Anda di halaman 1dari 3

FEBRUARI 2011 [PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN]

Panitia Matematik 1

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. Nama Sekolah:
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24(2), JALAN CILI BUNGA 24/25,
SEKSYEN 24, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR.

2. Nama Penyelidik:
RASHIDAH BINTI KARNAIN

3. Tajuk Kajian
Kaedah L.T.B (Lakon Titik Bergerak) dalam Topik Loci (Matematik - PMR)

4. Fokus Kajian
Dalam kajian ini, saya akan memperkenalkan kaedah lakonan dalam pembelajaran
topik Lokus dan seterusnya mengkaji keberkesanan kaedah tersebut di kalangan pelajar
Tingkatan 3 di sekolah saya.

5. Refleksi Masalah:
Saya mengajar mata pelajaran Matematik tingkatan 3 Berlian. Saya dapati murid
tingkatan 3 Berlian tidak dapat menyatakan keempat-empat konsep lokus dengan baik.
Mereka juga tidak dapat melukis dalam bentuk gambarajah bagi keempat-empat konsep
tersebut. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian dan temubual saya dengan 14 orang
murid di kelas tersebut. Menurut murid, mereka sukar untuk memahami konsep lokus.
Apabila konsep ini tidak dapat dikuasai maka mereka tidak dapat untuk melukiskannya dalam
bentuk gambarajah. Masalah ini perlu diatasi kerana ia merupakan soalan yang dijangka
muncul setiap tahun dalam kertas 2 Matematik PMR dengan skor maksima iaitu 5. Teknik
penyelesaian soalan ini ialah murid perlu melukis mana-mana empat konsep lokus.
Kegagalan murid menyatakan konsep lokus ini dengan baik akan menyumbang kehilangan
skor yang agak tinggi.





FEBRUARI 2011 [PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN]

Panitia Matematik 2

6. Objektif Kajian:
a) Objektif Umum
i. meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan kertas 2 Matematik PMR
bagi topik Lokus
b) Objektif Khusus
i. untuk meningkatkan minat murid mempelajari topik Lokus
ii. untuk meningkatkan kemahiran murid menyatakan konsep Lokus
iii. untuk meningkatkan kemahiran murid melukis keempat-empat konsep Lokus
iv. untuk membantu murid memperolehi markah penuh dalam kertas 2 Matematik
PMR bagi topik Lokus

7. Kumpulan Sasaran:
Pelajar Tingkatan 3 Berlian SMK Seksyen 24(2)

8. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan:
(i) Tinjauan masalah
Apabila masalah sudah dikenalpasti, tinjauan akan dibuat untuk mengetahui
dengan lebih terperinci masalah tersebut. Data akan dikumpulkan semasa tinjauan
melalui:
a) Penyemakan latihan murid
b) Menjalankan pre-test

(ii) Perlaksanaan Kaedah L.T.B dalam Pengajaran dan Pembelajaran
a) Guru menerangkan kepada murid keempat-empat konsep lokus secara
umum.
b) Seorang murid akan berperanan sebagai lokus (titik bergerak). Murid ini
akan dikekalkan dalam keempat-empat konsep lokus. Dengan kata lain
murid yang sama sahaja yang akan berperanan sebagai lokus. Ini adalah
untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
c) Beberapa orang murid yang lain akan berperanan sebagai titik statik.
d) Tali sepanjang 2 meter akan digunakan sebagai ukuran panjang dan
mewakili dua garisan panjang.


FEBRUARI 2011 [PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN]

Panitia Matematik 3

(iii) Post-test
a) Guru menjalankan ujian post test.
b) Guru mengingatkan murid supaya mengaplikasikan kaedah L.T.B semasa
menjawab soalan.
b) Analisis akan dijalankan berdasarkan keputusan ujian ini.

* Aktiviti-aktiviti di atas akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan
tinjauan awal.

9. Jadual Pelaksana Kajian:
BIL BUTIRAN TARIKH JANGKAAN
1. Menulis proposal Februari 2011
2. Merancang aktiviti Mac 2011
3. Pelaksanaan kajian April Jun 2011
4. Sediakan laporan kajian Ogos 2011

10. Kos Kajian:
BIL BUTIRAN KOS JANGKAAN
1. Kertas A4 RM 5.00
2. Fotostat RM 3.00
3. Pencetakan laporan RM 20.00
Jumlah RM 28.00