Kerajaan Yang Adil Dan Beramanah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Prof. Dr Hamka menyebut; "Adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya".

Ini
bermakna adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan
keperluan masing-masing. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl (16)
ayat 90 yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan
kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji
dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. "


Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan,
miskin, kaya atau perbezaan agama. Ini turut disebut menerusi beberapa kategori;

I) Firman Allah Ta'ala Dalam Surah Al-Ma'idah (5) Ayat 8 Yang Bermaksud:

". .. ..dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

ii) Sabda Rasulullah SAW

"Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya."
(2) KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH



iii) Peristiwa Saidina Vmar ketika menjadi Amirul Mukminin yang telah menghukum anak
beliau sendiri dengan hukuman sebat 100 rotan (dan wafat) akibat melakukan zina dengan
seorang perempuan yahudi.


iv) Peristiwa Saidina Ali ketika menjadi khalifah Islam pernah kehilangan baju besinya yang
ditanggalkan dalam suatu peperangan dan ditemui oleh seorang lelaki yahudi lalu
mengambil dan mendakwa baju tersebut menjadi miliknya. Dalam penghakiman yang
dilakukan di mahkamah Islam, hakim (Zaid bin Thabit) telah memberi kemenangan
pendakwaan kepada seorang yahudi tersebut walaupun Saidina Ali adalah seorang khalifah
dan sahabatnya.


Manakala amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan
kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini turut dirakamkan menerusi;

i) Firman Allah Ta'ala dalam surah an-Nisa' (4) ayat 58 yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di
antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT
dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah SWT sentiasa
mendengar lagi sentiasa melihat." ,

ii) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad; "Dan tidak beriman bagi
seseorang yang tidah amanah."

Selain itu, Islam Hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan
adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil,
amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) akan melahirkan negara yang baik, maju
dan dirahmati Allah SWT. Ini ditegaskan dalam surah Saba' (34) ayat 15 yang bermaksud
seperti berikut;

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk Saba' satu tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu : dua kumpulan kebun
(yang luas lagi subur). Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung
mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) : Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu
dan bersyukurlah kepada-Nya : (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan
makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun".

Anda mungkin juga menyukai