Anda di halaman 1dari 19

HAKIKAT INSAN OLEH

HAJI AHMAD
LAKSAMANA
PENGENALAN KEPADA
A BRIEF INTODUCTION
TO THE BOOK
LATAR BELAKANG

1. Nama sebenar beliau ialah Hj. Ahmad Laksamana
bin Omar

2. Beliau tinggal di No. 22324 Kg. Wakaf Setan, Kubang
Krian, Kota Bharu, Kelantan.

3. Ajaran ini didapati tersebar di Kota Bharu dan di
Markas No. 22324 Kg. Wakaf Setan, Kubang Krian,
Kota Bharu, Kelantan.

4. Antara negeri-negeri lain dimana ajaran ini tersebar
ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang.

CIRI-CIRI KESALAHAN

1. Diri batin kita adalah Tuhan.

2. Matlamat mengajar ilmu hakikat ialah untuk menjadi Allah
pada zahir dan batin yakni pada diri zahir batin pada martabat
kemuliaan Insan Kamil Mukamil, tiada sesuatupun pada
dirinya kecuali Allah semata-mata kerana kita asal dari Allah
maka kembali jadi Allah.

3. Tanpa Muhammad Wajib (tentu) Tuhan tiada.

4. Matlamat akhir pengajian makrifah adalah untuk kembali
semula menjadi Tuhan pada martabat diri kita pada alam
ghaib yakni Ahad.

5. Hakikat sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kita
sendiri bahawa tiada yang nyata pada kita adalah Allah (diri
batin) dan Muhammad itu adalah diri zahir kita membawa dan
menanggung rahsia Allah S.W.T.





6. Ajaran Ilmu Tajalli ini adalah berdasarkan Tasawuf Martabat
Tujuh yang sama dengan Ajaran Taslim.

7. Mengguna hadis maudu'.

8. Diri zahir manusia dari Nur Muhammad. Zahir manusia ialah
Muhammad.

9. Kalimah syahadah ditafsir menurut bilangan kalimah dan
kalimah itu menurut bilangan huruf. Tiap satu huruf itu dengan
kalimah-kalimah istilah martabat tujuh, kebatinan.

10. Zikir yang kemuncak ialah ah, ah, ah ( ) huruf
pertama dan akhir daripada lafaz Allah ( ) ditafsirkan Alif -
kemaluan lelaki, dan ha itu berlubang, alat kemaluan
perempuan. Demikian juga sembahyang lima waktu
terkandung dalam kalimah al-Hamdu ( ) lima huruf.

11. Tiada yang menyembah dan yang kena sembah.

FATWA TENTANG KESESATAN
AJARAN INI
Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam
Kelantan, Warta pada 3 Julai, 1986.Setelah
mengkaji isi buku 'Tajalli' dan Hakikat Insan'
karangan Haji Ahmad laksamana, pita rakaman
ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir-
butir upacara keugamaan yang mempunyai
hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas
bertentangan dengan dasar akidah dan
hukum-hukum Islam kerana mengandungi
kata-kata-syirik, sesat, khurafat, kata-kata
karut dan mereka-reka perkara yang bukan
dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan
demikian. Jemaah Ulama bersetuju
memfatwakan bahawa Haji Ahmad laksaman bin
Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat'.

Mahkamah Kadi Besar Kelatan mensabitkan tiga (3) kes iaitu di
bawah Seksyen 68 [10(m 69 dan 74)] Undangundang Majlis
Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan
menghukum:

i. Mengajar atau memberi penerangan Ugama tanpa
kebenaran tauliah dari Majlis - dihukum denda RM250.00
atau sebulan penjara.

ii. Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan
dengan hukum syarak - humum denda RM250.00 atau 3
bulan penjara.

iii. Mengeji dan mencaci Ugama Islam - dihukum denda
RM1,000.00 atau 6 bulah penjara.

iv. Kejadian berlaku pada 4 Oktober 1985 jam (10.00 malam)
atas aduan yang dibuat pada 5.10.1985 dan pendakwaan
dilakukan oleh Pendakwa Syarie Kelantan.



FATWA AJARAN HJ. AHMAD LAKSAMANA BIN OMAR

Tarikh Keputusan:
28 Jan, 1986

Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Jan 1986 telah
membincangkan fatwa mengenai ajaran Hj. Ahmad
Laksamana Bin Omar. Mesyuarat telah membuat keputusan
bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:



Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen
14 (3) Undang-Undang Majlis Ugama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis menerusi Jamaah
Ulama menetapkan Fatwa sebagaimana berikut:

Setelah mengkaji isu buku "Tajalli" dan "Hakikat insan"
karangan Hj. Ahmad Laksamana, pita rakaman
ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir upacara
keugamaan yang mempunyai hubungan rapat
dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan
dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana
mengandungi kata-kata syirik, sesat, khurafat, kata-
kata carut dan mereka-reka perkara yang bukan dari
ajaran sebenar ugama Islam, dengan yang
demikian Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan
bahawa Haji Ahmad Laksamana Bin Omar menganuti
dan menyebar ajaran salah.


Fatwa-fatwa tersebut hendaklah tertakluk
kepada semua orang Islam yang tinggal di
dalam negeri selain daripada orang-orang
Islam yang bukan Bangsa Melayu yang
tertakluk kepada undang-undang diri selain
daripada yang terdapat di Kelantan.

Sumber; http://muamalat.islam.gov.my/kategori-
fatwa/akidah?page=17&%24Version=1&%24Path=%2F

Anda mungkin juga menyukai