Anda di halaman 1dari 4

Novel Hikmah: Watak dan Perwatakan

1. Amri
Taat dan bertanggungjawab
- Amri seorang yang taat pada perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri
agar sentiasa bersabar dengan ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga
bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal
sejauh 10 kilometer untuk ke pekan.
Berdendam
- Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab
dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan
membuli dan memeras ugut murid lain.
Sedar dan insaf atas kesalahan diri
- Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas kesilapannya selama ini yang selalu memeras ugut
dan membuli murid lain. Kesedaran ini muncul apabila dia telah diperas ugut oleh dua
orang pemuda ketika membeli ubat untuk emaknya.
Nakal
- Amri membuli murid lain dengan memeras ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini
kerana ingin melepaskan tekanan ekoran sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab.


2. Sapura
Berani
- Sapura berani mengadukan tingkah laku Amri yang memeras ugut murid lain. Semua
murid di sekolah itu tidak berani mengadukan perbuatan Amri kepada orang lain.
Baik hati
- Sapura sangat baik hati. Buktinya, dia telah menolong Amri dan emak Amri dengan
menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Tidak berdendam
- Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah mengenakannya sehingga
terjatuh ke dalam sawah dan menyebabkan baju Sapura kotor.
Pemaaf
Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan menolong Amri dengan ibunya

3. Emak Amri
Penyayang
- Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya upaya menyediakan
keperluan kepada Amri walaupun dia tidak mampu.
Tabah
- Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul oleh suaminya. Selain itu,
dia tabah walaupun suaminya tidak menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Pemaaf
- Emak Amri memaafkan segala kesalahan ayah Amri walaupun selama ini suaminya itu
tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan selalu memukulnya.
4. Bapa Amri
Tidak bertanggungjawab
- Dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga yang baik.
Kejam
- Dia selalu memukul isterinya tanpa belas kasihan. Bapa Amri gemar bermain judi dan
dia selalu meminta wang daripada ibu Amri untuk berjudi dan membeli dadah.

Tema
Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak
dan berubah tingkah laku. Amri adalah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada
keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.
Persoalan
Tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.
Kasih sayang ibu terhadap anaknya
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya
Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah
Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan
Saling memaafkan atas kesilapan lampau

Nilai

-Bertanggungjawab.Contohnya,ibu Amri menjalankan tanggungjawab seorang ibu
dengan penyediaan makan tengah hari dan wang saku untuk persekolahan anaknya
-Berani.Contohnya,Sapura berani melaporkan tindakan Amri membuli murid-murid lain
kepada guru disiplin
-Amanah.Contohnya,Sapura bersikap amanah dengan tugas yang telah diberikan
kepadanya
-Baik Hati.Contohnya,Sapura dan keluarganya sanggup membantu Amri dan ibunya
dengan membawa mereka ke hospital
-Simpati.Contohnya,Sapura bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri dan ibunya
-Tabah.Contohnya,emak Amri tabah menghadapi sikap suaminya yang sering meminta
wang dan memukulnya
-Kasih Sayang.Contohnya,kasih saying yang ditunjukkan oleh Amri apabila dia
mengambilkan air untuk ibunya yang baru pulang dari kedai
-Tolong-menolong.Contohnya,keluarga Sapura membawa ibu Amri mendapatkan
rawatan di hospital
-Berterima Kasih.Contohnya,Amri mengucapkan terima kasih kepada Sapura kerana
menolongnya yang berada dalam kesusahan
Pengajaran Dalam Novel Hikmah
-kita hendaklah bersikap amanah dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan
kepada kita
-kita mestilah reda dan tabah dengan ujian dan ketentuan Tuhan
-anak-anak hendaklah menyayangi dan menghormati ibu-bapa
-janganlah kita suka menyimpan dendam
-janganlah terlalu menurut perasaan kerana dapat mendatangkan kesan buruk
-kita haruslah berani menegakkan kebenaran
-kita mestilah berpendirian tegas
-kita janganlah suka memperdayakan orang lain
Latar Masyarakat
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat yang mengalami
tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup kerana keadaan keluarganya
yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang meminta duit dan berjudi. Seterusnya
masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri
yang terlibat dengan kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya
masyarakat yang suka membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa
diperas ugut di sebuah lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat di farmasi
selain Pak Dolah, peruncit yang sentiasa memberikan hutang kepada emak Amri.
Selanjutnya masyarakat yang melakukan jenayah, contohnya ayah Amri yang akhirnya
dipenjarakan dan hadirnya dua orang pemeras ugut yang telah menyamun Amri tetapi
mereka gagal mendapat wang daripada Amri. Akhirnya masyarakat yang insaf akan
keasalahan yang telah dilakukan, contohnya ayah Amri yang berada di dalam penjara
telah pun insaf dan berharap agar keluarganya dapat menerimanya semula.

Latar Tempat
Antara latar yang terdapat dalam novel ini ialah latar di dalam kelas/sekolah. Contohnya
murid-murid lain tidak berani mengangkat muka apabila Amri masuk ke dalam kelas
selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman kecuali Siva seorang sahaja yang berani berbual-
bual dengannya. Seterusnya di rumah Amri, selepas kepulangan Amri dari sekolah. Amri
juga terserempak dengan Sapura semasa ingin menyisihkan diri di hujung padang,
walaupun telah ditegur Sapura. Selanjutnya di tempat letak basikal, contohnya Amri
menunggu Sapura dan berpura-pura baik sebelum balik bersama-sama dan mengenakan
Sapura. Seterusnya di farmasi, contohnya Amri membeli ubat demam dan luka untuk
ibunya. Akhirnya di hospital, contohnya keluarga Sapura membawa emak Amri ke
hospital selain Amri yang telah diselamatkan oleh Sapura.

Latar Masa
Latar masa dalam novel ini adalah pada waktu siang/tengah hari, contohnya semasa Amri
dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama sebelum Amri mengenakan Sapura.
Seterusnya pada waktu malam, yakni pada pukul 11.00 malam apabila ayah Amri pulang
untuk meminta wang daripada isterinya, kain yang baru dilipat bertaburan apabila
ayahnya menyelongkar gerobok baju dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak
sedikit, ayahnya telah meragut rantai yang dipakai oleh ibunya.