Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti

kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca
utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah
mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan
dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur
dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini
bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang
terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan
perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini. saha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan
rakyat dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak
kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini
dari terus-menerus menghantui negara kita. !akyat yang sihat merupakan tonggak utama
untuk memastikan kemajuan negara kerana "!akyat Sihat #egara Maju".

Anda mungkin juga menyukai