Anda di halaman 1dari 2

e-PAI Note

Wednesday, October 13, 2010


Pelajaran 28: Menjaga Maruah Diri
Cara menjaga dri dan maruah.
A. Cara Berpakaian
1) Memakai pakaian yang menutup aurat. Pakaian tersebut tidak ketat dan tidak jarang.
2) Memakai pakaian yang kemas dan bersih sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah baik serta suka akan kebaikan, suci dan suka akan kesucian. (Riwayat
Termizi)


3) Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-
lambang kumpulan Black Metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang
agama lain.

Pakaian menutup aurat mengangkat mertabat wanita Islam.


B. Cara Pergaulan
1) Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara Islam. (Dalam batasan
syara')
2) Menjaga tata susila dan hukum syara' dalam pergaulan.
3) Hormat-menghormati, berkasih-sayang dan beramah-mesra antara satu sama lain.
4) Bertukar-tukar pendapat.
5) Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
6) Mementingkan sahabat lebih daripada diri sendiri.
7) Menepati janji yang baik.

Memberi salam dan berjabat tangan meninggikan kemuliaan diri.

C. Cara percakapan
1) Bercakap dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu lebih baik berdiam diri.
2) Berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi.
3) Percakapan yang menyenangkan.
4) Bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri, masyarakat dan negara.
5) Bercakap menar tentang perkara yang diketahui.

Akibat tidak menjaga diri dan maruah ialah:
1) Kehidupan tidak diberkati kerana jauh daripada cahaya petunjuk Allah.
2) Mendapat dosa kerana melanggar syariah Allah.
3) Menjadi terpinggir kerana dipulau oleh rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
4) Mendorong kepada berlakunya kes-kes jenayah seperti rogol dan sumbang mahram.
5) Melahirkan masyarakat yang kucar-kacir dan negara yang tidak tenteram serta menyukarkan
pembinaan tamadun.
6) Masyarakat akan memandang rendah dan menghina orang yang tidak bermoral seperti
penagih dadah

Hikmah menjaga diri dan maruah ialah:
1) Kehidupan diberkati kerana mendapat petunjuk Allah.
2) Mendapat pahala kerana mengikut syariat Allah.
3) Akan disayangi, disegani dan disanjung oleh rakan dan masyarakat.
4) Membendung kejadian jenayah yang boleh mengakibatkan kehancuran negara.
5) Melahirkan masyarakat yang sejahtera, bersatu padu dan negara yang aman.

Anda mungkin juga menyukai