Anda di halaman 1dari 44

KUBUR

Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




1
SKRIP TEATER






KUBUR






KARYA DAN ARAHAN:
WIRAMANJA
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




2
SINOPSIS

Drama ini mengisahkan dua orang pemuda yang kehidupan mereka
bergantung pada mengambil upah menggali kubur. Mereka
menginginkan kematian setiap hari supaya memperolehi rezeki yang
banyak. Namun, kematian adalah kuasa Allah s.w.t. yang mana
manusia tidak dapat menduga dan merancangnya. Karim dan Ramli
menunggu di kubur menjadi satu penantian yang menyeksakan.
Kegembiraan bagi mereka apabila mendapat berita kematian
sebaliknya kesedihan bagi keluarga yang menerima musibah tersebut.
Dua fenomena ini mencetuskan satu kelucuan, namun ianya menjadi
realiti dalam kehidupan manusia. Ketika di perkuburan, muncul
Rashid seorang wartawan yang ingin mendapatkan cerita menarik
mengenai penggali kubur tersebut. Ironi drama ini ialah
memperlihatkan manusia yang mengambil kesempatan sesuatu
untuk kepentingannya. Namun, realiti kehidupan sememangnya
manusia hidup di atas kesengsaraan orang lain. Sesungguhnya,
drama ini menyimpan satu mesej bahawa setiap sesuatu yang
dijadikan Allah s.w.t di muka bumi ini berfungsi untuk sesuatu.
Justeru, kegembiraan dan kesedihan adalah dua suasana yang
sangat berbeza, namun ianya memenuhi kehendak naluri manusia
yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Fenomena ini mencetuskan satu
kelucuan dan menerbitkan satu pemikiran bahawa manusia takut
kematian, tetapi di sudut lain kematian diperlukan untuk
memakmurkan dunia supaya tidak terlalu menyesakkan. Ada
golongan manusia inginkan kematian untuk mendapatkan imbuhan
dan keuntungan hasil kematian manusia. Drama ini memaparkan
sindiran kepada manusia iaitu menginginkan peperangan untuk
menjatuhkan sesuatu empayar. Peperangan boleh menambahkan
ekonomi mereka dari segi industri pensenjataan dan lain-lain.
Manusia tersebut sentiasa mencari jalan kehancuran manusia lain di
dunia. Begitu juga syarikat suratkhabar, bukanlah untuk menjadi
lidah rakyat tetapi menjadikan penderitaan mereka sebagai sumber
pendapatan syarikat suratkhabar. Namun pemikirannya, dalam realiti
kehidupan, manusia hidup di atas kesengsaraan orang lain.
Sesungguhnya, drama ini menyimpan satu mesej bahawa setiap
sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t di muka bumi ini berfungsi untuk
sesuatu. Justeru, kegembiraan dan kesedihan adalah dua suasana
yang sangat berbeza, namun ianya memenuhi kehendak naluri
manusia yang ditentukan oleh Allah s.w.t. mempunyai hikmah
tertentu.

KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




3
SET

DI ATAS PENTAS ADA SEBUAH PERKUBURAN YANG SEKADAR
TERDAPAT DUA PASANG BATU NISAN. KELIHATAN SEDIKIT
SEMAK DAN RANTING KAYU YANG MEMPERLIHATKAN
SEAKAN-AKAN SEMAK KECIL.

PROPS

ALA KADAR MENGIKUT KESESUAIAN DI PERKUBURAN.




KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




4
PERWATAKAN

1. KARIM

Berumur lingkungan 26 tahun 33 tahun. Seorang yang
lucu. Banyak percakapannya tidak memikirkan implikasi
buruk ataupun sebalik.

2. RAMLI

Berumur lingkungan 26 tahun 30 tahun. Bersikap
ambil mudah dengan segala hal, malah percakapannya
sangat bersahaja tetapi lucu.

3. SAMAD

Berumur lingkungan 30 tahun 35 tahun. Bersikap tegas
dan serius tetapi percakapannya adakala melucukan.
Amat sensitif dengan sindiran dan ejekan rakan-
rakannya.

4. RASHID

Berumur lingkungan 30 tahun 35 tahun. Seorang
wartawan yang berkharismatik tetapi menimbulkan
kelucuan bila dipermainkan oleh desakan kata-kata dan
gurauan.




KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




5
ARAHAN: SET DI SEBUAH PERKUBURAN. CAHAYA PENTAS
SURAM MENAMPAKAN KESYAHDUAN SEBUAH
PERKUBURAN. KEMUDIAN MUZIK MERESAP
PERLAHAN-LAHAN DAN ASAP KELUAR
MEMENUHI SEBAHAGIAN PENTAS. SETERUSNYA
BERKUMANDANG SATU SUARA.

SUARA: (ECHO) Dalam kehidupan ada perjanjian, ada
kebaikan, ada keburukan. Di antara perjanjian
kebaikan dan keburukan, ada kegembiraan dan
kedukaan ada pengertian tersendiri. Manusia
seharusnya menginsafi diri dan perlu belajar
mengerti kebesaran Allah Rabul Jalil.
Sesungguhnya, malam dan siang berjabat tangan
rela-merelai dan dua suasana ini diharungi setiap
makhluk yang bernama manusia, yang leka pada
masa, yang sentiasa angkuh pada kehidupan.
Namun, realitinya manusia sering mementingkan diri
sendiri dan menidakkan kesejahteraan manusia lain
yang memerlukan perlindungan dan kesempurnaan
kehidupan mereka. Kubur.... adalah kesempurnaan
satu kehidupan, satu catatan sejarah akhir manusia.
Kubur memberi adalah kegembiraan bagi mereka
yang bertakwa, tetapi kedukaan bagi mereka yang
sentiasa leka.

ARAHAN: RASHID MASUK DALAM PENTAS. DIA KELIHATAN
MACAM KETAKUTAN MEMANDANG
SEKELILINGNYA BERWASPADA. DIA MEMEGANG
SEBUAH KAMERA DAN SEBUAH BUKU CATATAN.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




6
KEMUDIAN BERLEGAR SEKETIKA DI
PERKUBURAN ITU.
RASHID: (NADA TAKUT DAN MENGURUT DADA) Eh..
jantung, tolonglah.. jangan dap-dup-dap kuat
sangat. Tolonglah bertenang sikit supaya aku tak
takut... tolonglah.... Hei.. organ-organ yang lain
dalam tubuh aku ni... janganlah bagi aku takut..
Bulu roma dan segalanya janganlah meremang..
Kau orang ni langsung tak boleh tolong, masa-masa
begini. (MEMANDANG KE ARAH BATU
NISAN/MASIH NADA TAKUT) Macam mana nak
tulis berita, nak cari berita... tengok batu nisanpun
dah bergegar lutut aku ni... (MERUNGUT) Apalah
punya boss, ni.. tak habis-habis menyusahkan aku.
Suruh buat berita itulah, berita nilah.... berita
sensasilah... (MEMANDANG SEKELILINGINYA) Eh..
betul ke kubur ni? Takkan dua pasang aje batu
nisan? Kubur apa ni?
ARAHAN: LAMPU DIPANCARKAN SEOLAH-OLAH KILAT DAN
BUNYI GURUH BAGI MENAMBAHKAN SUASANA
SERAM. TIBA-TIBA RASHID MENJADI GELISAH
DAN TAKUT.
RASHID: (LUCU) Alamak... Ini yang tak sedap, ada pulak
sound effect pulak, bertambah jantung aku lemah
ni.... (TUKAR NADA) Eh... balik dululah..
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




7
ARAHAN: RASHID DALAM KETAKUTAN BERJALAN KELUAR
PENTAS MENAMPAKKAN KELUCUAN. LAMPU
PENTAS DITERANGKAN DAN MUNCUL RAMLI DAN
KARIM MASUK PENTAS. MASING-MASING
MEMIKUL SEBATANG CANGKUL. MEREKA TERUS
DUDUK DI ATAS PANGKIN BERHAMPIRAN.
RAMLI: (MENGELUH) Dah sebulan tak ada orang mati.
Dari handsome muka kita ni, naik tua kematu lepas
tu, handsome balik. Punya le lama menunggu
orang mati.

KARIM: (SELAMBA) Nak buat macamana, orang tak mati..
apa kita boleh buat? Takkan kita nak bunuh
mereka, paksa mereka mati. Siapa dalam dunia ni
yang nak mati? Bagitahu aku siapa?

RAMLI: (LUCU) Itu aku tahu.. bukan manusia aje yang tak
nak mati. Kambing, kucing, lembu.. ayam dalam
reban pun tak nak mati kena sembelih.
(MENUDING JARI KE DIRINYA) Kalau dah semua
tak mahu mati... Kita ni yang mati.

KARIM: (HAIRAN) Kenapa pulak mati?

RAMLI: (SELAMBA) Eii... kita nak makan apa? Selama ni,
apa sumber pendapatan kamu... sedar ke tidak?
Nak telan apa ke?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




8

KARIM: (SELAMBA) Kita orang bujang... makanlah apa yang
ada. Anak tak ada.. kalau tak ada anak dah tentu le
tak ada bini. Apa...nak dirisaukan. Nanti sasau
pulak kita, asyik risau aje. (MEMANDANG TEPAT
KE ARAH RAMLI CUBA NAK BERGURAU DAN
MENUNJUK KE SATU ARAH) Nampak tu?
rumputpun kita boleh baham...kalau dah lapar
sangat.

RAMLI: (TERASA DIPERSENDAKAN) Eh..kau ni... aku
cakap serius, dia main-main pulak. (NADA SERIUS
TAPI ADA KELUCUAN) Eh! sekali-sekala berfikirlah
mengenai masalah kita, masa depan kita.

KARIM: (MEMOTONG) Masa depan kita semua... manusia-
manusia yang hidup ni, mati. Itulah masa depan
kita.

RAMLI: (MEMEGANG CANGKULNYA) Ni.. ada yang kena
cangkul aku hari ini.. (MEMANDANG TEPAT) Kuat
lawyer buruk kamu ni...

KARIM: (CUBA BERTENANG) Rilekslah brother. Kau jangan
risau, dua atau tiga hari lagi mesti ada orang mati.
Aku gerenti...paling komanpun orang mati accident,
lumba haram. Jangan risau... mesti ada rezeki kita
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




9
ni.. Orang matipun ada rezeki, takkan orang hidup
macam kita ni tak ada rezeki?

RAMLI: (MENGALAH) Logik juga cakap kamu tu.. Kalau
orang matipun ada rezekinya daripada sedekah
orang lain, apa pulak kita yang hidup ini tak ada
rezeki... itu logik. Boleh diterimapakai kepala otak
kamu ni...

KARIM: (SENYUM) Iya... buat apa kita nak susah-susahkan
otak memikir semua itu. Yang penting, kita
tunggu..

RAMLI: (MENCELAH) Tunggu dan tunggu...

KARIM: (MEMOTONG) Sampai ada orang mati...
(MEMANDANG CANGKUL DAN MEMEGANGNYA)
Buat masa ni, biar cangkul kita ni rehat dan
kitapun nak berehat.

ARAHAN: RAMLI TIDAK MENJAWAP PERCAKAPAN KARIM
TETAPI MENDENGAR SAMBIL LEWA. TIBA-TIBA
MUNCUL SAMAD BERLARI MASUK KE DALAM
PENTAS TERGESA-GESA MACAM ORANG
MENGELABAH.

KARIM: (HAIRAN) Eh... ngapa kamu ni... nampak macam
panik aje?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




10

SAMAD: (TERCUNGAP) Pak Ajang dah tenat.

ARAHAN: TIBA-TIBA KARIM DAN RAMLI TERSENYUM DAN
MENUNJUKKAN ISYARAT BAGUS DENGAN IBU
JARINYA. WAJAH KEDUANYA NAMPAK CERIA
TIBA-TIBA.

KARIM: (GEMBIRA) Hah... ini berita baik, dah lama kami
tunggu..

RAMLI: (MENYAMPUK) Rezeki ni...

SAMAD: (TERKEJUT MARAH) Berita baik kepala hotak kau...
Orang nak mati kau orang kata berita baik?

RAMLI: (MENCELAH) Yalah... Kalau ada orang mati, kami
yang gali kubur. Hah, dapatlah duit. Tak ke berita
gembira namanya tu?

KARIM: (GEMBIRA) Baru tadi kita cakap pasal rezeki. Dah
datang mengolek.

RAMLI: Betul cakap kau tadi, Karim. Orang hidup ni
memang ada rezeki.

KARIM: (MEMEGANG CANGKULNYA) Rezeki, rezeki...
bertuahnya kau cangkul...

KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




11
SAMAD: (TINGGI) Tak guna punya anak buah... bukan kau
orang nak berdoa orang sakit itu cepat sembuh tapi
sebaliknya?

RAMLI: (SELAMBA) Gali kubur profesion kami... kepakaran
itu yang kami ada. Periuk nasi kami di sini bukan
kamu tak tahu. (MENUNJUKKAN SEKELILING
KUBUR).

KARIM: (SOKONG) Betul cakap Ramli tu. Kau tengok badan
dia naik melengkong, tunggu di kubur ni pasal nak
cari makan. Kalau ada orang mati tu, dah jadi
rezeki kami le. Takkan tak faham kot?

SAMAD: (TINGGI) Kau orang suka orang mati?

RAMLI: Itu soalan cepu emas... Kalau kau matipun kami
suka...

KARIM: Betul... sebab kuburnya kita yang gali.
RAMLI: Bila gali kubur, dah tentu dapat duit...
(MEMANDANG KE ARAH KARIM) Tak gitu?

SAMAD: Kamu berdua ni dah betul buang tebiat. Aku
matipun kamu suka? Sahabat apa kau orang ni?

RAMLI: (SUKA) Dah tentu kami suka... sebab dapat
duit...(KETAWA)

KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




12
SAMAD: (KUSUT DENGAN NADA LUCU) Gila punya kawan...
Mata duitan. Kamu berdua ni, kawan makan
kawan. Tak ada belas ikhsan langsung.

ARAHAN: SAMAD TERUS MENINGGALKAN RAMLI DAN
KARIM KELUAR PENTAS TANPA MENGHIRAUKAN
MEREKA YANG SEOLAH-OLAH HILANG AKAL.

RAMLI: (GEMBIRA) Hai... cepatlah Pak Ajang mati. Kalau
boleh biarlah hari ini jugak. Aku dah pokai...
tinggal duit besi aje.

KARIM: Eh.. apa kurangnya aku... (MENUNJUK POKET
BAJUNYA) Hah... dah sebulan aku hisap rokok
daun... (PAUSE) Tapi...

RAMLI: Ngapa?

KARIM: Bila ada orang mati, baru kita dapat makan sedap
sikit. Kalau tidak..makan ala-kadar aje. Jawaban
yang tepat mee maggi makanan popular
kita...he..he..he (KETAWA)

RAMLI: (MENYAMPUK) Itu dah cukup baik, pada kita hirup
air sejuk aje. Yang penting kerja kita ni mulia. Tak
siapa yang sanggup kerja macam ni. Dan kita aje
yang ada skil menggali kubur. Tak ke kerja kita ni
kerja profesional?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




13

KARIM: (MENCELAH) Profesional ke, apa ke... Tapi nak
dapat duit payah. Tunggu orang mati, baru dapat
duit. Sampai bila kita nak begini? Sampai
berjanggut?

RAMLI: Jangan risau, Karim. Di kampung ini ramai lagi
orang-orang tua. Lebai Ali, Haji Kasim, Pak
Bujang... semua tu dah tua-tua... menunggu masa
aje lagi. Rumah dah tua le katakan, bila-bila aje
gelegar dia patah.

KARIM: Katakanlah orang-orang tua-tua tu tak mati lagi...
panjang umur. Sebab masing-masing jaga makan,
makan macam-macam ubat. Ada pulak Doktor
peribadi jaga kesihatan mereka.

RAMLI: Siapa boleh menongkat dunia? Hidup lawannya
mati, lambat dengan cepat aje. Berapa banyak
telan ubat...kalau dah maut datang...padam jugak.

KARIM: (MEMOTONG) Aku rasa umur mereka tu panjang
lagi... Mau rasanya lima atau enam tahun baru
padam.

RAMLI: (MENCELAH) Lepas itu mereka mati jugak..

KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




14
KARIM: Mati tu memanglah mati, tapi bila? Kalau kita
asyik menunggu begini aje sampai bila?
(MENUNJUKKAN JARI KE ARAH CANGKULNYA)
Sudah sebulan kita pegang cangkul ni.. pegang aje
macam askar pegang senapang... (NAMPAK LUCU)
Tapi askar ada gaji... kita ada gigi dengan lidah
aje... itupun gigi palsu.

RAMLI: Apa nak dirisaukan. Tunggu ajelah di sini. Lambat
laun ada orang mati. Tak ada orang yang boleh
menongkat dunia.

ARAHAN: TIBA-TIBA MUNCUL SAMAD TERGESA-GESA DAN
KELIHATAN MENGELABAH, MANAKALA KARIM
DAN RAMLI AGAK TERPERANJAT MENERIMA
KEHADIRANNYA.

SAMAD: (SERIUS) Eh..! kau orang standby... berjaga-jaga.
Jangan kemana-mana lagi. Jangan balik dulu.

RAMLI: (HAIRAN) Berjaga-jaga apa bendanya?

KARIM: (BUNTU) Hmm... apa dah jadi? (MENGUSIK) Apa...
nenek kau nak beranak ke?

SAMAD: (NAMPAK LUCU) Kalau nenek aku yang nak
beranak... kaulah suaminya. (TUKAR TOPIK)
Standby ajelah... Sekarang ni masa kecederaan.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




15
Bila-bila masa saja dari sekarang macam-macam
boleh terjadi.

RAMLI: (PERLI) Eh... macam lawan bolasepak pulak iya?
Apa cakap bersimpang-siur ni... berbelit-belit?

KARIM: (SERIUS) Cakap terus teranglah apa bendanya nak
kami standby..?

SAMAD: (CUBA BERTENANG DAN MENARIK NAFAS) Pak
Ajang....

RAMLI: (MENCELAH) Ngapa? Dia dah mati ke?
KARIM: (SELAMBA) Iyalah agaknya.... Kalau tidak takkan
dia mengelabah gila macam ni?
SAMAD: (MENGELABAH) Belum lagi, tapi macam nyawa
ikan keli...ngeletik depan kuali. Mata tegak pandang
siling tak bergerak-gerak. Tapi dadanya masih
berombak.
KARIM: Eh... itu tentu masa nak padam aje. Dah tak ada
harapan lagi tu.
RAMLI: (BERSUNGGUH-SUNGGUH) Jadi... bolehlah kami
gali kubur sekarang?
KARIM: (NADA LUCU) Haripun dah tinggi ni. Cuacapun
nampaknya tak berapa baik.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




16
SAMAD: (SERIUS TAPI LUCU) Nanti dulu.. sabar. Cuma aku
suruh kamu berdua standby aje. Jangan kemana-
mana. Nanti terjadi apa-apa, susah pulak aku nak
cari. Tunggu aje di sini. Aku bagi arahan..
RAMLI: Wah! macam boss pulak si Samad ni. Ikut order
dia.
KARIM: Begini ajelah. Biar kami gali kubur arwah Pak Ajang
dulu.
SAMAD: (BANTAH) Eh... dia belum jadi arwah lagi...belum.
Tak baik gali kubur, sedangkan orangnya belum
mati lagi.
KARIM: Cara kamu cakap tadi.. Pak Ajang dah Nazak
sangat tu. Dah tak ada harapan meneruskan sisa-
sisa hidup dia lagi? Baik kami gali aje kuburnya..
habis cerita.
RAMLI: (SELAMBA) Orang tak buat, biarlah kami buat. Ada
perubahan sikit.
KARIM: (SOKONG) Betul jugak cakap Ramli tu. Zaman dah
berubah. Apa salahnya kita gali kubur dulu...kan
senang begitu?
SAMAD: (PINTAS) Nak sumbat kau orang berdua dalam
kubur tu boleh le...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




17
ARAHAN: SAMAD TERUS MENINGGALKAN PENTAS
TERGESA-GESA SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH
KARIM DAN RAMLI YANG MENAMPAKAN
KELUCUAN.
RAMLI: Liat betul Pak Ajang nak mati. Dah dekat 90 tahun
tak mati-mati lagi.
KARIM: (SELAMBA) Biarlah... dia nak masuk dalam
Malaysia Book of Record.. orang Melayu yang
panjang umurnya...tak gitu?
RAMLI: Iya jugak.. dah 90 tahun belum mati-mati lagi.
Sakit tenat aku rasa dah dekat 10 kali...tapi tak
jugak mati.
KARIM: Kau ingat tak tahun lepas... kita gali kuburnya
sekerat jalan...tiba-tiba kena kambus balik..
RAMLI: (KETAWA) Apa pulak tak ingat.. dia jugak yang
pesan.. katanya dia mati hari Selasa... suruh anak
cucu berkumpul. Jauh dan dekat semuanya
sampai. (PAUSE/TUKAR TAJUK) Aku rasa kali
ini...gerenti dia padam. (PAUSE/MENJELING JAM
DI TANGANNYA) Sekarang dah pukul 2.00 petang..
KARIM: (BERI CADANGAN) Apa kata kita gali sajalah.
Jangan tunggu arahan si bahalol tu. Menyusahkan
kotak fikiran kita aje. Dahlah nak bergerak tak
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




18
boleh... Kalau balik ke rumah... susah pulak dia
mencari kita.
RAMLI: (MACAM BERFIKIR) Idea kau tu bagus. Tapi, kalau
Pak Ajang tak mati macamana?
KARIM: (SELAMBA) Kita kambuslah balik...senang aje.
RAMLI: Kau nak penat percuma? Udahlah sebulan tak ada
rezeki.. Ini nak buang tenaga sia-sia aje. (LUCU)
Ingat... tenaga muda kita ni nak kena simpan...
KARIM: (TAK MENGERTI) Ngapa?
RAMLI: Ai... buat-buat lupa pulak... Kan bulan depan kita
sama-sama jadi raja sehari... (KETAWA) Takkan dah
lupa kot?
KARIM: (KETAWA LUCU) Eh...iya tak iya jugak cakap kau
tu. (TUKAR TOPIK) Kau ni di depan batu nisan
arwah datuk nenek kaupun nak cakap tak
senonoh...
RAMLI: (KELAKAR/TABIK) Sorry...tuk, sorry nenek.
KARIM: (TUKAR TOPIK) Beginilah... kita minum kejab di
Warong Maidin tu dulu.. Perut aku ni dah
bergelodak, macamana?
RAMLI: Nanti si bahalol tu datang, macamana?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




19
KARIM: Datang-datanglah.. biarkan dia. Siapa lagi kalau
bukan kita aje yang menggali kubur Pak Ajang tu?
Kali ini biar mereka cari kita? Jual mahal sikit.
Asyik-asyik kita aje macam mintak sedekah, suruh
orang mati..
RAMLI: Kita tinggalkan nota di sini, nanti senang dia cari
kita.
KARIM: Tak payah bernota-notah. Tahu le dia mencari
kita. (MENEPUK PERUT) Kita kebulur ni ada siapa
peduli ke? Nak gali kubur kena pakai tenaga...
tenaga tu datang dari mana, kalau bukan benda
yang kita cekik..?
RAMLI: Iya tak iya juga. Nak gali kubur bukan kerja
senang. Macam lori balak naik bukit..
KARIM: Hah... tahupun. Jom kita minum dulu. Nak
makan duit tak cukup. Kau ada berapa?
RAMLI: (TAK FAHAM) Berapa apa?
KARIM: Duit... ada?
RAMLI: (MENGELUARKAN DUIT DARIPADA POKET) Hmm,
ada le dua tiga ringgit...
RAMLI: Hmm, boleh le, teh dua cawan dengan kuih untuk
kita berdua.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




20
KARIM: Eh! senang-senang aje nak kebas duit aku. Sampai
bila aku nak belanja kamu ni?
RAMLI: Nanti...dapat duit upah gali kubur Pak Ajang aku
ganti le.
KARIM: Kalau dia tak mati...mana datangnya duit?
RAMLI: Dengan aku pun kamu nak berkira sangat ke? Soal
duit itu No. enam, yang penting perut ni nak kena
isi dulu..
KARIM: Hmm, iyalah....
ARAHAN: KARIM DAN RAMLI MENINGGALKAN PENTAS.
PENTAS. KEMUDIAN MUNCUL RASHID MENGEPIT
SEBUAH FAIL DAN MEMEGANG SEBUAH
KAMERA. DIA MASUK KE PENTAS BERWASPADA
SAMBIL MEMANDANG SETIAP RUANG
PERKUBURAN SEOLAH-OLAH KETAKUTAN DAN
CEMAS.
RASHID: (MERADANG) Tak guna punya boss. Dia tahu nak
itu nak ini. Tak faham-faham. Nak temubual
dengan siapa.. tak ada pun penggali kuburnya.
(BERJALAN MUNDAR-MANDIR) Macamana nak cari
bahan ni? Kalau tak ada orang mati...macamana
penggali kubur ada di kuburan. (PAUSE) Tapi..
boss nak gambar mayat turun dalam
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




21
kubur...gambar pucung dibuka. (MENGELENG
KEPALA) Wartawan mana yang berani...melainkan
aku aje sorang. (TAKUT) Sanggup ke aku lakukan.
(TERUS MEMEGANG DADANYA) Oi.. dada,
janganlah kencang debak-debuk kamu ni... slow le
sikit. Aku, aku takut ni... (NADA LUCU) Kalau aku
tahu macam ni kerja wartawan, lebih baik motong
getah. Paling-paling pun harimau yang kacau..
hulur pisau getah cabut le dia. Tapi ka..kalau
han..hantu,. macamana? (MEMANDANG AUDIENS)
Aku belah dululah... minum ke apa ke nak kuatkan
semangat ni. Nanti aku datang balik ke sini...
ARAHAN: RASHID TERUS MENINGGALKAN PENTAS DAN
KEMUDIAN MUNCUL KARIM DAN RAMLI MASUK
DALAM PENTAS DAN TERUS DUDUK ATAS
PANGKIN. SEBENTAR KEMUDIAN MUNCUL
SAMAD SAMBIL MEMBAWA MINUMAN DAN
MAKANAN (NASI BUNGKUS).
SAMAD: Hmm, kau orang makanlah dulu... Aku rasa perut
kau berdua dah bergelodak.
RAMLI: Bukan bergelodak lagi, tapi dah berbuih-buih nak
meletup.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




22
KARIM: Betul cakap Ramli tu... Nasib baik kamu bawak
makanan. Tadi kami nak makan nasi, tapi takkan
cukup duit.. tegur teh aje.
SAMAD: Mestilah aku ingat pada kawan-kawan...sebab itu
aku kemari.
ARAHAN: KARIM DAN RAMLI TERUS MENGAMBIL
BUNGKUSAN NASI MASING-MASING DAN MULA
NAK MAKAN.
KARIM: Eh...ngapa Pak Ajang tu susah sangat nak mati...
buat suspen kami aje?
SAMAD: Eh... itu kerja Allah... kita mana tau.
RAMLI: Jangan-jangan dia ada ilmu hitam tak?
SAMAD: Hiss...tak baik tuduh macam itu...berdosa. Depan
kubur tak boleh cakap macam tu.
KARIM: Udah 90 tahunpun berbini muda lagi.
SAMAD: Habis...dah jodoh dia... (TUKAR TOPIK) Sudahlah,
jangan mengumpat depan kubur, tak baik. Aku
balik dulu... Makanlah apa yang patut.
ARAHAN: SAMAD TERUS MENINGGALKAN PENTAS
TERGESA-GESA.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




23
KARIM: Handal orang tua tu...iya? Bini muda.. kalau Pak
Ajang mati.. kau nak balunya?
RAMLI: Buat apa? Aku kan dah bertunang.. Anak dara
pulak macam kau jugak.
KARIM: Eh! bini dia tu muda lagi... sebaya dengan tunang
kita, tapi lagi lawan tau?
RAMLI: Lawa ke mawa ke... tapi bekas orang, secondhand.
Eh.. kau nak ke kawin dengan janda?
KARIM: Eh! tak main le janda manda... kita kan ada tunang
yang masih dara.
KARIM: (TUKAR TAJUK) Eh...macamana pulak tunang kau
dan tunang aku berkawan baik macam kita
berdua?
RAMLI: Itu semua kehendak Allah. Kita tak tahu.
(GEMBIRA) Yang penting, bila kita kahwin nanti,
mesti bersanding sama-sama atas pelamin. Bukan
gali kubur aje kita bersama tapi bersandingpun
bersama.
KARIM: (TUKAR TOPIK) Sampai bila kita nak gali kubur ni?
RAMLI: (SELAMBA) Sampai kita tak larat...tua berjanggut.
KARIM: Kau sanggup jadi penggali kubur selama-lamanya?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




24
RAMLI: Habis sudah ini aje cara kita cari rezeki. Nak jadi
kerani, kelulusan tak ada. Jadilah penggali kubur
profesional bertaraf antarabangsa. Yang penting
kita ada skil gali kubur. Bukan semua orang tahu
gali kubur.(KETAWA).
KARIM: (TUKAR TAJUK) Eh... apakata kita ke bandaraya...
cari kerja.
RAMLI: Kerja apa yang boleh kita dapat?
KARIM: Kerja macam inilah...
RAMLI: Nak buat kerja macam inipun kita nak merantau?
Kerja sia-sia aje.
KARIM: Di bandaraya... ramai orang. Sudah tentu ramai
yang mati setiap hari. Tak menang tangan penggali
kubur.
RAMLI: (BERHENTI MAKAN) Eh... iya tak iya jugak cakap
kau tu. Masuk akal. (NAK BERLAWAK) Boleh jugak
dipakai dalam parlimen.
KARIM: Di bandaraya... banyak penyakit, banyak pulak
accident, lumba haram. Hah...sudah tentu banyak
kematian. Kematian di mana-mana, itu belum kes-
kes bunuh dan macam-macam lagi.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




25
RAMLI: (MENCELAH) Banyak kematian...bererti banyak
kubur yang kena gali... (KETAWA) Bila banyak
kubur digali...bererti banyak duit kita...he...he...he..
(KETAWA).
KARIM: Jangan-jangan upah gali kubur di bandaraya mesti
mahal? Sebab bandaraya...semuanya kena bayar,
kenci dan berak. Apatah lagi kuburnya....
RAMLI: (MENCELAH) Eh... itu mestilah. Tanah di sana
mahal...apalagi gali kubur. Jangan-jangan penggali
kubur di sana pakai kereta Waja. Motor kapcai
macam kita ni tak main...
KARIM: Kalau macam itu elok kita ke bandaraya...cari kerja
di sana.
RAMLI: Okay jugak idea itu. (MEMIKIR SESUATU) Tapi, kita
nak duduk di mana? Takkan nak redah aje ke
bandaraya... Silap haribulan kita kena colek, kena
kidnap.
KARIM: Nak colek apa bendanya... kita ni bukannya laku
sesen pun. Muka tak handsome, nak kata kacak
jauh sekali. tapi ada le iras-iras Rosyam Nor sikit-
sikit.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




26
RAMLI: Di bandaraya tu, rumah semuanya mahal... nak
tinggal mana. Kalau ada rumah nenek kau di sana,
senang le..
ARAHAN: TIBA-TIBA MUNCUL SEORANG RASHID
MEMEGANG SEBUAH FAIL DAN MENGALAS
KAMERA
RASHID: Assalamualaikum...
RAMLI: Waalaikumsalam.
RASHID: Hmm, maafkan saya...menganggu sebentar.
KARIM: (HAIRAN) Menganggu kenapa?
RASHID: (TERUS BERSALAMAN) Saya wartawan Harian
Gossip.. suratkhbar bandaraya. Nama saya Rashid.
ARAHAN: RASHID MEMBERIKAN DUA KEPING KAD
BISNESNYA KEPADA KARIM DAN RAMLI. KEDUA
MEREKA MEMBELEK-BELEK KAD TERSEBUT
BEBERAPA KETIKA.
KARIM: Apa tujuan Encik ke kubur ni? Sesat ke?
RAMLI: Agaknya nak mencari beritalah tu?
RASHID: Hmm, betul cakap saudara ni.
KARIM: Eh.. takkan sampai ke kubur nak mencari berita?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




27
RASHID: Kerja wartawan macam saya ni kemanapun kena
pergi, bergantung arahan ketua. Membantah, kena
buang kerja pulak.
KARIM: Apa yang ada di kubur ni, Encik. Nak tulis cerita
orang mati boleh le.
RASHID: Saya bukan nak tulis cerita orang mati.. Tapi cerita
saudara-saudara berdua ni?
RAMLI: (HAIRAN) Cerita kami? Buat apa cerita kami ni. Tak
ada nilai berita pun?
RASHID: Banyak cerita menarik yang perlu saya paparkan
untuk pengetahuan pembaca mengenai saudara
berdua.
KARIM: Apalah yang menariknya mengenai penggali kubur
macam kami ni Encik? Kami bukan artis macam
Siti Nurhaliza, Erra Fazira... Zaid ke Kayel ke...
RASHID: Tapi cerita saudara berdua ni kalau keluar dalam
suratkhabar kami, tentu Siti Nurhaliza dan Erra
Fazira yang baca.. Sebab mereka nak tahu cerita
menarik ini...
KARIM: Eh... betul ke begitu, Encik?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




28
RAMLI: Encik ini buang masa aje nak interview kami. Lebih
baik buat gossip cerita artis-artis. Lagipun nama
suratkhbar Encik, Harian Gossip...tak gitu?
RASHID: Memanglah elok.. tapi boss saya suruh buat story
lain pulak. Katanya nak tukar selera pembaca.
RAMLI: (LUCU) Jadi Encik nak buat gossip kami dengan
artis ke pulak?
KARIM: (MENYAMPUK) Eh kalau gitu...bagus jugak.
Glamer jugak kita masuk suratkhabar.
RASHID: (TUKAR TOPIK) Sebenarnya suratkhabar kami baru
bebas daripada kena saman..
KARIM: (HAIRAN) Kena saman?
RASHID: Sebab selalu buat gossip artis... kena saman di
mahkamah. Jadi kami dah tak berani nak buat
gossip lagi.
KARIM: Tapi nama suratkhabar tu...?
RASHID: Nama suratkhabar tu tetap Harian Gossip sebab
sudah daftar begitu...tak boleh ubah lagi.
KARIM: O... gitu.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




29
RAMLI: Jadi apa yang Encik nak tulis pasal kami berdua.
Rasanya tak ada yang menarik. Cakap pada boss
Encik, buang masa aje...
KARIM: (MENYAMPUK) Lagipun muka kami pun tak
hensem...
RASHID: (MEMUJI) Sapa kata saudara tak hensem... ada
iras-iras artis Akademik Fantasia... Zaid.
ARAHAN: KELIHATAN RAMLI DAN KARIM PERASAN DIRI
MEREKA HENSEM SAMBIL MEMBETUL-
BETULKAN JAMBUT RAMBUT MASING-MASING
YANG MENAMPAKKAN KELUCUAN. SEMENTARA
RASHID TERSENYUM MELIHAT KELAKUAN
MEREKA TETAPI BERUSAHA UNTUK MENARIK
PERHATIAN MEREKA SUPAYA DAPAT TERUS
BERKOMUNIKASI.
KARIM: (TUKAR TOPIK) Eh... ngapa pulak Encik ni, tiba-
tiba terlintas nak ke kubur sini, tapi tak ke tempat
lain? Banyak lagi kubur di bandaraya tu.
RASHID: Kubur di bandaraya semuanya tak pakai penggali
kubur.. tapi jentera...
RAMLI: Maksud Encik.... Bulldozer?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




30
KARIM: (HAIRAN) Bulldozer yang buat jalan...yang sodok
tanah tu?
RASHID: Iya... di sana mana boleh pakai penggali kubur...
sebab setiap hari ramai orang mati... tak terdaya
penggali kubur nak gali tanah. (NADA LUCU) Ada
yang mati...sambil gali kubur sebab kepenatan.
KARIM: (TUKAR TOPIK) Hmm, nasib baik kami tak ke
bandaraya.
RASHID: (HAIRAN) Kenapa?
RAMLI: Kami nak cari kerja penggali kubur di sana...
RASHID: Lupakan saja hasrat saudara tu. Di sana dah tak
pakai tangan empat kerat lagi buat kerja-kerja
begitu. Kilang-kilang pun dah tak pakai orang..
Semua kena berhenti kerja, nak menjimatkan kos.
Pakai manusia ni banyak masalahnya.. masalah
sosial, masalah peribadi dan lain-lain.
RAMLI: (HAIRAN) Kalau bukan manusia, kilang-kilang tu
pakai apa?
RASHID: Robot...enjin... Pakai komputer. Takkan Encik
berdua ni tak tahu. Tak pernah baca orang khabar
ke?
KARIM: (NADA PERLI) Eh... laser jugak mulut Encik ni?
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




31
RAMLI: Orang suratkhabar... macam itu lah, iya?
RASHID: (MEMUJUK) Lebih baik saudara berdua ni tinggal di
kampung. Aman dan sentosa.
KARIM: (MENCELAH) Tapi susah nak cari makan Encik?
RASHID: (MEMANDANG SEKELILING) Apa susah duduk di
kampung, sayur tak payah beli. Pucuk paku ada,
pucuk ubi bersepah. Nak petik aje. Di bandaraya,
pijak rumputpun kena bayar, apatah lagi nak
makan rumput.
RAMLI: (TERASA DISINDIR) Eh... Encik ni macam perli
kami aje. Takkan kami nak jadi kambing makan
pucuk-pucuk kayu tu? (SINDIR) Kalau Encik nak
makan silakan... percuma aje...
RASHID: (MEMPERTAHANKAN) Eh... bukan begitu maksud
saya. (PAUSE) Sebenarnya saudara berdua
bernasib baik... ada tempat tinggal dan ada
pekerjaan..
KARIM: Penggali kubur ni pekerjaan?
RAMLI: (MONOLOG/LUCU) Hmm, dia tak tahu betapa
azabnya kita orang nak hidup.. dah sebulan orang
tak mati. (MENYUAP JARI KE MULUTNYA) ... soru
pun miss.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




32
KARIM: Encik tak tahu...betapa seksa kami ni...
RAMLI: Penantian satu penyeksaan.
RASHID: (HAIRAN) Ngapa? saya tak faham.
KARIM: Kami berdua ni.. dah lama tak berduit
RASHID: Tak berduit?
RAMLI: (MEMOTONG) Macamana nak berduit... kalau orang
tak mati...tak ada duitlah kami...
RASHID: (KETAWA) Oh... saya faham. Saudara berdua ni
bergantung hidup daripada hasil kematian orang?
(PAUSE) Hmm, inilah tujuan saya nak tulis di
suratkhabar kami...dan nak interview saudara
berdua.
RAMLI: Sebenarnya kami ni tak ada masa nak
diinterviewkan. Sebab...
RASHID: (TAK MENGERTI) Kenapa?
KARIM: Kami sedang menunggu order...arahan daripada
kawan kami.
RAMLI: (PINTAS) Sebab ada kematian sebentar lagi.... jadi
kami nak gali kubur...
KARIM: (MENYAMPUK) Ada tempahan...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




33
RASHID: (MENGARU KEPALA) Ada tempahan?
KARIM: (SELAMBA) Tempahan gali kubur ni. Orang mati
tu, sebelum mati dah tempah kuburnya. Dia dah
berwasiat suruh kami gali kuburnya.
RASHID: (TERSENYUM) Eh... menarik pulak dailog saudara
berdua ni.. Ini yang nak saya tulis... (KETAWA).
Dailog-dailog macam inilah yang bos saya
suka....kelakar.
KARIM: (PERLI) Kalau gitu ngapa tak suruh boss Encik saja
yang datang?
RAMLI: (MENYOKONG) Iya tak iya.. Suruh dia aje yang
tulis, sebab dia suka cerita-cerita kubur ni.
RASHID: (SELAMBA) Dia tu takut pasal kubur... usahkan
nak datang, dengar perkataan kuburpun dia dah
kecut.
KARIM: (MEMOTONG) Cerita pasal kubur dia suka?
RASHID: Lagipun dia tu boss saya, Encik. Takkan boss
pulak cari berita. Saya ni makan gaji aje.
RAMLI: Betul jugak cakap Encik ni. Kalau boss yang cari
berita, Encik ni menganggurlah, tak dapat jadi
wartawan.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




34
KARIM: (PERLI) Kalau menganggur, serupa macam kami ni
penggali kubur. Kalau setuju, boleh masuk kelab
kami..
RASHID: (TAK MENGERTI) Kelab apa?
RAMLI: (SELAMBA) Kelab Penggali Kubur..
RASHID: (TAK FAHAM) Apa... penggali kubur macam Encik
berdua ni ada kelab ke?
RAMLI: Kamilah yang pertama di dunia...di alam maya ini
menubuhkan Kelab Penggali Kubur..
RASHID: Eh!... iya ke ni Encik. Encik ni bergurau iya.
(MEMBUKA FAIL MENULIS SESUATU) Saya nak
tulis ni... menarik kenyataan Encik berdua..
RAMLI: (BERSAHAJA) Tulislah, itu realitinya. Kami berdua
menubuh Kelab ini sejak lebih berenti sekolah lagi.
KARIM: (MENCELAH) Jadi penggali kubur profesional.. tapi
pendapatannya pulak tak seberapa.
RAMLI: (TUKAR TOPIK) Eh... Encik dan boss Encik nak join
ke Kelab Penggali Kubur ni? Tak ada yuran macam
masuk Kelab Golf. Percuma aje.
KARIM: (MENCELAH) Cuma kena beli cangkul macam ini...
murah aje, tak habis sepuluh ringgit. Badan sehat,
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




35
sebab senamannya melibatkan semua otot-otot.
Bukan macam ngayun kayu golf. Peluh pun tak
keluar.
RAMLI: (PERLI) Kalau dah mahir gali kubur, bila sendiri
yang mati tak payah suruh orang lain galikan
kubur. Kita boleh buat sendiri...he...he...he..
(KETAWA)
KARIM: (NADA LUCU) Encik tulislah kenyataan itu, jangan
tak tulis. Bahan menarik tu..
ARAHAN: RASHID CUMA TERSENYUM NAMUN DIA
MENGERTI YANG DIRINYA DIPERSENDAKAN
TETAPI CUMA MENGAWAL PERASAANNYA.
RAMLI: Banyak lagi yang Encik boleh tulis mengenai kami.
KARIM: (MENGUSIK) Tapi, kalau nak jadikan cerita Encik
lebih sensasi. Encik kena sendiri masuk dalam
kubur... turunkan mayat dan buka pucungnya.
(LUCU) Hah... macam itulah baru tulis benda-benda
sensasi dalam kubur...
ARAHAN: KELIHATAN RASHID MENAMPAKKAN KETAKUTAN
SAMBIL MEMEGANG SELURUH TUBUHNYA
MENAHAN TAKUT.
RASHID: (TERAGAK-AGAK) Err... Hmm...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




36
RAMLI: (MENYAMPUK) Kalau boleh Encik tidur sekali
dengan mayat semalaman, untuk mendapatkan
gambaran jelas dan liputan terus-menerus
mengenai azab kubur..
KARIM: (MENCELAH/LUCU) Boleh ambil gambar banyak-
banyak... macam-macam angle boleh ambil..
RASHID: (KETAKUTAN) Hmm, be...betul...
RAMLI: Tulis pasal kami tak sensasi... tapi tulis pasal alam
barzakh...alam yang kekal abadi mesti dapat
publisiti meluas, sampai suratkhbar Encik ni habis,
laris macam goreng pisang panas.
KARIM: (MENYAMPUK) Hah.. mengenai alam Barzakh,
belum ada wartawan tulis setekat ini. Memang
belum ada wartawan dalam dunia ni tulis
termasuklah wartawan CNN. (KETAWA MENGUSIK).
Hmm, Enciklah orang pertama...
ARAHAN: RASHID MEMANDANG KE ARAH KARIM DAN
RAMLI SEOLAH-OLAH KETAKUTAN TETAPI DIA
CUBA MEMBERANIKAN DIRINYA. KEMUDIAN
MUNCUL SAMAD TERGESA-GESA MASUK
PENTAS.
SAMAD: (MENGELABAH) Hah... cepat gali kubur... ada dua
orang mati...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




37
KARIM: (GEMBIRA) Apa dua orang yang mati.
(MEMANDANG KE ARAH RAMLI) Horey...!
RAMLI: (GEMBIRA) Tunggu punya tunggu... tup-tup dua
orang sekali mati.. Lumayan ni... (KETAWA)
SAMAD: (BERSUNGGUH-SUNGGUH) Cepat gali kubur..
sebelum maghrib kena kebumikan jenazah. Waris si
mati nak sempurnakan jenazah tu hari ini jugak.
RAMLI: (BERSUNGGUH-SUNGGUH) Ok-ok... no problem..
(LOGHAT INDON) tanggung beres...Pak. Pokoknya
dapat hasil, lumayan.
KARIM: (BERGURAU/LOGHAT INDON) Ini yang dikata
rejeki ni... orang ngomong, tuah ayam...Pak.
ARAHAN: RASHID TIDAK MEMPERLIKAN MEREKA TETAPI
SIBUK MENCATAT SESUATU DALAM BUKU
CATATANNYA. SEMENTARA SAMAD KEHAIRANAN
MEMANDANG ORANG YANG TIDAK DIKENALI ADA
DI PERKUBURAN ITU.
SAMAD: (HAIRAN) Hmm, ini siapa?
KARIM: Oh... terlupa aku nak perkenalkan. Ini Encik
Rashid.. seorang wartawan...
RASHID: (SAMBIL BERSALAMAN) Wartawan Harian Gossip...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




38
SAMAD: (HAIRAN) Eh... takkan sampai ke kubur nak cari
berita?
KARIM: (MENGUSIK) Encik ni nak buat liputan macamana
mayat masuk dalam kubur...
RAMLI: (MENCELAH) Dia nak buat liputan secara live
dalam kubur bersama-sama dengan
mayat...barulah real tulisannya.
RASHID: (SERBA-SALAH DAN TAKUT) Errr...
SAMAD: (KAGUM DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH) Eh..
inilah yang dikatakan satu penerokaan
menakjubkan...boleh masuk dalam The Guiness
Book of record... Satu dunia tahu wartawan Melayu
yang paling berani buat cerita sensasi. Hah...
kampung kita jugak terkenal di seluruh dunia...
ARAHAN: RASHID MACAM TERKEDU SEOLAH-OLAH
TENGGELAM PUNCA YANG MENAMPAKKAN
KELUCUAN.
KARIM: (TUKAR TAJUK) Samad... sapa yang mati?
macamana ukurannya... boleh kami mulakan
sekarang.. (MENGAYAKAN TANGAN MEMEGANG
CANGKUL) Dah gatal sangat tangan aku nak
menyangkul tanah ni...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




39
RAMLI: (GAYA LUCU) Hmm, iyalah... aku dah tak sabar nak
menyangkul tanah ni.. gian macam orang hisap fit
jugaklah...
SAMAD: (CUBA BERTENANG) Oh...iya, lupa aku nak bagitau
kamu berdua. Yang mati tu bukannya Pak Ajang...
RAMLI: Habis siapa?
SAMAD: Dua orang gadis... di kampung seberang.
KARIM: (SELAMBA) Tak kisalah siapapun, yang penting..
ada kerja. Dapatlah upah gali kubur... Boleh beli
rokok...pergi karoke...enjoy dengan tunang.
ARAHAN: RASHID SERIUS, CUMA MENDIAMKAN DIRI
SAMBIL MENCATATKAN SESUATU DI BUKUNYA.
RAMLI: Betul cakap Karim tu... cangkul aku ni dah tak
sabar nak menggali tanah...
SAMAD: (MASIH RAGU-RAGU) Kau orang ni seronok sangat
nak gali kubur.... Tapi kau orang tahu siapa yang
mati?
KARIM: (SELAMBA) Soal siapa yang mati itu nombor 16..
RAMLI: (MENYAMPUK) Nombor satu.... gali kubur
kemudian dapat upahnya...
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




40
SAMAD: (SERBA-SALAH) Err... sebenarnya... yang mati itu
adalah...
KARIM: (MENGEJEK) Ngapa nak cakap itupun terkemut-
kemut... macam orang perempuan bentan lepas
bersalin. (TINGGI) Hah...siapa dia, cakap cepat?
SAMAD: (PERLAHAN) Yang mati tu... tunang korang
berdua... mati lemas di sungai...
KARIM/RAMLI: (TERKEJUT) Apa.... tunang aku....!
KARIM: (KECEWA) Eh... apa betul ke cakap kau, Samad?
Atau kau ni bergurau dengan kami. Jangan main-
main.
RAMLI: (CUBA MENENANGKAN HATI) Ah! dia main-main
tu. Nak bergurau.
KARIM: Kalau nak bergurau biarlah kena tempatnya.
Jangan main-main macam ni, Samad.
SAMAD: (SERIUS) Aku tak bergurau, aku serius ni. Aku
yang mengangkat mayat keduanya dengan orang-
orang kampung tadi.
KARIM: (BERSUNGGUH) Adakah apa yang kau katakan ini
dusta. Dusta sedusta-dustanya..
RAMLI: Jangan kau mempersendakan kami, Samad.
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




41
KARIM: Dalam keadaan cemas macam nipun kau nak
bergurau lagi ke?
SAMAD: (BERSUNGGUH) Aku tak bergurau. Takkan pasal
kematian aku nak bergurau. (KERAS DAN PENUH
YAKIN) Pernah aku bergurau pasal orang mati...
ada?
ARAHAN: KARIM MEMANDANG KE ARAH RAMLI DENGAN
PANDANGAN SAYU DAN SEDIH. KEDUANYA TIDAK
DAPAT MENAHAN KESEDIHAN DAN TERSUNGKUR
ATAS PENTAS MACAM TIDAK PERCAYA
MENGENAI BERITA ITU. SAMAD RASA SEOLAH-
OLAH RASA BERSALAH MEMBERITAHU BERITA
SEBENAR. MANAKALA RASHID TERSENYUM
MEMANDANG MEREKA SAMBIL MENCATAT
SESUATU.
RASHID: (TIBA-TIBA GEMBIRA) Hah... kisah dan berita
macam inilah yang nak saya tulis. Ada nilai
berita....laris... suratkhabar saya.... dah tentu saya
naik pangkat.... menuliskan perkara yang sangat
sensasi...he..he..he.. (KETAWA).
ARAHAN: SAMAD TERCENGGANG MENDENGAR
PERCAKAPAN RASHID, MANAKALA KARIM DAN
RAMLI TERASA DIPERSENDAKAN DAN TERUS
MENGANGKAT CANGKUL MEREKA MENGHALA KE
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




42
ARAH RASHID. RASHID BEREDAR UNTUK
MENYELAMATKAN DIRI.
RAMLI: (MARAH) Sensasi kepala hotak kamu! Ini kerja
wartawan macam kamu?
KARIM: (MENCELAH) Hidup dengan kesusahan orang lain.
(SEDIH) Kesedihan kami, kegembiraan kamu!
ARAHAN: RASHID CUBA MELARIKAN DIRI KERANA
BIMBANG DICEDERAKAN MANAKALA SAMAD
MACAM TENGGELAM PUNCA TIDAK TAHU NAK
BUAT APA-APA.
KARIM: (TINGGI) Keluar kamu daripada pandangan aku...!
Keluar cepat!
SAMAD: (MENGUSIK) Lagipun kau orang berdua suka orang
mati... kan? Sebab dari tadi asyik suka orang mati.
Hah! sekarang ada orang mati. Ngapa bersedih
pulak. Galilah kubur tu cepat.
KARIM: (SENSITIF) Eh! dailog kamu ni tak kena dengan
tempat le, Samad. Tergamak itu yang kamu
ucapkan di depan kami ni...hah?
RAMLI: (KECEWA) Kalaupun nak bergurau, pilihlah masa
yang sesuai, tapi bukan di sini.... (MENUDING JARI
KE KEPALANYA) Pakai akai sikit lah....
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




43
ARAHAN: RASHID MASIH ADA DI PENTAS TETAPI JARAKNYA
JAUH SEDIKIT DARIPADA MEREKA KERANA INGIN
MENDAPATKAN MAKLUMAT LAIN. DIA TERUS
MENULIS SAMBIL TERSENYUM PUAS. KARIM DAN
RAMLI HILANG SABAR DAN TERUS MENGANGKAT
CANGKUL MASING-MASING MANAKALA SAMAD
CUBA MELARIKAN DIRI KHUATIR DICEDERAKAN.
KARIM: (SENSITIF) Kaupun nak kena pelangkong dengan
cangkul ini...
RAMLI: (KERAS) Jangan lari.... biar aku belasah kamu
berdua....
ARAHAN: RASHID TERUS LARI BERSAMA SAMAD KELUAR
PENTAS DIIKUTI RAMLI DAN KARIM MANAKALA
LAMPU PENTAS CURAM DAN PADAM PERLAHAN-
LAHAN.SAMAD MEMANDANG KEBINGUNGAN.
LAMPU PENTAS DIPADAMKAN.
SUARA: (Echo) Hadith daripada Anas bin Malik, r.a., bahawa
Rasullullah s.a.w., bersabda: Tiga perkara akan
menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua
daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-
samanya ia akan diturut oleh keluarganya,
hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan
hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya
KUBUR


Karya: Wiramanja
Hakcipta Terpelihara 2002


Teater Kubur ini telah beberapa kali dipentaskan di seluruh Negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia dan naskhah skrip ini telah
memenangi Hadiah Pertama Sastera Sabah (2006). Karya ini buat pertama kali dipentaskan Sempena Dekon 2004, di Universiti Malaysia Sabah.




44
bersama-sama dengannya. (Bukhari, Muslim,
Tirmizi dan NasaI)
1



TAMAT

1
Sila lihat, Mastika Hadith Rasulullah s.a.w. 2001, Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri. m.s. 124.

Anda mungkin juga menyukai