Anda di halaman 1dari 7

AMALAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG DAN BERSENAM DAPAT MENJAMIN

KUALITI HIDUP SESEORANG INDIVIDU.


1.1 Amalan Pemakanan Yang Seimbang Dapat Menjamin Kualiti Hidup Seseorang
Individu.

Kebahagiaan hidup manusia bergantung pada tahap seseorang dalam
melakukan dan menjalankan aktiviti rutin dengan cara yang baik. Aktiviti rutin boleh
dibahagikan kepada aktiviti serta amalan seperti amalan pemakanan, amalan
bersenam, amalan membaca dan sebagainya. Maka amalan pemakanan juga boleh
diungkapkan dalam aktiviti rutin harian manusia. Oleh hal demikian, seseorang manusia
haruslah belajar mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang pada setiap hari
bagi memastikan kesihatan tubuh badan serta menjamin kualiti hidup seseorang
individu.
Menurut pakar pemakanan Dr Haji Ahmad 1987, makanan ialah bahan-bahan
pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan,
membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain
ianya mengawal kehidupan. Dalam erti kata lain, makanan ialah bahan yang menarik
rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan.
Jika kita lihat pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai
kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Makanan
berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup tanpa
melemahkan tubuh badan seseorang tanpa kehadiran zat-zat makanan dalam setiap
menu makanan harian kita. Secara spesifiknya makanan yang dimakan setiap hari
membekalkan vitamin,zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak.
Amalan pemakanan yang sihat penting untuk menjamin kualiti hidup seseorang
individu, misalnya kepada kanak-kanak, akan dapat membekalkan tenaga dan nutrien
penting yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan untuk aktiviti
sehariannya. Hal ini memberi keutamaan dari segi kualiti hidup murid itu dalam
kehidupannya. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak pandai mengambil
pemakanan yang seimbang mampu membantu mendapat perkembangan dari segi
fizikalnya, dan tiada isu seperti kurang zat makanan atau obesity.
Hal ini perlu diberi fokus kerana dengan pastinya kanak-kanak yang berobesiti
akan mempunyai saiz yang besar dan perkara ini merumitkan mereka menyempurkan
tugasan harian mereka dengan sebaik-baiknya. Contoh jika dalam keadaan yang sibuk
atau cemas, kanak-kanak yang berobesiti akan mudah lemah dan terus pengsan. Maka
kita perlulah peka dengan pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan
cergas bagi mengelakkan amalan pemakanan yang tidak baik. Antara jenis-jenis
makanan yang penting ialah seperti karbohidrat, protein, lemak,vitamin, garam dan
mineral. Enam makanan berzat atau nutrien diperlukan untuk pertumbuhan, membaiki
dan mengawal badan. Perseimbangan makanan berzat mengandungi beberapa pilihan
makanan dari setiap keempat-empat kumpulan makanan.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan
tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang
menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.
Oleh itu,wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Antara kepentingan
makan makanan berkhasiat ialah memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.

Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan
seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang
akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Kepentingan yang diperoleh
seterusnya ialah perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat
makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau
mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam
kehidupan seseorang itu. Secara eksplisit, pemakanan seimbang menjadikan aspek
mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Dalam cara menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis
makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah
pilihan yang baik, contohnya seperti adakah makanan tersebut mengandungi mineral
dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang. Kurangkan
memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Selain daripada itu, kurangkan
makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Biasakan diri anda
dengan memakan atau meminum yang berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah
sumber protein dan bahan baik untuk kecerdasan minda.

Seterusnya, kelas makanan yang seimbang yang mengandungi kelas makanan
yang seimbang dan mencukupi. Tidak ada kelas makanan yang berlebihan atau tidak
mencukupi, kerana setiap zat makanan adalah penting danmempunyai fungsi masing-
masing. Antara kelas makanan yang ada ialah karbohidrat iaitu makanan yang
mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen yang berfungsi membekalkan tenaga.
Contohnya ialah nasi, roti, coklat, ubi.
Selain itu, protein yang didefinisikan sebagai makanan yang mengandungi
karbon,hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus berfungi
membina sel baharu dan membaiki tisu rosak. Contohnya ialah daging, ikan, putih telur,
susu dan kacang soya. Kelas makanan yang ketiga ialah lemak iaitu makanan yang
mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan berfungsi
memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan tenaga dan
melindungi organ dalaman daripada gegaran. Contohnya ialah mentega, kuning telur,
minyak ikan, dan lemak daging.
Seterusnya ialah vitamin iaitu sebatian organik yang penting untuk badan yang
terbahagi kepada vitamin larut lemak (a,d,e,k) dan vitamin larut air (b,c) yang berfungsi
untuk kepentingan kesihatan badan.Contohnya ialah tomato, susu, limau, telur,
dan ikan kod.Kelas makanan yang kelima pula ialah garam mineral yang dikenali
sebagai sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan
badan dan diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Lemak penting untuk kesihatan badan dan antara contohnya ialah ikan bilis,
garam, tomato, limau, telur, dan ikan kod. Kelas makanan yangkeenam ialah pelawas
iaitu bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan dan merangsang
pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan. Pelawas berfungi mencegah sembelit
dan contohnya ialah nangka, nenas, betik, dan jagung. Kelas makanan yang terakhir
ialah air yang kita ketahui merupakan 67% daripada badan manusia dan juga berfungi
mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan
darah. Apabila suhu seseorang badan dapat dikawal maka demam panas dan penyakit-
penyakit lain dapat dielakkan dengan tangkas.









1.2 Amalan Bersenam Dapat Menjamin Kualiti Hidup Seseorang Individu.






Senaman adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam
mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu
membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan
meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Ada empat asas senaman yang boleh
dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang bertepatan
mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada
kecederaan tulang, sendi dan otot.
Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza
dania harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul
bagimengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas senaman
ialah:
1. Senaman Ketahanan
Aktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan
melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan kesihatan
paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja baik untuk
kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti
seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini melindungi diri daripada
penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan
kanser kolon. Antara yang tergolong dalam senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki,
joging dan berenang.
2. Senaman Keseimbangan
Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami
golongandewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan
sendi dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan
mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu perkara.
Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan otot kaki dan
memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi.
Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.
3. Senaman Fleksibiliti
Ini adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada
bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas
melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan
menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan pemulihan
sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga, gimrama dan
aerobik.
4. Senaman Kekuatan
Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada
diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan kadar
metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia penting kerana
penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah kesihatan yang paling
banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah, senaman jenis ini mampu
mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat adalah jenis kekuatan. Justeru, pilihlah
senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Pilihan senaman
yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman perlu dilakukan secara
perlahan-lahan dan berperingkat. Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan
senaman, sekiranya aktiviti kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan
pemanasan ringan ia mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini
kadang-kala mengambil masa lama untuk pulih.
Tolong tulis rumusan satu perenggan di sini..
I love u I miss u