Anda di halaman 1dari 1

Perkhemahan

Pada hari Sabtu yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Manong telah
mengadakan perkhemahan di air terjun Ulu Kenas. Seramai 30 orang murid dan 11
orang guru telah menyertai aktiviti tersebut.
Tujuan mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk memupuk semangat
kerjasama antara murid-murid di samping menambahkan ilmu pengetahuan. Pada
pukul 7.00 pagi kami berkumpul di padang sekolah. Guru besar memberi taklimat
kepada kami. Kami mendengar dengan teliti.
Pada pukul 7.30 pagi kami bertolak ke sana. Sepanjang perjalanan, kami
berbual-bual sambil mendengar radio. Kami juga melihat pemandangan yang indah.
Ada juga yang tertidur kerana masih mengantuk.
Pada pukul 11.00 pagi, kami sampai di air terjun Ulu Kenas. Kami menjalankan
tugas yang diberikan oleh guru. Kami mendirikan khemah, mencari kayu api,
mengambil air, menjerang air dan memasak. Kami membuat tugasan bersama-sama.
Pada waktu petang, kami berkawad kaki, meredah hutan dan sukaneka.
Kemudian, kami mandi di sungai. Air sungai sangat sejuk. Pada waktu malam, kami
membuat persembahan mengikut kumpulan.
Keesokan hari, kami berkemas dan mengutip sampah di tapak perkhemahan.
Selepas itu, kami pulang. Kami berasa sangat gembira kerana aktiviti berjalan lancar.
Kami berharap agar aktiviti akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai