Anda di halaman 1dari 1

1

1.0. PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan kemahiran bermaksud kepandaian
atau kecekapan seseorang individu. Manakala berbahasa pula membawa maksud
mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi
Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian
seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa.
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran
lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini
berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan
kemahiran bukan lisan.
Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-
murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa
yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat
jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu, kita juga akan melihat apakah
yang disebutkan dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam
menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan.
Bagi memastikan pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar
diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan kemahiran ini akan
dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran
berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran
tersebut dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang
untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan
penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan
pertuturannya baik.

Anda mungkin juga menyukai