Anda di halaman 1dari 10

Ayat Esei Gaya Bahasa Info Kata Kesilapan Bahasa KOMSAS Morfologi

Pengajaran Bahasa Peribahasa Puisi Sintaksis

 Tulisan Terbaik
o Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
o Contoh Karangan : Pencemaran Sungai
o Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah
o Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan Awam
o Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat
o Contoh Ucapan YDP PIBG
o Memahami Ayat Aktif dan Ayat Pasif
o Contoh Karangan : Kesihatan Asas Kebahagiaan
o Contoh Karangan : Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak
o Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di
Sekolah

Kenali Semarak Api
Mac 28, 2009 — mindabahasa

Beginilah rupanya pohon semarak api yang lazim ditemui. Dalam sajak  “Tukang Gunting”
karya T.Alias Taib dalam antologi “Kerusi”, pohon inilah yang menjadi pilihan tukang gunting
sebagai teduhan tempatnya mencari rezeki.
Tentu anda dapat memahami sebab-sebab pohon ini sesuai sebagai tempat menggunting rambut
pelanggan berbanding pohon lain. Cubalah fikirkan..

Dikirim dalam KOMSAS, Pengajaran Bahasa, Puisi. 1 Komen »

Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan Awam


Januari 24, 2009 — mindabahasa

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit
Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk
menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani
masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam
kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh
masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu.
Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan
tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke
pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu
melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang
tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh
diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang
dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan
teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak
menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan
awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau
antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana
terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap
merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan
oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti
pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat
mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh
meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi
satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh
pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk
diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam,
pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai
masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

Dikirim dalam Esei, Pengajaran Bahasa. 1 Komen »

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan


Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah
Januari 23, 2009 — mindabahasa

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat
membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.
Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya
telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di
mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit
juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita
dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos
tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang
menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah
dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari
laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi.
Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-
murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja
serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja
hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit
ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah
memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan
banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa
mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar
yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual
seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas
hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah
pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu.
Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai
penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana
mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon
bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar
juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada
rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain.
Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu
kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan
menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip
video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan.
Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan
menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran.
Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan
menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak.
Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula
dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon
itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di
sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita
dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi
mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan
telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang
tinggi.

Dikirim dalam Esei, Pengajaran Bahasa. 10 Komen »

Isi Penting Esei Pelancongan


Jun 30, 2008 — mindabahasa

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di
mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik)
berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion
daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta
pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga
paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang
bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-
industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan
mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan
jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang
sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,
kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya
menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi
galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan
luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-
pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang
mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan
juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu
oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam,
pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan
industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik
kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan,
agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan
industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan
membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan
mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini
dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar
dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini.
Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga
dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA)
2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan
industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta
dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa
digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan
pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi,
penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan
pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri
pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak
kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus
bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam


hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan
semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat
negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri
sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan
ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong
luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh
idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini
dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan
berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan
merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan
ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI


SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:


Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.

Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf


lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /


jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.

Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.

Peranan agensi + (nama agensi + peranan).

Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.

Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .

Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.

Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +

Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.

Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.

Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman
rekreasi    padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya
kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada
sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah
berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan
laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan
udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN


Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang +
cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS
ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru /
membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan
pelancong.

Dikirim dalam Esei, Info, Pengajaran Bahasa. 17 Komen »

Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1


Mac 21, 2008 — mindabahasa

Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif
apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri
kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.

Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. Tidak boleh menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca ,
sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya
membaca.

Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.

Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup.

Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat
pasif yang diberikan.

Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas.

Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).

Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).

Yang betul ialah :


Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.

Dikirim dalam Kesilapan Bahasa, Pengajaran Bahasa, Sintaksis. 6 Komen »

Contoh Karangan : Kesihatan Asas Kebahagiaan


Julai 20, 2007 — mindabahasa

“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh
orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum
seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.

Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil
makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan
daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid
makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan
serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan
protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja.

Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan
melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan
kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan
membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang
berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran
darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan
menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada
menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan
mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang
daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil.
Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada
kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih
dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari
diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.

Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai


kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju.” Rakyat
yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang
produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti
kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat.

Dikirim dalam Ayat, Esei, Pengajaran Bahasa. 3 Komen »

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam


Kalangan Remaja
Julai 18, 2007 — mindabahasa

Anda mungkin juga menyukai