Anda di halaman 1dari 6

Papan hijau

Info LINUS
Carta organisasi

Teratak LINUS
Rak fail
Papan kenyataan
Papan kenyataan

Meja guru

Sudut multimedia
Sudut pembelajarran
Rak buku
tingkap
tingkap
tingkap
pintu
tingkap
pintu
tingkap
2.1 pelan bilik darjah
















2.2 Perancangan Persekitan Fizikal
2.2.1 Meja guru
Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini
adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru
juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual
antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan
meja guru di belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan
putih semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga
dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut.
Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat
membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu,
kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat
untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

2.2.2 Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini
ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang
baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai
dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara
berkelompok di mana meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan
pengajaran berpusatkan murid. Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi
antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga
masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid
berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa
gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan secara
berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan
keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok
supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada
kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan
mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan
atau latihan selaras dengan pencapaian murid.

2.2.3 Sudut multi-media
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-
elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses
pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif
sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan
sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang
disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Sudut ini
diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan
guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk
memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan
bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media.
Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di
samping pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan
berlakunya kerosakan atau kemalangan.

2.2.4 Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut
ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan
murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi
suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku,
kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum
dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid
dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk
menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan.
Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh
dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas
digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh
mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat
Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan
dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di
dalam bilik darjah.

2.2.5 Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan
murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap
dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru
haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak
bertanggungjawab jika terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah
juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang tingkap untuk
mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru
hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

2.2.6 Meja bulat
Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian
belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang
mengenai aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.

2.2.7 Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan
semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini
perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal
makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang
meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid.
Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga
mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan
bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif.

2.2.8 Papan kenyataan
Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja
murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan.
Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas
membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan
kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat
melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka
dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar.
Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua
murid

2.2.9 Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-
murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.


2.2.10 Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti
pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai
peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya
kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan
segera apabila berlakunya kemalangan.

2.2.11 Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa.
Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan
beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih
murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.


2.2.12 Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan
bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.