Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah :


SJKC PHUI YING, SIMPANG PULAI, 31300 KPG KEPAYANG.


Nama Pengkaji :
KONG PANG HO


Tajuk Kajian :
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN PENDARABAN
NOMBOR BULAT DUA DIGIT ATAU KEATAS DENGAN KAEDAH TIANG


1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Murid tahun 4 terdiri daripada murid yang cemerlang, sederhana dan lemah dalam
Matematik kerana sekolah tersebut hanya mempunyai satu kelas Tahun 4 sahaja.
Kesukaran untuk mengenalpasti kelemahan murid adalah satu faktor yang
menyebabkan penambahbaikkan sukar dilaksanakan. Kebanyakan murid suka untuk
menyembunyikan kelemahan mereka semasa di dalam kelas sehinggalah semuanya
diterjemahkan di dalam ujian-ujian yang telah dijalankan. Semasa di dalam ujian
terdapat sebilangan murid sukar untuk melaksanakan operasi pendaraban nombor tiga
digit dengan nombor dua digit.
Kemahiran mendarab adalah lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding dengan
kemahiran menambah dan menolak. Murid tidak berminat dengan algoritma tradisional,
saya memperkenalkan Kaedah Silang (Lattice) kepada murid-murid tetapi kesilapan
masih dikesan semasa menggunakan Kaedah Silang. Sebagai guru Matematik, saya
memperkenalkan Kaedah Tiang bagi menambah baikkan kemahiran murid-murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan Masalah

Apabila masalah sudah dikenalpasti, tinjauan akan dibuat untuk
mengetahui dengan lebih terperinci masalah tersebut. Data akan dikumpulkan
semasa tinjauan melalui:
a) Penyemakan latihan murid
b) Menjalankan pre-test

2.2 Analisis Masalah Yang Ditinjau

Berdasarkan data awal yang dikutip, fokus kajian saya menjurus kepada
pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit.
Sebahagian murid didapati tidak dapat menguasai algoritma tradisional dan
melakukan operasi pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan nombor
dua digit dengan betul. Kebanyakan kesalahan pada pengumpulan semula di
tempat nilai yang salah.
Menurut pandangan Kennedy, Tipps dan Johnson (2008), algoritma
tradisional sering mengelirukan murid-murid. Kegagalan untuk menguasai
algoritma pendaraban tradisional telah mendorong murid-murid untuk belajar
kaedah-kaedah alternatif seperti Kaedah Silang (Lattice), pendaraban jari,
pendaraban garis dan sebagainya (West, 2011). Sehubungan itu, saya
memperkenalkan algoritma alternatif yang dikenali Kaedah Tiang dengan harapan
ia dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran mendarab nombor tiga
digit dengan nombor dua digit.






3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut:

3.1 Objektif Umum
3.1.1 Meningkatkan pencapaian murid dalam melakukan operasi pendaraban
yang melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan minat murid melakukan operasi pendaraban yang
melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

3.2.2 Meningkatkan keyakinan murid menguasai kemahiran operasi
pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit.

3.3 Soalan Kajian

3.3.1 Sejauh manakah Kaedah Tiang meningkatkan pencapaian murid-
murid Tahun 4 dalam melakukan operasi pendaraban yang
melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit?

3.3.2 Sejauh manakah Kaedah Tiang meningkatkan minat dan keyakinan
murid-murid Tahun 4 dalam melakukan operasi pendaraban yang
melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 32 orang murid tahun 4 yang terdiri daripada 27 murid Cina, 2
murid Melayu dan 1 murid India.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan

Kaedah Tiang diperkenalkan kepada kumpulan sasaran melalui empat langkah secara
beransur maju.
1. Melukiskan tiang pada setiap nilai tempat.







2. Menuliskan nombor tiga digit dengan nombor dua digit dengan menggunakan
Kaedah Tiang.






3. Mendarabkan nombor tanpa pengumpulan semula.






123 X 21 = 2583

Ratus Puluh Satu
X
X
1 2 3
2 1
X
1 2 3
2 1
0 1 0 2 0 3
0 2 0 4 0 6
2 5 8 3
4. Mendarabkan nombor dengan pengumpulan semula.






146 X 23 = 3358

5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data

Dalam kajian akan digunakan 3 kaedah pengumpulan data iaitu:

1) Rekod prestasi pelajar
- Rekod prestasi pelajar akan disemak dan dikemaskini oleh guru Tahun 4.

2) Pemerhatian
- Pemerhatian akan dilakukan oleh guru terhadap tingkah laku pembelajaran
murid-murid di dalam kelas semasa pembelajaran dilaksanakan. Tujuannya
untuk mengenal pasti sikap belajar mereka, adakah murid menunjukkan
minat, memberi fokus dan perhatian terhadap operasi pendaraban dan
pengumpulan semula.

3) Soalan-soalan ujian (Ujian pra dan pos)
- Dua set soalan ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos akan diberikan kepada
murid-murid Tahun 4. Ujian Pra dan Pos ini mengandungi 5 soalan. Kedua-
dua ujian akan menggunakan set soalan yang sama. Tujuan ujian pra dan pos
ini dijalankan adalah untuk melihat pencapaian murid bagi kedua-dua ujian
tersebut. Berdasarkan hasil keputusan yang akan diperolehi, perbandingan
akan dibuat untuk mengetahui sama ada penggunaan Kaedah Tiang yang akan
diguna pakai dalam pengajaran Matematik ini berkesan atau tidak.
1 0 3 1 2 1 8
0 2 0 8 1 2
3 3 5 8
1 4 6
2 3
X
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

1) Rekod prestasi pelajar
- Analisis keputusan dan markah pencapaian murid melalui ujian-ujian bulanan
dan peperiksaan pertengahan tahun.

2) Pemerhatian
- Analisis secara perbincangan tentang tindak balas murid semasa pengajaran.

3) Ujian pra dan ujian pos
- Analisis pencapaian murid melalui perbandingan yang akan dibuat
berdasarkan keputusan kedua-dua ujian.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan


5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti
Tempoh
Perlaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 minggu
2 Menulis proposal kajian 1 minggu
3 Merancang tindakan (individu/panitia) 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan 1 minggu
5 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 1 minggu
6 Refleksi kajian 1 minggu
7 Menulis laporan kajian 1 minggu
8 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu




5.4.2 Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos
1 Lembaran Kerja 200 helai @ RM0.05 RM 10.00
2 Kertas Ujian 120 helai @ RM 0.05 RM 6.00
3 Kertas Manila 10 helai @ RM 0.80 RM 8.00
4 Pen Marker 4 batang @ RM 4.00 RM 16.00
5 Gunting 1 bilah @ RM 2.50 RM 2.50
Jumlah Besar RM 42.50

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Sukatan pelajaran KBSR Matematik.
Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kennedy, L.M., Tipps & Johnson, A. (2008). Guiding childrens learning mathematics
(11

th ed.). Belmont, United States of America: Thomson Wadsworth.

Oliver, J. (2005). An early history of difficult multiplication and division. Australian Senior
Mathematics Journal 19(1). Diperolehi dari
http://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ717785.pdf

West, L. (2011). An introduction to various multiplication strategies. Diperolehi dari
http://scimath.unl.edu/MIM/files/MATExamFiles/WestLynn_Final_070411_LA.pdf