Anda di halaman 1dari 75

EDI 4001

PPG
SEMESTER 1, 2013-2014
INTRODUCTION
Secara umumnya, pemikiran
Islam adalah berasaskan
kepada pandangan hidup
Islam atau Islamic worldview.

Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas,
Islam mempunyai pandangan hidup yang berbeza
dengan pandangan hidup agama atau tamadun lain.

Al-Attas menjelaskan beberapa ciri-ciri pandangan
hidup Islam, antara lain:
berdasarkan kepada wahyu;
tidak semata-mata merupakan fikiran manusia
mengenai alam fizikal dan penglibatan manusia dalam
sejarah, sosial, politik, dan budaya;
tidak berpunca dari spekulasi falsafah yang
dirumuskan berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman inderawi;
merangkumi pandangan tentang dunia dan akhirat
Pemikiran Islam adalah berasaskan kepada:
Tawhidic tulen, yang bebas daripada sebarang bentuk
syirik atau perkongsian dengan Allah.
Konsep yang menyeluruh tentang alam semesta, dan
hubungan manusia kepadanya.
Kepercayaan bahawa alam semesta dicipta oleh Allah
dengan untuk tujuan tertentu dan Dialah yang mengawal
hal ehwalnya.
Alam semesta ini dikawal melalui satu siri kaedah yang
muktamad dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Allah yang dipanggil sebagai "Sunnatullah".
Pemikiran Islam adalah suatu pemikiran yang rasional. Ia
memberi penekanan kepada hujah dan rasional - tiada
tempat untuk meniru secara membuta tuli
Pemikiran Islam menekankan kepada Ijtihad; betul atau salah, selagi
mana niat adalah tulen dan baik. Mujtahid dengan niat yang baik,
walaupun beliau mungkin salah, tetapi diberi ganjaran mengikut
pandangan Islam.
Pemikiran Islam adalah suatu pemikiran yang sederhana dan
seimbang. Tidak ada tempat untuk ekstremisme dalam Islam. Ianya
mengimbangi di antara hal keduniaan dan tuntutan di akhirat, di
antara kebendaan dan kerohanian, dan sebagainya.
Pemikiran Islam adalah suatu pemikiran yang realistik. Ia melihat
manusia bukan sebagai malaikat, tetapi sebagai manusia, yang
kadang-kadang cenderung kepada melakukan kesilapan. Ianya juga
tidak menolak keinginan manusia untuk berhibur dan berseronok.
Pemikiran Islam memberikan tempat yang terbaik untuk wanita. Ia
memberikan mereka lebih bermaruah dengan meningkatkan status
mereka. Mereka diberikan hak beribadah di dalam masjid, pemilikan,
pendidikan, bekerja dan lain-lain selagi masih dalam batas-batas
Islam.
Pemikiran Islam melihat keluarga sebagai asas bagi masyarakat, dan
oleh itu, ianya memberi penekanan kepada menjaga kesucian dan
didikan yang baik kepada mereka.
Pemikiran Islam melihat kepada kewujudan masyarakat yang berdasarkan
persaudaraan sejagat dan perpaduan di kalangan umat Islam. Ia menolak apa-
apa bentuk diskriminasi yang berdasarkan bangsa, warna kulit, bangsa atau
suku kaum.
Pemikiran Islam mengambil kira perlindungan terhadap hak-hak bukan Islam.
Kehidupan mereka, harta, maruah dan agama mereka dilindungi. Tiada siapa
yang dibenarkan untuk melakukan ketidakadilan atau kezaliman terhadap
mereka. Umat Islam juga akan dikenakan hukuman jika mereka melakukan
kesalahan terhadap mereka.
Pemikiran Islam melihat kepada pemberian hak untuk memilih pemerintah
kepada setiap individu. Pemerintah dilarang sama sekali bertindak sebagai
diktator, tetapi mereka hendaklah memimpin negara berdasarkan syura dan
keadilan. Tidak ada ketaatan bagi pemerintah apa-apa jika dia memerintahkan
terhadap undang-undang Allah.
Pemikiran Islam memandang kepada hak perlindungan terhadap kekayaan
dan harta individu. Ia hendaklah digunakan untuk pembinaan diri dan
masyarakat mengikut keadilan dan asas-asas yang betul. Ianya juga
memandang kepada usaha yang giat untuk menaikkan taraf ekonomi
seseorang.
Pemikiran Islam tidak menolak keperluan cinta seseorang kepada negara dan
masyarakat dengan syarat bahawa ia tidak melangkaui batas-batas Islam. Apa
yang dinafikan ialah pembahagian berdasarkan kumpulan, kelompok atau
bangsa
Persoalan pokok dalam pemikiran
Islam
Tuhan dan CiptaanNya
Wahyu, Quran dan Nabi
Faham Agama
Konsep Insan (manusia)
Konsep Ilmu dan Pendidikan
Faham Akhlak dan Nilai
Konsep Kebebasan dan Kebahagiaan
Hari Akhirat
THEOLOGICAL THOUGHT AND ILM
AL-KALAM

ISU AKLIAH (RASIONAL)
SEBAGAI ASAS PERBINCANGAN
TEOLOGI
Antara pengertian akal ialah:
Menurut Kamus Dewan: segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan
seseorang manusia.
Menurut kamus Lisan al-Arab: kepintaran.
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulum al-Din: Empat
makna utama;
Satu sifat atau pembawaan tabii (gharizah) yang membezakan antara manusia
dan kehidupan lain dan yang membolehkannya menerima ilmu-ilmu berbentuk
pemikiran dan spekulatif serta menanggap perkara-perkara yang abstrak.
Ilmi-ilmu dharuri yang datang kepada kanak-kanak yang sudah mula boleh
berfikir tentang kemungkinan dan kemustahilan sesuatu perkara.
Ilmu yang didapati melalui pengalaman sepanjang berlalunya masa.
Keadaan di mana terdapat satu kekuatan yang terbina dalam diri insan yang
membolehkannya mengetahui akibat dari pelbagai perkara, dan
membolehkannya mengawal hawa nafsunya dari menuju kepada kenikmatan
duniawi.
Dua makna yang pertama wujud secara tabii manakala dua
makna terakhir dicapai melalui daya usaha manusia. Makna pertama
merupakan asas kepada makna yang lain, manakala makna terakhir
merupakan matlamat terakhir kewujudan manusia
Peranan dan kemampuan akal menurut al-Quran
dan al-Sunnah:
Mempelajari, mengkaji dan mendalami ilmu. Akal
hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk
mencari ilmu pengetahuan, sama ada berkaitan
dunia ataupun akhirat. Allah SWT berfirman:
(Surah Al Imran: 190)
Sesungguhnya pada kejadian langit dam bumi,
dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasan, keijaksanaan saan
keluasan rahmat Allah)bagi orang-orang yang
berakal).

Mempelajari wahyu Allah SWT dan
memahaminya. Akal menjadikan seseorang
itu berilmu dan mendapat darjat yang
tinggi. Allah SWT berfirman: (Surah al-
Mujadalah: 11)
..supaya Allah meninggikan darjat orang-
orang yang beriman di antara kamu; dan
(Allah meninggikan) orang-orang yng diberi
ilmu pengetahuan agama (dari kalangan
kamu) beberapa darjat)

Sebagai syarat manusia ditaklifkan. Akal yang tidak
diarahkan dengan betul menurut syarak atau lalai
daripada menunaikan tanggungjawab Allah
menyebabkan seseorang itu mendapat azab. Allh
berfirman: (Surah al-Araf: 179)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
jahannam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati yang tidak (mahu) memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan mempunyai mata
yang tidak (mahu) melihat dengannya (bukti-bukti
keEsaan Allah) dan mempunyai telinga yang (tidak)
mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat),
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi.
Sumber utama yang berperanan untuk mengenal
Allah SWT, sama ada melalui sifat-nya atau bukti
kekuasaannya. Rasulullah SAW bersabda:
Berfikirlah kamu tentang makhluk atau penciptaan
Allah, kerana sesungguhnya kamu tidak mampu
memenuhi kadarnya.
Menilai kebaikan dan keburukan, jika tidak mampu,
akal perlu diarahkan untuk berusaha dan bertanya
orang yang berpengetahuan. Allah berfirman: (Surah
al-Nahl: 43)
Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang yang
berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
Peranan dan kemampuan akal menurut pemikir Islam (Ibn
Sina dan Imam al-Ghazali):
Mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. Akal adalah
sumber ilmu.
Memikir dan mengkaji untuk melahirkan idea dan
membezakan antara yang baik dan buruk.
Membolehkan manusia memakmurkan dan mentadbir
bumi.
Menaikkan taraf manusia ke kedudukan yang lebih tinggi.
Kemampuan akal terhad:
Akal hanya mampu mengkaji dan memahami tentang alam
nyata sahaja. Terhadap hakikat yang tidak dapat ditanggapi
oleh akal. Akal hanya dapat menakul apa yang dapat
ditanggapi oleh pancaindera sahaja

Ilmu
Firaq
Perbezaan
Pendapat
Dari segi
kepercayaan
15
Kepentingan Mempelajari Ilmu
Firaq
Ajaran sesuatu golongan
Bezakan golongan benar & sesat
Punca perselisihan
Sumber yang sah & palsu (Tidak mengikut secara
buta tuli)
Melakukan Amalan yang benar dan tidak membebankan,
mendekatkan diri kepada Allah, bebas dari hawa nafsu
16
FACTORS THAT LEAD TO THE EXISTENCE
OF THE THEOLOGICAL THOUGHT
Menurut Imam al-Ghazali: Akal
memerlukan dalil naqli dan dalil naqli
memerlukan dalil aqli. Bertaqlid tanpa
menggunakan akal adalah suatu
kebodohan, manakala menggunakan akal
sahaja tanpa wahyu Ilahi dan sunnah Nabi-
Nya adala satu penipuan. Ilmu aqli umpama
makanan dan ilmu naqli umpama ubat.
Akal dalam perbincangan teologi:
Manusia diberikan dua hidayah
oleh Allah SWT, iaitu Hidayah
Syariyyah (al-Quran) dan Hidayah
Aqliyyah (akal) yang membolehkan
mereka mengenal Allah SWT dan
melaksanakan tugas sebagai hamba
dan khalifah
Ahli teologi membahaskan kedudukan
akal sebagai daya berfikir yang terdapat
dalam diri manusia. Pembahasan
mereka berkisar tentang kemampuan
akal untuk:
Mengetahui Tuhan
Bersyukur kepada Tuhan
Mengetahui baik dan buruk
Melakukan yang dan menjauhi yang
buruk
Keempat-empat masalah inilah yang
menjadi perbahasan dan polemik yang
panjang dan membawa implikasi yang jauh
dalam kedudukan akal menurut pandangan
masing-masing.
Golongan Muktazilah:
Beranggapan bahawa akal mampu untuk
mengetahui dan melaksanakan keempat-
empat hal tersebut di atas, walaupun wahyu
belum turun untuk panduan manusia.
Mereka digelar golongan rasionalis Islam.
Golongan Asyariah:
Manusia hanya mampu
mengetahui Tuhan dengan akal
sebelum datang wahyu.
Tiga masalah lain tidak dapat
dicapai oleh akal
Golongan Maturidiah:
Berpecah kepada dua golongan;
Golongan pertama menyatakan bahawa tiga daripada
perkara tersebut dapat dicapai oleh akal iaitu,
mengetahui Tuhan, kewajipan bersyukur kepada Tuhan
dan mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.
Kewajipan melakukan yang baik dan meninggalkan
yang buruk hanya dapat dicapai melalui wahyu.
Golongan kedua menyatakan bahawa yang dapat
dicapai oleh akal ialah dua perkara, iaitu mengetahui
Tuhan dan mana yang baik dan mana yang buruk.
Untuk mengetahui yang dua lagi hendaklah melalui
wahyu
Sebab Kemunculan Firaq
Cara
perlantikan
khalifah
Persoalan
hukum
amali
Asabiah
orang
arab
Penafsiran
ayat
mutasyabihat
Salah
tafsir
hukum
syarak
Pengaruh
agama lain
yang
menjadi
muslim
Falsafah
Yunani/
Greek
Taasub
individu
/syeikh
23
Bezakan Muhkamat &
Mutasyabihat!
Tangan Allah di atas tangan mereka. (al-Fath: 10)
Maka barangsiapa menyaksikan bulan Ramadhan,
hendaklah ia berpuasa (al-Baqarah:185)
24 21/9/2014
Adab Perbezaan Pendapat &
Menyelesaikan Masalah
21/9/2014 25
Perbahasan
Sumber yang Sah
Kemahiran
memahami
sumber
Jauhi Taasub
Bezakan hukum
Islam & adat yang
merosakkan
Selalu berpegang
pada rujukan yang
sah/kukuh
Memahami bahawa pendapat
yang sah berdasarkan sumber
yang jelas e.g. Mazhab Hanafi:
menyentuh kulit tanpa
shahwat tidak batalkan wuduk.
Pendapat yang salah/sesat
adalah yang benar-benar
melanggar Quran & Sunnah.
E.g. Mikraj ialah dongeng.
UMMAT YANG SATU
(Ali Imran 102-103)
THEOLOGICAL SECT
SYIAH
Majlis Ugama Islam Singapura:
Fahaman syiah adalah satu aliran fahaman yang
terdapat dalam masyarakat Islam, tetapi tidak termasuk
dalam golongan ahli Sunnah wal Jamaah. Pendirian
MUIS sama dengan pendirian kaum Muslimin di seluruh
dunia, bahawa puak Syiah adalah sebahagian dari umat
Islam melainkan yang termasuk dalam golongan al-
Ghulah, yakni yang pelampau dari golongan mereka.
28
SYIAH
Syiah merupakan satu aliran yang meyakini bahawa Ali bin Abi
Talib dan keturunannya adalah imam-imam atau para pemimpin
agama dan ummah setelah Nabi Muhammad SAW. Dari segi
bahasa, Syiah bererti pengikut, kelompok atau golongan. Kini,
fahaman ini dianuti oleh lebih kurang 20 peratus umat Islam.
Penganut fahaman Syiah tersebar di Iran, Iraq, Afghanistan,
Pakistan, India, Lebanon, Arab saudi, Bahrain, Kuwait, bekas
negara Rusia, serta beberapa negara Amerika da Eropah.
Ahli Syiah berpendirian bahawa Ali bin Abi TAlib adalah
imam atau khalifah yang seharusnya berkuasa setelah kewafatan
Rasulullah s.a.w. Hal ini lahir sejak baginda Nabi SAW masih
hidup lagi, dalam erti bahawa baginda sendiri yang
menetapkannya. Oleh itu, menurut Syiah, inti ajaran Syiah itu
telah ada seja zaman Nabi Muhammad SAW
Golongan Syiah
Menurut Shah Abdul Aziz al-Dahlawi (1992) terdapat
empat golongan Syiah:
Golongan Syiah yang pertama:
Dikenali sebagai Syiah tulen, terdiri daripada orang-
orang Muhajirin dan Ansar yang hidup sezaman
dengan Sayyidina Ali dan menjadi pengikut setia
beliau berdasarkan prinsip Ihsan. Mereka mengenali
Sayyidina Ali secara dekat, mengakui haknya dan
memberi keutamaan sewajarnya kepada beliau.
Mereka tidak memandang remeh kepada sesiapa pun
dari kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.
Golongan Syiah Tafdhiliyyah (memberi keistimewaan
atau keutamaan):
Golongan ini memberi keutamaan dan keistimewaaan
kepada Sayyidina Ali mengatasi semua sahabat nabi
yang lain, tanpa mencaci dan mengkafirkan
sesiapapun dari kalangan mereka. Golongan ini
muncul kira-kira dua atau tiga tahun selepas
kemunculan golongan yang pertama. Sayyidina Ali
menyedari kemunculan golongan ini dan beliau
melarang sikap mereka
Golongan Syiah Sabaiyyah:
Golongan ini dikenali sebagai al-Tabarruiyyah, iaitu
golongan yang mencaci para sahabat Rasulullah s.a.w.,
kecuali beberapa orang sahaja. Mereka memandang
sahabat Nabi sebagai kafir dan munafik. Mereka
menyatakan bahawa mereka tiada sebarang hubungan
dengan para sahabat.
Golongan Syiah Pelampau:
Golongan ini menganggap Sayyidina Ali sebagai Tuhan dan
beberapa anggapan lain yang tidak munasabah. Beliau
sendiri telah mengambil tindakan tegas terhadap puak ini
dengan menjatuhkan hukuman bunuh, tetapi ia tidak
menjejaskan usaha mereka, sebaliknya kerosakan akibat
perbuatan mereka bertambah merebak dan sikap degil
mereka bertambah kuat lagi. Golongan ini terbahagi
kepada dua puluh empat puak, antaranya al-Bayaniyyah,
al-Mansuriyyah, al-Ghamamiyyah, al-Kamiliyyah, al-
Imamiyyah dan lain-lain
Fahaman Golongan-golongan
Syiah
Ali yang utama jadi
khalifah
Tidak mengkafirkan
sahabat lain
Sederhana
(Syiah
Zaidiyyah)
Wasiat Nabi
Konsep Imamah & 12 imam
Taqiyyah
Nikah Mutaah
Rajah
Takfir sahabat
Bada
Sesat
(Ditolak oleh
Ahl sunnah)
34
SYIAH IMAMIAH
Di antara kumpulan Syiah yang terkenal. Kumpulan
ini dinamakan sebagai Imamiah kerana mereka
berpendapat bahawa jawatan
pemimpin (imam) hanya layak disandang oleh
Ahli Bait. Ada 12 imam yang berhak mengatur
dunia ini
Kedua belas imam tersebut adalah:
Ali bin abi Thalib
Hasan bin Ali
Husein bin Ali
Ali bin Husein (Zainul Abidin)
Muhammad Al-Baakir bin Ali bin Husein
Ja'far Shadiq bin Muhammad Al-Baakir
Musa al-Khazim bin Ja'far Shadiq
Ali Ridha bin Khazim
Muhammad Jawwad bin Ali Ridha
Ali Al-Haadi bin Jawwad
Hasan Asykary bin Al-Haadi
Muhammad bin Hasan Al-Mahdi
Pegangan golongan Syiah
Imamiah
Al-Quran
Sebahagian golongan Syiah mempertikai kemurnian dan
keaslian isi kandungan al-Quran. Mereka mentakwilkan maksud
isi al-Quran jika didapati bercanggah dengan sesuatu dasar
iktikad mereka.

Hadis Rasulullah
Syiah tidak menganggap sesuatu hadis sebagai sahih, kecuali
yang dinisbahkan kepada Ahlil Bait atau keluarga terdekat
Rasulullah s.a.w. sahaja, dan beberapa hadis yang diriwayatkan
oleh orang-orang yang rapat hubungannya dan sentiasa
mendampingi Sayyidina Ali dalam penglibatan politiknya.
Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan hadis yang tidak dapat
dipastikan sumber pengambilannya, yang dijadikan asas dan
pokok kepercayaan mereka
Para sahabat Rasulullah
Mereka berpendapat para sahabat telah menjadi kafir
semula selepas kewafatan Rasulullah, kecuali beberapa
orang tertentu yang terlalu sedikit bilangan mereka
dan meletakkan Sayyidina Ali di tempat yang
istimewa. Sebahagian mereka menganggap beliau
sebagai penerima wasiat untuk menjadi khalifah
pertama menggantikan Rasulullah, ada yang
memandangnya sebagai nabi, bahkan ada yang
mengangggpnya sebagai Tuhan.
Akidah Tauhid
Mereka beriman kepada Allah s.w.t. dan keesaan-Nya,
tetapi mencampuradukkan iktikad itu dengan berbagai
bentuk perbuatan syirik. Mereka selalu berdoa kepada
selain daripada Allah, seperti wahai Ali! Wahai Hussain!
Wahai Zainab, bernazar dan berkorban kepada selain dari
Allah. Mereka meminta orang yang telah meninggal dunia
menunaikan hajat mereka. Mereka mendakwa mereka
mengetahui urusan alam ghaib dan berhak mentadbir
perjalanan dunia dan alam ini. Pada mereka mengenal
Allah itu wajib dilakukan dengan berpandukan akal fikiran
dan berpandukan ajaran syarak.
Melihat Allah
Mereka berkeyakinan bahawa melihat Allah tidak
mungkin berlaku, baik di dunia mahupun di akhirat.

Masalah ghaib
Mereka mendakwa imam-imam mereka berhak
mengetahui urusan alam ghaib, dan bukan hak nabi
untuk menyampaikan berita mengenai alam ghaib.
Inilah dasar mereka dalam menisbahkan sifat
ketuhanan kepada imam-imam mereka.
Keluarga Rasulullah
Keluarga Rasulullah s.a.w. hanyalah menantunya Sayyidina Ali dan sebahagian
daripada anak-anak Sayyidina Ali sahaja, kemudian zuriat keturunannya
sesudah zamannya.

Syariat dan hakikat
Mereka menganggap bahawa syariat ialah hukum-hakam yang dibawa Nabi
Muhammad s.a.w yang berkenaan dengan masalah kecil dan soal-soal harian
adalah untuk orang awam sahaja.Tetapi hakikat atau ilmu khas daripada
Allah hanya diketahui oleh imam-imam daripada Ahlil Bait sahaja. Mereka
mendakwa ilmu hakikat itu adalah warisan daripada satu generasi ke satu
generasi dan akan kekal bersama mereka sebagai perkara rahsia.
Seluruh imam mereka dianggap kebal dan terkawal daripada kesalahan
dan doa dan setiap amal perbuatan mereka dipandang sebagai undang-
undang. Lantaran itulah mereka menamakan diri mereka dengan gelaran
Waliullah, Babullah, Al-Maksum, Hujjatullah dan lain-lain
Fekah
Mereka berpegang kepada sumber-sumber mereka
yang khusus mengikut bagaimana yang mereka
nisbahkan kepada imam-imam mereka dan cara
bagaimana mereka mentakwilkan ayat-ayat al-Quran.
Mereka berpendapat imam-imam mereka yang
mujtahid dan maksum itu berhak untuk
mengeluarkan fatwa dan hukum-hakam yang baharu.
Mereka sentiasa mencari jalan untuk menyalahi
golongan Ahli Sunnah dan meluaskan jurang
perbezaan dalam semua masalah
Tumpuan dan taat setia
Mereka menganggap ketaatan dan kesetiaan itu
sebagai sebahagian daripada rukun iman. Kesetiaan
mereka bermaksud mempercayai apa yang dibawa,
diajar dan diarahkan oleh imam-imam yang dua belas.
Sesiapa yang tidak menumpukan taat setia kepada
ahlil Bait mengikut cara dan adat kebiasaan mereka,
tidak berhak diberikan sifat iman, tidak boleh
dijadikan imam solat dan tidak berhak menerima
sebahagian zakat yang wajib, tetapi boleh diberi
sumbangan daripada harta biasa seperti orang kafir
Tipu/Muslihat (al-Taqiyyah)
Al-Taqiyyah bermaksud menunjukkkan sikap yang lain
daripada yang terpendam di dalam hati seseorang kerana
bimbang akan ditimpa bala bencana. Bagi mereka,
muslihat itu adalah wajib yang perlu diberi keutamaan,
kerana mazhab ini tidak dapat ditegakkan melainkan
melalui kaedah tipu muslihat. Mereka mempelajari dasar
dan cara melakukan tipu muslihat secara rahsia san
terbuka. Mereka sentiasa mengunakan tipu muslihat itu
semasa berhubungan orang lain, terutamanya semasa
menghadapi kesulitan. Mereka sanggup menjadi talam dua
muka dan memuji secara belebihan walaupun terhadap
orang yang mereka anggap kafir dan berhak dibunuh
Imamah atau pemerintahan negara
Mereka menganggap jawatan ketua negara diperolehi
secara turun temurun dari salasilah keturunan Sayyidina
Ali dan anak cucu Fatimah, walaupun ada yang berselisih
faham mengenai perkara ini.Mereka tidak akan
memberikan kesetiaan kepada mana-mana pemimpin yang
bukan daripada keturunan tersebut. Teori ini tidak berlaku
seperti yang mereka harapkan. Sebab itulah mereka
menambah satu lagi teori yang mereka namakan
Kepulangan, yang bermaksud bahawa imam mereka yang
terakhir yang dianggap Penyelamat akan bangkit di akhir
zaman, keluar dari bilik persembunyian bawah tanah
untuk menyembelih dan menuntut bela ke atas semua
musuh-musuh politiknya
SYIAH ZAIDIAH
Nama kumpulan ini diambil sempena nama
pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit
kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a
SYIAH BATINIAH
Kumpulan ini menganggap bahawa Al-Quran
mempunyai makna yang zahir dan makna yang batin,
yang hanya boleh difahami oleh Imam mereka iaitu
Muhammad B. Al-Hanafiah
Syiah Imam dua
belas:
majoriti di Iran & Pakistan

Syiah Ismailiyyah:
Imam mereka ghaib (Pakistan)

Syiah Alawiyyah:
keterlaluan
Ali sepatutnya Nabi, Ali jelmaan
Allah
Ramai di Syria
Syiah Zaidiyyah:
Paling mirip dengan Ahli Sunnah
Wal Jamaah
Syria
Pecahan
48
Ritual ekstrim hari Asyura
Pada hari Asyura
Di Iraq
Amalan ini diharamkan
oleh sebahagian ulama
syiah
21/9/2014 49
KHAWARIJ
KHAWARIJ
Khawarij adalah perkataan Arab berasal dari kata
kharaja; yang bererti keluar. Pada awalnya golongan
ini adalah penyokong Saidina Ali r.a yang berjuang
menentang Muawiyah r.a. tetapi mereka menolak
keputusan Majlis Tahkim yang melantik Muawiyah r.a.
sebagai khalifah, lalu mereka berpaling tadah dari
menyokong Saidina Ali dan keluar untuk membentuk
kumpulan sendiri.
Antara mereka ialah al-Asyth Ibn Qays, Masud Ibn
Fadaki, al-Tamimi dan Zaid Ibn Husayn al-Atai.
Selepas majlis tahkim, puak Khawarij telah
bersepakat untuk membunuh Ali, Amru Ibn al-As
dan Muawiyah yang mereka anggap telah menyebab
perpecahan di kalangan umat Islam dan melakukan
kesalahan yang besar
Sejarah Khawarij
Penyokong Ali
Tidak setuju
perjalanan
Majlis Tahkim
(37 Hijrah)
keluar dari
majlis
Kafirkan yang
tidak sefahaman
dengan mereka.
(Ali, Aisyah &
Uthman)
53
Ia Masalah hukum orang yang melakukan
dosa besar & mati blm taubat: kafir atau
fasiq? Kekal dalam neraka atau tidak?
Secara ringkasnya, akidah Khawarij dapat disimpulkan
sebagai berikut:
Mengenai hukum amali, majoriti puak ini
berpendapat wajib memberontak terhadap khalifah
yang fasik atau melakukan maksiat.
Khilafah bukan menjadi hak golongan tertentu,
namun mestilah berdasarkan pilihan umat Islam.
Khalifah yang menyimpang mesti dipecat atau
dibunuh. Khalifah lebih baik dipilih dari kalangan
bukan Qurausy agar mudah dipecat.
Mereka menerima kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan
Uthman diperingkat awal pemerintahannya, dan mengakui
kekhalifahan Ali sebelum majlis tahkim sahaja.
Mereka berlepas diri dari Uthman di saat akhir
pemerintahan beliau, dan khalifah Ali selepas tahkim.
Mereka menyatakan semua khalifah Bani Umayyah adalah
menyimpang.
Mendirikan sembahyang, puasa, haji dan lainnya, serta
menjauhi perkara mungkar adalah sebahagian daipada
iman. Orang yang tidak melakukan perkara tersebut
adalah bukan mukmin tetapi fasik.
Beri'tikad kafir ke atas pelaku dosa besar
Mengkafirkan orang yang berbeza i'tikad dengan mereka
Ajaran KHAWARIJ
Orang yang tidak sefahaman dengan mereka adalah
kafir, termasuk Ali bin Abi Talib

Orang yang membuat dosa besar adalah kafir &
dimasukkan selamanya dalam neraka jika mati belum
taubat.

Tempat kediaman mereka adalah Darul Islam. Daerah
orang yang bertentangan dengan mereka Darul Harb.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus berubah
menjadi dosa besar, lalu menjadi musyrik. Juga yang
tidak berperang bersama mereka.

Taqiyyah
KHAWARIJ
Zaman Ini
Golongan yang asal tidak wujud
lagi

Yang hanya tinggal pecahan
golongan: IBADIYYAH (Oman
& Algeria)

Hanya berkeyakinan bahawa
sesiapa yang melakukan dosa
besar dan mati sebelum
bertaubat : kekal di dalam
neraka.

MUTAZILAH
Mutazilah & Sejarah
Kemunculannya
Itizal / : pengasingan
Golongan yang mengasingkan diri kerana pendapat mereka
berbeza dari pendapat Ahl Sunnah wal Jamaah
Muncul akhir zaman Umaiyyah
Berkembang zaman Abbasiyah
Terkesan dengan falsafah
Yunani/Greek
Utamakan Logik Akal
Muncul di Baghdad, Iraq
59
Pengasas Mutazilah
Wasil bin
Ata
(699-749M)
Berselisih dgn
gurunya Hasan
al-Basri
(642-748M)
Masalah:mati
sebelum bertaubat
dari melakukan
dosa besar.
Wasil: mereka yang
mati itu bukanlah
mumin atau kafir.
Tetapi menerima
hukuman lebih
ringan di neraka.
Kurun ke-8
Meninggalkan
gurunya
60
MUKTAZILAH
Muktazilah merupakan satu aliran teologi Islam yang
bersifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan
aliran ini daripada aliran yang lainnya adalah pandangan
teologisnya lebih banyak ditunjangi akal dan bersifat
filosofis, sehingga disebut aliran rasionalis Islam.
Aliran ini muncul sebagai reaksi terhadap
pertentangan antara aliran Khawarij dan aliran Murjiah
mengenai soal orang mukmin yang berdosa besar. Bagi
golongan Khawarij, mukmin yang melakukan dosa besar
adalah kafir. Bagi kaum Murjiah, mukmin yang melakukan
dosa besar masih lagi mukmin.
Bagaimanpun Wasil bin Ata berpandangan bahawa
mukmin yang berdosa besar menempati kedudukan
antara mukmin dan kafir, mendahului gurunya, Hasan
al-Basri seorang ulama terkenal di Basra. Tegasnya,
orang itu bukan mukmin dam bukan kafir, tetapi di
antara keduanya. Di akhirat nanti, orang itu akan
dimasukkan ke dalam neraka, tetapi seksaan yang
diterima lebih ringan daripada seksaan orang kafir.
Pandangan ini menjadi doktrin Muktazilah al-
Manzilah bain al-Manzilatain. Setelah itu Wasil
meninggalkan gurunya dan membentuk kelompoknya
sendiri yang menjadi perintis Muktazilah
Pengaruh MUTAZILAH &
Kejatuhannya
Disokong beberapa
khalifah Umaiyyah.
Khalifah Abbasiyyah al-
Mamun,:
Mutazilah sebagai
pegangan negara.
Abu Hassan al-Asyari (Ahl
Sunnah) membidas:
membuat gabungan Aqidah
& Logik.
Pendapat Abu
Hassan lebih
diyakini ramai.
Ajaran Mutazilah
Allah tidak dapat dilihat pada
Hari Akhirat
Allah tidak mempunyai sifat
Al-Quran adalah MAKHLUK
Akal yang menentukan Baik &
Buruk
Tidak wujud
Mikraj
Azab dalam kubur
Hisab, sirat, syafaat
Malaikat pencatit
Arasy & Kursi Allah
JABARIAH
Perkataan Jabariyah berasal dari kata Jabara. yang
bererti memaksa. Manakala pengertiannya dari segi
istilah ialah suatu aliran fahaman yang menolak
adanya perbuatan dari manusia dan menyandarkan
segala perbuatan itu kepada Allah S.W.T. Dengan kata
lain adalah manusia mengerjakan perbuatan dalam
keadaan terpaksa (majbur)
Firqah ini juga dikenali dengan nama al-Jahamiyyah,
sempena nama tokoh firqah ini. Tokoh pendiri aliran
ini ialah: Jaham ibn Sofwan
DOKTRIN JABARIYYAH
Golongan ini berpegang bahawa setiap perbuatan
yang dikerjakan oleh manusia tidak berdasarkan
kehendak manusia itu sendiri, tetapi diciptakan oleh
Allah S.W.T. dan dengan kehendak-Nya. Mereka
berpandangan bahawa manusia tidak mempunyai
kebebasan dalam berbuat karena manusia tidak
memiliki kemampuan. Bahkan ada yang menyebut
bahawa golongan ini berpendapat manusia itu
umpama wayang dan Tuhan itu sebagai dalangnya.
Umpamanya: sekiranya seorang itu mencuri,
perbuatan mencuri itu bukanlah terjadi atas
kehendaknya sendiri, tetapi timbul karena Qadha dan
Qadar Allah S.W.T yang menghendaki demikian.
Golongan ini mendakwa mengambil hujah dari
beberapa ayat al-Quran, antaranya ayat 96, surah al-
Shaffat, Allah S.W.T. berfirman:

Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa
yang kamu perbuat itu.

Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
bertindak (qudrat),
Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
memilih (iradat),
Oleh itu, segala gerak-geri atau pekerjaan manusia
pada hakikatnya adalah dari Allah S.W.T. semata-
mata, walaupun segala gerak-geri atau pekerjaan
manusia itu akan dibalas pada hari Akhirat dengan
surga atau neraka
Selain dari doktrin di atas, golongan ini juga
mempunyai pegangan berikut:
Surga dan neraka adalah tidak kekal. Tidak ada yang
kekal selain Allah S.W.T.
Iman adalah marifat atau membenarkan di dalam
hati.
Kalam Allah (al-Quran) adalah makhluk. Oleh karena
itu, dia baru. Sesuatu yang baru itu tidak dapat
disifatkan kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T. tidak mempunyai sifat yang serupa
dengan makhluk seperti berkata-kata, melihat,
mendengar.
QADARIAH
Perkataan Qadariyah berasal dari bahasa Arab, iaitu
kata qadara yang bererti kemampuan dan kekuatan.
Manakala dari segi istilah, Qadariyah ialah suatu
aliran yang percaya bahawa tidak ada campurtangan
Tuhan di dalam segala tindakan manusia. Mereka
berpegang bahawa setiap orang adalah pencipta bagi
segala perbuatannya. Maka dia berbuat sesuatu atau
meninggalkannya di atas kehendaknya sendiri
TOKOH UTAMA QADARIYYAH
Mabad Al-Juhani
Ghailan al-Dimasyqi

DOKTRIN QADARIYYAH
Manusia mempunyai kemampuan untuk bertindak
(qudrat),
Manusia mempunyai kemampuan untuk memilih
(iradat),
Oleh itu, manusialah yang menentukan untuk berbuat
kebaikan atau keburukan dan dia sendirilah yang akan
berpertanggungjawab di atas segala perbuatannya itu.

Golongan Qadariyah berpendapat bahawa tidak ada
alasan untuk mengaitkan segala perbuatan manusia
kepada perbuatan Tuhan. Mereka mendakwa bahwa
hujah mereka berasaskan kepada beberapa ayat al-
Quran, umpamanya ayat 29, surah al-Kahfi, Allah
S.W.T. berfirman:

Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari
Tuhanmu; Maka Barangsiapa yang ingin (beriman)
hendaklah ia beriman, dan Barangsiapa yang ingin
(kafir) Biarlah ia kafir"..

Manusia mempunyai kemampuan untuk bertindak
(qudrat),
Manusia mempunyai kemampuan untuk memilih
(iradat),
Oleh itu, manusialah yang menentukan untuk berbuat
kebaikan atau keburukan dan dia sendirilah yang akan
berpertanggungjawab di atas segala perbuatannya itu

Anda mungkin juga menyukai