Anda di halaman 1dari 15

1

1.0 PENDAHULUAN
Menurut kamus dewan, pensejarahan bermaksud suatu penulisan ataupun karya berkaitan
dengan sejarah. Pensejarahan juga boleh ditakrifkan sebagai hasil karya atau penulisan yang
ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang
zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan
pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran
masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial. Sejarawan telah
merekodkan peristiwa-peristiwa lampau melalui pelbagai cara dan kaedah termasuklah
menggunakan dokumen, video dan juga audio daripada sumber-sumber lisan dan bertulis.
Segala pensejarahan ini telah disimpan sama ada secara persendirian ataupun pihak kerajaan.
Segala catatan dan rekod mengenai peristiwa masa lampau menjadi satu khazanah yang amat
bernilai dan dianggap satu karya agung kerana ia menceritakan pelbagai rahsia mengenai
peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku.
Makna pensejarahan Malaysia pula membawa maksud hasil karya atau penulisan yang
berkaitan dengan sejarah berkenaan Malaysia. Para sejarawan tempatan masa kini seperti
Khoo Kay Kim berpendapat bahawa pensejarahan di Malaysia bermula pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka di mana pada zaman tersebut telah masuknya para ilmuwan dan
teknologi untuk merekod sebarang peristiwa penting pada ketika itu melalui aktiviti perdagangan
yang bergiat aktif. Pensejarahan Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelum
merdeka dan selepas merdeka. Pensejarahan sebelum merdeka pula terbahagi kepada dua
tahap iaitu tahap ertama yang bermula pada zaman feudalism melayu dan tahap kedua
bermula pensejarahan moden yang bersifat berpusatkan Eropah ( Euro-centric) yang dicatatkan
oleh sejarawan British di Tanah Melayu. Selepas era kemerdekaan negara pula, perkembangan
pensejarahan Malaysia yang baharu telah muncul dengan kehadiran para sejarawan tempatan
yang lebih bersifat berpusatkan Malaysia (Malaysia-centric).
Zaman feudalism adalah zaman pemerintahan di Tanah Melayu sebelum kedatangan
penjajah barat termasuklah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau,
Kesultanan Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Melaka yang terkenal sebagai pelabuhan entrepot di seluruh dunia telah membawa ramai alim
ulama untuk masuk ke istana Melaka dan mula bergiat aktif dalam persuratan dan kesusteraan.
Antara karya pensejarahan pada zaman feudal Melayu termasuklah melalui penulisan
berkenaan salasilah raja-raja, peraturan dan undang-undang negeri, hikayat dan penulisan
sastera lain seperti syair dan gurindam. Kebanyakan karya pensejarahan pada zaman
2

feudalisme Melayu dibuat atas perintah seseorang Sultan yang memerintah dan lebih bertujuan
untuk mengangkat martabat dan kemuliaan seseorang Sultan dan golongan diraja. Corak
penulisan pensejarahan pada zaman feudalisme Melayu tidak begitu mementingkan kesahihan
dan keobjektifan penulisannya kerana dicampur aduk dengan pelbagai unsur seperti dongeng,
mitos dan lagenda dan naratifnya banyak berkisar di istana semata-mata.
1.1 Wacana Karya Agung
Sastera sejarah merupakan Kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifatsifat tempatan
dari segi isinya iaitu yang bercorak sejarah. Karya karya yang bersifat sejarah cukup bernilai
kerana ianya adalah bukti dan sumber sejarah yang berlaku pada masa dahulu. Secara amnya,
karya karya sastera sejarah banyak menceritakan kisah kegemilangan negara-negara Melayu
lama. Menurut kamus dewan, karya merupakan kerja, buatan atau ciptaan, manakala agung
pula merupakan besar, terutama, teristimewa. Oleh yang demikian, karya agung membawa
maksud sebuah hasil penulisan yang istimewa yang telah diterbitkan pada suatu masa dahulu
dan juga merupakan karya yang istimewa kerana ia memaparkan pemikiran bangsa Melayu
zaman dahulu selaku orang-orang yang telah membuka negara dan ia juga menceritakan
pelbagai kisah yang menyimpan dan merekodkan pelbagai rahsia serta perjalanan dahulukala.
Karya agung dapat dikelaskan sebagai dua bahagian iaitu mitos dan sejarah. Hal ini demikian
kerana sifat karya agung tersebut yang terdiri daripada kisah zaman pemerintahan raja-raja
yang sememangnya tercatat dalam sejarah disamping turut terselit unsur mitos, lagenda
mahupun humor dalam karya agung tersebut.
Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan
(pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira
kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang
Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan
etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu
mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan
kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa karya agung ialah karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang atau
tukang cerita untuk menceritakan tentang kehidupan masyarakat Melayu. Karya agung juga
merupakan karya yang tinggi nilainya dan diangkat oleh masyarakat sebagai sebuah karya
khazanah atau pun karya untuk masyarakat.
3

1.2 Sinopsis
Karya-karya pensejarahan Melayu tradisional seperti Sulalatus Salatin dan Tuhfat al-Nafis
terikat pada tema penceritaan terhadap asal usul dan salasilah raja-raja yang memerintah,
selain tema penceritaan yang berkait dengan peristiwa politik dan pentadbiran dalam kalangan
pemerintah. Karya Sulalatus Salatin yang juga turut dikenali sebagai Sejarah Melayu
merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Karya ini bersifat sastera sejarah kerana terdapat unsur mitos,
lagenda, tiada tarikh dan sebagainya. Contohnya perkara yang betul-betul benar adalah
mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan perkara-perkara mitos pula
ialah mengenai tulah raja. Tulah ini dianggap sebagai satu bala yang akan menimpa sesiapa
yang tidak mengikut arahan ataupun menghina raja. Tulah ini merupakan satu daripada mitos-
mitos yang ditulis sebagai pengikat taat setia rakyat kepada pemerintah dengan menggunakan
ketakutan terhadap kehebatan dan keagungan seorang raja. Selain itu, secara keseluruhannya,
karya Sulalatus Salatin ini menceritakan mengenai tampuk pemerintahan zaman kesultanan
Melaka, pembukaan negeri, kepahlawanan pendekar Melayu serta turut menceritakan
mengenai ketatanegaraan.
Sulalatus Salatin menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang
memerintah Melaka. Tun Seri Lanang, bendahara Johor pada ketika itu menceritakan
pemerintah Melaka seorang demi seorang bermulalah daripada Raja Iskandar Zulkarnain
sehinggalah Sultan Mahmud dan sewaktu Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah
Melaka menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita terakhir dikisahkan angkatan Portugis yang
diketuai oleh Alfonso dAlbuquerque menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada
Portugis dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri Pahang. Sulalatus Salatin
memaparkan 34 kisah yang meyingkap mengenai pemerintahan Melayu Melaka dan kisah-
kisah yang boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat.
Peristiwa yang berlaku sepanjang penceritaan di dalam karya agung Sulalatus Salatin
ini mengambil kira kawasan latar tempat yang luas serta perjalanan latar masa yang panjang.
Latar tempat yang diceritakan di dalam Hikayat Sejarah Melayu ini tidak hanya berfokus di
negeri Melaka semata-mata malahan turut berlaku di tempat-tempat lain seperti Majapahit,
Siam, China, Keling dan sebagainya. Manakala perjalanan masa penceritaan pula mengambil
kira dari awal zaman pembukaan kota Melaka sehinggalah pada akhir kejaatuhan Melaka ke
tangan Portugis yang kira-kira melebihi seratus tahun. Manakala latar masa perkembangan
cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masa yang lama iaitu melebihi seratus tahun.
4

Pengkisahan yang berlaku adalah di sekitar raja-raja Melayu bertujuan untuk menggambarkan
kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang memerintah dan keagungan yang
diperintah oleh mereka.
Di samping itu, Hikayat Abdullah Munsyi adalah satu karya penulisan yang ditulis oleh
Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi berkaitan tentang suatu gambaran mengenai corak-corak
kehidupan masyarakat di negeri Melaka pada sekitar tahun 1800 hingga tahun 1840-an.
Perkataan Munsyi bukanlah sebahagian daripada nama beliau, bahkan ia merupakan salah
satu gelaran yang diambil dari bahasa hindustan yang bermaksud seorang guru. Peristiwa yang
berlaku dialami, dilihat dan didengar sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah Bin Abdul Kadir
Munsyi). Hikayat Abdullah ini ditulis oleh beliau semasa beliau menetap di Singapura dan
walaupun ia menceritakan tentang perjalanan hidup beliau, namun penulisannya dipertikaikan
kesahihan dan keobjektifan kerana kurangnya maklumat terperinci seperti tarikh yang spesifik
atau releven. Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan sejarah atau politik yang tulen kerana ia
tidak membentangkan analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan politik dan
pemerintahan. Buku ini lebih cenderung kepada pendekatan sejarah sosial.
Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman
kanak-kanak, zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun
semua itu hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja
daripada penceritaan Hikayat Abdullah. Sebahagian besar yang dikisahkan di dalam Hikayat
Abdullah adalah berkaitan peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan
dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris
yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan, selain itu, penceritaan ini juga
berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah. Dalam Hikayat Abdullah ini juga,
Abdullah sering menceritakan tentang cara pemikiran dan falsafah beliau terhadap beberapa
isu seperti bahasa Melayu, sikap orang Melayu, kehebatan teknologi orang Eropah, dan
berkenaan sistem pemerintahan Inggeris. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial
pada zaman Abdullah Munsyi semasa beliau tinggal di Melaka.
Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah dari satu sudut di mana tiada
perkaitan antara politik yang sering dikaitkan dengan bias dalam penulisan tetapi lebih tertumpu
kepada suasana atau keadaaan kehidupan hubungan masyarakat. Kehidupan sosial ini
termasuklah dari segi budaya pemakaian, percakapan, pergaulan, sistem ekonomi, pendidikan,
bahasa, adat resam, dan juga cara pemikiran masyarakat setempat. Suasana ini dapat dilihat
melalui pergerakan seharian dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Skop sosial ini juga meliputi
5

perhubungan para penduduk dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang
demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat objektif dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak
dipengaruhi unsur siapa yang benar, siapa yang salah kerana segala peristiwa yang telah
berlaku itu, memang benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak
pemerintahan serta politik sezaman. Semua ini menjadi sebahagian daripada apa yang
dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.
2.0 JATI DIRI BANGSA
Jati diri ialah adalah sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau
bangsa. Dalam karya-karya agung yang telah ditulis oleh tokoh-tokoh terdahulu, terdapat
banyak nilai-nilai jati diri yang dapat ditemui daripada penceritaan mengenai keadaan sosial
masyarakat pada zaman itu kerana identiti masyarakat yang dapat dinilai melalui pemerhatian
penulis tidak mungkin direka semata-mata. Antara nilai-nilai jati diri termasuklah amanah, jujur,
bijak, cergas, dedikasi, bertanggungjawab, berdikari, telus, elok peribadi, gigih, motivasi tinggi,
dan beriman. Melalui penulisan karya-karya agung, kita akan dapat mempelajari dengan lebih
mendalam akan pembentukan jati diri bangsa melayu yang terdahulu. Nilai tersebut
diperturunkan secara tidak langsung melalui pengkisahan cerita-cerita yang ditulis oleh
pengarang sama ada mengenai kisah dirinya mahupun kisah mengenai corak kehidupan
masyarakat.
Nilai jati diri yang pertama yang paling jelas dapat dilihat pada zaman dahulu adalah
nilai ketaatan dan kepatuhan terhadap perintah dan ungkapan sultan mahupun raja yang
memerintah. Jati diri bangsa Melayu ini digambarkan oleh pengarang sebagai satu bangsa
yang mempunyai nilai penghambaan yang tinggi kepada sultan melalui nilai taat dan patuh
kepada sultan dan raja disebabkan oleh beberapa kepercayaan yang diselitkan unsur mitos
akan kehebatan sultan. Kepercayaan akan kehebatan sultan yang mempunyai leluhur yang
sangat hebat dan mulia serta kepercayaan akan tulah yang akan menimpa si penderhaka
sultan adalah faktor pengikat taat setia masyarakat pada ketika itu. Ketaatan ini telah
digambarkan dalam penceritaan Sejarah Melayu melalui kisah-kisah seperti peristiwa
pembunuhan Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Raja Ahmad. Walaupun
terdapat segelintir masyarakat dan pengikut Paduka Raja yang sanggup menderhaka dan
bersedia menuntut bela atas kematian Tun Besar walaupun ditimpa tulah sekalipun, namun Tun
Perak enggan menderhaka kepada rajanya disebabkan adat hamba Melayu tiada derhaka
kepada tuannya.
6

Selain itu, penceritaan akan tulah ataupun bala yang menjadi punca ketakutan yang
menyebabkan rakyat tidak berani untuk menderhaka kepada pemerintah turut banyak diselitkan
antaranya adalah penceritaan mengenai kisah pembesar Singapura, Sang Rajuna Tapa dan
isterinya. Pembesar ini telah menderhaka kepada raja Iskandar Syah dengan membelot
berkomplot dengan angkatan tentera perang Majapahit sewaktu Majapahit melanggar
Singapura. Perbuatan belot ini dikatan adalah punca daripada pembunuhan anak Sang Rajuna
Tapa akibat fitnah daripada raja. Dan pada akhirnya, sebelum Sang Rajuna Tapa lari daripada
Singapura, dia dan isterinya telah disumpah menjadi batu dan ini merupakan salah satu tulah
akibat menderhaka raja. Peristiwa ini menceritakan tentang betapa pentingnya sumpah taat
setia seorang rakyat kepada raja sehingga rakyat tidak boleh menderhaka walaupun sultan raja
tersebut adalah raja yang sangat kejam dan zalim. Nilai jati diri ini menunjukkan betapa taat dan
setianya rakyat kepada raja tidak kira apa jua sekalipun yang berlaku. Berdasarkan konsep
ikatan daulat dan konsep tulah inilah maka orang Melayu dilihat sangat mentaati rajanya yang
dianggap sangat mulia kerana keturunan leluhurnya.
Kepercayaan-kepercayaan yang disebabkan adat resam yang mundur ini turut
mempengaruhi pegangan hidup walaupun setelah kedatangan Islam ke Melaka pada ketika itu.
Pegangan agama Islam pda diri masyarakat pada ketika itu amatlah lemah kerana jati diri
masyarakat yang pada sebelum itu berpegang teguh pada kepercayaan agama Hindu-Buddha.
Pegangan hidup mereka yang percaya akan wujudnya semangat-semangat untuk setiap benda
di dunia ini ataupun lebih tepat digelar pegangan animisme masih sukar untuk dihapuskan dan
telah sebati sebagai jati diri ataupun pegangan hidup mereka pada ketika itu. Hal ini dapat
dilihat apabila masyarakat masih lagi mengamalkan ilmu-ilmu ghaib, mistik dan amalan-amalan
yang bertentangan dengan ajaran islam di mana masih lagi berlakunya pemujaan-pemujaan
terhadap syaitan yang dilakukan oleh para bomoh tidak kiralah bertujuan untuk kesihatan,
kekayaan mahupun perkara hasad dengki.
Antara peristiwa yang menceritakan tentang semangat animisme dan penggunaan ilmu
hitam dapat dilihat di dalam Karya Agung Sulalatus Salatin melalui kisah Hang Nadim yang
cuba merampas Tun Teja dari istana Pahang dan dipersembahkan kepada Sultan Mahmud
Syah. Hang Nadim telah menggunakan ilmu guna-guna untuk mendapakan Tun Teja. Ilmu
tersebut diletakkan melalui perantaraan dalam bentuk kelulut ataupun serbuk yang apabila
disapu ke atas tubuh Tun Teja maka Tun Teja akan berasa berahi terhadap Sultan Mahmud
Syah. Seterusnya, aktiviti pengamalan ilmu-ilmu ghaib ini turut dapat dilihat dalam peristiwa
Sultan Mansur Syah yang telah membelanja sesiapa yang sanggup mempelajari ilmu gajah di
7

istana Melaka yang bersifat memuja semangat untuk menundukkan binatang-binatang liar. Hal
ini menunjukkan betapa lemahnya pegangan agama Islam masyarakat pada ketika itu sehingga
bercampur aduk dengan pegangan-pegangan dan adat yang bertentangan dengan agama dan
bersifat mundur.
Manakala penulisan Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah menceritakan jati diri
masyarakat Melayu yang berada di dua persimpangan di mana pembentukan jati diri
masyarakat pada ketika itu dipengaruhi dengan kehadiran pendudukan orang-orang british.
Abdullah Munsyi yang memulakan penulisan bermula sejak kelahirannya pada 1796
sehinggalah pada ketika beliau menetap dan tinggal di Singapura telah mengalami keadaan
sosial yang berbeza dengan masyarakat melayu yang terdahulu disebabkan pembaharuan
yang dibawa oleh pihak British di Melaka. Terdapat dua golongan yang wujud pada masa itu di
mana mereka mula memikirkan sama ada ingin meneruskan adat dan tradisi jati diri terdahulu
yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka ataupun mengambil satu langkah besar
dengan secara keterbukaan fikiran mengubah pendirian dengan menerima masuk ilmu,
ideeologi dan amalan baru seiring dengan perubahan dan peredaran arus semasa.
Masyarakat yang hidup sezaman dengan Abdullah Munsyi pada ketika itu masih lagi
berpegang teguh atas kepercayaan karut marut yang diperturunan daripada orang-orang yang
terdahulu. Ketaatan dan tunduk patuh pada sultan yang melampau walaupun dizalimi adalah
disebabkan pegangan masyarakat yang percaya akan perkara tahyul dan adat resam yang
mundur. Antara adat yang paling tidak masuk akal antaranya adalah adat menjual anak yang
turut dilakukan oleh ibu bapa Abdullah Munsyi sendiri. Selain itu kepercayaan bahawa setiap
nama yang diberi akan mempengaruhi tahap kesihatan dan pemilihan nama itu haruslah
bersesuaian dengan tuan punya badan ataupun si anak kecil tersebut dan nama yang tidak
sesuai boleh mengakibatkan bayi tersebut merana dengan kondisi kesihatan yang tidak
menentu seperti yang diceritakan dan dikritik oleh Abdullah dalam hikayatnya Bahawa ini pun
satu adat nenek moyang bodoh, yang tiada ia mengetahui Allah Taala.... Syahadan ada pula
orang yang percaya sebab nama budak itu terlalu besar itulah kononnya mendatangkan
penyakit atau mati. Maka sekalian itu bohong dan adat-adat bodoh belaka.
1

Selain itu, keadaan masyarakat pada ketika itu yang masih lagi kurang terdedah dengan
ilmu pengetahuan, masih lagi percaya akan perkara-perkara mistik dan penerangan sesuatu
perkara dengan hujah yang tidak masuk akal seperti mana yang berlaku kepada Kota Melaka

1
Kassim Ahmad, Hikayat Abdullah, Kuala Lumpur, 2007, hlm 15
8

yang begitu sukar untuk ditembusi lantas dikaitkan dengan wujudnya para jembalang yang
menjaganya sehinggakan Tuan Farquhar gagal meruntuhkan Kota Melaka. Hujah tersebut tidak
boleh dipakai dan sebetulnya kekebalan Kota Melaka adalah disebabkan kekuatan Kota Melaka
itu sendiri di mana pusat pentadbirannya yang terletak di atas gunung yang memberi kelebihan
dengan mampu memerhatikan gerak geri dan susun atur strategi musuh. Dan kritikan yang
diberikan oleh Abdullah terhadap masyarakat yang percaya akan kehebatan Encik Sulung atau
lebih dikenali sebagai Pawang Gajah yang begitu mahir menjinakkan adalah disebabkan oleh
kebolehan ilmu gajah ataupun pemujaan roh bagi menjinakkan haiwan liar. Ketaksuban itu telah
membuatkan masyarakat mereka cerita dan menokok tambah dengan segala kepercayaan
karut mereka sedangkan bagi Abdullah, peristiwa Pawang gajah menundukkan hampir 63 ekor
gajah itu sebagai satu perkara yang bukanlah luar biasa dan boleh dilakukan dengan ilmu
pengetahuan dan kebijaksanaan tanpa perlu menggunakan ilmu mistik mahupun jin.
Seterusnya, gaya pemikiran dan pegangan hidup masyarakat melayu pada ketika itu
agak mundur dan kolot. Pegangan Islam yang lemah membuatkan mereka memandang agama
itu satu perkara yang lain daripada hal ehwal dunia, sedangkan agama itu adalah merangkumi
segalanya. Pemikiran yang sempit ini dapat dilihat sehinggakan ibu bapa mencegah anak-anak
mereka untuk mempelajari ilmu bahasa Inggeris mahupun menuntut ilmu daripada orang
Inggeris kerana bimbang akan pegangan tauhid yang akan bergoyah dan beranggapan bahawa
ilmu Inggeris akan menyebabkan mereka murtad, terkeluar daripada agama Islam dan masuk
Kristian. Kepercayaan kolot ini sangat dikritik oleh Abdullah dan Abdullah sendiri telah berdialog
dengan masyarakat mengenai perkara ini seperti yang ditulis dalam hikayat beliau, Jangan
baca kitab ini. Buangkan, karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita. Maka jawabku
kepada mereka itu, Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa
Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu?... ertiya iman itu
kuketahui, percaya. Maka jikalau kiranya tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? ....
Maka diamlah mereka itu.
2

Sepanjang penceritaan beliau di dalam hikayatnya, dapatlah dinilai bahawa masyarakat
pada zaman tersebut masih lagi berfikiran kolot dan tertutup. Nilai jati diri yang dimiliki bersifat
tradisional yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka serta mempunyai nilai yang hampir
sama sewaktu dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka dan tidak ramai yang memilih untuk
mengubah jati diri walaupun pihak Inggeris telah membawa masuk pelbagai kecanggihan
teknologi serta cara pemikiran baru yang lebih terbuka. Ilmu pengetahuan yang cetek turut

2
Ibid., hlm. 102
9

mempengaruhi nilai jati diri masyarakat. Jati diri masyarakat pada ketika itu dilihat kekal dengan
kepercayaan terhadap adat dan kepercayaan tertentu yang kadangkala bersikap jumud dan
tertutup daripada arus perubahan semasa pada waktu itu.
Akhir sekali, nilai jati diri yang dapat dihuraikan daripada Hikayat Abdullah adalah dengan
memerhatikan nilai-nilai jati diri yang ditonjolkan sendiri oleh Abdullah Munsyi sepanjang
perjalanan hidup beliau melalui penulisannya. Beliau merupakan seorang yang berfikiran
sangat terbuka dan luas serta sering mengkritik dan berfalsafah. Sikap pemikirannya yang
realistik dan terbuka membuatkan beliau tidak mudah terpengaruh dengan sebarang anasir-
anasir yang cuba menyempitkan had pemikiran sehinggalah beliau telah menafsir sendiri Kitab
Injil ke dalam bahasa Melayu. Keteguhan pegangan dan pendirian yang diperoleh daripada ilmu
pengetahuannya membuatkannya lebih ke hadapan kerana berani mencuba sesuatu yang baru
tanpa bimbang akan kehilangan perkara yang lalu. Bapa Abdullah dikatakan seorang yang
jurutulis yang bijak dan berilmu serta sering berurusan dengan pihak British, namun beliau
sendiri dilihat menentang keterbukaan Abdullah apabila anaknya bertindak belajar di sekolah
mubaligh, Anglo-Chinese College. Nilai pemikiran terbuka dan realistik ini jugalah yang
membuatkan Abdullah berminat akan bidang sains dan teknologi serta membuatkannya
mencari setiap jawapan bagi sebarang permasalahan yang berkaitan dengan kepercayaan
karut masyarakat di samping berjaya mengikis perkara-perkara kolot dalam masyarakat.
Abdullah dilihat sebagai seorang yang sangat menyokong British dan bersifat kebaratan
dengan mempelajari segala ilmu Inggeris dan mendampingi orang-orang Inggeris, namun nilai
jati beliau sangat tinggi berbanding masyarakat pada ketika itu. Jika dilihat, Abdullah
merupakan seorang yang sangat berbeza berbanding masyarakat dengan menentang segala
kefahaman dan pegangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana, Abdullah sentiasa
berfikir dan mencari ilmu untuk memajukan dirinya dan masyarakat Melayu yang berfikiran kolot
pada ketika itu. Abdullah sering memikirkan mengenai nasib bangsanya yang mundur dan
beliau menulis kritikan-kritikan di dalam hikayatnya mengenai segala hal akan perilakau dan
adat resam Melayu serta kemunduran yang disebabkan oleh masyarakat Melayu sendiri yang
tidak mahu berubah. Keriasaunnya ditulis kerana semangat jati dirinya yang cinta akan
bangsanya untuk melihat bangsanya terus maju. Antara kritikan yang ditulis ialah, Adapun
segala hal ehwal mereka itu sekalian senantiasa bersama-sama dengan aku. Maka kulihat hal
ehwal mereka itu dan tabiat mereka itu dan kelakuan mereka itu dan adat mereka itu daripada
kecilku sampailah sekian umurku, maka kuperhatikan juga, maka adalah kudapati bangsa
10

Melayu itu makin lama usahkan makin pandai, makin pula bodohnya, adanya,
3
dan sayangnya
Abdullah tidak berhenti sampai di situ, bahkan beliau telah mencuba untuk menyusun semula
tatabahasa Bahasa Melayu sebagai panduan masyarakat akan datang seperti yang ditulisnya
mengenai usaha pemikiran tersebut, ....Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti hutan
rimba besar keadaannya, penuh dengan semak samun dan duri pun berceracangan dan akar
pun bersengkarut, dan kayu pun lintang-pukang dan lorongnya pun simpang-siur dan tanahnya
pun tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya bahasa itu sampai sekarang ini adakah
seorang yang bernafsu hendak membetulkan atau mengaturkan jalannya atau hukumnya?.
4

3.0 PERANAN WANITA
Wanita merupakan seseorang yang menjadi tonggak kepada pembangunan seorang lelaki.
Kewujudan watak kaum wanita dalam sesuatu karya adalah suatu pelengkap bagi karya
tersebut. Masyarakat Barat hanya mula menyedari peranan kaum wabita dalam waktu-waktu
peperangan sekitar 1970-an. Sebaliknya, masyarakat Melayu telah lama menyedari
kepentingan dan peranan yang dimainkan kaum wanita. Tidak menghairankan, gerakan
fenimisme ataupun golongan memperjuangkan hak wanita tidak pernah wujud dalam sejarah
peradaban Melayu. Penulis karya Sejarah Melayu telah berjaya menyelitkan beberapa ciri citra
wanita dalam karya tersebut. Dalam Sejarah Melayu terdapat banyak watak wanita yang
diceritakan dan antaranya ialah Tun Fatimah, Puteri Syahrul Bariyah, Puteri Gunung Ledang,
Tun Teja, Tuan Puteri Nai Kasuma dan sebagainya.
Antara watak utama yang dapat dilihat memainkan peranan penting bagi sesuatu peristiwa
antaranya adalah Puteri Gunung Ledang. Kisah Puteri Gunung Ledang merupakan antara salah
satu kisah yang terkenal yang diperturunkan sehingga kini oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Daia merupakan seorang wanita yang sangat berani dan tegas dengan keputusan yang
dibuatnya. Antara petikan yang menunjukkan keberanian Puteri Gunung Ledang dengan
meletakkan syarat yang tinggi kepada Sultan Mahmud Syah sebagai syarat peminangan ialah
Jikalau Raja Melaka hendak akan daku, buatkanlah aku jambatan emas satu, jambatan perak
satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang. Akan peminangnya, hati nyamuk, tujuh dulang;
hati kuman, tujuh dulang; air pinang muda setempayan; air mata setempayan; darah Raja
semangkuk; dan darah anak-anak raha semangkuk. Jika demikian maka kabullah hamba akan
kehendak Raja Melaka itu.
5
Hal ini menjelaskan bahawa wanita tidak sewenang-wenangnya

3
Ibid., hlm. 344-345
4
Ibid., hlm. 249
5
Sulalat al-Salatin ya ni perturun Segala Raja-Raja (2009), hlm 124
11

boleh dimiliki dan dijadikan isteri. Walaupun yang ingin meminangnya adalah Raja Melaka,
tetapi Puteri Gunung Ledang tidak berasa gentar untuk meletakkan syarat untuk meminangnya.
Selain itu, tindakan Puteri Gunung Ledang tersebut juga dianggap sebagai satu langkah untuk
menyedarkan Sultan Mahmud Syah akan sikap baginda yang terlalu bertindak mengikut sesuka
hatinya tanpa menghiraukan orang lain.
Watak wanita yang turut diceritakan di dalam Sejarah Melayu ialah Tun Fatimah. Tun
Fatimah merupakan anak perempuan bongsu kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali
dengan Tun Kudu juga adik kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau telah berkahwin dengan
Sultan Mahmud Shah selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana
difitnah oleh kalangan orang istana sendiri. Tun Fatimah telah mengugut untuk membunuh anak
dalam kandungannya kerana tidak menyukai Sultan Mahmud Syah yang telah membunuh
seluruh ahli keluarganya. Disebabkan kemurungan dan sikap dingin Tun Fatimah terhadap
Sultan Mahmud Syah, baginda telah sanggup untuk berjanji akan merajakan anak yang
dilahirkan Tun Fatimah supaya Tun Fatimah tidak membahayakan dirinya dengan
menggugurkan kandungan tersebut.
Perkara ini telah ditulis di dalam Sejarah Melayu, Sebermula Sultan Mahmud Syah terlalu
kasih akan Tun Fatimah, disuruh baginda panggil Raja Perempuan, tetapi jikalau baginda
bunting dengan Sultan Mahmud Syah disuruh buangkan. Maka du(a) tiga kali sudah demikian.
Titah Sultan Mahmud Syah pada Tun Fatimah, Mengapakah tuan bunting dibuang? Tiada suka
tuan beranak beta? Maka sahut Tun Fatimah, Apakah kerja raja beranak dengan beta lagi,
karena anak raja yang kerajaan telah ada. Maka titah Sultan Mahmud Syah, Adapun
janganlah dibuang anak kita ini. Jika laki-laki ialah kita rajakan.
6
Penulis menunjukkan bahawa
Tun Fatimah mampu mengikat Sultan Mahmud Syah yang terkenal dengan kezaliman dan
sikap yang suka berfoya-foya sehinggalah Sultan Mahmud sanggup merajakan anaknya hasil
bersama Tun Fatimah walaupun Tun Fatimah bukanlah isteri pertamanya yang mempunyai
keutamaan.
Akhir sekali, peranan wanita yang terbesar dapat dilihat ialah wanita mampu menguasai
tampuk politik walaupun tidak memegang sebarang jawatan sebagai ketua ataupun pemerintah
negara. Hal ini dapat dilihat melalui penceritaan mengenai perlantikan Bendahara Melaka.
Sewaktu Sultan Mahmud Syah mencari pengganti Bendahara, bonda ataupun ibu kepada
Sultan Mahmud Syah telah menyebut nama Tun Mutahir, abang kepada bondanya dan juga

6
Ibid., hlm 210
12

merupakan bapa saudara Sultan Mahmud Syah. Nama Tun Mutahir telah ditekankan dan
akhirnya Sultan Mahmud Syah memilih Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka yang baru.
Perlantikan ini telah menunjukkan tentang betapa hebatnya wanita yang mampu menjadi punca
kepada pemilihan tampuk kepimpinan tanpa perlu memegang status sebagai pemerintah.
Pemilihan Tun Mutahir juga bukanlah kerana atas sebab kerabat tetapi adalah disebabkan
ketrampilan diri yang ditonjolkan oleh Tun Mutahir sendiri. oleh itu, dapat dijelaskan bahawa
sewaktu ketandusan idea, wanita akan turut sama tampil membantu menjayakan rancangan.
Penulisan mengenai peranan wanita yang boleh dikupas melalui hasil karya yang
sseterusnya dapat dilihat di dalam karya Hikayat Abdullah. Hikayat Abdullah yang berkisarkan
mengenai kehidupan sehariannya menyebabkan kurangnya watak wanita. Antara watak yang
disenaraikan di dalam penulisan beliau ialah neneknya sendiri, Peri Achi, ibunya, Salamah dan
juga isteri kepada Tuan Raffles. Hal ini disebabkan kurangya perhubungan Abdullah bersama
wanita dan penilaian peranan wanita itu hanya boleh dibuat bedasarkan wanita yang berkait
rapat dengan hidupnya sahaja. Namun peranan yang dapat dinyatakan tidak kurang peri
pentingnya di mana jika kita dapat lihat bahawa nenek kepada Abdullah iaitu Peri Achi itu
sendiri merupakan seorang guru besar di sekolah terletak di Kampung Pali. Sekolah tersebut
menekankan pelajaran membaca, menulis dan mengaji al-Quran. Abdullah juga turut mendapat
pendidikan awal bersama neneknya semasa ayahnya pergi meninggalkannya dalam satu
tempoh masa untuk berniaga di Siak. Jika dilihat dengan lebih teliti, peranan wanita sebagai
guru nerupakan satu peranan yang paling besar dan utama kerana tanpa guru manusia tidak
mungkin akan berjaya. Wanita turut terlibat sama dalam usaha membangunkan dan
menyedarkan masyarakat melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan.
Ibu Abdullah pula, Salamah, dia boeh dikategorikan sebagai pelengkap dalam
membentuk Abdullah yang telah menjadi seorang tokoh yang sangat terkenal hingga kini
disebabkan penghasilan Karya Agung Hikayat Abdullah. Bapa Abdullah yang mempunyai
banyak ilmu pengetahuan dan proses pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai adalah
berasakan penekanan displin disebabkan kriteria ayahnya yang agak tegas dan keras dalam
memastikan anak tunggalnya itu akan menjadi orang yang berjaya. Kecekalan Abdullah untuk
menuntut ilmu adalah bersumberkan daripada sikap kasih sayang dan perhatian yang
dicurahkan oleh ibunya. Beliau sentiasa menasihatkan Abdullah untuk bersabar dalam
menuntut ilmu namun tidak pernah sekalipun dia mencampuri urusan suaminya dalam mendidik
anak dengan cara suaminya sendiri kerana dia sedar akan kebaikan yang akan diperolehi
daripada cara tersebut dan sentiasa menyokong tindakan suaminya. Peranan Salamah sebagai
13

seorang ibu penyayang dan isteri yang memahami membuatkan keluarga mereka bahagia dan
membentuk sikap peribadi yang mulia pada diri Abdullah.
Dan peranan wanita yang dapat dihuraikan akhir sekali adalah melalui pemerhatian
Abdullah terhadap isteri Tuan Raffles. Watak isteri Tuan Raflles menggambarkan tentang ciri-
ciri wanita barat yang berpekerti tinggi. Perwatakan yang dipamerkan oleh isteri Tuan Raffles
adalah bersesuaian dengan jawatan yang dipegang oleh suaminya yang digelar sebagai
golongan atasan yang mementingkan akan etika dan adab dari pelbagai sudut. Namun etika
dan adab yang dipraktikkan oleh barat adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan
masyarakat melayu. Oleh itu, penilaian yang dibuat terhadap isteri Tuan Raffles haruslah
dengan bersandarkan pada budaya dan masyarakat Barat. Abdullah telah menulis mengenai
ketrampilan diri isteri Tuan Raffles dalam karya agungnya seperti petikan yang berikut,
Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan sembarang perempuan. Setiap hari dia seperti
suaminya. Semua kerjanya dilakukan dengan tertib dan sopan dan berwajah manis apabila
bertemu dengan orang sama ada miskin ataupun kaya.
4.0 RUMUSAN
Penulisan kedua-dua hikayat ini bukanlah pada zaman yang sama namun jika dilihat secara
keseluruhannya, nilai-nilai jati diri yahng ditonolkan oleh masyarakat kedua-dua zaman adalah
hampir sama. Nilai ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang melampau-lampau sehingga
menderhaka kepada raja yang zalim sekalipun dilarang kerana bimbang akan ditimpa tulah
merupakan satu nilai yang telah diterapkan dari zaman berzaman bagi mewujudan sistem
pemerintahan yang teratur. Namun kesan akibat daripada nilai tersebut, raja telah menjadi satu
entiti yang paling berkuasa ke atas semua mahluk sedangkan hanya tuhan yang berhak
menguasai makhluk. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh raja tidak boleh ditegur dan arahan
raja harus dipatuhi. Nilai ini mudah untuk diserap oleh masyarakat melayu pada ketika itu
kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan sering dimomok-momokkan dengan cerita-cerita
mitos, lagenda dan palsu. Jika dibandingkan pada masa kini, nilai ketaatan dan kepatuhan
kepada raja ataupun pemerintah masih lagi wujud dan seharusnya dipupuk dalam diri setiap
lapisan masyarakat. Namun wujudnya had dalam memberi taat setia kepada pemerintah jika
pemerintah tersebut berlaku zalim maka rakyat berhak membangkang dan menukar
pemerintah. Raja tidak lagi berkuasa mutlak dan boleh ditegur jika melakukan kesilapan.
Nilai jati diri yang seterusnya dapat disimpulkan bahawa pegangan terhadap
kepercayaan karut terhadap perkara-perkara magis dan ilmu-ilmu ghaib telah menjadi satu
14

daripada pegangan hidup masyarakat terdahulu. Pepatah ada mengatakan bahawa biar mati
anak jangan mati adat adalah salah satu peribahasa yang paling sesuai untuk menceritakan
perihal masyarakat terdahulu dimana sehingga mereka sanggup menjual anak disebabkan adat
yang diperturunkan daripada nenek moyang mereka yang tidak berasas dan kolot. Mereka
berfikiran sempit dan terutup akibat daripada kurangnya ilmu pengetahuan dan hanya mampu
mengikut sahaja amalan nenek-moyang mereka tanpa pernah mempertikaikan sebarang
persoalan kerana menganggap masyarakat terdahulu lebih tahu. Nilai jati diri ini tidak sesuai
untuk dikekalkan di mana ia hanya akan membuatkan masyarakat menjadi mundur. Masyarakat
masa kini sudah lebih terdedah akan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang
canggih dan maklumat boleh diperolehi dengan mudah menggunakan internet lantas mampu
mendedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Setiap persoalan-persoalan yang timbul
menandakan rangsangan pemikiran berlaku akan dapat dijawab dengan mudah dan rasionalaiti
sesuatu perlakuan itu akan dapat dinilai secara terus yang akan mewujudkan satu masyarakat
yang mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi.
Nilai jati diri yang paling utama yang harus wujud dalam diri setiap masyarakat adalah
nialai kasih dan sayang akan bangsa sendiri. Nilai ini merupakan tunggak utama yang telah
dipamerkan dalam penulisan Hikayat Abdullah melalui diri Abdullah itu sendiri yang mengkritik
bukan kerana membenci namun mengkritik untuk menyedarkan masyarakat yang telah lama
lena dibuai mimpi. Nilai jati diri ini akan menentukan sama ada sesuatu bangsa atau
masyarakat itu mempunyai jati diri ataupun tidak kerana selagi setiap manusia mengamalkan
kasih sayang, selagi itulah generasi baru yang lahir akan terus berkembang dan meneruskan
legasi masyarakat yang terdahulu. Setiap perkara itu boleh diubah mengikut peredaran masa
dalam mencari kesempurnaan, namun kesempurnaan itu tidak akan boleh diperolehi selagi
tiada semangat cintakan, bangsa dan negara dalam diri setiap manusia yang akan berkembang
menjadi satu jati diri yang mantap.
Pembentukan sesebuah negara dan bangsa terletaak pada tangan pemimpinnya dan
dibelakang setiap pemimpin yang berjaya itu adanya wanita hebat yang mebantu dari pelbagai
aspek. Peranan wanita dapat dilihat dari sudut wanita sebagai ibu, isteri, dan adik beradik yang
mampu mempengaruhi kestabilan masyarakat. Kehebatan wanita dalam membentuk seorang
pemimpin berjaya harus ditekankan seperti mana nenek dan ibu Abdullah yang sentiasa
membantu dalam usaha melahirkan Abdullah menjadi insan yang berjaya dan ternyata beliau
kini telah tercatat sebagai seorang tokoh terkemuka tanah air. Sesungguhnya tampuk
kepimpinan sesebuah negara turut memerlukan bantuan daripada wanita untuk mewujudkan
15

keamanan dan kesejahteraan seperti mana hebatnya Tun Fatimah yang mampu menjinakkan
Sultan Mahmud Syah dan juga keberanian Puteri Gunung Ledang untuk menyedarkan Sultan
Mahmud Syah akan sikap buruk baginda yang suka berfoya-foya dan bertindak mengikut
sesuka hatinya.

Anda mungkin juga menyukai