Anda di halaman 1dari 21

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM



KAUM CINA
Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat,
pemberian angpau.
KAUM MELAYU
Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri
arwah, memakai inai untuk pengantin.
KAUM INDIA
Lidah bayi disapu madu., memakai thali., Pemberian dawri oleh
pengantin perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar
mayat.
KAUM IBAN
Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati
melangkah mayat, melukis tatu.
KAUM KADAZAN
Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat
bertangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada
pengantin, adat moginupus.



PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM

KAUM MELAYU
Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.
KAUM CINA
Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang
tuah.
Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.
KAUM INDIA
Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam
perut.
Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.
KAUM IBAN
Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat
penglihatan.
Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.
KADAZAN
Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.




Penganut Islam

Hari Raya Aidilfitri
-Menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah sebagai meraikan
kemenangan dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T atas
segala nikmat kurniaan-Nya.
-Memuji-muji kebesaran Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid
sebagai menzahirkan syiar Islam dan mengagungkan Allah S.W.T..
-Bermaaf-maafan dan berkunjung-kunjungan sesama sanak-saudara
dan sahabat handai untuk mengeratkan hubungan silaturahim.



Hari Raya Aidiladha
-Menjalankan ibadah korban bertujuan untuk melatih diri supaya
mempunyai sikap sanggup berkorban pada jalan kebajikan.
-Bersolat sunat Aidiladha secara berjemaah sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah S.W.T..
-Memuji-muji kebesaran Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid
sebagai menzahirkan syiar Islam dan mengagungkan Allah S.W.T.








Penganut Taoisme/Buddha (dan semua orang Cina)

Tahun Baru Cina
-Mengadakan makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina agar
seluruh anggota dapat berkumpul untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
-Menziarahi saudara-mara dengan membawa limau mandarin yang
melambangkan kegembiraan.
-Melafazkan "Gong Xi Fa Cai" yang bermaksud agar kamu mendapatkan
kekayaan dan Selamat Tahun Baru Cina.
-Memberikan angpau kepada kanak-kanak oleh orang yang sudah
berkahwin dengan makan kanak-kanak itu diharapkan memperoleh
kekayaan dan nasib yang baik pada tahun berkenaan.
-Mengadakan tarian singa-bertujuan untuk menghalau hantu,
membawa nasib yang baik, dan memperoleh kekayaan di samping
untuk memeriahkan suasana perayaan.









Penganut Buddha - Siam

Hari Wesak
-Melepaskan burung merpati sebagai simbol memberikan kebebasan
kepada mereka di dalam tawanan.
-Bersedekah dengan memberikan makanan kepada orang miskin dan
juga kepada para sami.



Penganut Hindu

Deepavali
-Memasang pelita yang melambangkan kecerahan mengatasi
kegelapan, iaitu kebaikan mengatasi kejahatan.
-Mandi minyak "geliga" yang melambangkan penyucian badan.
-Membuat hiasan "kolam" pada pintu masuk rumah bertujuan
mengalu-alukan kunjungan Dewi Lakshmi.



Thaipusam
-Menjunjung kavadi bertujuan membayar nazar kerana Tuhan Murugan
telah mengabulkan niat mereka.
-Bahan-bahan sembahyang seperti susu lembu, madu, dan air kelapa
muda dibawa oleh pembawa kavadi untuk sembahyang khas dan
memohon restu dari Tuhan.








Penganut Kristian

Hari Natal/Hari Krismas
-Menjalankan upacara mass atau amalan-amalan suci untuk meraikan
kelahiran Jesus Christ.
-Menghias pokok krismas untuk memeriahkan suasana perayaan.
-Memberikan hadiah untuk menimbulkan suasana meriah di samping
melahirkan kegembiraan sesama insan.



Good Friday
-Bersembahyang dan membaca gospel.
-Berpuasa.
-Berarak sambil membawa lilin dan salib untuk memperingati peristiwa
penyaliban Jesus Christ.









Penganut Iban

Hari Gawai
-Membuat persembahan kepada petara (tuhan) bernam Palng Gana
yang menjaga bumi bumi sebagai tanda kesyukuran.
-Menghidangkan makanan kepada anggota keluarga yang lebih tua
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Berkumpul di bilik tuai atau ruai untuk bersuka ria sambil menjamu
hidangan dan air tuak.
-Menari tarian ngajat dan mengadakan acara ngajat lesung.


Penganut Kadazandusun

Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai

-Mengadakan persembahan kepada semangat padi sebagai tanda
kesyukuran.
-Memakai pakaian tradisi dan bersuka ria sepanjang hari untuk
meraikan dan memeriahkan pesta menuai.
-Menghidangkan minuman tapai(arak beras).
- Mengadakan pertandingan ratu cantik(unduk ngadau) dan
persembahan tarian sumazau.


Penganut Sikh

Perayaan Vaisakhi
-Berkumpul dan memohon restu daripada guru-guru.
-Berkunjung ke Gudwara dan mengadakan perarakan secara meriah.
-Menggantikan bendera suci "nishan Sahib" di Gudwara.














TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang
terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan
seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas
diamalkan secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu,
Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia
yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai
murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan
menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih,
bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan,
merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada
pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran
yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri
dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-
galanya datang daripada Tuhan dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak
tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
8. Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan serta berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM PERAYAAN
PELBAGAI KAUM
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya
tersendiri dan ia dirayakan bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah
dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya
Puasa, Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya
Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.
4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu
perayaan untuk meraikannya dengan keluarga dan sanak-saudara.
6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan
perayaan. Secara tidak langsung perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya
Puasa. Amalan ini dapat menjernihkan sebarang perselisihan faham dan memulihkan
kasih sayang antara anggota keluarga.
8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-
perayaan ini. Amalan memakai pakaian dan memasak makanak tradisional
menyerikan lagi sambutan tersebut.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh
kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan
aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara
pelbagai kaum di negara ini.
KELEBIHAN SAMBUTAN PELBAGAI PERAYAAN
Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.
Mewujudkan perasaan hormat, toleransi dan saling faham-
memahami antara kaum.
Daya penarik pelancong.

AMALAN-AMALAN PENTING KETIKA PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI
Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari
raya.
Membayar zakat fitrah.
HARI RAYA AIDILADHA
Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.
Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnya akan
disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama
Islam.

TAHUN BARU CINA
Mengadakan makan besar bersama semua angggota keluarga .
Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka yang
belum berkahwin.
HARI DEEPAVALI
Menyalakan pelita di kawasan rumah.
Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan
pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum
keluarga.
Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
TADAO KEAMATAN
Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda
kesyukuran.
Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.


HARI GAWAI
Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
Menggantikan bendera suci di Gudwara.
Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)

Anda mungkin juga menyukai