Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

Syukur kepada Tuhan atas anugerahnya yang telah menyertai saya serta rakan-rakan
yang lain sepanjang proses kami menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi subjek
Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) untuk semester ini iaitu semester lapan.
Pelbagai perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya timba dan perolehi
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih tidak lupa diucapkan
kepada Encik Rajendran A/L K. Subramaniam selaku pensyarah bagi subjek EDU 3093
ini atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam usaha kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Sesungguhnya, saya tidak dapat nafikan bahawa sepanjang berusaha
menyiapkan tugasan ini, saya mengalami sedikit masalah dari segi memahami
kehendak soalan. Namun begitu, masalah ini dapat diselesaikan melalui bantuan dan
kerjasama yang pada dari pensyarah bagi subjek ini serta rakan-rakan yang lain turut
tidak ketinggalan dalam usaha membantu saya dengan menjelaskan sebaik mungkin
tentang kehendak soalan bagi tugasan. Dari situasi ini, saya belajar untuk menghargai
rakan-rakan saya dan pensyarah saya kerana mereka telah banyak membantu saya.
Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap
kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang dalam proses menyiapkan tugasan
ini telah banyak menyumbang ke arah pengetahuan baru kepada saya. Dari segi
kekuatan, saya mendapati bahawa sumber rujukan dan tunjuk ajar sama ada melalui
internet, buku-buku, rakan-rakan sekelas mahu pun pensyarah mata pelajaran amatlah
baik dan tidak sukar untuk saya dapatkan. Ini secara langsung memudahkan saya
mendapatkan maklumat, pendapat sehingga memudahkan serta melancarkan lagi
proses penyiapan kerja kursus ini. Kekuatan kedua pula adalah dari segi konsep
kendiri yang positif yang sedaya-upaya diterapkan dalam diri saya. Apa yang telah
berlaku adalah, pada mulanya saya sangat buntu untuk memulakan tugasan ini
khususnya dari segi memilih artikel akhbar yang ingin dikupaskan. Namun begitu, saya
dengan sedaya-upayanya menekankan kepada diri saya sendiri bahawa saya boleh
mengatasi perasaan buntu tersebut dengan berbincang bersama rakan-rakan sekelas
yang lain tentang tugasan yang akan dibuat. Dalam masa yang sama, apabila
berbincang dengan rakan-rakan, secara tidak langsung saya dapat belajar dan
mengupas idea saya terhadap beberapa isu yang turut dikemukakan oleh rakan-rakan
yang lain di samping dapat memahami dan menghayati bersama tentang kod etika
keguruan. Ini menjadikan pemikiran saya mula bersedia untuk melaksanakan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah.
Dari segi kelemahan pula, saya merasakan bahawa pengurusan masa saya
sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah agak lemah di mana tempoh masa yang
diambil untuk mencari artikel akhbar yang bersesuaian adalah terlalu lama dan panjang
sehingga menyebabkan saya lambat menyiapkan tugasan individu yang melibatkan
penulisan esei. Apa yang berlaku, saya terlalu cerewet memilih topik artikel akhbar
yang ingin digunakan. Terlalu banyak artikel akhbar yang dipilih menyebabkan diri saya
sendiri keliru dengan untuk membuat keputusan dalam memilih artikel akhbar yang
ingin dikupaskan. Sebagai cadangan penmbahbaikan, bagi pendapat saya, saya
seharusnya mencari satu artikel akhbar yang bersesuaian dengan kehendak soalan
dan cukup memadai sekiranya menjumpai dua jenis artikel dan dari artikel tersebut
pikirkan isu yang paling mudah difikirkan dan dihuraikan bagi membantu kelancaran
menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan serta diri sendiri dapat memahami tugasan
yang dilaksanakan tersebut.

Kesimpulannya, saya berasa sangat bersyukur dan bertuah dengan tugasan
seperti ini kerana telah banyak mengajar dan memupuk perasaan tanggungjawab serta
ingin mematuhi kod etika keguruan dalam diri saya dan secara tidak langsung boleh
saya amalkan ketika mengajar di sekolah nanti dalam usaha menjadikan diri saya
seorang guru yang serba boleh dan berwibawa.