Anda di halaman 1dari 2

Kekuatan yang terdapat dalam jurnal

Kekuatan yang terdapat dalam jurnal perbezaan individu yang ditulis oleh
Rafidah Binti Sitan adalah beliau telah menyatakan dua faktor iaitu faktor baka
dan faktor persekitaran. Baka bermaksud sifat yang diwarisi daripada ibu bapa,
nenek-moyang, keturunan seperti warna kulit, rambut, bentuk badan dan lain -
lain. Contohnya, Ibu bapa cerdik lahirkan anak cerdik. Selain itu, perangai kanak-
kanak dipengaruhi baka. Di samping itu juga Ibu bapa cepat hilang akal lahirkan
anak yang kurang stabil emosi (pemarah).contoh lain seperti kembar seuri yang
dipelihara secara berasingan menunjukkan kecerdasan & temperamen yang
diwarisi.


Faktor kedua, iaitu faktor persekitaran. Persekitaran mempengaruhi aspek
Perbezaa Individu seperti budaya, norma, keluarga, media massa yang bersifat
soaial, kerohanian dan emosional. Faktor seperti amalan jagaan anak, kesihatan
dan permakanan, status SES dan kualiti sekolah. Contohnya, Anak Angkat.
Kajian mendapati IQ anak angkat adalah sama dengan IQ keluarga angkat
mereka. Menurut Baumrind (1980), tiga gaya pemeliharaan iaitu, autoritarian,
permisif (membiarkan),autoritatif) ibu bapa menyebab Perbezaan Individu.


Guru perlulah mengetahui kesedaran / kefahaman tentang masalah
perbezaan indivivu. Guru juga perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini
mempengaruhi semasa pengajaran & pembelajaran dijalankan.selain itu, guru
harus peka pada faktor penyebab perbezaan individu atau lebih beri perhatian
serius pada perbezaan individu. Guru juga terima hakikat bahawa setiap individu
itu berbeza dan berpengetahuan khas tentang perbezaan individu. Guru guru
juga harus sedari faktor perbezaan individu, kerana setiap pelajar adalah
berbeza dan guru perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan
batasan perbezaan tersebut.