Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

BESUT, TERENGGANU.

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, ucapan
syukur Alhamdulillah di panjatkan kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk
menjalankan tanggungjawab dan amanah mendidik anak bangsa pewaris masa
depan. Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW
serta para sahabat yang telah berjuang membawa umat ini dari alam kegelapan
hinggalah alam yang dirasakan penuh nikmat dan keindahan.
Ini merupakan kali kedua bagi diri saya untuk menjalani praktikum sepanjang
saya mengikuti kursus sebagai guru pelatih di sini. Saya dan pasangan praktikum
saya, Nurul Nadzirah telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Penarek yang
bertempat di Penarek, Setiu. Hal ini merupakan sesuatu yang baru bagi kami kerana
sekolah ini agak jauh dari kampus kami. Untuk ke sana, ia mengambil kira-kira 55
minit dari kampus kami. Maka, kami semua telah bersepakat untuk menyewa di
sekitar setiu. Proses pencarian yang sesuai agak lah rumit kerana kami perlu
mengambil kira semua aspek, keselamatan, keselesaan dan juga jarak rumah dari
sekolah. Akhirnya penat lelah kami berbaloi apabila kami akhirnya menemui sebuah
rumah (homestay) pada kadar yang rendah iaitu RM 500 sebulan. Tambahan pula,
kami hanya perlu mengambil lebih kurang 13 minit untuk ke sekolah. Bagi kami,
rumah ini merupakan rumah paling ideal di samping ciri-ciri keselamatan yang baik.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana urusan kami dipermudahkan.
Seperti teman-teman seperjuangan yang lain, saya juga tidak terlepas dari
rasa hati yang sangat gementar dan berdebar serta berada dalam situasi yang agak
bercelaru dalam membuat persediaan bagi menghadapi sesi praktikum kali ini. Saya
sangat berdebar dan gementar kerana ini merupakan pengalaman yang baru buat
diri saya iaitu tinggal di rumah sewa. Pelbagai persoalan dan pemikiran negatif yang
menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala
cabaran yang mendatang. Apa yang saya pelajari selama ini bakal dipraktikkan
apabila saya ke sekolah kelak dan ini semakin menambah debaran di dada saya.
Pada tanggal 9 Julai 2014, semua pelajar PISMP ambilan Januari 2012
diwajibkan untuk menghadiri satu sesi taklimat bagi menghadapi praktikum
bertempat di Dewan Al-Khindi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Taklimat ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Dalam
taklimat ini, kami telah diberi pelbagai penerangan mengenai cara-cara untuk
menulis refleksi, menulis jurnal, menulis buku Rancangan Pengajaran Harian dan
kami juga diberi panduan tentang cara-cara untuk menyediakan porftfolio yang betul.
Praktikum Fasa 2 ini akan berlangsung selama dua bulan dimana ia bermula dari 13
Julai 2014 sehingga 11 September 2014.
Selain daripada mendengar taklimat mengenai praktikum, saya juga ada
berjumpa dengan pensyarah pembimbing bagi mendapat gambaran yang lebih teliti
mengenai praktikum ini. Saya juga ada bertanya kepada senior mengenai
pengalaman mereka semasa menjalani praktikum mereka. Hal ini adalah sebagai
persediaan untuk menghadapi praktikum kelak.
Keazaman dan harapan saya melalui latihan praktikum fasa pertama ini ialah
saya dapat memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang sama ada
ianya berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik. Semestinya yang
diutamakan ialah subjek yang bakal saya ajar di sekolah iaitu Bahasa Inggeris
khususnya. Selain itu, dalam tempoh praktikum ini saya juga mengharapkan ia
merupakan satu peluang terbaik untuk saya mengenali budaya murid dan guru serta
suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan awal sebelum saya dilantik sebagai
guru tetap kemudian nanti. Diharapkan saya akan dapat mengutip dan menimba
seberapa banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berguna agar dapat
saya aplikasikan dalam dunia kerjaya saya kelak.
Harapan saya terhadap praktikum fasa 2 ini juga ialah semoga saya dapat
mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak.
Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini
untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, dan menyedari
mengenai kekurangan itu, saya akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat
kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi
kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid
Pendidikan Khas di sekolah saya agar tidak wujud sebarang jurang pemisah antara
murid dengan guru. Lebih-lebih lagi murid-murid seperti mereka memerlukan lebih
bimbingan dan perhatian.
Saya berazam untuk cuba mempraktikkan ilmu yang telah saya pelajari
sepanjang tempoh saya menjalani sesi latihan di IPGKSM tercinta ini. Harapan saya
juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya
hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan
semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik
kelak. InsyaAllah.
Akhir kata, sekali lagi ingin saya luahkan bahawa, saya benar-benar berharap
dan menaruh harapan yang tinggi pada pihak sekolah, guru-guru dan juga murid-
murid agar dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh saya
berpraktikum di sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai