Anda di halaman 1dari 2

Leha+Sham, Tg. Gemok, Pahang.

=============================
Alhamdulillah, pembuka rezeki tahun 2014. Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku h
adapi sepanjang tahun 2013. Semua itu mematangkan lagi pengalaman yang sedia ada
. Pada tahun 2014 ini Media Zuraz ingin pergi lebih jauh setelah hampir 4 tahun
berkecimpung dalam fotografi komersial sejak tahun 2010. Tahun ini juga Media Zu
raz akan melebarkan sayap untuk memperkenalkan pakej videografi komersial setela
h hampir dua tahun berekperimentasi dengan beberapa 'sample' pengantin.
Berbalik kepada pasangan pertama bagi tahun ini, Leha dan Sham, mereka berdua te
rsangatlah sempoi dan 'sporting' walaupun peringkat awal agak malu-malu untuk be
rgambar. Pengantin perempuan begitu bersahaja berposing akan tetapi perngantin l
elaki agak kekok dan malu. Nasib baiklah Leha membantu pasangannya untuk rasa le
bih selesa semasa sesi fotografi.
Media Zuraz mengucapkan selamat pengantin baru kepada Leha dan Sham. Kerjasama s
ama kalian berdua memang jitu dan mantob.
Ieda+Iwan, Kuala Rompin, Pahang.
===============================
Tahun ini negeri Johor cuti hari minggu sudah tidak sama dengan negeri pahang. C
uti hujung minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Sebenarnya lebih bagus cuti
hujung minggu bermula hari Jumaat senang sikit nak Solat Jumaat, taklah terkejar
-kerja. Tapi apa yang jadi cabaran kali ini hari Ahad merupakan hari kerja bagi
aku. Kerja rasmi sebagai pendidik. Maka bila ada majlis hari Ahad maka aku terpa
ksa la tolak untuk ambil gambar kahwin.
Oleh kerana pasangan kali ini Ieda+Iwan telah tempah pakej sejak tahun lepas seb
elum diumumkan cuti bertukar maka aku terpaksa mengadap big boss aku (Guru Besar
) untuk mohon Cuti Rehat Khas (CRK). Tebal juga muka nak mohon cuti sebab nak am
ik gambar tapi nasib baik kabel baik he...he...
Kali ini aku bertugas dengan partner aku Pojie. Aku amik gambar dia amik video.
Amik gambar tidak ada sebarang masalah sangat cuma cabaran utama pada videografi
sebab nikah waktu malam dan kami pula tidak cukup dengan peralatan pengcahayaan
untuk cover ruang nikah yang memang sangat malap cahaya.
Namun semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat berkarya dengan s
empurna. Kami dapat harunginya juga sebab kerjasama dari pengantin dan keluargan
ya sangat baik. Layanan yang diberikan oleh mereka sangat istimwa. Terima kasih
daun keladi.
Seronok bekerja dengan mereka. Kerja kami jadi mudah dan lancar. Dua-dua suka be
rgambar dan pandai beraksi di depan kamera. Kami doakan semoga kedua mempelai ba
hagia sentosa selamanya hingga ke akhir hayat. Amin...
>>Klik di sini untuk melihat galeri gambar majlis
2014 | Raja Ahmad Faizudin & Rohaya, Endau, Johor
=================================================
Alhamdulillah... ucapan tidak terhingga rasa syukur diucapkan kepada Yang Maha E
sa di atas limpah kurnianya. Kali ini Allah bagi rezeki lagi. Kali ini aku dapat
photoshoot dan videoshoot bersama Pojie (Senior Videographer) dan Arop (Junior
Videographer). Photo dan Video kali ini memang mencabar kerana kami berhadapan d
engan pelanggan yang begitu teliti dalam setiap aspek.
Raja dan Rohaya merupakan mempelai yang amat teliti yang pernah aku jumpa namum
disebalik ketelitiannya banyak perkara yang aku belajar. Semua diserap secara po
sitif. Pertama kalinya majlis akad nikah dan majlis persandingan jaraknya hampir
seminggu disebabkan jadual pengantin lelaki yang padat.
Hari pernikahan dan persandingan berjalan lancar namun semasa photo dan video sh
oot post wedding di Mersing berlaku hujan lebat dan ribut dilokasi pengambaran.
Kami terpaksa tunggu hingga ke lewat petang untuk menunggu hujan reda. Sehingga
dengar azan maghrib barulah kami selesai menjalankan tugas dengan penuh cabaran
dan rintangan.
Kepada Raja dan Rohaya, Media Zuraz mengucapkan tahniah dan selamat pengantin ba
ru. Terima kasih juga di atas kerjasama dari anda berdua. Banyak pengalaman berk
erjasama dengan mereka berdua terutamanya dalam penghasilan mutu video kami.
Ain+Zharif, Endau, Johor.
=========================
Cuti sekolah pertengahan penggal ke-2 telah bermula. Minggu ini negara dikejutka
n dengan isu soalan English (Kertas 1 dan 2) dan Sains UPSR bocor. Nasib baiklah
bukan kertas yang aku mengajar kalau tidak selesailah lagi tugas mengajar matem
atik tahun 6 yang begitu mencabar dan tekanan. Namun begitu aku kesian pada muri
d-murid aku yang terpaksa sekali lagi mengulang bagi kertas Sains dan BI pada 30
September ni.
Bila cuti bermula maka sibuklah aku menjelma sebagai 'photographer'. Pengantin k
ali ini cukup sempoi. Pada mulanya pengantin perempuan Ain kelihatan malu-malu d
an sopan santun budi bahasanya. Tapi lepas nikah terus jer berani 'posing' tak p
ayah suruh pandai jer dia dan suaminya buat.
Outdoor kali ni lain daripada yang lain sebab hujan terpaksa outdoor di tukar ke
pada indoor photography. Lokasi yang aku pilih ialah tempat kerja rasmi SK Telok
Lipat. Bila berada di sekolah maka banyaklah idea-idea yang keluar. Alhamdulill
ah kerjasama pengantin untuk aku berkarya amatlah mantob. Bila mantob hasilnya l
uar biasa sikit.
Satu aku respek dan kagum jodoh mereka berdua ditemukan oleh kedua-dua ibu bapa.
Di zaman moden ini biasanya anak muda mencari sendiri pasangan masing-masing. A
pa-apa pun tahniah kepada kedua mempelai. Semoga berkekelan hingga ker akhir hay
at. Barakallahu Lakuma...

Anda mungkin juga menyukai