Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUARAN, SABAH


KERTAS KERJA HARI KELUARGA
JABATAN PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

Tarikh : 15 Ogos 2014 (Jumaat)
Masa : 2.00 Petang 5.00 Petang
Tempat : Tapak BIG IPG Kampus Kent Tuaran


Anjuran :
JABATAN PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
dengan kerjasama
PPISMP PEMULIHAN AMBILAN JUN 2013







1.0 PENDAHULUAN
Penganjuran Hari Keluarga Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ini adalah
untuk memupuk semangat kerjasama dan silaturahim di antara guru pelatih dan
pensyarah di bawah Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan. Melalui aktiviti ini juga guru
pelatih bersatu padu dan mampu bekerjasama dalam satu pasukan walaupun terdiri
daripada etnik dan kaum yang pelbagai. Selain itu, sukaneka ini dapat melahirkan
tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing iaitu
mereka dapat bergabung atas dasar saling mempercayai dan menghasilkan
semangat untuk bekerjasama dan seterusnya mampu membantu dalam
menyalurkan kebaikan dan kemakmuran kepada masyarakat.
Hari Keluarga ini juga diadakan agar dapat menyemai semangat kesukanan,
gaya hidup yang sihat sekaligus memupuk semangat setiakawan serta perpaduan di
antara satu sama lain. Di samping itu juga, dapat menyihatkan tubuh badan dan
fikiran serta memupuk kestabilan emosi setiap individu.
Pengelolaan Hari Keluarga ini merupakan anjuran Jabatan Pengajian Ilmu
Pendidikan dengan kerjasama PPISMP Pemulihan Semester 2 Ambilan Jun 2013 di
bawah Jabatan Ilmu Pendidikan. Aktiviti ini juga merupakan salah satu usaha ke
arah mendidik guru pelatih dalam pelaksanaan program. Oleh itu, diharap program
ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat perhatian
yang sewajarnya demi melahirkan warga pendidik yang aktif dan berdaya saing.

2.0 RASIONAL
Hari Keluarga Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ini diadakan dengan tujuan untuk:
I. Merapatkan hubungan sillaturrahim antara guru pelatih dan pensyarah.
II. Mewujudkan individu yang cergas dan bermotivasi
III. Menyemai semangat kesukanan dan berdaya saing dalam kalangan guru
pelatih dan pensyarah.
3.0 MATLAMAT
Pendidikan adalah satu proses pembelajaran secara berterusan. Setiap
individu dianggap sebagai satu organisma yang aktif serta boleh mengubah arah
perkembangannya dengan peluang yang diberikan. Pendidikan tidaklah terhad
kepada perkembangan kebolehan mental sahaja tetapi merangkumi semua aspek
individu seperti jasmani, rohani, sosial dan moral. Oleh itu, pelaksanaan Hari
Keluarga Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan dapat membentuk sikap dan amalan
yang positif dalam kalangan guru pelatih dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.
Kesimpulannya pendidikan adalah satu aktiviti bersepadu yang membolehkan
seseorang individu memperolehi perkembangan seimbang dari segi mental, fizikal,
sosial, rohani dan emosi.
4.0 OBJEKTIF
Objektif Hari Keluarga Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan ini ialah:
1. Memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
guru pelatih dan pensyarah melalui aktiviti sukaneka
2. Melatih sikap kepimpinan dan melatih guru pelatih mengendalikan Hari
Keluarga Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan.
3. Guru pelatih dan para pensyarah dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.
4. Merancang, mengurus, dan melaksanakan aktiviti Hari Keluarga Jabatan
Pengajian Ilmu Pendidikan.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 15 Ogos 2014
Masa : 2.00 Petang 5.00 Petang
Hari : Jumaat
Sasaran : Semua pensyarah Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
PISMP Prasekolah Sem 5 Ambilan Jan 2012
PISMP Pemulihan Sem 1 Ambilan Jun 2014
PPISMP Pendidikan Khas Sem 1 Ambilan Jun 2014











6.0 AHLI JAWATANKUASA


AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
HARI KELUARGA JABATAN 2014
JABATAN PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN


7.0


























PENASIHAT 1
Encik Romli Darus
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent
Tuaran)
PENASIHAT 2
Puan Juliana Dumpil
(Ketua Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan)
PENYELARAS PROGRAM
Cik Norhayaty Ismail

PENOLONG PENYELARAS PROGRAM
En. Arun Bin Daud
PENAUNG
Puan Mary Teresa Kinajil
(Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran)
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Mohammad Hafiz Bin Rozali
Timbalan Pengerusi : Mohd Asrul Bin Ajmain
Setiausaha : Afifah Fazeera Binti Bacho
Bendahari : Dg Nur Atiqah Musfirah Binti Darikah

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Juruacara dan Protokol
Pensyarah Penasihat : Cik Hajah Dayang Mayang Binti Awang Abas
Guru Pelatih : Mohd Azizan Bin Dolbi (K)
Hafizah Binti Othman
Beh Chin Yuan
Peralatan
Pensyarah Penasihat : En. Kundayis Labeh
Guru Pelatih : Mas Ifariez Zaim Bin Masnon (K)
Abidin Bin Madde
Nor Aizati Binti Dawi
Cheng Ying Ci
PA Sistem
Pensyarah Penasihat : En. Chandran Vengedasamy
Guru Pelatih : Luqmanhakim Bin Tawan (K)
Paul Ding Lah
Abdul Rahim Bin Agus
Chiong Fung Fung
Jamuan
Pensyarah Penasihat : Cik Lajiwin Kudun @ Jovinia
Guru Pelatih : Jennifer Elanie Jaikin (K)
Dayang Nur Shafiqa Binti Abang Ahmad
Ellychia Ason
Chuah See Yeun

Kebersihan, Keselamatan dan Kebajikan
Pensyarah Penasihat : En. Chan Hou Fook
Guru Pelatih : Mohd Azrin Bin Malik (K)
Mohd Faizol Bin Amat
Goh Yanni
Pendaftaran Peserta
Pensyarah Penasihat : Pn. Nancy Loo Kason
Guru Pelatih : Afifah Fazeera Binti Bacho (K)
Lydora Patrick
Lau Chuan Chin
Dokumentasi dan Publisiti
Pensyarah Penasihat : En. Datu Raiman Bin Datu Kauman
Guru Pelatih : Vianica Jimal (K)
Nor Qayuum Binti Ruslin
Lee Ying Shiuan
Persiapan Tempat
Pensyarah Penasihat : En. James Molijuh
Guru Pelatih : Lysronney Dulasik (K)
John Hill Anak Harip
Anyline Binti Luntak
Marcella Wong Yee
Buku Program
Pensyarah Penasihat : Pn. Fitri Syahwaliah Suut
Guru Pelatih : Brenda Bestian (K)
Farahatun Nailah Binti Mansor
Ong Ei Ling
Cenderamata dan Hadiah
Pensyarah Penasihat : Norhayaty Bt Ismail
Guru Pelatih : Dg Nur Atiqah Musfirah Binti Darikah (K)
Siti Halizah Binti Mohd Sading
Shereen Sio
Pembaca Doa
Pensyarah Penasihat : En. Asbi Selamat
Guru Pelatih : Mohd Asrul Bin Ajmain

Kepegawaian Pertandingan dan keputusan pertandingan
Pensyarah Penasihat : En. Doti Asing
Guru Pelatih : Mohd Azrin Bin Malik (K)
Alvaysleopold Bin Anthony
Sim Hooi Ling
Aktiviti & Permainan
Pensyarah Penasihat : En. Arun Bin Daud
Guru Pelatih : Finley Poulus (K)
Princeton Anak Jack
Niza Wahidah Binti Wahishad
Pembimbing Aktiviti Senamrobik / pompom
Pensyarah Penasihat : Pn. Jaslinah Makantal
Guru Pelatih : Jesicca Dalut (K)
Asly Majubi
Wong Xin Yii







8.0 BIDANG TUGAS


AHLI JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS




BUKU PROGRAM

Menyediakan draf isi kandungan dan
reka bentuk buku program dan
dibincangkan dalam mesyuarat
jawatankuasa.
Membuat urusan pencetakan.
Memastikan buku program siap dicetak
2 hari sebelum majlis sebenar.
Mengedarkan buku program kepada
jawatankuasa jemputan dan protokol.


PUBLISITI
Bertanggungjawab dalam menyebarkan
berita tentang pengajuran Hari Keluarga
JPIP kepada semua guru pelatih dan
pensyarah di bawah Jabatan JPIP.
Menyediakan publisiti seperti sepanduk,
kain rentang, poster dan sebagainya.


JEMPUTAN DAN PROTOKOL

Membuat surat jemputan kepada
pensyarah dan pengarah serta
Jemputan khas jika ada.
Menyediakan senarai nama jemputan.
Menyediakan maklumat tentang jumlah
sebenar tetamu yang akan menghadiri
Hari Keluarga Jabatan.
Memberi nasihat kepada ahli
jawatankuasa susunan tempat duduk
jemputan khas mengikut keutamaan
semasa majlis penutupan dan tentatif
perjalanan aktiviti.


JAMUAN

Menempah makanan untuk guru pelatih
dan pensyarah.
Memastikan menu yang dicadangkan
sesuai.
Menyediakan tempat jamuan.


HADIAH DAN CENDERAMATA

Memilih cenderamata yang
bersesuaian.
Menyediakan bajet hadiah yang sesuai.
Menyusun kedudukan hadiah semasa
majlis penutupan.

TEKNIKAL DAN SIARAYA SERTA
DOKUMENTASI

Menyediakan P.A system untuk
keperluan sepanjang acara hari
keluarga berjalan.
Mengambil gambar dan video untuk
tujuan dokumentasi.


PERALATAN

Menyediakan peralatan sebelum aktiviti
diadakan
Memastikan peralatan dijaga dengan
rapi
Memulangkan peralatan semula ke
tempat asal

PENDAFTARAN PESERTA

Mencatat kehadiran peserta
Membuat pendaftaran peserta dalam
setiap acara yang dijalankan
Merekod keputusan yang telah
diperolehi

AKTIVITI DAN PERMAINAN

Menyediakan aktiviti yang sesuai.
Menyediakan peraturan permainan
Menyenaraikan peralatan yang
digunakan.
Mengendalikan senam aerobik sebelum
acara permainan dimulakan
PEMBIMBING SENAM AEROBIK

Memilih gerakan dan muzik yang
sesuai.
KESELAMATAN, KEBAJIKAN,
DAN KEBERSIHAN

Bertanggungjawab ke atas keselamatan
dan kebajikan peserta dan para
jemputan
Memastikan keselamatan peralatan
Menyediakan peti pertolongan cemas
Memastikan kebersihan padang
sebelum dan selepas acara

Anda mungkin juga menyukai