Anda di halaman 1dari 64

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: ISU

DAN CABARAN-Azizan Ismail[diselenggarakan


oleh Rozali Rajab]


Abstrak
Ilmu pengetahuan merupakan satu aspek yang penting bagi membina satu identiti
bangsa yang bertunjangkan falsafah dan pemikiran yang tinggi. Proses
penyampaian ilmu pengetahuan itu tidak dapat dielakkan, salah satunya dengan
menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Di Malaysia, bahasa Melayu telah
menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sehingga berjaya mengungkapkan
segala bidang ilmu (Jeniri, 2009). Kemampuan bahasa Melayu diperluas sebagai
bahasa komunikasi, bahasa perantara, bahasa perantara di antara daerah, wilayah
dan antara suku kaum serta bahasa yang penting dalam sektor pentadbiran,
pendidikan dan sebagainya. Menurut Jeniri (2009), dalam zaman pembinaan
negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa
Melayu dan membinanya sebagai bahasa ilmu yang mampu mendukung struktur
pemikiran moden, selain daripada sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis
ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. Justeru, kertas kerja ini akan
cuba melihat pengisian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di samping cabaran
yang dihadapi dalam merealisasikan agenda tersebut.
PENGENALAN
Perjalanan bahasa Melayu dalam mengisi tanggungjawab sebagai bahasa ilmu
sebenarnya merupakan satu pengembaraan yang panjang. Kisah perjalanannya
sebagai bahasa ilmu sebenarnya telah bermula semenjak 500 tahun yang lampau.
Jika diamati, pelbagai cabaran dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi sepanjang
zaman tersebut.
Perincian tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama iaitu zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Kedua, zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan
dan yang terakhir zaman selepas negara merdeka sehingga kini.
Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan sejarah bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu yang meliputi ketiga-tiga zaman serta cabaran yang dihadapi
sejajar dengan tugas utamanya penyebar ilmu pengetahuan.
Rangkuman kertas kerja ini terbatas kepada perkara penting yang mendasari proses
penyebaran ilmu melalui bahasa Melayu. Sudah tentu tidak semua isu dapat
diketengahkan secara detil, walau bagaimanapun kertas kerja
Bahasa Melayu Zaman Abad 15 dan 16Membuka Lembaran Ilmu
Sejarah menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada abad ke-
15 dan 16 setelah kedatangan penjajah. Salah satu aspek penting yang dapat dilihat
ialah bahasa Melayu telah menjadi wahana penting dalam mengungkapkan ilmu
pengetahuan pada ketika itu. Kemajuan ilmu pengetahuan menyebabkan bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa persuratan dan juga bahasa untuk aktiviti
dakwah. Kepentingan bahasa Melayu pernah dianggap setanding dengan
kedudukan bahasa Latin dan Perancis di Eropah pada ketika itu (Vatikiotis, 1991).
Kedudukan Melaka yang berada di laluan paling strategik sebagai pusat
perdagangan yang terbesar di rantau ini meletakkan bahasa Melayu sebagai salah
satu bahasa yang mempunyai jumlah penutur yang paling besar di samping menjadi
bahasa antarabangsa di Timur Jauh (Wan Hashim, 1996). Penemuan sebuah
kamus dwibahasa Melayu-Cina yang terawal iaitu Man La Jia Guo Yiyu (Senarai
Perkataan Negeri Melaka). Kamus ini mengandungi 482 patah kata Melayu-Cina
yang meliputi 17 subjek atau kategori, iaitu astronomi, geografi,musim dan waktu,
tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas,
persanakan/kekerabatan, peri kelakuan, tubuh badan dan pakaian, makanan dan
minuman, barang kemas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, warna
hitungan dan kata umum (Liji, 1995). Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah
mencapai suatu tahap yang agak kompleks pada ketika itu; antara lain kamus itu
mengandung kata-kata yang berkaitan dengan agama Islam dan sains alam.
Jika disoroti lebih awal, terdapat catatan daripada sumber Cina yang membuktikan
bahasa Melayu yang pada ketika itu disebut sebagai Kunlun, sudah mula
berkembang dan merupakan bahasa kegunaan sehari-hari pada waktu muncul dan
berkembangnya kerajaan Melayu Srivijaya dari abad ke-7 hingga abad ke-13.
Terdapat kemungkinan bahasa Kunlun itu merupakan bahasa Melayu kuno yang
telah digunakan sebagai bahasa utama pada ketika itu.
Perkembangan agama Islam di Alam Melayu juga turut menyumbang kepada usaha
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Malahan, bahasa Melayu turut
memainkan peranan yang utama dalam meluaskan perkembangan Islam, manakala
Islam pula telah memainkan peranan yang utama dalam meningkatkan laras
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu (Muhammad Naquib, 1972).
Usaha dakwah begitu giat dijalankan sekitar abad ke-17 hingga awal abad ke-20.
Pada zaman ini bolehlah dianggap sebagai zaman cemerlang dan
Peningkatan hubungan antara Alam Melayu dengan Mekah serta dengan pusat
perkembangan tamadun Islam di Mesir melalui teknologi pelayaran berfungsi
sebagai pemangkin dalam revolusi tamadun Melayu-Islam pada zaman itu.
Penerusan hubungan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada landasan yang
diasaskan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu-Riau.
Ismail (1981) menganggap kedatangan Islam sebagai ad-Din dalam abad ke-13 dan
14 turut mewarnai bahasa Melayu, terutama kepada khazanah kata-katanya. Syed
Muhammad Naquib (1996) berpendapat, proses pengislaman di Kepulauan Melayu
telah menjadikan bahasa Melayu bahasa Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan
hujah bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar Islam di seluruh
Kepulauan Melayu, sehingga abad ke-16 bahasa Melayu telah mencapai peringkat
bahasa sastera dan agama yang luhur.
Menurut Amran (1976), bahawa akidah dan pandangan hidup yang berlunaskan
Islam telah diserapkan dalam kalangan orang Melayu dengan pemahaman akan
konsep dan falsafah tauhid dan syariat Islam tergambar melalui istilah. Awang
Sariyan (2006) pula berpandangan bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap
bahasa ilmiah, bahasa teknikal, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan
diplomatik dan bahasa sastera yang bertaraf epik dalam zaman gemilang tamadun
Melayu sejak abad ke-12 hingga abad ke-19.
Bahasa Melayu juga melalui kegiatan kesusasteraan turut berperanan sebagai
penyebar ilmu pengetahuan. Kegiatan penyebaran ilmu pengetahuan ini
dirancakkan lagi dengan kegiatan persuratan Melayu. Sastera diungkapkan melalui
media lisan dan juga tulisan. Pertumbuhan sastera bertulis memberi erti yang besar
sekali kepada pertumbuhan bahasa. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai
erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan dari sudut
ilmu. Maka, bertitik-tolak daripada situ, karya sastera seperti Sulatus Salatin, Tajus
Salatin, Bustanus Salatin, Hikyat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh dan Hikayat Hang
Tuah telah dihasilkan bagi membuktikan tradisi keilmuan itu dapat disampaikan
melalui bahasa Melayu. Farid (1984) yang memetik pendapat A.Teeuw bahawa
bahasa Melayu tinggi hanya wujud ketika zaman perkembangan tamadun Melayu-
Islam di Alam Melayu dengan yakin menegaskan bahawa "dalam zaman inilah
bahasa Melayu mula mengecap
Kemuncak tradisi penulisan ilmu dalam bahasa Melayu berlaku di acheh pada abad
ke-16 dan 17. Pusat kegiatan ilmiah Melayu-islam itu telah melahirkan barisan tokoh
pemikir yang berjaya menghasilkan deretan karya ilmiah dalam bahasa Melayu.
Pada zaman tersebut nama seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri, Samsuddin
Pasai dan Abdul Rauf Singkel sering kali disebut sebagai pemikir ulung berbangsa
Melayu pada zaman tersebut.
Segala bidang ilmu sama ada ilmu agama atau ilmu duniawi dan kesusasteraan
Melayu, berkembang selari dengan perkembangan bahasa Melayu. Keadaan ini
berterusan sehingga abad 20-an dan 30-an kurun ini iaitu sebelum Perang Dunia
Kedua meletus. Kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat walaupun pada suatu
ketika Alam Melayu pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga
tahun 1930-an.
Walaupun penjajah mampu menguasai ekonomi Tanah Melayu, namun mereka
tidak berjaya meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, bahasa
perdagangan serta bahasa agama dan persuratan (Wan Hashim, 1996).
Abad ke-19 Era Penuh Cabaran Memerdekakan bangsa dan bahasa
Abad ini merupakan detik bermulanya hegemoni bangsa di Tanah Melayu.
Kehadiran pendatang Cina dan India turut membawa perubahan kepada sistem
pendidikan daripada yang berasaskan monolingual (satu bahasa) kepada
berteraskan multilingual (pelbagai bahasa). Perkembangan ini digalakkan oleh
Inggeris kerana ini dianggap sebagai sesuatu yang alamiah dan natural. Selain
daripada itu, dalam tempoh seratus tahun penjajahan British berbagai-bagai
perubahan telah berlaku dari segi, politik, sosial dan ekonomi (Raja Muhtaruddin,
1982). British turut membawa bersama sistem pendidikan sekular moden ke Tanah
Melayu.
Mereka mula membuka sekolah-sekolah Inggeris dengan menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar selain membuka sekolah-sekolah Melayu
menggunakan bahasa pengantar Melayu. Kedua-dua sekolah yang diperkenalkan
Inggeris itu mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sekolah Melayu berakhir pada
peringkat rendah manakala sekolah Inggeris berakhir pada peringkat universiti.
Pengenalan sistem pendidikan sebegitu rupa menyebabkan wujudnya perbezaan
dalam taraf pekerjaan masyarakat. Golongan yang berpendidikan Inggeris akan
menjawat jawatan profesional umpamanya peguam, akauntan, doktor, jurutera dan
sebagainya. Selebihnya, masyarakat yang berpendidikan Melayu hanya mampu
mengisi jawatan sebagai guru pelatih dan juga jawatan lain yang tidak begitu penting
pada ketika itu. Pengenalan pendidikan moden menerusi bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dan bahasa ilmu baharu secara mendadak mengubah nilai
terhadap bahasa Melayu.
ini sedaya upaya mengutarakan permasalahan dan juga cabaran terhadap bahasa
Melayu dalam mendukung peranan sebagai bahasa ilmu.zaman kegemilangan
dalam perkembangan usaha dakwah dan persuratan Melayu. Kemunculan tulisan
Jawi yang didasari daripada bahasa Arab dan Parsi merupakan suatu revolusi dalam
perkembangan ilmu tentang agama Islam dan persuratan Melayu (Wan Hashim,
1996). Hal ini boleh dilihat apabila munculnya para ulama, pendeta, penyair, dan
sasterawan bagai cendawan selepas hujan. Ribuan karya dalam bentuk kitab Jawi
dan sastera lama dilahirkan di samping sekolah-sekolah pondok dan madrasah
didirikan di merata-rata tempat yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang
Islam khususnya di Pantai Timur dan Utara Semenanjung. nikmat penghayatan
tulisan melalui perkembangan alam persuratannya."
Tanpa disedari, pendidikan Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri mula dipinggirkan
dan diletakkan di tempat yang kurang penting jika dibandingkan dengan pendidikan
aliran Inggeris dan bahasa Inggeris. Seseorang itu dianggap layak memasuki
golongan elit birokrat, satu kelompok kelas menengah baharu yang tinggi statusnya,
jika mampu menamatkan pengajian tinggi dalam aliran Inggeris dan mampu bertutur
dengan fasih dalam bahasa tersebut (Wan Hashim, 1996). Apabila anak-anak
peribumi golongan imigran mula mendapat pendidikan dan latihan menerusi aliran
Inggeris, muncullah dua hingga empat aliran termasuk aliran Cina dan Tamil. Walau
bagaimanapun, pendidikan Inggeris diletakkan pada tempat yang tinggi seolah-olah
segala ilmu baharu dan pengetahuan moden hanya mampu diperoleh melalui aliran
pendidikan tersebut.
Yang terkecuali daripada tempias ini hanyalah pendidikan Islam kerana masih
mampu secara berterusan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Namun, perkembangannya tetap perlahan apabila pendidikan Islam kekal dominan
pada peringkat sekolah pondok sahaja sehinggalah beberapa institut pendidikan
yang lebih formal dalam bentuk madrasah sebagai lanjutan daripada pendidikan
asas berbentuk pondok. Hanya sebilangan kecil lulusan institusi madrasah diterima
untuk melanjutkan pelajaran peringkat universiti di luar negara.
Kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya bahasa dapat dilihat dengan
tercetusnya kritikan daripada Abdullah Munsyi tentang sikap orang Melayu pada
bahasa sendiri sekitar abad ke-19. Kritikan beliau banyak mengubah pandangan
orang Melayu terhadap bahasa sendiri selepas itu. Orang Melayu mengambil inisiatif
untuk memajukan bahasa dari sudut pengajarannya melalui dua cara iaitu:
i. secara perseorangan
ii. melalui pertubuhan-pertubuhan
Menurut Siu (1972), orang perseorangan yang menggunakan ruang akhbar itu terdiri
daripada wartawan dan guru Melayu. Tulisan mereka menjurus kepada soal
keelokan bahasa Melayu dan cara karang-mengarang. Tulisan ini sesuai bagi
memastikan bahasa Melayu terus hidup. Dalam jangka masa antara 1906 sehingga
1941, persoalan yang dikemukakan oleh penulis dan pembaca ialah berkisar tentang
agama sehingga menimbulkan kaum muda dan kaum tua. Selepas itu, persoalan
berkisar tentang ekonomi dan pelajaran, namun perbicaraan tentang bahasa Melayu
sentiasa ada. Pengaruhnya ke atas perkembangan bahasa Melayu berlaku terus-
menerus dalam bidang peristilahan, tatabahasa, perkamusan dan lain-lain lagi.
Gesaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
pengantar di institusi pengajian tinggi pernah disuarakan sejak tahun 1930-an lagi
oleh Abdul Kadir Adabi seorang nasionalis Melayu dari Kota Bharu, Kelantan.
Beberapa orang lagi nasionalis Melayu lain turut menyuarakan
Walau bagaimanapun, bahasa Melayu secara rasminya tetap diterima untuk
memainkan peranan sebagai bahasa perantaraan pelbagai suku bangsa di negara
ini dan bahasa yang memberi identiti atau jati diri kepada warga negara di dalam
sebuah negara yang sedang menuju kemerdekaan pada ketika itu. Bahasa Melayu
ialah salah satu unsur terpenting dalam kontrak sosial antara bangsa Melayu
dengan bangsa lain menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebelum memperoleh kemerdekaan, beberapa laporan dan penyata yang dihasilkan
telah menyebut tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
bahasa rasmi negara. Laporan Barnes pada tahun 1950 umpamanya dianggap
sebagai memihak kepada bangsa Melayu apabila menerima bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar daripada sekolah rendah manakala
bahasa Cina dan Tamil diajarkan sebagai mata pelajaran sahaja. Selain itu, usul
satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum juga dinyatakan dalam laporan
tersebut. Ciri-ciri utama sekolah kebangsaan ini ialah:
i. Pendidikan percuma untuk kanak-kanak antara enam hingga dua belas tahun.
ii. Pendidikan disampaikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mula
diajarkan pada tahun tiga.
iii. Sekolah rendah ini akan menghasilkan murid-murid yang mahir dalam dwibahasa
dan mereka akan disalurkan ke sekolah aliran Inggeris selepas sekolah rendah.
Ini bermakna bahawa semua sekolah menjadi aliran Melayu. Selepas itu semua
pendidikan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa
bahasa Melayu akan digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun tiga, bahasa
Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur
dwibahasa apabila mencapai umur dua belas tahun dan mampu bertutur dan
menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Perkara yang lebih penting ialah Laporan Barnes ini menolak Rancangan Holgate
pada tahun 1949 yang secara terbuka mencadangkan bahasa Inggeris untuk
dijadikan bahasa pengantar tunggal. Sungguh pun begitu, Laporan Barnes ini tidak
dapat diterima oleh bangsa Cina yang meluahkan hasrat mereka melalui Laporan
Fenn-Wu pada tahun 1951. Antara lain yang diutarakan dalam laporan itu ialah
memperuntukkan dasar yang liberal terhadap pendidikan Cina dengan Cina pada
peringkat rendah dan menengah dikekalkan.
Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat apabila
bahasa tersebut digunakan dalam sistem pendidikan negara kita.
gagasan ini,namun gagasan ini hanya tinggal gagasan kerana tidak mendapat
sokongan yang menyeluruh. Gagasan ini tidak didukung oleh golongan anglophile
menengah Melayu baharu yang berkuasa kerana tidak meyakini kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menyampaikan ilmu pengetahuan
moden pada ketika itu.
Berdasarkan Laporan Razak 1956, usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dalam pendidikan telah dimulakan. Antara lain kandungan yang
dicatatkan dalam laporan tersebut ialah:
"Tujuan dasar pelajaran di-dalam negeri ini ia-lah bermaksud hendak menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di-dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, walaupun perkara ini tiada
dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendak-lah diperbuat dengan
beransur-ansur"
(Laporan Razak, perenggan 12)
Laporan ini jelas menyatakan hasrat negara untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai pengantar ilmu pengetahuan dan ini memungkinkan bahasa itu membangun
menjadi bahasa yang berkesanggupan menjadi alat penyalur ilmu kebudayaan
(Abdullah Hassan, 1987). Sebelum laporan ini diwujudkan, penggunaan bahasa
Melayu adalah agak terbatas kerana tidak ada dasar dan strategi yang jelas dan
tegas dalam menjadikannya sebagai bahasa ilmu. Penyata Razak juga menjelaskan
bahawa tujuan dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak daripada
berbilang kaum untuk mempelajari perkara yang sama, dalam satu sistem
pendidikan melalui satu bahasa pengantar. Namun demikian, diakui untuk mencapai
matlamat ini tidak boleh dipaksakan tetapi mesti dilakukan secara berperingkat-
peringkat (Penyata Razak, 1956).
Selepas Negara Mencapai Kemerdekaan-Satu Sinar Baharu dalam Pembikinan
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 suatu Perlembagaan
telah dibentuk. Menerusi Perkara 152, bahasa Melayu diwartakan sebagai bahasa
kebangsaan. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk
menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara (Abdullah, 1996). Namun
demikian, disebabkan bahasa Melayu belum berkembang, bahasa Inggeris
dikekalkan sebagai bahasa rasmi untuk menyampaikan pendidikan dan
mentadbirkan negara. Selepas sepuluh tahun iaitu pada tahun 1967, bahasa Melayu
akan mengambil alih semua peranan yang dilaksanakan oleh bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan bahasa pentadbiran
tunggal (Abdullah, 1996).
Rentetan daripada Laporan Barnes 1950 dan Laporan Razak 1956 serta Ordinan
Pelajaran 1957 telah menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Inti sari
Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia ialah mewujudkan suatu masyarakat
yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga mempunyai
serampang dua mata iaitu pertama pembentukan satu sistem pendidikan
kebangsaan yang mampu memenuhi cabaran dan keperluan sebuah negara yang
merdeka untuk pembangunan kebudayaan, sosial,
Sistem persekolahan yang dicadangkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan
terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran kebangsaan dan aliran jenis kebangsaan.
Dalam sistem persekolahan aliran kebangsaan, sekolah tersebut berbahasa Melayu
dan sistem persekolahan jenis kebangsaan pula berbahasa sama ada bahasa
Inggeris, bahasa Cina ataupun bahasa Tamil. Sekolah aliran jenis kebangsaan
diwajibkan mengajar bahasa Melayu sebagai suatu mata pelajaran dan mengikuti
suatu kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Dalam
pemelajaran dan pengajaran bahasa Melayu, Dasar Pendidikan Kebangsaan
mencadangkan supaya tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat
untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid Islam.
Bagi memperoleh hasil yang baik dalam pembelajaran bahasa Melayu, guru yang
terlatih diperlukan untuk tujuan tersebut. Selaras dengan itu, Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah mencadangkan supaya sebuah maktab perguruan yang dipanggil
Maktab Perguruan Bahasa perlu ditubuhkan. Maktab ini berfungsi sebagai berfungsi
sebagai tempat melatih guru mengajarkan bahasa Melayu dan juga menjalankan
penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Kedua-dua peranan ini amat penting bagi
memastikan bahasa Melayu itu mampu menjadi wahana penyampai ilmu pada
ketika itu.
Usaha untuk mewujudkan sebuah Institusi Pendidikan Kebangsaan dipertegas
melalui Laporan Rahman Talib pada 1960 apabila laporan itu diterima sebagai
undang-undang menerusi Akta Pendidikan 1961. Perkembangan dalam proses
perundangan ini menerima hakikat bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa
pengantar manakala ciri kemelayuan akan dijadikan sebagai unsur penting dalam
melahirkan identiti kebangsaan.
Menakluki Persada Ilmu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahasa Melayu telah memainkan peranan
yang cukup penting dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Tradisi penulisan ilmu
pengetahuan telah berlangsung sejak berabad-abad yang lalu. Menurut Syed
Muhammad Naquib (1972) fenomena kesan kedatangan Islam itu sebagai
penampilan dan pemupukan konsep intelektualisme dan rasionalisme. Kedua-dua
konsep ini menjadi landasan pertumbuhan tradisi ilmu dalam bahasa Melayu,
termasuk penulisan bahan ilmu (Awang, 2006).
ekonomi dan politik sesuai untuk warganegara dan kedua ialah perkembangan
secara progresif satu pendidikan nasional dengan bahasa Melayu yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi dijadikan sebagai bahasa pengantar utama (Wan Hashim,
1996). Laporan Razak yang dijadikan sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu melalui sistem
persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya yang
utama (Raja Muhtaruddin, 1982).
Setelah negara mencapai kemerdekaan, peranan dan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu semakin jelas. Untuk tujuan itu, bahasa Melayu telah digiatkan
penggunaanya dalam pelbagai bidang bagi memperkaya khazanah ilmu. Dengan itu,
pengayaan khazanah ilmu itu sebenarnya menjadi syarat utama dalam
perkembangan tamadun berasaskan ilmu. Menurut Nik Safiah (1986) perkembangan
bahasa Melayu moden meliputi tiga tahap. Tahap pertama ialah memperkenalkan
bahasa Melayu kepada masyarakat sebagai bahasa kebangsaan melalui kempen
minggu dan bulan bahasa kebangsaan. Tahap ini berlaku pada tahun 1960-an.
Tahap kedua yang berlangsung sekitar tahun 1970-an dikenali sebagai zaman
pembinaan, iaitu pembakuan ejaan, peristilahan, tatabahasa dan kosa kota. Tahap
ketiga ialah proses pemantapan yang menekankan keintelektualan dan
kesempurnaan. Pada tahap ini keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu
sudah terbukti apabila mampu mengungkapkan buah fikiran dan hujah dengan tepat
dan berkesan. Seterusnya, kemuncak kepada tahap ini ialah penggunaan laras
saintifik dan ilmiah yang menghasilkan bentuk bahasa yang tepat, yang
mencerminkan kejelasan pemikiran tentang konsep-konsep dan proses-proses
saintifik.
Sehubungan itu, konsep pengilmuan bahasa ilmu sebenarnya ialah proses
pengayaan bahasa Melayu dengan berbagai-bagai laras yang menandai tamadun
yang maju (Awang Sariyan, 2006).
Menurut Nik Safiah (1986) bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu
memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Beliau membahagi bahasa kepada dua variasi
utama iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code).
Bahasa terhad ialah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi biasa seperti
perbualan dan komunikasi asas seperti dalam keluarga dan berjual beli di pasar.
Bahasa terbina pula ialah variasi yang mempunyai ciri-ciri kompleks, tersusun rapi
dan tidak bergantung kepada latar belakang yang saling difahami oleh penutur-
pendengar atau penulis-pembaca. Bagi tujuan penulisan ilmu, variasi bahasa terbina
ini menjadi asasnya. Ilmu tidak mungkin dapat diungkapkan dengan bahasa
basahan atau yang digunakan dalam suasana tidak formal.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah melebarkan sayapnya ke menara gading
selepas beberapa tahun negara memperoleh kemerdekaan. Penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar juga melibatkan institusi pengajian tinggi seperti
kolej dan universiti. Pada peringkat kolej, perubahan bahasa pengantar bermula
pada tahun 1959 apabila Maktab Perguruan Bahasa mengambil tindakan mengubah
bahasa setelah berlaku satu demonstrasi. Pada peringkat universiti, Jabatan
Pengajian Melayu di Kuala Lumpur dari awal lagi telah mengajarkan kursusnya
dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1965, apabila ada
mahasiswa daripada aliran sekolah kebangsaan memasuki universiti beberapa
kursus lain di jabatan lain yang menggunakan bahasa Inggeris telah ditukarkan
dengan bahasa Melayu. Perkara ini terpaksa
Pada tahun 1975, Universiti Malaya buat pertama kalinya mengambil langkah tegas
dengan melatih bakal pensyarah dalam lapangan sains untuk mengambil ijazah
tinggi dalam bidang masing-masing. Apabila menamatkan pengajian, mereka yang
rata-rata berkebolehan dalam bahasa Melayu diharap dapat mengajar dalam bahasa
itu. Syarat baharu diperkenalkan bagi mengambil pensyarah iaitu memberi
keutamaan kepada calon yang mempunyai kebolehan mengajar dalam bahasa
Melayu. Kenaikan pangkat juga diberi keutamaan kepada pensyarah yang
berkebolehan dalam bahasa Melayu.
Universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan
Universiti Teknologi Malaysia juga turut merancang untuk melatih kakitangan
akademiknya di luar negara. Apabila pulang golongan ini dapat mengajar dalam
bahasa Melayu. Kedudukan ini berterusan sehingga pihak universiti terpaksa
menyediakan kemudahan untuk mempelajari bahasa Melayu memandangkan situasi
pertukaran bahasa pengantar. Kursus-kursus kecekapan bahasa Melayu diadakan
melalui pusat bahasa yang ditubuhkan di tiap-tiap universiti.
Tahun 1967 merupakan tahun permulaan yang telah dipersetujui bahawa semua
aliran pendidikan akan ditukar menjadi pendidikan kebangsaan yang menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya bagi menggantikan bahasa Inggeris.
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 ialah
manifestasi kepada gesaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk meletakkan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pada peringkat universiti. Walaupun
timbul banyak keraguan tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi namun setelah hampir 30
tahun lebih, UKM telah berjaya menghasilkan graduan dalam pelbagai bidang yang
setanding dengan universiti lain.
UKM berjaya melahirkan 43,000 yang sebahagian kecilnya dihantar melanjutkan
pelajaran ke luar negara sehingga memperoleh ijazah lanjutan peringkat Sarjana
dan Doktor Falsafah. Kejayaan UKM ini disusuli oleh kesemua universiti yang lain
secara berperingkat-peringkat. Ini selaras dengan Akta Pendidikan 1970 yang
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal bagi semua universiti
awam di negara ini untuk semua mata pelajaran. Seiring dengan itu, kegiatan
penyelidikan dan penerbitan turut digiatkan. Penyelidikan yang dijalankan bertujuan
mencari dan menjana ilmu baharu serta memperkukuh ilmu yang sedia ada.
Penerbitan ilmiah dalam bentuk jurnal, monograf, penerbitan bersiri, buku teks,
kertas kerja persidangan dan sebagainya diusahakan penerbitannya penerbit-
penerbit universiti. Sebahagian besar daripada buku, kertas kerja persidangan serta
makalah dalam jurnal
Daripada pengalaman UKM ini yang mengasaskan pendidikan tinggi dalam bahasa
Melayu dengan disusuli oleh universit-universiti lain membuktikan kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa untuk menyebarkan
sebarang jenis ilmu, termasuk ilmu sains, teknologi, komputer, astronomi dan
sebagainya (Wan Hashim, 1996). Bahasa Melayu sebenarnya berada setaraf
dengan bahasa lain seperti bahasa Perancis, Jerman, Swedish, Rusia, China,
Jepun, Korea dan sebagainya dari segi fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa
pendidikan tinggi. Perkara ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu
menjadi pengganti kepada bahasa Inggeris dalam menyebarkan ilmu pengetahuan.
Cabaran Mendatang Mematangkan Bahasa
Dalam beberapa dekad ini sebenarnya bahasa Melayu telah mengharungi pelbagai
onak dan dugaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa
kebangsaan. Cabaran yang mendatang telah memberi kekuatan dan pengalaman
kepada bahasa Melayu untuk terus mengharunginya. Jika dilihat terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan kedudukan bahasa Melayu yang sudah utuh suatu ketika
dahulu tetapi kini semakin dipersoalkan peranannya.
Jeniri Amir (2009) berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berhadapan dengan
tantangan yang paling hebat sejak tahun-tahun terakhir kurun lalu sehingga
membawa ke tahun-tahun awal alaf baharu ini dan menyaksikan bagaimana
tercabarnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan. Senario ini mengakibatkan pertembungan perang bahasa
antara ahli politik dengan pencinta bahasa, perancang dan aktivis bahasa. Perang
bahasa itu tercetus kerana ahli bahasa sentiasa mencuba untuk mengubah situasi
bahasa.
Sebagai contoh, pelaksanaan Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah menimbulkan banyak konflik
antara golongan yang disebutkan di atas dengan sang penguasa iaitu orang
memegang kuasa politik. PPSMI sebenarnya telah ditentang pada peringkat awal
oleh golongan yang mencintai bahasa Melayu. Kesan yang dibawa oleh PPSMI
bukan sedikit kepada para pelajar yang berhadapan dengan dasar itu. Walaupun
mendapat pelbagai tentangan, namun pihak kerajaan tetap bertegas meneruskan
dasar tersebut. Sehinggalah kemuncaknya, satu demonstrasi yang dipimpin oleh
Sasterawan Negara, A. Samad Said diadakan di Kuala Lumpur. Gerakan Mansuh
PPSMI (GMP) telah berjaya menghimpunkan rakyat daripada pelbagai golongan
yang membantah dasar tersebut walaupun
Bahasa Inggeris semakin mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir
semua bidang (Hassan Ahmad, 1996). Bahasa Inggeris telah hilang tarafnya
sebagai bahasa rasmi negara sejak tahun 1967 dan tidak lagi menjadi bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun begitu, pengaruh
bahasa Inggeris tidak hilang. Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa utama dalam
sektor swasta. Dalam sistem pendidikan kebangsaan bahasa Inggeris dijadikan
bahasa kedua yang wajib dipelajari di sekolah. Dari satu sudut, walaupun
penjajahan sudah berlalu, namun pensejagatan imperialisme bahasa Inggeris
semakin mencengkam ke dalam akar budaya dan minda bangsa (Jeniri Amir, 2009).
Situasi ini seakan-akan bahasa Melayu tidak mampu mengambil tempat bahasa
Inggeris sehingga pengguna bahasa Melayu berasa seolah-olah tidak penting untuk
mempelajari bahasa itu. Bahasa Melayu dianggap tidak intelek, tidak sempurna
kerana korpus ilmunya terbatas, tidak bersifat antarabangsa, tidak standard dan
berprestij serta hanya sesuai digunakan di rantau ini, meskipun jumlah penuturnya
melebihi 250 juta orang.
Pengisytiharan tentang kepentingan bahasa Inggeris memberi kesan yang besar
dan mendalam terhadap politik, sosial, budaya, psikologi dan ekonomi (Jeniri Amir,
2009). Sejak akhir-akhir ini wujud kesan rendah diri yang amat hebat terhadap
bahasa Melayu akibat sikap golongan itu. Perubahan bahasa pengantar kembali
kepada bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi dapat ditafsirkan sebagai
langkah menematkan usaha semua pihak yang terlibat dalam memupuk bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi.
Dari tahun 1990 sehingga 1995, universiti awam yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai pengantar berjaya melahirkan 35 0000 siswazah dalam bidang sains dan
teknologi, 55 peratus daripada mereka bumiputera dan 45 peratus lagi bukan
bumiputera. Senario ini memberi kesan yang mendalam dari segi pengambilan
pekerja, terutama sektor swasta, lebih-lebih lagi ada sesetengah pihak yang
menyatakan salah satu faktor utama yang menyebabkan hampir 30 000 siswazah
menganggur kerana disebabkan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris, walhal
banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada keadaan itu.
Langkah penggunaan bahasa Inggeris di IPTA turut memberi kesan terhadap usaha
pensyarah di institusi tersebut dalam penulisan buku. Golongan akademik menjadi
keliru kerana pihak pengurusan universiti menyarankan agar penerbitan buku dalam
bahasa Inggeris ditingkatkan dan hasil sesuatu penyelidikan ditulis dalam bahasa
Inggeris. Menurut Jeniri Amir (2009) kesan
Sikap segolongan birokrat terhadap bahasa Melayu juga turut menjejaskan peluang
bahasa itu sebagai bahasa ilmu. Golongan ini tidak mempuyai keyakinan terhadap
bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. Segelintir profesional
umpamanya yang mendapat pendidikan tinggi di luar negara khususnya di barat
sering kali dilihat sebagai golongan yang tidak memandang tinggi kemampuan
bahasa Melayu. Mengapa hal ini terjadi? Mungkin kerana golongan ini terpengaruh
dengan budaya pemikiran ilmu barat dalam diri masing-masing. Cara pemikiran
mereka masih dibelenggu oleh budaya berfikir barat yang meliputi tindakan yang
diambil. Golongan ini menganggap bahawa bahasa Melayu tidak akan mungkin
menjadi wahana untuk membina kehidupan nasional dan negara yang moden dan
maju.
Satu lagi cabaran yang dilihat mampu memberi kesan kepada bahasa Melayu ialah
globalisasi. Menurut UNESCO, globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi,
sosial, teknologi, politik dan budaya yang terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalam
pengeluaran, penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi
asas ekonomi politik antarabangsa.Menurut Water (1995) globalisasi dari segi
sosiobudaya ialah proses sosial yang memperlihatkan kekangan geografi yang
semakin berkurang terhadap hal ehwal kemasyarakatan dan budaya, serta manusia
sedar bahawa kekangan tersebut semakin berkurang.
Ekoran daripada globalisasi dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan
sebagainya, globalisasi bahasa juga turut terjadi memandangkan bahasa Inggeris
mengambil alih peranan yang semakin dominan merentasi sempadan geografi dan
bidang (Teo Kok Seong, 1998). Keadaan ini dilihat akan menghakiskan kedudukan
bahasa kebangsaan negara melalui pengagungan yang diberikan terhadap bahasa
itu melalui pelbagai label seperti bahasa dunia, bahasa antarabangsa par
exellence,bahasa intelektual dan lain-lain lagi.
Kemunculan pelbagai teknologi komunikasi dan media yang canggih telah
mewujudkan budaya global melalui limpahan dan asakan maklumat sehingga
berupaya mengubah dan membentuk pemikiran global masyarakat, termasuk
perancangan bahasa (Jeniri Amir, 2009). Senario ini turut menentukan kedudukan
bahasa Melayu dan Inggeris, walhal bahasa kebangsaan itu telah mendapat
pengiktirafan dan penerimaan yang baik oleh rakyat.
Persoalan yang timbul terhadap bahasa Melayu ialah berkaitan aspek taraf dan
korpusnya sehingga melahirkan kebimbangan dalam kalangan perancang dan
aktivis bahasa. Bersama kuasa ekonomi dan medianya, bahasa Inggeris
dimahkotakan sebagai bahasa utama dunia pada era global.
dilakukan secara beransur-ansur kerana para pensyarah di Universiti Malaya tidak
mempunyai kecekapan secara menyeluruh mengajar dalam bahasa
Melayu. diterbitkan dalam bahasa Melayu bagi tujuan menyalurkan ilmu
pengetahuan baharu menggunakan bahasa pengantar tersebut. Pada peringkat
pascasiswazah, sebahagian besar tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dihasilkan
dalam bahasa Melayu juga. mendapat amaran dan ancaman daripada pihak
berkuasa. Masih terngiang-ngiang kata Pak Samad iaitu "Hendak mempertahankan
bahasa sendiri terpaksa berhadapan dengan semburan air yang cukup memedihkan
mata". Pertembungan sebeginilah yang membuktikan roh cinta akan bahasa masih
kuat dalam kalangan pencinta bahasa Melayu itu sendiri. terhadap penerbitan dalam
bahasa Melayu akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun akan datang. Sehingga
kini, jumlah buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu hanya sekitar 6000 judul
sahaja setahun. Jumlah ini masih dikira amat kurang jika dibandingkan dengan
populasi penduduk negara kita.
Mendepani Cabaran
Kemampuan dan keberkesanan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk
bidang ilmu sudah terbukti. Namun begitu, sepanjang sedekad bahasa itu
menjalankan fungsinya pelbagai cabaran sentiasa menantinya. Cabaran ini kadang-
kadang mampu memberi kesan kepada bahasa tersebut secara serta-merta ataupun
perlahan-lahan. Sekiranya ingin melihat bahasa Melayu masih relevan, semua pihak
perlu memainkan peranan masing-masing.
Pihak kerajaan semestinya memastikan kedudukan bahasa Melayu itu jelas-
sejelasnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang dasar yang ingin
diperkenalkan perlulah dikaji dengan lebih teliti sebelum diputuskan. Tidak dinafikan,
kedudukan bahasa Melayu hari ini sudah terjejas, namun masih belum terlambat
rasanya untuk pihak kerajaan mengukuhkannya kembali. Antara lain kerajaan
haruslah memberi peluang kepada bahasa Melayu menjalankan fungsinya sebagai
bahasa ilmu secara holistik. Tidak ada rugi sekiranya bahasa Melayu digunakan
secara sepenuhnya dalam bidang ilmu di negara kita. Sejarah lampau membuktikan
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dengan melahirkan pelbagai teknokrat
dalam pelbagai bidang.
Golongan sasaran lain ialah para intelek yang dilihat mampu mengangkat kembali
martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Para pensyarah dalam pelbagai
bidang perlulah mengambil peluang untuk menghasilkan karya mereka dalam
bahasa Melayu sebagai menyahut saranan ini. Penghasilan karya dalam bahasa
Melayu sudah pasti dapat menyemarakkan lagi industri penerbitan buku dalam
bahasa Melayu. Perkara ini penting kerana sejak kebelakangan ini, kebanyakan
karya yang dihasilkan oleh tenaga akademik adalah dalam bahasa Melayu. Keadaan
ini sungguh mendukacitakan kita semua. Tiada salahnya sesuatu karya tidak kira
apa sekali bidangnya dihasilkan dalam bahasa Melayu. Hal ini juga dapat
menyuburkan minat membaca terutama kepada bangsa Melayu khususnya yang
dilihat kurang membaca karya bersifat ilmu jika dibandingkan buku-buku hiburan
yang mungkin salah satu disebabkan kebanyakan karya mempunyai nilai ilmu yang
tinggi dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Kreativiti dan kebijaksanaan golongan
cendekiawan mengungkapkan ilmu dan dalam bahasa Melayu jugalah yang akan
menentukan kejayaan bangsa Malaysia pada masa akan datang. Golongan
intelektual yang mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak kreatif untuk berkomunikasi
dalam bahasa Melayu tidak boleh disandarkan harapan terhadap mereka untuk
membina tradisi intelektual dengan menghasilkan buku dalam bahasa Melayu.
Golongan ini sering mendakwa dan memberi alasan tentang ketidakupayaan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Yang anehnya, pada masa yang sama golongan ini
tidak pula produktif menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris.Mereka gagal
mengetegahkan fikiran dan sumbangan yang bererti terhadap masyarakat.
Setiap individu juga mesti sedar bahawa tiada negara yang maju
Sikap dan interpretasi terhadap bahasa Melayu perlu diubah. Ini bukan bermakna
bahasa Inggeris harus ditolak ke tepi. Sewajarnya bahasa kedua itu perlu juga giat
dipelajari, namun janganlah sehingga menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua pihak perlu berganding bahu bagi
memastikan terus bahasa Melayu menjadi wahana ilmu pengetahuan yang tinggi
dan berwibawa.
KESIMPULAN
Kemampuan bahasa Melayu jelas terbukti. Sesungguhnya bahasa Melayu telah
melalui pelbagai ujian yang memberi kekuatan kepada bahasa itu sendiri. Walaupun
cabaran itu belum berakhir, ketahanan bahasa Melayu sebagai wahana khususnya
dalam bidang ilmu tidaklah dapat dinafikan.Ratusan ribu graduan telah berjaya
dihasilkan melalui penggunaan bahasa tersebut sebagai pengantar ilmu. Graduan-
graduan ini membentuk golongan teknokrat dan profesional yang bertanggungjawab
memimpin negara serta memajukan negara. Sebagai bangsa Malaysia, semua pihak
perlu memainkan peranan dalam memastikan bahasa Melayu tidak lagi diselimuti
kegagalan dalam menjalankan tugasnya sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan.
Sebagai lambang lambang kebangsaan dan lambang identiti nasional, maka rakyat
pelbagai kaum perlu menyemai sikap bahasa yang positif dan menjunjung bahasa
itu sesuai dengan kedudukan dan statusnya. Bahasa Melayu sewajibnya menjadi
bahasa komunikasi yang lebih luas dan mutlak serta paling efektif bagi rakyat
Malaysia. Sehubungan itu, seluruh rakyat perlu kembali mengangkat martabat
bahasa Melayu setidak-tidaknya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan
kerana perkara ini telah dijelaskan dengan sah dalam Perlembagaan negara.
dengan hanya menggunakan satu bahasa seperti bahasa Inggeris. Rakyat yang
merdeka sebenarnya mereka yang dapat berfikir dan bertindak selaras dengan
budayanya sendiri tanpa dipengaruhi oleh budaya yang lain. Hari ini kita lihat
generasi muda kebanyakannya tidak mempunyai jati diri yang tinggi. Salah satu
sebab mungkin kerana budaya pemikiran hari ini sudah tidak selari dengan cara
berfikir dalam budaya kita. Budaya kita mempuyai nilai-nilai yang mulia dan baik
dapat diungkapkan melalui budi dan bahasanya. Seterusnya bahasa pula
mencerminkan bangsa. Sudah tiba masanya kita kembali berbangga dengan bahasa
Melayu. Bahasa ini mesti dinobat sebagai bahasa tinggi bukan sahaja dari sudut
keilmuan malahan kepada tamadun yang unggul.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2006). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi-3. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Hassan Ahmad. (1996). Taraf Bahasa Melayu selepas 40 Tahun. Dlm. Manifesto
Budaya Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Disusun oleh ASRAF. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1981). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara dan Bangsa. (2009). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Penerapan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Muhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1982). Pembinaan Bahasa Melayu
Perancangan Bahasa di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Hashim Wan Teh.(1996). Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian
Tinggi: Kemajuan dan Harapan.Dlm. Manifesto Budaya Pupus Bahasa Pupuslah
Bangsa. Disusun oleh ASRAF.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012_06_01_archive.html






BAHASA MELAYU DAN PEMERKASAANNYA-Armalik b Mohd Ali
[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]
Abstrak
Bahasa Melayu yang sekian lama telah memperoleh kedudukan dan peranan yang
mantap kini kian tercabar. Usaha-usaha yang dilakukan untuk memartabatkan dan
menjadikannya perkasa juga turut menghadapi kendala, dan mengalami situasi
pasang-surutnya. Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Tanah
Melayu yang kemudiannya, Malaysia tetapi hal ini belum menjamin peluasan
fungsinya dapat terus direalisasikan. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjelaskan
hakikat sebenar tentang keadaan dan kedudukan bahasa Melayu, menjelaskan
cabaran-cabaran kini yang dihadapi oleh bahasa Melayu dan membincangkan
cadangan-cadangan untuk perbincangan dan tindakan oleh semua rakyat Malaysia
yang cinta akan bahasa kebangsaannya. Di samping itu juga, kertas kerja ini akan
turut memperjelaskan keperluan kepada penegasan semula dasar bahasa.
PENGENALAN
Realiti sejarah membuktikan bahawa sesuatu bangsa maju apabila bangsa itu
menggunakan bahasa sendiri sebagai alat untuk mencapai kemajuan dan membina
tamadunnya. Sudah tentu bahasa Melayu juga mampu mencapai kemajuan. Yang
penting, bangsa Melayu perlu menunjukkan semangat Malaysia Boleh dalam
penggunaan bahasa Melayu. Semua pihak perlu mempunyai keyakinan tinggi
bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mampu digunakan dalam semua
bidang pada semua peringkat. Bahasa Melayu perlu diberikan peranan yang sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.
Dewasa ini banyak isu-isu berkaitan bahasa Melayu diperkatakan. Perkara ini ada
hubung kaitnya dengan perubahan dasar bahasa atau senario perubahan politik
yang berlaku. Misalnya, isu kewajaran rakyat mengambil peperiksaan MUET
(Malaysian University English Test) sebagai prasyarat untuk melanjutkan pelajaran
ke universiti. Selain itu, isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
yang suatu ketika dijalankan dalam bahasa Inggeris kini berubah kembali kepada
bahasa Melayu menjelang 2012. Apabila senario politik negara berubah, maka dasar
pengajaran Sains dan Matematik ini juga turut berubah. Dalam membincangkan
tajuk kertas kerja ini mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan frasa
pemerkasaan. Kamus Dewan (2005:1190) mendefinisikan pemerkasaan sebagai
perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan. Namun begitu, dalam
menghuraikan persoalan apakah yang dimaksudkan dengan Pemerkasaan Bahasa
Melayu, Ismail Dahaman (2007) dalam kertas kerjanya bertajuk Bahasa dan
Pemerkasaannya: Dasar Bahasa dan Strategi Pelaksanaannya mengutarakan
Pemerkasaan Bahasa Melayu seharusnya membawa maksud yang berikut:
Peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Dasar
Bahasa Negara dan Pelaksanaan Dasar Bahasa Tersebut. Peningkatan usaha
pembinaan aspek-aspek bahasa yang memperteguh sistem dalaman bahasa
Melayu yang memungkinkannya digunakan dan dikembangkan dalam pelbagai
bidang kehidupan moden kini dan alaf baru. Pengukuhan usaha pembangunan
infrastruktur bahasa Melayu dengan menekankan pelan induk pengembangan dan
pelaksanaan penggunaannya dalam pelbagai bidang kehidupan moden kini dan alaf
depan. Justeru, tajuk kertas kerja Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya ini dipilih
adalah untuk membincangkan persoalan tentang mengapa bahasa Melayu harus
diperkasa dan dijaga martabatnya, memperjelaskan tentang keadaan dan
kedudukan bahasa Melayu, membincangkan cabaran-cabaran kini yang dihadapi
oleh bahasa Melayu, meneliti cadangan bagaimana memperkasakan bahasa Melayu
dan akhirnya memperjelaskan keperluan kepada Penegasan Semula Dasar Bahasa.
Dalam hal ini, skop mauduk bicara kertas kerja ini akan menjurus menjawab kepada
persoalan mengapakah bahasa harus diperkasa berdasarkan hakikat sebenar
tentang keadaan dan kedudukan bahasa Melayu, cabaran-cabaran kini yang
dihadapi oleh bahasa Melayu, cadangan untuk perbincangan dan tindakan oleh
semua yang cinta akan bahasa kebangsaannya dan keperluan kepada penegasan
semula dasar bahasa dalam konteks negara bangsa.
KEADAAN DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
Pada zaman silam
Sewaktu pejuang-pejuang kemerdekaan kita memilih bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, tindakan tersebut dibuat atas dasar sejarah dan kewajaran.
Dari segi sejarah, bahasa Melayu telah terbukti berjaya sebagai lingua franca sejak
zaman-berzaman. Bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan dalam kalangan
penduduk wilayah ini, dan antara pedagang dari luar. Sewaktu orang Barat datang
ke wilayah ini, mula-mula untuk berniaga tetapi kemudiannya untuk tujuan-tujuan
lain, bahasa perhubungan dengan penduduk tempatan ialah bahasa Melayu.
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disertai kegemilangan bahasa Melayu yang
bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan, bahasa
undang-undang dan bahasa perhubungan antara rakyat jelata. Apabila agama Islam
dibawa ke wilayah ini, bahasa Melayu sekali lagi menjadi bahasa penting iaitu
sebagai bahasa yang menyalurkan ajaran agama baharu itu.Bukti dari segi bentuk
dan penggunaan bahasa Melayu terdapat dengan banyaknya. Batu-batu bersurat
yang ditemui di Pulau Jawa dan Sumatera menjadi bukti awal tentang kewujudan
dan beberapa cirinya, diikuti dengan batu bersurat yang dijumpai di Terengganu,
yang dengan jelas memperlihatkan bentuknya serta tulisannya, iaitu tulisan Jawi.
Surat-surat kepada dan daripada beberapa raja Melayu, misalnya surat Sultan
Ternate kepada Raja Portugal (abad ke-15) dan surat Sultan Aceh kepada King
James I dari England (abad ke-17) memberi bukti yang amat nyata tentang peranan
dan keupayaan bahasa Melayu. Demikian juga, kita melihat ratusan manuskrip yang
ditulis dalam bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang di samping kesusasteraan,
antaranya agama, undang-undang dan budaya. Sesungguhnya, pada zaman silam,
bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaan yang amat tinggi, digunakan
dalam pelbagai domain penggunaan. Hanya mereka yang jahil tentang sejarah silam
bahasa Melayu masih berasa sangsi tentang keupayaan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu pada zaman sekarang
Demikian juga kedudukan bahasa Melayu pada pertengahan abad ini (abad ke-21),
iaitu antara tahun 70-an hingga awal tahun 90-an. Akibat perjuangan yang gigih,
keyakinan yang amat tinggi tentang keupayaan bahasa Melayu, serta perancangan
yang rapi, bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa utama sebuah negara
berdaulat, dihormati dan disanjung tinggi. Melalui Dasar Pendidikan Negara, bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar dan saluran bagi mengungkapkan ilmu
pengetahuan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Melalui dasar bahasa yang
mendasari falsafah pembinaan negara, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi serta bahasa perpaduan, digunakan dalam hampir semua situasi
rasmi. Surat-menyurat kepada agensi kerajaan hanya dilayan jika ditulis dalam
bahasa Melayu. Ucapan dan syarahan formal dikendalikan dalam bahasa Melayu,
tidak kira latar belakang etnik pengguna bahasa itu. Lulusan sekolah dan universiti
tempatan pandai berbicara dalam bahasa Melayu, bahkan terdapat pelajar-pelajar
bukan Melayu yang penguasaan bahasa Melayu mereka lebih baik daripada penutur
asli. Pada suatu ketika, jika kita tidak dapat meneka keturunannya, kerana bahasa
Melayu yang digunakan itu tidak berbeza daripada bentuk yang digunakan oleh
penutur asli. Namun, kini awan mendung telah menyelimuti kesentosaan suasana
bahasa Melayu. Atas alasan kita hendak maju, hendak menjadi sebuah negara
industri yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi, kerana kita ingin menjadi
pusat kecemerlangan pada tahap antarabangsa, maka pucuk pimpinan kita telah
menukar corak dan hala tuju pelayaran bahtera negara peraturan-peraturan baharu
dan pindaan akta-akta yang berkenaan, sehingga kita mundur ke belakang, kepada
keadaan seperti mula-mula memperoleh kemerdekaan dahulu, iaitu dalam tahun-
tahun 50-an. Bahasa Melayu menjadi terpinggir, disingkir oleh orang Melayu sendiri,
melalui bahasa Inggeris.Pengajaran ilmu pengetahuan kini mula dikendalikan balik
dalam bahasa Inggeris.Surat-menyurat kepada kerajaan boleh ditulis dalam apa jua
bahasa tanpa menunjukkan tanda hormat kepada bahasa kebangsaan negara.
Rakyat jelata mengambil contoh daripada para pemimpin dari segi amalan
berbahasa; mereka turut menghasilkan bahasa rojak yang memalukan bukan sahaja
pencinta bahasa Melayu tetapi juga pencinta bahasa Inggeris kerana taraf
pencapaian yang amat rendah. Sekolah yang mula menjadikan bahasa Inggeris
bahasa pengantar makin bertambah, dan lulusan aliran bahasa Melayu menjadi
anak tiri di negara mereka sendiri.
CABARAN-CABARAN KINI YANG DIHADAPI OLEH BAHASA MELAYU
Dengan ringkasnya, menurut Nik Safiah Karim (2007), cabaran dihadapi oleh
bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada DUA, iaitu:
a. Dari segi bahasa Melayu itu sendiri, dan
b. Dari segi luaran, khususnya sikap pihak-pihak tertentu terhadap bahasa Inggeris
vis--vis bahasa Melayu.
Dari sudut (a), antara aspek-aspek yang perlu disedari ialah:
i. Perlunya diusahakan supaya bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang dihormati
oleh warganegara Malaysia dan digunakan pada situasi-situasi yang relevan.
ii. Menentukan bentuk bahasa Melayu segar dan bertenaga untuk memikul tugas
dan cabaran abad ke-21.
Dari sudut (b) pula, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pihak yang memperjuangkan bahasa Inggeris perlu disedarkan bahawa
keghairahan mereka akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
ii. Tidak ada warganegara yang menolak kepentingan bahasa Inggeris kerana
bahasa tersebut penting sebagai bahasa perhubungan di dunia antarabangsa dan
bahasa untuk menimba ilmu pengetahuan. Yang perlu disedari ialah bahawa kaitan
emosi berbeza. Hubungan dengan bahasa Inggeris hendaklah dilihat sebagai
hubungan yang berasaskan unsur utiliti, kerana statusnya sebagai bahasa Melayu
adalah sebagai bahasa kebangsaan yang berkait rapat dengan jati diri dan maruah
bangsa. Di sinilah unsur emosi memainkan peranan penting.
CADANGAN MEMPERKASA BAHASA MELAYU
Menurut Nik Safiah Karim (2007), dalam memperkasa bahasa Melayu hendaklah
dilihat dari TIGA perspektif, iaitu dari perspektif penggunaan bahasa, dari perspektif
bahasa Melayu itu sendiri dan dari sudut globalisasi
Dari perspektif penggunaan bahasa
Sesuatu bahasa itu akan dihormati oleh semua pihak jika penutur aslinya
menghormati bahasa mereka sendiri. Selagi kita tidak menunjukkan tanda-tanda
yang jelas bahawa kita mempunyai rasa kasih sayang serta menyanjung bahasa kita
sendiri, maka demikianlah juga sikap orang lain terhadap bahasa kita. Oleh itu, yang
paling pokok dalam soal memperjuangkan bahasa kita ialah sikap positif kita
terhadap bahasa Melayu, yang antara lain dimanifestasikan melalui:
a) Menggunakannya dengan baik, betul dan indah.
b) Menggunakannya pada setiap waktu yang relevan, seperti dalam situasi rasmi,
dan tidak menggantikannya dengan bahasa lain apabila ada sahaja orang lain yang
dikhuatiri tidak akan memahami bahasa kita (walau seorang sahaja dalam khalayak
ratusan orang yang memahaminya).
c) Mengadakan usaha-usaha konkrit bagi menentukan semua orang (Melayu dan
bukan Melayu) menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul melalui
langkah-langkah seperti kursus, bengkel, dan seminar.
d) Membetulkan segala kesalahan bahasa yang digunakan, terutama pada situasi
rasmi dan dilihat oleh khalayak ramai, misalnya papan tanda dan arahan serta surat-
menyurat.Sikap tidak sanggup menerima bentuk bahasa Melayu yang tidak baik dan
betul harus dipegang. Kita mesti mengikis sikap tolak ansur yang merugikan, iaitu
menerima sahaja apa bentuk sedemikian memberi gambaran bahawa kita tidak
begitu memberatkan soal bahasa kita.
e) Memupuk suasana menghayati pengungkapan yang indah dalam bahasa Melayu,
iaitu menyemai suasana menghayati pengucapan bahasa Melayu dalam karya
kreatif. Sudah tiba masanya kita memberi perhatian serius kepada penghasilan yang
bermutu dalam bidang seni selain bersajak, misalnya drama, filem, dan karya- karya
kreatif lain yang pada masa ini kurang mendapat perhatian. Naungan daripada
orang Melayu perlu bagi bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa pengucapan
pada tahap yang lebih tinggi.
Dari perspektif bahasa Melayu itu sendiri
Proses pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu perlu diteruskan dan
ditingkatkan supaya penentangnya tidak dapat menggunakan alasan bahawa
bahasa Melayu tidak sesuai sebagai bahasa sains dan teknologi dan bahasa abad
ke-21.Kerap kali kita mendengar alasan tidak cukup istilah dikemukakan apabila
mereka mencadangkan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar bidang sains dan teknologi. Kekurangan buku dalam
bahasa Melayu juga selalu dikemukakan untuk mengatakan bahasa Melayu tidak
mampu menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, antara
langkah-langkah yang perlu diberi perhatian ialah:
a) Kegiatan-kegiatan pengembangan dan pembinaan bahasa hendaklah diteruskan,
bukan sahaja oleh badan perancangan bahasa kita (Dewan Bahasa dan Pustaka)
tetapi juga oleh pihak-pihak lain seperti universiti dan institusi pendidikan. Satu
bidang yang harus diberi perhatian khusus ialah peristilahan, terutama dalam
bidang-bidang baharu.
b) Usaha penterjemahan hendaklah ditingkatkan. Peranan Institut Terjemahan
Negara perlu disemak untuk menentukan bahawa salah satu daripada kegiatannya
meliputi terjemahan bahan-bahan yang perlu dalam kegiatannya meliputi terjemahan
bahan-bahan yang perlu dalam proses pembinaan bahasa Melayu.
c) Kegiatan penghasilan buku-buku pengajian tinggi hendaklah diusahakan oleh
universiti-universiti tempatan dan badan-badan lain seperti Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hanya dengan membuktikan keupayaan bahasa Melayu mengungkapkan
pelbagai ilmu pengetahuan sahaja dapat kita yakinkan penentang bahasa Melayu
akan kebolehannya. Dalam konteks ini peranan kerajaan juga perlu, iaitu dari segi
penyediaan subsidi dan galakan-galakan lain.
d) Elakkan kegiatan membesar-besarkan perbezaan kecil tentang bahasa Melayu
kerana ini memberi gambaran bahawa bahasa kita masih belum mantap. Sebagai
contoh ialah usaha menukarkan balai berlepas kepada balai pelepasan dan
perbincangan yang berpanjangan dalam media massa. Ini memberi peluang kepada
penentang bahasa Melayu mengatakan bahawa kita belum layak menjadi bahasa
ilmu kerana persoalan-persoalan kecil seperti ini pun masih belum dapat
diselesaikan.
e) Usaha juga hendaklah dibuat supaya ditingkatkan aspek-aspek estetik bahasa
Melayu, baik dari segi sebutan, ejaan, bentuk ayat mahupun cara
pengungkapannya. Hanya dengan memperlihatkan taraf estetika bahasa Melayu
yang tinggi dapat kita tunjukkan keupayaan bahasa kita dan potensi yang ada
padanya.
Dari sudut globalisasi
Dalam konteks dunia yang semakin kecil dan semangat globalisasi yang makin
merancak, bahasa Melayu juga harus memperlihatkan aspek-aspek globalisasinya.
Oleh itu, kita sebagai pejuang dan pemupuk taraf dan kedudukan bahasa Melayu
hendaklah berfikir dan menyusun strategi ke arah ini. Antaranya:
a) Berfikir dalam konteks menyediakan bahasa Melayu menjadi bahasa ASEAN.
Perkara ini tidak mustahil, tetapi memerlukan langkah diplomasi di samping
persiapan-persiapan infrastruktur untuk merealisasikan impian ini. MABBIM (Majlis
Bahasa Brunei Darussalam,Indonesia dan Malaysia) telah mula memikirkan hal ini.
Mungkin pihak-pihak lain boleh bergabung tenaga untuk menyusun strategi bersama
ke arah matlamat ini.
b) Soal pengantarabangsaan bahasa Melayu juga perlu diberi perhatian. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah memulakan beberapa langkah konkrit. Walaupun
keadaan kegawatan ekonomi tidak mengizinkan perancangan yang besar, tahap
perbincangan dan penyusunan strategi boleh dimulakan. Dalam kertas kerja yang
dibentangkan di Persidangan Melayu Sedunia ke-V, Prof. Emeritus Dato Dr. Nik
Safiah Karim melihat aspek mengantarabangsakan bahasa Melayu daripada dua
sudut iaitu :
i. Membawa bahasa Melayu ke dunia antarabangsa, seperti yang dilakukan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dan pihak-pihak lain, dan
ii. Menjadikan bahasa Melayu bahasa yang wajib bagi pelajar-pelajar asing yang
datang ke negara ini untuk belajar (tidak kira dalam institusi awam atau swasta).
Dengan demikian, semua warganegara asing terdedah kepada bahasa Melayu.
c) Dunia kini ialah dunia Teknologi Maklumat (TM) Malaysia juga turut dalam arus
ini. Sehingga kini, seolah-olah bahasa Inggeris sahaja menjadi bahasa Teknologi
Maklumat. Oleh itu, amat penting kita menunjukkan bahawa bahasa Melayu juga
Mampu menjadi bahasa saluran TM. Agar ini dapat dicapai, maka pelbagai usaha
perlu diadakan untuk menentukan bahasa Melayu tidak tertinggal dalam arus
perkembangan ini.
KEPERLUAN KEPADA PENEGASAN SEMULA DASAR SEMULA DASAR BAHASA
Penegasan Semula dasar Bahasa
Konsep: Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju
supaya Dewan Bahasa Pustaka menyebarkan maklumat tentang perlunya
Penegasan Semula Dasar Bahasa kepada semua jabatan sektor awam, sektor
swasta dan masyarakat umum.
Matlamat: Matlamat penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa adalah untuk
memperjelas dan memperkukuh kedudukan dan pembangunan fungsi bahasa
Melayu supaya dapat menjadi asas bagi pembinaan tamadun negara bangsa
Malaysia dalam abad ke-21.
Tujuan: Tujuan penyebaran maklumat tentang perkara ini kepada sektor awam,
sektor swasta dan masyarakat umum adalah untuk mencapai maksud-maksud yang
berikut:
i. Membina sikap dan iltizam baru di kalangan semua pihak supaya dapat
menghayati dan melaksanakan kehendak dasar bahasa negara seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
(Disemak 1971) supaya kedudukan dan peranan bahasa Melayu diutamakan dan
disesuaikan dengan keperluan alaf depan dan matlamat Wawasan 2020.
ii. Meminta pihak-pihak berkuasa kerajaan menyusun rancangan strategik untuk
meningkatkan pelupusan dan kualiti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi di jabatan masing-masing; dan
iii. Memastikan pihak-pihak berkuasa kerajaan mengadakan rancangan strategik
bersepadu yang membolehkan mereka mengembangkan penggunaan bahasa
kebangsaan di sektor swasta yang terletak di bawah pengawasan dan bidang kuasa
masing-masing.
Tumpuan Penegasan Semula: Perkara-perkara utama yang perlu diberikan
perhatian dalam penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa :
1. Keperluan bagi penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa negara.
2. Dasar bahasa negara dan fungsi bahasa negara.
3. Senario pencapaian pelaksanaan dasar bahasa negara.
4. Permasalahan utama pelaksanaan yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.
5. Peranan agensi perancangan bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Peranan agensi pengembangan bahasa: pihak-pihak berkuasa kerajaan
7. Perancangan strategik bagi penyelesaian masalah untuk pembangunan bahasa
Melayu menuju tahun 2020.
Dasar Bahasa dan Fungsi Bahasa MelayuDasar Bahasa Negara
Fungsi bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain disebut dalam Perlembagaan
Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67(Disemak1971). Daripada kedua-
dua undang-undang induk tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan
fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain, serta di dalam
peraturan-peraturan jabatan. Dengan demikian, dapatlah dikatakan negara kita
mempunyai Dasar Bahasa Negara. Secara ringkas, undang-undang Malaysia
menetapkan perkara-perkara yang berikut:
1. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud
Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
3. Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan,belajar atau mengajar bahasa-
bahasa lain.
Fungsi Bahasa Melayu untuk keperluan dalam negara. Fungsi yang ditafsirkan
daripada kehendak undang-undang adalah seperti yang berikut:
1. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.
3. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar pendidikan.
4. Bahasa Melayu menjadi bahasa kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, agama,
dan falsafah.
5. Bahasa Melayu menjadi bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan industri.
6. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi.
Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi: Bahasa rasmi ialah bahasa
komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan,
iaitu bagi maksud fungsi komunikatif perkhidmatan yang berikut:
1. Komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam.
2. Komunikasi antara jabatan sektor awam dengan pihak sektor swasta (dan
korporat), dan sebaliknya.
3. Komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang ramai (orang awam) dan
sebaliknya.
Fungsi Utama dan Fungsi Komunikatif Bahasa Kebangsaan: Sebagai bahasa
Kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai fungsi utama, antara lain, yang
berikut:
1. Menjadi lambang identiti atau citra negara Malaysia yang dibuktikan dengan
penggunaan nama-nama khas dan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat
awam dan melalui media massa serta penggunaannya yang berstatus negara.
2. Menjadi wahana pemersatuan warganegara dan penduduk Malaysia dengan
konsep satu bahasa kebangsaan bagi seluruh bangsa Malaysia.
Menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat
penutur bahasa dan kegunaan umum di Malaysia yang berikut :
1. Komunikasi antara dua individu atau lebih yang berlainan etnik, bahasa dan
budaya yang menjadi warganegara Malaysia.
2. Komunikasi antara pihak kerajaan (sektor awam) dengan orang ramai, dan
sebaliknya.
3. Komunikasi antara pihak kerajaan (sektor awam) dengan pihak sektor swastakan
korporat, dan sebaliknya.
4. Komunikasi antara pihak sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam
negeri, dan sebaliknya.
5. Komunikasi dalam bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan
seumpamanya, yang dipamerkan di tempat awam atau di khalayak ramai atau
disiarkan melalui media massa.
6. Siaran melalui media massa.
Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar bagi Sistem Pendidikan
Kebangsaan:
Fungsi bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan diringkaskan daripada
Akta Pendidikan 1996 seperti berikut :
1. Bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran (bukan bahasa) di peringkat
Pendidikan prasekolah, rendah dan menengah kerajaan.
2. Bahasa pengantar bagi semua subjek yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi
awam Malaysia.
3. Mata pelajaran wajib yang dijalankan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina
dan Tamil.
4. Subjek wajib yang diajarkan di semua jenis dan peringkat institusi pendidikan
swasta.
5
. Bahasa Ilmu Sains dan Teknologi: Bahasa dikatakan dapat berfungsi sebagai
Bahasa untuk mempelajari, mencipta dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi
bagi keperluan pembangunan Malaysia menjadi negara maju.
6. Fungsi-fungsi Bahasa yang lain: Bahasa Melayu sudah dan akan terus berfungsi
dan berkembang dalam bidang-bidang kesusasteraan, kesenian, kebudayaan,
agama, falsafah, perundangan dan kehakiman, perdagangan dan perniagaan, dan
lain-lain di Malaysia.
Senario Pencapaian Pelaksanaan Dasar Negara
Pencapaian Umum: Pada umumnya, bahasa Melayu telah berkembang pesat, dan
Meningkat kualitinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
pengantar bagi sistem pendidikan, serta beberapa fungsi khusus yang lain,
semenjak kemerdekaan negara ini pada tahun 1957. Sungguhpun begitu, Menurut
Ismail Dahaman (2007) kajian yang dibuat menunjukkan bahasa kebangsaan belum
dapat digunakan dengan atau tidak memainkan peranan yang utama sebagai
bahasa komunikasi bagi urusan komersial dan perdagangan dalam negeri, industri,
sains dan teknologi, dan urusan-urusan dalam negeri yang lain. Tempat bahasa
Melayu ini diambil oleh bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Malah
kualiti, bahasa Melayu didapati merosot, terutama sekali apabila bahasa Melayu
digunakan secara bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Pencapaian menurut
Bidang Penggunaan: Secara ringkas, dapat disebutkan pencapaian pelaksanaan
dasar bahasa negara menurut fungsi bahasa Melayu seperti bidang yang berikut:
1. Belum tercapai sepenuhnya fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
2. Belum tercapai sepenuhnya fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
yang berkualiti tinggi dan bercitra Malaysia.
3. Belum tercapai sepenuhnya fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan kerana ada masalah di sektor institusi pendidikan swasta.
4. Belum luas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi perniagaan,
perdagangan dan perkhidmatan kewangan.
5. Sangat rendah prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan
dan pembangunan sains dan teknologi.
6. Rendah penggunaan bahasa Melayu dalam amalan industri (tinggi dan IKS) dan
Bidang profesional (perubatan, kejuruteraan, kepeguaman, kewangan, dan
seumpamanya)
Permasalahan Utama Pelaksanaan Dasar Bahasa yang Memerlukan Penyelesaian
Menyeluruh Menurut Ismail Dahaman (2007) perkara-perkara tersebut di bawah ini
perlu mendapat perhatian pihak-pihak berwajib untuk diselesaikan andai ingin
melihat bahasa Melayu diperkasa. Antaranya:
1. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Rasmi.
2. Punca masalah dasar bahasa rasmi.
3. Masalah Pelaksanaan dasar bahasa rasmi.
4. Punca masalah yang melibatkan kelemahan warga perkhidmatan awam sendiri.
5. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan.
6. Punca masalah dasar bahasa kebangsaan.
7. Masalah pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam sektor e konomi dan
perdagangan.
8. Punca masalah dalam kalangan warga sektor swasta, korporat dan orang ramai.
9. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Pendidikan.
10. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Sains dan
Teknologi
11. Masalah Agensi Rasmi Perancangan Bahasa dan Bidang Kuasanya: DBP
12. Masalah Undang-undang, iaitu Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Masalah pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
14. Masalah Pelaksanaan di Peringkat Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan.
15. Masalah undang-undang dan peraturan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa
kerajaan.
16. Masalah infrastruktur dan kepakaran.
17. Masalah perancangan strategik yang bersepadu.
18. Masalah kawalan pelaksanaan.
19. Masalah Pembinaan Bahasa: Pedoman Bahasa Melayu Standard Mutakhir.
20. Masalah sistem ejaan dan sebutan.
21. Masalah kosa kata umum dan istilah.
22. Masalah tatabahasa bahasa Melayu.
23. Masalah laras dan gaya bahasa.
Peranan Agensi Perancangan Bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka: Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan
Peluasan) 1995 memberikan kuasa kepada DBP untuk membina dan memperkaya
bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi dan untuk
menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Untuk menggalakkan
termasuklah memberikan arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau
pengawasan.
Tugas dan Tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka:
DBP bertanggungjawab merealisasikan matlamat pengembangan bahasa Melayu
dalam sektor awam dan dalam sektor swasta serta dalam kalangan orang awam di
Malaysia. Untuk maksud ini, istilah pengembangan bermaksud peluasan,
peningkatan, pemantapan dan penyebaran maklumat bahasa kebangsaan kepada
pengguna.
Strategi dan pendekatan Dewan Bahasa dan Pustaka
1. Pendekatan penyelesaian masalah berdasarkan sektor pengguna bahasa secara
membina (constructive)
2. Pendekatan pengembangan yang bermaksud peluasan secara berwawasan
(futuristic)
3. Pendekatan bekerjasama (collaborative) dan bestari dengan pihak berkuasa
Kerajaan yang berkenaan.
4. Pendekatan perancangan strategik yang bersepadu bagi pengembangan bahasa
Melayu DBP. Peranan Agensi Pengembangan Bahasa: Pihak-pihak Berkuasa
Kerajaan Melaksanakan apa-apa peruntukan undang-undang atau peraturan yang
berkaitan dengan pelaksanaan dan penggunaan bahasa yang terletak di bawah
bidang kuasa masing-masing, jika ada. Menyediakan dan melaksanakan peraturan
atau garis panduan (prosedur) pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dalam jabatan dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dalam
negeri sekiranya tidak ada peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang.
Menyediakan perancangan strategik pengembangan bahasa kebangsaan di sektor
swasta yang terletak di bawah bidang kuasa dan pengawasan masing-masing.
Memastikan supaya pihak swasta dan NGO yang berkenaan menerima dan
mematuhi syarat-syarat penggunaan bahasa kebangsaan menurut rancangan yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Pembangunan Bahasa Melayu untuk Alaf Depan
Wawasan dan matlamat Bahasa Melayu Alaf Depan: Untuk memperkasakan bahasa
Melayu, wawasan bahasa Melayu yang dirumuskan oleh DBP dalam rangka
pengisian Wawasan 2020 adalah seperti berikut:
1. Bahasa Melayu menjadi asas bagi pembentukan tamadun negara bangsa
Malaysia moden dan digunakan dengan meluas dalam setiap bidang kehidupan di
Malaysia, serta menjadi salah satu bahasa antarabangsa, pada tahun 2020.
2. Matlamat Strategik dan Fungsi Utama Bahasa Melayu bagi Maksud di dalam
Negeri.
3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang perlu dimantap dan dipertingkatkan
kualitinya dan peluasannya supaya dapat digunakan sepenuhnya sebelum tahun
2000.
4. Bahasa Melayu dimantapkan sebagai bahasa pendidikan pada semua jenis dan
peringkat pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, formal dan tidak
formal sebelum tahun 2000.
5. Bahasa Melayu diperkukuh sebagai bahasa perpaduan rakyat dan sebagai
bahasa komunikasi rakyat umum sebelum tahun 2000.
6. Bahasa Melayu diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa ekonomi,
perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan dalam negeri sebelum tahun
2000.
7. Bahasa Melayu diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa kebangsaan di
sektor swasta dan korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum tahun
2000.
8. Bahasa Melayu diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa ilmu tinggi, sains dan
teknologi, komunikasi canggih, bahasa media elektronik, serta penggunaannya dalam
pelbagai bidang industri dan teknologi maklumat sebelum tahun 2005.
9. Bahasa Melayu terus diperkembang sebagai bahasa kebudayaan, kesenian,
kesusasteraan,agama dan falsafah.
10. Matlamat Strategik dan Fungsi Utama Bahasa Melayu bagi Maksud Luar Negara.
11. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa komunikasi rasmi antara negara-negara
ASEAN sebelum tahun 2005.
12. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa perdagangan antara negara negara
ASEAN sebelum tahun 2005.
13. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa perdagangan antara negara-negara Asia
Timur sebelum tahun 2010.
14. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa- Bangsa
Bersatu sebelum tahun 2015.
15. Bahasa Melayu terus diperkembang sebagai bahasa pengajian Melayu di institusi-
institusi pendidikan tinggi luar negara. Perancangan Strategik dan Penyelesaian
Masalah untuk Pembangunan Bahasa Melayu Menuju Tahun 2020
Fokus cadangan Perancangan Strategik:
Pemerkasaan Bahasa Melayu memerlukan tumpuan kepada enam fungsi utama
pembangunan bahasa Melayu yang menjadi asas bagi pencapaian objektif
Pembangunan negara bangsa Malaysia; iaitu asas bagi pembinaan tamadun; bahasa
rasmi; bahasa kebangsaan; bahasa pendidikan; bahasa sains dan teknologi dan
industri; dan bahasa perdagangan dan perkhidmatan kewangan.
1. Alternatif Cadangan Penegasan Semula Pelaksanaan Dasar Bahasa.
2. Menegaskan Dasar Bahasa negara, iaitu pengungkapan semula dasar bahasa dan
dasar pelaksanaan bahasa.
3. Mewujudkan Dasar pelaksanaan (dan penguatkuasaan) Bahasa, iaitu konsep dan
proses yang melibatkan pindaan, pemantapan dan penyelarasan pelbagai undang-
undang dan peraturan tentang penggunaan bahasa kebangsaan.
4. Mewujudkan Peraturan dan Kaedah pelaksanaan (dan Penguatkuasaan) Dasar
Bahasa, iaitu peraturan dan kaedah tentang penggunaan atau penguatkuasaan bahasa
yang terletak di bawah bidang kuasa semua pihak berkuasa awam tanpa membuat
pindaan kepada undang-undang tentang bahasa yang sedang berkuat kuasa.

PENUTUP
Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang gemilang. Berkali-kali bahasa Melayu
telah membuktikan keupayaannya sebagai bahasa yang mampu menampung segala
keperluan masyarakat penuturnya. Kini, dalam zaman cabarannya yang terbesar, iaitu
cabaran yang dibawa oleh penutur aslinya sendiri, sekali lagi bahasa Melayu perlu diberi
unsur pemerkasaannya. Dengan program pemerkasaan bahasa Melayu yang terancang
dan direalisasikan dengan penuh kesedaran penghayatan dan bersepadu oleh semua
pihak di sektor awam, swasta dan masyarakat umum, maka tidak syak lagi bahasa
Melayu akan menjadi asas bagi pembentukan tamadun negara bangsa Malaysia moden
dan digunakan dengan meluas dalam setiap bidang kehidupan di Malaysia, serta
menjadi satu bahasa antarabangsa, pada tahun 2020. Surah Ibrahim ayat 4
menjelaskan, maksudnya, Kami tidak mengutus seseorang rasul, melainkan dengan
bahasa kaumnya, supaya ia dapat member penjelasan dengan terang kepada
mereka.Berdasarkan terjemahan dalam surah Ibrahim di atas jelas kepada kita bahawa
sesuatu bangsa atau kaum itu akan berjaya dan bertamadun apabila ianya
menggunakan bahasanya sendiri. Marilah kita sebagai pencinta bangsa dan bahasa
meneliti ungkapan pahlawan Melayu terbilang iaitu Hang Tuah yang mengajak
bangsanya menjaga maruah dan bangsa melalui ungkapan keramatnya Takkan Melayu
Hilang di Dunia. Bersama-samalah kita mengotakan kata-katanya.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan.(2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952- 2002).
Persatuan Penterjemah Malaysia, Kuala Lumpur.
Abdul Ghani Othman.(2003). Jati Diri dan Kemandirian Bangsa. Dewan Bahasa.
3(3):24-25
Awang Sariyan.(2002). Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di
Malaysia.Dewan Bahasa. 2(10):26-23)
Akta Bahasa Kebangsaan1963/67(Disemak1971).
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan). (1995).
Akta Pendidikan 1996
Bengkel Khas Penegasan Semula Dasar Bahasa, (Dokumen terhad), D.B.P, 11 Mac
1997.
Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta 1996-2000, (Dokumen terhad), Mesyuarat
JKKPPBKSS 1/1998 pada 19 Februari 1998, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Haron.(2001). Analisis Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi di
Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, anjuran D.B.P, pada 2-4
Mei 2001.
Ismail bin Dahaman, (1996). Laporan Status Senario Pembinaan dan Pengembangan
Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail bin Dahaman,
(2007). Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya: Dasar Bahasa dan Strategi
Pelaksanaannya. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
V, Dewan Tun Syed Nasir, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 2-
3 Mei 1998.
Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005)
Kalthum Ibrahim.(2001). Analisis Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian
Tinggi di Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka, pada 2-4 Mei 2001.
Laporan Penilaian Keberkesanan Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta Tahun
1996-1998 bagi Tempoh Enam Bulan (19 Ogos 1996 18 Februari 1997), (Dokumen
terhad), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1 Mac 1997.
Muhd. Amin Arshad. (2004). Pemerkasaan Bahasa Melayu: Senario Pasang Surutnya.
Buku Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Bil. 9 Julai 2004. Universiti Putra
Malaysia.
Nik Safiah Karim, (2002). Bahasa Melayu Selepas SPM. Pelita Bahasa. 14(4):8-9
Nik Safiah Karim, (2002). MUET-Implikasi terhadap Bahasa Melayu. Pelita Bahasa.
14(3):8-9
Nik Safiah Karim, (2007). Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya. Kertas Kerja
dibentangkan di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V, Dewan Tun Syed Nasir,
anjuran Dewan Bahawa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 2-3 Mei 1998.
Malaysia. Kementerian Pendidikan.(1982). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sasaran Kerja Utama Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996-2000 (Dokumen terhad)
Al-Quran dan Terjemahannya: Surah Ibrahim: ayat 4: Pustaka Antara:1979.

http://cikgu-rozali.blogspot.com/.../bahasa-melayu-dan-pem.




















Masalah dan Cabaran Bahasa Melayu


Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah pelajar yang berbangsa
Melayu beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari lagi kerana mereka menuturkan
bahasa Melayu setiap hari. Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan bahasa kerana
menganggap perkara itu betul dan tidak salah. Tambahan pula, mereka menjadikan
media massa sebagai rujukan. Walaupun media massa pada hari ini menunjukkan kesungguhan
untuk membetulkan kesalahan bahasa tetapi masih terdapat kesalahan yang biasa dilakukan. Oleh
itu, kita haruslah membetulkan kesalahan yang biasa dilakukan dan membiasakan perkara yang
betul.

Bahasa yang terdapat pada papan iklan atau papan tanda jalan juga banyak yang salah. Kita
sering melihat kata-kata seperti Selekoh Merbahaya, Kedai Jahit Wanita, Minah Restoran, Pusat
Membeli-belah, dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang berkuasa dalam menguatkuasakan bahasa ini
iaitu DBP sepatutnya menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka untuk memantau
kesalahan bahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini tidak dilakukan
sudah tentu banyak pihak yang menganggap kesalahan tersebut bukan satu kesalahan.

Selain itu, pengaruh bahasa sms juga menyebabkan masalah ini semakin buruk. Parapelajar
sepatutnya tidak terpengaruh oleh bahasa sms semasa menulis karangan. Mereka seharusnya
membezakan bahasa sms dengan bahasa penulisan karangan. Bahasa smsmemang sesuai
digunakan semasa hendak menghantar pesanan ringkas tetapi tidak sesuai digunakan dalam
karangan atau dalam majlis formal. Antara bahasa sms yang popular digunakan sekarang
seperti, sape, takyah, takde. xde, ko, keje, ak, gi, camne, katne, danwatpe.

Pengaruh bahasa Inggeris pula memang tidak dapat dielakkan tetapi hendaklah digunakan dalam
bentuk dan peraturan yang betul. Kita tidak boleh menggunakan sekerat bahasa Melayu dan sekerat
lagi dalam bahasa Inggeris. Perkara inilah yang dikatakan bahasa rojak atau sekerat ular, sekerat
belut, dan bercampur aduk. Para pengguna bahasa perlu menggunakan bahasa yang betul dan tidak
menggunakan bahasa rojak dalam majlis rasmi atau dalam tulisan.

Bagi pelajar-pelajar pula, mereka kurang berminat untuk mempelajari peraturan atau rumus
tatabahasa. Oleh itu, mereka tidak mengetahui alasan atau sebab kesalahan yang telah dilakukan.
Mereka menganggap perkataan atau ayat yang biasa digunakan oleh mereka atau media massa itu
betul dan tidak mengetahui sebab kesalahan terebut. Sebagai contohnya, mereka menggunakan
perkataan yang tidak baku dalam jawapan,
sepertianalisa, minima, optima, tengahari, pasaraya, alatulis, aturcara, barisan guru-guru, dan
sebagainya. Sepatutnya, mereka perlu mengetahui alasan atau sebab sesuatu kesalahan bahasa itu
untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka.

Kesalahan lain yang kerap kali dilakukan adalah dari segi sebutan baku iaitu sepatutnya sebutan
mengikut ejaan. Aspek sebutan ini kebiasaannya kurang dititikberatkan oleh pengguna bahasa
terutamanya pelajar. Perkataan yang selalu disebut dengan pelbagai sebutan
seperti nasionalisme, peka, psikologi, automatik, dan sebagainya. Oleh itu, bagi para pengguna
bahasa terutamanya pelajar, perlu menyebut sesuatu perkataan itu mengikut ejaannya agar sistem
bahasa kita ini dapat ditingkatkan. Walaupun, bunyinya agak janggal tetapi kita perlu
membiasakannya agar menjadi satu kebiasaan. Kita sepatutnya membiasakan sebutan yang betul
dan membetulkan sebutan yang biasa digunakan tetapi sebenarnya tidak betul.

Posted by Cikgu Mohd Khir Kassim at 6:19 AM
Labels: umum
http://khirkassim.blogspot.com/2012/01/masalah-dan-cabaran-terhadap-bahasa.html

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pendidikan
Hari ini saya mengajak pembaca meneliti cabaran bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan di negara kita. Hal ini menarik
perhatian saya kerana saya mendapati pelbagai pihak yang cuba menpertikaikan
kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Masa depan Bahasa Melayu amat cerah pada masa kini. Bahasa Melayu juga
mempunyai kedudukan yang terjamin, dari segi penggunaan yang meluas oleh
rakyat Malaysia dan perakuan oleh Malaysia. Malahan negara telah berjaya
menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa
Melayu hasil daripada pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Penuntut di
peringkat pengajian tinggi juga telah menerima pendidikan mereka dengan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Kejayaan bahasa Melayu tersebut sudah
semestinya melalui cabaran yang getir sebelum mencapai kegemilangan tersebut.
Pelbagai usaha dan cara mengatasi yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bentuk bahasa Melayu telah disempurnakan
sehingga berupaya memperkatakan tentang pelbagai bidang yang wujud dalam
kehidupan rakyat malaysia. Keupayaan bahasa Melayu ini telah membawa bahasa
ini dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain
di dunia ini.
Walaubagaimanapun bahasa Melayu perlu meningkatkan lagi status
penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahannya. Hal ini
kerana bahasa Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat
menggugat kedudukannya sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan
pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa
pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi harus
dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai perancangan untuk mencapai
kejayaan yang telah diharapkan serta menghadapi pelbagai cabaran yang datang.
Sekiranya tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut agak sukar dicapai.
Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama penting dengan
kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran.
Menurut Awang Sariyan (1996:88) penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pendidikan adalah bertujuan untuk memenuhi konsep dan peranan
bahasa rasmi juga. Hal ini kerana, intisari Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di
Malaysia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu dengan
mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Terdapat pihak berpendapat bahawa bahasa Melayu belum cukup maju serta tidak
mampu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sikap meragui dan
mempersoal kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku dan sudah tidak
seharusnya diperkatakan lagi. Namun perkara yang dikesalkan sejak akhir-akhir ini
ialah kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan. Kebanyakan tokoh kita lebih
banyak bertutur dalam bahasa Inggeris tidak kira dalam acara rasmi atau tidak
rasmi. Sedangkan bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara
kita.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam dunia pendidikan
ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi di Institusu
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), kekurangan buku ilmiah, masalah linguistik dan
kekurangan istilah-istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
Itulah cabaran-cabaran yang harus dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. seharusnya perkara ini diteliti dan dikaji dengan baik agar jalan
penyelesaian dapat dikenalpasti serta langkah drastik memperbaiki masalah
ini dapat diambil.
Posted by SETAH INTAI at 5:25 PM
http://setahintai.blogspot.com/2011/03/hari-ini-saya-mengajak-pembaca-meneliti.html
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada
waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan
bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding
dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu
yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut
dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi
rantau kepulauan Melayu.

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,
perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang
pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,
menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan
bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan
Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai
zaman
kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah
mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu ialah
peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh
mana
bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran
hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang
dijalankan
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta
peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.

Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi
oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.

Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih
releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji
dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu
sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu
bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea
dan Jepun.



Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.

Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan
kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang
globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan
kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam
konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan
dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke
dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang
memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi,
perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan
bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat
penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan
dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam
dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah
yang diambil untuk menyelamatkannya.

Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan
maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya
dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam
keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam
bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan
ilmu dan pembangunan Negara.

Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain
telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai
bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa
mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa
kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya,
wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi
apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun
bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat
keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau
bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan
maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen
peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni
proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah
sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang
merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu.
Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa
orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.

Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh
prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama
rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi
dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa
Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan
mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat
istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain
peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan
institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang
berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.
(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) )

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan tidak menjelaskan maksud bahasa kebangsaan . Kamus Dewan
mendefinisikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang diterima oleh ramai
penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang
lain. Bahasa rasmi pula ialah bahasa pentadbiran kerajaan. Mungkin lebih tepat
jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai yang berkaitan
dengan negara secara keseluruhan atau sesuatu yang dipilih untuk melambangkan
keperibadian Negara.

Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan
keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun
alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga
penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan
Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu
dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya
menyebut,

Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan
agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan
bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa
Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.
-Akta Pelajaran 1961-

Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini
termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar
pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem
pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media
pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi
pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi
dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa
Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila
Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan
bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia
(Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah
lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan.
Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat
Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan
11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada
pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa
Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima
maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi
Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu
dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah
wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi
penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untuk
mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa
wahana ilmu.

Ciri-ciri Bahasa ilmu
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang
lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan
kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains
diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-
ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat
Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan
bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang
menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan
dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk
menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu
perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.
Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu
dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu,
intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai
wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa
Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259-261)
menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes
(kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut:

Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang
mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku,
tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau
hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur
dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil
kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak
sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan
kajian, dan seumpamanya digunakan.

Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjektifan penulisan, sudut
pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan
orang pertama (diri penulis). Oleh itu ungkapan seperti Berdasarkan kajian saya, saya
dapati bahawa dinyatakan sebagai Berdasarkan kajian, penyelidik didapati
bahawa . Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan
peribadi diri penulis.

Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan.
Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya
subjek pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif
neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan
dalam kajian inidan sebagainya.

Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut
bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat
dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan,
iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah,
jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain
digunakan sebagai pelengkap.

Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan
dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan,
sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan
ilmiah.

Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai.
Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi
dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan hiasan .

Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan
atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan
ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan
kompleks.

Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar,
peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian
menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan
ilustrasi.

Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa
bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah
mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu
menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan
itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa
Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah
yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah
ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang
berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang
dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan
itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam
pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran
berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh,
buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan
dikalangan guru.

Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor
swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati
bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya
perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan
seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak
masalah sejak kebelakangan ini.
Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-
undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik,
betul, dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja
tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-
lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam
bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti
kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar.
Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman,
Dewan Bahasa (2006: 27-29)

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing.
Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan
dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik
dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal
dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada
kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih
tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau
bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian
tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan
utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik
(kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis
jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa
Melayu.

Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa
ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu
sebagai wahana ilmu.


Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5
hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka
tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan
mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia
sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi mengangkasakan tamadun
bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan
pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut
dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang
dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.


Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum
melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami
masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru
yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah
walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan
ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat markah bonus dalam penilaian
kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat
bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa
DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah
disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu.
Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang
dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu
sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan
penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti
dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi
walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang
diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang
sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat
membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah
Yusof, DBP,(2006:48-51) .


Kesimpulan

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca
dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada
padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa
kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh
sarjana Belanda dan British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan,
pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah
menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya
iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat
dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana
kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu
perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang
proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan
penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa
Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan
penerbitan bahan ilmiah.
Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga
dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan
sedikit hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi
sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP,
perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA
seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat
panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai
tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa
ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan
bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti
yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya
mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah
menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu.


Rujukan

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,
Hlm 70-71.

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa, hlm 14-19.

Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah, Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 6-9.

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 26-29.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata.
Posted by adnan ahmadat 1:05 AM
http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-
ilmu_17.html










Pengenalan terhadap bahasa Melayu

Bahasa Melayu klasik tergolong dalam kategori lingua franca kerana bahasa ini telah
digunakan oleh pelbagai bangsa dan negara dalam urusan perdagangan, terutamanya dalam
perdagangan rempah di kawasan Asia Tenggara yang berpusat di Melaka, seterusnya Johor,
Aceh dan zaman yang kemudiannya di daerah Johor-Riau.[1] Mengikut sebuah terbitan
UNESCO di Paris pada tahun 1953, lingua franca diertikan sebagai sejenis bahasa yang
biasanya digunakan oleh orang-orang yang bahasa ibunda mereka masing-masing adalah
berbeza, bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara mereka.[2]

Pada beberapa abad yang lain juga, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan (contact
language) untuk menyebarkan ajaran Islam di kawasan yang sangat luas, iaitu di Gujerat,
India dan pantai Sri Lanka di bahagian barat sehingga ke pantai barat Irian Jaya di bahagian
timur; dan dari Champa di Vietnam di bahagian utara hingga ke Banten, di Jawa Barat dan
seterusnya ke Nusa Tenggara di bahagian selatan. Bahkan terdapat banyak kitab klasik
Melayu yang dikarang di tempat yang jauh, iaitu di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah).
Bahasa Melayu juga menjadi bahasa serantau di Asia Tenggara untuk perhubungan antara
negara dengan negara, raja dengan raja, penguasa dengan penguasa. Dengan lain perkataan,
ia merupakan bahasa diplomatik.

Oleh yang demikian, Valentjin telah mengatakan bahawa jika terdapat orang di Asia
Tenggara yang tidak mengetahui bahasa Melayu, kedudukannya adalah sama seperti orang
Eropah Barat yang tidak mengetahui bahasa Perancis pada zamannya.[3]

Realiti hari ini, bahasa Melayu telah digunakan serta difahami oleh lebih daripada 100 juta
manusia. Justeru, dengan sendirinya bahasa ini telah mengambil tempat sebagai salah satu
bahasa yang terbesar dan penting di dunia, khususnya di Dunia Melayu. Kini, bahasa
Melayu telah pun menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi dua buah negara yang
luas sekali pengaruhnya, iaitu Malaysia dan Indonesia.[4]

Polemik dan permasalahan bahasa Melayu masa kini
Polemik semasa yang sering terpapar di media-media massa sekarang ini adalah berkenaan
bahasa Melayu yang semakin mengecil penggunaannya, hatta dalam bidang pentadbiran,
undang-undang, penyiaran, malah juga pendidikan di negara ini.[5]

Merujuk kepada artikel berjudul Cintai bahasa melalui buku yang ditulis oleh Mohd. Arif
Atan dalam Ruangan Rencana Utusan Malaysia keluaran 2 Mac 2009, penulis tersebut
menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak lagi cintakan bahasanya sendiri meskipun
dalam masa yang sama, bangsa asing begitu tekun mengkaji dan mempelajari keindahan
bahasa Melayu di universiti seluruh dunia, seperti di Amerika Syarikat, Rusia, Australia,
China, Korea, Sepanyol, Itali, Jerman, Maldova, Republik Chez, Bosnia Herzegovina,
Palestin dan Belarus, di mana para pelajar ini mampu menguasai bahasa kita dengan baik,
seterusnya dapat mengungkapkannya melalui pidato pula. Keadaan ini menunjukkan bahawa
bahasa Melayu dicintai oleh bangsa-bangsa asing sehingga berupaya mewujudkan
pengantarabangsaan dalam bahasa ini.

Pendapat beliau ada benar dan munasabahnya kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di universiti-universiti masih lagi menjadi tanda tanya, di samping bahasa
Inggeris yang masih lagi berkubu kuat dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.[6]

Adakah kita sudah tidak kenal lagi akan kepentingan dan kehebatan bahasa Melayu hingga
tiada bibit cinta dan kasih akan bahasa sendiri? Tidakkah kita malu pada orang asing yang
jauh lebih kenal dan cintakan keindahan bahasa kita sedangkan hakikatnya kedudukan
bahasa Melayu di tanah air leluhurnya sendiri ibarat melukut di tepi gantang? Inilah di
antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh penulis artikel tersebut untuk mencetuskan
kesedaran dalam kalangan pembaca.

Jika diteliti keadaan ini, sememangnya ada benarnya pada kenyataan bahawa rakyat negara
ini tidak lagi merasai cinta akan kehebatan bahasa Melayu. Sedangkan jika kita imbas
kembali sejarah silam, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan,
bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan
Sriwijaya. Malah jika diperhatikan, pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13
hingga abad 19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun
Melayu baru, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang,
bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera
tinggi.[7]

Maka, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan
kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga
digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa
yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis
atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh
luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita
kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari
negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.[8]
Bagaimana pula orang-orang Barat boleh berasa kagum dan merasai hebatnya bahasa
Melayu sehingga mereka dapat merumuskan bahawa sekiranya kita memahami bahasa
Melayu dengan baik, pasti kita tidak akan kehilangan jejak disebabkan meluasnya
penggunaan bahasa Melayu itu. Sebaliknya, apakah nilainya bahasa Melayu itu dalam dada
rakyat di negara ini? Apakah martabatnya hanya di bawah tumit kaki?

Melihat tingginya martabat bahasa Melayu suatu ketika dulu sehingga berupaya mendominasi
bahasa-bahasa lain di rantau Melayu ini, suatu kekecewaan dan kepedihan yang sukar
digambarkan apabila kebitaraan bahasa Melayu kini semakin luntur. Buktinya jelas boleh
dilihat di dalam negara sendiri, di mana peranan bahasa Melayu seolah-olah semakin
mengecil dan terpinggir jauh, lebih-lebih lagi dalam konteks pentadbiran, undang-undang,
perdagangan, hubungan diplomatik, penyiaran, malah kini semakin lenyap sedikit demi
sedikit dalam aspek pendidikan yang merupakan nadi penting untuk memupuk penggunaan
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Sisa-sisa yang ada hanyalah di dalam aspek bahasa
dan sastera itu sendiri.

Bahkan jika diperhatikan, rakyat negara ini, khususnya yang terlibat dalam profesion atau
kerjaya profesional seperti doktor, peguam, jurutera, dan seumpamanya, bahasa Melayu
jarang sekali meniti di bibir-bibir mereka, malah yang sering terpacul dari mulut mereka
adalah bahasa asing yang telah memangsakan bahasa Melayu di buminya sendiri.

Sesungguhnya inti persoalan yang masih dihadapi oleh bahasa kebangsaan kini ialah bahasa
itu masih belum memainkan peranan hakikinya dalam segala lapangan kehidupan sebuah
masyarakat dan negara moden (atau yang sedang dimodenkan). Para anggota masyarakat
masih belum menggunakan bahasa itu secara meluas dalam interaksi sosial dan profesional
mereka yang sebenarnya. Mereka tidak berfikir dengan bahasa itu dan tidak pula
menyalurkan pemikiran mereka dalam bahasa itu dengan cara yang canggih, berkesan lagi
kreatif.

Penggunaan sosial sesebuah bahasa itu seringkali tidak selaras dengan kedudukan undang-
undangnya. Akan tetapi, kegunaan yang demikian itu amatlah penting bagi sebuah bahasa
kebangsaan yang sedang mengalami proses pemodenan. Hanya dengan penggunaan tersebut
barulah ribuan istilah yang secara abstrak dicipta oleh jawatankuasa-jawatankuasa istilah itu
dapat diuji kesesuaiannya.

Pengujian dan penggunaan yang demikian itulah satu-satunya cara kemampuan sintaksis
bahasa itu dapat dipastikan dan diperluas, dan dengan itu tradisi pengucapan intelektual
bahasa itu dalam sesuatu bidang ilmu moden dapat dibentuk. Jika tidak, bahasa itu akan
hanya merupakan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan secara rasmi-rasmian sahaja. Sebagai
contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta sejumlah istilah kehakiman atau
undang-undang yang secukupnya. Dari segi rasminya, bahasa perantaraan di mahkamah
adalah bahasa Melayu, begitu juga dengan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) yang kini
telah menawarkan pendidikan dan latihan kehakiman dalam bahasa kebangsaan.

Namun, itu hanyalah kedudukan rasmi bahasa itu dalam bidang kehakiman, sedangkan
hakikatnya tidaklah dapat dikatakan bahawa bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa
perhubungan dalam kegiatan profesion kehakiman di negara ini. Secara umum, para peguam
di negara ini lebih senang serta lebih mampu menggunakan bahasa kehakiman Inggeris yang
indah, tetapi tidak mampu mengungkapkan pemikiran yang agak mudah dalam bahasa
kebangsaan. Dokumen undang-undang masih digubal dalam bahasa Inggeris, dan
kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan untuk tujuan rasmi.
Jika ditinjau kepada lapangan kehidupan moden pada masa kini, ternyata bahawa masalah
pokok yang dihadapi oleh bahasa itu ialah tidak terdapatnya isian intelektual yang diperlukan
untuk mengolah bahasa itu menjadi bahasa moden yang canggih. Hakikatnya, bukanlah
bahasa itu yang sebenarnya tidak dapat dibentuk menjadi bahasa moden, tetapi sebenarnya
tidak terdapat pengguna bahasa kebangsaan yang dapat menggunakan bahasa itu dengan
cekap serta memberikan sumbangan yang bersifat intelektual terhadap proses pemodenannya.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan bagi Negara Malaysia yang
dipengaruhi oleh sejarah perjuangan kemerdekaan yang telah dipelopori oleh gerakan
nasionalisme Melayu. Namun demikian, tugas untuk memperkembangkan bahasa itu menjadi
bahasa ilmu dan bahasa budaya yang moden dan saintifik merupakan tugas intelektual yang
amat berat. Tugas inilah yang sehingga kini masih belum dilaksanakan dengan jayanya.[9]
Akan tetapi, belum pun selesai misi besar dalam menyebarluaskan penggunaan bahasa
Melayu serta meninggikan martabatnya di negara tercinta ini, satu tindakan berpatah kembali
untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan, khususnya
melalui bidang pendidikan, menjadikan martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat.
Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu
sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.[10]
Dalam hal ini, golongan profesional yang berketurunan Melayu sendiri sering tidak dapat
diharapkan. Bahasa Melayu mungkin merupakan bahasa ibundanya, tetapi bahasa Melayu
yang dikuasainya hanyalah bahasa basahan yang digunakan untuk berbual-bual dalam
percakapan harian, sedangkan bahasa Melayu yang harus dikembangkan sebagai bahasa
kebangsaan moden adalah bahasa Melayu yang tepat, jitu dan canggih.
Kebobrokan intelektual merupakan masalah sebenar yang dihadapi oleh bahasa Melayu hari
ini,[11] selain daripada pelaksanaan beberapa dasar oleh Kerajaan sehingga mengecilkan
fungsi dan peranan bahasa Melayu di negara ini. Sebagai implikasinya, bahasa Melayu yang
sememangnya semakin mengecil dari aspek penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan
moden malah semakin tidak diminati dan dirasai peri pentingnya dalam pengekalan sebuah
tamadun Melayu di rantau ini.

Faktor-faktor peminggiran dan kemerosotan bahasa Melayu masa kini
Sejak akhir-akhir ini, jelas kelihatan bahawa keyakinan terhadap peranan dan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini dan kedudukannya
sebagai bahasa ilmu-ilmu moden sudah mulai menurun, hatta dalam kalangan pejuang bahasa
itu sendiri.[12] Amatlah ganjil setelah lebih lima puluh tahun negara ini mencapai
kemerdekaan, masih terdapat keresahan dan kebimbangan yang berleluasa terhadap masa
depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.[13] Apakah sebenarnya tunjang
utama kepada permasalahan ini?

Hakikatnya, tidak dapat tidak kelunturan martabat bahasa Melayu dan peminggirannya dalam
arus pemodenan seperti hari ini berpunca daripada sistem kolonial penajajah Inggeris selama
pemerintahan mereka di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Para penakluk tersebut telah
menurunkan darjat bahasa Melayu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas
menjadi bahasa setempat dan bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai
bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam
zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disamatarafkan dengan bahasa keturunan yang
dibawa masuk oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India
dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya
dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular
India. Inggeris benar-benar telah melaksanakan dasar pecah belah dan perintahnya, dan pada
waktu yang sama telah membenamkan bahasa dan budaya Melayu ke lumpur pekat
sehingga hilang sinar bahasa bitara itu di negaranya sendiri.[14]

Berasaskan kepada perancangan sistem kolonial inilah martabat bahasa Melayu pada hari ini
menjadi semakin luntur dan hilang fungsinya di Negara Malaysia yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi Kerajaan sekaligus bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana
penjajah Inggeris itu suatu ketika dulu tidak mahu anak watan bangkit sebagai bangsa
berwibawa sehingga akhirnya berupaya membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman
tangan mereka.[15]

Melihat pula kepada realiti hari ini, bahasa Melayu kian hari kian terhakis penggunaan dan
fungsinya adalah disebabkan oleh ketiadaan rasa keyakinan terhadap bahasa Melayu sebagai
bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara.
Sedangkan selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu
sebenarnya telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi
utamanya, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas terbentuknya konsep negara
berdaulat dan telah menjadi faktor pemersatuan rakyat yang ampuh sehingga terbentuk
perpaduan kebangsaan.

Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana komunikasi rasmi yang
menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam membangunkan negara dalam pelbagai
sektor. sektor utama negara seperti dalam pendidikan, pentadbiran, undang-undang dan
kehakiman serta media massa telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan yang
membanggakan melalui bahasa Melayu sebagai wahana utamanya.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian
pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa
kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta
keeklusifan bahasa pengantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Jutaan
sekolah aliran kebangsaan telah terhasil dan merekalah yang menjadi tonggak pembangunan
negara dalam pelbagai bidang. Meskipun pada tahap pengajian tinggi, sebahagiannya
memperoleh ilmu dalam bahasa asing, khususnya yang melanjutkan pengajian di luar Negara,
kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah atau
sekurang-kurangnya, iaitu peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada
pelajar, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan.[16]

Rasa tidak yakin terhadap keupayaan bahasa Melayu itu adalah disebabkan oleh kurangnya
pengkajian dan penelitian terhadap pencapaian-pencapaian yang telah digapai oleh bahasa
Melayu itu sendiri, iaitu dengan menoleh sejenak memerhatikan rentetan sejarah silamnya
sehingga mencapai kegemilangan dengan hanya menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana
utamanya. Tidak dapat tidak, perkara ini haruslah dilakukan melalui pembacaan yang banyak
berkenaan bahasa Melayu itu sendiri (seperti yang dicadangkan oleh penulis artikel Mohd
Arif Atan). Namun hakikatnya, masalah utama kepada perkara ini ialah kurangnya minat
membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia, sehinggakan permasalahan bahasa yang
semakin merudum dan hampir pupus penggunaannya ini tidak dapat dirasai oleh masyarakat,
apatah lagi untuk berusaha memperjuangkannya.
Antara lain ialah tiadanya rasa cinta dan hormat[17] oleh sejumlah rakyat Malaysia akan
bahasa kebangsaannya sehingga menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir di negara
sendiri. Meskipun dalam Perlembagaan Persekutuan, dan bahagian khusus berkaitan dengan
status bahasa Melayu ialah perkara 152, dengan menyatakan bahawa bahasa Melayu dengan
rasminya diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara baharu, menjadi lambang
kedaulatan negara, dan mengambil alih bahasa Inggeris yang sebelum ini memainkan peranan
penting sebagai bahasa utama zaman pemerintahan penjajah,[18]namun kesemuanya ini tidak
dapat dibuktikan dengan tindakan serta perlakuan secara keseluruhan. Buktinya ialah
semakin banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di
kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan
bahasa asing, seperti precinct, parcel dan boulevard.[19] Contoh lain ialah Justice of
Palace, Mount Kiara, Petaling Street dan seumpamanya.
Di samping itu, kemerosotan bahasa Melayu dalam aspek mutu bahasa berkaitan dengan
kurang pekanya sejumlah anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan
ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang rasmi seperti pentadbiran,
penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena
bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di
Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa
Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.[20]
Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya
bahasa Melayu dalam kalangan sebilangan anggota masyarakat, khususnya dalam konteks
yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara
berikut:
1)Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan
Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mengakibatkan masih
banyak urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih
tidak mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam
Perlembagaan.
2)Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sector
tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam
(melibatkan pihak berkuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Kementerian Penerangan dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).
3)Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan
beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing
serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.
4)Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa
Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadangkala berlebihan dalam kalangan pelbagai
lapisan masyarakat (pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan
penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa
Melayu.
5)Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk
dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa
bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai
nilai ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu pengukur taraf
sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang
pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat,
termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang
tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.
6)Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan
perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai
contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa
kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada
papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, melalui media juga, mengajak
masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru
agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan, dan
dengan tidak segan-silu atau berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa
kebangsaan, mengisytiharkan bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya
dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.[21]
Selain itu, faktor yang sememangnya tidak dapat dinafikan pada alaf ini ialah cabaran
globalisasi, di mana kemunculannya dipengaruhi oleh bahasa antarabangsa, khususnya
bahasa Inggeris. Pengecilan dunia kini menjadikan globalisasi semacam perkampungan
global dan kita semakin banyak berhubung dengan dunia luar. Untuk berhubung, kita
perlukan satu bahasa perhubungan yang difahami oleh sebahagian besar penduduk dunia, dan
bahasa yang memenuhi tuntutan itu buat masa ini ialah bahasa Inggeris.[22]

Namun demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang
dipegang oleh penuturnya.[23] Ini kerana, era globalisasi sememangnya membawa cabaran
kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris, akan tetapi keadaan ini
tidaklah menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa pengantar dan bahasa
berdaulat di negara sendiri, selagi mana rakyat Malaysia mempunyai sikap yang betul
terhadap bahasa kebangsaannya. Tetapi, jikalau wujud sikap kurang yakin terhadap
keupayaan bahasa Melayu dalam era globalisasi, jikalau wujud sikap taasub terhadap
keupayaan dan kepentingan bahasa Inggeris dan keghairahan yang tinggi untuk
menggantikan tempat bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, maka tercabarlah dan
tergugatlah kedudukan bahasa Melayu di negaranya sendiri.[24]

Dalam dunia global seperti hari ini, bahasa peninggalan nenek moyang kita boleh mengalami
kepupusan sekiranya kita tidak berhati-hati. Lebih menakutkan, ada pihak yang mendakwa
bahawa jika dahulu bahasa yang mengalami kepupusan didapati binasa antara dua hingga
empat generasi (50-100 tahun), tetapi sekarang dengan keganasan gelombang globalisasi,
kadar kebinasaan ini berlaku hanya dalam satu atau dua generasi sahaja.[25]

Cara-cara memartabatkan semula kebitaraan bahasa Melayu
Peningkatan martabat bahasa Melayu sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia memerlukan
perencanaan semula dalam beberapa aspek, dan pada waktu yang sama memerlukan
peneguhan dasar-dasar yang berkaitan dengannya, sebagai langkah membina ketahanan jati
diri dan maruah bangsa dan negara.[26]
Seperti yang dicadangkan oleh penulis artikel Utusan Malaysia tersebut, kita seharusnya
memulakan usaha berkenal-kenalan dengan bahasa Melayu bermula hari ini supaya kelak
akan timbul rasa sayang terhadapnya. Bagi tujuan itu, buku-buku berkenaan sejarah,
perancangan, kepentingan, perkembangan, kehebatan, kejayaan, masalah, cabaran atau masa
depan bahasa Melayu merupakan alat penting untuk tujuan mendekatkan semula masyarakat
dengan bahasa kita.
Namun demikian, perkembangan minda rakyat Malaysia masih lagi terkebelakang
jika diukur dari sudut budaya membaca. Menurut perangkaan yang diperolehi oleh
Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1997, secara purata, penduduk Malaysia hanya
membaca 2 buku setahun. Jika arah aliran ini berterusan, kedudukan daya saing Malaysia
menuju ke arah wawasan menjadi negara maju mungkin akan tergugat. Perkembangan
industri perbukuan didapati tidak seimbang dengan pertumbuhan ekonomi negara. Antara
lain disebabkan permintaan terhadap buku yang tidak berkembang pada tahap sewajarnya.
Semua ini berpunca daripada minat membaca rakyat Malaysia yang kurang
memberangsangkan. Jika rakyat Malaysia gemar membaca, pastilah industri perbukuan di
negara ini berkembang pesat selaras dengan negara-negara maju yang lain. [27]

Justeru, pemerkasaan penghayatan pembacaan perlu dilakukan. Ini bermakna, kita tidak lagi
membicarakan membaca dalam pengertian mekanistik, tetapi lebih jauh mendalaminya
memasuki wilayah seni dan estetika membaca sehingga membuahkan pencinta buku. Seni
dan estetika membaca pula akan memasuki wilayah kedalaman membaca yang akhirnya
membuahkan pencinta ilmu, yang mana akhirnya pula membuahkan tradisi menulis secara
semulajadi, kerana itulah kesan sebenar daripada penghayatan budaya membaca. Maka, tidak
timbul lagi persoalan minat membaca dan kesukaran menulis kerana budaya membaca dan
budaya menulis adalah gabungan harmonis yang melengkapi dan tidak terpisah. Bahkan
inilah matlamat akhir mewujudkan masyarakat membaca.[28]

Ditambah pula dengan perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai domain,
terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, sudah semestinya bahasa menjadi sebahagian
daripada keperluan itu. Justeru, usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khasnya
dalam bidang sains dan teknologi maklumat patut digerakkan sejajar dengan perkembangan
ilmu dan pembangunan negara. Di samping itu, Malaysia telah mengambil inisiatif
menterjemahkan karya-karya agung dunia ke dalam bahasa Melayu, di samping
menterjemahkan karya-karya terbaik dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris dan
sebagainya. Dalam hal ini, kita patut menjadikan Jepun dan Korea sebagai contoh kerana
menterjemahkan sekitar 30 000 judul buku dengan pantas setiap tahun, khususnya buku-buku
sains dan teknologi.[29] Perkara ini adalah penting untuk digiatkan secara intensif untuk
memudahkan rakyat Malaysia merujuk buku-buku sains dan teknologi dalam bahasa Melayu,
selain bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca bahan-bahan ilmiah
berbahasa Melayu, sebagai membuktikan bahawa bahasa Melayu tidak pernah ketinggalan,
selari dengan perkembangan globalisasi hari ini.

Selain itu, meskipun belum cukup usaha untuk mewujudkan suasana penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang teknologi maklumat secara serius, kita selaku rakyat Malaysia
seharusnya memikul amanah ini dalam usaha untuk mengembangluaskan penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang teknologi maklumat sekalipun dalam perkara yang mudah dan
dianggap remeh. Sebagai contoh, menggunakan bahasa Melayu dalam dunia internet dan e-
mel meskipun untuk berhubung sesama sendiri.[30]

Antara langkah-langkah lain yang perlu diambil dalam membitarakan bahasa Melayu di
negara ini adalah melalui cara-cara berikut:
i.Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu.
Contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah
ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara
mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang
bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan
sahaja dihormati, malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua lapisan,
daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat umum.
ii.Pindaan dan peluasan peruntukan akta yang berkaitan. Pindaan Akta Bahasa
Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu,
pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas tentang penggunaan
bahasa Melayu seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Syarikat, Akta Cap
Dagang, Akta Industri Pelancongan dan beberapa yang lain perlu disegerakan. Selain
itu, akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-undang
Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas.
iii.Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu. Usaha ini perlu
ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya
tinggi, melalui penerbitan baha ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang
untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Agenda
pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam agenda
pembangunan negara melalui Belanjawan Negara.
iv.Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Usaha ini perlu
dimantapkan semula, bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat pengajian
tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha
pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia
dalam dua aspek yang penting. Pertama, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras
dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang
diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Sebarang usaha
berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana serta telah membuktikan
kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan. Kejayaan Universiti
Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak harus direncatkan. Aspek
kedua, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi
melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan
bacaaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum. Dengan demikian,
diharapkan landaan pelbagai ragam bahasa tidak rasmi, sama ada bahasa sembang
Internet, bahasa SMS atau yang lain tidak akan sampai menggugat bahasa yang
mewakili budaya teras.
v.Komponen bahasa dan persuratan dalam pelbagai program negara. Semua program
negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan
program bahasa dan persuratan, misalnya dalam Program Khidmat Negara, kursus
Biro Tatanegara, K&P Kementerian Penerangan dan sebagainya. Kursus atau apa-apa
juga program motivasi untuk kalangan ahli politik dan professional perlu
memasukkan modul bahasa dan persuratan di dalamnya.
vi.Modul bahasa dan persuratan dalam program latihan jabatan. Setiap jabatan dan
agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam
program kursus dalam perkhidmatan masing-masing.
vii.Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa. Usaha ini perlu
dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab
sebagai agen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan
penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan
pentadbiran dan juga tindakan undang-undang.
viii.Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan. Kerajaan melalui
semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta hendaklah
secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di
seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), seperti program Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan
setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah
diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan
pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam perancangan tahunan
supaya bahasa dan persuaratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar
lingkungan orang atau institusi yang fungsi khususnya berkaitan dengan bidang
bahasa dan sastera.[31]


Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, apa yang diperkatakan oleh penulis Mohd. Arif Atan dalam Ruangan
Rencana Utusan Malaysia keluaran 2 Mac 2009 adalah pendapat dan cadangan yang berkisar
kepada realiti hari ini. Ia adalah polemik semasa yang sedang hangat dibincangkan kerana
persaingan yang berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris
sebagai bahasa perhubungan dalam dunia teknologi hari ini merupakan persaingan yang
sengit, sehingga boleh dikatakan bahawa dengan kehadiran bahasa Inggeris itu telah
menyebabkan ianya diangkat dan diagung-agungkan sehingga bahasa kebangsaan yang
merupakan teras bangsa di Malaysia ini semakin terpinggir dan dipandang rendah. Justeru,
kemunasabahan pendapat, ulasan dan cadangan beliau dalam hal ini adalah wajar dan sesuai
diaplikasikan dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Namun secara keseluruhan, bahasa Inggeris itu tidaklah boleh dipersalahkan secara total. Hal
ini demikian kerana masalah utamanya adalah terletak pada sikap penutur itu sendiri, yang
memilih untuk membitarakan bahasa Melayu atau sebaliknya. Jika dilihat kepada sejarah
bangsa Korea dan Jepun, meskipun bahasa Inggeris boleh dianggap meraja dalam dunia,
namun demikian, bangsa mereka tidak tergugat dengan pengaruh bahasa asing itu. Situasi ini
dapat dilihat pada kecanggihan ilmu teknologi yang mereka miliki, dan sumbernya adalah
daripada ilmu pengetahuan dalam bahasa mereka sendiri, Lantas, dalam hal ini, siapa yang
perlu dipersalahkan?

Ketuk akal, tanyalah minda!

BIBLIOGRAFI
1. A. Aziz Deraman. (2004). Bahasa dan sastera Melayu dalam abad ke-21: Cabaran dan
harapan. Dlm. Awang Sariyan (Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa
Asraf (Hlm. 37 & 38). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abdul Razaq Ahmad & Shaharom TM Sulaiman. (2005). Buku dan pendidikan: Ke arah
penghayatan membaca. Selangor: Fakulti Pendidikan UKM. Hlm. 197-199.
3. Awang Sariyan (2007). Membitarakan Bahasa dan Budaya Melayu dalam Konteks
Peneguhan Tamadun Negara. Majalah VISI. (8), 19.
4. Darwis Harahap (2004). Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Haji Shaari Abdullah. (2005). Penerbitan dalam bahasa Melayu: Peranan Yayasan
Pembangunan Buku Negara. Dlm. Mohd. Anwar Ridhwan (Ed.), Penerbitan buku dalam
bahasa Melayu: Cabaran & Pengalaman (Hlm. 11). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
6. Hishammuddin Tun Hussein (2006). Bahasa Melayu Sentiasa Diperjuangkan Sepanjang
Zaman. Dewan Masyarakat. (10), 57.
7. Ismail Hussein (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.Laman
DBP, http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1029&IID, 3
Mac 2009.
9. Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu dan Cabaran Globalisasi. Dlm. Awang Sariyan
(Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa Asraf (Hlm. 219). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.


[1] Darwis Harahap (2004). Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 71.
[2] Ibid. Hlm. 70.
[3] Ibid. Hlm. 71.
[4] Ismail Hussein. (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan
kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. Vii.
[5] Laman
DBP, http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1029&IID, 3 Mac
2009.
[6] Darwis Harahap. (2004). op. cit. Hlm. 133.
[7] Awang Sariyan. (2007). Membitarakan bahasa dan budaya Melayu dalam
konteks peneguhan tamadun negara. Majalah VISI. (8), 19.
[8] Ibid. Hlm. 20.
[9] Rustam A. Sani. (1993). Politik dan polemik bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 55-57.
[10] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 22.
[11] Rustam A. Sani. (1993). op. cit. Hlm. 59.
[12] Ismail Hussein. (1984). op.cit. Hlm. 60.
[13] Ibid. Hlm. 54.
[14] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 20.
[15] Ibid.
[16] Ibid. Hlm. 21 & 22.
[17] Ibid. Hlm. 23.
[18] Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu dan Cabaran Globalisasi. Dlm.
Awang Sariyan (Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa
Asraf (Hlm. 219). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[19] Awang Sariyan. (2007). op. cit.
[20] Ibid.
[21] Ibid. Hlm. 23 & 24.
[22] Nik Safiah Karim. (2004). Hlm. 223.
[23] Ibid. Hlm. 224.
[24] Ibid. Hlm. 226.
[25] Ibid.
[26] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 25.
[27] Haji Shaari Abdullah. (2005). Penerbitan dalam bahasa Melayu: Peranan
Yayasan Pembangunan Buku Negara. Dlm. Mohd. Anwar Ridhwan
(Ed.), Penerbitan buku dalam bahasa Melayu: Cabaran & Pengalaman (Hlm.
11). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[28] Abdul Razaq Ahmad & Shaharom TM Sulaiman. (2005). Buku dan
pendidikan: Ke arah penghayatan membaca. Selangor: Fakulti Pendidikan
UKM. Hlm. 197-199.
[29] A. Aziz Deraman. (2004). Bahasa dan sastera Melayu dalam abad ke-21:
Cabaran dan harapan. Dlm. Awang Sariyan (Ed.), Sumbangsih: Kumpulan
esei mengenang jasa Asraf (Hlm. 37 & 38). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
[30] Nik Safiah Karim. (2004). Hlm. 227 & 228.
[31] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 25 & 26.
Posted by Diari Ungu at 5/14/2009 12:06:00 PM
Labels: Kritik Artikel
http://diariungu.blogspot.com/2009/05/cintai-bahasa-melalui-buku.html

Anda mungkin juga menyukai