Anda di halaman 1dari 8

3) ADAKAH TERDAPAT UNSUR MENGUBAH CIPTAAN ALLAH DEMI KECANTIKAN ?

Telah jelas daripada dalil AL-Quran dan Al-Hadis, sebarang pengubahan ciptaan Allah adalah
diharamkan.
Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan
ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih
cantik selain bertujuan kosmetik.
Dalil yang mengharamkan adalah ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang
bermaksud:
"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak
menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: Demi
sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi
pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi
sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya
aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu
dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'
Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang
sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas
atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam
iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya
Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya
adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang
rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh
manusia normal.
Terdapat juga hadith yang menyebut :


Ertinya : "Allah melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan
yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang
mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)
Ibn Hajar Al-Asqolani berkata

Ertinya : tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk kecantikan, namun
kiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan [7]
Imam An-Nawawi pula sebelum itu mengulas :

pihak dan membuat yang pelanggan atas ke haram ini Perbuatan : Ertinya
dan Allah, ciptaan pengubahan adalah ia KERANA dan ini, hadis berdasarkan khidmat menyediakan yang
Muslim) h Sohi (Syarah penipuan. dan perdayaan satu juga ia KERANA
Apa kaitan dengan serbuk emas? Sebagaimana telah disebutkan, perlu diteliti sama ada penggunaan
krim atau gel itu akan menghilangkan kedutan kulit normal manusia, sehingga kulit yang biasa kedut
pada umur tertentu tidak lagi berkedut secara tidak tabie, sama seperti pembedahan plastik, susuk dan
botoks. Jika perubahan itu berlaku secara tidak normal melalui yang mengandungi produk serbuk emas
itu, ia akan jatuh HARAM. Jika ia berjaya dibuktikan produk itu hanya meningkatkan kesiahatan kulit
secara normal dan sihat, tatkala itu ia akan dikira HARUS.
Proses menentukan status ini, mestilah dirujuk dan dibincang dengan para doctor perubatan dan ahli
sains yang berkaitan.
4) MANA LEBIH DOMINAN, UNTUK KECANTIKAN ATAU PERUBATAN?
Ini perkara yabg sangat perlu di kenal pasti, dan boleh sahaja memberikan status hukum yang berbeza
mengikut individu dan situasi. Bermakna, bagi sesetangah indiivdu yang wajahnya mempunyai jerawat
dan kerosakan kulit yang terlalu teruk, penggunaan ini tentunya menjadi HARUS kerana ia tergolong
dalam hal perubatan. Namun begitu, bagi sesetengah indivud lain yang kulitnya hanya berkedut
normal, atau sedikit kurang licin, tatkala itu penggunaan produk ini menjadi amat syubhat dan boleh
tergolong di dalam katgeori mereka yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah serta ingin
mengubahnya bagi menambah kecantikan.

6) MENUTUP TANDA KETUAAN SECARA MENYONGSANG ARUS.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada
menerusi pembedahan plastik atau penggunaan botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.
Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi
SAW :
"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan
bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia
dilarang oleh Islam.
Seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki ketika kulit mereka sudah
memperlihatkan tanda-tanda ketuaan, maka bagi mengekalkan rupa yang muda, mereka melakukan
proses botox, pembedahan plastik dan lebih teruk lagi susuk dengan sihir.
Kini, muncul apa yang dinamakan oleh sebahagiannya sebagai susuk moden, berupa kosmetik gel dan
krim yang mempunyai serbuk emas. Jika krim ini berfungsi secara menyongsang arus normal, ia pasti
akan tergolong juga di dalam kategori HARAM tanpa syak lagi. Ia disebabkan unsur penipuan yang
perdayaan umur yang berlaku.
KESIMPULAN

Sebagaimana yang saya sebutkan diawal artikel, tulisan ini sahaja tidak cukup untuk menentukan status
hukum yang tepat bagi penggunaan kosmetik yang mengandungi serbuk emas, namun demikian, saya
mengharapkan agar tulisan ringkas dan padat ini dapat memberi sedikit gambaran akan beberapa
perkara penting yang akan dinilai oleh para ulama dalam mengenalpasti pendirian Islam dalam perkara
baru seperti ini.

Sebarang perbincangan dan maklumat boleh dikongsi di ruangan komen. Semoga ia dapat memandu
kita ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah swt.

Sekian,

Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ, Saya ada sedikit kemusyhkilan tentang hukum menyuntik vitamin
C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. adakah ianya sama dengan
suntikan botox? bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut? harap ustaz dapat
memberikan penjelasan. terima kasih.

Jawapan;

Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya),
jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan
normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah
halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.

Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan
Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam-; Allah melaknat
perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-
perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan
giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (Riwayat Imam
Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Masud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. perempuan-
perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik menunjukkan bahawa yang diharamkan
ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan
semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi
dan seumpamanya, maka diharuskan. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki
kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan
menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk
menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak
harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga
menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).

Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan
menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim
berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil
berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim berkerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di
antara haram dan syubhah.

Tambahan;

1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau
sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan
sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.
2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan
sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan
tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai
yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak
memudaratkan tubuh/kulit.
Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih baik jika saya utarakan bahawa isu Botox telah
dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan
bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan
kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.
Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa
bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang
yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia
dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak
menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa
pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan
untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah
menjadi orang lain.

SEBAB UTAMA BOTOX HARAM
Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi Haram pada pandangan Shariah adalah :-
a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin
Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh
mendatangkan mudarat.
Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula
membalas mudarat"
b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap
diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang
dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.
Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya
adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang
rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh
manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah
berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:
"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak
menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: Demi
sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi
pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi
sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya
aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu
dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'
Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang
sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas
atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam
iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya
Terdapat juga hadith yang menyebut :
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan
yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)
Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran.
Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya.
Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-
lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.
Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan
menyiksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo
itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.
KIKIR GIGI DAN BRACES'
Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya
dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan
perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka
dia akan lebih berhak mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah
pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah
ciptaan Allah."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang.
Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu.
Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi
jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang
samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini
adalah trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini,
kebanyakkannya sudah menukar style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan braces'
(http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces) yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi.
Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan.
Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia
menjadi harus.
Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum
pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan
syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-
laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain.
Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan
perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian,
melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat show' dan lebih mengutamakan pada
bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut
mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh
menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi
dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah
tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )
c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada
menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang
tua kepada muda.
Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi
SAW :
"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan
bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia
dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang
kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan
botox dan lebih teruk lagi susuk.
SUSUK & SIHIR
Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga
dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa
menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa
(menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan
ayat al-Quran.
Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat
mereka." (al-Baqarah: 102)
Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan
sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:
"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya
Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah
diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari
peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada
juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.
Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang
sihir, yaitu firmanNya:
"(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)
Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh
dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah
thiqah)
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di
masukkan ke dalam tubuh.
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya
kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana
pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan
hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun
ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk
mahupun pembedahan plastik dan botox.

KESIMPULANNYA
Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan
mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia
normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.
Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan,
pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.
Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk
melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor
Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko
bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.
Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti
kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk
membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak
menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut
syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.
Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua illah ( sebab utama)
pengharaman masih ada.
Sekian