Anda di halaman 1dari 5

Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia

pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya
teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung
elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan
memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui
perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan
menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu,
sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui
iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit
dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah
anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan
komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah
kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

1. Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan Kemajuan dalam teknologi komputer dan era
baru pendidikan pada hakikatnya ingin memastikan revolusi maklumat akan
mempengaruhi hidup kita secara lebihmendalam dan juga menyeluruh. Menurut
Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utamamengapa komputer diperlukan
dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumatyang boleh dicapai daripada
komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itusendiri. Keduanya ialah
kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat sertapengetahuan hanya dapat
dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketigaialah, maklumat dan
pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusiaterutama pada
diri pelajar itu sendiri. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kigdom mendefinisikan
teknologi dalampendidikan sebagai suatu pembentukkan, penerapan dan penilaian
sistem, teknik danbantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979).
Pusat KebangsaanPembelajaran Terancang, United Kigdom pula mendefinisikan
teknologi dalampendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran
dan juga syaratpembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan
pengajaran dan latihan (Cowen, 1980). Manakala Suruhanjaya Teknologi
Penegajaran, USA sebaliknyamendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai
suatu cara yang sistematik untukmerekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan
proses pengajaran dan pembelajarandari segi objektif khusus, berdasarkan
penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dankomunikasi dengan menggunakan
gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusiauntuk membawa kepada
pengajaran yang berkesan. Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang
kekeliruan atau salah tafsirkerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh
dan jelas sesuatu konsep dankaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia
melibatkan pelbagai deria pelajar, iaitudengan penggunaan visual yang diikuti oleh
audio akan melibatkan deria lihat dan dengardan juga mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatanpelajar. Ia juga memberi
kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapatmembantu pelajar
mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
2. masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan
menggunakanmedia bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid
yang tidak pernahmereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah
mengalaminya. Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar
dan tidak bolehdigunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk
membantu guru mengajarsesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan
untuk pengajaran dan bukanuntuk hiburan dan membuang masa di mana
penggunaannya mesti dirancang dalam tigaperingkat iaitu pada peringkat sebelum
kegunaan bagi merancang cara bagaimanamengaitkannya dengan topik pengajaran.
Kegunaannya akan dapat merancang ulasan danpenekanan aspek-aspek penting
yang dapat membantu pembelajaran dan selepaskegunaanya pula dapat merancang
aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan danpenilaian. Kepentingan
penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajarsememangnya
dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebihbaik
(Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi
memberikesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa membuat
pemilihan bahanteknologi. Komputer membantu pengajar mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaranyang berkesan jika digunakan dengan sistematik.
Pengajaran yang disertakan dengan alatbantu mengajar terkini dapat menambah
minat pelajar mempelajari sesuatu bidangpelajaran. Di samping itu, jika komputer
dapat digunakan secara sistematik dan berkesanoleh guru, ia mampu
menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Iniselaras dengan
pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer
dapatmemperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer
adalah mesinmemproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya.
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan
mengurusbahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi
dengan penggunamembolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan
pembelajaran secara lebih
3. mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas
sertaberoperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah
tepat.Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat
dankomunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara. Ini adalah
keranakomputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberi maklumat yang
dicari ataudiminta oleh orang ramai. Di samping itu, kesan penggunaan teknologi
dalam pendidikan dapat menjadikanproses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif
serta mewujudkan suasana pembelajaranyang menyeronokkan. Dengan adanya
teknologi dalam pendidikan, guru dapatmempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepadateknik pengkuliahan sahaja bahkan
dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dandengan menggunakan pelbagai
kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internetadalah sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai duniapendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajarmendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisientanpa perlu menunggu
masa yang lama. Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan
teknologi dalamproses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang
pembelajaran yangsama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam
sesebuah kelas tidaksemua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam
menerima sesuatu yang diajar olehguru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu
membantu murid-murid dalam memahamiapa yang diajar dengan lebih jelas kerana
proses pengajaram dan pembelajaran akan lebihmenarik serta berkesan hasil
daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.


Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir
kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep
dan kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria
pelajar, iaitu dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan
deria lihat dan dengar dan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan
meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian
kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan
pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum dan
memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang
mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau
alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya.
Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh
digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru
mengajar sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran
dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti
dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi
merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya
akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat
membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti
lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar
sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa
dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003).
Teknologi memberi kesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa
membuat pemilihan bahan teknologi.
Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat
bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang
pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan
berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan
pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan
bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986)
pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh
penggunanya.
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus
bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan
pengguna membolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan
pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan
komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat
yang dikeluarkan adalah tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan
teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam system
pendidikan Negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data,
dapat memberi maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai.
Di samping itu, kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan,
guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya
tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti
pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam
ICT. Penggunaan internet adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-
maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet
membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang
terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama.
Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran
yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah
kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu
murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses
pengajaram dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan teknologi tersebut.