Anda di halaman 1dari 5

Luar Eropah: Pemodenan atau

Pembaratan

Pemodenan adalah proses perubahan dalam
semua aspek kehidupan melalui proses
perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan ialah proses peniruan gaya hidup
Eropah Barat yang tidak dilakukan secara
berencana.
Selepas kemerdekaan negara Eropah menjadi
model pilihan utama sebagai contoh
pembentukan negara.

Dua aspek yang ditiru:
1. - Aspek politik ialah model yang dipilih ialah
model negara bangsa dan demokrasi politik.
2. - Aspek ekonomi, model yang dipilih ialah sistem
ekonomi yang berasaskan kapitalisme, industri,
dan teknologi. Aspek peniruan berlaku kerana
penjajah telah memperkenalkan sistem
pentadbiran dan ekonomi yang terhad.
Model eropah barat ialah modenisasi yang
berasaskan kepada falsafah evolusi.
Pembangunan dapat dijelaskan dengan bezakan
antara masyarakat tradisional dengan moden.

Sejak 1945, PBB telah menyusun program bantuan
antarabangsa berdasarkan perspektif modenisasi.
Peranan bank dunia dan IMF ialah menstabilkan
kewangan nasional dan menggalakkan perdagangan
antarabangsa, menggalakkan pertumbuhan, ekonomi
nasional dengan membiayai pengimportan teknologi
prasarana dan menyebarkan idea projek
pembangunan, mempengaruhi negara membangun
supaya meniru dan mengguna pakai model
pembangunan industri dan teknologi Barat yang
berintensifkan modal.
pembangunan dalam negara baharu sebagai proses
mengejar pertumbuhan diterajui oleh negara elit dan
beroperasi dalam konteks negara bangsa.
pembangunan dianggap sebagai cara
mengorganisasikan atau cara untuk
menggalakakkan masyarakat untuk berubah.
perubahan boleh berbentuk kepercayaan
masyarakat (seperti bersifat agama kepada
sekular), dalam pola-pola social merela (daripada
yang luar bandar kepada masyarakat bandar),
atau dalam erti material (penggunaan tenaga
haiwan kepada tenaga jentera untuk
melaksanakan proses produksi).
Pembangunan juga adalah perubahan social dan
pertumbuhan ekonomi yang terancang yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai