaja, tanpa apa-apa format pada mana-mana perkataan dalam fail itu. Satu fail 'htm' atau 'html' ialah fail teks semata-mata. Hasilnya mungkin kelihatan seperti berikut (Perhatikan tajuk kepala Notepad) :
4. Tutup fail ini dan juga program Notepad (klik menu 'File / Exit'). 5. Buka program Microsoft Internet Explorer (Biasanya program ini kita boleh capai apabila kita klik 'Start / Programs / Internet Explorer'.
6. Pada kotak 'Address', tuliskan alamat penuh dimana fail 'Muka1.htm' itu berada. Dalam buku ini, fail itu terletak dalam folder berikut : D:\Projek Buku\membina web page\Muka1.htm. Anda mungkin meletakkannya di lain folder dalam komputer anda. Jika demikian, tuliskan alamat yang berkenaan. Berikut ialah contoh kotak 'Address' yang telah diisi dengan alamat fail 'htm'.
7. Selepas menulis alamat di kotak 'Address', ketuk sekali kekunci 'Enter' di kibod. Kita akan lihat satu laman web yang kosong seperti gambar diatas (tiada isi apa-apa) kerana kita memang belum mengisinya... 8. Tutup Internet Explorer (jika anda mahu) (Klik menu 'File / Close' pada Internet Explorer). Dalam buku ini kita akan membuka (menayangkan) fail laman web (.htm) menggunakan Internet Explorer. Internet Explorer adalah salah satu program yang dipanggil 'pelayar web'. Antara pelayar web lain ialah 'Netscape Communicator'. Semua pelayar web berguna untuk membuka dan menayangkan laman web. Begitulah mudahnya membina satu laman web. Kita hanya perlukan program Notepad untuk menulis dua baris kod dan program Internet Explorer untuk menayangkan kod berkenaan. Kita boleh ulangi langkah membuka dan menutup laman web menggunakan Internet Explorer untuk memuaskan hati kita bahawa kita telah berjaya membina satu laman web, walaupun kosong. Kita juga boleh membuka Notepad semula untuk membuka fail laman web dan melihat semula kod yang telah kita tulis. Ini boleh dilakukan dengan menu 'File / Open' dalam Notepad, kemudian cari fail 'Muka1.htm.', kemudian klik OK. Kita akan lihat semula kod yang kita tuliskan. Semasa menulis kod, jangan tertinggal tanda-tanda <, > dan / serta pastikan kedudukannnya dengan betul. Ejaan 'html' juga hendaklah betul. Jika tidak, hasil yang anda lihat melalui Internet Explorer tidak seperti yang anda harapkan. Membuat pindaan Setelah kita membuat laman web yang kosong, sudah tentu kita mahu mengisinya dengan bahan- bahan tulisan, grafik dan sebagainya. Pindaan-pindaan tidak dapat dielakkan. Kita boleh membuat pindaan pada fail 'htm' menggunakan Notepad pada bila-bila masa. Tentu pada takat ini kita memikirkan bahawa untuk melakukan pindaan kita perlu melakukan siri langkah-langkah berikut : 1. Buka fail 'htm' dengan Notepad. 2. Buat pindaan. 3. Simpan fail. 4. Tutup Notepad. 5. Buka Internet Explorer. 6. Tulis alamat fail pada kotak 'Address'. 7. Ketuk kekunci 'Enter' dikibod. 8. Lihat laman web yang terpapar. 9. Tutup Internet Explorer. Sebenarnya, kita tidak perlu membuka dan menutup Notepad dan Internet Explorer tiap-tiap kali kita mahu membuat pindaan dan melihat hasil pindaan. Kita boleh membuka kedua- dua program itu danmembiarkan kedua-duanya terbuka sambil membuat pindaan dan melihat hasil pindaan. Apabila kita membuka kedua-duanya, kita boleh mengaktifkan (memfokus atau menumpu) mana-mana program yang kita mahu dengan lebih cepat kerana ia terdapat di 'Taskbar' Windows 95. Berikut ialah contoh kedua-dua program yang terdapat di Taskbar.
Apabila kita mahu membuat pindaan pada kod, kita klik pada ikon fail Notepad yang terdapat di Taskbar. Fail itu akan aktif di skrin. Kita buatlah pindaan. Selepas membuat pindaan, jangan lupa simpan pindaan itu. Untuk melihat hasilnya, kita klik pula pada ikon fail Internet Explorer yang terdapat di taskbar. Fail itu pula akan aktif di skrin. Kemudian kita klik butang 'Refresh' yang ada pada Internet Explorer.
Segala pindaan dalam fail Notepad tadi akan di lihat hasilnya dalam Internet Explorer. Begitulah kita bertukar-tukar tumpu (focus) dari fail Notepad dengan Internet Explorer sepanjang kita membina laman web sehingga siap. Awas, kita hendaklah membuka satu sahaja fail Notepad. Jika kita membuka fail Notepad yang sama lebih dari sekali, kita akan dapati lebih dari satu fail Notepad di skrin. Akibatnya kita boleh keliru di fail Notepad manakah pindaan harus dibuat. Pindaan pada satu fail Notepad tidak akan mengemaskinikan fail Notepad yang lain, walaupun ia sebenarnya fail yang sama. Untuk pengetahuan tambahan, Jika kita klik kanan tetikus pada mana-mana bahagian Internet Explorer, kita akan melihat satu menu pop-up :
Pilih menu 'View Source'. Fail Notepad bagi laman web yang dipaparkan akan terbuka. Jadi, ini adalah cara yang lebih mudah untuk mencapai fail Notepad bagi laman web kita. Kita hanya perlu membuka fail laman web menggunakan Internet Explorer, kemudian klik kanan pada Internet Explorer. Kita akan perolehi fail Notepad yang mengandungi kod-kod berkaitan. Cara mudah membuka fail Notepad ini boleh menyebabkan kita tersasar membuka lebih dari satu fail Notepad bagi laman web yang sama. Untuk memeriksa samada kita telah membuka lebih dari satu fail Notepad bagi satu laman web, lihat pada taskbar. Jika ada lebih dari satu, tutup semuanya kecuali satu sahaja, iaitu fail yang terkini. Ingat, kita hanya perlu buka satu saja fail Notepad bagi laman web kita. Satu lagi maklumat berguna ialah, apabila kita telah satu kali menulis alamat laman web pada kotak 'Address' pada Internet Explorer, alamat itu akan tertinggal disitu. Apabila kita telah menutup Internet Explorer, dan dilain kali kita membukanya semula, alamat laman web kita akan terdapat disitu. Kita klik pada bucu kanan kotak itu untuk mendapatkan senarai alamat laman web, kemudian pilihlah alamat laman web kita. Kemudian ketuk kekunci 'Enter' dikibod. Dengan ini kita tidak perlu menulis semula alamat laman web yang panjang itu. Berikut ialah contoh gambarajah apabila kita klik pada bucu kanan kotak 'Address' untuk mendapatkan senarai alamat laman web sebelum kita klik pada mana-mana alamat yang berkenaan.
Memasukkan kepala tajuk laman web Dalam bab terdahulu iaitu 'Membina laman web paling ringkas', kita dapati kepala tajuk laman web ialah 'D:\Projek Buku\Membina web page\Muka1.htm'.
Ini merupakan kombinasi nama fail dan direktori (folder) dimana fail ini berada. Sudah tentu kita tidak gemar ini menjadi tajuk kepala laman web kita. Untuk memasukkan kepala tajuk yang tertentu kepada laman web, contohnya 'Muka 1', kita gunakan tag <HEAD> dan <TITLE>. HEAD bermaksud kepala, sementara TITLE bermakna tajuk. Untuk makluman, tag <HEAD> menandakan permulaan kepala laman web sementara tag <TITLE> menandakan permulaan tajuk kepala laman web. Tag </HEAD> mengakhiri tag <HEAD> sementara tag </TITLE> mengakhiri tag <TITLE>. Lihat contoh penggunaannya seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> </HTML> Dalam Notepad, ia mungkin kelihatan seperti berikut :
Pinda fail Notepad laman web kita kepada baris-baris seperti diatas. Simpan (save) dan lihat hasilnya dari Internet Explorer. Hasilnya dalam Internet Explorer akan kelihatan seperti berikut :
Perhatikan tajuk kepala laman web telah bertukar kepada 'Muka 1'. Tag </HEAD> adalah tanda penamat kepada tag <HEAD> iaitu tanda berakhirnya kepala laman web. Tag </TITLE> adalah tanda penamat kepada tag <TITLE> iaitu tanda berakhirnya tajuk kepala laman web. Kita akan jumpa banyak lagi tag-tag (kod-kod) selepas ini dalam bab-bab yang seterusnya. Tiap- tiap tag mempunyai fungsi (kegunaan) tersendiri. Sila ambil perhatian dan ingat bahawa tiap-tiap tag ada tanda pemula dan tanda penamatnya. Setakat ini, kita tahu penamat tanda <HTML> ialah </HTML>, sementara penamat tanda <HEAD> ialah </HEAD> dan penamat tanda <TITLE> ialah </TITLE>. Semua penamat menggunakan tanda / . Tag <TITLE> dan </TITLE> seharusnya berada diantara tag <HEAD> dan </HEAD>. Ini kerana, secara logiknya, kita membina kepala dahulu, barulah dibubuh tajuk, bukan sebaliknya. Begitu juga, tag <HEAD> dan </HEAD> berada diantara tag <HTML> dan </HTML>, kerana kepala laman web berada didalam laman web, bukan laman web berada dalam kepalanya!! Sentiasalah memikirkan logik apabila kita meletakkan kod-kod kita untuk mengelakkan dari sering melakukan kesilapan. Oleh kerana tag <HTML> dan </HTML> adalah laman web itu sendiri, ini bermakna semua tag- tag lain (kita akan pelajari nanti) mesti berada diantara tag-tag ini. Tag <HTML> akan sentiasa diletakkan di kedudukan paling atas dalam fail Notepad dan tag </HTML> sentiasa diletakkan dalam kedudukan terakhir dalam fail Notepad. Satu lagi perkara, semua tag-tag boleh ditulis dalam huruf kecil, seperti <head>, </head> , <title> dan sebagainya, mengikut kegemaran kita. Selain itu, tag-tag boleh ditulis bersambungan begini : <HTML><HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD></HTML> atau begini (dengan huruf kecil): <html><head><title>Muka 1</title></head></html> Terpulang kepada kita stail mana yang kita gemar atau yang mudah kita baca. Kita boleh tukarkan perkataan "Muka 1" kepada perkataan-perkataan lain. Apa-apa perkataan yang berada diantara tag <TITLE> dan </TITLE> akan menjadi tajuk kepala laman web. Bagaimanapun ingat bahawa kedua-dua tag pula mesti berada dalam tag <HEAD> dan </HEAD>. Tag <HEAD> dan </HEAD> pula mesti berada dalam tag <HTML> dan </HTML>. Semasa menulis kod, jangan tertinggal tanda-tanda <, > dan / serta pastikan kedudukannnya dengan betul. Ejaan-ejaan kod juga hendaklah betul. Jika tidak, hasil yang anda lihat melalui Internet Explorer tidak seperti yang anda harapkan. Membina dan mengendali badan laman web Kita telah membina rangka laman web dengan tag <HTML> dan </HTML>. Kita juga telah membina kepala laman web dengan <HEAD> dan </HEAD> dan telah memasukkan tajuk kepala laman web dalam tag <TITLE> dan </TITLE>. Tetapi, kita belum membina badan laman web. Badan laman web ialah segala bahagian dibawah kepala laman web. Untuk membina badan laman web, kita gunakan tag <BODY> sebagai tanda pemula dan tag </BODY> sebagai tanda penamat. Kita letakkan tag ini selepas tag </HEAD> (selepas kepala laman web) dan sebelum tag </HTML> (sebelum tamat rangka laman web). Logiknya, badan diletakkan dibawah kepala dan diatas kaki (andainya </HTML> dianggap sebagai kaki). Pinda fail Notepad kita supaya isinya menjadi seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Perhatikan kita telah memasukkan tag-tag <BODY> dan </BODY>. Awasi kedudukannya. Kita boleh menulisnya bersambungan begini : <HTML><HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD><BODY></BODY></HTML> atau menggunakan huruf kecil, begini : <html><head><title>Muka 1</title></head><body></body></html> Perhatikan kedudukan tag <BODY> dan </BODY>. Didalam badan laman weblah kita akan memasukkan apa-apa tulisan atau grafik, iaitu kita akan masukkan perkataan-perkataan dan gambar diantara tag-tag <BODY> dan </BODY>. Semasa kita membina laman web kosong diawal buku ini, kita belum menulis kod <BODY> dan </BODY> tetapi nampaknya laman web sudah mempunyai badan. Sebenarnya badan belum ujud. Nampak macam ada, tapi sebenarnya belum ada. Hanya setelah kita menulis tag <BODY> dan </BODY> barulah badan laman web sebenar-benarnya ujud. Apabila kita memasukkan tag <BODY> dan </BODY>, kemudian kita cuba melihat kesannya menggunakan Internet Explorer, kita tidak akan dapat melihat apa-apa kesan. Bagaimanapun, memasukkan tag <BODY> dan </BODY> sangat penting kerana diantaranyalah kita akan memasukkan tulisan dan gambar (dengan menggunakan tag-tag lain yang dituliskan diantara tag-tag <BODY> dan </BODY>). Berikut ialah contoh laman web yang telah dimasukkan tag <BODY> dan </BODY>. Kita tidak akan nampak apa-apa perubahan.
Dalam fail Notepad, kodnya ialah seperti berikut :
Memasuk dan mengendali perkataan dalam badan laman web Apa-apa perkataan yang kita mahu ia kelihatan dalam laman web (bila fail htm dibuka dengan Internet Explorer), perkataan itu mestilah dimasukkan diantara tag <BODY> dan </BODY> iaitu dalam badan laman web. Logiknya, selepas kita membina badan laman web barulah kita mempunyai tempat untuk menulis. Apa-apa yang kita tuliskan diantara tag <BODY> dan </BODY> dalam fail laman web Notepad akan dipaparkan oleh Internet Explorer. Katakan kita hendak memasukkan perkataan "Saya pun boleh !" dalam laman web, supaya kita atau pengguna yang membuka fail ".htm" itu boleh nampak perkataan tersebut bila ia dibuka dari Internet Explorer. Pinda fail Notepad kita supaya mengandungi kod-kod dan perkataan berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Saya pun boleh !! </BODY> </HTML> Perhatikan, kita memasukkan perkataan 'Saya pun boleh !!' diantara tag <BODY> dan </BODY>. Hasilnya melalui Internet Explorer akan kelihatan seperti berikut :
Jadi, apa-apa perkataan (yang bukan tag atau kod HTML) yang kita tuliskan diantara tag <BODY> dan </BODY> akan dipaparkan oleh Internet Explorer (atau pelayar laman web lain). Perkataan lebih lebar dari lebar laman web Jika kita menulis satu tulisan yang panjang dengan kod seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Adalah dimaklumkan, pada pagi 16 April 2000, anak lelaki saya, Murad, akan melangsungkan akad nikah di mesjid Pekan Dodol. Majlis persandingan akan diadakan pada keesokan harinya di rumah pengantin perempuan di alamat 24 Jalan Tirai 2, Pekan Dodol, Melaka. </BODY> </HTML> Hasilnya akan kelihatan begini :
Perhatikan, perkataan dalam kod yang tidak dapat ditampung oleh Internet Explorer dalam satu baris akan secara otomatik dimasukkan ke baris berikutnya. Memaksa pembinaan baris Jika kita tulis kod-kod begini (perhatikan ada 3 baris ayat dalam kod): <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Saya pun boleh !! Dia lagi boleh !! Sama-sama boleh !! </BODY> </HTML> Hasilnya akan kelihatan begini :
Seluruh perkataan akan dipaparkan oleh Internet Explorer dalam satu baris (selagi boleh ditampung oleh lebar laman web), walaupun kita menulis kodnya dalam 3 baris. Untuk membolehkan Internet Explorer memaparkan satu baris perkataan dalam barisnya yang tersendiri, kita gunakan tag <BR> atau <br>. Kita letakkan tag ini sebelum perkataan yang kita mahu ia berada pada baris baru. (Sila ambil perhatian bahawa tag <BR> tidak mempunyai penamatnya (Tiada tag </BR>). BR adalah ringkasan bagi BREAK. Berikut ialah contoh kod yang menggunakan tag <BR> : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Saya pun boleh !! <BR>Dia lagi boleh !! <BR>Sama-sama boleh !! </BODY> </HTML> Asalkan kedudukan tag itu ialah sebelum perkataan yang berkenaan, ia boleh juga dituliskan begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Saya pun boleh !!<BR> Dia lagi boleh !!<BR> Sama-sama boleh !! </BODY> </HTML> atau begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Saya pun boleh !! <BR> Dia lagi boleh !! <BR> Sama-sama boleh !! </BODY> </HTML> Hasilnya akan serupa seperti berikut :
Perhatikan Internet Explorer menayangkan 3 baris berkenaan. Sebenarnya kita boleh menulis kod-kod bersimpang-siur begini :
Internet Explorer akan tetap boleh menayangkan laman web kita, asalkan kedudukan tiap-tiap tag adalah betul. Jangan sampai ada tag pembuka tetapi tiada tag penamat (kecuali tag <BR> dan beberapa tag lagi). Jika kita menulis tag-tag bersimpang-siur seperti diatas, yang akan susah ialah kita sendiri kerana sukar membaca strukturnya. Oleh itu elakkan dari menulis kod sebegini (tidak berstruktur). Kita boleh menulis satu tulisan yang panjang dengan kod seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Selamat datang ke laman web Mamat (nama saya) <BR> <BR> Adalah dimaklumkan, pada pagi 16 April 2000, anak lelaki saya, Murad, akan melangsungkan akad nikah di mesjid Pekan Dodol. Majlis persandingan akan diadakan pada keesokan harinya di rumah pengantin perempuan di alamat 24 Jalan Tirai 2, Pekan Dodol, Melaka. <BR> <BR> Dengan ini saya dengan sukacitanya menjemput semua saudara-mara dan rakan-rakan yang tidak sempat saya hulurkan kad jemputan supaya hadir ke majlis persandingan. <BR> <BR> Maklumat lain seperti peta akan saya kemaskini kemudian. </BODY> </HTML> Hasilnya :
Mengelak pembinaan baris Jika kita mahu menulis satu ayat yang panjang yang melebihi lebar laman web dan kita mahu ia dipaparkan demikian, kita gunakan tag <NOBR>. Kita mulakan ayat berkenaan dengan tag <NOBR>. NOBR bermaksud No BREAK. Untuk mengakhiri keadaan ini, kita tutup ayat itu dengan tag <WBR>. WBR bermakna WITH BREAK. Berikut ialah satu contoh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <NOBR> Adalah dimaklumkan, pada pagi 16 April 2000, anak lelaki saya, Murad, akan melangsungkan akad nikah di mesjid Pekan Dodol. Majlis persandingan akan diadakan pada keesokan harinya di rumah pengantin perempuan di alamat 24 Jalan Tirai 2, Pekan Dodol, Melaka. <WBR>Sekarang sudah pulih.</NOBR> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kedudukan perkataan Secara otomatik, perkataan akan muncul bermula dari kiri laman web. Kita boleh menjadikan perkataan kelihatan berada ditengah laman web (pandangan melintang) dengan menggunakan tag <CENTER> dan </CENTER>. Mana-mana perkataan yang kita mahu ia kelihatan berada ditengah laman web (secara pandangan melintang), kita masukkan perkataan itu diantara tag <CENTER> dan </CENTER>. Contohnya ialah kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <CENTER> Selamat datang ke laman web Mamat (nama saya) <BR> <BR> Dengan ini saya dengan sukacitanya menjemput semua saudara-mara dan rakan-rakan yang tidak sempat saya hulurkan kad jemputan supaya hadir ke majlis persandingan. </CENTER> </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan seperti berikut :
Untuk membuat perkataan muncul tersisih dikanan laman web pula, kita gunakan tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV>. 'DIV' ialah ringkasan dari 'divide' (bahagi). 'ALIGN' bermakna sisihan. 'RIGHT' bermakna kanan. Perkataan berkenaan kita tuliskan diantara tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV>. Perkataan 'ALIGN="RIGHT"' kita boleh tuliskan dalam huruf kecil atau huruf besar atau bercampur- campur. Berikut ialah contoh kod yang menggunakan tag DIV (singkatan bagi DIVIDE, bermakna bahagi) : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <DIV ALIGN="RIGHT"> Selamat datang ke laman web Mamat (nama saya) <BR> <BR> Dengan ini saya dengan sukacitanya menjemput semua saudara-mara dan rakan-rakan yang tidak sempat saya hulurkan kad jemputan supaya hadir ke majlis persandingan. </DIV> </BODY> </HTML> Hasilnya akan kelihatan begini :
Jika kita mahu seluruh perkataan dalam laman web, bukan perkataan tertentu sahaja, tersisih di tengah atau di kanan laman web, kita gunakan tag <STYLE> dan </STYLE>. Kedua-dua tag ini kita letakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD>. Kemudian kita tuliskan ciri berikut diantara tag <STYLE> dan </STYLE> : BODY {text-align:"center"} Contoh kod penuh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> BODY {text-align:"center"} </STYLE> </HEAD> <BODY> Selamat datang ke laman web Mamat (nama saya) <BR> <BR> Dengan ini saya dengan sukacitanya menjemput semua saudara-mara dan rakan-rakan yang tidak sempat saya hulurkan kad jemputan supaya hadir ke majlis persandingan. </BODY> </HTML> Tag <STYLE> dan </STYLE> digunakan untuk membina stail keatas satu-satu tag. Dalam bab- bab seterusnya kita akan jumpa cara-cara mengenakan stail keatas tag-tag lain. Perhatikan perkataan BODY diantara tag <STYLE> dan </STYLE>. Ia tidak mengandungi tanda < dan >. Ini menandakan bahawa kita mahu menetapkan satu stail keatas seluruh perkataan dalam badan laman web. Ciri stail itu ialah 'text-align' (sisihan teks). Nilai ciri itu ialah 'center' (tengah). Tanda : digunakan untuk memisahkan antara ciri dengan nilainya. Nilai 'center' boleh diganti dengan 'left" (kiri), 'right' (kanan) atau 'justify'. Menginden perkataan Untuk menginden sekumpulan perkataan (mungkin terdiri dari beberapa baris), gunakan tag <BLOCKQUOTE> dengan </BLOCKQUOTE>. Inden akan terbina dikiri dan kanan kumpulan perkataan berkenaan. Contoh hasil penggunaannya :
Kodnya ialah : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Perenggan ini sebelum BLOCKQUOTE di gunakan. Perhatikan ciri perenggan berikut, iaitu ia terinden dikiri dan kanan serta terpisah dengan perenggan diatas dan dibawahnya oleh satu baris kosong <BLOCKQUOTE> Pisang emas dibawa belayar <br>masak sebiji diatas peti <br>sudah lama saya belajar <br>baru sekarang saya mengerti </BLOCKQUOTE> Baris ini selepas BLOCKQUOTE di gunakan </BODY> </HTML> Margin kiri badan laman web (LEFTMARGIN) Kita boleh menentukan margin kiri badan laman web dengan memasukkan ciri LEFTMARGIN="X" dalam tag <BODY> dimana X ialah suatu angka dalam unit pixel yang menjadi margin. Contohnya : <BODY LEFTMARGIN="40"> Dalam contoh kod diatas, kita menetapkan margin kiri badan laman web sebanyak 40 pixel. Maknanya, semua ruang dalam jarak 40 pixel dari kiri laman web tidak akan dapat diisi. Semua pengisian akan bermula dari jarak 40 pixel dari tepi kiri laman web. Jika kita tuliskan <BODY LEFTMARGIN=0> semua pengisian akan bermula dari tepi kiri laman web. Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY LEFTMARGIN="50"> Margin kiri badan laman web ini ialah 50 pixel. </BODY> </HTML> Lihat hasilnya :
Perhatikan jarak antara tepi kiri laman web dengan isi laman web. Menentukan margin kanan badan laman web (RIGHTMARGIN) Kita boleh menentukan margin kanan badan laman web dengan memasukkan ciri RIGHTMARGIN="X" dalam tag <BODY> dimana X ialah suatu angka dalam unit pixel yang menjadi margin. Contohnya : <BODY RIGHTMARGIN="40"> Dalam contoh kod diatas, kita menetapkan margin kanan badan laman web sebanyak 40 pixel. Maknanya, semua ruang dalam jarak 40 pixel dari kanan laman web tidak akan dapat diisi. Semua pengisian akan bermula dari jarak 40 pixel dari tepi kanan laman web. Jika kita tuliskan <BODY RIGHTMARGIN=0> semua pengisian akan bermula dari tepi kanan laman web. Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY RIGHTMARGIN="50"> Margin kanan badan laman web ini ialah 50 pixel. </BODY> </HTML> Lihat hasilnya :
Menentukan margin sebelah atas badan laman web (TOPMARGIN) Kita boleh menentukan margin sebelah atas badan laman web dengan memasukkan ciri TOPMARGIN="X" dalam tag <BODY> dimana X ialah suatu angka dalam unit pixel yang menjadi margin. Contohnya : <BODY TOPMARGIN="40"> Dalam contoh kod diatas, kita menetapkan margin sebelah atas badan laman web sebanyak 40 pixel. Maknanya, semua ruang dalam jarak 40 pixel dari atas laman web tidak akan dapat diisi. Semua pengisian akan bermula dari jarak 40 pixel dari atas laman web. Jika kita tuliskan <BODY TOPMARGIN=0> semua pengisian akan bermula dari sempadan atas laman web. Contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY TOPMARGIN="50"> Margin atas badan laman web ini ialah 50 pixel. </BODY> </HTML> Kesannya akan kelihatan seperti berikut :
Menentukan jenis huruf dalam badan laman web Kita boleh menentukan jenis huruf yang akan digunakan pada seluruh badan laman web. Jika kita tidak menentukan jenis huruf, Internet Explorer akan menentukannya sendiri atau pengguna laman web boleh menentukannya sendiri. Untuk menentukan jenis huruf, kita tuliskan tag <BASEFONT> diikuti dengan ciri "face=X" dimana X ialah nama jenis huruf (font family) yang kita mahu seperti Times, Arial, Courier, Sans Serif dan sebagainya. Tag <BASEFONT> dan cirinya kita tuliskan selepas tag <BODY> sebelum kita memasukkan apa-apa perkataan. Berikut ialah contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <BASEFONT face="Arial"> Jenis huruf digunakan ialah Arial. </BODY> </HTML> Hasilnya :
Menentukan saiz huruf dalam badan laman web Kita boleh menentukan saiz huruf yang akan digunakan pada seluruh badan laman web. Jika kita tidak menentukan saiz huruf, Internet Explorer akan menentukannya sendiri atau pengguna laman web boleh menentukannya sendiri. Untuk menentukan saiz huruf, kita tuliskan tag <BASEFONT> diikuti dengan ciri "size=X" dimana X ialah saiz yang kita mahu, iaitu suatu angka seperti 1, 2, 3 hngga 7. Tag <BASEFONT> dan ciri size=X kita tuliskan selepas tag <BODY> sebelum kita memasukkan apa-apa perkataan. Berikut ialah contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <BASEFONT size="7"> Saiz huruf digunakan ialah 7. </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan begini :
Menuliskan beberapa ciri dalam satu tag <BASEFONT> Kita boleh menuliskan lebih dari satu ciri dalam tag <BASEFONT>. Tuliskan sahaja ciri-ciri itu dengan memisahkannya menggunakan satu huruf kosong. Kedudukan ciri yang mana hendak didahulukan adalah tidak penting. Berikut ialah satu contoh: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <BASEFONT face="Times" size="7"> Saiz huruf digunakan ialah 7. </BODY> </HTML> Menentukan jarak antara huruf Kita boleh menentukan jarak antara huruf bagi seluruh isi badan laman web dengan menggunakan ciri 'letter-spacing=X' dimana X ialah jarak yang kita mahu. X ialah suatu angka dan unit ukuran seperti 1cm, 2px, dan sebagainya. Ciri ini kita tuliskan diantara tag <STYLE> dan </STYLE>. Tag <STYLE> dan </STYLE> mesti diletakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD>. Sebagai menandakan bahawa kita mahu mengenakan ciri ini keatas badan laman web, kita tuliskan BODY diikuti dengan ciri itu. Perhatikan kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> BODY {letter-spacing:8px} </STYLE> </HEAD> <BODY> Jarak antara huruf dalam badan laman web ini ialah 8 pixel. </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan begini :
Unit ukuran px ialah bagi pixel. Selain itu, kita boleh gunakan in (bagi inci) dan cm (bagi sentimeter). Perhatikan juga simbol { dikiri ciri dan } dikanan ciri. Simbol ini adalah tanda permulaan dan tamat ciri dan nilainya. Menetapkan saiz huruf baris-baris Satu laman web seolah-olah terdiri daripada baris-baris dimana huruf-huruf atau perkataan atau gambar akan muncul seperti dalam baris-baris. Contohnya :
Jika kita menulis satu ayat yang panjang hingga melebihi lebar satu laman web, baris baru akan terbentuk dengan sendirinya untuk menampung baki perkataan. Contohnya :
Untuk memaksa satu baris baru terbina, tanpa menunggu laman web melakukannya sendiri, kita gunakan tag <BR>. BR adalah ringkasan bagi BREAK. Jika kita tidak mengisi apa-apa perkataan selepas tag <BR>, satu baris kosong akan terbentuk. Contohnya ialah untuk membuat jarak antara baris. Perhatikan contoh berikut :
Kod HTML bagi laman web diatas ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <BR> Baris 2 <BR> Baris 3 <BR> Baris 4 <BR> <BR> <BR> Baris 7 </BODY> </HTML> atau, boleh ditulis bersambungan begini : <HTML><HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD><BODY><BR>Baris 2<BR>Baris 3<BR>Baris 4<BR><BR><BR>Baris 7</BODY></HTML> Perhatikan bagaimana satu baris kosong dibentuk pada baris 1, 5 dan 6 kerana kita tidak menulis apa-apa perkataan selepas tag <BR>. Untuk makluman, tag <BR> tidak mempunyai penutup, iaitu tiada tag </BR>. Jarak antara baris Kita boleh mengubah jarak antara baris dengan menggunakan tag <STYLE> dan </STYLE>. Kedua-dua tag ini hendaklah diletakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD>. Diantara kedua- dua tag <STYLE> dan </STYLE> ini kita tuliskan perkataan BODY diikuti dengan ciri line- height:X. Line-height bermakna 'tinggi baris'. X ialah angka bagi ketinggian yang kita mahu. Kita menulis BODY sebagai tanda bahwa kita mahu mengenakan stail ketinggian baris pada badan laman web. Contoh ialah seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> <STYLE> BODY {line-height:8pt} </STYLE> </head> <body> Baris 1 <br> Baris 2 <br> Baris 3 <br> Baris 4 <br> Baris 5 <br> baris 6 <br> Baris 7 </body> </html> Perhatikan perkataan BODY tanpa tanda < dan >. Perhatikan juga penggunaan tanda { dan }. Apabila kita menetapkan stail keatas satu tag (dalam hal ini tag <BODY>) diantara tag <STYLE> dan </STYLE>, kita buangkan tanda < dan > bagi tag itu. Tanda { dan } pula mestilah digunakan bagi ciri berkenaan dan nilai ciri itu (dalam hal ini, cirinya ialah line-height dan nilainya ialah 0.5). Tanda : digunakan untuk memisahkan ciri dengan nilainya. Perhatikan juga perkataan 'pt'. Ini adalah unit ukuran bagi ciri 'line-height' dalam point (selain pt, kita boleh gunakan in bagi inci, cm bagi sentimeter, pl bagi pixel dan x% bagi peratus dari ketinggian baris sebelumnya). Hasilnya kelihatan seperti berikut :
Memasukkan komen atau nota dalam kod Kadang-kadang kita mahu memasukkan komen atau nota dalam kod HTML kita. Nota ini tidak akan dipaparkan oleh pelayar internet, jadi pengguna laman web kita tidak akan dapat melihat nota ini. Kadang-kadang kita mahu berbuat demikian untuk memudahkan kita mengingati apakah tujuan kita memasukkan kod tertentu, untuk kegunaan kita sendiri sebagai pembina laman web. Ini juga memudahkan kita membuat pindaan kepada kod HTML berkenaan. Kita gunakan tag <!-- sebagai permulaan nota dan tag --> sebagai penamatnya. Contoh kod penggunaannya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <!-- Saya bercadang menjadikan laman web ini sebagai nota mengajar murid-murid darjah Satu. Langkah yang perlu saya buat : 1. Dapatkan isi kandungan matapelajaran 2. Bincang dulu dengan guru kelas 3. Tentukan grafik yang akan dipakai 4. Tentukan suara siapa akan dipakai Banyak lagi... --> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan, nota tidak dipaparkan. Jadi, apa-apa perkataan yang diletakkan diantara tag <!-- dan - -> tidak akan dipaparkan oleh Internet Explorer dan tidak akan dapat dilihat oleh pengguna laman web. Mengubah latarbelakang laman web Warna latarbelakang Kita boleh menetapkan warna latarbelakang laman web kita dengan memasukkan ciri BGCOLOR=X dalam tag <BODY> dimana X ialah warna yang kita mahu. BGCOLOR adalah ringkasan bagi BACKGROUNDCOLOR (bermakna warna latarbelakang). Walau apapun warna latarbelakang yang kita tetapkan, pengguna Internet Explorer boleh mengubah warna latarbelakang laman web dengan memilih menu 'Tools/ Internet Options/ Colors'. Jika kita tidak menetapkan warna latarbelakang laman web, biasanya warna latarbelakang akan menjadi warna kelabu atau putih atau mengikut apa yang penguna telah tetapkan. Contoh ringkas kod yang menggunakan ciri BGCOLOR=X ialah : <BODY BGCOLOR="RED"> Perhatikan, bagaimana ciri BGCOLOR="RED" dimasukkan dalam tag <BODY>. Kita akan temui banyak lagi ciri-ciri dalam bab-bab yang seterusnya. Kod diatas menjadikan warna latarbelakang badan laman web ialah merah (red). Berikut ialah contoh latarbelakang laman web yang berwarna merah :
Kodnya penuhnya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY BGCOLOR="RED"> </BODY> </HTML> Kita boleh menukar 'red' dengan warna-warna lain seperti : black, white, green, blue, yellow, magenta, cyan, purple, gray, lime, maroon, navy, olive, silver dan teal (semuanya 16 warna) (Kita boleh mengeja dengan huruf besar atau huruf kecil atau bercampur-campur). Kita boleh dapatkan warna-warna lebih dari 16 warna yang tercatit diatas dengan memasukkan tanda # diikuti dengan angka 6 dijit bagi ciri BGCOLOR. (Sila rujuk bab 'Senarai warna'). Contohnya : <BODY BGCOLOR=#123456> Tiap-tiap angka dalam contoh diatas kita boleh gantikan dengan angka-angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,A,B,C,D,E atau F. Ini ialah angka-angka hex (asas 16). Contohnya : <BODY BGCOLOR=#FA34C6> Sila membuat percubaan sendiri dan lihat kesannya. Dengan kombinasi 6 dijit angka-angka hex, kita boleh menghasilkan lebih dari 2 juta warna. Corak latarbelakang Kita boleh menjadikan latarbelakang laman web mempunyai corak-corak atau gambar. Gambar atau corak ini adalah berdasarkan kepada satu fail lain, biasanya satu fail gambar atau grafik yang mengandungi corak-corak (texture). Ini boleh dilakukan dengan memasukkan ciri BACKGROUND=X dalam tag <BODY> dimana X ialah nama fail berkenaan. BACKGROUND bermakna latarbelakang. Contohnya : <BODY BACKGROUND="GambarKereta.jpg"> Dalam contoh ini, "GambarKereta.jpg" adalah satu fail gambar yang telah siap dan diletakkan dalam folder yang sama dengan folder dimana laman web kita berada. Berikut ialah contoh hasil penggunaan gambar sebagai latarbelakang laman web :
Kod bagi laman web diatas ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY BACKGROUND="GambarKereta.jpg"> </BODY> </HTML> Perhatikan, oleh kerana saiz gambar lebih kecil dari saiz laman web, gambar akan diulang-ulang untuk memenuhi seluruh latarbelakang laman web. Apabila kita menjadikan gambar sebagai latarbelakang laman web dan kita menulis diatasnya, ini boleh menimbulkan kesan yang menarik. Lihat contoh berikut:
Kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY BACKGROUND="GambarKereta.jpg"> <CENTER> <FONT COLOR="YELLOW" SIZE=14> Kereta lama dia </FONT> </CENTER> </BODY> </HTML> (Dalam kod diatas, anda diperkenalkan dengan tag <FONT COLOR="YELLOW" SIZE=14>. Kita akan pelajari tag ini dalam bab selepas ini iaitu 'Mengendali huruf dan perkataan'. Secara ringkasnya tag ini boleh digunakan untuk mewarna perkataan dan membesarkan saiz huruf). Gambar lebih kecil dari laman web Apabila saiz gambar lebih kecil dari saiz laman web, secara otomatik gambar itu akan diulang sehingga memenuhi seluruh laman web, seperti contoh diatas. Kita boleh juga menetapkan ciri ulangan (REPEAT) bagi gambar dengan menuliskan ciri BACKGROUND-REPEAT:X diantara tag <STYLE> dan </STYLE> sambil menyatakan nama tag yang akan dikenakan stail ulangan itu, dimana X ialah jenis ulangan (samada 'repeat', 'repeat- x' atau 'repeat-y'). Tag <STYLE> dan </STYLE> diletakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD>. Didalamnya kita tuliskan 'BODY' sebagai tanda bahawa kita hendak mengenakan satu stail (style) keatas badan (BODY) laman web. Stailnya ialah <BODY> laman web itu akan menggunakan stail REPEAT keatas latarbelakang (background). Contoh penggunaan ciri BACKGROUND-REPEAT ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> body {background-repeat:repeat} </STYLE> </HEAD> <BODY BACKGROUND="GambarKecil.jpg"> <CENTER> <FONT COLOR="YELLOW" SIZE=14> Kereta lama dia </FONT> </CENTER> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Dalam contoh ini, gambar 'gambarkecil.jpg' akan berulang secara menegak dan melintangi laman web. Perhatikan juga bahawa perkataan BODY dalam tag <STYLE> tidak mempunyai tanda < dan > apabila ia dituliskan diantara tag <STYLE> dan </STYLE>. Perhatikan juga penggunaan dan kedudukan tanda-tanda {, : dan }. Tanda-tanda ini dan kedudukannya adalah penting. Untuk membuat gambar itu berulang secara melintang sahaja, gantikan 'repeat' dengan 'repeat-x' : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> body {background-repeat:repeat-x} </STYLE> </HEAD> <BODY BACKGROUND="GambarKecil.jpg"> <CENTER> <FONT COLOR="YELLOW" SIZE=14> Kereta lama dia </FONT> </CENTER> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Ini bererti, jika tinggi gambar itu kurang dari tinggi laman web, bahagian bawah laman web tidak akan diisi dengan gambar berkenaan. Untuk membuat gambar itu berulang secara menegak sahaja, gantikan 'repeat' dengan 'repeat-y' : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> body {background-repeat:repeat-y} </STYLE> </HEAD> <BODY BACKGROUND="GambarKecil.jpg"> <CENTER> <FONT COLOR="YELLOW" SIZE=14> Kereta lama dia </FONT> </CENTER> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Ini bererti, jika lebar gambar itu kurang dari lebar laman web, bahagian kanan laman web tidak akan diisi dengan gambar berkenaan. Untuk membuat gambar itu tidak diulang (cuma satu kali sahaja), gantikan 'repeat' dengan 'no- repeat' : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> body {background-repeat:no-repeat} </STYLE> </HEAD> <BODY BACKGROUND="GambarKecil.jpg"> <CENTER> <FONT COLOR="YELLOW" SIZE=14> Kereta lama dia </FONT> </CENTER> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Gambar lebih besar dari laman web Kadang-kadang kita atau pengguna laman web mengecilkan saiz laman web dengan menggunakan tetikus. Ini menjadikan laman web lebih kecil dari saiz gambar. Ini menyebabkan sebahagian gambar berkenaan tidak kelihatan sebagai latarbelakang. Menyalin latarbelakang laman web orang lain Semasa kita melayari laman web orang lain, jika kita menemui latarbelakang laman web yang menarik dan kita mahu menyimpannya kedalam komputer kita (supaya kita boleh gunakan untuk laman web kita nanti), kita boleh melakukannya dengan klik kanan pada laman web itu dan pilih menu 'Save Background as'..
Satu dialog 'Save as' akan muncul.
Anda tentu biasa dengan dialog ini, untuk menyimpan gambar ke dolder tertentu dalam komputer anda. Hanya satu gambar sahaja yang akan disimpan, bukan semua gambar yang berulang- ulang). Kita boleh juga memilih menu 'Copy background'. Ini akan menyalin gambar latarbelakang ke klipbod. Kemudian kita boleh menampalnya (paste) gambar itu ke mana-mana program seperti Paint, Word, Excel dan sebagainya. Cantik latarbelakang, cantiklah laman web Warna latarbelakang dan corak gambar latarbelakang yang cantik dan menarik akan membantu mejadikan laman web kita cantik dan menarik. Pengguna tidak mahu latarbelakang... Kebanyakan pelayar web boleh di set oleh penggunanaya supaya tidak menayangkan gambar latarbelakang bagi laman web. Ini dapat mempercepatkan penayangan laman web di skrin komputer. Bagaimanapaun, bila pengguna melakukannya dan pembina laman web pula tidak menyatakan ciri BGCOLOR bagi latarbelakang laman web, semua warna-warna yang ditetapkan keatas warna teks dan warna pintasan bagi ciri seperti VLINK, ALINK, LINK dan lain-lain tidak akan diambil peduli oleh pelayar web. Ini dapat mengelakkan teks dan pintasan dari sukar dibaca disebabkan warna teks dan warna latarbelakang yang tidak sesuai antara satu sama lain seperti kuning dan putih. Contoh Berikut ialah contoh satu laman web yang mempunyai latarbelakang tertentu :
Memformat huruf dan perkataan Dalam bab ini kita akan belajar bagaimana menjadikan perkataan yang dipaparkan oleh Internet Explorer kelihatan Bold, Italic, Underline, Small, Big, Superscript, Subscript, Strike, Strong dan sebagainya. Anda biasa dengan istilah-istilah ini semasa menggunakan Word dan lain-lain pemproses perkataan. Sebelum itu, kita lihat semula hasil perkataan 'Saya boleh' yang tidak dikenakan apa-apa format :
Kodnya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Saya boleh !! </BODY> </HTML> B Untuk menjadikan perkataan itu kelihatan 'Bold' (lebih gelap dan tebal sedikit), kita gunakan tag <B> dan </B>. Kita letakkan perkataan itu diantara kedua-dua tag ini, seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <B> Saya boleh !! </B> </BODY> </HTML> Hasilnya seperti berikut :
Perhatikan, perkataan itu kelihatan lebih gelab dari yang asal. Perhatikan pula kod berikut (terutamanya kedudukan tag-tag <B> dan </B>) dan lihat kesannya: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <B> Saya boleh !! </B> <BR> Dia <B>Boleh !!</B> <BR> Mereka Bol<B>e</B>h </BODY> </HTML> Hasilnya :
Dalam contoh diatas, seluruh baris pertama dikenakan tag <B>. Dalam baris kedua, hanya perkataan 'Boleh' dikenakan tag <B>. Dalam baris ketiga, hanya huruf 'e' dalam perkataan 'Boleh' dikenakan tag <B>. Kesimpulannya, apa-apa huruf atau perkataan yang kita letakkan diantara tag <B> dan </B> akan kelihatan lebih gelap (Bold). I Untuk menjadikan perkataan kelihatan condong kanan (Italic), kita gunakan tag <I> dan </I>. Kita masukkan perkataan atau huruf berkenaan diantara kedua-dua tag ini. Perhatikan contoh penggunaannya dalam kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <I> Saya boleh !! </I> <BR> Dia <I>Boleh !!</I> <BR> Mereka Bol<I>e</I>h !! </BODY> </HTML> Hasilnya :
Dalam contoh diatas, seluruh baris pertama dikenakan tag <I>. Dalam baris kedua, hanya perkataan 'Boleh' dikenakan tag <I>. Dalam baris ketiga, hanya huruf 'e' dalam perkataan 'Boleh' dikenakan tag <I>. Kesimpulannya, apa-apa huruf atau perkataan yang kita letakkan diantara tag <I> dan </I> akan kelihatan condong kekanan (Italic). U Untuk menjadikan perkataan atau huruf kelihatan ada garis dibawahnya (underline), kita gunakan tag <U> dan </U>. U ialah ringkasan bagi 'Underline'. Kita masukkan perkataan atau huruf berkenaan diantara kedua-dua tag ini. Perhatikan contoh penggunaannya dalam kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <U> Saya boleh !! </U> <BR> Dia <U>Boleh !!</U> <BR> Mereka Bol<U>e</U>h !! </BODY> </HTML> Hasilnya :
Dalam contoh diatas, seluruh baris pertama dikenakan tag <U>. Dalam baris kedua, hanya perkataan 'Boleh' dikenakan tag <U>. Dalam baris ketiga, hanya huruf 'e' dalam perkataan 'Boleh' dikenakan tag <U>. Kesimpulannya, apa-apa huruf atau perkataan yang kita letakkan diantara tag <U> dan </U> akan kelihatan bergaris dibawahnya. Strike Huruf atau perkataan yang kita letakkan diantara tag <STRIKE> dan </STRIKE> akan menjadikan perkataan atau huruf kelihatan terpotong dengan garisan (strikethrough). Perhatikan kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <STRIKE> Saya boleh !! </STRIKE> <BR> Dia <STRIKE>Boleh !!</STRIKE> <BR> Mereka Bol<STRIKE>e</STRIKE>h !! </BODY> </HTML> Hasilnya :
Dalam contoh diatas, seluruh baris pertama dikenakan tag <STRIKE>. Dalam baris kedua, hanya perkataan 'Boleh' dikenakan tag <STRIKE>. Dalam baris ketiga, hanya huruf 'e' dalam perkataan 'Boleh' dikenakan tag <STRIKE>. Small Huruf atau perkataan yang diletakkan diantara tag <SMALL> dan </SMALL> menjadikan perkataan atau huruf itu kelihatan kecil sedikit saiznya dari biasa.
Dalam contoh diatas, seluruh baris pertama dikenakan tag <SMALL>. Dalam baris kedua, hanya perkataan 'Boleh' dikenakan tag <SMALL>. Dalam baris ketiga, hanya huruf 'e' dalam perkataan 'Boleh' dikenakan tag <SMALL>. Kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <SMALL> Saya boleh !! </SMALL> <BR> Dia <SMALL>Boleh !!</SMALL> <BR> Mereka Bol<SMALL>e</SMALL>h !! </BODY> </HTML> Big Tag <BIG> dan </BIG> menjadikan perkataan atau huruf kelihatan besar sedikit saiznya dari biasa.
Kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <BIG> Saya boleh !! </BIG> <BR> Dia <BIG>Boleh !!</BIG> <BR> Mereka Bol<BIG>e</BIG>h !! </BODY> </HTML> Strong Tag <STRONG> dan </STRONG> mempunyai kesan yang serupa dengan tag <B> dan </B>. Super Tag <SUPER> dan </SUPER> menjadikan huruf atau berkataan dalam keadaan 'Superscript', contohnya : H 2 O. Angka 2 itu adalah di superscript kan. Sub Tag <SUB> dan </SUB> pula menjadikan huruf atau berkataan dalam keadaan 'Subscript', contohnya : H 2 O. Angka 2 itu adalah di subscript kan. TT Tag <TT> dan </TT> menjadikan huruf atau perkataan kelihatan seperti cetakan mesin taip dimana tiap-tiap huruf mempunyai lebar yang sama. TT ialah ringkasan bagi TELETYPE. Contohnya huruf I dan M akan menggunakan lebar kawasan yang sama walaupun huruf I kelihatan lebih kurus.
Kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <TT>Saya boleh !!</TT> <BR> <TT>Dia Boleh !!</TT> <BR> <TT>Mereka Boleh !!</TT> </BODY> </HTML> Em Tag <EM> dan </EM> jika digunakan akan mempunyai kesan yang sama dengan tag <I> dan </I>. EM adalah bagi EMPHASIS (Penekanan). Cite Perkataan dalam tag <CITE> dan </CITE> biasanya berbentuk condong kekanan (serupa seperti Italic) tetapi digunakan untuk menunjukkan bahawa perkataan atau ayat adalah cabutan atau petikan dari ucapan atau buku dan lain-lain. Contohnya seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> John F.Kennedy pernah berkata : " <CITE> Jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk kamu tetapi tanyalah apa yang kamu boleh buat untuk negara</CITE> " dalam satu majlis resmi. </BODY> </HTML> Kesannya :
CITE adalah ringkasan bagi CITATION. Code Tag <CODE> dan </CODE> pula digunakan biasanya untuk menunjukkan bahawa ayat atau perkataan didalamnya adalah satu kod program komputer. Ia mempunyai ciri tersendiri. Lihat contoh kod berikut dan hasilnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Berikut ialah perkataan yang dikenakan tag CODE<BR><BR> <CODE> Dim S as string<BR> S="makan"<BR> Dim I as string<BR> I=InputBox("Tulis apa-apa :",vbokonly,"Tulis")<BR> If I=S Then msgbox "Ya, anda kuat makan.",vbokonly,"Jawapan"<BR> </CODE> <BR> Sekian </BODY> </HTML>
Kbd Perkataan dalam tag <KBD> dan </KBD> pula menghasilkan ciri seperti berikut :
Kesannya hampir sama dengan tag <TT> dan </TT>. KBD adalah ringkasan bagi KEYBOARD. Samp Perkataan dalam tag <SAMP> dan </SAMP> pula menghasilkan ciri seperti berikut :
SAMP adalah ringkasan bagi SAMPLE. XMP Perkataan diantara tag <XMP> dan </XMP> akan kelihatan sama kesannya seperti kesan penggunaan tag <TT> dan </TT>, iaitu tiap-tiap huruf akan menggunakan ruang yang sama saiznya. XMP adalah ringkasan bagi EXAMPLE.Biasanya digunakan untuk memberi contoh- contoh kepada pengguna laman web supaya menimbulkan ciri khas keatas perkataan atau ayat berkenaan. Var Perkataan dalam tag <VAR> dan </VAR> pula akan menghasilkan ciri hampir serupa dengan tag <SAMP>. Ia adalah ringkasan bagi VARIABLE. Kombinasi Bold dan Italic Untuk menjadikan huruf atau perkataan Bold dan Italic kita tulis begini : <B><I>Perkataan ini Bold dan Italic</I></B> atau, begini : <I><B>Perkataan ini Bold dan Italic</B></I> tetapi tidak boleh begini : <I><B>Perkataan ini Bold dan Italic</I></B> Perhatikan kedudukan tag </B> dan </I>. Kedudukan perkataan Kita telah belajar mengenai kedudukan perkataan dalam bab sebelum ini. Saiz perkataan Untuk mengenakan saiz tertentu keatas huruf atau perkataan, kita gunakan tag <FONT SIZE=X> dan tag </FONT> dimana kita letakkan huruf atau perkataan itu diantara kedua-dua tag ini. X ialah saiz yang kita mahu. Saiz huruf adalah dalam unit pixel. Contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <FONT SIZE=4>Ini saiz 4</FONT> <BR> Ini <FONT SIZE=6>Saiz 6</FONT> <BR> Ini pula Saiz <FONT SIZE=8> 8</FONT> </BODY> </HTML> Lihat hasilnya :
Kita boleh menetapkan saiz font bagi satu huruf atau perkataan berdasarkan saiz huruf atau perkataan sebelumnya dengan menggunakan tanda campur (+) atau tolak (-) dalam tag <FONT>. Contohnya seperti berikut : <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Perkataan biasanya bersaiz 3.<BR> <FONT SIZE=-2><P>Perkataan ini bersaiz 2 pixel kurang dari baris diatas</FONT><BR> <FONT SIZE=+2><P>Perkataan ini bersaiz 2 pixel lebih dari baris kedua</FONT><BR> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Warna perkataan Untuk mewarnakan huruf atau perkataan, kita gunakan tag <FONT COLOR=X> dan </FONT>. Kita letakkan huruf atau perkataan yang hendak diwarnakan itu diantara kedua-dua tag. X ialah warna yang kita mahu. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <FONT COLOR=BLUE>Biru</FONT> <BR> Warna <FONT COLOR=RED>Merah</FONT> <BR> Huruf H pula berwarna <FONT COLOR=GREEN> H</FONT>ijau </BODY> </HTML> Hasilnya ialah :
Warna-warna yang boleh digunakan ialah : Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon dan Yellow. Dalam bab 'Senarai warna' kita akan belajar cara mendapatkan warna-warna lain dari 16 warna ini. Nama-nama warna boleh ditulis dalam huruf kecil atau huruf besar atau bercampur-campur. Jika kita mahu semua perkataan dalam laman web mempunyai warna yang sama, kita tuliskan sahaja ciri TEXT=X dalam tag <BODY> dimana X ialah warna yang kita mahu. Contoh kod : <BODY TEXT=RED> Contoh kod yang agak penuh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY TEXT=RED BGCOLOR=YELLOW> Semua perkataan dalam laman web ini berwarna merah. </BODY> </HTML> Hasilnya :
Keluarga Font Contoh keluarga font ialah "courier", "courier new", "times", "times new roman", "arial", "serif" dan sebagainya. Jika kita biasa menggunakan program Microsoft Word, kita tentu biasa dengan banyak keluarga font. Nama keluarga font boleh kita tulis dalam huruf besar atau huruf kecil atau bercampur-campur. Ciri FACE=courier dalam tag <FONT> menjadikan huruf selepasnya berbentuk 'courier'. Contoh penggunaan ialah seperti berikut : <FONT FACE=courier>Perkataan ini menggunakan keluarga Courier</FONT>. Berikut ialah contoh kod yang agak penuh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Lihat contoh beberapa keluarga font : <BR> <BR> <FONT FACE=courier>Courier</FONT> <BR> <FONT FACE=times>Times</FONT> <BR> <FONT FACE=Arial>Arial</FONT> <BR> <FONT FACE=Serif>Serif</FONT> <BR> <FONT FACE=tahoma>Tahoma</FONT> <BR> <FONT FACE=wingdings>Wingdings</FONT> <BR> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Drop cap Kita boleh membuat kesan supaya huruf pertama dalam satu ayat atau perkataan bersaiz besar, contohnya seperti berikut ; <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <FONT SIZE=+7>H</FONT>uruf pertama yang besar seperti ini dipanggil Drop-cap. </BODY> </HTML> Perhatikan kedudukan tag <FONT SIZE=+7> dan </FONT> Hasilnya :
Mengenakan beberapa format Kita boleh mengenakan beberapa format sekaligus kepada satu-satu perkataan atau huruf. Contohnya kita hendak mengenakan format berikut kepada perkataan "Perbagai format dikenakan" : Kedudukannya tegaknya di baris 4 dari atas laman web Kedudukan lintangnya ialah di tengah laman web Warna perkataan ialah biru Saiz perkataan ialah 6 Condong kanan (Italic) Kodnya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <BR> <BR> <BR> <CENTER> <I> <FONT SIZE=6 COLOR=BLUE>Pelbagai format dikenakan</FONT> </I> </CENTER> </BODY> </HTML> Perhatikan cara bagaimana saiz (SIZE) dan warna (COLOR) di masukkan dalam tag <FONT>. Dalam contoh ini, SIZE=6 dimasukkan lebih awal dari COLOR=BLUE. Kita boleh tuliskan COLOR=BLUE lebih awal dari SIZE=6, begini : <FONT COLOR=BLUE SIZE=6 >Pelbagai format dikenakan</FONT> Hasilnya ialah seperti berikut :
Semuanya menggunakan prinsip-prinsip yang telah kita pelajari. Saiz-saiz tetap bagi perkataan Tag-tag <H1>, <H2>, <H3>, <H4>, <H5> dan <H6> digunakan untuk menjadikan perkataan- perkataan mempunyai saiz-saiz tertentu. Tiap-tiap tag ini mempunyai tag penutup masing- masing iaitu </H1>, </H2>, </H3>, </H4>, </H5> dan </H6>. Perkataan-perkataan yang diletakkan diantara tag-tag pembuka dan penutup masing-masing akan mempunyai saiz tersendiri. H dimaksudkan kepada HEADING (bermakna tajuk). Biasanya tag-tag ini digunakan bagi tajuk- tajuk (heading) dalam laman web. Tag <H1> adalah bagi saiz yang paling besar dan tag <H6> adalah bagi saiz yang paling kecil. Perhatikan kod berikut yang akan menunjukkan saiz tiap-tiap perkataan yang dikenakan tag-tag berkenaan : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <H6>Saiz H6</H6> <H5>Saiz H5</H5> <H4>Saiz H4</H4> <H3>Saiz H3</H3> <H2>Saiz H2</H2> <H1>Saiz H1</H1> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan juga bahawa tag <H1> hingga <H6> akan menyebabkan perkataan didalamnya berada dalam baris tersendiri tanpa memerlukan penggunaan tag <BR>. Mewarnakan perkataan dalam tag Kita boleh mengenakan warna perkataan yang berada diantara tag-tag H dengan memasukkan ciri STYLE=COLOR:X dalam tag itu. Contoh penggunaannya ialah seperti berikut : <H1 STYLE=COLOR: GREEN>Warna hijau</H1> Dalam contoh kod diatas, warna perkataan akan kelihatan hijau. Antara warna-warna lain yang biasa digunakan ialah seperti berikut : Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon, Yellow. Sila rujuk bab 'Senarai warna' untuk mendapatkan warna-warna lain. Berikut ialah satu contoh kod yang agak lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <H1 STYLE=COLOR:YELLOW> Persembahan minggu ini </H1> 1. Pak Kadok naik junjung <BR>2. Si Tenggang <BR> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan seperti berikut :
Menetapkan warna latarbelakang tag <H> Kita boleh menetapkan warna latarbelakang perkataan bagi mana-mana tag <H>. Kita gunakan ciri STYLE dan nyatakan warna perkataannya, seperti berikut : <H1 STYLE=BACKGROUND:YELLOW> Dalam contoh ini, kita menetapkan warna kuning sebagai latarbelakang bagi tag <H1>. Antara warna-warna lain yang biasa digunakan ialah seperti berikut : Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon, Yellow. Sila rujuk bab 'Senarai warna' untuk mendapatkan warna-warna lain. Berikut ialah satu contoh kod yang agak lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <H1 STYLE=BACKGROUND:YELLOW> Persembahan minggu ini </H1> 1. Pak Kadok naik junjung <BR>2. Si Tenggang <BR> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Menuliskan ciri warna dan latarbelakang serentak Kita boleh menuliskan ciri warna tag H dan warna latarbelakang tag H serentak seperti berikut : <H1 STYLE=BACKGROUND:YELLOW;COLOR:BLUE> Persembahan minggu ini </H1> Perhatikan tanda ; dalam kod diatas sebagai pemisah antara ciri. Hasilnya akan kelihatan seperti berikut :
Menetapkan kedudukan isi tag <H> Secara otomatik setiap isi tag <H> akan muncul dikiri laman web. Kita boleh menyebabkannya muncul di tengan laman web dengan menggunakan tag <CENTER> dan </CENTER>. Kita letakkan tag <H> yang berkenaan diantara tag <CENTER> dan </CENTER>. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <CENTER> <H1 STYLE=COLOR:YELLOW;BACKGROUND:BLUE> Persembahan minggu ini </H1> </CENTER> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Untuk meletakkan isi tag <H> dikanan laman web, gunakan tag <DIV ALIGN=RIGHT> dan </DIV>, dimana kita letakkan tag <H>, isinya dan tag </H> diantara tag <DIV ALIGN=RIGHT> dan </DIV> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <DIV ALIGN=RIGHT> <H1 STYLE=BACKGROUND:BLUE;COLOR:YELLOW> Persembahan minggu ini </H1> </DIV> <BODY> </HTML> Hasilnya seperti berikut :
Menetapkan keluarga font bagi tag <H> Contoh-contoh keluarga font (bentuk huruf) ialah Serif, Arial, Times, Courier dan sebaginya. Jika kita tidak menetapkan keluarga font bagi isi tag <H>, secara otomatik pelayar web akan menggunakan keluarga font yang dipilih sendiri oleh pelayar web, diluar kawalan kita. Jika kita menetapkan suatu keluarga font tetapi pelayar web tidak menyokong keluarga font itu atau komputer pengguna tidak mempunyai keluarga font berkenaan, pelayar web akan memilih keluarga font yang tertentu juga. Untuk menetapkan keluarga font bagi isi tag <H>, kita gunakan tag <FONT FACE=X> dan </FONT>. X ialah bagi nama keluarga font. Kita letakkan tag <H> dan isinya diantara tag <FONT FACE=X> dan </FONT> seperti contoh kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <FONT FACE="COURIER"> <H1> Persembahan minggu ini </H1> </FONT> <BODY> </HTML> Hasilnya :
Menggunakan stail Kita boleh juga menggunakan tag <STYLE> dan </STYLE> yang diletakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD> untuk menetapkan warna isi tag <H> dan warna latarbelakang isi tag <H>. Contohnya, untuk mendapatkan isi tag <H1> yang berlatarbelakangkan warna biru dan perkataannya berwarna kuning, kita tuliskan begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H1 {COLOR:YELLOW;BACKGROUND:BLUE} </STYLE> </HEAD> <BODY> <H1> Persembahan minggu ini </H1> </BODY> </HTML> Perhatikan tanda-tanda { dan }. Hasilnya akan sama seperti gambarajah diatas. Mengubah saiz huruf tag <H> Walaupun isi tiap-tiap tag <H> akan mempunyai saiz huruf yang tertentu, kita masih boleh mengubah saiz huruf-huruf bagi tag-tag berkenaan, contohnya apabila kita kurang berkenan dengan saiz asal itu. Untuk mengubah saiz huruf tag <H> yang tertentu, kita gunakan tag <STYLE> <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H1 {FONT SIZE:15} </STYLE> </HEAD> <BODY> <H1> Persembahan minggu ini </H1> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Menetapkan beberapa ciri serentak Kita boleh menetapkan beberapa ciri bagi isi tag <H> serentak, bukan satu demi satu seperti contoh-contoh diatas. Contohnya kita boleh menetapkan tag <H1> yang menggunakan font jenis courier, bersaiz 8, warna kuning dan latarbelakang biru. Kita tuliskan begini dalam tag <STYLE>: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H1 {FONT:COURIER; SIZE:8; COLOR:YELLOW; BACKGROUND:BLUE} </STYLE> </HEAD> <BODY> <CENTER> <H1> Persembahan minggu ini </H1> </CENTER> </BODY> </HTML> Atau, kita boleh tuliskan begini (jika tidak menggunakan tag <STYLE>) : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <CENTER> <H1 STYLE=FONT:COURIER; SIZE:8; COLOR:YELLOW; BACKGROUND:BLUE> Persembahan minggu ini </H1> </CENTER> </BODY> </HTML> Jarak antara huruf Kita boleh menetapkan jarak antara huruf yang berdekatan dalam tag <H> yang sama dengan menggunakan ciri 'letter-spacing' (jarak huruf) dalam tag <STYLE>. Ciri 'letter-spacing' boleh ditulis dalam ukuran pt (bagi point), in (bagi inci), cm (bagi sentimeter), pl (bagi pixel) atau x% (peratusan dari jarak yang terdahulu). Contohnya : <html> <head> <title> Muka 1 </title> <STYLE> H2 {letter-spacing:20pt} </STYLE> </HEAD> <body> <h2>Persembahan<h2> </body> </html> Ini menetapkan jarak antara huruf dalam satu tag <H2> sebanyak 20 point. Semua isi tag <H2> dalam laman web akan dikenakan jarak huruf yang sama. Kesannya ialah seperti berikut :
Kita boleh tetapkan jarak huruf yang berbeza bagi tag <H> yang tertentu, bukan terpakai pada setiap tag <H>, dengan cara menuliskan ciri berkenaan pada tag yang berkenaan, seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <H2 STYLE=letter-spacing:10pt> Huruf-huruf dalam heading ini berjarak 10 point antara satu sama lain. </H2> <H2 STYLE=letter-spacing:5pt> Huruf-huruf dalam heading ini pula berjarak 5 point antara satu sama lain. </H2> </BODY> </HTML> Kesannya :
Jarak antara perkataan Kita boleh menetapkan jarak antara perkataan yang berdekatan dalam semua tag <H> yang sama dengan menggunakan ciri 'word-spacing' (jarak perkataan) dalam tag <STYLE>. Ciri 'word-spacing' boleh ditulis dalam ukuran pt (bagi point), in (bagi inci), cm (bagi centimeter), pl (bagi pixel) atau x% (bagi peratusan dari jarak yang terdahulu). Contoh penggunaan ciri 'word-spacing' bagi tag <H>: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H3 {word-spacing:1in} </STYLE> </HEAD> <BODY> <H3>Jarak 20 point antara perkataan</H3> </BODY> </HTML> Kod diatas menetapkan jarak antara perkataan dalam semua tag <H3> yang ada dalam laman web yang sama sebanyak 20 point. Kita boleh menetapkan jarak yang berbeza bagi tag <H> yang tertentu, bukan terpakai pada setiap tag dengan memasukkan ciri 'STYLE=word-spacing=X' terus dalam tag <H>, dimana X ialah jarak yang kita mahu. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <H3 STYLE=word-spacing:10pt>Jarak 10 point antara perkataan.</H3> <H4 STYLE=word-spacing:15pt>Jarak 15 point antara perkataaan. </H4> </BODY> </HTML> Membina dan mengendali perenggan Perenggan ialah sekumpulan perkataan yang berada dalam baris-baris yang rapat antara satu sama lain. Satu perenggan akan kelihatan terpisah oleh satu baris kosong dengan baris-baris perkataan yang lain, samada diatas atau dibawahnya. Lihat contoh berikut :
Perhatikan, dalam contoh diatas, perkataan "Mula..." dan "Serba boleh" masing-masing terpisah dari kumpulan perkataan "Saya boleh .......... bolehkah" dengan satu baris kosong kerana kumpulan perkataan itu telah di set sebagai satu perenggan. Untuk membuat satu perenggan, kita gunakan tag <P> dan </P>. Kod bagi laman web diatas ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Sila ambil perhatian tentang bilangan baris dalam perenggan dalam kod (2 baris) dengan bilangan baris dalam perenggan yang dipaparkan (3 baris). Perbezaan bilangan baris ini berlaku apabila lebar laman web tidak dapat menampung sepenuhnya lebar baris dalam kod. Secara otomatik, perkataan yang tidak dapat ditampung akan dimasukkan kedalam baris berikutnya. Kedudukan isi perenggan Secara otomatik, isi perenggan adalah tersisi kiri, seperti kita lihat diatas. Kita boleh menjadikan isi perenggan tersisi di tengah dengan memasukkan ciri ALIGN="CENTER" dalam tag <P>, seperti contoh berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P ALIGN="CENTER"> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Atau, kita letakkan tag <P> dan </P> diantara tag <CENTER> dan </CENTER> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <CENTER> <P> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> </CENTER> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya serupa seperti berikut :
Kita boleh menjadikan isi perenggan tersisi kanan dengan memasukkan ciri ALIGN="RIGHT" dalam tag <P> : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P ALIGN="RIGHT"> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Atau, kita masukkan tag <P> dan </P> diantara tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <DIV ALIGN="RIGHT"> <P> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> </DIV> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya akan kelihatan serupa, begini :
Mewarna isi perenggan Kita boleh mewarnakan perkataan dalam perenggan dengan menggunakan tag <FONT COLOR=X> dan </FONT>. X ialah warna yang berkenaan. Kita masukkan perenggan diantara tag <FONT COLOR=X> dengan </FONT>. Contohnya untuk mewarna merah kepada perkataan dalam perenggan, kita tuliskan kod begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <FONT COLOR="RED"> <P> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> </FONT> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kita boleh juga mewarna sebahagian perkataan sahaja dalam perenggan dengan menggunakan tag <FONT COLOR=X> keatas perkataan itu sahaja, bukan pada seluruh perenggan. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P> Saya <FONT COLOR="BLUE">boleh</FONT>, dia <FONT COLOR="RED">boleh</FONT>, mereka <FONT COLOR="GREEN">boleh</FONT>, sudah <FONT COLOR="YELLOW">boleh</FONT>, belum <FONT COLOR="MAGENTA">boleh</FONT>, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya :
Untuk mendapatkan warna-warna lain, sila rujuk bab 'Senarai Warna'. Saiz perkataan dalam perenggan Kita boleh menetapkan saiz semua huruf atau perkataan dalam perenggan dengan memasukkan tag <P> dan </P> diantara tag <FONT SIZE=X> dan </FONT>. X ialah saiz huruf yang berkenaan. Contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <FONT SIZE=4> <P> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> </FONT> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya :
Sudah tentu kita boleh menetapkan saiz huruf atau perkataan tetentu sahaja dalam perenggan dengan memasukkan perkataan itu sahaja diantara tag <FONT SIZE=X> dan </FONT>. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P> Saya <FONT SIZE=4>boleh</FONT>, dia <FONT SIZE=5>boleh</FONT>, mereka <FONT SIZE=6>boleh</FONT>, sudah <FONT SIZE=7>boleh</FONT>, belum <FONT SIZE=8>boleh</FONT>, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kesimpulannya, tag-tag lain yang boleh dikenakan keatas perkataan seperti <U>, <I>, <B> dan sebagainya (kita pelajari dalam bab yang lalu) boleh dikenakan pada seluruh perenggan atau perkataan/huruf dalam perenggan. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P> Saya <U>boleh</U>, dia <B>boleh</B>, mereka <I>boleh</I>, sudah <STRIKE>boleh</STRIKE>, belum <B><I>boleh</I></B>, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya :
Margin perenggan Margin perenggan ialah jarak diantara tepi (kiri, kanan, atas atau bawah) laman web dengan isi perenggan. Katakan kita mahu menetapkan satu perenggan yang marginnya ialah 2 inci dari kiri laman web. Kita boleh gunakan ciri 'STYLE=margin-left:2in' dalam tag <P>. Contohnya begini : <P STYLE="margin-left:2in"> Berikut ialah contoh kod penuh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Mula... <P STYLE="margin-left:2in"> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kita boleh tukar margin-left dengan margin-right menjadi seperti berikut : <P STYLE="margin-right:2in"> Hasilnya akan kelihatan seperti berikut :
Kita boleh gantikan in (bagi inci) dengan cm (bagi sentimeter) atau mm (bagi milimeter) atau px (bagi pixel). Untuk menetapkan margin sebelah atas, kita gunakan margin-top seperti berikut : <P STYLE="margin-top:1in"> Hasilnya :
Jika kita gunakan pula margin-bottom seperti berikut : <P STYLE="margin-bottom:1in"> Hasilnya ialah :
Sudah tentu kita boleh gunakan keempat-empat margin sekaligus seperti ini : <P STYLE="margin-top:0.5in;margin-bottom=0.5in;margin-left:0.5in;margin-right:0.5in"> Hasilnya :
Sebenarnya kita boleh gunakan 'margin-all' untuk menggantikan baris kod diatas (jika semua margin adalah sama) seperti kod berikut : <P STYLE="margin-all:0.5in"> Mengenakan stail tertentu keatas isi perenggan Kita boleh mengenakan stail tertentu yang sama keatas semua perenggan dalam laman web yang sama dengan menggunakan tag <STYLE> dan </STYLE>. Tag <STYLE> dan </STYLE> kita letakkan diantara tag </TITLE> dengan tag </HEAD>. Kita tuliskan huruf P sebagai menunjukkan bahawa kita mahu mengenakan stail keatas perenggan, diikuti dengan ciri dan nilai bagi ciri itu. Contohnya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P {margin-left:0.5in;margin-right:0.5in;} </STYLE> </HEAD> <BODY> <P> Isi perenggan </P> </BODY> </HTML> Perhatikan, kita menggunakan tag <STYLE> dan </STYLE>, bukan lagi ciri STYLE dalam tag <P>. Perhatikan juga huruf P tanpa tanda < dan > dalam tag ini. Perhatikan juga penggunaan tanda {, :, ; dan }. Apabila kita menulis baris berikut dalam tag <STYLE> diatas : P {margin-left:0.5in;margin-right:0.5in;} Ini bermaksud kita akan mengenakan stail itu keatas apa-apa perenggan yang akan ada dalam <BODY>. Maknanya, jika kita ada lebih dari satu tag perenggan <P>, semua isi tag-tag <P> akan mempunyai stail itu. Ini bererti kita boleh menjimatkan masa kerana dengan menulis stail satu kali sahaja, stail itu boleh dikenakan pada semua perenggan dalam laman web. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P {margin-left: 0.5in;margin-right:0.5in;} </STYLE> </HEAD> <BODY> Awas... <P>Isi perenggan pertama</P> Sedia <P>Isi perenggan kedua</P> Cabut.. </BODY> </HTML> Hasilnya :
Sebenarnya kita boleh membina lebih dari satu stail bagi perenggan, dimana kita boleh menetapkan suatu perenggan menggunakan stail yang berlainan dari perenggan yang lain. Katakan kita hendak membina 2 stail yang berlainan untuk perenggan. Katakan stail itu kita namakan 'stailsatu' dan 'staildua'. Tiap-tiap stail mempunyai ciri berlainan. Kita akan tuliskan begini dalam tag <STYLE>: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P.stailsatu { font: 10pt Courier; color: blue; margin-left: .25in; margin-right: 2.5in; } P.staildua { font: 10pt Times; color: blue; margin-left: 2.5in; margin-right: .25in; } </STYLE> </HEAD> <BODY> <p>Isi perenggan pertama<p> <p>Isi perenggan kedua</p> </body> </html> Perhatikan tanda titik dalam perkataan 'P.stailsatu' dan 'P.staildua'. Inilah cara kita mencipta stail yang berbeza bagi perenggan. Untuk mengenakan 'stailsatu' kepada satu perenggan, kita tuliskan pula ciri 'CLASS=stailsatu' dalam tag <P> perenggan yang berkenaan, begini : <BODY> <P CLASS="stailsatu">Isi perenggan</P> </P> Untuk mengenakan 'staildua' kepada perenggan yang lain, kita tuliskan pula ciri 'CLASS=staildua' dalam tag <P> perenggan yang berkenaan, begini : <BODY> <P CLASS="staildua">Isi perenggan</P> </P> jadi disini kita diperkenalkan dengan ciri CLASS. Berikut ialah contoh kod penuh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P.stailsatu { font: 10pt Courier; color: blue; margin-left: .5in; margin-right: 1.5in; } P.staildua { font: 10pt Times; color: red; margin-left: 1.5in; margin-right: 2.5in; } </STYLE> </HEAD> <BODY> <P CLASS="stailsatu"> Isi perenggan pertama - menggunakan stailsatu </P> <P CLASS="staildua"> Isi perenggan kedua - menggunakan staildua </P> <P CLASS="stailsatu"> Isi perenggan ke tiga - menggunakan stailsatu </P> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Huruf pertama perenggan Kadang-kadang kita mahu membuat huruf pertama dalam satu perenggan lebih besar dari huruf- huruf lain dalam perenggan itu (Ini biasanya digelar 'drop-cap') : Contohnya : uruf pertama dalam baris ini ialah huruf H. H Kita boleh membinanya dengan memasukkan ciri 'first-character' dalam tag <STYLE> dan menyatakan nilai bagi ciri itu, seperti kod berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> <STYLE> P:first-character {float:left contour} P:first-character {font: 30pt Arial; color: black} </STYLE> </head> <body> <p>Isi perenggan</p> </body> </html> Perhatikan kedudukan tanda-tanda : Huruf pertama akan kelihatan tergantung dikiri perenggan (float:left contour) dengan saiz 30 point font Arial dan warna hitam. Beberapa cara lain menggantung huruf pertama selain 'left contour' ialah : P:first-character {float: left box} P:first-character {float: right contour} P:first-character {float: right box} Baris pertama perenggan Kita boleh menetapkan ciri-ciri bagi baris pertama bagi satu-satu perenggan. Contohnya kita boleh mengenakan font (bentuk huruf), warna perkataan dan warna latarbelakang bagi baris pertama perenggan. Kita gunakan ciri 'P:first-line' dan nyatakan ciri yang berkenaan dalam tag <STYLE> dan nyatakan nilai bagi ciri itu, begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P:first-line {font: 16pt Times; color: blue} </STYLE> </HEAD> <body> <p>Isi perenggan</p> </body> </html> Dalam kod diatas kita menetapkan supaya baris pertama dalam satu perenggan menggunakan font Times saiz 16 dengan warna latarbelakang baris itu ialah biru. Kita boleh juga menetapkan lebih dari satu stail bagi baris pertama perenggan. Contohnya : <STYLE> P.StailBarisPertamaA { first-line font: 10pt Courier; color: blue;} P.StailbarisPertamaB { first-line font: 10pt Times; color: yellow;} </STYLE> Contoh penggunaan : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P.StailBarisPertamaA { first-line font: 10pt Courier; color: blue;} P.StailBarisPertamaB { first-line font: 15pt Times; color: yellow;} P.StailBarisPertamaC { first-line font: 20pt Arial; color: red;} </STYLE> </HEAD> <BODY> <P CLASS="StailBarisPertamaA">Perenggan pertama</P> <P CLASS="StailBarisPertamaB">Perenggan kedua</P> <P CLASS="StailBarisPertamaC">Perenggan ketiga</P> </BODY> </HTML> Warna latarbelakang perenggan Kita boleh menetapkan warna latarbelakang (background colour) bagi satu perenggan. Kita masukkan ciri 'STYLE=background:X' dalam tag <P> dimana X ialah warna yang berkenaan. Contoh penggunaan : <P STYLE=background:"yellow"> Dalam contoh ini, kita menetapkan warna kuning sebagai latarbelakang bagi satu perenggan. Antara warna-warna yang biasa digunakan ialah seperti berikut : Aqua Navy Black Olive Blue Purple Fuchsia Red Gray Silver Green Teal Lime White Maroon Yellow. Untuk memperoleh warna lain, sila rujuk bab 'Senarai warna'. Berikut ialah contoh kod penuh : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <p STYLE=background:"yellow"> Latarbelakang perenggan ini berwarna kuning </p> </body> </html> Kesannya :
Lebar perenggan Kita boleh menetapkan lebar perenggan dengan menggunakan ciri "width:x" dimana x ialah suatu peratus dari lebar laman web (contohnya 50%). Ciri ini kita tuliskan selepas huruf P (bukan <P>) menandakan ciri ini adalah dikenakan pada isi tag perenggan. Ianya dituliskan seperti berikut : P {width:60%} Baris ini dituliskan diantara tag <STYLE> dan </STYLE>. Tag <STYLE> dan </STYLE> ini pula diletakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD>. Berikut ialah contoh kod penuh : <html> <head> <title> Muka 1 </title> <STYLE> P {WIDTH:50%} </STYLE> </head> <body> Mula... <P> Saya boleh, dia boleh, mereka boleh, sudah boleh, belum boleh, boleh boleh, semua boleh, janji boleh, asalkan boleh, bolehlah, tak boleh, bolehkah </P> Serba boleh </body> </html> Hasilnya akan kelihatan begini :
Ketinggian baris perenggan Tinggi baris perengan bermaksud jarak antara baris dalam perenggan. Seperti yang kita lihat dalam contoh-contoh sebelum ini, tinggi baris secara otomatik adalah mengikut piawai (standad) yang ditetapkan oleh Internet Explorer. Kita boleh menetapkan tinggi baris dengan menggunakan tag <STYLE> dan memasukkan huruf P serta ciri 'line-height=x' (tinggi baris) dimana x ialah nilai ketinggian. Ciri 'line-height' boleh ditulis dalam ukuran pt (bagi point), in (bagi inci), cm (bagi centimeter), pl (bagi pixel) atau x% (peratusan dari tinggi yang terdahulu). Contoh kod : </TITLE> <STYLE> P {line-height:5pt} </STYLE> </HEAD> Kod ini menetapkan tinggi tiap-tiap baris dalam perenggan sebanyak 5 point. Contoh kod penuh : <html> <head> <title> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P {line-height:7pt} </STYLE> </head> <body> <p>Tinggi tiap-tiap baris dalam perenggan ini ialah sebanyak 7 point hingga menyebabkan baris-baris terlalu rapat antara satu sama lain</p> </body> </html> Kesannya :
Kita boleh tetapkan tinggi yang berbeza bagi perenggan yang tertentu, bukan terpakai pada setiap tag dengan menuliskan ciri STYLE=line-height=X dalam tag <P> yang berkenaan. Contohnya : <BODY> <P STYLE=line-height:14pt> Jarak antara baris dalam perenggan ini ialah 14 point </P> </BODY> Contoh kod penuh : <html> <head> <title> Muka 1 </TITLE> </head> <body> <p STYLE=line-height=8pt>Tinggi tiap-tiap baris dalam perenggan ini ialah sebanyak 8 point</p> <p STYLE=line-height=20pt>Tinggi tiap-tiap baris dalam perenggan ini pula ialah sebanyak 20 point</p> </body> </html> Kesannya :
Jarak antara huruf dalam perenggan Kita boleh menetapkan jarak antara huruf yang berdekatan dalam perenggan yang sama dengan menggunakan ciri 'letter-spacing=X' (jarak huruf) dalam tag <STYLE> dimana X ialah jarak yang kita mahu. Nilai X dalam ciri 'letter-spacing' boleh ditulis dalam ukuran pt (bagi point), in (bagi inci), cm (bagi centimeter), pl (bagi pixel) atau x% (bagi peratusan dari jarak yang terdahulu). Contohnya : </TITLE> <STYLE> P {letter-spacing: 20pt} </STYLE> </HEAD> Ini menetapkan jarak antara huruf dalam satu perenggan sebanyak 20 point. Semua perenggan dalam laman web akan dikenakan jarak huruf yang sama. Contoh kod penuh : <html> <head> </TITLE> <STYLE> P {letter-spacing:20pt} </STYLE> </HEAD> <body> <p>Perenggan 1</p> <p>Perenggan 2</p> <p>Perenggan 3</p> </body> </html> Kesannya :
Kita boleh tetapkan jarak huruf yang berbeza bagi perenggan yang berlainan, bukan terpakai pada setiap perenggan, dengan menuliskan ciri STYLE=letter-spacing:X dalam tag-tag <P> yang berkenaan, seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1> </title> <BODY> <P STYLE=letter-spacing:8pt> Jarak 8 point antara huruf. </P> <P STYLE=letter-spacing:1pt> Jarak 1 point antara huruf. </P> </BODY> </html> Kesannya :
Jarak antara perkataan Kita boleh menetapkan jarak antara perkataan yang berdekatan dalam perenggan yang sama dengan menggunakan ciri 'word-spacing' (jarak perkataan) dalam tag <STYLE>. 'word-spacing' boleh ditulis dalam ukuran pt (bagi point), in (bagi inci), cm (bagi sentimeter), pl (bagi pixel) atau x% (bagi peratusan dari jarak yang terdahulu). Contoh penggunaan ciri 'word-spacing' bagi perenggan: </TITLE> <STYLE> P {word-spacing:10pt} </STYLE> </HEAD> Kod diatas menetapkan jarak antara perkataan dalam satu perenggan sebanyak 10 point. Ini akan dkenakan keatas semua perenggan yang terdapat dalam laman web yang sama. Kita boleh menetapkan jarak antara perkataan yang berbeza bagi tag yang berlainan, bukan terpakai pada setiap tag dengan memasukkan ciri 'STYLE=word-spacing=X' terus dalam tag <P> dimana X ialah jarak yang kita mahu. Contohnya : <BODY> <P STYLE=word-spacing:10pt> Perkataan-perkataan dalam perenggan ini berjarak 10 point antara satu sama lain. </P> <P STYLE=word-spacing:15pt> Perkataan-perkataan dalam perenggan ini pula berjarak 15 point antara satu sama lain. </P> </BODY> Ketebalan huruf (font) Kita boleh menetapkan ketebalan font (font-weight) yang akan digunakan pada perenggan. Ada beberapa ketebalan font yang boleh kita tetapkan: font-weight: light font-weight: lighter font-weight: extra-light font-weight: demi-light font-weight: bold font-weight: bolder font-weight: demi-bold font-weight: extra bold font-weight: medium Kita menetapkan ketebalan font dengan menyatakannya dalam ciri STYLE yang kita masukkan dalam tag-tag <P> yang berkenaan. Berikut ialah contoh menggunakan ketebalan font : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <DL> <DT> Bergetah <P STYLE=font-weight:lighter> Boleh melekat bila di sentuh atau di pandang </P> <P> Gulai <P STYLE=font-weight:bolder> Satu hasil masakan </P> </BODY> </HTML> Kes (case) huruf Kita boleh menetapkan 'case' huruf dalam satu perenggan samada seperti asal (sebagaimana kod di tulis), huruf besar bagi huruf pertama, semua huruf kecil atau semua huruf besar. Ia dilakukan dengan menggunakan ciri 'STYLE=text-transform=X' dalam tag-tag <P> yang berkenaan dimana X ialah samada 'none', 'capitalize', 'lowercase' atau 'uppercase'. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <P STYLE=text-transform:capitalize> semua huruf dalam kod perenggan ini ditulis dalam huruf kecil tetapi huruf pertamanya kelihatan berhuruf besar kerana stailnya telah ditetapkan demikian. </P> <P STYLE=text-transform:uppercase> semua huruf dalam kod perenggan ini ditulis dalam huruf kecil tetapi kelihatan semuanya berhuruf besar kerana stailnya telah ditetapkan demikian. </P> <P STYLE=text-transform:lowercase> semua huruf dalam kod perenggan ini ditulis dalam huruf BESAR tetapi kelihatan semuanya berhuruf KECIL kerana stailnya telah ditetapkan demikian. </P> <P STYLE=text-transform:none> Semua huruf dalam kod perenggan kelihatan sama sebagaimana kodnya ditulis. </P> </BODY> </HTML> Membuat perkataan berbayang Kita boleh membuat satu-satu perkataan seolah-olah berbayang dengan memasukkannya dalam perenggan kemudian mengenakan warna yang berbeza keatas perenggan dan perkataan. Berikut ialah contoh kod yang melakukannya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> P.berbayang { font:20pt Courier; background:Silver; color:blue;) </STYLE> </HEAD> <BODY> <P CLASS=berbayang> Perkataan berbayang </P> </BODY> </HTML> Contoh kreatif penggunaan tag <P> <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY BGCOLOR=black TEXT=white> p<P> e<P> r<P> k<P> a<P> t<P> a<P> a<P> n<P> <P> t<P> e<P> g<P> a<P> k<P> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Memasukkan dan mengendali gambar atau grafik dalam laman web Sediakan gambar dahulu Untuk memasukkan gambar-gambar kedalam Laman Web, fail-fail gambar mestilah disediakan terlebih dahulu. Gambar-gambar bermaksud lukisan, foto, grafik dan lain- lain lagi. Banyak program-program komputer yang boleh digunakan untuk membuat gambar seperti Microsoft Paint, Image Composer, Photo Editor, PaintShop Pro, CorelDraw dan lain-lain lagi. Kita mestilah tahu serba sedikit mengenai cara membuat gambar menggunakan program- program ini. Berbagai-bagai program menghasilkan berbagai-bagai format gambar seperti bmp, jpg, gif dan sebagainya. Semuanya boleh dimasukkan dalam laman web. Bagaimanapun, jika kita mahu meletakkan laman web kita di Internet, gunakan program-program yang menghasilkan format "jpg", "jpeg" atau "gif" seperti PaintShop Pro, Gif Constructor, Photo Editor, Image Composer dan sebagainya. Untuk kegunaan sendiri, kita boleh gunakan apa-apa format gambar. Selepas kita membina gambar, simpan fail gambar tadi dalam cakera keras. Seeloknya, buat permulaan, simpan fail gambar dalam folder yang sama dengan laman web. Ingat nama folder dimana gambar itu disimpan (kerana kita akan merujuk alamat fail gambar itu dalam kod laman web). Untuk menghasilkan gambar yang cantik kita perlulah pandai melukis atau mengambil gambar yang dibuat oleh orang lain (pastikan kita mendapat kebenaran dari pihak berkenaan) atau meminta tolong kawan kita. Banyak juga cakera CD dan laman web yang menyediakan gambar- gambar yang cantik-cantik untuk digunakan dalam laman web secara percuma oleh sesiapa saja. Berikut ialah beberapa sumber gambar di internet : http://pubweb.nexor.co.uk/public/Archie/servers.html http://netletter.com/cameo/hotlist/hotlist.htm http://www.scs.unr.edu/Veronica.html Kita boleh juga menggunakan mesin pengimbas untuk mengimbas gambar atau mengambil gambar menggunakan kamera digital dan menyimpannya dalam cakera keras komputer kita. Gunakan tag <IMG> Katakan kita mempunyai gambar yang disimpan dengan nama 'GambarKereta.jpg' dalam folder yang sama dengan Laman Web kita, kita gunakan tag <IMG> berserta ciri SRC untuk memasukkan gambar itu kedalam laman web. Contohnya : <IMG SRC="GambarKereta.jpg">. Berikut ialah contoh penggunaannya yang lebih lengkap: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> <IMG SRC="GambarKereta.jpg"> <BR> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> Hasilnya :
IMG ialah kependekan bagi IMAGE, bermakna gambar. SRC pula kependekan bagi SOURCE iaitu sumber dimana gambar itu berada dan nama gambar. Jika gambar itu berada dalam folder 'C:\Semua Gambar\', maka kita hendaklah menulis begini : <IMG SRC="C:\Semua Gambar\GambarKereta.jpg"> Jika kita hendak memasukkan gambar yang berada di internet dimana ia berada dalam komputer milik syarikat ABC.com, tuliskan begini : <IMG SRC="http://www.ABC.com/GambarDia.gif"> Pastikan kita mendapat kebenaran pemiliknya sebelum kita menggunakan gambar milik mereka. Kedudukan gambar Secara otomatik, gambar akan muncul dikiri laman web. Kita boleh meletakkan gambar ditengah atau kanan laman web dengan menggunakan tag <DIV> dan memasukkan ciri ALIGN="center" atau ALIGN="right" didalamnya. Contoh penggunaannya seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> <DIV ALIGN="CENTER"> <IMG SRC="GambarKereta.jpg"> </DIV> <BR> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> DIV adalah ringkasan bagi DIVIDE. ALIGN bermakna sisihan (kedudukan). Kod diatas menyebabkan gambar berada ditengah laman web. Berikut ialah contoh hasil setelah kita gunakan ciri ALIGN="CENTER" dalam tag <DIV> :
Untuk memasukkan gambar ditengah laman web seperti diatas, kita boleh juga memasukkan tag <IMG> diantara tag <CENTER> dan </CENTER> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> <CENTER> <IMG SRC="GambarKereta.jpg"> </CENTER> <BR> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> Kita boleh gantikan <DIV LIGN="CENTER"> dengan <DIV ALIGN="RIGHT"> untuk meletakkan gambar dikanan laman web. Perkataan menggantikan gambar Ada kemungkinan, memasukkan gambar akan melambatkan sedikit proses menampakkan laman web kita ke skrin komputer oleh Internet Explorer. Oleh itu ada sesetengah pengguna laman web tidak suka melihat gambar pada laman web. Pengguna boleh mengelak dari gambar dipamirkan dengan mengubah setting pada Internet Explorer dengan memilih menu 'View | Options... | General | Show Pictures'. Kita sebagai penulis laman web boleh memasukkan saperkataan tertentu sebagai ganti kepada gambar jika pengguna berbuat demikian. Kita gunakan ciri ALT. ALT adalah ringkasan bagi ALTERNATIVE. Contoh penggunaannya : <IMG SRC="GambarKereta.jpg" ALT="Gambar kereta"> Ciri ALT diatas menyebabkan pengguna tidak nampak gambar tapi nampak perkataan 'Gambar kereta' pada kedudukan gambar. Untuk melihat gambar, pengguna boleh klik kana pada pada perkataan itu, kemudian pilih menu 'Show picture'. Contoh hasil :
Ciri ALT boleh juga diletakkan sebelum ciri SRC, begini : <IMG ALT="Gambar kereta" SRC="GambarKereta.jpg"> Pelayar web Internet Explorer akan menggunakan teks ALT sebagai perkataan tip yang ditayangkan bila kita gerakkan tetikus pada kedudukan gambar. Perkataan dan gambar Untuk memasukkan apa-apa perkataan (biasanya digunakan untuk memberi penerangan mengenai gambar) dikiri dan kanan gambar, tuliskan perkataan itu dikiri dan kanan tag <IMG> (atau, kita boleh katakan betul-betul sebelum dan selepas tag <IMG>), begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> Lihat kereta ini, <IMG SRC="GambarKereta.jpg"> Cantik kan ? <BR> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan, kedudukan perkataan ialah diparas bawah gambar. Kedudukan perkataan dan gambar Biasanya kita memasukkan apa-apa nota untuk sesuatu gambar. Contohnya :
Berikut ialah kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> <IMG ALIGN="RIGHT" SRC="GambarKereta.jpg" ALT="Gambar kereta"> Sebuah kereta diatas padang. Nampaknya ia sebuah model lama. Bagaimanapun, ia kelihatan masih berkilat kerana baru di sembur cat baru. Entah siapalah yang meletakkannya disitu. <BR> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> Perhatikan, dengan menuliskan ciri ALIGN="RIGHT" dalam tag <IMG>, nota akan berada di kiri gambar. Nota hendaklah dituliskan selepas tag <IMG>. Jika ditulis sebelum tag <IMG> iaitu begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> Sebuah kereta diatas padang. Nampaknya ia sebuah model lama. Bagaimanapun, ia kelihatan masih berkilat kerana baru di sembur cat baru. Entah siapalah yang meletakkannya disitu. <IMG ALIGN="right" SRC="GambarKereta.jpg" ALT="Gambar kereta"> <BR> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> maka begini kelihatannya (tidak begitu menarik) :
Perhatikan perkataan 'Sekian' berada tidak cukup kebawah gambar. Untuk meletakkannya di kiri tetapi dikedudukan lebih kebawah dari gambar, kita gunakan tag <BR CLEAR=ALL> selepas nota gambar, seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> Sebuah kereta diatas padang. Nampaknya ia sebuah model lama. Bagaimanapun, ia kelihatan masih berkilat kerana baru di sembur cat baru. Entah siapalah yang meletakkannya disitu. <IMG ALIGN="right" SRC="GambarKereta.jpg" ALT="Gambar kereta"> <BR CLEAR=ALL> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> Jika kita menuliskan ciri ALIGN="LEFT" dalam tag <IMG> dan nota pula dituliskan selepas tag <IMG>, iaitu begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> <IMG ALIGN="LEFT" SRC="GambarKereta.jpg" ALT="Gambar kereta"> Sebuah kereta diatas padang. Nampaknya ia sebuah model lama. Bagaimanapun, ia kelihatan masih berkilat kerana baru di sembur cat baru. Entah siapalah yang meletakkannya disitu. <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> maka begini kesannya, iaitu gambar berada dikiri laman web dan nota berada dikanan gambar :
Ciri ALIGN="top" akan menyebabkan teks berada di paras atas gambar, seperti berikut :
Kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Gambar kereta <BR> <BR> Sebuah kereta <IMG ALIGN="top" SRC="GambarKereta.jpg" ALT="Gambar kereta"> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML>
Ciri ALIGN="texttop" menyebabkan teks berada diatas gambar tetapi lebih atas dari kesan ciri ALIGN="top". Ciri ALIGN="middle" menyebabkan teks berada di tengah gambar secara menegak. Contoh kesan :
Ciri-ciri lain ialah seperti berikut : ALIGN="absmiddle" Ciri ini berkesan jika kita menayangkan lebih dari satu gambar yang berbeza ketinggiannya dalam satu baris. Kesannya perkataan akan berada di tengah (secara menegak) gambar yang paling tinggi. ALIGN="baseline" Ciri ini menyebabkan perkataan berada di paras paling bawah bagi gambar. Contoh kesan :
ALIGN="bottom" Ciri ini memberi kesan yang hampir sama dengan ciri ALIGN="baseline" ALIGN="absbottom" Ciri ini berkesan jika kita menayangkan lebih dari satu gambar yang berbeza ketinggiannya dalam satu baris. Kesannya perkataan akan berada di paras bawah gambar yang paling bawah. Gambar sebagai pintasan (link) Kita boleh menjadikan satu gambar sebagai penghubung ke lain-lain laman web, iaitu apabila kita klik pada gambar itu, kita akan dibawa melihat laman web lain (iaitu kita mempunyai lebih dari satu laman web). Kita gunakan tag <A> dengan ciri HREF untuk menjadikan gambar berfungsi sedemikian. Caranya, kita masukkan tag <IMG> didalam tag <A>. Contohnya : <A HREF="Muka2.htm"><IMG SRC="Gambar2.gif"></A> Apabila kita klik "Gambar2.gif" yang kelihatan pada laman web semasa, kita akan melihat laman web "Muka2.htm". Untuk melihat semula laman web tadi, kita kena sediakan pintasan pada laman web "Muka2.htm" yang menuju ke laman web tadi. Selain dari pintasan ke lain laman web (dalam laman web yang sama), pintasan juga boleh dibuat ke bahagian lain dalam laman web yang sama, atau ke laman web lain di lain laman web di internet. Prinsip yang dinyatakan dalam bab 'Membina dan mengendali pintasan' adalah terpakai juga dalam mengendali gambar sebagai pintasan. Contoh grafik yang dijadikan sebagai pintasan :
Kod bagi laman web diatas ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Sila klik grafik dibawah untuk masuk ke laman web yang lebih menarik... <BR> <BR> <A HREF="Muka2.htm"><IMG SRC="Butang.bmp"></A> </BODY> </HEAD> </HTML> Sempadan gambar Apabila kita memasukkan gambar kedalam laman web, kita boleh tetapkan ciri-ciri sempadan (border) bagi gambar itu. Contohnya ciri ketebalan sempadan, warna sempadan dan corak sempadan. Kita boleh menyatakan tebal garis sempadan gambar dengan memasukkan ciri BORDER=X dalam tag <IMG> dimana X ialah satu angka bagi ketebalan. Contoh : <IMG SRC="GambarKereta.gif" BORDER=2> Ciri ini juga berguna untuk membuat jarak antara satu gambar dengan perkataan di kelilingnya. Contohnya jika kita menuliskan ciri BORDER=5 seperti berikut : <IMG ALIGN="LEFT" SRC="GambarKereta.jpg" BORDER=5> kesannya ialah seperti berikut :
Perhatikan sudah ada jarak antara gambar dengan nota (sebanyak 5 pixel). Apabila kita menggunakan ciri BORDER=X, jarak adalah bagi keliling gambar berkenaan (ke empat-empat sempadan gambar). Untuk menetapkan jarak bagi sebelah kanan dan kiri gambar sahaja, kita gunakan ciri HSPACE=X menggantikan ciri BORDER=X. HSPACE bermaksud Horizontal Space. Untuk menetapkan jarak bagi sebelah atas dan bawah gambar sahaja, kita gunakan ciri VSPACE=X menggantikan ciri BORDER=X. VSPACE bermaksud Vertical Space. Ciri BORDER=0 berguna untuk menghilangkan garisan dikeliling satu gambar yang kita jadikan sebagai pintasan (jika kita jadikan satu gambar sebagai pintasan, akan ada garisan keliling gambar). Kita boleh juga nyatakan ciri sempadan gambar dalam ciri STYLE. Contohnya : Bagi ketebalan sempadan, gunakan salah satu dari ciri berikut : <IMG STYLE=border:thin> <IMG STYLE=border:medium> <IMG STYLE=border:thick> <IMG STYLE=border:2cm> Bagi warna sempadan : <IMG STYLE=border:red> Untuk nama-nama warna lain, sila rujuk bab 'Senarai warna'. Jika tidak mahu nampak sempadan : <IMG STYLE=border:none> Bagi corak sempadan : <IMG STYLE=border:dotted> <IMG STYLE=border:dashed> <IMG STYLE=border:solid> <IMG STYLE=border:double> Bagi sempadan 3D: <IMG STYLE=border:groove> <IMG STYLE=border:ridge> <IMG STYLE=border:inset> <IMG STYLE=border:outset> Apabila kita menggunakan sempadan 3D, kita boleh juga memasukkan grafik dalam sempadan itu dimana grafik itu akan diulang-ulang sepanjang garisan sempadan berkenaan. Ini membolehkan kita mencipta garisan sempadan yang cukup menarik. Contoh menggunakan grafik bagi sempadan 3D ialah seperti berikut : </TITLE> <STYLE> IMG { border:groove .6in "airbatu.gif" } </STYLE> </HEAD> Dalam contoh ini, kita menggunakan fail grafik bernama 'airbatu.gif' sebagai garis sempadan 3D. Tebal sempadan keliling gambar boleh juga kita tetapkan dengan menggunakan ciri 'padding'. Contohnya : </TITLE> <STYLE> IMG { padding: .5in } </STYLE> </HEAD> Dalam kod ini, kita tetapkan 'padding' selebar setengah inci. Menyalin gambar dari laman web orang lain Semasa kita melayari laman web orang lain, jika kita menemui gambar yang menarik dan kita mahu menyimpannya kedalam komputer kita, kita klik kanan tetikus pada gambar itu dan pilih menu 'Save this picture'... Menetapkan saiz gambar Saiz gambar dalam laman web diukur dalam ukuran pixel. Kita gunakan ciri WIDTH=X untuk menentukan lebar gambar dan ciri HEIGHT=X untuk menetapkan tinggi gambar. X ialah nilai yang kita mahu. Contohnya jika kita menulis begini : <IMG SRC="GambarKereta.jpg" WIDTH=200 HEIGHT=300> ini bermakna kita tetapkan lebar gambar sebagai 200 pixel dan tingginya 300 pixel. Biasanya kita tidak menetapkan saiz gambar supaya saiznya mengikut saiz sebenar fail gambar itu. Jika kita menetapkan saiz gambar yang lebih besar dari saiz sebenar, gambar akan kelihatan kabur. Jika kita menetapkan saiz gambar yang lebih kecil dari saiz sebenar, gambar akan dimampatkan. Contoh gambar yang kabur :
Contoh gambar yang mampat :
Penggunaan ciri WIDTH dan HEIGHT boleh mempercepatkan sedikit penayangan gambar di laman web. Ini kerana laman web sudah diberitahu luas kawasan yang akan dipakai untuk gambar. Jika tidak, laman web akan menunggu seluruh gambar timbul dalam ingatan (memory) komputer, kemudian mengira tinggi dan lebar gambar. Ciri ini juga membantu mempercepat penayangan nota berkaitan dengan gambar. Ia juga mempercepat penayangan teks ALT. Memasukkan gambar gantian Jika kita memasukkan gambar yang besar atau mengandungi banyak warna, ini boleh menyebabkan laman web kita lambat ditayangkan. Kita boleh membuat satu salinan gambar berkenaan yang saiznya lebih kecil dan bilangan warnanya kurang dari gambar asal. Salinan gambar inilah yang akan dipamirkan dulu. Kita gunakan ciri LOWSRC untuk menandakan gambar yang dipamirkan dahulu ialah salinan gambar yang lebih kecil dan kurang bilangan warnanya. Contoh penggunaan ciri LOWSRC ialah seperti berikut : <IMG SRC="GambarKereta.jpg" LOWSRC="GambarKeretaKecil.jpg" WIDTH=200 HEIGHT=300> Pelayar web akan menayangkan dahulu gambar yang lebih ringkas. Olehkerana gambar itu mengandungi bilangan warna yang sedikit dan saiznya yang lebih kecil, ia dapat ditayangkan dengan lebih cepat. Apabila gambar gantian itu telah sepenuhnya ditayangkan, barulah gambar yang sebenarnya ditayangkan. Proses ini berlaku tanpa disedari oleh pengguna laman web kita. Kesan penggunaan gambar Gambar-gambar yang banyak dalam laman web, saiz gambar yang besar dalam laman web atau gambar yang menggunakan banyak warna dalam laman web boleh melambatkan proses penayangan laman web kita. Terdapat beberapa cara dan teknik untuk mengatasi masalah ini supaya laman web kita ditayangkan dengan lebih cepat : 1. Kurangkan penggunaan gambar yang tidak perlu 2. Kurangkan penggunaan warna yang tidak perlu 3. Kecilkan saiz gambar 4. Gunakan format gambar yang sesuai seperti jpg dan gif 5. Gunakan teknik 'transparency' 6. Gunakan 'interlaced gif' 7. Gunakan ciri LOWSRC. Cara dan teknik membuat gambar, mengurangkan saiz gambar, mengurangkan bilangan warna gambar dan sebagainya tidak ditunjukkan dalam buku ini. Teknik-teknik ini kita boleh pelajari semasa kita mempelajari program-program grafik. Belajar mengendali program-program grafik dan pengimbas Untuk menghasilkan gambar-gambar yang cantik untuk dimasukkan dalam laman web, kita perlulah belajar menggunakan program-program grafik, tahu menggunakan pengimbas, tahu mencari gambar-gambar yang sesuai di internet dan CDROM. Membuat dan mengendali senarai Berikut ialah contoh ringkas satu senarai : Jenis kekacang 1.Kacang panjang 2.Kacang boncis 3.Kacang unta Kita boleh menyediakan senarai dalam laman web menggunakan tag-tag yang kita pelajari sebelum ini, contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Jenis-jenis kekacang <BR> 1.Kacang panjang <BR> 2.Kacang boncis <BR> 3.Kacang unta </BODY> </HTML> Hasilnya :
Bagaimanapun, terdapat tag-tag khusus yang kita boleh gunakan untuk membina dan mengisi senarai. Senarai bernombor Tag-tag berikut berguna untuk membina senarai bernombor. <OL>, </OL>, <LI> dan <LI> OL adalah ringkasan bagi ORDERED LIST (senarai bernombor). Tag <OL> adalah tanda mula satu senarai bernombor. Senarainya terkandung dalam tag <LI>. Satu tag <LI> adalah bagi satu item dalam senarai. Tag </LI> ialah tanda penamat bagi tag <LI>. Tag </OL> pula ialah tanda penamat tag </OL>. Contoh penggunaan tag <OL>, <LI>, <LI> dan </OL> adalah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai kekacang <OL> <LI>Kacang panjang</LI> <LI>Kacang boncis</LI> <LI>Kacang unta</LI> </OL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan, nombor-nombor siri 1, 2, 3 terbina dengan sendirinya. Senarai itu terinden sedikit dari tepi kiri laman web dan senarai itu terpisah dengan perkataan lain yang tidak termasuk dalam senarai oleh satu baris kosong di baris atas dan bawahnya. Senarai berbulet Kita boleh juga menggunakan tag <UL> sebagai ganti tag <OL>. UL adalah ringkasan bagi UNORDERED LIST (senarai berbulet). Tag <UL> adalah persediaan bagi membina senarai berbulet. Senarai tidak akan bernombor tetapi berbulet. Senarainya terkandung dalam tag <LI> juga. Tag </LI> pula ialah penamat bagi tag <LI>. Satu tag <LI> adalah bagi satu item dalam senarai. Tag </UL> ialah tanda penamat bagi tag <UL>. Contoh penggunaan tag <UL>, <LI>, <LI> dan </UL> adalah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai kekacang <UL> <LI>Kacang panjang</LI> <LI>Kacang boncis</LI> <LI>Kacang unta</LI> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan, bulet-bulet terbina dengan sendirinya. Senarai itu terinden dari tepi kiri laman web dan senarai itu terpisah oleh satu baris kosong dari perkataan dibaris atas dan bawahnya yang tidak termasuk dalam senarai. Secara otomatik, semua bulet adalah berbentuk satu titik hitam yang agak kecil. Kita boleh mengubahnya kepada bentuk cakera (disc), bulatan besar (circle) atau empat segi (square). Caranya ialah dengan menambah ciri TYPE dalam tag <UL>. Contohnya begini: <UL TYPE=disc> Ciri TYPE=disc menjadikan semua bulet berbentuk cakera. Kita boleh gantikan 'disc' dengan 'circle' atau 'square'. Kita boleh tetapkan bentuk bulet yang berbeza bagi tiap-tiap item dalam senarai dengan memasukkan ciri TYPE dalam tag <LI>. Secara otomatik, bentuk bulet ialah satu titik hitam. Kita boleh mengubahnya menjadi bentuk cakera(disc), bulatan(circle) atau empatsegi(square). Contoh penggunaannya:
Senarai Definisi Satu lagi bentuk senarai selain dari bentuk berbulet dan bentuk bernombor siri ialah senarai definisi. Ini biasa kita lihat pada kamus atau pada lembaran akhir sesebuah buku. Senarai definisi mengandungiterma (term) dan diikuti dibaris bawahnya satu definisi bagi terma itu. Berikut ialah contoh definisi dan terma: Pisang Sejenis buah popular di dunia Pasung Kawal atau penjara Tag-tag bagi membina definisi ialah seperti berikut : <DL>, <DT>, </DT>, <DD>, </DD>, </DL> DL bermakna DEFINITION LIST (Senarai definisi). Tag <DL> ialah tanda persediaan bagi membina definisi. Senarai dalam definisi adalah tidak bernombor atau berbulet. Terma akan terkandung dalam tag <DT>. Definisi bagi terma diletakkan dalam tag <DD>. </DL> ialah tanda penamat tag <DL>. <DT> bermakna DEFINITION TERM (terma definisi). Tag ini adalah tanda permulaan satu terma dalam senarai yang dibina menggunakan tag <DL>. Sama seperti <LI>, cuma <LI> adalah dalam <OL> atau <UL> sementara <DT> diletakkan selepas <DL>. </DT> ialah tanda penamat bagi tag <DT>. <DD> bermakna DEFINITION DATA (data definisi). Tag ini adalah tanda permulaan definisi bagi terma. Sama seperti <LI>, cuma <LI> adalah dalam <OL> atau <UL>. <DD> diletakkan selepas <DT>. </DD> ialah tanda penamat tag <DD>. Secara otomatik kandungan <DD> adalah di inden kekanan sedikit dari kandungan <DT>. Contoh penggunaan <DL>, <DT> dan <DD> : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Contoh definisi <DL> <DT>Pisang</DT> <DD>Sejenis buah popular di dunia</DD> <DT>Pasung</DT> <DD>Kawal atau penjara</DD> </DL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan ciri-ciri berikut : Definisi terpisah oleh satu baris kosong dari baris-baris diatas dan dibawahnya. Isi <DD> terinden sedikit dari kiri laman web. Senarai direktori Senarai direktori ialah satu senarai yang mengandungi nama-nama direktori seperti yang biasa kita lihat dalam buku direktori telefon dan dalam buku-buku. Untuk membina senarai, kita mulakan dengan tag <DIR> dan diakhiri dengan tag </DIR>. Diantara kedua-dua tag ini kita masukkan item dengan menggunakan tag <LI> dan </LI>. Contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai direktori <DIR> <LI>A-H <LI>I-M <LI>M-R <LI>S-Z </DIR> Sekian </BODY> </HTML>
Kesannya kelihatan seperti berikut :
Kesannya kelihatan sama seperti senarai berbulet.
Senarai menu Ini adalah satu lagi bentuk senarai. Untuk membinanya, kita dimulakan dengan tag <MENU> dan akhirinya dengan tag </MENU>. Diantara kedua-dua tag ini, kita masukkan senarai dalam tag <LI> dan </LI>. Ini adalah sama seperti lain-lain senarai. Senarai dalam senarai Kita boleh memasukkan senarai dalam senarai. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai benua dan negara <UL> <LI>Asia</LI> <UL> <LI>Malaysia</LI> <LI>Indonesia</LI> </UL> <BR> <LI>Afrika</LI> <UL> <LI>Mesir</LI> <LI>Zimbabwe</LI> </UL> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Perhatikan kedudukan-kedudukan tag <UL> dalam kod diatas. Perhatikan juga cara kod ditulis. Sebenarnya kita boleh juga menulis begini (cara biasa): <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai benua dan negara <UL> <LI>Asia</LI> <UL> <LI>Malaysia</LI> <LI>Indonesia</LI> </UL> <BR> <LI>Afrika</LI> <UL> <LI>Mesir</LI> <LI>Zimbabwe</LI> </UL> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Tetapi cara biasa ini menyukarkan kita melihat struktur kod. Hasil kedua-dua cara itu tetap sama, seperti berikut :
Untuk memasukkan senarai kedua dalam senarai yang pertama, kita masukkan tag-tag yang membina senarai iaitu <UL> atau <OL> selepas tag <LI> yang berada dalam tag <UL> atau <OL> yang awal. Ciri TYPE dan START serta VALUE Berikut ialah beberapa perkara lain yang boleh diambil perhatian : Bentuk-bentuk bulet lain juga boleh diperolehi seperti berikut : Ciri TYPE="1" dalam mana-mana tag menjadikan bulet berbentuk angka biasa. Contohnya 1, 2, 3, ... Ciri TYPE="I" dalam mana-mana tag menjadikan bulet berbentuk angka roman. Contohnya I, II, III, ... Ciri TYPE="A" dalam mana-mana tag menjadikan bulet berbentuk huruf besar. Contohnya A, B, C, ... Ciri TYPE="a" dalam mana-mana tag menjadikan bulet berbentuk huruf kecil. Contohnya a, b, c, ... Ciri TYPE="i" dalam mana-mana tag menjadikan bulet berbentuk angka roman tapi berhuruf kecil. Contohnya I, ii, iii, ... Ciri START digunakan untuk menentukan bulet permulaan. Ia digunakan bersama dengan ciri TYPE. Dalam kod berikut : <OL TYPE=1 START=3> Ciri START=3 menjadikan senarai dalam <OL> bermula dengan angka 3, bukan dengan angka 1. Dalam kod berikut pula: <OL TYPE=i START=3> Ciri START=3 menjadikan senarai dalam <OL> bermula dengan angka iii, bukan dengan angka i. Lihat pula kod berikut : <OL TYPE=A START=3> Ciri TYPE=A bersama dengan ciri START=3 menjadikan senarai dalam <OL> bermula dengan huruf C. Dalam kod berikut pula : <LI VALUE=12> Ciri VALUE=12 menjadikan senarai dalam <LI> bermula dengan angka 12, bukan dengan angka 1. Menetapkan ciri VALUE dalam tag <LI> akan menafikan ciri START yang dinyatakan dalam tag <OL> dan sebagainya bagi tag <LI> yang tertentu itu dan tag <LI> yang berikutnya. Lihat pula kod berikut : <OL TYPE=A START=3> Ciri TYPE=A bersama dengan ciri START=3 menjadikan senarai dalam <OL> bermula dengan huruf C. Sila ambil perhatian, tidak semua pelayar web menyokong ciri TYPE=X. Jika tidak disokong, ciri yang anda tetapkan tidak akan dilayan. Pelayar itu akan mengganti ciri itu dengan cirinya sendiri, yang diluar jangkaan kita. Saiz huruf (font-size) Saiz font biasanya diukur dalam unit point. 1 point lebihkurang 1/72 inci. Jika kita tidak menetapkan saiz font, saiz yang secara otomatik digunakan oleh Internet Explorer biasanya ialah 12 point. Kita boleh mengubah saiz font bagi satu senarai, dengan memasukkan ciri STYLE dalam tag <LI> dan tetapkan saiznya (font-size). Contohnya seperti berikut : <LI STYLE=font-size:30pt>Asia</LI> Berikut ialah contoh kod yang agak lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai benua dan negara <UL> <LI STYLE=font-size:30pt>Asia</LI> <UL> <LI STYLE=font-size=20pt>Malaysia</LI> <LI>Indonesia</LI> </UL> <BR> <LI STYLE=font-size:30pt>Afrika</LI> <UL> <LI STYLE=font-size=20pt >Mesir</LI> <LI>Zimbabwe</LI> </UL> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Warna latarbelakang Kita boleh menetapkan warna latarbelakang bagi satu item dalam senarai dalam laman web. Kita masukkan ciri 'STYLE=background:X' dalam tag <LI>. X ialah warna yang kita mahu. Contoh penggunaan : <LI STYLE=background:yellow> Dalam contoh ini, kita menetapkan warna kuning sebagai latarbelakang bagi satu item dalam senarai. Antara warna-warna yang biasa digunakan ialah seperti berikut : Aqua Navy Black Olive Blue Purple Fuchsia Red Gray Silver Green Teal Lime White Maroon Yellow. Untuk mendapatkan warna-warna lain, sila rujuk bab 'Senarai warna'. Berikut ialah satu contoh yang lebih lengkap: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai benua dan negara <UL> <LI STYLE=background:yellow;font-size:30pt>Asia</LI> <UL> <LI STYLE=font-size=20pt;background:green>Malaysia</LI> <LI STYLE=background:red>Indonesia</LI> </UL> <BR> <LI STYLE=background:blue;font-size:30pt>Afrika</LI> <UL> <LI STYLE=background:pink>Mesir</LI> <LI STYLE=background:purple>Zimbabwe</LI> </UL> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya ialah seperti berikut :
Warna perkataan Kita boleh menetapkan warna perkataan bagi satu item dalam senarai dalam laman web. Kita masukkan ciri 'STYLE=color:X' dalam tag <LI>. X ialah warna yang kita mahu. Contoh penggunaan : <LI STYLE=color:red> Dalam contoh ini, kita menetapkan warna merah sebagai warna bagi satu item dalam senarai. Antara warna-warna yang biasa digunakan ialah seperti berikut : Aqua Navy Black Olive Blue Purple Fuchsia Red Gray Silver Green Teal Lime White Maroon Yellow. Untuk mendapatkan warna-warna lain, sila rujuk bab 'Senarai warna'. Berikut ialah satu contoh yang lebih lengkap: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai benua dan negara <UL> <LI STYLE=color:yellow;font-size:30pt>Asia</LI> <UL> <LI STYLE=font-size=20pt;color:green>Malaysia</LI> <LI STYLE=color:red>Indonesia</LI> </UL> <BR> <LI STYLE=color:blue;font-size:30pt>Afrika</LI> <UL> <LI STYLE=color:pink>Mesir</LI> <LI STYLE=color:purple>Zimbabwe</LI> </UL> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya ialah seperti berikut :
Memasukkan beberapa ciri serentak Kita boleh menuliskan beberapa ciri kedalam tag <LI> seperti dalam contoh-contoh diatas dan contoh berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai benua dan negara <UL> <LI STYLE=background:red;color:yellow;font-size:30pt>Asia</LI> <UL> <LI STYLE=background:yellow;font-size=20pt;color:green>Malaysia</LI> <LI STYLE=background:purple;color:red>Indonesia</LI> </UL> <BR> <LI STYLE=background:blue;color:yellow;font-size:30pt>Afrika</LI> <UL> <LI STYLE=background:magenta;color:pink>Mesir</LI> <LI STYLE=background:black;color:white>Zimbabwe</LI> </UL> </UL> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kedudukan senarai Secara otomatik satu senarai akan berada dikiri laman web (dengan sedikit inden). Kita boleh meletakkannya ditengah laman web dengan memasukkan tag <OL>, <UL> atau <DL> (yang mana berkenaan) diantara tag <CENTER> dan <CENTER> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <CENTER> <UL> <LI>Oren</LI> <LI>Mangga</LI> <LI>Epal</LI> </UL> </CENTER> </BODY> </HTML>
Hasilnya :
Kita boleh meletakkan senarai dikanan laman web dengan memasukkan tag <OL>, <UL> atau <DL> (yang mana berkenaan) diantara tag <DIV ALIGN=RIGHT> dan <DIV> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <DIV ALIGN=RIGHT> <UL> <LI>Oren</LI> <LI>Mangga</LI> <LI>Epal</LI> </UL> </DIV> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Margin senarai Kita boleh juga menetapkan margin senarai dengan menggunakan tag <STYLE> dan </STYLE> yang diletakkan diantara tag </TITLE> dan </HEAD>. Diantara tag <STYLE> dan </STYLE> kita tuliskanlah ciri-ciri margin yang kita mahu. Ciri-ciri margin ialah samada margin-left, margin-right, margin-top, margin-bottom. Berikut ialah contoh kod yang menggunakan ciri margin-left dalam tag <STYLE> : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> UL LI {margin-left:2in} </STYLE> </HEAD> <BODY> <UL> <LI>Oren</LI> <LI>Mangga</LI> <LI>Epal</LI> </UL> </HTML> Dalam kod berikut kita cuba menetapkan margin kiri sebanyak 2 inci kepada senarai yang ada dalam laman web. Hasilnya :
Contoh tambahan Berikut ialah contoh lain mengenai senarai. <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> UL LI {font: 20pt Times; color:red; background:yellow; margin-left:1.5in; margin-right:1.5in} </STYLE> </HEAD> <BODY> Senarai berikut berlatarbelakang kuning dan perkataan merah. <UL> <LI>Oren</LI> <LI>Mangga</LI> <LI>Epal</LI> </UL> </HTML> Hasilnya :
Ciri COMPACT Ciri compact biasanya digunakan untuk menjimatkan ruang. Contohnya jika digunakan pada senarai definisi, kesannya ialah terma dan definisi akan berada dalam baris yang sama. Jika tiada ciri ini, definisi akan berada di baris bawah terma. Selain itu, jarak antara item juga semakin dekat. Contoh penggunaan : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai berikut berlatarbelakang kuning dan perkataan merah. <UL COMPACT> <LI>Oren</LI> <LI>Mangga</LI> <LI>Epal</LI> </UL> </HTML> Membina dan mengendali tabel Contoh tabel Berikut ialah satu contoh tabel, iaitu sekumpulan data yang strukturnya kelihatan seperti mempunyai baris (row) dan ruang (column).
Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P Membina tabel Untuk membina tabel dalam laman web, kita gunakan tag <TABLE> dan </TABLE>. Contoh kod : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE> </TABLE> </BODY> </HTML> Tag <TABLE> menandakan kita akan membina satu tabel. Tag </TABLE> ialah tanda penamat tabel. Membina ruang dan baris Setakat menuliskan tag <TABLE> dan </TABLE> tidak akan menampakkan tabel dalam laman web. Selain dari tag-tag ini, ada beberapa tag lain yang berkait rapat dengan tag-tag ini iaitu tag- tag <TR>, </TR>, <TD> dan </TD>. Semua tagtag ini diperlukan untuk menghasilkan satu tabel yang sempurna. Tag-tag lain ini iaitu <TR>, </TR>, <TD> dan </TD> diletakkan diantara tag <TABLE> dan </TABLE>. Tag <TR> bermakna TABLE ROW. Dengannya kita membina satu baris dalam tabel. Tag </TR> ialah tanda kita mengakhiri satu baris dalam tabel. Tag <TR> dan </TR> diletakkan diantara tag <TABLE> dan </TABLE>. Oleh kerana sepasang tag <TR> dan </TR> akan membina satu baris, ini bermakna untuk membina lebih dari satu baris, kita tuliskan lebih dari satu pasang tag-tag ini. Tag <TD> bermakna TABLE DATA, tanda kita akan memasukkan data. Tag </TD> adalah tanda kita mengakhiri satu data. Data dituliskan diantara tag <TD> dan </TD>. Data ialah apa yang akan terpapar dalam tabel. Tag <TD> dan </TD> diletakkan diantara tag <TR> dan </TR>. Satu pasang tag <TD> dan </TD> juga dipanggil satu sel. Tiap-tiap baris hendaklah mengandungi bilangan sel yang sama. Berikut ialah contoh penggunaan tag-tag diatas untuk membina satu tabel: <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE> <TR> <TD>Nama</TD> <TD>Umur</TD> <TD>Jantina</TD> </TR> <TR> <TD></TD> <TD></TD> <TD></TD> </TR> <TR> <TD>Ali</TD> <TD>12</TD> <TD>L</TD> </TR> <TR> <TD>Abu</TD> <TD>30</TD> <TD>L</TD> </TR> <TR> <TD>Siti</TD> <TD>40</TD> <TD>P</TD> </TR> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Jika kod diatas kurang jelas strukturnya, kita boleh menulisnya begini : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD> </TD><TD> </TD><TD> </TD></TR> <TR><TD>Ali </TD><TD>12 </TD><TD>L </TD></TR> <TR><TD>Abu </TD><TD>30 </TD><TD>L </TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40 </TD><TD>P </TD></TR> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Kedua-dua cara memberi hasil yang sama seperti berikut :
Perhatikan ciri-ciri berikut : 1. Baris diatas dan dibawah tabel tidak terpisah oleh baris kosong, tidak seperti tag <PRE>. 2. Percubaan kita memasukkan baris kosong dengan menulis <TR> dan <TD> yang tidak diisi data, gagal (baris kosong tidak dipamirkan). Untuk memasukkan baris kosong, kita hendaklah menuliskan kod ini : dalam tiap-tiap sel seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD> </TD><TD> </TD><TD> </TD></TR> <TR><TD>Ali </TD><TD>12 </TD><TD>L </TD></TR> <TR><TD>Abu </TD><TD>30 </TD><TD>L </TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40 </TD><TD>P </TD></TR> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Garis sempadan tabel Untuk menunjukkan garisan sempadan mengelilingi setiap data (sel), kita masukkan ciri BORDER dalam tag <TABLE> seperti berikut : <TABLE BORDER> BORDER bermaksud 'sempadan'. Contoh penggunaannya seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya, kita akan nampak garisan sempadan pada tiap-tiap sel :
Kedudukan tabel (secara melintang) dalam laman web Secara otomatik, tabel akan berada di kiri laman web. Kita boleh menjadikannya berada ditengah laman web dengan menuliskan ciri ALIGN="CENTER" dalam tag <TABLE> seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE BORDER ALIGN="CENTER"> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya, tabel akan kelihatan berada di tengah laman web :
Selain dari memasukkan ciri ALIGN="CENTER", kita boleh juga menggunakan tag <CENTER> dan </CENTER>. Kita letakkan tag <TABLE> dan </TABLE> diantara tag-tag <CENTER> dan </CENTER> seperti contoh kod berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <CENTER> <TABLE BORDER> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> </CENTER> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya akan sama seperti gambar diatas. Untuk meletakkan tabel dikanan laman web, kita masukkan ciri ALIGN="RIGHT" dalam tag <TABLE> seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE BORDER ALIGN="RIGHT"> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya, tabel akan kelihatan berada dikanan laman web seperti berikut :
Selain dari menggunakan ciri ALIGN="RIGHT", kita boleh juga menggunakan tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV>. Kita letakkan tag <TABLE> dan </TABLE> diantara tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV> seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <DIV ALIGN="RIGHT"> <TABLE BORDER> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> </DIV> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya akan sama seperti gambar diatas. Ketebalan garis sempadan Jika kita menuliskan ciri BORDER dalam tag <TABLE>, secara otomatik ketebalan garisan ialah 1 (dalam unit pixel). Untuk menebalkan lagi garisan sempadan, kita boleh tulikan ciri BORDER=X dalam tag <TABLE> dimana X ialah angka yang kita mahu, contohnya : <TABLE BORDER=3> Berikut ialah contoh hasil ketebalan BORDER=8 :
Perhatikan, ciri BORDER=X hanya memberi kesan kepada ketebalan garisan sekeliling tabel, bukan ketebalan garisan keliling tiap-tiap sel. Tiada cara untuk menetapkan ketebalan garisan keliling satu baris tertentu sahaja, atau satu ruang tertentu sahaja, atau satu sel tertentu sahaja. Jika kita tidak memasukkan ciri BORDER atau kita memasukkan ciri BORDER=0, garis sempadan tabel tidak akan kelihatan. Warna garisan sempadan tabel Jika kita telah menyatakan ciri BORDER, selanjutnya kita boleh menetapkan ciri warna garis sempadan dengan memasukkan ciri BORDERCOLOR=X dalam tag <TABLE> dimana X ialah nama warna yang kita mahu. Contoh kod : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER BORDERCOLOR="red"> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Perhatikan, warna berkenaan adalah mengelilingi tiap-tiap sel. Untuk mendapatkan warna lain, sila rujuk bab 'Senarai warna'. Jika kita tidak menetapkan ciri BORDER terlebih dahulu, kesan ciri BORDERCOLOR=X tidak akan kelihatan. Stail garis sempadan tabel Apabila kita menuliskan ciri BORDER dalam tag <TABLE>, garisan-garisan sempadan akan kelihatan pada keliling tiap-tiap sel dalam tabel. Terdapat beberapa stail garis sempadan tabel yang boleh kita bina dengan memasukkan ciri FRAME=X dalam tag <TABLE>. Berikut ialah beberapa pilihan bagi ciri FRAME=X. Kita akan lihat kesan tiap-tiap ciri ini nanti. FRAME="VOID" Tiada sempadan keliling tabel. Menyebabkan juga tiada jarak antara tabel dengan apa-apa kandungan laman web di kelilingnya. FRAME="ABOVE" Sempadan hanya kelihatan pada sebelah atas tabel. Sempadan sebelah bawah, kiri dan kanan tabel akan hilang. FRAME="BELOW" Sempadan hanya kelihatan di sebelah bawah tabel. Sempadan sebelah atas, kiri dan kanan tabel akan hilang. FRAME="HSIDES" Sempadan hanya kelihatan di sebelah atas dan bawah tabel. Sempadan kiri dan kanan tabel akan hilang. HSIDES ialah ringkasan bagi HORIZONTAL SIDES (Sebelah yang mendatar). FRAME="VSIDES" Sempadan hanya kelihatan di kiri dan kanan tabel. Sempadan atas dan bawah tabel akan hilang. VSIDES ialah ringkasan bagi VERTICAL SIDES (Sebelah yang menegak). FRAME="LHS" Sempadan hanya kelihatan di sebelah kiri tabel. Sempadan kanan, atas dan bawah tabel akan hilang. LHS ialah ringkasan bagi LEFT HAND SIDE. FRAME="RHS" Sempadan hanya kelihatan di sebelah kanan tabel. Sempadan kiri, atas dan bawah tabel akan hilang. RHS ialah ringkasan bagi RIGHT HAND SIDE. FRAME="BOX" Sempadan kiri, kanan, atas dan bawah tabel akan kelihatan. FRAME="BORDER" (Sama dengan FRAME=BOX). Digunakan bagi pelayar web yang tidak menyokong FRAME=BOX. Sebelum menggunakan ciri FRAME, kita mesti tuliskan dahulu ciri BORDER. Tanpa menuliskan ciri BORDER dahulu, kita tidak akan nampak kesan ciri FRAME. Berikut ialah contoh kod yang menggunakan ciri FRAME="VSIDES". <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER FRAME="VSIDES"> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Perhatikan ciri FRAME dituliskan selepas ciri BORDER. Hasilnya seperti berikut :
Jika ciri FRAME="VOID" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Jika ciri FRAME="ABOVE" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Jika ciri FRAME="BELOW" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Jika ciri FRAME="HSIDES" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Jika ciri FRAME="LHS" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Jika ciri FRAME="RHS" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Jika ciri FRAME="BOX" digunakan, kesannya ialah seperti berikut :
Kita boleh juga menuliskan ciri RULES=X dalam tag <TABLE> untuk mendapatkan beberapa stail lagi. Terdapat beberapa pilihan bagi ciri RULES=X iaitu : RULES="NONE", RULES="ROWS", RULES="COLS", RULES="ALL" dan RULES="GROUP". Ciri RULES=X hendaklah dituliskan selepas ciri BORDER, jika tidak kita tidak akan nampak kesannya. Jika kita menggunakan ciri RULES=NONE, hanya garisan keliling tabel akan kelihatan tetapi garisan diantara sel tidak akan kelihatan. Cuba lihat contoh kod berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></head> <BODY> Senarai nama <TABLE BORDER RULES="NONE"> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML>
Hasilnya :
Jika kita menggunakan ciri RULES="ROWS" seperti berikut : <TABLE BORDER RULES="ROWS"> Hasilnya, hanya garisan diantara baris-baris sahaja yang kelihatan, seperti berikut :
Jika kita menggunakan ciri RULES="COLS" seperti berikut : <TABLE BORDER RULES="COLS"> Hasilnya, hanya garisan diantara ruang-ruang sahaja yang kelihatan, seperti berikut :
Jika kita menggunakan ciri RULES="ALL" seperti berikut : <TABLE BORDER RULES="ALL"> Hasilnya sama seperti kita hanya menggunakan ciri BORDER sahaja, seperti berikut :
Bagaimanapun, perhatikan garisan bawah bagi baris pertama yang menjadi agak tebal. Kebolehan kita memasukkan kombinasi ciri-ciri dan tag boleh menghasilkan tabel yang kemas, cantik dan menarik. Memasukkan tajuk tabel Satu tabel biasanya mempunyai tajuk diatasnya. Kita gunakan tag <CAPTION> dan </CAPTION> untuk memasukkan tajuk bagi tabel. Tag-tag ini kita letakkan selepas tag <TABLE>. Berikut ialah contoh penggunaan tag <CAPTION> : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <CAPTION>Senarai nama</CAPTION> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan berikut :
Kedudukan tajuk tabel Secara otomatik, tajuk akan muncul di sebelah atas/tengah tabel. Kita boleh gunakan ciri-ciri berikut untuk meletakkan kedudukan tajuk : <CAPTION ALIGN="TOP"> Tajuk akan berada di sebelah atas/tengah tabel. <CAPTION ALIGN="LEFT"> Tajuk akan berada di sebelah atas/kiri tabel. <CAPTION ALIGN="RIGHT"> Tajuk akan berada di sebelah atas/kanan tabel. <CAPTION ALIGN="BOTTOM"> Tajuk akan berada di sebelah bawah/tengah tabel. Contoh kod : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <CAPTION ALIGN="LEFT">Senarai nama</CAPTION> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Kesannya :
Memformat tajuk tabel Kita boleh memformat tajuk tabel sama seperti kita memformat lain-lain perkataan seperti yang kita pelajari dalam bab 'Memformat perkataan'. Contohnya : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <CAPTION><FONT SIZE=6><B>Senarai</B></FONT></CAPTION> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Lebar tabel Kita boleh menetapkan lebar tabel dengan memasukkan ciri WIDTH=X dalam tag <TABLE> dimana X ialah suatu angka dalam unit pixel. Dalam contoh kod berikut kita cuba menetapkan lebar tabel sebanyak 500 (unit pixel) : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER WIDTH=500> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML>
Hasilnya kelihatan seperti berikut :
Perhatikan lebar tiap-tiap ruang adalah sama. Kita boleh juga menulis lebar tabel dalam bentuk peratus lebar laman web. Contohnya jika kita menulis begini : <TABLE BORDER WIDTH=80%> ini bermakna lebar tabel ialah 80 peratus dari lebar laman web. Jika kita atau pengguna mengubah lebar laman web, lebar tabel pun turut berubah. Lebar tiap-tiap ruang dalam tabel akan dibahagi samarata. Jikia kita menetapkan lebar tabel, lebarnya tidak akan berubah walaupun kita atau pengguna mengubah lebar laman web. Jika kita tidak menetapkan lebar tabel dan kita membina tabel yang lebih lebar dari lebar laman web, lebar tabel akan dipadatkan oleh Internet Explorer supaya seluruh lebar tabel dapat ditayangkan. Saiz tabel yang tetap adalah baik jika kita menggunakan tabel untuk menayangkan gambar didalamnya kerana saiz gambar adalah tetap. Saiz tabel yang berdasarkan peratus lebar laman web adalah sesuai jika tabel itu kita gunakan untuk menayangkan data bukan grafik. Kita juga harus ingat bahawa tidak semua pengguna mempunyai saiz skrin monitor yang sama dengan saiz skrin monitor kita. Jika kita membina tabel yang dapat ditayangkan sepenuhnya dalam skrin satu komputer, skrin yang lebih kecil tidak akan dapat menayangkan tabel itu sepenuhnya. Oleh itu, ada kemungkinan saiz tabel yang berdasarkan peratus lebar skrin elok digunakan. Lebar ruang Biasanya lebar satu ruang ditentukan oleh bilangan huruf atau karakter yang terbanyak dalam mana-mana sel bagi satu ruang itu. Bagaimanapun, kita boleh menetapkan lebar ruang-ruang tertentu dengan menuliskan ciri WIDTH=X dalam mana-mana satu tag <TD> dalam ruang yang berkenaan. Biasanya kita menuliskan ciri itu dalam baris yang pertama atau terakhir. Contohnya jika kita ada 3 ruang (seperti diatas) dimana kita mahu ruang pertama lebarnya 300, ruang kedua 50 dan ruang ketiga pun 50, kita tulis ciri WIDTH=X dalam tag <TD> bagi ruang-ruang yang berkenaan : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=200>Ali</TD><TD WIDTH=50>12</TD><TD WIDTH=250>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Jika kita menulis lebar dalam tag <TD> pada tiap-tiap baris tag <TR>, maka lebar yang paling maksima bagi ruang tertentu akan dipakai. Contohnya kita menulis begini : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=200>Ali</TD><TD WIDTH=50>12</TD><TD WIDTH=250>L</TD></TR> <TR><TD WIDTH=100>Abu</TD><TD WIDTH=100>30</TD><TD WIDTH=200>L</TD></TR> <TR><TD WIDTH=50>Siti</TD><TD WIDTH=100>40</TD><TD WIDTH=200>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Lebar ruang pertama akan diambil sebagai 200 pixel, ruang kedua 100 pixel dan ruang ketiga 250 pixel. Sila ambil perhatian, jika kita menetapkan WIDTH dalam tag <TD> dan kita juga menetapkan WIDTH dalam tag <TABLE>, lebar tabel akan terpakai tetapi lebar tiap-tiap ruang akan berubah mengikut kadarnya. Kita boleh tulis lebar ruang tertentu dalam bentuk peratus lebar tabel. Contohnya jika kita mahu lebar ruang pertama ialah 50 peratus dari lebar tabel, ruang kedua pula 30 peratus dan ruang ketiga 20 peratus (pastikan jumlahnya 100 peratus), kita tulis begini dalam tag-tag <TD> yang berkenaan (biasanya kita tuliskan pada baris pertama) : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=50%>Ali</TD><TD WIDTH=30%>12</TD><TD WIDTH=20%>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Jika kita telah menetapkan lebar tabel berdasarkan peratus lebar laman web dan kemudian menetapkan lebar ruang berdasarkan peratus lebar tabel, bila kita mengubah saiz laman web, saiz ruang akan berubah menurut kadarnya.
Tinggi tabel Tinggi tabel pun boleh kita tetapkan dengan memasukkan ciri HEIGHT=X dalam tag <TABLE>. Dalam contoh kod berikut kita cuba menetapkan tinggi tabel sebanyak 200 (unit pixel) : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER WIDTH=500 HEIGHT=200> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML>
Hasilnya :
Tinggi tiap-tiap baris akan dibahagi sama rata. Tinggi baris Kita boleh menetapkan tinggi baris tertentu dengan menuliskan ciri HEIGHT=X dalam mana- mana satu tag <TR>. Contohnya jika kita ada 3 baris dalam tabel dimana kita mahu baris pertama tingginya 50, baris kedua 20 dan baris ketiga pula 50, kita tulis ciri HEIGHT=X dalam tag <TR> yang berkenaan : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER> <TR HEIGHT=50><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR HEIGHT=20><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR HEIGHT=50><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Sila ambil perhatian, jika kita menetapkan HEIGHT dalam tag <TR> dan kita juga menetapkan WIDTH dalam tag <TABLE>, tinggi tabel akan terpakai dan tinggi tiap-tiap baris akan berubah mengikut kadarnya. Kita boleh tulis tinggi baris tertentu dalam bentuk peratus tinggi tabel. Contohnya jika kita mahu tinggi baris pertama ialah 50 peratus dari tinggi tabel, baris kedua pula 30 peratus dan baris ketiga 20 peratus (pastikan jumlahnya 100 peratus), kita tulis begini dalam tag-tag <TR> yang berkenaan: <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER HEIGHT=200> <TR HEIGHT=50&><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR HEIGHT=30%><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR HEIGHT=20%><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Jika kita telah menetapkan ltinggi tabel berdasarkan peratus tinggi laman web dan kemudian menetapkan tinggi baris berdasarkan peratus tinggi tabel, bila kita mengubah saiz laman web, saiz baris akan berubah menurut kadarnya. Memformat perkataan dalam tabel Kita boleh memformat perkataan dalam tabel dengan mengenakan tag-tag seperti yang kita pelajari dalam bab memformat perkataan. Katakan kita mahu menjadikan perkataan bagi baris pertama dalam tabel bersaiz 10, maka kita masukkan tag <FONT> yang mengandungi ciri SIZE=x selepas tag-tag <TD> yang ada pada baris pertama tabel. Contohnya : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=200><FONT SIZE=8>Nama</FONT></TD><TD WIDTH=150><FONT SIZE=8>Umur</FONT></TD><TD WIDTH=150><FONT SIZE=8>Jantina</FONT></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD WIDTH=100>12</TD><TD WIDTH=100>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Mencantumkan sel antara ruang Ciri COLSPAN=X kita gunakan untuk mencantumkan beberapa sel dalam beberapa ruang supaya kelihatan seperti satu sel sahaja. X ialah bilangan sel yang kita mahu cantumkan. Ciri ini kita tuliskan dalam satu tag <TD>. Contohnya jika kita menulis COLSPAN=3 dalam satu tag <TD>, ini bermakna kita akan mencantumkan 3 sel, bermula dari sel sekarang dan 2 sel lagi dikanannya. Kita boleh tukar angka 2 kepada angka lain. Berikut ialah contoh penggunaan ciri COLSPAN=X : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=250 COLSPAN=2>Nama dan umur</TD><TD WIDTH=150>Jantina</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD WIDTH=100>12</TD><TD WIDTH=100>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD> <TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD> <TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TABLE> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Mencantumkan sel antara baris Kita boleh juga mencantumkan beberapa sel yang berdekatan secara menegak dengan menggunakan ciri ROWSPAN=X yang dimasukkan dalam satu tag <TD>. Contohnya jika kita mahu mencantumkan 3 sel secara menegak bermula dari satu sel, kita tuliskan begini : <TD ROWSPAN=3>...</TD>. Contoh penggunaannya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR> <TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR> <TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kedudukan isi sel secara menegak Secara otomatik, isi tiap-tiap sel dalam tabel berada di bahagian tengah sel. Kita boleh menetapkan kedudukan isi sel secara menegak supaya berada di sebelah atas sel, tengah, bawah atau garis bawah sel. Kita gunakan ciri VALIGN=X dimana X ialah samada "top", "center","bottom" atau "baseline". Jika kita mahu semua sel dalam tabel berada pada kedudukan menegak yang tertentu, kita tuliskan ciri VALIGN=X dalam tag <TABLE>, contohnya begini : <TABLE VALIGN="top"> Jika kita mahu semua sel dalam satu baris tertentu sahaja dalam tabel yang berada pada kedudukan menegak yang tertentu, kita tuliskan ciri VALIGN=X dalam tag <TR> yang tertentu, iaitu begini : <TR VALIGN="top"> Jika kita mahu isi sel tertentu sahaja yang berada pada kedudukan menegak yang tertentu, kita tuliskan ciri VALIGN=X dalam tag <TD> yang berkenaan iaitu begini : <TD VALIGN="top"> Berikut ialah contoh penggunaan ciri VALIGN=X. <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <TABLE BORDER HEIGHT=200> <TR VALIGN="top"><TD WIDTH=100>Nama</TD><TD WIDTH=100>Umur</TD><TD WIDTH=100>Jantina</TD></TR> <TR VALIGN="center"><TD>Ali</TD><TD WIDTH=100>12</TD><TD WIDTH=100>L</TD></TR> <TR VALIGN="bottom"><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD VALIGN="top">Siti</TD><TD VALIGN="center">40</TD><TD VALIGN="bottom">P</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya ialah seperti berikut :
Kita boleh juga menuliskan ciri VALIGN=X dalam tag <COL> untuk menetapkan kedudukan secara menegak isi sel bagi tiap ruang dalam tabel. Contohnya : <COL VALIGN="top"> Jika tabel kita mengandungi 3 ruang, kita hendaklah menuliskan 3 tag COL (bersama ciri berkenaan). Tag <COL> yang pertama untuk menetapkan kedudukan isi ruang pertama, tag <COL> kedua untuk menetapkan kedudukan isi ruang kedua dan tag <COL> ketiga untuk menetapkan kedudukan isi ruang ketiga. Jika kita hanya menuliskan 2 tag <COL>, Internet Explorer akan menganggap ianya untuk ruang pertama dan kedua sahaja. Bilangan tag <COL> mestilah sama dengan bilangan ruang dalam tabel. Tag <COL> biasanya dituliskan selepas tag <TABLE> dan sebelum tag <TR> yang pertama. Berikut ialah satu contoh : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <table border width=200 height=200> <col valign="top"> <col valign="middle"> <col valign="bottom"> <tr><td>Atas</td><td>Tengah</td><td>bawah</td></tr> <tr><td>Atas</td><td>Tengah</td><td>bawah</td></tr> <tr><td>Atas</td><td>Tengah</td><td>bawah</td></tr> </table> </body> </html> Hasilnya :
Kedudukan isi sel secara melintang Secara otomatik, isi sel secara melintang dalam tabel ialah di kiri sel. Kita boleh menetapkan kedudukan isi sel dalam tabel samada berada di kiri, tengah atau kanan sel (pandangan melintang) dengan memasukkan ciri ALIGN="X". X adalah samada "left", "center", "right", "justify", "chAR" atau "chAROFF". Jika kita memasukkan ciri ALIGN="X" dalam tag <TR>, ini akan menetapkan kedudukan bagi seluruh isi sel dalam baris tertentu sahaja dalam tabel. Jika kita memasukkan ciri ALIGN="X" dalam tag <TD> tertentu, ini akan menetapkan kedudukan isi sel tertentu sahaja dalam tabel. Apa-apa kedudukan yang kita tetapkan dalam tag <TD> akan mengatasi ketetapan yang dibuat pada tag <TR>. Perhatikan contoh berikut : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=100>Nama</TD><TD WIDTH=100>Umur</TD><TD WIDTH=100>Jantina</TD></TR> <TR ALIGN="right"><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR ALIGN="center"><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR ALIGN="right"><TD ALIGN="center">Siti</TD><TD ALIGN="left">40</TD><TD ALIGN="center">P</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Kita boleh juga menuliskan ciri ALIGN=X dalam tag <COL> untuk menetapkan kedudukan secara melintang isi sel bagi ruang tertentu dalam tabel. Contohnya : <COL ALIGN="right"> Jika tabel kita mengandungi 3 ruang, kita hendaklah menuliskan 3 tag COL (bersama ciri berkenaan). Tag <COL> yang pertama untuk menetapkan kedudukan isi ruang pertama, tag <COL> kedua untuk menetapkan kedudukan isi ruang kedua dan tag <COL> ketiga untuk menetapkan kedudukan isi ruang ketiga. Jika kita hanya menuliskan 2 tag <COL>, Internet Explorer akan menganggap ianya untuk ruang pertama dan kedua sahaja. Bilangan tag <COL> mestilah sama dengan bilangan ruang dalam tabel. Tag <COL> biasanya dituliskan selepas tag <TABLE> dan sebelum tag <TR> yang pertama. Tag ini diletakkan selepas tag <TABLE> atau sebelum tag <TR> yang pertama. Berikut ialah satu contoh : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <table border width=200 height=200> <col align="left"> <col align="middle"> <col align="right"> <tr><td>Kiri</td><td>Tengah</td><td>Kanan</td></tr> <tr><td>Kiri</td><td>Tengah</td><td>Kanan</td></tr> <tr><td>Kiri</td><td>Tengah</td><td>kanan</td></tr> </table> </body> </html> Hasilnya :
Ciri ALIGN="chAR" berguna untuk menetapkan kedudukan mendatar isi sel berdasarkan satu karakter. Biasanya ia digunakan keatas angka yang mengandungi titik perpuluhan. Ciri ini boleh menjadikan titik perpuluhan dalam keadaan selari. Oleh itu kita perlu menyatakan titik perpuluhan sebagai karakter yang berkenaan. Contohnya : <COL ALIGN="chAR" chAR="."> Ciri OFFSET digunakan bersama ciri ALIGN dan chAR untuk menyatakan kedudukan karaktor berdasarkan peratus lebar sel. Contohnya : <COL ALIGN=chAR chAR=% OFFSET=75> Contoh ini menandakan tanda % sentiasa berada 75 peratus kekanan sel. Untuk meletakkan tanda % betul-betul disempadan kanan sel, tuliskan OFFSET=100. Jika kita tuliskan OFFSET=0, tanda % akan berada dikedudukan paling kiri sel (jadi, jika kita mengisi sel dengan angka 56%, angka 56 tidak akan kelihatan). OFFSET=50 akan meletakkan tanda % ditengah sel. Warna latarbelakang tabel Kita boleh mengenakan warna latarbelakang seluruh tabel dengan memasukkan ciri BGCOLOR=X dalam tag <TABLE> dimana X ialah warna yang kita mahu. Contohnya untuk mengenakan warna kuning, kita tulis begini : <TABLE BGCOLOR="yellow">. Contoh penggunaannya ialah seperti berikut : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> Benua dan negara <Br> <BR> <TABLE BORDER BGCOLOR="yellow"> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR> <TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR> <TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Kita boleh menukar "yellow" dengan 16 warna-warna lain iaitu Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon dan Yellow. Sila rujuk bab 'Senarai warna' untuk mendapatkan warna-warna lain. Warna latarbelakang satu baris Jika kita mengenakan ciri BGCOLOR=X pada satu tag <TR>, bukan pada tag <TABLE>, maka hanya baris itu sahaja yang akan berwarna seperti warna yang kita tuliskan. Contohnya : <html> <head><title>Muka 1></title></head> <body> Benua dan negara <BR> <BR> <TABLE BORDER> <TR BGCOLOR="yellow"><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR BGCOLOR="yellow"> <TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR> <TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Jika kita telah menetapkan ciri BGCOLOR dalam tag <TABLE>, ciri warna yang kita tetapkan melalui ciri BGCOLOR dalam tag <TR> akan digunakan bagi baris berkenaan. Baris lain akan berwarna latarbelakang seperti yang ditetapkan dalam tag <TABLE>. Warna latarbelakang sel tertentu Kita boleh mengenakan warna pada sel tertentu sahaja dengan mengenakan ciri BGCOLOR=x pada satu tag <TD> yang tertentu. Contohnya : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> Benua dan negara <BR><BR> <TABLE BORDER=1> <TR><TD WIDTH=100 BGCOLOR="yellow">Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR> <TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR> <TD>Indonesia</TD><TD BGCOLOR="yellow">Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Jika kita telah menetapkan ciri BGCOLOR dalam tag <TABLE>, ciri warna yang kita tetapkan melalui ciri BGCOLOR dalam tag <TD> akan digunakan bagi sel berkenaan. Ciri BGCOLOR dalam tag <TD> mengatasi ciri BGCOLOR dalam tag <TR> dan Ciri BGCOLOR dalam tag <TR> mengatasi ciri BGCOLOR dalam tag <TABLE>. Warna latarbelakang ruang Untuk mewarna latarbelakang ruang, kita masukkan ciri BGCOLOR=X dalam tag <COL> dimana X ialah warna yang kita mahu, contohnya : <COL BGCOLOR="red"> Tag <COL> hendaklah dituliskan selepas tag <TABLE> dan sebelum tag <TR> yang pertama. Jika tabel mempunyai 3 ruang, kita hendaklah menuliskan 3 tag <COL> iaitu bilangan tag <COL> mestilah sama dengan bilangan ruang dalam tabel. Jika tabel mengandungi 3 ruang tetapi kita hanya menuliskan satu tag <COL>, ini akan dianggap oleh Internet Explorer sebagai ruang pertama. Contoh kod : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> Benua dan negara <BR><BR> <TABLE BORDER=1> <COL BGCOLOR="red"> <COL BGCOLOR="yellow"> <COL BGCOLOR="green"> <TR><TD>Benua</TD><TD>Negara</TD><TD>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR><TD>Asia</TD><TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR><TD>Asia</TD><TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Grafik sebagai latarbelakang tabel Jika kita mempunyai satu fail grafik (gambar), kita boleh menjadikan gambar itu sebagai latarbelakang tabel dengan menuliskan ciri BACKGROUND=X dalam tag <TABLE> dimana X ialah nama fail gambar itu. Contohnya kita menulis begini : <TABLE BACKGROUND="Bulatan.bmp"> "Bulatan.bmp" adalah fail gambar yang ada dalam komputer kita. Contoh kod yang lebih lengkap : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE BORDER BACKGROUND="Bulatan.bmp"> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR> <TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR> <TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kita kena pastikan saiz gambar bersesuaian dengan saiz tabel. Grafik sebagai latarbelakang sel Gambar boleh juga dijadikan latarbelakang bagi satu sel dalam tabel dengan memasukkan ciri BACKGROUND=X dalam tag <TD> yang berkenaan, dimana X ialah nama fail gambar yang sedia ada. Contohnya : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR><TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR><TD BACKGROUND="BulatBulat.bmp">Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Jarak isi sel dengan sempadan sel Ciri CELLPADDING=X dalam tag <TABLE> berguna untuk membuat jarak antara isi setiap sel dalam tabel dengan sempadan selnya, dimana X adalah unit ukuran dalam pixel. Contohnya : <TABLE CELLPADDING=6> Perhatikan kod berikut : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <TABLE BORDER CELLPADDING=20> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR><TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR><TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Kesannya :
Jarak antara sel Ciri CELLSPACING=X dalam tag <TABLE> berguna untuk menetapkan ketebalan sempadan satu sel dengan sel yang bersebelahan. Contohnya : <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <TABLE BORDER CELLSPACING=20> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD ROWSPAN=3>Asia</TD><TD>Malaysia</TD><TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR><TD>Thailand</TD><TD>Bangkok</TD></TR> <TR><TD>Indonesia</TD><TD>Jakarta</TD></TR> </TABLE> </body> </html>
Kesannya :
Tabel dalam tabel Kita boleh masukkan satu table dalam satu sel. Iaitu kita masukkan tag <TABLE> dan </TABLE> dalam tag <TD> dan </TD>. Contohnya : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE BORDER> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR><TD>Asia</TD> <TD> <TABLE BORDER=1> <TR><TD COLSPAN=2><CENTER>Malaysia</CENTER></TD></TR> <TR><TD>Negeri</TD><TD>Ibu Negeri</TD></TR> <TR><TD>Selangor</TD><TD>Shah Alam</TD></TR> <TR><TD>Johor</TD><TD>Johor Bahru</TD></TR> </TABLE> </TD> <TD>Kuala Lumpur</TD></TR> <TR><TD>Afrika</TD><TD>Mesir</TD><TD>Kahirah</TD></TR> <TR><TD>Eropah</TD><TD>Sepanyol</TD><TD>Madrid</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Satu lagi cara untuk membuat satu tabel dalam tabel tanpa mencantumkan ruang ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <TABLE BORDER=1> <TR><TD WIDTH=100>Benua</TD><TD WIDTH=100>Negara</TD><TD WIDTH=100>Ibu Negara</TD></TR> <TR> <TD>Asia</TD> <TD><CENTER>Malaysia</CENTER> <TABLE BORDER=1> <TR><TD>Negeri</TD><TD>Ibu Negeri</TD></TR> <TR><TD>Selangor</TD><TD>Shah Alam</TD></TR> <TR><TD>Johor</TD><TD>Johor Bahru</TD></TR> </TABLE> </TD> <TD>Kuala Lumpur</TD> </TR> <TR><TD>Africa</TD><TD>Mesir</TD><TD>Kahirah</TD></TR> <TR><TD>Eropah</TD><TD>Sepanyol</TD><TD>madrid</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya sedikit berbeza:
Grafik dalam sel Kita boleh masukkan gambar dan grafik dalam sel tabel, bukan setakat angka dan perkataan. Kita mestilah telah mempunyai fail gambar yang disimpan dalam komputer. Kita gunakan tag <IMG> berserta ciri <SRC=X> yang dimasukkan diantara tag <TD> dan </Td>. X ialah nama dan lokasi fail gambar itu. Dalam contoh kod berikut, kita akan masukkan tiga gambar yang fail masing-masing di beri nama "Panah.bmp", "Bola.bmp" dan "Jari.bmp" : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> Gambar-gambar <BR> <BR> <TABLE BORDER=1> <TR><TD WIDTH=100>Gambar</TD><TD WIDTH=100>Keterangan</TD></TR> <TR><TD><IMG SRC="Panah.bmp"></TD><TD>Panah</TD></TR> <TR><TD><IMG SRC="Bola.bmp"></TD><TD>Bola</TD></TR> <TR><TD><IMG SRC="Jari.bmp"></TD><TD>Jari</TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Jangan keliru antara grafik yang dijadikan latarbelakang sel/tabel dengan grafik yang dimasukkan dalam sel. Ia adalah dua perkara yang berbeza, walaupun fail gambar yang sama boleh dijadikan latarbelakang dan boleh juga dimasukkan dalam sel. Mempercepat penayangan tabel Jika tabel kita besar (mengandungi banyak ruang dan baris serta data), kita akan dapati tabel itu akan dipamirkan oleh Internet Explorer dengan agak lambat. Untuk mempercepatkan sedikit tayangan tabel, kita gunakan ciri COLS=X (ringkasan bagi COLUMNS, bermaksud ruang- ruang) dimana X ialah bilangan ruang pada tabel. Ini adalah seolah-olah memberitahu awal-awal lagi kepada Internet Explorer berapa bilangan ruang dalam tabel, jika tidak Internet Explorer akan mengambil masa untuk membuat kiraan sendiri, jadi melambatkan proses penayangan tabel. Kita tuliskan ciri COLS=X dalam tag <TABLE> seperti berikut : <TABLE COLS=4> Dalam contoh ini kita memberitahu Internet Explorer bahawa tabel kita mengandungi 4 ruang. Pastikan bilangan ruang yang sebenarnya adalah sama dengan bilangan ini. Jika ada ciri-ciri lain dalam tag ini kita tambahkan saja ciri ini dimana-mana kedudukan dalam tag <TABLE>, contohnya seperti berikut : <TABLE BORDER COLS=4 CELLSPADDING=10> Mengenakan ciri serupa pada beberapa ruang Dalam contoh-contoh diatas, kita menggunakan satu tag <COL> untuk mengenakan ciri pada satu ruang. Dari itu jika ada 3 ruang, kita terpaksa menuliskan 3 tag <COL>. Sebenarnya kita boleh menuliskan satu saja tag <COL> tetapi boleh mengenakan ciri pada lebih dari satu ruang. Kita boleh gunakan ciri SPAN untuk tujuan ini. Berikut ialah satu contoh kod tabel yang mempunyai 5 ruang. Isi ruang yang pertama terletak dikiri sel. Isi ruang yang ke dua hingga ke lima diletakkan di kanan sel dengan menggunakan ciri SPAN.
Menjadikan baris pertama sebagai kepala tabel Kita biasa dengan tag <TD> iaitu didalamnya kita akan masukkan data bagi tabel. Kita boleh tetapkan sel-sel dalam satu baris tabel sebagai kepala tabel (biasanya baris pertama) dengan menggunakan tag <TH> dan </TH> (Bermaksud Table Heading). Biasanya isi tag ini akan dipaparkan dalam Bold. Kedudukan isinya secara mendatar biasanya ialah ditengah dan kedudukan menegaknya juga di tengah sel. Tag <TH> menggantikan tag <TD> dan tag </TH> menggantikan tag </TD>. Berikut ialah contoh kod yang menggunakan tag <TH> dan </TH>: <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> <TABLE BORDER> <TR> <TH>Nama</TH><TH>Umur</TH><TH>Jantina</TH><TH>Negeri</TH><TH>Rambut</TH > </TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD><TD>Joh</TD><TD>LURUS</TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD><TD>KL</TD><TD>Keriting</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD><TD>Penang</TD><TD>Botak</TD></T R> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Mengelak isi sel berbungkus Jika isi sel agak panjang, dan lebar sel tidak dapat menampung seluruh isinya dalam satu baris, secara otomatik isi sel akan terpamir dalam beberapa baris dalam sel itu. Contohnya ialah seperti berikut :
Untuk memaksa supaya isi sel tetap terpamir dalam satu baris, kita gunakan ciri NOWRAP. Ciri NOWRAP bermaksud tidak berbungkus. Ciri ini kita tuliskan dalam tag <TD> yang berkenaan. Cuba lihat contoh berikut ; <html> <head><title>Muka 1</title></head> <body> Bunga hiasan mengikut hari: <TABLE BORDER> <TR><TD>Hari</TD><TD>Bunga</TD></TR> <TR><TD>Isnin</TD><TD NOWRAP>Bunga matahari</TD></TR> <TR><TD>Selasa</TD><TD NOWRAP>Bunga tahi ayam</TD></TR> <TR><TD>Rabu</TD><TD NOWRAP>Bunga cempaka</TD></TR> </TABLE> </body> </html>
Kelihatan begini :
Menetapkan warna sempadan sel Jika kita telah menetapkan satu tabel supaya mempunyai garis sempadan (dengan ciri BORDER), kita selanjutnya boleh menetapkan warna bagi garis sempadan. Kita gunakan ciri BORDERCOLOR=X dimana X ialah warna yang kita mahu. Kita masukkan ciri ini samada dalam tag <TABLE>, <TR> atau <TD>. Contohnya : <TR BORDERCOLOR="red"> Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE BORDER BORDERCOLOR="red"> <TR BORDERCOLOR="blue"><TD WIDTH=100>Nama</TD><TD WIDTH=100>Umur</TD><TD WIDTH=100>Jantina</TD></TR> <TR BORDERCOLOR="yellow"><TD>Ali</TD><TD WIDTH=100>12</TD><TD WIDTH=100>L</TD></TR> <TR BORDERCOLOR="green"><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD BORDERCOLOR="red">Siti</TD><TD BORDERCOLOR="yellow">40</TD><TD BORDERCOLOR="green">P</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Menetapkan warna bahagian ringan sempadan tabel Jika kita telah menetapkan satu tabel supaya mempunyai garis sempadan (dengan ciri BORDER), kita selanjutnya boleh menetapkan samada garisan sempadan itu supaya kelihatan 3 dimensi (3D) dengan menggunakan ciri BORDERCOLORLIGHT=X dimana X ialah warna yang kita mahu. Kita masukkan ciri ini samada dalam tag <TABLE>, <TR> atau <TD>. Contohnya : <TR BORDERCOLORLIGHT="red" Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE BORDER> <TR BORDERCOLORLIGHT="red"><TD WIDTH=100>Nama</TD><TD WIDTH=100>Umur</TD><TD WIDTH=100>Jantina</TD></TR> <TR BORDERCOLORLIGHT="blue"><TD>Ali</TD><TD WIDTH=100>12</TD><TD WIDTH=100>L</TD></TR> <TR BORDERCOLORLIGHT="green"><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD BORDERCOLORLIGHT="yellow">Siti</TD><TD BORDERCOLORLIGHT="red">40</TD><TD BORDERCOLORLIGHT="green">P</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
(Ambil perhatian, jika kita perhatikan betul-betul garisan sempadan sel, ia terdiri dari 2 bahagian iaitu bahagian gelap dan bahagian ringan (terang)). Jika kita masukkan ciri BORDERCOLORLIGHT=X dalam satu tag <TD>, maka sempadan sel itu sahaja yang akan terlibat. Jika kita masukkan ciri BORDERCOLORLIGHT=X dalam satu tag <TR>, maka sempadan semua sel dalam baris itu akan terlibat. Jika kita masukkan ciri BORDERCOLORLIGHT=X dalam tag <TABLE>, maka sempadan semua sel dalam tabel akan terlibat. Jika kita masukkan ciri BORDERCOLORLIGHT=X dalam satu tag <TD> dan juga dalam tag <TABLE>, dengan X (warna) yang berbeza, penetapan bagi sempadan sel itu akan mengatasi penetapan dalam tag <TABLE> (Sel yang lain akan mengikuti penetapan pada tag <TABLE>). Menetapkan warna bahagian gelap sempadan tabel Jika kita telah menetapkan satu tabel supaya mempunyai garis sempadan (dengan ciri BORDER), kita selanjutnya boleh menetapkan supaya bahagian gelap garisan sempadan itu kelihatan 3 dimensi (3D) dengan menggunakan ciri BORDERCOLORDARK=X dimana X ialah warna yang kita mahu. Kita masukkan ciri ini samada dalam tag <TABLE>, <TR> atau <TD>. Contohnya : <TR BORDERCOLORDARK="red" Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE BORDER> <TR BORDERCOLORDARK="red"><TD WIDTH=100>Nama</TD><TD WIDTH=100>Umur</TD><TD WIDTH=100>Jantina</TD></TR> <TR BORDERCOLORDARK="blue"><TD>Ali</TD><TD WIDTH=100>12</TD><TD WIDTH=100>L</TD></TR> <TR BORDERCOLORDARK="green"><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD BORDERCOLORDARK="yellow">Siti</TD><TD BORDERCOLORDARK="red">40</TD><TD BORDERCOLORDARK="green">P</TD></TR> </TABLE> </body> </html> Hasilnya :
Memasukkan perkataan dikiri tabel Jika kita meletakkan tabel dikanan laman web dengan menggunakan ciri ALIGN="right" dan kita mahu memasukkan ayat tertentu dikiri tabel itu, kita boleh melakukannya dengan menuliskan ayat berkenaan selepas tag </table> tanpa memasukkan tag <BR>. Contohnya : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE ALIGN="right" BORDER=1 WIDTH=50%> <TR><TD>Tabel ini mengandungi dua baris</TD></TR> <TR><TD>Ia tersisi dikanan laman web</TD></TR> </TABLE> Ayat ini akan berada dikiri tabel </body> </html> Hasilnya :
Perhatikan kedudukan ayat dikiri tabel tidak begitu menarik. Bagaimana dengan kedudukan seperti berikut :
Kedudukan ayat sekarang secara menegak ialah agak ke tengah tabel. Ini dilakukan dengan menambah tag <BR> dengan ciri CLEAR="left" selepas tag </TABLE> dan sebelum ayat berkenan, seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE ALIGN="right" BORDER=1 WIDTH=50%> <TR><TD>Tabel ini mengandungi dua baris</TD></TR> <TR><TD>Ia tersisi dikiri laman web</TD></TR> </TABLE> <BR CLEAR="left"> Ayat ini berada dikiri tabel </body> </html> Memasukkan perkataan dikanan tabel Jika kita meletakkan tabel dikiri laman web dengan menggunakan ciri ALIGN="left" dan kita mahu memasukkan ayat tertentu dikanan tabel itu, kita boleh melakukannya dengan menuliskan ayat berkenaan selepas tag </table> tanpa memasukkan tag <BR>. Contohnya : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE ALIGN="left" BORDER=1 WIDTH=50%> <TR><TD>Tabel ini mengandungi dua baris</TD></TR> <TR><TD>Ia tersisi dikiri laman web</TD></TR> </TABLE> Ayat ini akan berada dikanan tabel </body> </html> Hasilnya :
Perhatikan kedudukan ayat dikanan tabel tidak begitu menarik. Bagaimana dengan kedudukan seperti berikut :
Kedudukan ayat sekarang secara menegak ialah agak ke tengah tabel. Ini dilakukan dengan menambah tag <BR> dengan ciri CLEAR="right" selepas tag </TABLE> dan sebelum ayat berkenan, seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <body> <TABLE ALIGN="left" BORDER=1 WIDTH=50%> <TR><TD>Tabel ini mengandungi dua baris</TD></TR> <TR><TD>Ia tersisi dikiri laman web</TD></TR> </TABLE> <BR CLEAR="right"> Ayat ini berada dikanan tabel </body> </html> Bahagian-bahagian tabel Sebenarnya satu tabel mengandungi 3 bahagian iaitu kepala, badan dan kaki. Untuk membina kepala tabel, kita gunakan tag <THEAD> dan </THEAD>. Untuk membina badan tabel, kita gunakan tag <TBODY> dan </TBODY> dan untuk membina kaki tabel kita gunakan tag <TFOOT> dan </TFOOT>. Dalam tiap-tiap tag, kita boleh masukkan tag-tag lain seperti <TR>, </TR>, <TD> dan </TD> serta lain-lain tag dan ciri yang kita pelajari dalam perenggan- perenggan diatas. Sebenarnya tiada perbezaan nyata antara ketiga-tiga bahagian ini. Apa-apa tag dan ciri yang kita boleh masukkan dalam satu bahagian, kita boleh masukkan juga dalam bahagian lain. Berikut ialah contoh kod yang membina ketiga-tiga bahagian tabel (Perhatikan kedudukan tag- tag) : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE BORDER=1> <THEAD> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </THEAD> <TBODY> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TBODY> <TFOOT> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD>40</TD><TD>P</TD></TR> </TFOOT> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan seperti berikut :
Perhatikan bahawa garisan dibawah baris pertama tiap-tiap bahagian adalah dengan sendirinya agak tebal sebagai tanda sempadan bahagian-bahagian yang berkenaan. Oleh kerana tiap-tiap bahagian adalah mempunyai ciri-ciri yang sama, dalam contoh-contoh yang akan kita gunakan sebelum ini, kita tidak membahagikan satu tabel kepada bahagian- bahagian itu. Sebaliknya kita terus menggunakan tag-tag <TR> dan <TD> dalam tag <TABLE>. Apabila kita tidak menyatakan tag <THEAD> dan <TFOOT>, bermakna kita menggunakan tag <TBODY>, walaupun kita juga tidak menyatakan tag <TBODY>. Satu tabel boleh mengandungi lebih dari satu bahagian badan (TBODY) tetapi hanya satu bahagian kepala (THEAD) dan satu bahagian kaki (THEAD). Jika satu tabel hanya mengandungi bahagian badan tanpa bahagian kepala dan kaki, kita tidak perlu menuliskan tag <TBODY>. Cukuplah dengan menuliskan tag-tag <TABLE> dan </TABLE> sahaja. Ini cukup untuk menandakan bahawa tabel kita hanya mengandungi bahagian badan sahaja. Inilah yang kita gunakan dalam contoh-contoh diatas. Dalam contoh-contoh berikut ini, kita tidak menggunakan bahagian kepala dan kaki, hanya bahagian badan tabel. Sebab itu kita tidak akan menggunakan tag <THEAD>, <TBODY> dan <TFOOT> tetapi menggunakan tag <TABLE> sahaja. Jika kita menggunakan ketiga-tiga tag <THEAD>, <TBODY> dan <TFOOT>, kita harus mempastikan bahawa tiap-tiap bahagian itu mengandungi sekurang-kurangnya satu baris data (tag <TR> dan <TD>), jika tidak, perkataan THEAD, TBODY dan TFOOT itu sendiri akan dipaparkan oleh Internet Explorer. Ciri RULES="GROUPS" berguna untuk membuat garisan antara kepala tabel, badan tabel dan kaki tabel (jika kita menggunakan tag-tag <THEAD>, <TBODY> dan <TFOOT>. Kesannya garisan pada tiap-tiap sel akan hilang, yang ada hanya garisan antara bahagian- bahagian. Cuba lihat contoh kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <TABLE BORDER=1 RULES=GROUPS> <THEAD> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> </THEAD> <TBODY> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> </TBODY> <TFOOT> <TR><TD>Nama</TD><TD>Umur</TD><TD>Jantina</TD></TR> <TR><TD></TD><TD></TD><TD></TD></TR> <TR><TD>Ali</TD><TD>12</TD><TD>L</TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD>30</TD><TD>L</TD></TR> </TFOOT> </TABLE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya, bagaimanapun, tidak begitu jelas seperti berikut :
Sisihan bahagian tabel Kita boleh menetapkan ciri sisihan (ALIGN dan VALIGN) bagi tiap-tiap bahagian. Jika kita menggunakan tag <COL> untuk menetapkan sisihan, sisihan dalam tag bahagian-bahagian itu yang akan digunakan. <COL ALIGN=JUSTIFY VALIGN=TOP> <COL ALIGN=chAR chAR=: chAROFF=25 SPAN=4> <THEAD ALIGN=CENTER VALIGN=MIDDLE>Kepala tabel</THEAD> <TR><Td>xxx</TD><TR> <TBODY> <TR><Td>xxx</TD><TR> <TBODY> <TR><Td>xxx</TD><TR> <TBODY> <TR><Td>xxx</TD><TR> <TFOOT ALIGN=LEFT VALIGN=BOTTOM> <TR><Td>xxx</TD><TR> </TABLE> Contoh tabel Perhatikan kod berikut dan hasilnya : <html> <head> <title> Muka 1 </title> <body> <TABLE BORDER FRAME=hsides RULES=cols> <COL ALIGN=left> <COLGROUP SPAN=3 ALIGN=center VALIGN=middle> <THEAD> <CAPTION ALIGN=center><FONT SIZE=+1><B>Sebahagian perbandingan keupayaan pelayar web</B> </FONT> </CAPTION> <TR> <TD>Unsur</TD><TD><B>Internet Explorer</B></TD><TD><B>Netscape</B> </TD><TD><B>Mosaic</B></TD> </TR> </THEAD> <TBODY> <TR> <TD><B></TD><TD>X</TD><TD>X</TD><TD>X</TD> </TR> <TR> <TD><BASE ...></TD><TD>X</TD><TD>X</TD><TD>X</TD> </TR> <TR> <TD> ...HREF</TD><TD>X</TD><TD>X</TD><TD>X</TD> </TR> <TR> <TD> ...TARGET</TD><TD>X</TD><TD>X</TD><TD></TD> </TR> <TR> <TD><BASEFONT ...></TD><TD>X</TD><TD>X</TD><TD></TD> </TR> <TR> <TD VALIGN=top> ...SIZE</TD><TD>X<BR><FONT SIZE=-1> (hanya nampak<BR>bila FONT<BR>SIZE= digunakan<BR>juga)</FONT></TD><TD VALIGN=top>X</TD> <TD></TD> </TR> <TR> <TD> ...FACE</TD><TD>X</TD><TD></TD><TD></TD> </TR> <TR> <TD VALIGN=top><BGSOUND ...></TD><TD VALIGN=top>X</TD><TD> </TD><TD>X<BR><FONT SIZE=-1>(akan melangkaui<BR>pemain fail<BR>.mid) </FONT></TD> </TR> </TBODY> <TFOOT></TFOOT> </TABLE> </body> </html>
Menetapkan kedudukan perkataan Pengenalan Cuba perhatikan contoh kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya akan kelihatan seperti berikut :
Hasil yang kita lihat melalui Internet Explorer tidak kelihatan seperti struktur data yang kita susun dalam kod. Untuk menjadikan struktur data yang kita susun dalam kod akan kelihatan seperti itu bila dilihat melalui Internet Explorer, kita gunakan tag <PRE> dan </PRE>. PRE adalah ringkasan bagi PRE-DETERMINED. Kita masukkan data dan strukturnya diantara kedua-dua tag ini. Contoh kod yang menggunakan tag <PRE> dan </PRE> ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE> Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan seperti berikut :
Perhatikan ciri-ciri berikut apabila kita menggunakan tag <PRE> : 1. Jarak melintang antara perkataan yang kelihatan dalam pelayar web akan serupa seperti jarak melintang antara perkataan dalam kod. 2. Perkataan dalam baris sebelum <PRE> dan selepas </PRE> masing-masing dengan sendirinya terpisah oleh satu baris kosong dengan isi tag. 3. Jenis font (bentuk huruf) yang dihasilkan bagi perkataan dalam tag berbeza dari font perkataan yang di luar tag. Kedudukan isi tag <PRE> Kedudukan isi tag <PRE> yang dipamirkan oleh Internet Explorer adalah mengikut kedudukan isi tag itu dalam kod yang dituliskan. Bagaimanapun, kita boleh meletakkan data yang dipamirkan supaya beradaditengah laman web dengan lebih mudah dengan meletakkan tag <PRE> dan </PRE> diantara tag <CENTER> dan </CENTER>. Berikut ialah contoh kodnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <CENTER> <PRE> Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> </CENTER> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Untuk meletakkan data dikanan laman web dengan lebih mudah, kita letakkan tag <PRE> dan </PRE> diantara tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV>. Contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <DIV ALIGN="RIGHT"> <PRE> Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> </DIV> Sekian </BODY> </HTML>
Hasilnya :
Warna latarbelakang isi tag <PRE> Kita boleh mewarna latarbelakang bagi perkataan dalam tag <PRE> dengan memasukkan ciri STYLE=BACKGROUND:"X" dalam tag <PRE> dimana X ialah warna yang kita mahu. Warna-warna yang boleh digunakan ialah : Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon dan Yellow. Dalam bab 'Senarai warna' kita akan belajar cara mendapatkan warna-warna lain dari 16 warna ini. Contoh ringkas kod ialah : <PRE STYLE=BACKGROUND:"YELLOW"> Berikut ialah contoh kod yang lebih lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE STYLE=BACKGROUND:"YELLOW"> Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya ialah seperti berikut :
Warna perkataan dalam tabel Kita boleh mewarna semua perkataan dalam tag <PRE> dengan warna yang sama dengan memasukkan ciri STYLE=COLOR:"X" dalam tag <PRE> dimana X ialah warna yang kita mahu. Warna-warna yang boleh digunakan ialah : Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon dan Yellow. Dalam bab 'Senarai warna' kita akan belajar cara mendapatkan warna-warna lain dari 16 warna ini. Contoh ringkas kod ialah : <PRE STYLE=COLOR:"RED"> Berikut ialah contoh kod yang lebih lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE STYLE=COLOR:"RED"> Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya ialah seperti berikut :
Untuk mewarna perkataan-perkataan dengan warna yang berlainan, gunakan cara seperti yang kita pelajari dalam bab 'Mengendali huruf dan perkataan', iaitu kita letakkan perkataan yang berkenaan diantara tag <FONT COLOR="X"> dan </FONT> dimana X ialah warna yang kita mahu. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE> <FONT COLOR=RED>Nama</FONT> <FONT COLOR="RED">Umur</FONT> <FONT COLOR="RED">Jantina</FONT> Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Format perkataan dalam tag <PRE> Kita boleh memformat perkataan dalam tag <PRE> dengan menggunakan tag-tag yang kita pelajari dalam bab 'Mengendali huruf dan perkataan'. Bagaimanapaun, perkataan-perkataan yang merupakan kod HTML tidak mempengaruhi kedudukan perkataan yang bukan kod HTML. Satu contoh ialah kod diatas tadi. Satu lagi contoh ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE> <FONT COLOR="RED">Nama</FONT> <FONT COLOR="RED">Umur</FONT> <FONT COLOR="RED">Jantina</FONT> <B>Ali</B> 12 L <B>Abu</B> <FONT SIZE=8>30</FONT> L <B>Siti</B> 40 <FONT COLOR="BLUE">P</FONT> </PRE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Margin isi tag <PRE> Kita boleh menetapkan kedudukan isi tag <PRE> dari kiri laman web dengan memasukkan ciri STYLE=margin-left:Xin' dalam tag <PRE> dimana X ialah suatu angka. 'in' ialah bagi inci. Contoh ringkas ialah seperti berikut : <PRE STYLE=left-margin:2in> Berikut ialah contoh kod penuh : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE STYLE=margin-left:2in> Nama Umur Jantina Ali 12 L Abu 30 L Siti 40 P </PRE> Sekian </BODY> </HTML>
Hasilnya :
Untuk menetapkan kedudukan isi tag <PRE> pada satu jarak tertentu dari atas laman web, gantikan 'margin-left' dengan 'margin-top'. Untuk menetapkan kedudukan isi tag <PRE> pada satu jarak tertentu dari kanan laman web, gantikan 'margin-left' dengan 'margin-right'. Untuk menetapkan kedudukan isi tag <PRE> pada satu jarak tertentu dari bawah laman web, gantikan 'margin-left' dengan 'margin-bottom'. Contoh kombinasi beberapa ciri Berikut ialah kod yang menunjukkan pengenaan beberapa ciri pada tag <PRE> : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Senarai nama <PRE STYLE=margin-left:1in;background:white> Nama Umur Jantina <FONT COLOR="GREEN">Ali</FONT> <I>12</I> <B>L</B> <FONT COLOR="GREEN">Abu</FONT> <I>30</I> <B>L</B> <FONT COLOR="GREEN">Siti</FONT> <I>40</> <B>P</B> </PRE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Memasukkan simbol-simbol dan karakter Banyak simbol-simbol atau karakter-karakter yang tidak terdapat dalam kibod, contohnya simbol . Untuk memasukkan simbol ini dalam laman web, kita gunakan kod bagi simbol ini, iaitu ©. Perhatikan penggunaan tanda-tanda &, # dan ;. Tandatanda ini sangat mustahak. Contoh :
Membuat dan mengendali pintasan (links) Pintasan adalah perkataan atau grafik dalam satu laman web, dimana apabila kita klik padanya, kita akan dibawa melihat laman web yang lain, atau ke satu bahagian lain dalam laman web yang sama atau satu bahagian laman web yang lain. Tag-tag yang berkaitan dengan pintasan ialah <A> dan </A>. <A> bermaksud ANCHOR. Tag ini menandakan kita mahu membuat satu pintasan. </A> ialah tanda penamat satu pintasan. Kita membuat pintasan dengan memasukkan apa-apa perkataan, ayat atau gambar diantara tag <A> dan </A>, serta menuliskan ciri HREF="X" dalam tag <A> dimana X ialah destinasi kepada pintasan. Contohnya : <A HREF="Muka2.htm">Ke muka surat 2</A>. HREF bermakna HYPERTEXT REFERENCE. Dalam contoh ini 'Muka2.htm' ialah satu laman web lain. Ia adalah destinasi kepada pintasan. Perkataan 'Ke muka surat 2' ialah perkataan yang akan kita dan pengguna lihat pada laman web. Apabila kita klik pada perkataan ini, kita akan dipersembahkan dengan laman web bernama 'Muka2.htm'. Ini bermakna laman web 'Muka2.htm' mestilah telah sedia ada. Jika belum ada, bagaimanapun, tiada apa-apa akan berlaku. Contoh penggunaan pintasan : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <A HREF="Muka2.htm">Ke muka surat 2</A>. </BODY> </HTML> Akan kelihatan dalam laman web seperti berikut :
Begitulah kegunaan ciri HREF dalam tag <A>, sebagai cara untuk mengalihkan kita ke laman web lain. Bagaimana kita boleh kembali ke laman web yang asal setelah kita melihat laman web destinasi? Kita boleh klik butang "Back" yang terdapat pada Internet Explorer. Berikut ialah kedudukan biasa butang 'Back' pada Internet Explorer :
Atau, kita sediakan tag <A> dalam laman web 'Muka2.htm' yang mengarah ke laman web asal (ini cara yang lebih selamat):
Jadi, kita sediakan baris kod berikut dalam laman web 'Muka2.htm' : <A HREF=Muka1.htm>Ke muka surat 1</A>. Pintasan ke folder yang sama Dalam contoh diatas, laman web 'Muka2.htm' berada dalam folder yang sama dengan laman web yang memanggilnya (Muka1.htm). Sebab itu kita menuliskan nama laman web itu sahaja tanpa menuliskan lokasinya. Pintasan ke folder lain Jika laman web destinasi (Muka2.htm) berada di satu direktori selepas direktori dimana laman web yang memangilnya (Muka1.htm) berada, dan katakan sub-direktori itu bernama 'biografi', kita tuliskan begini : <A HREF=biografi/Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Atau, kita boleh menuliskan alamat destinasi dengan penuh seperti berikut : <A HREF=C:\orang\biografi\Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Dalam contoh baris diatas, laman web yang memanggil berada di folder C:\orang. Perhatian : Bezakan penggunaan tanda / (forward-slash) dengan tanda \ (back-slash). Dalam tag <A> kita gunakan / tetapi dalam sistem windows, kita gunakan \ . Jika laman web destinasi (Muka2.htm) berada di dua direktori selepas direktori dimana laman web yang memanggilnya (Muka1.htm) berada, dan katakan sub-sub direktori itu masing-masing bernama 'ahlisains/biografi', kita tuliskan begini : <A HREF=ahlisains/biografi/Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Atau, kita boleh menuliskan alamat dengan penuh seperti berikut : <A HREF=C:\orang\biografi\ahli sains\Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Dalam contoh ini, laman web kita berada di C:\orang. Jika laman web 'Muka2.htm' berada di satu direktori sebelum direktori dimana laman web 'Muka1.htm' berada, kita tuliskan begini (kita gunakan tanda dua titik) : <A HREF=../Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Atau, kita boleh menuliskan alamat dengan penuh seperti berikut : <A HREF=C:\manusia\Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Dalam contoh ini, laman web kita berada di C:\manusia\orang.
Jika laman web 'Muka2.htm' berada di dua direktori sebelum direktori dimana laman web 'Muka1.htm' berada, kita tuliskan begini (kita gunakan tanda dua titik juga dengan dua tanda / ) : <A HREF=../../Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Atau, kita boleh menuliskan alamat dengan penuh seperti berikut : <A HREF=C:\makhluk\manusia\Muka2.htm>Ke muka surat 2</A>. Dalam contoh ini, laman web kita berada di C:\makhluk\manusia\orang. Pintasan ke laman web lain Jika laman web 'Muka2.htm' berada di laman web lain, dan katakan laman web itu bernama 'maxi.com', kita tuliskan begini : <A HREF=http://www.maxi.com/Muka2.htm>Ke muka surat 2 di maxi</A>. Sudah tentu kita perlukan jalinan internet untuk mencapainya. Jika laman web berkenaan tidak dapat dihubungi oleh sebab-sebab tertentu, Internet Explorer akan mempamirkan makluman berikut :
Lihat pula contoh berikut : <A HREF=http://www.jering.my>Ke jering</A> Dalam contoh ini, tiada laman web dinyatakan dalam tag <A> (tiada "xxx.htm"). Kita cuba mencapai komputer di internet bernama www.jering.my dengan menggunakan protokol "http://". "Http://" adalah nama protokol (cara) yang digunakan untuk mencapai laman web melalui jaringan internet. Kita biasanya menggunakan protokol ini. Tiada laman web dinyatakan dalam tab <A>, kerana komputer berkenaan mempunyai lebih dari satu laman web, dimana salah satu laman web nya (biasanya bernama "welcome.htm" atau "index.htm" atau "default.htm") telah di set secara otomatik untuk menerima tag <A> kita dan kita akan dapat melihat laman web itu. Setelah itu barulah kita dapat melihat lain-lain laman web dalam komputer tersebut melalui tag- tag <A> yang disediakan dalam laman web "welcome.htm" itu. Pintasan ke laman web yang sama Kita boleh membuat pintasan ke satu perkataan atau grafik yang berada dalam laman web yang sama jika kita telah memberi nama kepada perkataan atau grafik itu terlebih dahulu. Pintasan ini biasanya kita lakukan jika laman web kita sangat panjang. Untuk memberi nama kepada satu perkataan atau grafik dalam laman web, kita gunakan juga tag <A> tetapi dengan memasukkan ciri NAME="X" dalam tag <A> dimana X ialah nama yang kita mahu. Contohnya perkataan 'Bawah sini' di laman web kita yang terletak di bahagian bawah laman web yang sama, kita hendak berikannya nama 'BawahSini'. Caranya begini : <A NAME=BawahSini>Bawah sini</A>. Untuk mencapai perkataan 'Bawah sini dari satu pintasan, kita boleh tuliskan tag begini pada pintasan itu: <A HREF=BawahSini>Ke Bawah sana</A>. Apabila kita sebagai pengguna klik pada pekataan 'Ke Bawah sana', kita akan dapat melihat perkataan 'Bawah sini' (yang telah diberi nama 'BawahSini'). Pintasan ke bahagian tertentu di laman web lain Kita juga boleh membuat pintasan terus ke bahagian tertentu yang telah diberi nama dalam laman web lain. Contohnya : <A HREF=Muka5.htm#KL>Kuala Lumpur di muka 5</A> Tag <A> ini menyebabkan kita dan pengguna akan dibawa ke laman web bernama 'Muka5.htm' dan seterusnya ke bahagian (tag) yang telah diberi nama 'KL'. Perhatikan penggunaan tanda # dalam tag <A>. Untuk memberi nama kepada perkataan 'Kuala Lumpur' dengan nama 'KL' di laman web Muka5.htm, kita tuliskan begini di kod laman web Muka5.htm: <A NAME=KL>Kuala Lumpur</A>
Pintasan dalam tabel Kita boleh memasukkan pintasan dalam tabel seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Senarai nama <BR> <BR> <TABLE BORDER=1 WIDTH=400> <TR><TD>Ali</TD><TD><A HREF="BiodataAli.htm">Biodata Ali</A></TD></TR> <TR><TD>Abu</TD><TD><A HREF="BiodataAli.htm">Biodata Abu</A></TD></TR> <TR><TD>Siti</TD><TD><A HREF="BiodataAli.htm">Biodata Siti</A></TD></TR> </TABLE> <BR> Sekian </BODY> </HEAD> </HTML> Hasilnya :
Perenggan sebagai destinasi Jika kita mahu satu perenggan dalam laman web sebagai satu destinasi, kita perlu memberi nama kepada perenggan itu. Kita memberi nama kepada perenggan dengan memasukkan ciri NAME="X" dalam tag <P> dimana X ialah nama yang kita mahu. Contohnya untuk memberi nama "perengganA" kepada satu perenggan, kita tuliskan begini : <P NAME=perengganA> Dari lain-lain bahagian dalam laman web kita boleh mencapai perenggan ini dengan menuliskan pintasan seperti berikut : <A HREF=PerengganA>Ke Perenggan A</A> Jika PerengganA berada dalam laman web Muka5.htm dan kita mahu mencapainya dari satu pintasan di laman web Muka1.htm, kita tuliskan begini pada kod pintasan di laman web muka1.htm: <A HREF=Muka5.htm#PerengganA>Ke Perenggan A di Muka5</A>
Tabel sebagai destinasi Jika kita mahu satu tabel dalam laman web sebagai satu destinasi, kita perlu memberi nama kepada tabel itu. Kita memberi nama kepada tabel dengan memasukkan ciri NAME="X" dalam tag <TABLE> dimana X ialah nama yang kita mahu. Contohnya untuk memberi nama "tableA" kepada satu tabel, kita tuliskan begini : <TABLE NAME=tableA> Dari lain-lain bahagian dalam laman web kita boleh mencapai tabel ini dengan menuliskan pintasan seperti berikut : <A HREF=tabelA>Ke tabel A</A> Jika tabelA berada dalam laman web Muka5.htm dan kita mahu mencapainya dari satu pintasan di laman web Muka1.htm, kita tuliskan begini pada kod pintasan di laman web muka1.htm: <A HREF=Muka5.htm#tabelA>Ke tabel A di Muka5</A> Contoh kegunaan pintasan Menggunakan pintasan antara bahagian dalam laman web biasanya berguna untuk membuat indeks atau senarai kandungan bagi laman web yang panjang. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE>Muka 1</TITLE> </HEAD> <BODY> <H1>Sejarah</H1> <H2><A HREF="#Sejarah Melaka">Sejarah Melaka</A></H2> <H2><A HREF="#Sejarah Siam">Sejarah Siam</A></H2> <H2><A HREF="#Sejarah Singapura">Sejarah Singapura</A></H2> <H2><A HREF="#Sejarah Johor">Sejarah Johor</A></H2> <HR> <H2><A NAME="Sejarah Melaka">Sejarah Melaka</A></H2> . . . <H2><A NAME="Sejarah Siam">Sejarah Siam</A></H2> . . . <H2><A NAME="Sejarah Singapura">Sejarah Singapura</A></H2> . . . <H2><A NAME="Sejarah Johor">Sejarah Johor</A></H2> . . . </BODY> </HTML> Destinasi lain Selain dari perenggan dan tabel, kita juga boleh memberi nama kepada heading (tag <H1> hingga <H6>), gambar dan sebagainya untuk membolehkannya dijadikan destinasi pintasan. Menggunakan ciri ID Kita boleh juga menggunakan ciri ID="X" sebagai ganti ciri NAME="X". Warna pintasan Biasanya warna perkataan yang menjadi pintasan ialah biru. Kita boleh menentukan warna perkataan pintasan kepada warna-warna lain dengan cara memasukkan ciri LINK="X" kedalam tag <BODY> dimana X ialah warna yang kita mahu. Contohnya : <BODY LINK=RED> Warna-warna lain yang boleh kita gunakan ialah : Aqua, Navy, Black, Olive, Blue, Purple, Fuchsia, Red, Gray, Silver, Green, Teal, Lime, White, Maroon dan Yellow. Untuk mendapatkan warna-warna lain, sila rujuk bab 'Senarai warna'. Ada kemungkinan kita telah memasukkan ciri warna dalam tag <BODY>, contohnya <BODY BGCOLOR="YELLOW">. Untuk memasukkan ciri LINK, kita tuliskan sahaja ciri ini sebelum atau selepas ciri yang sedia ada, dipisahkan dengan satu karakter kosong, seperti berikut : <BODY LINK=RED BGCOLOR=YELLOW>
Kita boleh menentukan warna pintasan yang baru saja di klik dengan memasukkan ciri ALINK="X" dalam tag <BODY> dimana X ialah warna yang kita mahu. ALINK adalah ringkasan bagi ACTIVE LINK. Contohnya : <BODY ALINK=GREEN> Ada kemungkinan kita telah memasukkan ciri lain dalam tag <BODY>, contohnya <BODY BGCOLOR=YELLOW>. Untuk memasukkan ciri ALINK, kita tuliskan sahaja ciri ini sebelum atau selepas ciri yang sedia ada, dipisahkan dengan satu karakter kosong, seperti berikut : <BODY LINK=RED BGCOLOR=YELLOW ALINK=GREEN> Kita boleh menentukan pintasan yang telah pernah di klik s dengan dengan memasukkan ciri VLINK=X dalam tag <BODY> dimana X ialah warna yang kita mahu. VLINK adalah ringkasan bagi VISITED LINK. contohnya : <BODY VLINK=MAGENTA> Ada kemungkinan kita telah memasukkan ciri lain dalam tag <BODY>, contohnya <BODY BGCOLOR=YELLOW>. Untuk memasukkan ciri VLINK, kita tuliskan sahaja ciri ini sebelum atau selepas ciri yang sedia ada, dipisahkan dengan satu karakter kosong, seperti berikut : <BODY LINK=RED BGCOLOR=YELLOW VLINK=MAGENTA> Satu perkara yang perlu kita awasi ialah warna pintasan hendaklah berbeza dengan warna latarbelakang badan laman web, jika sama kita tidak dapat melihat pintasan itu. Kita boleh juga menyatakan warna dengan nilai hex. Sila rujuk bab 'Senarai warna' untuk mendapatkan senarai warna dan cara mendapatkan nilai hex bagi apa-apa warna. Alamat asas bagi pintasan Alamat pintasan asas boleh kita gunakan untuk mengelakkan kita dari menulis alamat penuh destinasi pintasan setiap kali kita membina pintasan. Kita gunakan tag <BASE> untuk menandakan alamat asas bagi laman web kita dan semua pintasan dalam laman web. Tag <BASE> dituliskan dalam tag <HEAD>. Satu sahaja ciri dalam tag <BASE> ialah HREF. Tag ini tidak mempunyai tag penutup. Berikut ialah satu contoh : <BASE HREF="http://tvseven.com/"> Contoh ini memberitahu Internet Explorer untuk menambah http://tvseven .com/ untuk semua pintasan dalam laman web. Cara begini sangat berguna bila laman web kita mengandungi laman web-laman web di komputer yang berlainan dan kita mahu menghubungkan mereka dalam satu laman web lain. Contohnya, kita boleh meletakkan satu laman web dalam satu komputer pelayan web tanpa menukar alamat satu pintasan didalamnya. Berikut ialah contoh yang agak lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BASE HREF="http://tvseventy.com/"> </HEAD> <BODY> <P> <A HREF="Muka2.htm"><IMG SRC="gambarbangunan.gif"></A> </P> <H2> <IMG SRC="gambarMukaPengerusi.gif" ALIGN="BOTTOM"> Saluran TV untuk anda yang berumur 70 keatas </H2> <P> <STRONG> <A HREF="SejarahTV.html"> Alamilah dunia hiburan terbaru dicipta khusus untuk anda.</A> </STRONG> </P> </BODY> </HTML> Apabila pengguna melayari laman web ini, tidak kira dimana laman web ini berada dalam internet, apa-apa pintasan yang dilalui oleh pengguna akan membawa mereka ke laman web tvseventy.com. Alamat asas juga memastikan lain-lain alamat relatif dalam laman web sentiasa betul kedudukannya, termasuk pintasan kepada gambar-gambar. Dalam contoh diatas, rujukan-rujukan kepada Muka2.html, gambarbangunan.gif, GambarMukaPengerusi.gif, dan SejarahTV.htm akan ditafsirkan sebagai berikut: http://tvseventy.com/Muka2.html http://tvseventy.com/gambarbangunan.gif http://tvseventy.com/GambarMukaPengerusi.gif http://tvseventy.com/SejarahTV.html Kita boleh menggunakan ciri TARGET=X dalam tag <BASE> untuk menetapkan satu lokasi dalam laman web atau satu laman web sebagai sasaran atau destinasi bagi pintasan dari mana- mana laman web. Contohnya jika kita menulis begini dalam satu laman web: <BASE TARGET=Muka2.htm> kemudian menulis begini dalam satu tag <A> : <A>Juga kesana</A> ini akan menyebabkan pengguna dibawa melihat Muka2.htm. Membuat pintasan ke kumpulan berita (Newsgroup) Newsgroup (kumpulan berita) ialah satu perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu. Syarikat tersebut menyediakan satu komputer khusus untuk pengguna internet bertukar- tukar berita dengan orang lain (kita boleh menghantar berita ke komputer tersebut dan kita boleh membaca berita yang dihantar oleh orang lain di komputer tersebut). Jika kita tahu alamat komputer tersebut, kita boleh memasukkan pintasan ke situ dalam laman web kita menggunakan tag <A> dengan ciri HREF. Contohnya : <A HREF="NNTP://news.ABCdotcom.com/buku.reviu">Reviu buku</A> Perhatikan penggunaan 'NNTP', bukannya 'HTTP'. Ini kerana perkhidmatan seperti itu dicapai melalui protokol NNTP bukan HTTP seperti laman web biasa. NNTP bermaksud 'Network News Transfer Protocol'. Biasanya sebelum kita dapat menggunakan perkhidmatan ini, kita mesti mendaftar dahulu dengan syarikat berkenaan. Mendaftar boleh dilakukan melalui laman web mereka atau melalui pos. Pintasan ke kumpulan penyelidikan Satu lagi jenis perkhidmatan yang terdapat dalam internet ialah perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu (biasanya oleh pihak universiti) dimana komputer khusus disediakan untuk sesiapa juga bertukar-tukar maklumat mengenai penyelidikan mereka supaya dapat dikongsi oleh orang lain. Jika kita tahu alamat komputer tersebut, kita boleh membuat pintasan ke situ dalam laman web kita dengan menggunakan tag <A> berserta ciri HREF. Contohnya : <A HREF="GOPHER://gopher.UMAS.Proj.kereta/2005">Projek kereta 2004</A> Perhatikan penggunaan GOPHER bukan HTTP seperti laman web biasa kerana protokol (cara capaian internet) yang digunakan ialah GOPHER bukannya HTTP. Menggunakan perkhidmatan telnet Telnet ialah satu perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu. Perkhidmatan ini membolehkan penggunanya berinteraksi antara satu sama lain. Mereka terlebih dahulu mestilah tahu bahasa arahan-arahan telnet. Kita boleh memasukkan pintasan ke perkhidmatan telnet jika tahu alamat perkhidmatan itu. Contohnya : <A HREF="telnet://tvp.com"> Perkhidmatan Telnet oleh TVP</A> Membuat garisan melintang Contoh garisan melintangi wepej ialah seperti berikut :
Kita gunakan tag <HR> untuk membina garisan melintangi laman web. HR adalah ringkasan bagi HORIZONTAL RULE. Tag <HR> boleh digunakan tanpa tag penamat iaitu tag </HR> tidak diperlukan. Kod bagi laman web diatas ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Dibawah ini ialah satu garisan melintangi laman web <HR> Sekian </BODY> </HTML> Perhatikan, tag <HR> tidak memerlukan tag <BR> untuk membinanya di baris tersendiri. Ketebalan garisan Kita boleh mengubah ketebalan garisan dengan memasukkan ciri SIZE=X dalam tag <HR> dimana X ialah angka seperti 1, 2, 3 dan sebagainya. Tebal asal (jika kita tidak memasukkan ciri SIZE=X) ialah 2 (dalam unit pixel). Untuk mengubah ketebalannya menjadi 8 pixel, kita tulis begini : <HR SIZE=8> Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Dibawah ini ialah satu garisan melintangi laman web setebal 8 pixel <HR SIZE=8> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Lebar garisan Kita juga boleh mengubah lebar garisan dengan memasukkan ciri WIDTH=X dalam tag <HR> dimana X ialah suatu angka. Unit angka ialah dalam pixel. Untuk membuat garisan selebar 200 pixel, kita tulis begini : <HR WIDTH=200> Contoh kod penuh ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Dibawah ini ialah satu garisan melintangi laman web sepanjang 200 pixel <HR WIDTH=200> Sekian </BODY> </HTML>
hasilnya :
Perhatikan kedudukan lintangnya secara otomatik ialah di tengah laman web. Kita boleh juga menyatakan lebar garisan dalam bentuk peratusan dari lebar laman web, contohnya jika kita menulis begini : <HR WIDTH=60%> ini bermakna lebar garisan ialah 60 peratus dari lebar laman web. Apabila lebar laman web berubah, secara otomatik, lebar garisan juga berubah supaya sentiasa 60 peratus. Sisi garisan Kita boleh memasukkan ciri ALIGN="LEFT" dalam tag <HR> untuk menjadikann garisan berada dikiri laman web (apabila lebar garisan kurang dari lebar laman web). Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Garisan melintangi kiri laman web sepanjang 200 pixel <HR WIDTH=200 ALIGN="left"> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Kita boleh menukar ciri ALIGN="LEFT" dengan ciri ALIGN="RIGHT" untuk menjadikan garisan berada dikanan laman web.
Kedudukan garisan Kita kurang bernasib baik kerana kedudukan garisan tidak boleh lain dari kiri, tengah atau kanan laman web. Kita tidak akan dapat meletakkannya, katakan, satu inci dari kiri laman web. Rupa garisan Secara otomatik, rupa garisan adalah seperti 3D (kelihatan tenggelam) jika latarbelakang laman web berwarna kelabu. Jika kita memasukkan ciri NOSHADE, garisan tidak akan kelihatan tenggelam. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Garisan lintang dengan ciri NOSHADE <HR WIDTH=200 SIZE=10 NOSHADE> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Warna garisan Kita boleh mewarna garisan dengan memasukkan ciri COLOR="X" dimana X ialah warna yang berkenaan. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Garisan lintang dengan warna merah <HR WIDTH=200 SIZE=10 NOSHADE COLOR="RED"> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Sila rujuk bab 'Senarai Warna' untuk mendapatkan warna-warna lain. Memasukkan lebih dari satu ciri Seperti yang kita lihat dalam contoh-contoh diatas, kita boleh memasukkan lebih dari satu ciri dalam tag <HR>. Kedudukan ciri adalah tidak penting asalkan tiap-tiap satu ciri berada dalam tag <HR>. Contoh kreatif Beikut ialah satu contoh kreatif penggunaan tag <HR>. <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY BGCOLOR="#FFFFFF"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=2 WIDTH=65 NOSHADE> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=3 WIDTH=75 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=4 WIDTH=85 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=5 WIDTH=95 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=6 WIDTH=105 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=7 WIDTH=115 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=8 WIDTH=125 NOSHADE COLOR="BLUE"> <H1 ALIGN="CENTER">Selamat datang!</H1> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=8 WIDTH=125 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=7 WIDTH=115 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=6 WIDTH=105 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=5 WIDTH=95 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=4 WIDTH=85 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=3 WIDTH=75 NOSHADE COLOR="BLUE"> <HR ALIGN="CENTER" SIZE=2 WIDTH=65 NOSHADE> </BODY> </HTML> Hasilnya :
Membuat perkataan beranimasi Perkataan beranimasi ialah perkataan yang bergerak dari kanan ke kiri laman web atau dari kiri kekanan laman web. Pergerakan lain, seperti dari atas kebawah dan bawah keatas, tidak dapat dilakukan. Kita gunakan tag <MARQUEE> sebagai tanda permulaan perkataan yang hendak dianimasikan dan tag </MARQUEE> sebagai penamat perkataan yang hendak dianimasikan. Contohnya :
Kod HTML nya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <MARQUEE> Perkataan ini sebenarnya sedang beranimasi (bergerak) ke kiri laman web ini </MARQUEE> </BODY> </HTML> Biasanya perkataan beranimasi akan bergerak dari kanan ke kiri laman web. Kita boleh menjadikannya bergerak dari kiri ke kanan dengan memasukkan ciri DIRECTION="RIGHT" dalam tag <MARQUEE>, seperti berikut : <MARQUEE DIRECTION="RIGHT"> Selain dari itu kita juga boleh menjadikannya menggelungsur (SLIDE) dengan menuliskan ciri BEHAVIOR="SLIDE" dalam tag <MARQUEE>, seperti berikut: <MARQUEE BEHAVIOR="SLIDE"> Kita juga boleh menjadikannya melantun (ALTERNATE) dari kiri kekanan dengan menuliskan ciri BEHAVIOR="ALTERNATE" dalam tag <MARQUEE>, seperti berikut: <MARQUEE BEHAVIOR="ALTERNATE"> Kita boleh menentukan tinggi kawasan beranimasi dengan menuliskan ciri HEIGHT=X dalam tag <MARQUEE> (dimana X ialah suatu angka dalam unit pixel). Contohnya : <MARQUEE HEIGHT=120>
Kita boleh menentukan lebar kawasan beranimasi dengan ciri menuliskan ciri WIDTH=X dalam tag <MARQUEE> dimana X ialah suatu angka dalam unit pixel. Contohnya : <MARQUEE WIDTH=200> Contoh hasil :
Kita boleh gantikan angka dalam ciri WIDTH=X dan HEIGHT=X dengan peratus, contohnya WIDTH=60%. Ini bermakna kawasan animasi ialah 60 peratus dari lebar laman web. HEIGHT=50% bermakna kawasan animasi ialah 60 peratus dari tinggi laman web. Biasanya perkataan beranimasi akan terus beranimasi tanpa berhenti iaitu berulang-ulang. Kita boleh tetapkan berapa kali animasi berulang dengan menggunakan ciri LOOP=X dalam tag <MARQUEE>, dimana X ialah satu angka. contohnya : <MARQUEE LOOP=5> Kod ini akan menjadikan perkataan beranimasi 5 kali sahaja, selepas itu akan berhenti. Jika kita mendapati animasi berlangsung terlalu cepat atau lambat, kita boleh mengubah kelajuan animasi dengan menuliskan ciri SCROLLAMOUNT=X dalam tag <MARQUEE> dimana X ialah suatu angka. Contohnya : <MARQUEE SCROLLAMOUNT=1> Contoh ini menjadikan perkataan bergerak dengan kelajuan satu huruf setiap saat. Ini adalah kelajuan yang paling minima (paling lambat). Selain dari ciri SCROLLAMOUNT, kita boleh juga menggunakan ciri SCROLLDELAY=X dalam tag <MARQUEE> (dimana X ialah suatu angka) untuk mengawal kelajuan animasi. Contohnya : <MARQUEE SCROLDELAY=2000> Contoh ini menjadikan animasi berhenti selama 2000 mili-saat (miliseconds) setiap kali sebelum bergerak lagi. 1 saat ialah 1000 mili-saat, oleh itu 2000 mili-saat ialah 2 saat. Kita boleh menggunakan ciri BGCOLOR=X dalam tag <MARQUEE> (dimana X ialah warna yang berkenaan) untuk menampakkan warna latarbelakang kawasan animasi. Contohnya :
<MARQUEE BGCOLOR="GREEN"> Kod ini menjadikan warna latarbelakang kawasan animasi sebagai hijau. Untuk mendapatkan warna lain, sila rujuk bab 'Senarai Warna'. Contoh hasil :
Sebenarnya kita boleh memasukkan lebih dari satu ciri dalam tag <MARQUEE>. Contohnya : <MARQUEE WIDTH=200 HEIGHT=200 SCROLLAMOUNT=5 BGCOLOR="RED"> Kedudukan ciri-ciri dantara satu sama lain adalah tidak penting. Mana-mana ciri boleh dituliskan terlebih dahulu dari ciri-ciri lain. Kita boleh memformat perkataan yang berada diantara tag <MARQUEE> dan </MARQUEE> sebagaimana kita pelajari dalam bab 'Mengendali huruf dan perkataan'. Contohnya untuk mejadikan perkataan kelihatan condong kekanan, kita gunakan tag <I> dan </I> seperti berikut : <MARQUEE WIDTH=200 HEIGHT=200 SCROLLAMOUNT=5 BGCOLOR="RED"> <I>Perkataan ini sedang beranimasi</I> </MARQUEE> Memasukkan gambar beranimasi Kita boleh memasukkan fail animasi gambar atau grafik kedalam laman web. Ini bermakna, kita mestilah telah menyediakan fail-fail animasi yang berkenaan. Animasi gambar ialah satu siri gambar-gambar yang disusun dan ditayangkan satu persatu dengan begitu cepat sehingga kelihatan seperti satu gerakan. Kita boleh menggunakan program-program grafik seperti Microsoft Paint untuk membuat satu siri gambar-gambar. Katakan kita mahu membuat animasi katak melompat, maka kita hendaklah membina satu siri gambar-gambar gerakan katak ketika mahu melompat, baru melompat, sedang melompat, hampir habis melompat dan mendarat. Dalam hal ini, nampaknya kita perlukan 5 grafik. Untuk menampakkan lompatan lebih kemas, kita hendaklah menjadi lebih rajin sedikit dengan menambah lebih banyak grafik bagi peringkat-peringkat lompatan. Setelah kita menyiapkan siri grafik-grafik, kita hendaklah menggunakan pula program pembina animasi seperti "GIF Constructor", "Microsoft GIF Animator", "GIF Construction set" atau Photoshop untuk menjadikan grafik-grafik itu satu animasi, iaitu menjadikan katak kelihatan melompat. Oleh itu, kita mesti tahu menggunakan program pembina animasi untuk membina fail animasi. Simpanlah fail animasi itu dalam cakera keras komputer kita, seeloknya dalam folder yang sama dengan laman web kita. Katakan fail animasi itu bernama "KatakLompat.gif". Untuk memasukkan fail animasi itu dalam laman web, gunakan tag <IMG> dengan ciri SRC. Contohnya : <IMG SRC= "KatakLompat.gif"> Buku ini tidak menerangkan bagaimana menggunakan program pembina animasi. Bagaimanapun, sedikit maklumat diberikan berikut ini. Setelah kita membina siri-siri gambar, membina animasi gambar-gambar itu dengan program pembina animasi biasanya adalah mudah. Contohnya, dengan menggunakan program 'GIF Construction Set', dalam program tersebut terdapat menu 'File | Animation Wizard'. Menu ini akan memandu kita ke beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membina animasi. Biasanya ia meminta kita mengenalpasti fail-fail gambar-gambar yang hendak dianimasikan, turutan gambar-gambar, nama fail animasi dan sebagainya. Seterusnya program itu akan membina satu fail animasi. Contoh-contoh animasi selain dari katak melompat ialah buku yang terbuka/tertutup berselangseli, bom meletup berulang-ulang dan sebagainya. Program yang sama juga biasanya boleh digunakan untuk membina perkataan beranimasi (Sila rujuk bab 'Membina perkataan beranimasi'). Sebagaimana grafik dan gambar, saiz fail animasi dan bilangan warna dalam fail animasi akan mempengaruhi cepat atau lambatnya laman web kita terpapar di skrin komputer kita atau pengguna. Ciri-ciri yang biasa kita gunakan bagi tag <IMG> dalam bab 'Memasuk dan mengendali gambar' boleh digunakan untuk animasi gambar : Tag <CENTER> dan </CENTER> untuk meletakkan animasi di tengah laman web. Tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV> untuk meletakkan animasi di kanan laman web. Ciri BORDER=X dalam tag <IMG> untuk menentukan saiz ketebalan garisan keliling kawasan animasi. Satu contoh animasi yang biasa kita lihat ialah apabila kita menyalin fail, kita akan melihat animasi seperti berikut :
Berikut ialah contoh kod penuh yang memainkan animasi grafik : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Animasi katak lompat <BR> <Br> <IMG SRC="SalinFail.gif"> </BODY> </HTML> Kedudukan animasi Secara otomatik, fail animasi akan timbul di kiri laman web. Untuk meletakkannya di tengah laman web, kita gunakan letakkan tag <IMG> yang mengandungi gambar animasi itu diantara tag <CENTER> dan </CENTER>. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Animasi salin fail <BR> <Br> <CENTER> <IMG SRC="SalinFail.gif"> </CENTER> </BODY> </HTML> Untuk meletakkannya di kanan laman web, kita gunakan letakkan tag <IMG> yang mengandungi gambar animasi itu diantara tag <DIV ALIGN="RIGHT"> dan </DIV>. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Animasi salin fail <BR> <Br> <DIV ALIGN="right"> <IMG SRC="SalinFail.gif"> </div> </BODY> </HTML> Ulangan animasi Kita boleh menetapkan berapa kali satu animasi berulang dengan memasukkan ciri LOOP="X" dalam tag <IMG>. Contohnya : <IMG LOOP=3 SRC="SalinFail.gif"> Dalam contoh ini, animasi akan berlangsung 3 kali. Jika kita menggunakan ciri LOOP="infinite" seperti berikut : <IMG LOOP="infinite" SRC="SalinFail.gif"> kesannya animasai akan terus diulang tanpa henti. Memasuk dan mengendali video Kita boleh memasukkan video ke dalam laman web. Fail video Sebelum kita memasukkan video, kita mestilah telah mempunyai fail video dalam komputer kita. Kemudian kita cuma gunakan tag-tag HTML tertentu untuk membolehkan video tersebut dipamirkan dalam laman web kita. Kita boleh membuat fail video dengan alat perakam video digital. Kemudian, kita pindahkan atau salin fail video berkenaan ke komputer kita. Atau kita boleh terus menggunakan komputer kita untuk membina fail video. Buku ini bagaimanapun tidak menunjukkan bagaimana proses- proses ini dilakukan. Keterangan lengkap mengenai proses membuat video, mengendali alat perakam video, memindahkan fail video ke komputer, menyunting video dan sebagainya memerlukan satu buku khusus. Mungkin buku yang sedemikian sudah ada di pasaran. Kita juga boleh mendapatkan fail-fail video percuma dari internet. Contohnya fail-fail video oleh NASA di Amerika Syarikat kebanyakannya boleh di gunakan secara percuma. Ada banyak juga kumpulan-kumpulan jurufoto yang membenarkan video mereka digunakan oleh sesiapa jua. Bagaimanapun jika video mereka tidak sesuai dengan laman web kita, kita bolehlah membuat fail video sendiri, contohnya video hari perkahwinan dan sebagainya. Memasukkan fail video Untuk memasukkan video ke dalam laman web, kita gunakan tag <A> dengan ciri HREF="X" dimana X ialah alamat dimana fail video berada dan nama fail video itu. Contohnya : <A HREF="MainSki.avi">Klik untuk lihat saya main ski</A> 'MainSki.avi' adalah nama fail video berkenaan. 'Klik untuk lihat saya main ski' adalah perkataan yang dilihat oleh pengguna laman web kita. Video akan dimainkan sebaik saja pengguna klik pada perkataan itu. Contoh kod ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Mula 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Video main ski <BR> <A HREF=MainSki.avi>Klik untuk lihat saya main ski</A> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Laman Web akan kelihatan begini :
Jika kita atau pengguna klik pada perkataan 'Klik untuk lihat saya main ski', video akan dimainkan dalam laman web. Contohnya :
Biasanya Internet Explorer secara otomatik akan menggunakan program 'Media Player' untuk memainkan video. Maknanya, bila kita klik pada perkataan 'Klik untuk lihat saya main ski', secara otomatik program 'Media Player' akan diaktifkan dan seterusnya memainkan video. Program ini mempunyai butang kawalan untuk memberhentikan video, melompat ke satu kedudukan dalam video, menamatkan video dan sebagainya. Jika kita membiarkan video dimainkan hingga tamat, program ini akan hilang dengan sendirinya. Biasanya program ini telah sedia ada jika kita menggunakan Windows 95/98. Bagaimanapun, jika program ini tidak ada, video tidak akan dapat dimainkan oleh Internet Explorer. Ada kemungkinan, program pemain video lain (jika ada dalam komputer kita) akan digunakan. Kita boleh juga merujuk fail video dalam laman web dengan menggunakan tag <IMG> berserta ciri DYNSRC="X" dimana X ialah alamat fail video dana nama fail video itu. Ini adalah cara lain memainkan video, selain dari menggunakan tag <A>. Contohnya : <IMG DYNSRC=MainSki.avi> DYNSRC adalah ringkasan bagi DYNAMIC SOURCE. Kawasan video Jika kita menggunakan tag <IMG>, kita boleh juga memasukkan ciri WIDTH=X untuk menentukan lebar kawasan video dan ciri HEIGHT=X untuk menentukan tinggi kawasan video. X ialah suatu angka dalam unit pixel. Contoh kod : <IMG DYNSRC=MainSki.avi WIDTH=160 HEIGHT=160> Kawalan video Ciri CONTROLS dalam tag <IMG> akan menampakkan satu set butang kawalan dibawah video yang dimainkan. Contoh kod : <IMG DYNSRC=MainSki.avi WIDTH=160 HEIGHT=120 CONTROLS> Ulangan video Ciri LOOP="INFINITE" dalam tag <IMG> akan menjadikan video akan dimainkan berulang- ulang tanpa berhenti. Contoh kod : <IMG DYNSRC=MainSki.avi WIDTH=160 HEIGHT=120 CONTROLS LOOP=INFINITE> Ciri LOOP=3 dalam tag <IMG> akan menjadikan video berulang 3 kali. Kita boleh tukar angka 3 itu kepada angka lain. Kedudukan video Ciri ALIGN="LEFT" dalam tag <IMG> akan menjadikan video berada dikiri laman web. Kita boleh gantikan 'LEFT' dengan 'RIGHT' (kanan) atau 'CENTER' (tengah). Contoh kod : <IMG ALIGN="LEFT" DYNSRC=MainSki.avi WIDTH=160 HEIGHT=120 CONTROLS LOOP=10> Sempadan video Ciri BORDER=0 dalam tag <IMG> akan menjadikan video tidak mempunyai garisan sempadan. Kita boleh gantikan angka 0 dengan angka lain untuk menunjukkan garisan sempadan dengan ketebalan garisan yang tertentu. Contoh kod : <IMG BORDER=3 ALIGN=LEFT DYNSRC=MainSki.avi WIDTH=60 HEIGHT=60 CONTROLS LOOP=2> Kita boleh juga menggunakan tag <EMBED> untuk memasukkan video berserta ciri SRC=X dimana X ialah alamat fail video dan nama fail video itu. Contohnya : <EMBED SRC=MainSki.avi> Ciri-ciri lain yang boleh dimasukkan dalam tag <EMBED> ialah ALIGN, WIDTH, dan HEIGHT. Contoh penggunaannya ialah seperti berikut : <EMBED SRC=MainSki.avi ALIGN=LEFT WIDTH=180 HEIGHT=160> 'ALIGN' bermakna sisihan video dalam laman web. 'LEFT' (kiri) boleh diganti dengan 'RIGHT' (kanan) atau 'CENTER' (tengah). WIDTH bermakna lebar layar video. Kita boleh tukar 180 kepada angka lain. HEIGHT bermakna tinggi layar video. Kita boleh gantikan 160 dengan angka lain. Ciri AUTOPLAY=TRUE dalam tag <EMBED> menyebabkan video dimainkan secara otomatik sebaik saja laman web muncul. 'TRUE' boleh diganti dengan 'FALSE'. Jika kita ganti dengan FALSE, video akan dimainkan hanya setelah kita klik pada pintasan. Contoh penggunaannya : <EMBED SRC=MainSki.avi ALIGN=LEFT WIDTH=180 HEIGHT=160 AUTOPLAY=TRUE> Ciri LOOP=TRUE dalam tag <EMBED> menyebabkan video dimainkan berulang-ulang secara otomatik. 'TRUE' boleh diganti dengan FALSE. Jika kita menggunakan LOOP=FALSE, video akan dimainkan sekali sahaja. Contoh penggunaannya : <EMBED SRC=MainSki.avi ALIGN=LEFT WIDTH=180 HEIGHT=160 AUTOPLAY=TRUE LOOP=FALSE>
Ciri ONCURSOR=PLAY dalam tag <EMBED> menyebabkan video dimainkan sebaik saja kese tetikus berada pada layar video. Contoh penggunaannya : <EMBED SRC=MainSki.avi ALIGN=CENTER WIDTH=180 HEIGHT=160 ONCURSOR=PLAY LOOP=FALSE> Tidak semua tag disokong oleh semua pelayar web. Kita boleh gunakan tag <NOEMBED> untuk memasukkan tag yang disokong oleh pelayar web lain. Ini bererti kita harus tahu pelayar web yang mana yang menyokong atau tidak menyokong satu-satu tag. Contoh penggunaannya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> <EMBED SRC=AyamGaduh.avi WIDTH=160 HEIGHT=120 ALIGN=LEFT AUTOPLAY=FALSE LOOP=FALSE ONCURSOR=PLAY> <NOEMBED> <A HREF=AyamGaduh.avi> <IMG SRC=AyamGaduh.jpg DYNSRC=AyamGaduh.avi LOOP=INFINITE WIDTH=160 HEIGHT=120 ALIGN=left BORDER=1> </A> </NOEMBED> </BODY> </HTML> Dalam contoh ini, tag <EMBED> disokong oleh pelayar Netscape Nevigator manakala tag-tag dalam <NOEMBED>...</NOEMBED> disokong oleh Microsoft Internet Explorer. Biasanya video dimainkan bersama dengan bunyian. Untuk mengendali bunyian, sila rujuk bab 'Mengendali bunyian'. Memasuk dan mengendali bunyian dalam laman web Kita boleh memasukkan bunyi, suara atau lagu dalam laman web. Sebelum kita memasukkan bunyian, kita mestilah telah mempunyai fail bunyian dalam komputer kita. Kemudian kita cuma tuliskan tag-tag HTML tertentu untuk memasukkan bunyian tersebut dalam laman web. Kita boleh membuat fail bunyian dengan alat perakam bunyian digital. Kemudian pindahkan atau salin fail bunyian berkenaan ke komputer kita. Atau kita boleh terus menggunakan komputer kita untuk membina bunyian. Contoh perakam bunyian ialah Microsoft Sound Recorder. Kita tentunya perlukan juga mikrofon jika kita mahu membuat fail bunyian kita sendiri. Keterangan lengkap mengenai proses membuat bunyi, mengendali alat perakam bunyi dan memindahkan fail bunyi ke komputer, menyunting bunyi dan sebagainya memerlukan satu buku khusus, jadi tidak ditunjukkan dalam buku ini. Mungkin buku yang sedemikian sudah ada di pasaran. Kita juga boleh mendapatkan fail-fail bunyian percuma dari internet atau dari cakera-cakera padat yang dijual dikedai-kedai komputer. Biasanya fail bunyian mempunyai sambungan '.wav', '.mid', '.au' dan sebagainya. Contohnya 'BunyiItik.wav', 'LaguKu.mid', 'Ohlala.au'. Kita gunakan tag <A> dengan ciri HREF=X untuk memasukkan bunyian dalam laman web dimana X ialah nama fail bunyi itu. Contohnya : <A HREF="BunyiItik.wav">Bunyi itik.</A> 'BunyiItik.wav' adalah nama fail bunyian berkenaan. 'Bunyi itik' adalah perkataan yang dilihat oleh pengguna laman web kita. Bunyian akan dimainkan sebaik saja pengguna klik pada perkataan itu. Ini adalah serupa dengan pintasan yang kita pelajari dalam bab sebelum ini. Sebenarnya, bila pengguna klik pada pintasan yang destinasinya ialah satu fail bunyian, pelayar web yang digunakan oleh pengguna (Contohnya Internet Explorer) akan memanggil satu program lain, iaitu program yang boleh memainkan bunyian berkenaan. Program itu mestilah telah ada dalam komputer kita. Contoh program ialah Microsoft Media Player atau Microsoft Sound Recorder. Biasanya program ini telah ada bila kita menggunakan Windows 95/98. Sebab itu, apabila kita klik pada perkataan yang berkenaan untuk memainkan suara, kita akan dapat lihat program itu menjadi aktif dan dengan sendirinya memainkan bunyi berkenaan. Berikut ialah contoh kod : <HTML> <HEAD> <TITLE> Mula 1 </TITLE> </HEAD> <BODY BGCOLOR="white"> Bunyi itik <BR> <A HREF="BunyiItik.wav">Klik untuk dengar</A> <BR> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Apabila kita klik pada perkataan 'Klik untuk dengar', program Sound Recorder (atau apa-apa program yang telah kita tetapkan sebagai pemain bunyi) akan aktif secara otomatik dan akan memainkan bunyi itu :
Program ini mempunyai butang-butang kawalan untuk memberhentikan bunyi, melompat ke satu kedudukan dalam fail bunyi, menamatkan bunyi dan sebagainya. Jika kita membiarkan fail bunyi dimainkan hingga tamat, program ini akan hilang dengan sendirinya. Bagaimanapun, jika program ini tidak ada, bunyian tidak akan dapat dimainkan oleh pelayar web. Untuk memainkan bunyi, komputer kita atau pengguna perlu mempunyai pembesar suara (speaker) dan kad bunyi (sound card). Tag lain Kita boleh juga memasukkan fail bunyian dalam laman web dengan menggunakan tag <IMG> berserta ciri DYNSRC=X dimana X ialah nama fail bunyi. Ini adalah cara lain memainkan bunyian, selain dari menggunakan tag <A>. Contohnya : <IMG DYNSRC="BunyiItik.wav"> DYNSRC adalah ringkasan bagi DYNAMIC SOURCE. Ciri LOOP=INFINITE dalam tag <IMG> akan menjadikan bunyian dimainkan berulang-ulang. <IMG DYNSRC="BunyiItik.wav" LOOP=INFINITE> Ciri LOOP=3 dalam tag <IMG> akan menjadikan bunyian berulang 3 kali. Kita boleh tukar angka 3 itu kepada angka lain. Kita boleh juga menggunakan tag <EMBED> dengan ciri SRC=X (dimana X ialah nama fail bunyi) untuk memasukkan bunyian. Contohnya : <EMBED SRC="BunyiItik.wav"> Ciri AUTOPLAY=TRUE dalam tag <EMBED> menyebabkan bunyian dimainkan secara otomatik sebaik saja laman web muncul. TRUE boleh diganti dengan FALSE. FALSE menyebabkan fail bunyi dimainkan hanya setelah kita klik pada pintasannya. Contoh penggunaannya : <EMBED SRC="BunyiItik.wav" AUTOPLAY=FALSE> Ciri LOOP=TRUE dalam tag <EMBED> menyebabkan bunyian dimainkan berulang-ulang secara otomatik. TRUE boleh diganti dengan FALSE. FALSE menyebabkan fail bunyi dimainkan satu kali sahaja. Contoh penggunaannya : <EMBED SRC="BunyiItik.wav" AUTOPLAY=FALSE LOOP=FALSE>
Ciri ONCURSOR=PLAY dalam tag <EMBED> menyebabkan bunyian dimainkan sebaik saja kese tetikus berada pada layar bunyian. Contoh penggunaannya : <EMBED SRC="BunyiItik.wav" ONCURSOR=PLAY> Tidak semua tag disokong oleh semua pelayar web. Kita boleh gunakan tag <NOEMBED> untuk memasukkan tag yang disokong oleh pelayar web lain. Ini bererti kita harus tahu pelayar web yang mana yang menyokong atau tidak menyokong satu-satu tag. Contoh penggunaannya : <HTML> <HEAD> <TITLE>Muka 1</TITLE> <BODY> <EMBED SRC="AyamGaduh.wav" AUTOPLAY=FALSE LOOP=FALSE> <NOEMBED> <A HREF="AyamGaduh.wav"> <IMG SRC="AyamGaduh.wav" DYNSRC="AyamGaduh.wav"> </A> </NOEMBED> </BODY> </HTML> Dalam contoh ini, tag <EMBED> disokong oleh pelayar Netscape Nevigator manakala tag-tag dalam <NOEMBED>...</NOEMBED> disokong oleh Microsoft Internet Explorer. Biasanya bunyian dimainkan bersama dengan video (biasanya fail video memang mengandungi fail suara sekaligus). Untuk mengendali video, sila rujuk bab 'Memasuk dan mengendali video'. Bunyi latarbelakang Tag <BGSOUND> disokong oleh Internet Explorer sahaja untuk memainkan bunyian latarbelakang iaitu semasa laman web dipaparkan tanpa perlu pengguna melakukan apa-apa tindakan (seperti klik pada mana-mana butang). Ciri-ciri yang boleh dimasukkan dalam tag <BGSOUND> ialah SRC=X dan LOOP=Y, (SRC adalah ringkasan bagi SOURCE bermaksud sumber, X ialah alamat fail bunyi yang hendak dimainkan, LOOP bermaksud ulang, Y ialah bilangan berapa kali fail akan dimainkan. LOOP=2 bermakna fail akan dimainkan 2 kali. LOOP=INFINITE bermakna fail akan dimainkan berulang- ulang tanpa henti hingga laman web ditutup). Contoh penggunaan tag <BGSOUND> dan ciri- cirinya ialah seperti berikut : <BGSOUND SRC="AyamGaduh.wav" LOOP=INFINITE> Memasuk dan mengendali wayang interaktif (multimedia) Kita boleh memasukkan multimedia dalam laman web dengan memasukkan fail wayang (movie) yang dibina menggunakan program 'Shockwave' (ringkasan bagi 'Shockwave for Director', program yang dibina oleh syarikat Macromedia). Fail ini bukan statik seperti yang kita biasa lihat melalui TV dan panggung wayang, tetapi interaktif, iaitu ia boleh bertindakbalas kepada tindakan pengguna laman web. Sebelum kita memasukkan fail itu, kita mesti telah membuat fail berkenaan. Oleh itu, kita mesti tahu menggunakan program Shockwave (Tidak ditunjukkan dalam buku ini. Ia memerlukan satu buku berasingan). Untuk memasukkan fail wayang Shockwave kedalam laman web, kita gunakan tag <OBJECT> (Jika pelayar web ialah Internet Explorer) atau <EMBED> (Jika pelayar web kita ialah Netscape) atau Fail Shockwave biasanya mempunyai nama tambahan .dcr, contohnya 'WayangMu.dcr'. Tag-tag lain dan ciri-ciri yang digunakan untuk mengendali fail Shockwave adalah hampir serupa dengan tag-tag yang digunakan untuk mengendali animasi dan video. Sebenarnya, kita perlu ada satu fail lain dalam komputer kita sebelum fail Shockwave dapat dimainkan. Fail lain itu dipanggil 'plug-in' atau 'ActiveX control'. Kita boleh dapatkan fail lain itu dari laman web Macromedia atau Microsoft. Berikut ialah contoh penggunaan tag <EMBED> bagi memasukkan fail Shockwave: <EMBED SRC="WayangMu.dcr" WIDTH=300 HEIGHT=400 VSPACE=10 HSPACE=10 ALIGN=center BGCOLOR=silver PALETTE=background> Ciri SRC ialah untuk diisi dengan nama fail dan foldernya. Ciri WIDTH dan HEIGHT ialah untuk diisi dengan lebar (dalam unit pixel) dan tinggi (dalam unit pixel) kawasan wayang dalam laman web. Jika kawasan yang kita tetapkan lebih kecil dari saiz wayang sebenar, ada bahagian wayang yang tidak akan kelihatan. Ciri VSPACE dan HSPACE digunakan untuk menetapkan ruang kosong (margin) (dalam ukuran pixel) atas/bawah dan kiri/kanan bagi kawasan wayang. Ciri ALIGN digunakan untuk meletakkan kedudukan wayang dalam laman web samada left (kiri), center (tengah) atau right (kanan). Ciri BGCOLOR digunakan untuk menetapkan warna latarbelakang kawasan wayang. Jika kawasan wayang sama saiz dengan saiz fail, tentu warna latarbelakang tidak akan kelihatan. Kita boleh gunakan salah satu dari 16 warna (red, green, blue, silver dan sebagainya) atau warna dari kombinasi angka hex (Sila rujuk bab 'Senarai warna'). Nilai ciri PALETTE ialah samada 'background' atau 'foreground'. Nilai 'background' akan menyebabkan kawasan wayang menggunakan warna-warna yang terdapat dalam pelayar web kita. Nilai 'foreground' akan menyebabkan kawasan wayang menggunakan warna-warna yang ada dalam fail wayang berkenaan. Kadang-kadang fail wayang mengandungi bilangan warna yang lebih atau kurang dari bilangan warna yang boleh dipamirkan oleh pelayar web. Biasanya, 'background' adalah selamat digunakan. Tag <NOEMBED> dan </NOEMBED> kita gunakan untuk mengatasi masalah pelayar web tidak menyokong tag <EMBED> (Internet Explorer tidak menyokong tag ini). Berikut ialah contoh penggunaan tag <NOEMBED> dan </NOEMBED> : <EMBED SRC="wayangshock/mula/mari.dcr" WIDTH=300 HEIGHT=235 VSPACE=5 HSPACE=5 ALIGN=left BGCOLOR=#FFFFFF PALETTE=background> <NOEMBED> <IMG SRC="grafik/gambarmu.gif"><BR> Maaf, pelayar web anda tidak menyokong tag EMBED. Sila gunakan Pelayar web lain. </NOEMBED> Seperti yang dinyatakan dipermulaan bab ini, kita gunakan tag <OBJECT> dan </OBJECT> serta <NOOBJECT> dan </NOOBJECT> jika kita mahu menggunakan pelayar web Internet Explorer. Contoh kod yang menggunakan tag-tag ini ialah seperti berikut : <OBJECT CLASSID="clsid:166B1BCB-5f9c-21CF-1075-444553540000" CODEBASE="http://active.macromedia.com/director/cabs/sw.cab#version=5,0,1,6 1" WIDTH=300 HEIGHT=235 NAME="Shockwave" ID="wayang3"> <PARAM NAME="SRC" VALUE="wayangshock/pengenalan/mari.dcr"> <PARAM NAME="PALETTE" VALUE="background"> <PARAM NAME="BGCOLOR" VALUE="white"> </OBJECT> <NOOBJECT> <IMG SRC="grafik/gambarmu.gif"><BR> Maaf, pelayar web anda tidak menyokong tag EMBED. Sila gunakan Pelayar web lain. </NOOBJECT> Ciri CLASSID mengandungi rujukan bagi satu fail 'ActiveX control' iaitu satu fail yang mesti ada dalam komputer kita (atau pengguna) jika mahu memainkan wayang Shockwave. Nama penuh fail ialah 'Shockwave for Director Control'. Kita boleh dapatkan fail ini dari laman web Microsoft atau Macromedia. Ciri CODEBASE hendaklah mengandungi alamat dimana versi terbaru fail ActiveX boleh diperolehi. Jika komputer kita tidak mempunyai fail ini, secara otomatik, kita akan menerima kotak dialog menggesa kita mencapai laman web macromedia untuk mengambil fail itu. Ciri WIDTH dan HEIGHT hendaklah mengandungi tinggi dan lebar kawasan wayang (dalam unit pixel). Pastikan luas lebar dan tinggi kawasan adalah sama dengan lebar dan tinggi fail Shockwave, jika tidak, ada bahagian yang tidak dapat ditayangkan. Bagi ciri NAME, sentiasa isi dengan "Shockwave". Ciri ID adalah bagi angka atau nama pengenalan kepada wayang dalam laman web supaya ia boleh dipintas dari mana-mana pintasan. Perhatikan pasangan PARAM dan VALUE. Tiap pasangan hendaklah mengandungi nama dan nilai bagi nama itu. Bagi pasangan <PARAM NAME="SRC", 'value' hendaklah diisi dengan nama fail Shockwave yang hendak dimainkan. Bagi pasangan <PARAM NAME="PALLETTE" VALUE="background">,'background boleh diganti dengan 'foreground'. Dalam pasangan <PARAM NAME="BGCOLOR" VALUE="white">, ia adalah warna bagi latarbelakang kawasan wayang. Membuat dan mengendali bingkai (Frame) Bingkai ialah satu bahagian empat segi yang kita boleh bina dalam laman web untuk boleh berfungsi untuk menampung satu laman web lain, selain dari perkataan dan grafik. Kita boleh buat lebih dari satu bingkai dalam satu laman web. Tag-tag berkaitan dengan bingkai ialah seperti berikut : <FRAMESET> Tag ini menandakan permulaan kawasan bingkai. Ia menggantikan tag <BODY>. Jika kita gunakan <FRAMESET>, jangan gunakan tag <BODY> dalam laman web. </FRAMESET> Menandakan akhir kawasan bingkai. Ia menggantikan tag </BODY>. Jika kita gunakan </FREMESET>, jangan gunakan tag </BODY> dalam laman web. Selepas tag <FRAMESET> kita masukkan tag <FRAME>. Tag <FRAME> inilah yang sebenarnya membina bingkai. Tiada tag penamat bagi tag <FRAME>, iaitu tiada tag </FRAME>. Jadi, kita gunakan tag <FRAMESET> bersama dengan tag <FRAME>, bukan bersendirian. Tag <FRAME> diletakkan diantara tag <FRAMESET> dan </FRAMESET>. Sebagai contoh, untuk persediaan membina 3 bingkai yang kedudukannya beratur dari kiri laman web ke kanan laman web dengan satu bingkai lebarnya 20 peratus dari lebar laman web, bingkai kedua lebarnya 60 peratus dan bingkai ketiga 20 peratus, masukkan ciri COLS=20%,60%,20% dalam tag <FRAMESET>, iaitu dengan menulis begini : <FRAMESET COLS=20%,60%,20%> Kod diatas adalah persediaan sahaja bagi membina 3 bingkai. 3 nilai dalam ciri COLS iaitu 20%, 60% dan 20% menandakan kita mahu membina 3 bingkai. Untuk membuat bingkai yang sebenarnya, kita gunakan tag <FRAME>. Satu tag <FRAME> akan membina satu bingkai, jadi untuk membina 3 bingkai kita kena tuliskan 3 tag <FRAME>. Jadi kod penuhnya ialah : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <FRAMESET COLS=20%,60%,20%> <FRAME SRC="Muka2.htm"> <FRAME SRC="Muka3.htm"> <FRAME SRC="Muka4.htm"> </FRAMESET> </HTML> Hasilnya kelihatan begini:
Perhatikan perkara-perkara berikut : 1. Kita tidak menggunakan tag <BODY> dan </BODY> apabila kita menggunakan tag <FRAMESET> dan </FRAMESET>. 2. Dalam tag <FRAMESET> kita menandakan bahawa kita mahu membina 3 bingkai (bila kita menulis 3 nilai dalam ciri COLS iaitu 20%,60%,20%), sebab itulah kita ada 3 tag <FRAME>. Bilangan tag <FRAME> mestilah sama dengan bilangan yang dinyatakan dalam ciri COLS dalam tag <FRAMESET>. Jika tidak, hasilnya tidak seperti yang kita jangkakan. 3. Dalam tag <FRAME> ada ciri SRC=X dimana X ialah nama satu laman web lain. Laman Web lain itu akan ditayangkan dalam bingkai yang berkenaan. Ini bererti kita mestilah menyiapkan laman web-laman web lain itu terlebih dahulu. <="" p=""> kosong. 4. Tag <FRAME> tidak mempunyai tanda penamat. Tiada tag </FRAME>. Jika kita mahu membina 3 baris bingkai (kedudukannya dari atas ke bawah) dimana tinggi tiap- tiap baris ialah masing-masingnya 30 peratus, 30 peratus dan 40 peratus, kita gunakan ciri ROWS, begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <FRAMESET ROWS=30%,30%,40%> <FRAME SRC="Muka2.htm"> <FRAME SRC="Muka3.htm"> <FRAME SRC="Muka4.htm"> </FRAMESET> </HTML> Hasilnya :
Kita boleh menuliskan ciri COLS dan ROWS dalam unit pixel, bukan dalam bentuk peratusan, seperti berikut : <FRAMESET COLS=200,400,300> <FRAMESET ROWS=100,50,150> Kita boleh menyediakan 2 set bingkai yang masing-masingnya mempunyai 3 bingkai dan 2 bingkai, dengan menuliskan 2 tag <FRAMESET> dan memasukkan bilangan tag <FRAME> yang bersesuaian dalam tiap-tiap tag <FRAMESET>. Lihat kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE>Muka 1</TITLE> </HEAD> <FRAMESET ROWS=70%,30%> <FRAMESET COLS=20%,60%,20%> <FRAME SRC="Muka2.htm"> <FRAME SRC="Muka3.htm"> <FRAME SRC="Muka4.htm"> </FRAMESET> <FRAMESET COLS=50%,50%> <FRAME SRC="Muka5.htm"> <FRAME SRC="Muka2.htm"> </FRAMESET> </FRAMESET> </HTML> Hasilnya :
Kedudukan ciri ROWS dan COLS mempunyai peranan begini : Jika kita menuliskan ciri ROWS dahulu diikuti dengan ciri COLS, baris baris bingkai akan dibina dahulu kemudian tiap-tiap bingkai akan dibahagi kepada ruang-ruang(column). Jika kita menuliskan ciri COLS dahulu diikuti dengan ciri ROWS, ruang-ruang (columns) bingkai akan dibina dahulu kemudian tiap- tiap ruang akan dibahagi kepada baris-baris (row). Perhatikan contoh kod berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <FRAMESET ROWS="34%,33%,33%"> <FRAMESET COLS="50%,50%"> <FRAME SRC=Muka2.htm> <FRAME SRC=Muka3.htm> </FRAMESET> <FRAME SRC=Muka4.htm> <FRAME SRC=Muka5.htm> </FRAMESET> </HTML> Hasilnya :
Memberi nama bingkai Kita boleh memberi nama kepada satu bingkai dengan memasukkan ciri NAME=X dalam tag <FRAME> dimana X ialah nama yang kita mahu, contohnya : <FRAME SRC="Muka2.htm" NAME="FremAm"> Ciri NAME="FremAm" dalam tag <FRAME> diatas memberikan nama "FremAm" kepada bingkai yang bersumberkan laman web "Muka2.htm". Bingkai sebagai sasaran pintasan Kebaikan memberi nama kepada FRAME ialah untuk memudahkan kita merujuk bingkai itu sebagai destinasi pintasan, samada dari lain-lain bahagian dalam laman web yang sama atau dari lain-lain laman web dengan menggunakan ciri TARGET=X dalam tag <A> dimana X ialah nama bingkai. Katakan kita mempunyai satu pintasan seperti berikut dalam satu laman web : <A HREF="LihatNi.htm" TARGET="FremAm">Klik dan lihat.</A>
Tag ini, seperti yang kita lihat mempunyai ciri TARGET="FremAm". Jika pengguna laman web klik pada perkataan 'Klik dan lihat', laman web 'LihatNi.htm' akan dipaparkan dalam bingkai 'fremAm' yang berada dalam laman web (biasanya dalam laman web yang sama dengan tag <A> tadi). Margin kiri bingkai Ciri MARGINWIDTH dalam tag <FRAME> menentukan margin kiri bingkai (dalam unit pixel). Contohnya : <FRAME MARGINWIDTH=10> Ini menjadikan jarak margin kiri (jarak antara isi bingkai dengan sempadan kiri bingkai) sebanyak 10 pixel. Contoh kesan bila MARGINWIDTH=40 pada tiap-tiap <FRAME> :
Kod penuhnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <FRAMESET ROWS=70%,30%> <FRAMESET COLS=20%,60%,20%> <FRAME MARGINWIDTH=40 SRC="Muka2.htm"> <FRAME MARGINWIDTH=40 SRC="Muka3.htm"> <FRAME MARGINWIDTH=40 SRC="Muka4.htm"> </FRAMESET> </HTML> Margin sebelah atas bingkai Ciri MARGINHEIGHT dalam tag <FRAME> menentukan margin atas bagi bingkai (dalam ukuran pixel). Contohnya : <FRAME MARGINHEIGHT=30> menjadikan margin atas sebanyak 30 pixel (jarak antara garis sempadan sebelah atas bingkai dengan isi bingkai). Palang skrol pada bingkai Ciri SCROLLING="yes" dalam tag <FRAME> menimbulkan palang skrol pada bingkai. Contohnya: <FRAMESET ROWS=70%,30%> <FRAMESET COLS=20%,60%,20%> <FRAME SCROLLING=yes SRC="Muka2.htm"> <FRAME SCROLLING=yes SRC="Muka3.htm"> <FRAME SCROLLING=yes SRC="Muka4.htm"> </FRAMESET> Contoh kesan :
Ciri ini berguna jika saiz laman web yang dipaparkan dalam bingkai lebih besar dari saiz bingkai itu sendiri. Ciri SCROLLING="no" dalam tag <FRAME> menghilangkan palang skrol pada bingkai. Contoh penggunaannya : <FRAME SCROLLING="no" SRC="Muka2.htm"> Ciri SCROLLING="auto" dalam tag <FRAME> menyebabkan palang skrol timbul pada bingkai secara otomatik apabila saiz sebenar laman web yang dipaparkan dalam bingkai lebih besar dari bingkai itu sendiri. Contoh penggunaannya : <FRAME SCROLLING="auto" SRC="Muka2.htm"> Pengguna mengubah saiz bingkai Pengguna boleh mengubah saiz bingkai (lebar dan tinggi) dengan menggunakan tetikus. Ciri NORESIZE dalam tag <FRAME> boleh digunakan untuk menghalang pengguna dari mengubah saiz bingkai. Contoh penggunaannya : <FRAME SCROLLING="yes" NORESIZE SRC="Muka2.htm"> Garis sempadan bingkai Ciri BORDER=X dalam tag <FRAME> digunakan untuk menetapkan saiz lebar garisan sempadan bingkai dimana X ialah saiz yang kita mahu. Contohnya : <FRAME BORDER=4 SCROLLING="no" NORESIZE SRC="Muka2.htm"> menjadikan tebal sempadan bingkai sebanyak 4 pixel. Ciri FRAMEBORDER="no" dalam tag <FRAMESET> menjadikan sempadan bingkai tidak kelihatan. Contoh penggunannya : <FRAMESET FRAMEBORDER="no"> Contoh kesan :
Jarak antara bingkai Ciri FRAMESPACING=X dalam tag <FRAMESET> digunakan untuk mengubah jarak antara bingkai dimana X ialah unit jarak yang kita mahu. Contohnya : <FRAMESET FRAMESPACING=10> menjadikan jarak antara satu FRAME dengan yang lain dalam FRAMESET ialah 10 pixel. Contoh kesan :
Pelayar web tidak menyokong bingkai Tag-tag <NOFRAME> dan </NOFRAME> digunakan untuk mengarahkan pelayar web supaya tidak memperdulikan atau memaparkan apa-apa sahaja yang kita tulis didalam laman web. Ini berguna jika pengguna laman web kita menggunakan pelayar web yang tidak menyokong bingkai. Berikut ialah contoh kod yang menggunakan tag <NOFRAME>: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <FRAMESET COLS=25%,75%> <FRAMESET ROWS="20%,80%"> <FRAME SRC=Muka2.html> <FRAME SRC=Muka3.html> </FRAMESET> <FRAME SRC=Muka4.html> </FRAMESET> <NOFRAME> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> . . . </BODY> </HTML> Perhatikan tag <NOFRAME>. Semua kod bahagian sebelah atas tag ini akan diproses oleh pelayar web yang menyokong tag <FRAMESET> sementara semua kod dibahagian sebelah bawah tag ini akan diproses oleh pelayar web yang tidak menyokong <FRAMESET> (sebab itulah tag <BODY> dituliskan semula dibahagian bawah. Saiz relatif Jika kita menulis begini : <FRAMESET ROWS=3*,*,100,150> Ini bermakna kita mahu membina 4 baris bingkai dengan 2 bingkai bersaiz tetap sebanyak 100 pixel dan 150 pixel dan 2 bingkai bersaiz relatif. Tanda * menandakan bahawa baki kawasan bingkai hendaklah diberi kepada bingkai berkenaan tetapi mesti ada satu bingkai yang saiznya sentiasa 3 kali ganda dari saiz bingkai yang ditetapkan saiz relatifnya. Destinasi Asas Jika kita menuliskan tag <BASE> berserta ciri TARGET=X diantara tag </TITLE> dan </HEAD> dimana X ialah satu nama bingkai dalam laman web lain, seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 5 </TITLE> <BASE TARGET="IsiKandungan"> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Hasilnya, semua pintasan dalam laman web ini akan terarah ke bingkai bernama "IsiKandungan" yang berada dalam laman web lain itu. Contoh menyusun bingkai
Kodnya : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <frameset cols="23%,77%"> <frame src="muka2.htm" name="left" marginwidth="1" marginheight="1"> <frameset rows="18%,82%"> <frame src="muka3.htm" name="kananatas" marginwidth="1" marginheight="1"> <frame src="muka4.htm" name="kananbawah" marginwidth="1" marginheight="1"> </frameset> <noframes> <body> <p>Laman Web ini menggunakan bingkai, tetapi pelayar yang anda gunakan tidak menyokong bingkai.</p> </body> </noframes> </frameset> </html> Contoh 1 kegunaan bingkai Laman Web berbingkai boleh digunakan untuk membina nota kaki (footnotes) dalam laman web itu. Kita memerlukan 2 bingkai : satu bingkai menjadi dokumen utama dan bingkai kedua menjadi nota kaki. Bila kita klik pada perkataan tertentu dalam bingkai utama, satu nota akan dipaparkan di bingkai kedua. Kod di laman web ini adalah seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <frameset rows="78%,22%"> <frame src="Utama.htm" name="utama" marginwidth="1" marginheight="1"> <frame src="Nota.htm" name="nota" marginwidth="1" marginheight="1"> </frameset> </html> Jadi, kita perlu ada 2 lagi laman web iaitu 'Utama.htm' dan 'Nota.htm'. 'Utama.htm' akan dipaparkan di bingkai utama di sebelah atas dan 'Nota.htm' akan dipaparkan di bingkai kedua di bahagian bawah laman web. Contoh 2 kegunaan bingkai Dalam contoh kali ini, kita akan membina satu projek ensiklopedia. Kita akan mempunyai satu laman web bernama 'Muka1.htm'. Dalam laman web ini, kita akan bina 2 bingkai. Satu bingkai disebelah kiri laman web dan satu lagi di sebelah kanan laman web. Bingkai di sebelah kiri kita akan namakan 'Senarai' dan bingkai di sebelah kanan kita namakan 'Keterangan'. Bingkai 'Senarai' akan menampung satu laman web lain bernama 'Senarai.htm'. Bingkai 'Keterangan' akan menampung satu lagi laman web lain bernama 'Keterangan.htm'. Apabila kita klik pada satu item dalam bingkai 'senarai', keterangan atau gambar bagi item itu akan dipamirkan pada bingkai 'keterangan'. Berikut ialah rupa 'Muka1.htm' :
Kodnya ialah seperti berikut : <html> <head> <title> Muka 1 </title> </head> <frameset cols="18%,82%"> <frame src="Senarai.htm" marginwidth="1" marginheight="1"> <frame src="" name="BingkaiKeterangan" marginwidth="1" marginheight="1"> </frameset> </html> Perhatikan perkara berikut : Apabila laman web ini terpapar, bingkai di kiri akan terus menampakkan laman web 'Senarai.htm". Kita tidak memberi nama kepada bingkai ini. Bingkai dikanan pula tidak dirujukkan kepadan mana-mana sumber (src=""), menyebabkannya kelihatan kosong. Bingkai ini kita namakan 'BingkaiKeterangan'. Kod pada laman web 'Senarai.htm' pula ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Senarai </TITLE> </HEAD> <BODY> <U>Senarai</U> <BR> <BR> <A HREF="Proton.htm" TARGET="BingkaiKeterangan">Proton</A><BR> <A HREF="Toyota.htm" TARGET="BingkaiKeterangan">Toyota</A><BR> <A HREF="Mitsubishi.htm" TARGET="BingkaiKeterangan">Mitsubishi</A><BR> <A HREF="Perodua.htm" TARGET="BingkaiKeterangan">Perodua</A><BR> <A HREF="Gambarkereta.jpg" TARGET="BingkaiKeterangan">Kereta</A><BR> <A HREF="Jam.jpg" TARGET="BingkaiKeterangan">Jam loceng</A><BR> </BODY> </HTML> Perhatikan, laman web ini mengandungi pintasan-pintasan kepada 4 laman web dan 2 gambar. Semua pintasan ini di halakan kearah bingkai 'BingkaiKeterangan' yang berada dalam laman web 'Muka1.htm'. Hasilnya, apabila kita klik pada mana-mana pintasan, laman web atau gambar pintasan berkenaan akan dipaparkan dalam 'BingkaiKeterangan'. Nampaknya, kita perlu menyediakan 4 laman web lagi (iaitu 'Proton.htm', 'Toyota.htm', 'Mitsubishi.htm' dan 'Perodua.htm') dan 2 gambar (iaitu 'GambarKereta.jpg' dan 'Jam.jpg'). Hasil laman web 'Muka1.htm' setelah kita klik pada pintasan 'Jam loceng' :
Membuat laman web berganti Salah satu ciri laman web dinamik ialah laman web yang berubah-ubah kandungannya dengan sendiri, tanpa campurtangan pengguna. Biasanya bingkai digunakan untuk mempamirkan satu siri beberapa laman web secara berganti- ganti mengikut tempoh masa tertentu, katakan 3 saat. Ini bererti kita mestilah telah menyediakan beberapa laman web. Katakan, bagi laman web 'Muka1.htm', selepas 3 saat ia dipamirkan, kita mahu ia diganti dengan 'Muka2.htm', iaitu 'Muka2.htm' pula akan dipamirkan. Kita tuliskan ciri berikut diantara tag <HEAD> dan <TITLE> dalam 'Muka1.htm': <META HTTP-EQUIV=Refresh CONTENT=3;"Muka2.htm"> Katakan bagi 'Muka2.htm' pula, selepas 4 saat ia dipamirkan, kita mahu 'Muka3.htm' pula akan menggantikannya. Jadi kita tulis kod berikut diantara tag <HEAD> dan <TITLE> dalam 'Muka2.htm': <META HTTP-EQUIV=Refresh CONTENT=4;"Muka3.htm"> Katakan bagi 'Muka3.htm' pula, selepas 5 saat ia dipamirkan, kita mahu kembali ke 'Muka1.htm'. Jadi kita tulis kod berikut diantara tag <HEAD> dan <TITLE> dalam 'Muka3.htm': <META HTTP-EQUIV=Refresh CONTENT=5;"Muka1.htm"> Berikut ialah contoh kod yang agak penuh (katakan kod ini bagi laman web 'Muka2.htm'): <HTML> <HEAD> <META HTTP-EQUIV=Refresh CONTENT=2;"Muka3.htm"> <TITLE>Muka 2</TITLE> </HEAD> <BODY> <A HREF="MukaDepan.htm">Klik sini untuk memberhentikan pertukaran</A> </BODY> </HTML> Dalam kod diatas, 'MukaDepan'.htm' ialah satu laman web lain yang tidak mengandungi tag <META HTTP-EQUIV=REFRESH.....>. Apabila pengguna yang melihat laman web 'Muka2.htm' klik pada perkataan 'Klik sini untuk memberhentikan pertukaran', laman web 'MukaDepan.htm' akan dipamirkan. Olehkerana laman web 'MukaDepan.htm' tidak mengandungi tag <META....> maka tiada laman web lain yang akan dipamirkan secara otomatik, kecuali kita sediakan satu pintasan dalam laman web 'MukaDepan.htm' yang mengarah kepada satu laman web lain yang mengandungi tag <META...> seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka depan </TITLE> </HEAD> <BODY> <A HREF="Muka1.htm">Klik sini untuk memulakan pertunjukan...</A> </BODY> </HTML> Jika kita tahu alamat satu laman web bursa saham yang sentiasa mengemaskinikan maklumat pasaran saham setiap saat, kita boleh membina satu bingkai dalam laman web kita sendiri dan memasukkan pintasan ke laman web bursa saham berkenaan serta memasukkan tag <META ...>. Ini tentu memerlukan talian internet. Cara ini dapat mengelakkan kita dari berbelanja membeli perisian bursa saham yang mahal. Memasukkan alamat pembina laman web Bahasa HTML menyediakan tag <ADDRESS> untuk kita sebagai penulis laman web memasukkan maklumat ringkas kita seperti alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya. Tag ini diakhiri dengan tag </ADDRESS>. Biasanya apa-apa yang kita tulis diantara tag <ADDRESS> dan </ADDRESS> akan tertera dalam huruf condong kekanan (italic). Contoh kegunaan : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> <ADDRESS> Mamat No 66 Jalan Tampin Seremban 34000 Negeri Sembilan </ADDRESS> </BODY> </HTML> Ia akan dipamirkan begini : Mamat No 66 Jalan Tampin Seremban 34000 Negeri Sembilan Untuk menampakkannya lebih dari satu baris, gunakan tag <BR> seperti biasa: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <BODY> Laman Web canggih ini disediakan oleh : <BR> <BR> <ADDRESS> Mamat <BR> No 66 Jalan Tampin <BR> Seremban <BR> 34000 Negeri Sembilan </ADDRESS> </BODY> </HTML> Contoh hasil :
Tag ini berguna kerana sesetengah injin-injin pencari laman web akan mencari tag ini untuk mendapatkan maklumat penulis laman web berkenaan. Gambar berpeta (image maps) Kita boleh menjadikan satu gambar dalam laman web kepada beberapa bahagian dimana apabila kita klik pada bahagian tertentu, kita akan dibawa ke laman web lain. Tiap-tiap bahagian yang berbeza akan membawa kita ke laman web yang berlainan apabila di klik. Gambar yang dibahagi-bahagikan kawasannya kita boleh panggil gambar berpeta. Kita gunakan tag <MAP> untuk menanda satu gambar bahawa gambar itu akan di bahagikan kepada beberapa bahagian. Tag ini diakhiri dengan tag </MAP>. Tag <MAP> digunakan bersama dengan tag <AREA>. Tag <AREA> digunakan untuk mengenalpasti bahagian-bahagian yang berkenaan. Satu tag <AREA> membina satu bahagian. Satu bahagian dikenalpasti dengan koordinat. Dalam tag <MAP> kita masukkan ciri NAME=X untuk memberi nama kepada bahagian itu. X ialah nama yang kita mahu. Bahagian (MAP) itu dikaitkan dengan satu gambar apabila kita memasukkan ciri USEMAP=X dalam tag <IMG> yang mengandungi gambar berkenaan. X dalam USEMAP=X dan NAME=X hendaklah nama yang sama. Perhatikan contoh penggunaan berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY BGCOLOR="white"> <MAP NAME="Peta 1"> <AREA SHAPE="RECT" COORDS="0, 0, 30, 30" HREF="Muka2.htm"> <AREA SHAPE="RECT" COORDS="60, 0, 90, 30" HREF="Muka3.htm"> <AREA SHAPE="RECT" COORDS="0, 60, 90, 30" HREF="Muka4.htm"> <AREA SHAPE="RECT" COORDS="60, 60, 90, 90" HREF="Muka5.htm"> </MAP> <IMG SRC="Bola.gif" USEMAP="#Peta 1"> </BODY> </HTML> Dalam contoh kod diatas, kita akan menjadikan satu gambar sebagai satu peta dengan menamakan gambar itu sebagai 'Peta 1' dengan menulis <MAP NAME="Peta 1">. Selepas tag ini, kita tuliskan 4 tag <AREA>, bermakna kita akan bahagikan peta (gambar) kepada 4 kawasan. Tiap-tiap kawasan berbentuk empatsegi (SHAPE="RECT"). Kita nyatakan koordinat tiap-tiap kawasan (0,0,30,30 dan sebagainya). Kemudian kita nyatakan laman web yang akan di capai bila kita klik pada kawasan berkenaan (HREF=X). Kemudian dalam tag <IMG>, kita rujukkan gambar ("Bola.gif") kepada nama peta menggunakan ciri USEMAP=X. Kedudukan blok tag <MAP> dan <IMG> tidak semestinya berdekatan seperti contoh diatas. Ia boleh jadi dipisahkan oleh lain-lain tag. Untuk makluman, selain daripada bentuk empatsegi ("RECT"), kita boleh gantikannya dengan "CIRCLE" (bulatan), tetapi kita harus memberi maklumat panjang radius pula. Koordinat kawasan empatsegi dalam peta dinyatakan dalam 4 angka. Angka pertama adalah bagi kedudukan sebelah atas/kiri kawasan itu dari sebelah atas gambar. Angka kedua adalah bagi kedudukan sebelah atas/kanan kawasan itu dari sebelah atas gambar. Angka ketiga adalah bagi kedudukan sebelah bawah/kiri kawasan itu dari sebelah atas gambar. Angka keempat adalah bagi kedudukan sebelahbawah/kanan kawasan itu dari sebelah atas gambar. Kedudukan adalah dinyatakan dalam unit pixel. Contoh : 0, 0 0, 300
0, 200 200, 300 Apabila kita mengajukan kese tetikus ke kawasan yang berkenaan, satu 'tip' (nota kecil) akan timbul memberitahu kita nama laman web yang akan kita layari atau nama bahagian lain laman web yang akan kita temui atau nama fail bunyi, video dan lain-lain fail yang akan dibuka jika kita klik pada kawasan itu. Jika peta berada berada dalam laman web lain (katakan 'Muka5.htm') dan kita telah menamakan peta itu (katakan 'Peta 1'), kita tuliskan begini untuk mencapainya dari laman web yang sedang kita kerjakan : <IMG SRC="Bola.gif" USEMAP="Muka5.htm#peta 1"> Perhatikan penggunaan tanda #. Dalam contoh berikut :
Perhatikan bahagian bawah laman web dimana terdapat perkataan 'Shortcut to...'. Perkataan ini muncul bila kita kese tetikus berada pada satu kawasan dalam gambar (tip dan kese tidak kelihatan dalam gambarajah diatas). Ini menunjukkan bahawa jika kita klik pada kawasan itu, kita atau pengguna akan dibawa ke laman web yang dinyatakan dalam 'Shortcut to...'.
Mendapatkan maklumbalas dari pengguna Kita boleh mendapatkan maklumbalas dari pengguna laman web kita di internet dengan menuliskan alamat e-mel kita dalam laman web. Dengan ini kita berharap pengguna akan menulis ke alamat e-mel kita apa-apa makluman yang mereka mahu beri. Cara ini bagaimanapun akan menyebabkan pengguna memberitahu makluman-makluman yang diluar jangkaan kita. Untuk memasukkan alamat e-mel kita, kita masukkan alamat itu dalam tag <A> seperti berikut : <A HREF="NamaSaya@hotmail.com">E-mel saya</> Pengguna akan nampak perkataan 'E-Mel saya'. Bila ia klik pada perkataan itu, satu program e- mel yang ada dalam komputer pengguna akan menjadi aktif, dan jika pengguna tahu menggunakan program itu (contohnya Outlook atau Outlook Express), maka bolehlah ia menghantar e-mel kepada kita. Kita boleh mendapatkan makluman dan maklumat yang tertentu sahaja dari pengguna dengan menggunakan tag <FORM> dan </FORM>. Diantara kedua-dua tag ini kita akan masukkan pula tag-tag lain yang membina objek-objek yang berupa ruang-ruang atau pilihan-pilihan. Pengguna akan menuliskan sesuatu pada ruang atau menandakan pilihan mereka atau membuat pilihan dari satu senarai. Kemudian pengguna akan klik pada satu butang (kita kena sediakan), lalu semua maklumat yang pengguna tuliskan atau pilih akan dihantar ke alamat e-mel kita. Pengguna haruslah dalam keadaan 'online' dan laman web kita haruslah berada di internet. Alamat e-mel kita juga mestilah dituliskan pada satu tempat dalam kod kita. Cuba lihat contoh laman web dibawah :
Dalam laman web diatas, apabila pengguna klik pada butang 'Hantar', semua maklumat yang ia tuliskan pada ruang-ruang yang disediakan (seperti nama, alamat e-mel, pilihan pendapatnya dan komen) akan dihantar ke alamat e-mel kita (jika pengguna online di internet). Apabila pengguna klik pada butang 'Kosongkan', semua isi ruang-ruang akan dikosongkan. Ruang dikanan perkataan 'Nama anda' ialah satu objek 'kotak teks' (text box) yang kita namakan 'Nama'. Kita boleh memberi apa-apa nama kepada objek ini asalkan nama itu boleh memudahkan kita sebagai pembina laman web untuk mengenal objek ini dalam kod. Memasukkan objek dan menamakan objek kita lakukan dalam kod. Oleh itu, hanya kita sebagai pembina laman web tahu apakah objek yang ada dalam laman web dan nama objek. Pengguna tidak perlu tahu. Ruang dikanan perkataan 'Alamat e-mel anda' juga ialah satu 'kotak teks' yang kita namakan 'eMel'. Ruang dikanan perkataan 'Pendapat anda mengenai laman web ini' ialah satu objek 'Kotak Kombo' (SELECT OPTION) yang kita namakan 'Pilihan' mengandungi 5 item yang boleh dipilih oleh pengguna. Ruang dibawah perkataan 'tuliskan dibawah ini' ialah satu objek 'kotak teks besar' (TEXTAREA) yang kita namakan 'Komen'. Objek ini berguna untuk pengguna laman web menuliskan tulisan yang panjang melebihi satu baris. Butang bertulis dengan perkataan 'Hantar' ialah satu objek butang penghantar (INPUT TYPE=SUBMIT). Objek jenis ini, apabila di klik oleh pengguna laman web, akan secara otomatik menghantar semua isi lain-lain objek yang ada ke alamat e-mel yang ditetapkan. Kita akan pelajari nanti bagaimana menetapkan alamat e-mel supaya menjadi sasaran butang ini. Butang bertulis dengan perkataan 'Kosongkan' ialah satu objek butang pengosong (INPUT TYPE=RESET). Objek jenis ini, apabila di klik oleh pengguna laman web, akan secara otomatik mengosongkan isi objek-objek TEXT, TEXTAREA dan OPTION. Kita memasukkan objek-objek dalam laman web dengan menggunakan tagtag tertentu. Tag <INPUT TYPE=TEXT> digunakan untuk memasukkan objek 'kotak teks'. Tag <SELECT> digunakan untuk memasukkan objek 'Pilihan'. Tag <TEXTAREA> digunakan untuk memasukkan objek 'Kotak teks besar'. Tag <INPUT TYPE=SUBMIT> digunakan untuk memasukkan objek 'Butang penghantar'. Tag <INPUT TYPE=RESET> digunakan untuk memasukkan objek 'Butang pengosong'. Semua tag-tag pembina objek hendaklah diletakkan diantara tag-tag <FORM> dan </FORM>. Kawasan diantara tag <FORM> dan </FORM> akan membina satu kawasan 'borang' (form) dalam laman web. Jadi, seolah-olah, objek berada dalam borang. Bagaimanapun, pengguna tidak nampak sempadan kawasan borang. Berikut ialah kod penuh bagi laman web diatas. Pelajari bagaimana membina borang dan memasukkan objek dalam borang: <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <H1>Borang maklumbalas</H1> <FORM METHOD=POST ACTION="mailto:abu@tm.net.my"> Nama anda: <INPUT TYPE=text NAME="Nama" Size=50> <BR> Alamat e-mel anda: <INPUT TYPE=text NAME="eMel" size=50> <BR> Pendapat anda mengenai laman web ini: <SELECT NAME="Pilihan"> <OPTION>Cemerlang <OPTION>Bagus <OPTION>Biasa saja <OPTION>Tak bagus <OPTION>Teruk <OPTION SELECTED> </SELECT> <BR> <BR> Jika anda ada apa-apa komen, <BR> tuliskan dibawah ini: <BR> <TEXTAREA NAME="Komen" ROWS=5 COLS=40 WRAP=Virtual> </TEXTAREA> <BR> <BR> <INPUT TYPE=SUBMIT VALUE="Hantar"> <INPUT TYPE=RESET VALUE="Kosongkan"> </FORM> </BODY> </HTML> Mari kita menganalisa kod diatas. Perhatikan baris kod berikut : <FORM METHOD="POST" ACTION="mailto:ibh1@tm.net.my"> Bentuk tag <FORM> yang paling ringkas ialah tag <FORM> itu sendiri. Dalam tag ini kita boleh masukkan ciri METHOD="POST" dan ciri ACTION="mailto:X". 'abu@tm.net.my' ialah alamat e-mel kita. Anda boleh tukar perkataan ini dengan alamat e-mel anda. Kita tidak boleh meminda lain-lain perkataan dalam baris diatas kecuali alamat e-mel. Inilah cara kita menetapkan alamat e-mel yang menyebabkan secara otomatik semua maklumat dalam objek- objek dalam borang akan dihantar ke alamat e-mel itu apabila pengguna klik pada butang jenis SUBMIT. Ciri METHOD="POST" dalam tag <FORM> menentukan cara tindakan yang akan dilakukan kepada maklumat yang ada dalam borang, iaitu cara POST. Kita tidak perlu mengubah cara ini. Ini adalah cara yang piawai (standad). Untuk makluman, borang diatas sebenarnya bermula dari perkataan 'Nama anda... ' dan kebawah hingga ke butang 'Kosongkan'. Perkataan 'Borang maklumbalas' berada diluar borang (diluar tag <FORM>. Kerana tiada garisan yang menunjukkan sempadan borang, ia agak mengelirukan. Tetapi pengguna tidak perlu tahu bahagian laman web yang menjadi borang dan bahagian yang bukan borang. Hanya kita sebagai pembina laman web yang tahu kawasan borang. Kita dapati juga, diantara tag <FORM> dan <FORM>, kita boleh masukkan perkataan=perkataan selain dari tag-tag yang membina objek. Menyusun objek dalam borang Kita boleh menggunakan tag <PRE> seperti yang kita pelajari dalam bab 'Mengendali tabel cara 1' untuk menyusun objek-objek dalam borang supaya kelihatan lebih kemas. Berikut ialah kod yang menggunakan tag <PRE> : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <H1>Borang maklumbalas</H1> <FORM METHOD="POST" ACTION="mailto:ibh1@tm.net.my"> <PRE> Nama anda: <INPUT TYPE=text NAME=Nama Size=50> Alamat e-mel anda: <INPUT TYPE=text NAME=eMel size=50> Pendapat anda mengenai laman web ini: <SELECT NAME=Pilihan> <OPTION>Cemerlang <OPTION>Bagus <OPTION>Biasa saja <OPTION>Tak bagus <OPTION>Teruk <OPTION SELECTED> </SELECT> Jika anda ada apa-apa komen, tuliskan dibawah ini: <TEXTAREA NAME=Komen ROWS=5 COLS=40 WRAP=Virtual> </TEXTAREA> <INPUT TYPE=SUBMIT VALUE=Hantar> <INPUT TYPE=RESET VALUE=Kosongkan> </PRE> </FORM> </BODY> </HTML> Hasilnya kelihatan lebih kemas :
Objek-objek borang Berikut ialah jenis-jenis objek yang boleh dimasukkan dalam borang (termasuk objek-objek yang ditunjukkan dalam contoh diatas) berserta ciri-ciri masing-masing. 1. Kotak teks (text box) Objek ini merupakan satu ruang kosong yang boleh diisi oleh pengguna. Kita membinanya dengan menggunakan tag berikut: <INPUT TYPE=TEXT> Didalam tag ini kita boleh menambah ciri-ciri berikut : NAME (untuk kita memberi nama kepada objek ini), SIZE (untuk kita menetapkan panjang objek dalam unit bilangan karakter yang boleh dituliskan didalamnya), VALUE (untuk menetapkan perkataan yang akan timbul padanya secara otomatik) dan MAXLENGTH (untuk menetapkan bilangan maksima karakter yang boleh diisi). Contoh penggunaan ciri-ciri itu ialah seperti berikut : <INPUT TYPE=text NAME="Ruang Jantina" SIZE=20 VALUE="Tulis jantina anda" MAXLENGTH="20"> Hasilnya :
Jika kita tidak menulis ciri VALUE=X, tiada perkataan yang otomatik timbul dalam objek ini. Jika kita tidak menuliskan ciri SIZE=X, lebar objek biasanya ialah 1.5 inci. Objek ini bagaimanapun boleh menampung lebih banyak karakter dari lebarnya. Perhatikan, tag ini tiada tag penutupnya. 2. Kotak teks besar (text area) Objek ini merupakan satu ruang yang lebih besar dari kotak teks yang boleh diisi oleh pengguna. Kita membinanya dengan menggunakan tag berikut: <TEXTAREA> Tag ini perlukan tag penutup iaitu </TEXTAREA>. Didalam tag ini kita boleh menambah ciri-ciri berikut : NAME (untuk kita memberi nama kepada objek ini), COLS (untuk kita menetapkan lebar objek dalam unit bilangan karakter yang boleh dituliskan didalamnya), ROWS (untuk menentukan bilangan baris yang boleh kelihatan), WRAP (untuk menetapkan bahawa apabila satu huruf telah sampai ke sempadan kanan objek, huruf seterusnya akan tertulis dibaris berikutnya). Contoh penggunaan ciri-ciri itu ialah seperti berikut : <TEXTAREA NAME="Ruang komen" COLS=50 ROWS=5 WRAP="virtual"></TEXTAREA> Hasilnya :
3. Kotak combo (Combo box) Objek ini merupakan satu ruang yang kita boleh isi dengan lebih dari satu item (seperti satu senarai), kemudian pengguna boleh memilih satu dari item dalam senarai. Kita membinanya dengan menggunakan tag yang berstruktur seperti berikut: <SELECT> <OPTION>X1 <OPTION>X2 . . . <OPTION SELECTED>X5 </SELECT> Perhatikan struktur ini dimulakan dengan dengan tag <SELECT> dan diakhiri dengan tag </SELECT>. Diantara kedua-dua tag ini kita tuliskan tag <OPTION>. Kita boleh tuliskan lebih dari satu tag <OPTION>. Dikanan tiap-tiap tag <OPTION> kita boleh tuliskan satu item. Jadi, jika kita hendak memasukkan 10 item, kita harus menuliskan 10 tag <OPTION>. Tag <OPTION> boleh ditulis tanpa tag penutup (kita boleh menulis tag penutup </OPTION> jika kita mahu. Tag <OPTION SELECTED> pula digunakan untuk menentukan item yang akan ditayangkan sebaik saja laman web dilihat oleh pengguna. Tag ini boleh dituliskan pada mana- mana kedudukan diantara tag <SELECT> dan </SELECT> dan tidak semestinya selepas tag <OPTION> yang terakhir. Item itu kita tuliskan dikanan tag ini, dan tidak semestinya satu item diantara item-item yang ada pada tag <OPTION>. Jika kita tidak menuliskan apa-apa item, bermakna tiada item yang akan ditayangkan sehingga pengguna membuat pilihan. Pengguna membuat pilihan dengan mengklik bahagian kanan objek, kemudian satu senarai akan dipaparkan. Pengguna klik pada satu item dalam senarai untuk memilih item berkenaan. Didalam tag <SELECT> kita boleh menambah NAME untuk kita memberi nama kepada objek ini. Kita boleh beri apa-apa nama kepada objek ini, seeloknya nama yang menggambarkan isinya. Contoh penggunaan objek ini ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Pilih makanan kegemaran anda : <SELECT NAME="Pilihan makanan"> <OPTION SELECTED>Jambu batu</OPTION> <OPTION>Nasi minyak</OPTION> <OPTION>Nasi biasa</OPTION> <OPTION>Nasi kerabu</OPTION> <OPTION>Nasi ayam</OPTION> <OPTION>Nasi goreng hailam</OPTION> </SELECT> </BODY> </HTML> Berikut ialah hasilnya sebaik saja laman web kelihatan, dan selepas di klik:
Keadaannya ketika diklik :
4. Kotak cek (Check box) Objek ini merupakan satu kotak kecil yang boleh ditanda oleh pengguna. Kita membinanya dengan menggunakan tag berikut: <INPUT TYPE="CHECKBOX"> Didalam tag ini kita boleh menambah ciri NAME=X (untuk kita memberi nama kepada objek ini, CHECKED (untuk terus membubuh tanda sebaik saja laman web ditayangkan). Contoh penggunaan objek ini dan cirinya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <FORM> <PRE> Tandakan buah-buah yang anda gemari : (Dua daripadanya telah ditandakan untuk anda) Nanas <INPUT TYPE="CHECKBOX" NAME="Nanas" CHECKED> Pisang <INPUT TYPE="CHECKBOX" NAME="Pisang"> Durian <INPUT TYPE="CHECKBOX" NAME="Durian"> Rambutan <INPUT TYPE="CHECKBOX" NAME="Rambutan" CHECKED> </PRE> </FORM> </BODY> </HTML> Hasilnya :
5. Butang radio (radio button) Objek ini merupakan satu bulatan kecil yang boleh ditanda oleh pengguna. Kita membinanya dengan menggunakan tag berikut: <INPUT TYPE="RADIO"> Didalam tag ini kita boleh menambah ciri NAME=X (untuk kita memberi nama kepada objek ini, VALUE=X (untuk kita menyangkutkan satu nilai pada objek ini). Contoh penggunaan objek ini dan cirinya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <FORM> <PRE> Tandakan jawapan yang betul bagi 9 + 7 : 1. 14 <INPUT TYPE="RADIO" VALUE="14" NAME="jawapan"> 2. 15 <INPUT TYPE="RADIO" VALUE="15" NAME="jawapan"> 3. 16 <INPUT TYPE="RADIO" VALUE="16" NAME="jawapan"> 4. 17 <INPUT TYPE="RADIO" VALUE="17" NAME="jawapan"> </PRE> </FORM> </BODY> </HTML> Hasilnya :
6. Butang penghantar (Submit button) Objek ini merupakan satu butang yang apabila diklik, semua maklumat yang dituliskan oleh pengguna dalam lain-lain objek dalam borang akan dihantar ke destinasi e-mel yang alamatnya kita nyatakan dalam tag <FORM>. Kita membinanya dengan menggunakan tag berikut: <INPUT TYPE="SUBMIT"> Didalam tag ini kita boleh menambah ciri VALUE=X untuk kita memberi perkataan yang akan kelihatan pada butang ini (gantikan sahaja X dengan perkataan yang kita mahu). Jika kita tidak menuliskan ciri VALUE=X, perkataan yang akan timbul pada butang ialah 'SUBMIT'. Saiz minima butang ini ialah lebihkurang satu inci panjang dan panjang maksimanya adalah mengikut panjang perkataan yang kita tulis dalam ciri VALUE=X.
Contoh penggunaan objek ini ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <INPUT TYPE="SUBMIT" VALUE="Klik untuk menghantar data"> </BODY> </HTML> Hasilnya:
7. Butang pengosong (reset button) Objek ini merupakan satu butang yang apabila diklik, semua data yang terpapar pada lain-lain objek dalam borang akan diset semula (kosong semula). Kita membinanya dengan menggunakan tag berikut: <INPUT TYPE="RESET"> Didalam tag ini kita boleh menambah ciri VALUE=X untuk kita memberi perkataan yang akan kelihatan pada butang ini (gantikan sahaja X dengan perkataan yang kita mahu). Jika kita tidak menuliskan ciri VALUE=X, perkataan yang akan timbul pada butang ialah 'RESET'. Saiz minima butang ini ialah lebihkurang satu inci panjang dan panjang maksimanya adalah mengikut panjang perkataan yang kita tulis dalam ciri VALUE=X.
Contoh penggunaan objek ini ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <INPUT TYPE="RESET" VALUE="Klik untuk mengosongkan ruang-ruang"> </BODY> </HTML> Hasilnya:
Rupa fail yang akan kita terima Apabila kita menyediakan borang dalam laman web kita dimana pengguna akan mengisinya dan menghantarnya ke alamat e-mel kita, semua data secara otomatik akan dikumpulkan dalam satu fail teks yang dinamakan 'Postdata.att' dan fail ini merupakan satu lampiran ('attachement') dari e-mel pengguna. Kita boleh membukanya menggunakan program Notepad atau lain-lain program pemproses perkataan seperti Word, Wordpad dan sebagainya. Data dalam fail itu bersambung terus menerus antara satu sama lain, tidak seperti susunan yang kita buat dalam borang. Contohnya jika kita menyediakan borang yang mempunyai 2 ruang untuk diisi, dimana satu ruang kita namakan 'Nama' dan satu lagi ruang kita namakan 'Alamat' dan pengguna mengisi ruang nama dengan perkataan 'Dol bin Ton' dan ruang alamat diisi dengan 'Shah Alam', data dalam fail 'postdata.att' akan kelihatan bersambungan begini : &Nama=Dol+bin+ton&Alamat=Shah+Alam Perhatikan tanda & digunakan untuk membezakan antara data. Nama objek diikuti dengan tanda = , kemudian diikuti dengan data. Tanda + menandakan huruf ruang kosong. Dengan struktur data yang bersambung seperti ini, kita terpaksa mencari cara untuk mengubahnya menjadi struktur yang lebih mudah dibaca atau memindahkannya ke program lain yang boleh memecahkan data ini kepada unsur-unsurnya. Kita boleh menggunakan program Excel atau Word untuk melakukannya. Untuk menggunakan data ini, kita perlu memasukkannya dalam satu databes untuk tujuan merekodkannya dan menganalisanya. Kita boleh memungut (pilih) data tertentu sahaja dan salin (copy) data itu ke databes. Menghasilkan laman web dari fail Excel Kita boleh menghasilkan satu laman web dari satu fail Excel yang kita ada. Ini tidak bermakna fail Excel berkenaan telah bertukar kepada laman web. Fail Excel asal masih tetap ada. Laman Web berkenaan adalah satu fail baru yang dihasilkan dari satu operasi keatas fail Excel berkenaan. Katakan kita mempunyai fail Excel seperti berikut :
Untuk menghasilkan satu laman web dari fail diatas, ikut langkah berikut : 1. Buka fail Excel yang berkenaan (tentunya gunakan program Excel). 2. Pilih kawasan data yang kita hendak salin sebagai laman web. Katakan A2:B4. 3. Pilih menu 'File / Save as HTML...'. (Jika sub-menu 'Save as HTML...' tidak kelihatan, klik menu 'Tools / Add-Ins'. Dialog berikut akan muncul :
Pastikan ada tanda pada kotak 'Internet Assistant Wizard'. Klik OK. Dialog ini akan hilang. Kemudian klik menu 'File'. Kita akan nampak sub-menu 'Save as HTML...'.) 4. Dialog berikut akan muncul (ini adalah permulaan proses menghasilkan laman web):
Pilih 'Next'. Dialog berikut pula akan timbul :
Klik 'Next'.
Isi atau ubah isi ruangan-ruangan yang berkenaan. Klik 'Next' :
Klik 'Finish'. Dialog akan hilang. Ini bermakna satu laman web telah terbina dan disimpan dalam folder seperti yang tertera dalam kotak dibawah perkataan 'File path'.
Kita boleh lihat hasilnya dengan membuka fail ini menggunakan Internet Explorer :
Kita klik kanan pada laman web ini, pilih 'View Source'. Kod bagi laman web ini akan kelihatan seperti berikut :
<HTML> <HEAD> <meta http-equiv="Content-Type" content="text/html; charset=windows-1252"> <TITLE>ExcelJadiLaman Web</TITLE> </HEAD> <BODY> <H1><CENTER>Senarai nama</CENTER></H1> Kawan saya masa kecil <HR> <!-- The following table was generated by the Internet Assistant Wizard for Microsoft Excel. --> <!-- ------------------------- --> <!-- START OF CONVERTED OUTPUT --> <!-- ------------------------- --> <Table border> <TR VALIGN="bottom"> <TD ALIGN="left"><FONT FACE="Arial"><B> NAMA</B></FONT></TD> <TD ALIGN="center"><FONT FACE="Arial"><B> UMUR</B></FONT></TD> </TR> <TR VALIGN="bottom"> <TD ALIGN="left"><FONT FACE="Arial"> ALI</FONT></TD> <TD ALIGN="center"><FONT FACE="Arial"> 10</FONT></TD> </TR> <TR VALIGN="bottom"> <TD ALIGN="left"><FONT FACE="Arial"> ABU</FONT></TD> <TD ALIGN="center"><FONT FACE="Arial"> 11</FONT></TD> </TR> </Table> <!-- ------------------------- --> <!-- END OF CONVERTED OUTPUT --> <!-- ------------------------- --> <FONT SIZE=-1><I> <HR> <BR>Last Updated on 6/7/2000 <BR>By Dolah <FONT SIZE=+0></I> </BODY> </HTML>
Perhatikan bahawa proses ini tidak menghasilkan tabel yang baik. Walaupun kita telah membina ruang yang agak besar dalam fail Excel, tabel yang terhasil dalam laman web menjadi sempit. Itulah salah satu sebab kita mesti belajar bahasa HTML supaya kita dapat menghasilkan rupa laman web seperti yang kita mahu.
Perhatikan juga, kod yang dihasilkan oleh Excel menjadi agak panjang. Ini kerana banyak baris- baris yang tidak perlu telah dimasukkan dalam kod oleh Excel. Kita boleh menghasilkan laman web yang sama dengan kod yang lebih pendek, dengan membuang baris-baris yang tidak perlu, dan menyusun kod menjadi lebih kemas seperti berikut :
Menghasilkan laman web dari fail Word Kita boleh menghasilkan satu laman web dari satu fail Word yang kita ada. Ini tidak bermakna fail Word berkenaan telah bertukar kepada laman web. Fail Word asal masih tetap ada. Laman Web berkenaan adalah satu fail baru yang dihasilkan dari satu operasi keatas fail Word berkenaan. Katakan kita mempunyai satu fail Word seperti berikut :
Untuk menjadikan satu salinan fail ini sebagai laman web, ikuti langkah berikut : 5. Buka fail yang berkenaan (tentunya gunakan Word). 6. Pilih menu 'File / Save as HTML...'. 7. Dialog 'Save as HTML' seperti berikut akan muncul :
Pilih ruangan 'Save in' seperti biasa. Isi ruangan 'File name' seperti biasa. Dalam ruang 'Save as type', pilih 'HTML Document (*.html;*htm; *.htx)'. Klik 'Save'. Dialog akan hilang. Ini bermakna satu laman web telah terbina dalam folder yang kita nyatakan di ruang 'Save in'.
Kita boleh lihat hasilnya dengan membuka fail ini menggunakan Internet Explorer :
Kita klik kanan pada laman web ini, pilih 'View Source'. Kod bagi laman web ini akan kelihatan seperti berikut :
Mungkin Word dapat menghasilkan laman web yang lebih baik dari Excel. Bagaimanapun pengetahuan bahasa HTML adalah perlu untuk membolehkan kita meminda laman web yang dihasilkan.
Menukar grafik bmp kepada gif atau jpg Sebagaimana kita tahu, gambar-gambar atau grafik boleh dibuat dalam berbagai-bagai format seperti bmp, wmf, jpg, gif, tga, tif, pcx, png dan sebagainya. Sesetengah program grafik hanya boleh membuat grafik dalam satu format sahaja tetapi ada juga yang boleh membuat gambar dalam beberapa format. Jika kita membuat gambar dengan program Paint, contohnya, formatnya ialah bmp (bitmap). Kebanyakan gambar adalah dalam format ini. Bagaimanapun, sejak kemunculan internet, format gambar yang sesuai ialah gif dan jpg (atau jpeg). Format-format ini sesuai digunakan dalam internet kerana gambar yang dihasilkan dalam format ini adalah berkali ganda lebih kecil saiznya dibandingkan jika gambar yang serupa yang dihasilkan dalam format lain. Ia menjadikan gambar kurang menggunakan ruang cakera, memudahkan dan mempercepatkannya dihantar melalui jaringan internet. Bagaimanapun, jika kita mahu menggunakan gambar untuk kegunaan sendiri dalam komputer sendiri, format bmp atau lain-lain boleh digunakan. Jika kita mempunyai gambar yang mempunyai format bukan gif atau jpg, contohnya bmp, wmf dan sebagainya, kita boleh menukarnya kepada format gif atau jpg dengan membuka fail gambar itu menggunakan program yang boleh mengendali kedua-dua format. Program berkenaan, contohnya, Microsoft Photo Editor, boleh membuka fail bmp dan kemudian menyimpannya dalam format dalam format gif atau jpg. Berikut ini kita akan menukar satu fail bmp bernama 'Dinosor.bmp' kepada format gif dengan menggunakan program Microsoft Photo Editor. Katakan fail 'Dinosor.bmp' dibina menggunakan program Microsoft Paint dan kelihatannya seperti berikut :
Untuk menukarnya kepada format gif, mula-mula kita buka fail ini menggunakan program Microsoft Photo Editor. Kemudian kita klik menu 'File/ Save As'.
Kita akan dapati bahawa Photo Editor boleh membina dan menyimpan gambar dalam pelbagai format seperti bmp, gif, jpg, tif, png, pcx dan tga. Oleh kerana kita hendak menyimpan gambar dalam format gif, pilih GIF dalam kotak 'Save as type'. Klik butang 'Save'. Sekarang gambar berkenaan dalam format gif telah terbina. Gambar asal dalam format bmp masih tetap ada. Kita dapati tiada perbezaan yang nyata dari segi kualiti gambar antara gambar dalam format bmp dan gambar dalam format gif. Bagaimanapun, kita akan dapati saiz asal Dinosor.bmp sebanyak 292kb telah berkurang menjadi 29kb sahaja apabila bertukar kepada Dinosor.gif. Pengurangan hampir 10 kali ganda. Nota mengenai stail Kita telah diperkenalkan dengan tag <STYLE> dan </STYLE> serta ciri STYLE dalam beberapa bab sebelum ini. Bab ini mengandungi nota khusus mengenai tag dan ciri. Ia diharap dapat memberi lebih pemahaman mengenai tag dan ciri berkenaan. Kita telah pelajari, apabila kita menggunakan satu-satu tag HTML, contohnya <H1>, secara otomatik, ciri-ciri isi tag ini seperti warna, saiz huruf, jenis huruf (font) yang tertentu akan dikenakan. Sebagai pembina laman web, kita cuma menerima sahaja 'stail' yang telah dikhususkan bagi tag ini. Stail ini dikhususkan atau ditentukan oleh pelayar web (Internet Explorer dan lain-lainnya). Hampir semua tag-tag HTML akan menghasilkan stail yang khusus, yang telah ditetapkan oleh pelayar web. Kita boleh mengubah stail isi satu-satu tag dengan menggunakan ciri STYLE dalam tag berkenaan. Contohnya, untuk mengubah ciri isi satu perenggan, kita tuliskan ciri STYLE dalam tag <P>, begini : <P STYLE=font:12pt Times; color:blue; text-indent:1in; margin-right:1in; margin-left:1in> Kod penuhnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> Perhatikan bagaimana perenggan dibawah telah dikenakan stail tersendiri : <BR> <BR> <P STYLE=font:8pt Times; color:blue; text-indent:1in; margin-left:1in ; margin-right:1in> Mamat, No 66 Jalan Tampin, Seremban, 34000 Negeri Sembilan, Malaysia, Asean, Asia Tenggara, Asia, Dunia. </P> Sekian </BODY> </HTML> Hasilnya :
Dalam contoh ini, kita mengenakan stail kita sendiri keatas isi satu perenggan (<P>). Stail itu ialah : Font bersaiz 8 digunakan, font jenis Times, warna perkataan dalam perenggan ialah biru, inden kiri bagi perenggan ialah 1 inci dan margin kanan ialah 1 inci dan margin kiri ialah 1 inci. Perhatikan kedudukan tanda-tanda : dan ; yang digunakan dalam ciri STYLE. Tanda ; digunakan untuk mengasingkan item dalam ciri. Tanda : digunakan untuk menetapkan ciri bagi item. Kita perhatikan, dengan menggunakan ciri STYLE, kita boleh mengumpulkan beberapa ciri bagi satu-satu tag dalam satu tempat. Contoh lain : <H1 STYLE=font:45pt Times; color:brown> Dalam contoh ini, kita akan mengenakan stail tertentu keatas isi tag <H1>. Stail itu ialah : Font bersaiz 45 point, font jenis Times, warna perkataan dalam tag ialah coklat. Lagi Contoh lain : <BLOCKQUOTE STYLE=font:10pt Helvetica; color:black; background:yellow> Dalam contoh ini, kita akan mengenakan stail tertentu keatas isi tag <BLOCKQUOTE>. Stail itu ialah : Font bersaiz 10 point, font jenis Helvetica, warna perkataan dalam tag ialah hitam dan warna latarbelakangnya ialah kuning. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua pelayar web menyokong ciri STYLE. Jika tidak tersokong, apa-apa dalam ciri STYLE tidak akan dihiraukan oleh pelayar berkenaan, jadi kita tidak akan dapat melihat kesan yang kita harapkan. Dalam contoh-contoh diatas, kita mengenakan stail tertentu keatas kandungan satu-satu tag sahaja. Jadi, jika dalam satu laman web terdapat 2 tag <P>, hanya tag <P> yang mengandungi ciri STYLE sahaja akan dikenakan stail itu. Tag <P> yang tidak mengandungi ciri STYLE tidak akan dikenakan apa-apa stail, hanya mengikut stail asal. Ini bermakna, kita boleh mengenakan stail yang berbeza pada berbagai perenggan atau tag-tag lain. Kita boleh menetapkan stail yang sama keatas isi semua tag tertentu yang ada dalam laman web. Ini boleh dilakukan dengan menuliskan tag <STYLE> dan </STYLE>. Tag ini diletakkan diantara tag </TITLE> dan <HEAD>. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H1 {font:45pt Times; color:brown} P {font:12pt Times; color:blue; text-indent:1in; margin-right:1in} </STYLE> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Dalam contoh diatas, kita menetapkan stail bagi isi tag <P> dan isi tag <H1>. Bagi tag <H1>, kita tetapkan supaya isinya sentiasa menggunakan font bersaiz 45 point jenis Times dan warnanya coklat. Bagi tag <P> kita tetapkan supaya isinya sentiasa menggunakan font bersaiz 12 point jenis Times berwarna biru dan inden kiri 1 inci serta margin kanan 1 inci. Kesannya, semua isi tag <H1> dan <P> dalam laman web akan mempunyai ciri-ciri ini. Jika terdapat lebih dari satu tag <H1> dan <P> dalam laman web kita, semua isi tag-tag berkenaan akan mempunyai ciri-ciri yang demikian. Perhatikan bahawa dalam tag <STYLE>, apabila kita merujuk kepada satu tag lain, contohnya tag <H1>, kita tidak menuliskan tanda < dan > tetapi menuliskan H1 sahaja. Cara ini adalah digunakan keatas semua tag yang kita letakkan dalam tag <STYLE>. Perhatikan juga penggunaan tanda { dan } . Diantara keduanya kita tuliskan ciri dan item bagi tag berkenaan. Kegunaan tanda : dan ; telah diterangkan dawal bab ini. Dalam contoh diatas, kita menetapkan stail dalam laman web yang sama. Kita boleh menulis stail dalam satu fail lain, kemudiannya mengimpot fail itu kedalam tag <STYLE> dalam laman web kita. Contohnya kita menulis baris berikut dalam satu fail (Kita boleh gunakan Notepad) yang bernama Stail5.txt : H1 {font:45pt Times; color:brown} P {font:12pt Times; color:blue; text-indent:1in; margin-right:1in} Kemudian kita impot fail itu kedalam tag <STYLE> dalam laman web kita menggunakan kuncikata '@import', seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> @import Stail5.txt; </STYLE> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Cara ini berguna jika kita menetapkan stail yang kodnya merangkumi banyak baris. Kita dapat menjimatkan baris dalam tag <STYLE>. Fail Stail5.txt itu boleh diimpot ke web-laman web kita yang lain, jadi kita boleh menjimatkan masa. Bagaimanapun, kita terpaksa mengingat dan bayangkan apakah stail yang akan dikenakan oleh fail itu sebelum mengimpotnya, atau memberi nama fail dengan nama yang membayangkan stail yang akan dikenakan. Kita boleh mengimpot lebih dari satu fail stail. Contoh caranya ialah seperti berikut: <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> @import Stail2.txt; @import Stail3.txt; @import Stail4.txt; </STYLE> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Fail Stail2.txt mungkin kita gunakan untuk mengenakan stail keatas isi tag <H1>. Fail Stail3.txt mungkin kita gunakan untuk mengenakan stail keatas isi tag <P>. Fail Stail4.txt mungkin kita gunakan untuk mengenakan stail keatas isi tag <H2>. Jika kita memberi nama satu stail yang sukar diingati, ini akan menyukarkan kita. Kita boleh juga mengimpot fail stail milik orang lain jika kita tahu alamatnya dan telah mendapat kebenaran dari pemiliknya. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> @import url(http://www.Straits.com/StyleA); @import url(http://www.Mom.com/StyleB); @import url(http://www.Cherry.com/StyleC); </STYLE> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Satu lagi cara mengimpot fail stail ialah dengan memasukkan ciri REL (bagi RELATIONSHIP) dalam tag <LINK> tanpa menggunakan tag <STYLE>. Contohnya : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <LINK REL="STYLESHEET" HREF="Stail5.txt" > </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Perhatikan bahawa tag <LINK> dengan ciri REL diletakkan selepas tag </TITLE> dan sebelum tag </HEAD>. Apabila kita menggunakan tag <STYLE>, secara otomatik sebenarnya kita menggunakan ciri TYPE="text/css" dalam tag itu. Ciri ini adalah satu piawai dalam tag <STYLE>, oleh itu kita tidak perlu menuliskannya. Jika kita ingin lebih jelas, kita boleh menuliskannya, begini : <STYLE TYPE="text/css"> Pada masa akan datang mungkin terdapat ciri-ciri lain yang dicipta selain dari ciri 'text/css' ini. Kita boleh mengumpulkan stail bagi beberapa tag dengan cara seperti berikut: <STYLE> H1, H2, H3, H4 {color: red} P, BLOCKQUOTE {color: green} </STYLE> Ini bermakna, kita akan mengenakan warna merah pada isi tag <H1>, <H2>, <H3> dan <H4> dan warna hijau pada isi tag <P> dan <BLOCKQUOTE>. Seperti dinyatakan diatas, kita boleh mengimpot lebih dari satu fail stail. Ini boleh menimbulkan konflik kerana ada kemungkinan tag-tag tertentu ditetapkan stail yang berbeza oleh fail-fail stail yang berlainan. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh menetapkan ciri 'important' (penting) pada ciri yang berkenaan dengan cara berikut : <STYLE> H1 {color:blue ! important} P {color:yellow ! important} </STYLE> Perhatikan ada tanda ! sebelum perkataan 'important'. Dengan cara ini, jika ada fail stail lain yang menetapkan bahawa warna isi tag <H1> bukan biru (contohnya merah), warna isi tag <H1> akan tetap biru (blue) dan warna isi tag <P> akan tetap kuning (yellow). Kelas (Class) Sejauh ini, kita hanya faham bahawa kita boleh mengenakan satu set stail bagi satu tag bila menggunakan tag <STYLE>, tetapi sebenarnya kita boleh menetapkan lebih dari satu set stail kepada satu tag. Set stail ini dipanggil 'Class'. Lihat contoh berikut : </TITLE> <STYLE> H1.StailA {font:40pt Courier; color:red} H1.StailB {font:35pt Times; color:blue} </STYLE> </HEAD> Disini kita mencipta 2 set stail (kelas) yang boleh dikenakan keatas isi tag <H1> iaitu nama- nama kelas itu ialah 'StailA' dan 'StailB'. Tiap-tiap kelas ini kita nyatakan ciri-ciri yang dikandungnya. (Perhatikan penggunaan tanda titik dalam struktur 'H1.StailA' dan 'H1.StailB' sebagai tanda kelas bagi tag berkenaan). Untuk mengenakan satu kelas stail keatas satu tag, kita masukkan ciri CLASS=X dalam tag itu dimana X ialah nama kelas. Contohnya untuk mengenakan stail kelas 'StailA' keatas satu tag H1, kita tuliskan begini : <H1 CLASS="StailA">. Berikut ialah contoh cara yang lebih lengkap untuk mengenakan ciri CLASS : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H1.StailA {font:40pt Courier; color:red} H1.StailB {font:35pt Times; color:blue} </STYLE> </HEAD> <BODY> <H1 CLASS="StailA"> Heading ini menggunakan stail A </H1> <H1 CLASS="StailB"> Heading ini pula menggunakan StailB </H1> </BODY> </HTML> Setakat ini kita juga tahu bahawa satu stail boleh dikenakan keatas satu tag. Bagaimanapun kita boleh mengenakan satu stail meliputi beberapa tag yang berdekatan antara satu sama lain dengan menggunakan tag <SPAN> dan </SPAN>. Caranya, kita tetapkan dulu isi ciri SPAN dalam tag <HEAD> seperti biasa seperti berikut : </TITLE> SPAN {font:Arial; color:white} </HEAD> Dalam contoh ini, semua tag-tag yang berada diantara tag <SPAN> dan </SPAN> dalam badan laman web, isinya akan dikenakan ciri font jenis Arial dengan warna putih. Contoh cara menggunakannya ialah seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> SPAN {font:Arial; color:white} </HEAD> <BODY> <SPAN> <H1> Heading ini menggunakan stail ditetapkan oleh SPAN </H1> <P> Perenggan ini juga masih dikenakan stail yang ditetapkan oleh SPAN </P> <P> Perenggan ini pun masih dikenakan stail yang ditetapkan oleh SPAN </P> </SPAN> Perkataan dalam baris ini sudah diluar SPAN </BODY> </HTML> Kita boleh juga menetapkan SPAN terus dalam <BODY>, begini : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> </HEAD> <BODY> <SPAN STYLE="font:Arial; color:white"> <H1> Heading ini menggunakan stail ditetapkan oleh SPAN </H1> <P> Perenggan ini juga masih dikenakan stail yang ditetapkan oleh SPAN </P> <P> Perenggan ini pun masih dikenakan stail yang ditetapkan oleh SPAN </P> </SPAN> </BODY> </HTML> Mengumpulkan beberapa ciri Kita boleh menetapkan beberapa ciri yang hendak dikenakan pada isi satu-satu tag sekaligus, bukan satu demi satu. Contohnya, kita boleh menetapkan beberapa ciri bagi tag <H1> seperti berikut : H1 { font-weight: bold; font-size: 12pt; line-height: 14pt; font-family: courier; font-style: small-caps} Susunan ciri adalah tidak penting. Pelayar web (internet Explorer dan lain-lain) boleh mengendalikannya. Berikut ialah contoh yang agak lengkap : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <STYLE> H1 { font-weight: bold; font-size: 35pt; font-family: Harrington;} P { font: bold 12pt/14pt "Lucida Handwriting"} </STYLE> </HEAD> <BODY> <H1 ALIGN=CENTER> Beberapa ciri font dikenakan pada baris ini, menarik bukan... </H1> </BODY> </HTML> Jika komputer dimana laman web kita dipaparkan tidak mengandungi fon yang berkenaan, maksud kita tidak akan kesampaian. Nota mengenai saiz fon Dalam tag <FONT> kita biasa menggunakan ciri SIZE seperti berikut : <FONT SIZE=X>. Dalam membina stail juga kita mengenakan saiz font. Kedua-duanya menggunakan unit ukuran 'point' atau 'pt'. Bagaimanapun saiz font yang dihasilkan adalah berbeza antara kedua-duanya. Bila kita menulis <FONT SIZE=3>, saiz sebenar ialah lebihkurang 12 point. <FONT SIZE=1> pula saiz sebenarnya lebihkurang 6 point. Saiz maksima X dalam <FONT SIZE=X> ialah 7 point, menghasilkan saiz lebihkurang 24 point. Jika kita menggunakan stail, saiz font adalah tidak terhad. Jika kita cukup kreatif, kita boleh bina stail-stail yang menarik, menjadikan laman web kita mempunyai stail yang berlainan dari laman web orang lain. Senarai ciri-ciri dalam stail Berikut ialah beberapa ciri yang boleh digunakan untuk kita membina stail : Dimana laman web hendak di letakkan Setelah kita menyiapkan laman web, dimana kita harus letakkannya ? Berikut ialah beberapa pilihan yang kita boleh lakukan : 1. Simpan dalam komputer kita sendiri untuk tatapan sendiri atau ahli keluarga sendiri. 2. Simpan satu salinan dalam komputer di pejabat dimana kita bekerja untuk tatapan kita, rakan-rakan sekerja kita dan majikan kita. 3. Jika syarikat dimana kita bekerja mempunyai jaringan intranet, cadangkan kepada pengurusan syarikat supaya satu salinan laman web kita dimasukkan dalam sistem intranet supaya boleh ditatapi oleh semua kakitangan. Mana tahu, laman web kita cukup menarik atau berguna kepada syarikat. 4. Letakkan satu salinan laman web kita di komputer syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyimpan laman web di internet. Sesetengah syarikat demikian mengenakan bayaran dan ada juga yang memberi perkhidmatan secara percuma. Bayaran yang dikenakan, jika berkenaan, biasanya sekitar RM400 setahun (pada masa buku ini ditulis). Bagi yang tidak mengenakan bayaran, biasanya mereka akan mengenakan syarat agar kita membenarkan mereka menayangkan iklan-iklan tertentu apabila laman web kita tertayang. Contoh syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyimpan laman web ialah MaxisNet, IPXcess, Geocities, Tripod, Yahoo, iRepublics dan berpuluh-puluh lagi. Rajin-rajinlah membaca ruangan komputer / IT di majalah dan suratkhabar atau melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat-syarikat seperti itu. Syarikat-syarikat baru yang menyediakan perkhidmatan seperti ini biasanya muncul dari masa ke semasa. Sesetengahnya berada dalam negara dan banyak diluar negara. Sesetengah syarikat ini menyediakan ruang untuk laman web kita dengan percuma, tanpa apa- apa bayaran, asalkan kita mendaftar dengan mereka dahulu (ini adalah strategi pemasaran). Setahu penulis, kita boleh simpan satu salinan laman web kita secara percuma di Geocities (http://www. geocities.com), di Tripod (http: //www.tripod.yahoo.com) dan di Maxis net (http://pwp.maxis.net.my). Kita kenalah mempunyai sambungan ke Internet dahulu untuk mencapai laman web syarikat-syarikat ini dan mendaftar dengan mereka (percuma juga) melalui laman web mereka. Selepas kita berdaftar, biasanya ada satu butang dan panduan dalam laman web mereka untuk kita gunakan untuk membina ruang di cakera keras mereka yang akan kita isi dengan laman web kita. Menyimpan laman web di internet Menyimpan laman web di internet bermakna menyimpan laman web di komputer yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan menyimpan laman web. Komputer mereka biasanya dipanggil 'Pelayan Web' (Web Server) dan usaha mereka dipanggil 'Web Hosting' (Tetuan Web). Sudah tentu kita boleh mengendali sendiri komputer pelayan web tetapi belanjanya agak mahal dan tidak memadai dengan sebuah laman web peribadi, kecuali kita ingin berniaga di internet. Biasanya, untuk menyimpan laman web kita di komputer pelayan web, kita perlu terlebih dahulu mendaftarkan diri dengan syarikat-syarikat berkenaan melalui laman web mereka. Ini bermakna kita perlu mempunyai sambungan internet. Lebih mudah jika kita mempunyai komputer berinternet di rumah. Baca dahulu laman web mereka berkenaan cara, peraturan, harga dan sebagainya. Kita akan diberitahu langkah-langkah yang perlu dilakukan satu demi satu. Kita ikuti sahaja langkah-langkah yang ditunjukkan. Kita juga akan diberitahu apakah alamat yang bakal diberikan bagi laman web kita, contohnya http://www.KompeniSaya.com.my. Selepas selesai pendaftaran, semua urusan seterusnya antara kita dengan syarikat ini biasanya dilakukan lain dengan menggunakan e-mel. Syarikat yang berbeza biasanya mempunyai sedikit sahaja perbezaan tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Menghantar laman web Untuk menghantar laman web dari komputer di rumah kita atau pejabat kita ke komputer penyimpan laman web di internet, komputer kita perlu terlebih dahulu mempunyai sambungan ke internet dan dalam keadaan 'online' atau 'connected'. Setelah online, kita boleh menggunakan program 'Web Publishing Wizard' yang disertakan bersama Windows 95 untuk menghantar laman web kita (tidak perlu pergi ke bangunan syarikat berkenaan).
Kita boleh juga menggunakan program-program lain seperti FTPPro32 atau CuteFTP. Program- program ini biasanya boleh diperolehi (downloaded) secara percuma dari internet. Biasanya laman web syarikat penyimpan laman web juga menyediakan kemudahan untuk kita mendapatkan program percuma ini. Klik saja pada satu butang tertentu, program itu akan di pindahmasuk ke komputer kita dalam masa lebihkurang seminit. Persediaan sebelum menghantar laman web Biasanya, sebelum kita menggunakan program-program ini, kita perlu melakukan persediaan berikut : 1. Ingat difolder mana laman web kita berada dalam komputer kita. Kita perlu mengisi kedudukan dan nama laman web kita dalam satu ruang dalam program ini nanti. 2. Cipta satu nama untuk program berkenaan mengingati nama laman web kita. Kita boleh gunakan 'Laman Web Dolah' atau seumpamanya. Kita perlu mengisi nama laman web kita dalam satu ruang dalam program ini nanti. Dilain kali, jika kita mahu menghantar laman web lain, secara otomatik program ini tahu kemana laman web kita hendak dihantar. 3. Cipta satu perkataan rahsia sebagai katakunci(password). 4. Kita perlu ingat nama komputer syarikat penyimpan laman web yang berkenaan (nama pelayan web ). Contohnya ftp://ftp.maxis.net.my. Ini kita perolehi setelah kita mendaftar dengan syarikat berkenaan. 5. Kita perlu ingat alamat bagi laman web kita di komputer pelayan di syarikat penyimpan laman web, contohnya : http://pwp.maxis. net.my/Dolah. Ini kita perolehi setelah kita mendaftar dengan syarikat berkenaan. Setelah kita bersedia dengan maklumat diatas, barulah kita mulakan program Web Publishing Wizard, WS_FTPPro32, WS_FTP95 LE atau CuteFTP, yang mana anda mahu. Saya cadangkan supaya anda gunakan WS_FTPPro32 atau WS_FTP95 LE kerana ianya mudah digunakan. Program itu akan meminta kita mengisi maklumat-maklumat tadi. Setelah habis semua maklumat diberikan, program itu akan sendirinya beroperasi menghantar laman web kita ke destinasi yang kita nyatakan dalam langkah 4 diatas. Program berkenaan akan memberitahu kita samada laman web kita berjaya atau gagal dihantar. Kadang-kadang kita terpaksa mencuba beberapa kali jika sambungan internet kita terputus semasa proses penghantaran sedang berlangsung atau komputer pelayan web tidak menyambut sambungan kita. Bagaimanapun, biasanya ia mudah dan mengambil masa kurang dari seminit bagi satu laman web. Berikut ialah contoh antaramuka program WS_FTP95 LE sebaik sahaja ia di mulakan.
Kita perlu mengisi ruang 'Profile name' dengan apa-apa nama yang kita mahu, sebaiknya nama yang membayangkan nama laman web kita. Ruang 'Host Name' hendaklah diisi dengan nama protokol pelayan web seperti yang diberitahu oleh syarikat penyimpan laman web yang anda telah mendaftar. Bagi ruang 'Host Type', anda biasanya pilih 'Automatic detect' kecuali syarikat pelayan web anda memberitahu sesuatu yang lain. Isi ruang 'User ID' dan 'password' dengan butiran yang anda beri kepada syarikat pelayan web. Ruang yang lain boleh di kosongkan. Setelah itu, anda klik butang 'OK'. Antaramuka berikut pula akan tertayang :
Disini, kita boleh melihat folder di komputer kita (melalui tetingkap di sebelah kiri) dan folder laman web kita di pelayan web (melalui tetingkap di sebelah kanan). Diantara kedua-dua tetingkap itu terdapat 2 butang bertanda <- dan ->. Butang ini boleh digunakan untuk menyalin fail atau laman web ke/dari dua-dua lokasi. Setelah kita sekali melakukannya, program berkenaan biasanya akan menyimpan maklumat yang kita berikan. Ini akan menjimatkan masa kita dilain kali kita mahu menghantar laman web lain atau laman web yang kita betulkan. Sesetengah program membenarkan kita menghantar beberapa laman web sekaligus, tetapi ada juga yang menghantarnya satu demi satu (Jika kita mahu menghantar 5 laman web, kita kena memulakan program berkenaan sebanyak 5 kali). Jika laman web kita berjaya dihantar, kita boleh cuba melihatnya sebagaimana kita melihat laman web lain, dengan memulakan Internet Explorer dan mengisi alamat laman web berkenaan kemudian klik butang 'Go'. Jika kita berjaya mencapainya, laman web kita akan dipaparkan. Apa yang kita lihat, itulah yang akan dilihat oleh orang lain. Kita boleh membuat pindaan pada laman web kita di komputer kita kemudian menghantarnya seperti biasa. Laman Web yang lama akan diganti dengan yang baru (jika kita masih menggunakan nama fail htm yang sama). Memasukkan tag <META> Jika kita hendak meletakkan laman web kita di internet, eloklah kita menggunakan tag <META> berserta ciri HTTP-EQUIV dan ciri CONTENT. Tag <META> biasanya digunakan untuk memudahkan injin pencari laman web (seperti WebCrawler) menjeniskan laman web kita, jenisnya bergantung kepada penetapan kita. Contohnya jika kita menulis begini : <META NAME="keywords" CONTENT="mathematic">
ini bermakna, kita hendak menjeniskan laman web kita kepada kategori 'mathematic'. Injin pencari laman web, apabila menjumpai laman web kita akan memasukkan laman web kita dalam kategori ini. Pengguna internet, apabila memasuki injin pencari laman web, akan nampak berpuluh-puluh senarai kategori laman web seperti sports, health, politics dan sebagainya. Ada kemungkinan mereka akan menjumpai laman web kita. Jika mereka mendapati laman web kita cukup menarik atau berguna, mereka mungkin akan melawati lagi di lain kali. Injin pencari web tidak lain adalah menggunakan laman web juga, sama seperti laman web kita, cuma ia mempunyai kebolehan mencari laman web-laman web di internet. Kita boleh belajar bagaimana mahu menjadikan laman web kita sebagai injin pencari, tetapi bukan dalam buku ini.
Tag <META> hendaklah dimasukkan diantara tag <HEAD> dan </HEAD>, biasanya selepas tag </TITLE> seperti berikut :
<HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <META NAME="keywords" CONTENT="mathematic"> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Kandungan tag ini tidak akan dapat dilihat oleh pengguna laman web kita. Ia untuk kegunaan injin pencari laman web. Perkataan NAME="keywords" dan CONTENT= adalah piawai dalam tag <META>. Kita tidak perlu mengubahnya. Kita hanya boleh mengubah perkataan 'mathematic'. Kita boleh juga memberitahu injin pencari mengenai tarikh laman web kita mula diterbitkan di internet dengan menggunakan ciri NAME dalam tag <META>, seperti berikut : <META NAME="published" CONTENT="Mon, 20 Nov 2000">
Ini memberitahu injin pencari laman web bahawa laman web kita mula diterbitkan pada hari Isnin 20 November 2000. Kita boleh menggunakan kedua-dua ciri HTTP-EQUIV dan NAME seperti berikut : <HTML> <HEAD> <TITLE> Muka 1 </TITLE> <META NAME="keywords" CONTENT="mathematic"> <META NAME="published" CONTENT="Mon, 20 Nov 2000"> </HEAD> <BODY> </BODY> </HTML> Kita boleh juga memberitahu nama dan alamat e-mel kita, seperti berikut: <META NAME="author" CONTENT="Aminah:aminah@hotmail.com"> Sebenarnya perkataan "mathematic" boleh ditambah atau diganti dengan berbagai-bagai jenis yang kita mahu. Jika begitu, kita gunakan tanda koma sebagai pembeza jenis seperti berikut : <META Name="keywords" CONTENT="mathematic, Malaysia, Ilmu hisab, kira-kira, matematik, belajar matematik, learn mathematic"> Cara begini boleh menjadikan peluang laman web kita ditemui oleh pengguna laman web lebih besar lagi kerana kita memasukkan laman web kita dalam banyak kategori. Bagaimanapun memasukkan laman web kita dalam kategori yang tidak ada kena mengena dengan isinya adalah tindakan yang hampir tidak beretika. Kita boleh memberi deskripsi ringkas mengenai laman web kita supaya di pungut oleh injin pencari laman web dengan memasukkan tag <META> dengan ciri name="description" dan kandungannya dalam ciri 'content' seperti berikut : <meta name="description" content="Laman web pilihan sekeluarga"> Kadang-kadang, bergantung harap kepada injin pencari laman web semata-mata adalah tidak mencukupi. Jika kita tahu alamat laman web injin pencari laman web di internet, seperti yahoo, cari, catcha, octopus, webcrawler dan sebagainya, kita boleh melayari laman web mereka dan mendaftarkan alamat laman web kita melalui ruangan yang mereka sediakan. Biasanya tiada bayaran di kenakan. Mengendali pelayan web sendiri
Kita boleh menjadikan komputer kita sebagai penyimpan laman web. Ini menjadikan kita tidak bergantung kepada syarikat lain untuk menyimpan laman web kita. Secara ringkas, kita memerlukan perkara-perkara berikut : 5. Komputer yang agak berkuasa seperti Pentium 111. 6. Sistem operasi komputer yang berkeupayaan menangani capaian internet seperti Windows NT dan Linux. Windows 95 dan Windows 98 boleh juga digunakan tetapi tidak berapa sesuai kerana kurang kemampuannya. 7. Program yang menjadi pelayan web (web server) seperti Internet Information Server. 8. Kebolehan mengendali sistem operasi, pelayan web dan laman web. Biasanya kita memerlukan seorang 'web master' (juru web). 9. Mencari nama yang sesuai bagi komputer kita ('Domain name', seperti 'www.PejSaya.com') dan mendaftarkannya dengan satu badan penyimpan nama laman web. Badan ini teletak di USA dan dinamakan NIC. Bayaran tahunan sekitar USD35. Jika nama laman web kita mempunyai sambungan 'my' (contohnya www.pejsaya.com.my'), kita hanya perlu membayar yuran tahunan kepada JARING sebanyak RM100. 10.Mendapatkan laluan ke internet dari manan-mana ISP (Internet Service Provider) di Malaysia seperti TMNet, MaxisNet, Jaring dan sebagainya. Ini adalah syarikat-syarikat yang menyediakan laluan ke internet dari Malaysia. 11.Mempunyai kabel laluan yang sesuai seperti jenis ISDN, ADSL atau lain-lain untuk menampung lawatan oleh pengguna laman web kita. Modem biasa adalah tidak memadai. Maklumat lebih lanjut tidak dapat diberikan dalam buku ini. Ia memerlukan satu buku khusus. Mengiklankan laman web Setelah kita meletakkan satu salinan laman web kita di internet, tidaklah mencukupi kita hanya membiarkannya disitu. Tiada siapa akan tahu kehadiran laman web kita di internet. Siapakah yang kita harus beritahu dan bagaimanakah caranya memberitahu mereka ? Berikut ialah contoh-contoh yang boleh kita lakukan : 1. Beritahu ahli keluarga kita, rakan kita, rakan sekerja, rakan kelab dan sebagainya secara lisan atau menulis surat. Semasa berbual-bual, ambil kesempatan beritahu alamat laman web kita pada mereka. 2. Tampalkan alamat laman web kita di kenderaan kita, dipintu rumah dan kad perniagaan kita dan lain-lain kedudukan (jangan tampal di stesen bas). 3. Iklankan dalam suratkhabar atau majalah (jika laman web kita cukup berfaedah, apa salahnya). 4. Daftarkan alamat laman web kita dengan injin pencari laman web. Terdapat beratus-ratus injin pencari laman web. Antaranya Cari, Lycos, Catcha, Yahoo dan lain-lain lagi. Ada yang percuma dan ada yang meminta bayaran. Untuk mendaftar dengan injin pencari laman web, kita kena mencari laman web atau laman web injin pencari laman web. Kita boleh mencari alamatnya di internet atau bertanya kawan-kawan atau melalui suratkhabar dan majalah. Setelah jumpa, biasanya laman web mereka mengandungi butang khusus untuk tujuan ini, dimana apabila kita klik pada butang itu, kita di kehendaki mengisi beberapa perkara seperti alamat laman web kita, kategori mana hendak dimasukkan laman web kita itu dan alamat e-mel kita di ruang yang disediakan dalam laman web mereka, kemudian klik butang 'Save' atau 'Submit'. Selesai. Begitu mudah. Kita akan diberitahu melalui e-mel samada mereka berjaya mendaftarkan alamat laman web kita. Ini akan mengambil masa beberapa hari. Biasanya kalau kita tidak memberitahu alamat laman web kita dengan betul, ia boleh menjadi punca laman web kita gagal didaftarkan. Jika gagal, kita boleh cuba lagi. Jika laman web kita berjaya didaftarkan, maka diharapkan, apabila pengguna internet membuat carian, mereka akan menemui alamat laman web kita. Katakan kita memasukkan laman web kita dibawah kategori 'cukai', apabila ada pengguna internet membuat carian tentang 'cukai', diharapkan alamat laman web kita akan tersenarai dalam hasil carian mereka. Jika laman web kita adalah diantara beratus-ratus laman web dalam senarai, peluang untuk laman web kita dipilih tentulah nipis. Tetapi jika mereka memilih untuk melawati laman web kita dan mereka dapati laman web kita adalah menarik, tentu mereka akan ingat alamat laman web kita dan akan melawati lagi dimasa-masa yang akan datang. 5. Sesetengah syarikat dimana kita meletakkan laman web kita, mereka akan mendaftarkan/mengiklankan alamat laman web kita ke injin-injin pencari laman web. Ada yang memberi perkhidmatan ini secara percuma dan ada juga yang menghendaki bayaran. Ada juga yang tidak berbuat demikian, hanya setakat menyimpan sahaja tanpa perkhidmatan tambahan. Berikut ialah satu contoh sebahagian laman web 'Websurfer' (injin pencari/ pendaftar laman web). Perhatikan butang 'Submit your site' yang akan membolehkan kita mendaftarkan nama laman web kita disana.
Selepas kita klik pada butang itu, akan timbul tetingkap berikut yang meminta kita mengisi beberapa maklumat.
Setelah kita mengisi maklumat-maklumat, kita klik butang 'Submit'. Kita akan dimaklumkan dalam satu tetingkap lain samada mereka telah menerima maklumat yang kita beri. Jika tidak, kita akan cuba lagi. Jika diterima, mereka akan cuba dulu menjejaki laman web kita. Selepas itu barulah mereka akan memberitahu kita bahawa laman web kita telah mereka sahkan untuk pendaftaran. Lalu, berharaplah kita semoga ada orang yang akan menemui laman web kita.... Jika kita memindah laman web Kadang-kadang kita memindahkan laman web kita dari satu direktori ke direktori lain atau dari satu komputer ke komputer lain. Ini menyebabkan alamat laman web kita berubah. Peminat laman web kita tentu tidak tahu dengan segera tentang alamat laman web kita yang baru. Apabila pengguna cuba melawat laman web kita dengan menggunakan alamat lama, pengguna tidak akan memperolehi laman web itu. Kita boleh mengarahkan pengguna ke alamat laman web kita yang baru dengan salah satu cara berikut : <> Buatkan satu laman web yang mengandungi maklumat alamat laman web kita yang baru dan simpan di laman web yang lama untuk beberapa ketika sebelum terus memadamnya. Kita boleh gunakan tag <A> dengan ciri HREF yang mengarah ke alamat laman web yang baru. Buatkan satu laman web yang mengandungi tag <META> dan simpan di laman web lama untuk beberapa ketika sebelum terus memadamnya. Dalam tag <META> itu kita tuliskan begini : <HEAD> <META HTTP-EQUIV="Refresh" CONTENT="2;http://www.CompX/Swee/Muka1.htm"> <STYLE> Dalam contoh ini, apabila pengguna melawat laman web di alamat lama, selepas 2 saat ia akan dibawa ke alamat yang baru secara otomatik, iaitu di 'http://www.CompX/Swee/Muka1.htm'. Itulah kegunaan ciri HTTP- EQUIV="Refresh" dalam tag <META>. Jika kita mahu menukar kepada 3 saat, gantikan angka 2 dengan angka 3. Memberi fail kepada orang lain Jika kita mempunyai apa-apa fail, samada fail Excel, Word, Access, Powerpoint, Lotus 123, gambar dan grafik, bunyi, video, program dan sebagainya dan kita mahu pengguna laman web kita (laman web kita mestilah berada di internet) mengambil fail itu ke komputer mereka (download), kita boleh melakukannya dengan cara berikut : Hantar fail berkenaan ke komputer penyimpan laman web. Seeloknya simpan ia dalam komputer penyimpan laman web yang sama dengan laman web kita berada, dan dalam folder yang sama. Cara menghantar fail ke komputer penyimpan laman web adalah sama dengan cara kita menghantar laman web kesana. Kemudian, dalam laman web kita, buat satu satu pintasan kepada fail itu menggunakan tag <A> dengan ciri HREF=X seperti yang kita pelajari dalam bab 'Memasuk dan mengendali pintasan'. X ialah nama fail itu dan lokasinya. Contohnya jika fail itu bernama 'FailKiraCukai.xls' (satu fail Excel), kita tuliskan begini dalam laman web : <A HREF="FailKiraCukai.xls">Klik untuk dapatkan fail mengira cukai</A> Contoh kod yang penuh: <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY> <A HREF="FailKiraCukai.xls">Klik untuk dapatkan fail mengira cukai</A> </BODY> </HTML> Hasilnya laman web kita akan kelihatan seperti berikut :
Apabila pengguna klik pada perkataan 'Klik untuk dapatkan fail mengira cukai', jika pengguna mempunyai program yang digunakan untuk membina fail itu (Excel dalam contoh ini), fail itu akan terbuka dikomputer pengguna. Ia mungkin akan kelihatan begini :
Pengguna boleh melihat fail itu atau ia boleh juga menyimpannya ke komputer mereka dengan memilih menu "File / save as...' seperti biasa. Jika Internet Explorer tidak dapat mengenalpasti apakah program yang seharusnya digunakan untuk membuka fail itu, contohnya jika fail itu ialah fail Excel tetapi komputer pengguna tidak mengandungi program Excel, dialog berikut akan timbul :
Pengguna diberi pilihan samada menyimpannya ke cakera keras (save it to disk) atau membukanya dengan program tertentu (open it using a program on your computer). Sementara itu proses pindah fail (download) sudah bermula, menunggu pilihan pengguna. Jika pengguna memilih menyimpan ke cakera keras, dialog biasa seperti berikut akan muncul (pengguna akan memilih destinasi fail) : J Selepas itu, proses pindahan fail ke komputer pengguna akan berlangsung hingga tamat. Jika pengguna memilih untuk membuka program, pengguna akan menerima dialog berikut untuk pengguna mengenalpasti program yang akan digunakan :
Pengguna seharusnya biasa menggunakan dialog ini. Ia adalah perkara biasa dalam operasi Windows95/98. Kita boleh membina pintasan kepada apa saja fail, asalkan komputer dimana fail itu dibuka mempunyai program yang berkaitan. Dengan teknik yang sama, kita bukan sahaja boleh berkongsi fail Excel tetapi lain-lain fail juga seperti Word, Powerpoint, Access dan lain-lain. Kita boleh membina satu fail Powerpoint yang mengandungi pelajaran mengenal huruf ABC dan pengguna laman web kita boleh membukanya dari komputer mereka. Bagaimanapun, jika saiz fail itu agak besar, ia akan lambat dipaparkan di komputer pengguna. Eloklah fail itu dipadatkan (compressed) terlebih dahulu. Kita boleh gunakan program pemadat fail (compression software) seperti WinZip untuk memadatkan fail itu. Fail yang dipadatkan itu biasanya bersaiz berkali ganda kecil dari saiz asal. Fail yang dipadatkan itulah yang dirujukkan dalam laman web kita dan fail itulah juga yang kita hantar ke komputer penyimpan laman web. Pengguna yang mahu mengambil fail itu mestilah mempunyai program pemadat fail yang sama untuk tidak memadatkan (decompressed) fail itu semula supaya boleh dibuka dikomputer mereka. Mereka juga mestilah tahu menggunakan program sepeti itu. Biasanya program Winzip adalah mudah dikendali oleh ramai pengguna komputer.
Membolehkan pengguna menghantar e-mel Jika kita meletakkan laman web kita di internet, kita boleh memberi kemudahan kepada pengguna laman web kita untuk menghantar e-mel kepada kita, dengan cara mengadakan satu pintasan perkataan atau grafik dalam laman web kita dimana jika pengguna klik pada perkataan atau grafik itu, program e-mel yang ada dalam komputer pengguna akan menjadi aktif dan pengguna boleh menghantar e-mel kepada kita. Pengguna perlulah mempunyai sambungan internet dan akaun e-mel serta program yang berkeupayaan mengendali e-mel seperti Outlook Express dan Microsoft Outlook. Kita boleh gunakan tag <A> dengan ciri 'HREF="mailto:X"' dimana X ialah alamat e-mel kita. Lihat contoh penggunaannya seperti berikut . <A HREF="mailto:NamaSaya@tm.net.my">Sila komen laman web saya</A> Pengguna akan nampak perkataan "Sila komen laman web saya". Perkataan inilah yang akan diklik oleh pengguna, lalu program e-mel mereka (jika ada dalam komputer mereka) akan aktif. Mereka boleh menulis di ruang-ruang tertentu dalam program itu, kemudian (biasanya) klik pada butang "Send" yang ada dalam program itu. Apaapa yang mereka tulis akan dihantar ke alamat e-mel kita iaituNamaSaya@tm.net.my. Kita hendaklah telah mempunyai akaun e-mel tersebut) untuk menerima e-mel dari pengguna. Contoh laman web:
Kod HTML nya ialah : <HTML> <HEAD><TITLE>Muka 1</TITLE></HEAD> <BODY bgcolor="white"> <A HREF="mailto:NamaSaya@tm.net.my">Sila komen laman web saya</A> </BODY> </HTML> Laman Web dan laman web Laman web biasanya dimaksudkan kepada tempat (komputer) dimana kita menyimpan laman web kita dan laman web itu boleh dicapai (dilayari) oleh pengguna internet. Komputer itu biasanya dipanggil 'pelayan web' (web server). Satu laman web boleh mengandungi hanya satu laman web tetapi biasanya mengandungi lebih dari satu dimana tiap-tiap satunya akan mempunyai pintasan kepada satu sama lain. Biasanya terdapat satu laman web yang ditetapkan sebagai laman web induk (permulaan) bagi laman web dimana pengunjung laman web itu secara otomatik akan mencapai laman web yang itu dahulu. Dari situ, pengunjung akan melihat pintasan ke lain-lain laman web. Biasanya laman web permulaan itu dinamakan 'Index.htm' atau 'Default.htm' atau 'welcome.htm', bergantung kepada peraturan yang digunakan oleh penyimpan laman web. Dalam buku ini kita menggunakan nama 'Muka1.htm' bagi laman web kita. Seharusnya, setelah anda mengetahui perkara diatas, kita kena tukar nama laman web utama kita kepada 'Index.htm' atau 'Default.htm' atau 'welcome.htm'. Laman Web lain, jika ada, bolehlah menggunakan nama- nama lain. Pelayan web biasanya dikendalikan oleh seorang 'Juru-web' ('Web Master' atau 'Web Administrator'). Usaha satu pelayan web menyimpan laman web dipanggil 'Web Hosting' (Tetuan web'). Kita perhatkan bahawa apabila kita klik pada satu alamat laman web seperti www.jaring.my dan sebagainya, sebenarnya kita akan dibawa terus ke laman web yang bernama 'Index.htm' atau 'Default.htm' atau 'welcome.htm'. Juruweb akan menentukan yang mana satu harus digunakan. Sokongan pelayar web kepada tag-tag HTML Terdapat beratus-ratus pelayar web dipasaran, walaupun yang biasa kita temui pada masa ini ialah Microsoft Internet Explorer, Netscape Communicator dan Opera. Tiap-tiap pelayar itu pula mempunyai berbagai versi. Tidak semua versi atau pelayar menyokong semua tag HTML. Oleh itu, ada pelayar web yang menayangkan laman web kita dengan kemas tetapi ada pula pelayar yang tidak kemas dalam menayangkan laman web. Kadang-kadang perbezaannya tidaklah teruk sangat, hanya sedikit sahaja, kadang-kadang kita pun tidak perasan. Tetapi ada ketikanya kita tidak memperolehi hasil yang kita jangkakan kerana pelayar gagal menayangkan laman web dengan sempurna walaupun kita telah menulis kod dengan betul. Oleh itu, kita perlu mencuba laman web menggunakan berbagai pelayar web sebelum kita meletakkan laman web di internet. Kita boleh menuliskan makluman dalam laman web tentang pelayar web yang terbaik boleh digunakan oleh pengguna untuk melihat laman web kita. Jika semasa kita membina laman web, pelayar laman web tidak menayangkan hasil yang kita harapkan, ada kemungkinan besar pelayar itu tidak menyokong tag HTML yang kita gunakan (Kemungkinan punca lain ialah kita tidak menulis tag dengan betul samada ejaannya atau kedudukannya). Mestikah cantik ? Kita mahu memasukkan laman web kita ke internet tetapi bimbang samada laman web itu cukup menarik atau tidak. Jika kita rajin ke internet, kita akan dapati banyak laman web yang tidak cukup cantik dan kita rasa kita boleh buat lebih baik lagi. Ada juga laman web yang belum siap. Jangan ragu-ragu untuk masukkan laman web kita ke internet. Kita boleh perbaiki dari masa ke masa. Jangan tunggu sampai siap dan cantik barulah nak masukkan laman web kita ke internet. Kita akan ketinggalan keseronokannya dan faedahnya. Selepas ini... Buku ini mencukupi sebagai panduan untuk kita membina laman web yang asas dan memadai untuk kita ketengahkan untuk tatapan umum. Kita hanya perlukan sedikit kreativiti untuk membina laman web yang kelihatan kemas, cantik dan senang dilihat oleh pengguna internet. Selepas kita tahu tahu membina laman web yang asas, jika kita mahu maju kehadapan lagi dalam bidang ini, berikut ialah langkah-langkah yang kita boleh lakukan : 1. Belajar mencipta grafik yang lebih cantik untuk digunakan dalam laman web kita. Kita harus belajar menggunakan program-program grafik seperti Microsoft Image Composer, Photoshop dan sebagainya. 2. Belajar mencipta bunyi atau suara yang baik untuk digunakan dalam laman web. 3. Belajar membuat video yang canggih untuk dimasukkan dalam laman web. 4. Belajar menggunakan program-program pembina laman web seperti HotDog, Frontpage, Shockwave, Dreamweaver dan sebagainya. Ini memerlukan kos tambahan kepada anda. Program-program ini menghasilkan laman web secara visual dimana penggunanya tidak perlu berurus langsung dengan tag-tag HTML walaupun program-program ini sebenarnya menghasilkan tag-tag HTML dibelakang operasi mereka tanpa disedari oleh pengguna. 5. Mempelajari bahasa DHTML (Dynamic HTML) untuk menjadikan laman web kita berciri dinamik, tidak statik. Laman Web yang kita pelajari dalam buku ini adalah laman web yang statik atau tidak dinamik. Apakah itu laman web yang dinamik ? Kita sudah tahu tentang tag 'MARQUEE' ? Ini adalah contoh yang hampir dengan 'dinamik' kerana ia bergerak-gerak. Dinamik bermakna kandungan laman web yang dilihat oleh pengguna berubah- ubah mengikut keadaan tertentu. Perubahan ini ditentukan oleh kita sendiri sebagai pembina laman web. Kadang-kadang memerlukan tindakbalas pengguna dan dilain masa ia berlaku sendiri. Contoh lain dinamik ialah : apabila pengguna klik satu butang, warna latarbelakang laman web bertukar dari asal kelabu menjadi merah.
Untuk memasukkan kebolehan dinamik dalam laman web, kita harus mempelajari bahasa selanjutnya selepas HTML iaitu bahasa DHTML (Dynamic HTML). 6. Mempelajari bahasa Script seperti JavaScript dan VBScript untuk menjadikan laman web kita dinamik dan interaktif.
Apakah itu laman web yang interaktif ? Ia adalah laman web yang seolah-olah berinteraksi dengan penggunanya. Contoh laman web yang interaktif ialah : Pengguna akan menulis satu angka dalam satu ruangan, kemudian menulis satu lagi angka dalam satu ruang lain. Apabila ia klik pada satu butang, kedua-dua angka itu akan dicampurkan dan pengguna akan diberitahu jumlahnya dalam satu ruang lain. Untuk memasukkan kebolehan interaktif dalam laman web, kita harus mempelajari bahasa script seperti VBScript atau JavaScript. Seelok- eloknya kita mempelajari kedua-duanya.
Selain dari membolehkan laman web berciri interaktif, bahasa script juga memang berkeupayaan menjadikan laman web yang dinamik sebagaimana boleh dilakukan oleh DHTML. 7. Mempelajari bahasa ASP (Active Server page), CGI atau Perl untuk membolehkan laman web kita dimasukkan dalam komputer pelayan web dan berinteraksi dengan laman web yang sedang pengguna gunakan dan berkebolehan menggunakan databes (pengkalan data) untuk mendapatkan data dari pengguna dan menyimpan data. Sekarang kita tahu bahawa fail htm ialah fail laman web, iaitu fail yang menggunakan bahasa HTML (terdiri dari tag-tag tertentu), yang apabila dibuka oleh pelayar web, pengguna akan memperolehi laman web. Setakat ini, kita akan perasan bahawa tiada tajuk dalam buku ini yang menyentuh mengenai pembinaan databes atau mendapatkan data dari databes. Inilah salah satu kelemahan bahasa HTML yang asas. Ia tidak dapat mengendali pengkalan data. Untuk menjadikan bahasa HTML berkebolehan mengendali pengkalan data, bahasa ini boleh digunakan (ditulis) bersama dengan bahasa Script di pelayan web (ASP, CGI dan lain-lain) dan dilaksanakan dalam komputer pelayan (iaitu komputer yang didalamnya mengandungi program pelayan (server)). Komputer pelayan biasanya di pandu oleh sistem operasi yang lebih berkuasa dari Windows 95 atau Windows 98, contohnya Microsoft Windows NT, Unix atau Linux. Komputer itu juga mengandungi Program pelayan seperti Microsoft Internet Information server (IIS). Setakat mempelajari HTML, kita hanya boleh dipanggil 'kerani' dalam bidang IT. Untuk menjadi eksekutif, pelajarilah ASP, CGI, Perl dan lain-lainnya. 8. Mempelajari bahasa XML (Extensible Mark-Up Language). Ketika buku ini ditulis, penggunaan bahasa ini sedang dalam peringkat awal. 9. Rajin-rajinlah melihat kod HTML laman web yang anda suka. Sebagaimana kita tahu, kita boleh melihat sebahagian kod HTML bagi satu laman web dengan klik kanan pada bahagian kosongnya dan pilih menu 'View Source'. Dengan cara ini kita mungkin boleh belajar teknik- teknik membina laman web yang cantik dan berfungsi. Bagaimanapun, kita mungkin tidak dapat melihat semua kod kerana ada cara untuk melindungkannya. Contoh Laman Web 1
bersambung...
Kod HTML bagi web page ini ialah seperti berikut : <html> <head> <title>Resume </title> </head> <body bgcolor=white> <h3 align=center> <em> Resume dan Vitae </em> </h3> <h1 align=center> Mamat Dol </h1> <div align=center> <center> <address> 66 Jalan Seremban <br> Tampin <br> Telefon : 05-555555 <br> Faks : 05-555556 <br> E-Mel : Mamat@tm.net.my </address> </div> <table border=2 height=100 width=100> <tr> <td align=center> Gambar sedang dicuci </td> </tr> </table> <h2> <u> Pengalaman Profesional </u> </h2> <h3> <strong> Syarikat ABC Sdn Bhd </strong> </h3> <p> <strong> Jawatan </strong> <br> Pengurus Jualan </p> <p> <strong> Tugas-tugas utama </strong> <br> Meningkatkan penjualan cat cap "Cat" </p> <h3> <strong> Syarikat DEF Pte Ltd </strong> </h3> <p> <strong> Jawatan </strong> <br> Eksekutif Jualan </p> <p> <strong> Tugas </strong> <br> Menjual mainan budak-budak </p> <h3> <strong> Syarikat MEM Bhd </strong> </h3> <p> <strong> Jawatan </strong> <br> Kerani Jualan </p> <p> <strong> Tugas-tugas </strong> <br> Merekod jualan dan mengira komisen </p> <h2> <u> Pelajaran </u> </h2> <h3> Universiti Olok-Olok, California </h3> <p> <strong> Jenis ijazah <br> </strong> Ijazah Pemasaran mainan budak-budak </p> <p> <strong> Tarikh pengurniaan <br> </strong> 1990 </p> <h3> Institut Tut Tut, Thailand </h3> <p> <strong> Jenis Ijazah <br> </strong> Master dalam Pembungkusan </p> <p> <strong> Tahun pengurniaan <br> </strong> 1993 </p> <h3> Institiut MALEGAM </h3> <p> <strong> Ijazah <br> </strong> Ijazah Bidang jualan langsung Kelas 1A <strong> <br> <br> Tahun diperolehi <br> </strong> 1999 <br> <br> Saya dapat ke kerja ni ? </body> </html>
Contoh laman web 2
Kod HTML nya : <html> <head> <title> Kanak-kanak hilang </title> </head> <body bgcolor=white> <h1 align=center> Kanak-kanak hilang </h1> <h1 align=center> <font color=red> <u> Mimi Suraya </u> </font> </h1> <h1 align=center> <img src="BabyCourt.gif" align=bottom width=200 height=200> </h1> <h2> Umur :     7 tahun </h2> <h2> Hubungi: 03-999 </h2> <center> Diatas ialah 'baby court' dimana kanak-kanak itu diletakkan <br> sebelum ia didapati hilang. </center> </body> </html> Contoh laman web 3
Kod HTML nya : <HTML> <HEAD> <FONT FACE="Arial", "Helvetica"> </HEAD> <body bgcolor=#FFFFFF leftmargin=5 topmargin=5> <FONT SIZE=+1> <B> <table> <tr> <td> Galeri Gambar </td> </tr> </table> </B> </font> <BR> <FONT SIZE=-1> <table> <tr> <td> Gambar kecil. </td> </tr> </table> </FONT> <br> <table> <tr> <td> <IMG SRC="GambarKecil.jpg" WIDTH=100 HEIGHT=50 BORDER=0 ALT="Gambar 1" HSPACE=2> </td> </tr> </table> <HR NOSHADE SIZE=1> <table> <tr> <td> <img SRC="GambarBesar.jpg" WIDTH=380 HEIGHT=188> </td> </tr> </table> <BR> <FONT SIZE=2> <table> <tr> <td> Kereta Gajah </td> </tr> </table> <HR> <FONT SIZE=-1> <table> <tr> <td> Dengan harga jualan $28,205, Kereta gajah 4-pintu sedan dilengkapi dengan injin 3.8-liter V6 menghasilkan 205 kuasakuda. Ciri-ciri lain termasuk transmisi otomatik 4-kelajuan, kunci keselamatan kanak-kanak, sistem brek ABS, power steering, cermin gelap, dan kaset stereo AM/FM. </td> </tr> </table> </FONT> </BODY> </HTML> Senarai warna Berikut ialah senarai nama-nama warna yang disokong oleh kebanyakan pelayar web. Dinyatakan juga nilai hex warna-warna berkenaan. Warna Nilai HEX ALICEBLUE #A0CE00 ANTIQUEWHITE #FAEBD7 AQUA #00FFFF AQUAMARINE #7FFFD4 AZURE #F0FFFF BEIGE #f5f5DC BISQUE #FFE4C4 BLACK #000000 BLAncHEDALMOND #FFEBCD BLUE #0000FF BLUEVIOLET #8A2BE2 BROWN #A52A2A BURLYWOOD #DEB887 CADETBLUE #5f9EA0 chARTREUSE #7FFF00 chOCOLATE #D2691E CORAL #Ff7f50 CORNFLOWERBLUE #6495ED CORNSILK #FFf8DC CRIMSON #DC143C CYAN #00FFFF DARKBLUE #00008B DARKCYAN #008B8B DARKGOLDENROD #B8860B DARKGRAY #A9A9A9 DARKGREEN #006400 DARKKHAKI #BDB76B DARKMAGENTA #8B008B DARKOLIVEGREEN #556B2F DARKORANGE #Ff8C00 DARKORchID #9932cc DARKRED #8B0000 DARKSALMON #E9967A DARKSEAGREEN #8FBC8F DARKSLATEBLUE #483D8B DARKSLATEGRAY #2f4f4F DARKTURQUOISE #00CED1 DARKVIOLET #9400D3 DEEPPINK #Ff1493 DEEPSKYBLUE #00BFFF DIMGRAY #696969 DODGERBLUE #1E90FF FIREBRICK #B22222 FLORALWHITE #FFFAF0 FORESTGREEN #228B22 FUchSIA #FF00FF GAINSBORO #DCDCDC GHOSTWHITE #f8f8FF GOLD #FFD700 GOLDENROD #DAA520 GRAY #808080 GREEN #008000 GREENYELLOW #ADFf2F HONEYDEW #F0FFF0 HOTPINK #Ff69B4 INDIANRED #CD5C5C INDIGO #4B0082 IVORY #FFFFF0 KHAKI #F0E68C LAVENDER #E6E6FA LAVENDERBLUSH #FFF0f5 LEMOncHIFFON #FFFACD LIGHTBLUE #ADD8E6 LIGHTCORAL #F08080 LIGHTCYAN #E0FFFF LIGHTGOLDENRODYELLOW #FAFAD2 LIGHTGREEN #90EE90 LIGHTGREY #D3D3D3 LIGHTPINK #FFB6C1 LIGHTSALMON #FFA07A LIGHTSEAGREEN #20B2AA LIGHTSKYBLUE #87CEFA LIGHTSLATEGRAY #778899 LIGHTSTEELBLUE #B0C4DE LIGHTYELLOW #FFFFE0 LIME #00FF00 LIMEGREEN #32CD32 LINEN #FAF0E6 MAGENTA #FF00FF MAROON #800000 MEDIUMAQUAMARINE #66CDAA MEDIUMBLUE #0000CD MEDIUMORchID #BA55D3 MEDIUMPURPLE #9370DB MEDIUMSEAGREEN #3CB371 MEDIUMSLATEBLUE #7B68EE MEDIUMSPRINGGREEN #00FA9A MEDIUMTURQUOISE #48D1cc MEDIUMVIOLETRED #C71585 MIDNIGHTBLUE #191970 MINTCREAM #f5FFFA MISTYROSE #FFE4E1 NAVAJOWHITE #FFDEAD NAVY #000080 OLDLACE #FDf5E6 OLIVE #808000 OLIVEDRAB #6B8E23 ORANGE #FFA500 ORANGERED #Ff4500 ORchID #DA70D6 PALEGOLDENROD #EEE8AA PALEGREEN #98FB98 PALETURQUOISE #AFEEEE PALEVIOLETRED #DB7093 PAPAYAWHIP #FFEFD5 PEAchPUFF #FFDAB9 PERU #CD853F PINK #FFC0CB PLUM #DDA0DD POWDERBLUE #B0E0E6 PURPLE #800080 RED #FF0000 ROSYBROWN #BC8f8F ROYALBLUE #4169E1 SADDLEBROWN #8B4513 SALMON #FA8072 SANDYBROWN #f4A460 SEAGREEN #2E8B57 SEASHELL #FFf5EE SIENNA #A0522D SILVER #C0C0C0 SKYBLUE #87CEEB SLATEBLUE #6A5ACD SLATEGRAY #708090 SNOW #FFFAFA SPRINGGREEN #00Ff7F STEELBLUE #4682B4 TAN #D2B48C TEAL #008080 THISTLE #D8BFD8 TOMATO #Ff6347 TURQUOISE #40E0D0 VIOLET #EE82EE WHEAT #f5DEB3 WHITE #FFFFFF WHITESMOKE #f5f5f5 YELLOW #FFFF00 YELLOWGREEN #9ACD32 Kita boleh menghasilkan warna-warna selain dari warna-warna yang tercatit diatas, dengan memasukkan tanda # diikuti dengan 6 dijit angka. Contohnya : #123456 Tiap-tiap satu angka dalam contoh diatas kita boleh gantikan dengan salah satu dari 16 angka- angka berikut : 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9,A,B,C,D,E,F. (Ini adalah angka-angka dalam sistem asas 16 (hexadecimal system)). Contohnya : #FA34C6 Kita boleh menghasilkan lebih dari 1 juta warna hasil dari kombinasi 6 angka antara 16 angka hex. Sila ambil perhatian bahawa untuk mendapatkan warna yang sebenar, ia bergantung kepada monitor komputer kita, kad grafik komputer kita, 'driver' video yang digunakan dan sistem operasi komputer kita dan sebagainya. Berikut ialah contoh menggunakan nama warna. Contohnya untuk menggunakan warna putih bagi badan laman web, kita boleh nyatakan begini : <BODY BGCOLOR=WHITE> atau begini (nilai hex) : <BODY BGCOLOR=#FFFFFF> Tidak semua pelayar web menyokong nama-nama warna yang dicatitkan diatas tetapi semua pelayar web menyokong warna yang dinyatakan dalam nilai hex.