Anda di halaman 1dari 16

MPW1133/2133

MALAYSIAN STUDIES
SEMESTER JAN 2014


NAMA : NOR AIDA BINTI IDRIS

NO. MATRIKULASI : 690422025680001

NO. KAD PENGENALAN : 690422025680

NO. TELEFON : HP: 012-4102865

E-MEL : noraida.idris @yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Seberang Jaya , Pulau Pinang.









2

KANDUNGAN


KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat dan contoh Dasar Pandang ke Timur
3.0 Pencapaian Dasar Pandang ke Timur
4.0 Kelemahan Dasar Pandang ke Timur
5.0 Analisis gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur
6.0 Rumusan
RUJUKAN














3

1.0 Pengenalan
Kewujudan Dasar pandang ke Timur bermula sejak era kolonial British lagi. Pada
ketika itu, Masyarakat melayu mula membuat persoalan mengapakah mereka jauh ketinggalan
berbanding dengan kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh tamadun barat. Namun pihak
kolonial British lebih mengutamakan usaha dalam mengukuhkan kepentingan mereka tanpa
memikirkan usaha pemodenan di kalangan penduduk peribumi. Maka tanggungjawab ini
dipikul oleh intelektual Malaysia yang menyumbang idea-idea untuk usaha kearah
permodenan sehingga wujud idea menjadikan Negara Jepun sebagai contoh terbaik.
Kesinambungan usaha tersebut berterusan hingga selepas Malaysia mecapai kemerdekaan.
Dalam arus mencapai kemodenan yang diinginkan Kerajaan Malaysia, ketika dibawah
kepimpinan Perdana Menteri ke empat pada tahun 1980an telah berhasrat untuk menukarkan
Malaysia dari sebuah Negara pertanian kepada Negara perindustrian moden. Justeru itu,
kerajaan Malaysia juga telah menukarkan visi sebagai Negara membangun dalam
perindustrian moden.
Dengan yang demikian dasar Pandang ke Timur (DPT) yang telah diperkenalkan dan
dilaksanakan oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr
Mahathir bin Mohamad. pada Februari 1982 . DPT merupakan satu dasar untuk mencontohi
Negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea Selatan. Kedua Negara yang pesat membangun
ini perlu dijadikan contoh kerana dalam beberapa bidang mereka lebih maju daripada
beberapa Negara barat sendiri. Walaupun mereka masih dalam agama mereka sendiri namun
mereka masih boleh mengalami perubahan dan menjalankan reformasi dalam bidang politik
dan pertahanan. Hal ini berlaku apabila Jepun mengambil peradaban barat untuk diselidiki
dan menjadi alat kepada pembangunan negara. Berbeza dengan masyarakat melayu dahulu
yang lebih menganggap barat sebagai musuh utama.
Setelah DPT dirasmikan pada Februari 1982 berlandaskan strategi utamanya ialah
untuk membentuk sumber tenaga manusia menerusi pernerapan nilai-nilai dan etika kerja
yang telah diamalkan di Jepun dan Korea Selatan. Etika kerja yang perlu dicontohi daripada
budaya masyarakat Jepun dan Korea Selatan dalam unsur kecekapan berkerja, sikap yang
baik, rajin berkerja, tahap produktiviti yang berkualiti tinggi serta gigih, tekun dalam sesuatu
perkerjaan untuk kepentingan Negara. Disamping itu juga dasar ini bertujuan mengekalkan
nilai-nilai murni ketimuran yang sedia ada dalam masyarakat melaysia seperti mempunyai
4

sikap yang baik, pemikiran yang positif, sopan santun dan bersatu padu dalam melaksanakan
sesuatu tindakan untuk kepentingan Negara.
Malaysia kini mengorak langkah dalam gelombang kedua DPT dengan memberi
tumpuan terhadap pelaburan teknologi tinggi kearah mencapai status Negara maju
berpendapatan tinggi. Sehubungan itu fasa baru dasar itu akan memberi penekanan terhadap
kerjasama lebih luas khususnya pembinaan institusi dan pelaburan teknologi tinggi.
Sehubungan itu Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak berkata
hubungan rapat kedua Negara perlu diteruskan untuk memastikan dasar tersebut dapat
diteruskan disamping melakukan penambahbaikan yang juga telah terbukti berjaya sejak
diperkenalkan 30 tahun yang lalu. Gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur tidak
sepatunya hanya terhad kepada latihan dan pendidikan, tetapi juga perlu bersifat lebih
progresif, dengan memberi fokus kepada keutamaan dan perubahan dalam struktur ekonomi
semasa.
2.0 EMPAT matlamat dan EMPAT contoh secara terperinci dan penjelasan daripada
Dasar Pandang ke Timur yang baik dan terperinci.

2.1 Mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja yang baik dan positif.
Sikap kerajinan, disiplin semasa bekerja dan sikap kesetiaan kepada Negara adalah antara
sikap yang biasa dijadikan amalan masyrakat Jepun. Ciri-ciri ini harus dicontohi kerana dari
sikap yang tersebut diatas akan memberi kesan positif kepada produktiviti, kualiti dan
peningkatan kecekapan yang memberi kesan yang positif serta menyumbangkan kepada
kemajuan pekerja dan Negara.
Sebagai langkah membina sumber tenaga manusia yang berkualiti sama seperti
masyarakat di Jepun, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah ketepatan masa. Masa
merupakan sesuatu yang perlu dihargai, seminit berlalu kualiti kerja terjejas. Pelbagai
falsafah dan prinsip dicipta sebagai penghayatan seseorang untuk meghargai masa.
Ketepatan masa semasa bekerja amat ditekankan kerana ia berkait dengan kualiti produk
yang terhasil. Jadi, pemantauan masa bekerja ini dilakukan melalui punch card yang perlu
diketip oleh setiap anggota semasa masuk dan keluar di premis atau jabatan-jabatan
kerajaan. Pemantauan masa bekerja dan ketepatan masa dapat dipantau oleh majikan.
Contoh: Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai atau Pengurusan
Eksekutif kepada golongan profesional atau pegawai atasan yang memberi latihan serta
menekankan kepada ciri-ciri yang perlu diteladani oleh anggota bawahan.
5

Semangat kerja kumpulan, ketekunan dan berdisiplin dalam kerja akan menambah
daya pengeluaran Negara. Hasil dari ciri-ciri berdisiplin yang tinggi akan dapat
meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dengan ini dapat merapatkan
hubungan kakitangan dan majikan. Program Sains Sosial adalah salah satu Program
Lanjutan peringkat ijazah yang ditawarkan oleh Negara Jepun kepada pelajar Malaysia.
Program ini sedikit sebanyak dapat memberi contoh kepada pelajar Malaysia mengenai ciri-
ciri dan nilai murni masyrakat Jepun.

2.2 Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi.
Pengetahuan dan kemahiran teknologi adalah perlu ditingkatkan dari semasa kesemasa.
Peluang secara terbuka kepada pelajar lepasan SPM/ SPMV turut diberikan. Ini bertujuan
untuk menyediakan pelajar untuk mengikuti program yang ditetapkan sebelum melanjutkan
pelajaran ke Universiti dan Kolej Teknikal di Jepun. Antara bidang teknikal yang
ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Jepun Malaysia Teknikal Institut
merupakan salah satu institusi yang memberi pendedahan dari segi pengetahuan dan
praktikal.
Program Perkongsian Ekonomi yang meliputi pelbagai bidang mengikut keperluan
semasa iaitu pembangunan sumber manusia serta ICT yang berkaitan dengan teknologi
maklumat yang menyumbang kepada kemajuan sejajar kearah menuju Negara maju.
Pengetahuan dan kemahiran teknikal diberi secara serentak untuk menyediakan pelajar serta
memberi idea tentang pengurusan dan perlaksanaan tugas mengikut bidang-bidang berkaitan
yang boleh dicontohi yang bersesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia. Pengetahuan dan
kemahiran teknikal diberi secara serentak untuk menyediakan pelajar serta memberi idea
tentang pengurusan dan perlaksanaan tugas mengikut bidang-bidang berkaitan yang boleh
dicontohi yang bersesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia. Pengetahuan dan kemahiran
teknikal diberi secara serentak untuk menyediakan pelajar serta memberi idea tentang
pengurusan dan perlaksanaan tugas mengikut bidang-bidang berkaitan yang boleh dicontohi
yang bersesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia.

2.3 Mempelajari sistem pengurusan dan organisasi negara-negara maju di timur.
Tujuan utama mempelajari pengurusan dan organisasi Negara timur untuk meningkatkan
produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia. Program Latihan
Pembangunan dan Pengurusan Pegawai-Pegawai Eksekutif untuk memberi pendedahan,
6

pengetahuan dan latihan untuk pegawai kumpulan pengurusan, profesional dan kumpulan
sokongan.
Selaras dengan dasar ini, strategi dan program kecekapan, kekesanan dan
penghasilan kerja yang baik. Pegawai dan pelajar yang terpilih untuk mempelajari selok
belok tentang perubahan struktur, perubahan sikap, latihan dan kursus. Perubahan struktur
yang dijalankan ialah mengenai Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card) bagi memastikan
ketepatan masa semasa bekerja. Penggunaan Tanda Nama bagi setiap pegawai.
Program ini juga dapat mengukuhkan, mencontohi amalan murni seperti ketekunan
bekerja, berdisiplin dan semangat kerja berpasukan yang boleh diterapkan untuk
membangunkan sesebuah organisasi di Malaysia. Kualiti aktiviti seperti Kumpulan
Meningkat Mutu Kerja adalah salah satu aktiviti yang boleh dipratiskan dikalangan
masyrakat Malaysia untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dan menambahbaik
sesuatu perkara.

2.4 Mengeratkan perhubungan dua hala kedua-dua Negara.
DPT dan hubungan Malaysia Jepun tidak dapat dipisahkan. Selama 30 tahun
perlaksanaannya, ia Berjaya mempercepatkan pertumbuhan dan mengubahnya landskap
ekonomi Negara dengan banyak projek mega di Malaysia seperti pengeluaran kereta nasional
Proton hasil kerjasama Perusahaan Otomobil Berhad ( Proton) dan Mitsubishi Corporation.
Perhubungan dua hala kedua ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap
kerjasama lebih luas kearah pencapaian ekonomi sejajar dengan Negara maju dan
berpendapatan tinggi. Fasa baru dasar ini juga antara lain memberi ruang terhadap kerjasama
lebih luas dalam pelaburan teknologi tinggi. Melalui dasar ini, pencapaian teknologi akan
mempercepatkan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membantu Negara membasmi
kemiskinan antara penduduk melalui peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Beberapa memorandum persefahaman (MoU) pelaburan turut dimeterai sepanjang
lawatan telah menunjukkan komitmen daripada para pelabur. Ini termasuklah syarikat
Toshiba mengesahkan lanjutan kerjasama dengan 1 Malaysia Deveploment Berhad (1MDB)
untuk menjayakan rawatan karbon ion sebagai pusat terapi rawatan kanser manakala Sekisui
dan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menandatangani MoU pembinaan
kilang kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi membina rumah dibawah program rumah
mampu milik PR1MA.


7

3.0 Membincangkan EMPAT pencapaian yang diperolehi daripada DPT

3.1 Penyeragaman di dalam pentadbiran negara.
Pemerintahan Tun Dr Mahathir telah memulakan sistem peyeragaman dalam urusan
pentadbiran. Konsep dan cara bekerja yang mencontohi DPT melalui slogan Kepimpinan
Melalui Teladan telah diperkenalkan. Melalui slogan ini, penerapan nilai-nilai murni yang
positif, rajin, efektif, efisyen dan lain-lain juga salah satu faktor kejayaan Negara maju yang
sentiasa juga menepati masa. Oleh yang demikian, setiap kakitangan kerajaan juga
diperkenalkan sistem perakam waktu (punch card) yang memantau ketepatan masa bekerja.
Pengenalan nama anggota yang bertugas juga penting bagi mengenal sesorang melalui
nama dan penting untuk sebarang aduan awam. Sistem urusan simpanan fail, urusan surat
menyurat diselaraskan mengikut panduan dan bagi memudahkan segala urusan pejabat
mengikut standard yang ditetapkan. Pelancaran kempen memerangi rasuah dengan slogan
Bersih, Cekap dan Amanah juga salah satu kejayaan dalam pengurusan dan pentadbiran Tun
Dr Mathathir yang disegani dan berjaya mengharumkan Negara ke pesada antarabangsa.
3.2 Kejayaan dalam industri berat
Perusahaan Otomobil National Sdn. Bhd. (Proton) yang telah ditubuhkan pada tahun 1983
dengan melibatkan pelaburan kerajaan dan swata. Kejayaan industri ini telah berkembang
pesat sehingga kini. Peningkatan jumlah pengeluaran pelbagai edisi kereta yang bermula dari
Proton dan Perodua ternyata terbukti kejayaan yang juga mengambil contoh DPT. Kilang
kereta nasional ini juga mendapat kerjasama dari syarikat Mitsubishi dan kini kepakaran
automotif adalah setanding dengan kereta-kereta berjenama seperti Honda, Chevrolet, Volvo
dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui pengujian kelasakan dan pengujian kereta
tempatan di Litar Antarabangsa Sepang dimana pelumba dari Jepun turut menyertainya.
Statistik 2011, menunjukkan peningkatan jualan proton sebanyak 72,211 unit
keseluruhan menerajui pasaran. (http://www.arenakereta.com/2011/07/10/2011). Kejayaan
industri ini menguntungkan rakyat Malaysia yang kini mampu menggunakan kereta hasil
tempatan dan semakin bertambah pengeluarannya dari semasa kesemasa.

3.3 Kejayaan dalam bidang industri keusahawaan
Azman Hamzah Plastik Sdn. Bhd. (AHP) adalah salah satu industri yang telah mencipta nama
sebagai pengeluar barangan plastik dan komponen dalaman serta luaran kereta untuk
automotif terkenal seperti PROTON, PERODUA, UMW Toyota, Isuzu dan TS Lear.
8

Penggunaan mesin berteknologi tinggi berserta sistem perisian komputer, AHP kini mampu
menghasilkan lebih 400 jenis produk plastik.
Simply Siti Sdn Bhd adalah produk kecantikan dan penjagaan kulit halal yang diasaskan
oleh penyanyi terkenal Negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang turut mencipta nama
melalui kejayaan telah menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Bidang industri
keusahawanan ini telah membuktikan kejayaan yang setanding dengan Negara maju dengan
berdasarkan pendedahan latihan dan pengetahuan melalui DPT.
Penganjuran julung kali dengan kerjasama Malaysian Industrial Development Finance
Berhad (MIDF), SME Bank dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) telah meraikan
kejayaan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Kejayaan
keusahawaan ini telah diraikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang telah
dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri, Datuk Mustapa
Mohamed. Penganjuran forum turut membantu meningkatkan tahap motivasi kepada
usahawan yang baru memulakan atau mengembangkan perniagaan. Disamping itu, objektif
utama FOKEM 2014, juga membuka peluang dan memperkukuhkan rangkaian perniagaan
yang sedia ada kepada usahawan bagi membangunkan diri sejajar kearah Negara maju.
(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FOKEM2014platformusahawankongsikejayaa
n/Article)

3.4 Industri elektronik, industri pengilangan dan pemprosesan bahan mentah
Industri perkilangan merupakan antara sumber ekonomi utama yang mencontohi Negara
Timur seperti pengilangan bahan komputer, barang elektronik melalui pengeluaran
komponen dan pemasangan peralatan. Antara syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia
seperti Syarikat Toshiba dan Syarikat Sanyo.
Menurut Zulhilmi (2003) bukunya bertajuk Hubungan Luar Antarabangsa. Hasil
daripada hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jepun menunjukkan
peningkatkan dua kali ganda daripada 31.6 bilion pada 1990 kepada 476.5 bilion pada 1995.
Hal ini menunjukkan jepun merupakan rakan dagangan terbesar di Malaysia dan pasaran
eksport ketiga terbesar di Malaysia. Sebagai bukti peningkatan pelaburan Jepun di Malaysia,
beberapa syarikat korporat Jepun melabur antaranya ialah Matshushita, Sharp, Sony, Fujitsu,
NEC dan lain-lain. Boleh dikatakan hamper 90 peratus syarikat ini ialah syarikat yang
mengeluarkan barangan berteknologi tinggi.
9


4.0 Penjelasan dan empat komen kelemahan dalam perlaksanaan Dasar Pandang ke
Timur

4.1 Masalah Sosial Dikalangan Remaja
Pada dasarnya apa yang dikagumi Malaysia kepada Negara matahari terbit ini ialah mereka
mempunyai masyarakat yang kuat bekerja, menepati masa, rajin membaca dan mempunyai
nilai etika yang tinggi. Hal ini selaras dengan ajaran agama islam yang sesuai dijadikan
contoh kepada rakyat Malaysia. Namun, wajarkan semua cara hidup mereka perlu masyarakat
Malaysia teladani. Dalam mengejar kejayaan material dalam pembangunan Negara, kita tidak
sepatutnya melupakan jati diri rakyat yang perlu dibina terutamanya golongan generasi muda
yang akan menjadi pelapis Negara.
Walaupun ekonomi Negara jepun sentiasa membangun dan menandingi Negara barat.
Namun, Jepun kini mengalami masalah konflik sosial di kalangan generasi muda. Hal ini
merupakan penyakit serangan jangka masa panjang yang memberi kesan pada masa akan
datang. 50 peratus kesalahan jenayah dilakukan oleh golongan berumur 14 dan 19 tahun.
Selain itu, Kes ponteng sekolah dikalangan pelajar juga meningkat sehingga 5 peratus
daripada jumlah pelajar dijepun. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang jelas dan bahayanya
tidak kelihatan.
Hal ini juga semakin menjadi-jadi di Malaysia. Masalah sosial muda mudi semakin menular
dikalangan remaja. Masalah jenayah, ponteng sekolah, buli, dan sebagainya semakin
mengambil tempat dimuka akhbar. Hal ini terjadi disebabkan Negara terlalu mengejar
pembangunan Negara dari segi ekonomi dan generasi yang baru mula menapak tidak diberi
perhatian. Dalam institusi keluarga sendiri, ibubapa terlalu mengejar wang ringgit untuk
kemewahan keluarga. Kasih sayang dan perhatian tidak diberikan kepada anak-anak. Hal ini
mengakibatkan anak-anak membesar tanpa bimbingan dan jati diri anak-anak tidak dibentuk
dengan baik.
Jadi, DPT yang dijalankan perlu dikaji terlebih dahulu. Malaysia tidak sepatutnya
mengambil bulat-bulat budaya masyarakat mereka untuk dipraktikkan di Negara kita.
Walaupun pembangunan Negara yang dikejar, jati diri anak-anak muda tidak sepatutnya di
abaikan. Mereka pewaris Negara yang perlu dibimbing untuk menjadi pewaris yang berjiwa
besar dalam pembangunan Negara kelak.


10

4.2 Kurikulum Pendidikan Tidak Diselaras.
perancangan pembangunan sumber tenaga berkemahiran seperti Negara Jepun diperlukan.
Sebagai perlaksanan kepada perangan tersebut, pelbagai program latihan yang diwujudkan
dibawah DPT. Antaranya ialah program ijazah pertama dalam bidang-bidang seperti
kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial. Program ijazah lanjutan juga diwujudkan
terutamanya dalam bidang latihan teknikal dan perindustrian(In-Plant), program perkongsian
ekonomi dan pelbagai program-program lain yang diperkenalkan.
Kerajaan Malaysia menyediakan program Penajaan dan biasiswa bagi menjayakan misi DPT
untuk mempelajari dan mengambil pembelajaran pengurusan ekonomi Jepun. Institusi
pengajian tempatan juga mula mengajar mata pelajaran dan sistem pengurusan pendidikan
Jepun. Banyak ciri-ciri pengurusan Jepun yang dibawa dalam kurikulum tempatan dengan
tujuan kemahiran pelajar tempatan sejajar dengan matlamat kearah Negara maju berlandaskan
DPT.
Sebagai contoh, sekumpulan pelajar Malaysia lepasan SPM dan STPM dihantar ke Jepun
untuk mendalami ilmu bagi mencapai hasrat Negara untuk membuka kilang besi pertama
Negara. Mereka telah menjadi perintis utama kepada pembukaan kilang besi pertama yang
diidamkan oleh Negara iaitu, Perwaja Bhd.
Namun, dalam mengeluarkan tenaga kerja yang diinginkan, Malaysia telah menghasilkan
terlalu ramai golongan terpelajar. Golongan siswazah tidak kira lulusan dari luar atau dalam
Negara semakin meningkat. Hali ini dapat dibuktikan bilangan siswazah yang menganggur
paling tinggi pada tahun1987, 19000 orang dan 1988 sebanyak 15000 orang. Hal ini berlaku
ketika kemelesatan ekonomi Malaysia ekoran kemelesatan ekonomi dunia.
Selain itu, masalah pengangguran juga disebabkan ketidaksuaian bidang yang dipelajari
dengan peluang pekerjaaan yang diperlukan dalam ekonomi Malaysia. Hal ini terjadi kerana
institusi pengajian tidak peka dengan keperluan tenaga pekerja yang diperlukan. Kurikulum
pendidikan perlulah selaras dengan keperluan kemahiran tenaga pekerja yang dikehendaki
dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program pendidikan yang lebih berorientasikan akademik
juga memberi kesan yang sangat negatif kepada produktivi negara kerana sumber tenaga kerja
tiada kemahiran praktikal dan hanya mempunyai pemahaman secara teori.

4.3 Penswastaan Syarikat Di Malaysia.
Menerusi dasar pandang ketimur yang diperkenalkan, model pensyarikatan jepun menjadi
ikutan dengan hasrat mencapai target wawasan 2020 iaitu Malaysia menjadi Negara maju.
Pelbagai program pendidikan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia serta kurikulum latihan
11

dan pendidikan Jepun di bawa dalam sistem pendidikan Malaysia bagi menyediakan latihan
kemahiran kepada pelajar supaya sumber tenaga kerja yang dipelukan dapat mencapai
matlamat menjadikan ekonomi Malaysia berkembang maju terutamanya dalam bidang
perindustrian. Sebagai contoh, pembukaan kilang besi Perwaja Bhd. Di Terangganu yang
diusahakan oleh pelajar Malaysia yang menamatkan pelajaran di Jepun.
Selain itu, Malaysia meneruskan lagi dasar pensyarikatan dengan menswastakan beberapa
syarikat seperti LLN atau lebih dikenali sebagai TNB, Telekom Malaysia, penswastaan
hospital kerajaan, syarikat penerbangan MAS serta Syarikat Bekalan Air Selangor
(SYABAS).
Pada dasarnya, penswastaan merupakan salah satu langkah kerajaan untuk
meningkatkan pendapatan Negara kerana penswastaan dapat meningkatkan keuntungan
secara maksimum. Namun, impak yang lebih besar kepada masyarakat berlaku akibat
daripada penswastaan syarikat-syarikat tersebut. Keuntangan yang diperolehi hanyalah
kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Tiada ketelusan dan keuntungan dibolot sendiri. Gejala
rasuah memakan Negara sendiri.
Kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjejas mengakibatkan hidup rakyat menjadi
semakin parah akibat kenaikan harga bil elektrik dan telefon. Kos hidup yang terlalu tinggi
meningkatkan tahap kemiskinan Negara. Terutamanya masyarakat Malaysia yang
berpendapatan rendah. Penduduk Bandar juga dibelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi,
sebagai contoh lebih banyak lebuhraya yang digunakan dikenakan kadar tol yang tinggi.
Tambah malang, kilang besi Perwaja gagal ditadbirkan malah telah menghabiskan berbillion
duit rakyat. negara tidak mampu lagi menampung kos tersebut. Malah mahasiswa yang
mempunyai lulusan yang tinggi juga banyak bertaburan tanpa kerja.

4.4 Budaya Hiburan Korean Pop (K-Pop)
Secara amnya Dasar Pandang ke Timur yang diusulkan mendukung matlamat menjadikan
Jepun dan Korea sebagai contoh kepada budaya kerja yang begitu tinggi dengan disiplin dan
etika kerja mereka. Tetapi sikap dan tabiat seseorang sukar diubah dengan sekelip mata. Apa
yang boleh dilakukan hanya mengekalkan budaya yang baik dan memperbaiki yang kurang
sempurna. Apabila budaya masyarakat Negara-negara tersebut diagungkan menjadi tren yang
berbeza kerana budaya hiburan pula yang ditiru serta menjadi ikutan masyarakat Malaysia
terutamanya golongan remaja.
Pada awal tahun 2010, gelombang hiburan Korea rancak berkembang ke seluruh dunia
dan telah memukau sebahagian besar masyarakat Malaysia sendiri. Tren pakaian, hiburan,
12

gaya hidup, drama, lagu, teknologi serta budaya menjadi ikutan dan mereka menjadikan artis
korea selatan sebagai idola mereka. Pengaruh korea selatan ini bermula dengan fesyen
rambut, gaya pemakanan, aksesori, pemakaian bahasa dan makanan yang sebenarnya
bertentangan dengan pegangan agama confusion masyarakat korea. Jika pengaruh ini
berleluasa sudah semestinya menjadi masalah kepada agama Islam sendiri. Budaya-budaya ini
sangat bertentangan dengan agama islam.
Akhbar nasional April 2011, telah menegaskan budaya fanitik korea perlu diawasi
supaya golongan remaja tidak tersasar jauh dengan budaya tersebut. Apa yang lebih menarik,
golongan yang terlalu fanatik dengan budaya ini sanggup menghabiskan wang ringgit semata-
semata untuk membeli barangan seperti album, poster, aksesori artis korea yang mereka
minati. Malah Negara juga masih menerima kunjungan artis korea membuat konsert seolah-
olah membiarkan sahaja gejala ini berleluasa. Apa yang merisaukan jika budaya ini terus
meresap dalam pemikiran golongan remaja bukan sahaja dapat merosakkan akhlak malah
dikhuatiri meruntuhkan aqidah.
5. Empat Analisis Datuk Seri Najib Mengumumkan Gelombang Kedua Komitmen
Dasar Pandang Ke Timur

Setelah 30 tahun dasar Pandang ke Timur dilaksanakan Datuk Seri Najib memandang rakyat
Malaysia telah mendapat manfaat daripada hasil keterbukaan Jepun. Pada Oktober 2012
semasa memberi ucapan di persidangan ke 31 MAJECA-JAMECA menyatakan Jepun
merupakan salah satu Negara yang mencetuskan kejaiban ekonomi dan kesediaan mereka
berkongsi dengan Malaysia sangat bermakna. Bagi beliau dasar ini perlu diteruskan dan diberi
kesinambungan dalam membangunkan tiga sektor iaitu perniagaan kecil dan sederhana
(SME), teknologi baru berkapasiti tinggi dan pendidikan.

5.1 memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun
Fasa baru dasar ini memberi penekanan oleh Perdana Menteri untuk mengukuhkan hubungan
dua hala yang lebih luas antara Malaysia dan jepun dalam memcapai status Negara maju
berpendapatan tinggi. Perbungan Malaysia dan Jepun sangat penting dalam mengukuh dan
membangunkan ekonomi Negara. Hal ini dikukuhkan dengan kenyataan bahawa Jepun
mempunyai 14000 syarikat yang beroperasi di Malaysia, nilai pelaburan dalam sektor
pembuatan dianggarkan sebanyak Rm71 bilion. Hal ini memberi Jepun status sebagai pelabur
utama di Malaysia. Jika perhubungan dua Negara ini tidak diteruskan Malaysia akan
kehilangan pelabur terbesar iaitu Jepun. Disember 2013 dalam akhbar Sinar, pertemuan Datuk
13

Seri Najib dengan perdana menteri Jepun, Shinzo Abe membincangkan berkaitan Gelombang
kedua dasar Pandang ke Timur. Dalam perbincangan ini DPT gelombang kedua perlu
memberi keutamaan kepada perubahan dalam sektor ekonomi Negara dan hal ini dipersetujui
oleh Jepun untuk bekerjasama dalam hubungan bidang ekonomi. Hubungan ini dikukuhkan
lagi dengan perangan projek hubungan rel berkelajuan tinggi Singapura- Kuala Lumpur
sepanjang 330 km dengan menggunakan sistem kereta api laju Jepun. Cadangan projek ini
bernilai RM 40 bilion.

5.2 Membangunkan System Pendidikan Malaysia
Selain itu, antara sebab gelombang kedua dasar Pandang ke Timur ialah dalam
membangunkan pendidikan Malaysia. Pada Julai 2013 dalam bernama, Perdana Menteri
sektor pendidikan juga perlu diberi perhatian dalam gelombang kedua ini. Kedua-dua pihan
Malaysia dan Jepun mempersetujui perlunya program penyelidikan berskala besar dan usaha
sama akademik antara Institut Malaysia-Jepun (MJIT) syarikat dan industri Jepun dalam
bidang teknologi canggih. Penyeledikan perlu diperluas dalam meningkatkan lagi sektor
perindustrian Negara. Sebagai contoh, ucapan Datuk Seri Najib dalam artikel yang di tulis
oleh Izwan,(2012) menjadi bukti DPT yang perlu diteruskan kesinambunganya berkenaan
seorang pengusaha makanan halal Akmal Abu Hassan telah melanjutkan pelajaran di Jepun
kemudian dengan pengalaman bekerja di Bank of Tokyo Mitsubishi beliau kembali ke
Malaysia dan berkhidmat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri. Hasil
pengalaman yang ditimba oleh Akmal beliau telah memiliki syarikat makanan halal di
Malaysia dan Jepun. (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dasar-pandang-ke-
timur-perlu-disambung-dan-dibangunkan-kata-pm).

5.3 Pelaburan Jepun Dalam Sektor Teknologi Tinggi
Selain daripada memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun dan meningkatkan taraf
pendidikan Malaysia, Perdan Menteri juga berharap pelaburan Jepun dalam bidang teknologi
tinggi ketika lawatan beliau ke Jepun sempena Sidang Kemuncak Peringatan 40 tahun
Hubungan Dialog ASEAN-Jepun. Beliau juga berkata pelabur jepun perlu melonjak nilai
pelaburan yang lebih tinggi serta memberi tumpuan kepada pelaburan teknologi tinggi. Kata
Datuk Seri Najib dalam artikel Izwan, (2012) .Pada tahun 2011 projek teknologi yang
diluluskan ialah Panasonic energy Malaysia berinlai US$578 juta , pelaburan oleh
Ibeden(us$906.3 juta), hab berkualiti bersepadu di Selangor (US$63 juta) dan rancangan
peluasan oleh Toyota Motor Corporatian (US$300 juta) telah diluluskan. Kelulusan projek
14

pelaburan Jepun dalam teknologi tinggi berupaya membangunkan lagi teknologi dan ekonomi
Malaysia sejajar dengan program tranformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan menjelang
Negara maju wawasan 2020.

5.4 Jepun Dan Korea Sebagai Contoh
Gelombang kedua DPT diperkenal reaksi daripada buy British last yang diumumkan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad. Dasar ini juga diperkenalkan dan perlu diteruskan kerana Negara
barat tidak lagi boleh dijadikan sebagai contoh kepada Malaysia. Hal ini kerana Negara-
negara barat terlalu banyak masalah akibat daripada sikap mereka yang terlalu banyak
meminjam wang dan tidak mampu bayar semula wang tersebut.
Laporan Bernama,(2011) Tun Dr. Mahathir berkata Malaysia tidak boleh menjadikan
Barat sebagai contoh kerana Barat kini menuju kearah muflis. Beliau menyifatkan DPT yang
diperkenalkan dahulu masih releven bagi 30 tahun akan datang. Keadaan ini membuatkan
Malaysia perlu terus memandang Negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh terbaik
dalam perniagaan dan etika kerja mereka. Sikap dan etika kerja yang berdisiplin nadi utama
kepada perkembangan produktiviti Negara.

6.0 Rumusan
Dasar pandang ke timur yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir hamper 30 tahun yang lalu
telah membantu Malaysia membangun dengan pesat menuju wawasan 2020 menjadi Negara
maju. Dasar ini memainkan peranan dalam mencorakkan hubungan dengan Jepun supaya
hubungan positif ini mampu memberikan keuntungan kepada kedua-dua Negara. DPT
diperkenalkan bertujuan meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan di Negara
dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang
positif. Hal ini bukanlah bermaksud masyarakat Malaysia kurang nilai dan etika tetapi dengan
DPT ini etika kerja seperti menepati masa, berdisiplin, jujur dan amanah diterapkan diantara
majikan dan pekerja contohnya. Nilai-nilai timur yang sedia ada dalam masyarakat Malaysia
perlulah dikekalkan dan digelap dengan nilai-nilai baru yang ingin dicontohi daripada Jepun
dan Korea selatan.
Dua buah negeri ini dijadikan contoh kerana mereka mampu membangunkan dan
memajukan Negara selepas mengalami kejatuhan yang teruk suatu ketika dahulu ketika
perang dunia kedua. Namun tranformasi ekonomi dan teknologi Negara itu menjadikan
mereka Negara gergasi dunia. Walaupun mereka menggunakan bahasa mereka sendiri, bangsa
sendiri mereka tetap boleh membangun dengan hebatnya dimata dunia. Kebolehan mereka
15

menetapkan matlamat apa yang dikecapi amatlah dikagumi. Sebagai contoh, Jepun tidak
mempunyai sumber alam iaitu bijih besi namun mereka mampu menjadi pengeluar keluli
terbesar.
Disebalik kejayaan Malaysia membangun daripada hasil DPT diperkenalkan, ada
sesuatu terselit membuat rakyat Malaysia tersalah langkah. Dalam mengejar menjadikan
Jepun sebagai contoh etika di tempat kerja sehingga mengabaikan nilai-nilai kekeluargaan,
anak-anak tidak dididik dengan betul dibiar tanpa kasih sayang menyumbang kepada masalah
sosial dikalangan generasi muda mudi seperti jenayah, buli ponteng dan sebagainya. Selain
itu, sebahagian golongan remaja hanyut dalam gelombang hiburan timur iaitu K-Pop. Cara
pemakaian, bercakap, fesyen semuanya mengikut artis Korea yang mereka minati. Budaya ini
bukanlah reaksi yang sepatutnya diberi kepada DPT.
Jadi, gelombang kedua Dasar pandang ke Timur ini mempunyai harapan yang besar
dalam meneruskan pembangunan Negara dari segi ekonomi. Namun, kita tidak sepatutnya
meniru bulat-bulat cara hidup Negara timur sebagai gaya hidup kita di Malaysia. Ramai juga
yang masih ragu-ragu dengan kerevelenan DPT kerana Jepun mengalami masalah
kelembapan ekonomi. Tetapi hal ini boleh dijadikan pedoman kepada Malaysia agar perkara
yang sama tidak berlaku. Dasar ini dikaji semula untuk mengenalpasti kelemahan yang
dialami agar pelaksanaanya pada gelombang kedua ini mampu memberi impak yang positif
kepada Malaysia. Hubungan Malaysia-Jepun merupakan hubungan yang tidak mementingkan
diri malah memberi manfaat kepada kedua-dua buah Negara. Harapan Malaysia akan Berjaya
mencapai wawasan 2020 dengan memperkukuhkan hubungan dua hala dengan pelbagai
bentuk kerjasama dan perhubungan yang terjalin.











16

RUJUKAN

Tengganu kite. (2002). Bencana dari Dasar Pensyarikatan Malaysia, retrieved from
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=17953.
(2011). Teruskan dengan Dasar Pandang ke Timur, http://sa-retrieved from
melayu.blogspot.com/2011/10/teruskan-dengan-dasar-pandang-ke-
timur.html#axzz2v3dAauOx.
Imran, A. (n.d.). Pengajaran dari Dasar Pandang ke Timur,retrieved from
http://www.capaimatlamat.com/2012/02/19/pengajaran-dari-dasar-pandang-ke-timur/.
Inaija. (n.d.). Sumbangan Dasar Pandang ke Timur kepada pembangunan negara, retrieved from
http://www.scribd.com/doc/39967522/Sumbangan-Dasar-Pandang-Ke-Timur-Kepada-
Proses-Pembangunan-Negara.
Ismail, R. (1996). Modal Manusia dan Perolehan Buruh. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismayatim, W. F. (2013). Dasar Pandang ke Timur tumpu teknologi tinggi, retrieved from
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DasarPandangKeTimurtumputeknologitinggi
/Article/index_html.
Izwan. (2012). Dasar Pandang ke Timur perlu disambung dan dibangunkan-PM, retrieved from
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dasar-pandang-ke-timur-perlu-
disambung-dan-dibangunkan-kata-pm.
Izza, N. (2013). Hallyu Waze: Pengaruh dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia, retrieved
from http://nurzza.blogspot.com/2013/12/hallyu-wave-pengaruh-dan-implikasi_1.html.
Oyabun. (2013). Malaysia rakan hati ke hati Jepun,retrieved from
http://oreoyabun.blogspot.com/2013/12/malaysia-rakan-hati-ke-hati-jepun.html.
Yaacob, H. F. (2000). Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia: Cabaran Abad 21. Kuala Lumpur:
Universiti Teknologi Malaysia.
Zulhilmi. (2003). Hubungan Luar Antarabangsa. Pahang: PTS Publication & distribution Sdn. Bhd.