Anda di halaman 1dari 25

DIMENSI MORAL INDIVIDU

PENAAKULAN M0RAL
Kebolehan seseorang individu berfikir secara logik
terhadap sesuatu isu/perkara/masalah/kejadian.

Proses kematangan dalam membuat keputusan atau
pertimbangan terhadap sesuatu situasi tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

PENAAKULAN MORAL
Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai
keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema
moral (Rest 1976).

Gibbs, Basinger dan Fuller (1992), mereka mendefinisikan penaakulan
moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu
untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral
Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1988 ), penaakulan moral merupakan hasil yang penting
dalam pengajaran Pendidikan Moral

Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral merupakan
salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral.
Umumnya..
Penaakulan Moral (Moral Reasoning)
Setiap insan moral berupaya membuat penaakulan
moral, iaitu suatu proses di mana seseorang individu
memperkembangkan kebolehan membuat
pertimbangan dan/atau keputusan moral yang
matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh
perasaannya dan pandangan orang lain dalam suatu
situasi moral.


Semakin tinggi tingkat
penaakulan moral
individu, semakin tinggi
kemungkinan dia
bertingkah laku moral.
Kohlberg (1975)
Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses
penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara
berperingkat.
Dari peringkat seorang mematuhi peraturan moral supaya tidak
dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke peringkat
dia, sebagai orang yang berautonomi (bebas), akan menepati
peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang
sejagat
Seseorang yang ada penaakulan moral, perlu
mempunyai kebolehan :

Memahami sesuatu isu moral.
Kenal pasti alternatif yang ada dan kesannya.
Memberi pertimbangan yang adil terhadap
setiap pilihan alternatif.
Memikirkan konsep nilai sejagat dan
rasionalnya.

Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu
keputusan.
Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat
keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
SITUASI 1
Seorang guru disiplin
telah menjatuhkan
hukuman menggantung
kelas selama 2 minggu
kepada pelajar yang
membuli rakan sekolah
walaupun pelajar itu
merupakan anaknya
sendiri.Keputusan yang
dibuat oleh guru disiplin
adalah berdasarkan
penaakulan moral tanpa
dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran.
SITUASI 2
Seorang murid meniru dalam
peperiksaan akhir tahun buat
pertama kali kerana ayahnya
sangat garang dan telah
mengugutnya jika dia tidak
dapat tempat pertama, dia tidak
akan dapat pergi ke Australia
menghadiri majlis konvokesyen
kakaknya. Sahsiah murid ini
cukup menyenangkan guru
kelasnya. Walau bagaimanapun
sebagai guru yang tegas dan
adil, guru itu terpaksa
mengambil tindakan mengikut
peraturan sekolah.
EMOSI MORAL
Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan,
bermotivasi dan murah hati.
Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan
yang bermoral.
EMOSI MORAL
Bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral,
emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang "betul"
yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang
dihadapi.
Emosi moral dapat merapatkan jurang perbezaan di antara
keputusan dan tingkah laku.

Untuk menyuburkan emosi moral,seseorang perlu:

Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri
dalam sesuatu situasi moral.
Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-
perasaan yang timbul dalam situasi itu.
Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang
betul bukan perasaan yang tidak munasabah
dalam situasi itu.

Misalnya, perasaan
empati dan
simpati akan
menyebabkan
seseorang individu
sentiasa
membantu orang
miskin atau cacat
tanpa mengira
kepentingan diri
sendiri.

Contoh
Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan
dalam peperiksaan.
Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di
merata-rata tempat.
Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah
banjir.

TINGKAH LAKU
MORAL
Tingkah Laku Moral ialah segala yang dilakukan oleh individu
berkaitan dengan peraturan moral.

Tingkah laku moral tidak terhad kepada mematuhi sesuatu
peraturan semata-mata kerana ia satu peraturan, tetapi haruslah
berdasarkan pemahaman sebab yang baik dan munasabah.
Tindakan & keputusan yang ditunjukkan dengan penuh rasa
tanggungjawab berdasarkan penaakulan & emosi moral.
Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan
perasaan moral yang mendorong seseorangbertindak secara
bermoral.

Contohnya.
Memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru
bertugas dengan hati yang ikhlas.
Memimpin orang buta menyeberang jalan raya
Tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam
unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan
merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama
Sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada
tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak
Tahun Satu hingga Tahun 6.

Anda mungkin juga menyukai