Anda di halaman 1dari 3

1) KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ILAHI (ALLAH/GOD)

Amatlah penting umat Islam memahami Islam sebagai sistem kehidupan


yang menyeluruh (Islam sebagai cara hidupjIslam The Way of Life).


Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan
akhirat semata-mata, sedangkan asas kejadian manusia sendiri terdiri dari
dua unsur (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan dengan seadil-
adilnya.


Justeru itu, Islam perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sarna ada
kehidupan duniawi (dunia) dan persiapan ukhrawi (akhirat/judgement day).
Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28), ayat
77 yang bermaksud:



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-
limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan."








iii) Akidah yang dikehendaki adalah menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah bukan
semata-mata kepercayaan di hati sahaja, malah hendaklah disusuli dengan
ikrar dan pelaksanaannya dilihat menerusi amalan (as-Syeikh Muhammad bin
Salih al-'Uthaymin, 2004 : 21).



Oleh itu, AI-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dijadikan teras pegangan dan
rujukan. Gabungan beberapa unsur yang terdiri dari akidah (kepercayaanj
faith), syariah (perundanganjlegislative), akhlak, moral dan nilai-nilai murni
adalah teras perancangan pembangunan insan dan pengurusan sistem untuk
mencapai umat yang
- berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini turut disebut menerusi firman
Allah SWT dalam surah al-A'raaf (7) ayat 96 yang bermaksud:

"Dan (tuhan berfirman lagi) : sekiranya penduduk negeri itu, beriman
serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka
dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."



Secara prinsipnya, ketentuan beragama bagi orang-orang bukan Islam
terbahagikepada dua:




Ini ditegaskan di dalam firman Allah Ta' ala yang bermaksud:








i) Tiada paksaan dalam
agama
ii) Kebebasan beragama

i) "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)" (Surah al-Baqarah (2) ayat 256)

ii) "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Surah al-Kafirun (109)
ayat 6)



Gabungan ketiga-tiga unsur di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis
terhadap segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar
terutamanya dari aspek kelahiran dan kepercayaan ajaran-ajaran sesat yang
melemahkan umat Islam sendiri selain kepercayaan-kepercayaan tahyul dan
khurafat yang begitu berleluasa di kalangan umat Islam.

Sebagai balasan pelaksanaan menurut Islam yang hakiki, maka Allah akan
memberi balasan setimpal dengan amalan dan perlakuan manusia itu
sendiri. Ini boleh dilihat menerusi firman Allah Ta' ala;


i) Maka barangsiapa yang melakukan amalan kebajikan walau sebesar zarah
sekalipun, nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya) dan barangsiapa
yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan
dilihat-Nya (dalam surah amalnya).
(Surah Az-Zalalah (99) : 7-8)

ii) Dan (Tuhan berfirman lagi) : Kalau sekiranya penduduk negari itu
beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka
(pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi
tetapi mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab
seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah al-A'raf (7) : 96)

Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai negara
Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan
seadil-adilnya. Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11 Perlembagaan
negara yang memberi kebebasan beragama ke atas rakyat (Perlembagaan
Malaysia, 2000 : Bahagian Kedua per kara 11 dan fasal 4).

Anda mungkin juga menyukai