Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)

Nama Guru Habiba Nabihah bt Mustafa


Mata Pelajaran Kajian Tempatan
Kelas 6 Mawar
Tarikh 14 Ogos 2012
Masa 10.30 pagi- 11.30 pagi
Bilangan Murid 30 0rang
Tajuk Ekonomi Malaysia
Hasil Pembelajaran Murid menyedari pentingnya peranan setiap individu dalam
perkembangan ekonomi Negara.
Murid bersyukur dan menghargai kepesatan pembangunan
ekonomi turut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Analisis Pelajar





Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia
Ada
Gaya Pembelajaran
Murid-murid berada
dalam lingkungan
umur 12 tahun.
Berlatarbelakang tahap
sosio-ekonomi yang
sederhana. Berada
dalam kumpulan
sederhana dari segi
pencapaianakademik.
Hidup di kawasan desa
yang berteraskan
kegiatan pertanian,
perniagaan dan
perindusterian.
Pelajar terdedah
dengan pelbagai jenis
aktiviti ekonomi di
kawasan tempat
tinggal dan
persekitaran.
Pelajar cenderung kea
rah gaya pembelajaran
visual dan aktiviti
kumpulan .
Menyatakan objektif Di akhir pengajaran hari ini,

1. Pelajar dapat menerangkan jenis-jenis kegiatan ekonomi yang
terdapat di kawasan tempat tinggal mereka.
2. Pelajar dapat memberi pandangan tentang perkembangan
ekonomi dan kaitannya dengan pembangunan Negara.
3. Pelajar dapat mengemukakan cadangan melalui pembentangan
kumpulan mengenai peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan di
kawasan tempat tinggal mereka bersesuaian dengan persekitaran
sedia ada.


Memilih kaedah,
media dan sumber
Kaedah

Kuliah, sumbangsaran,
perbincangan
kumpulan.
Media

Tayangan video
Alat dan bahan sumber
yang diperlukan

Komputer dan LCD
Menggunakan media
dan bahan

Bahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh tayangannya
selama 10 minit. Video ini berjudul EKONOMI MALAYSIA. Ia mengandungi
gambar pegun, bahan grafik, rakaman video, teks dan audio.

Melibatkan pelajar


`
Set Induksi: (7 minit)
Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pekerjaan ahli
keluarga mereka.
Murid dikehendaki mengaitkan sumbangan pekerjaan berkenaan
dengan pembangunan ekonomi negara.

Langkah 1 : (10 minit)
Guru menerangkan mengenai jenis-jenis kegiatan ekonomi yang
terdapat di Malaysia.
Guru menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi sesuatu tempat.
Langkah 2 : (10 minit)
Guru menayangkan video klip EKONOMI MALAYSIA.
Langkah 3: (25 minit)
Berdasarkan tayangan video, murid dikehendaki berbincang
tentang kepentingan sumbangan ekonomi terhadap pembangunan
sesebuah negara secara berkumpulan.
Murid diminta mengenalpasti dan mencadangkan peluang
pekerjaan yang boleh diwujudkan di kawasan tempat tinggal
mereka.

Rumusan dan Penutup: (8 minit)
Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid.
Murid dikehendaki melengkapkan senarai semak mengenai
kegiatan ekonomi dan lokasinya berpandukan kawasan tempat
tinggal masing-masing.

Penilaian


Pencapaian murid dinilai dari,
Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan.
Edaran senarai semak kegiatan ekonomi dan lokasinya.
Penambahbaikan yang dibuat,
Menyediakan soalan pengukuhan kepada pelajar.
Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam
video klip berkenaan.