Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT

KM,31 JALAN NAKA,06350 POKOK SENA


KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM BIJAK LINUS 2012


1.0 Pendahuluan
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian
semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar
sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi
perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam
menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa.

Oleh yang

demikian, Program Bijak LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu muridmurid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca , menulis dan mengira.
2.0 Rasional
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran
membaca dan mengira. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima
kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil.
3.0 Matlamat
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran
membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan
seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.
4.0 Objektif

Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.

Membantu murid-murid menguasai asas matematik.

Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan


Matematik.
Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2.

Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan Numerasi.

5.0 Kumpulan Sasaran


Murid-murid tahun satu ( LINUS biasa dan LINUS tegar)
6.0 Tempat dan Masa

Bilik Pemulihan murid-murid tegar LINUS.

Bilik Tahun 1 Cemerlang

Bilik Tahun 1 Pintar

Masa : 12.45- 1.15

7.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2012


Pengerusi

: Puan Rozinar bt. Abdul Hamid

Timbalan Pengerusi : Encik Mohd. Zokki bin Awang.( PK 1 )


Naib Pengerusi

: Puan Hasiroh bt Hashim ( PK HEM)

Naib Pengerusi 2

: Encik Yusof bin Haji Yaakob ( PK Ko-ku)

Setiausaha

: Puan Hajah Rashadah Haji Isa

Bendahari

: Puan Azizah bt Osman.

8.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti


Encik Abdul Rahman bin Saad Guru Pemulihan
Encik Mohd Rosli bin Abdul Rashid Guru Pemulihan Khas LINUS
Puan Hajah Rashadah Haji Isa Guru Tahun 1 Cemerlang
Puan Azizah Osman Guru Tahun 1 Pintar
9.0 Perbelanjaan Program
Penggunaan kertas untuk photostat bahan ditanggung oleh pihak sekolah.
10.0

Penutup dan Rumusan

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa
yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan bilangan murid-murid
yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan Arus Perdana semakin
bertambah.
Disediakan oleh,

.........................................................
...
( PUAN HAJAH RASHADAH HAJI ISA )
Setiausaha Program Bijak LINUS
Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit.

Disemak oleh,

.....................................................

Anda mungkin juga menyukai