Anda di halaman 1dari 2

Kerja kursus ini iaitu Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104) yang bermula dari 4

ogos hingga 8 September 2012 memerlukan pembacaan dan pengumpulan maklumat


yang lengkap. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya berusaha untuk
mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi dengan rakan-rakan
melalui telefon ,facebook , email dan sebagainya. Namun demikian, cabaran dan
halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang
terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet dan buku-buku
rujukan.
Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dan esei pendek .Saya
berjaya mendapatkan maklumat daripada buku-buku rujukan dari perpustakaan
sekolah,perpustakaan awam, daripada pandangan rakan dan juga dari sumber internet.
Adakalanya saya menghadapi sedikit kesukaran seperti maklumat yang kurang jelas
dan tidak lengkap.Malah kadang-kadang masalah gangguan kelajuan internet yang
minimum juga turut menyebabkan saya terganggu konsentrasi dan turut menimbulkan
masalah dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail
yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama
dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.
Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak ilmu berkaitan
kaedah bacaan awal untuk kanak-kanak. Kini saya telah mengetahui beberapa jenis
kaedah yang boleh diaplikasikan sebagai seorang bakal guru kelak. Saya juga turut
mengetahui bahawa tidak semua jenis kaedah bacaan awal itu boleh digunakan untuk
semua tahap dan golongan kanak-kanak.
Saya menyedari bahawa setiap golongan kanak-kanak itu terdapat cara dan
kaedah yang bersesuaian untuk diajarkan kepada mereka mengenai bacaan awal. Oleh
itu, sebagai seorang bakal guru saya perlulah peka dengan kanak-kanak dan
mengetahui kaedah manakah yang bersesuaian dengan mereka dan berusaha untuk
mengajar mereka membaca.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada En Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin yang telah banyak
membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.
Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah
tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,

.
(KALIAMMAH A/P AYER)
811018-06-5128