THE IMPACT OF COMMUNITY BASED REHABILITATION AS IMPLEMENTED BY
COMMUNITY REHABILITATION FACILITATORSON PEOPLE WITH DISABILITIES, THEIR FAMILIES AND COMMUNITIES WITHIN SOUTH AFRICA Menurut Paul Chappell dan Christa Johannsmeier (2009), individu berkeperluan khas atau orang kurang upaya (OKU) dan keluarga mereka berhadapan dengan pelbagai halangan fizikal dan perlakuan daripada masyarakat sekeliling. Kadar peratus warga Afrika kurang upaya dengan populasi rakyat afrika adalah 5 hingga 6 peratus bersamaan 2.5 juta orang kurang upaya di Afrika. Perkiraan ini menunjukkan keperluan polisi dan servis yang sepatutnya diberikan kepada golongan berkeperluan khas ini. Sudah tiga dekad pemulihan dalam komuniti ini dilaksanakan sebagai satu strategi yang efektif untuk memberikan servis kepada individu kurang upaya dan keluarganya. Berdasarkan kertas kerja yang dikeluarkan oleh ILO, UNESCO dan WHO, Pemulihan dalam komuniti (PDK) lebih dikenali sebagai Community Base Rehabilitation atau singkatannya CBR. CBR adalah strategi dalam pembangunan masyarakat umum untuk pemulihan, kesamaan peluang dan inklusi sosial untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pemulihan dalam komuniti (PDK) atau CBR dilaksanakan melalui usaha bersama orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat, dan perkhidmatan kesihatan pendidikan, vokasional dan perkhidmatan sosial. Pelaksanaan CBR tidak seperti pemulihan konvensional yang bertumpu kepada perkhidmatan perubatan dan institusi, pemulihan dalam komuniti lebih kepada rangka kerja perkembangan masyarakat dengan golongan kurang upaya. Disebabkan orang kurang upaya memainkan peranan yang paling penting di dalam perancangan dan pelaksanaan PDK, Organisasi orang kurang upaya telah mengkritik individu professional yang telah melaksanakan PDK tanpa berbincang terlebih dahulu dengan orang kurang upaya dan keluarganya. Tambahan pula, terdapat kes dimana PDK dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pemulihan semata-mata. Kesamarataan peluang dan inklusi sosial orang kurang upaya tidak dititikberatkan. Disebabkan kekangan peruntukan kewangan dan kekangan dalam mendapatkan pekerja sosial professional untuk bekerja dalam komuniti, kebanyakkan PDK atau CBR di Afrika menggunakan pekerja separah professional yang dikenali sebagai fasilitator pemulihan komuniti (CRFs). Fasilitator ini berperanan bukan sahaja dalam aspek fizikal dan sosial dalam pemulihan orang kurang upaya, malah mereka berperanan meningkatkan kesedaran akan hak asasi orang kurang upaya dalam struktur masyarakat. Untuk menilai keberkesanan fasilitator pemulihan komuniti (CRFs) terhadap pelaksanaan PDK di Afrika, satu kajian dilakukan oleh Solarsh terhadap impak CRF kepada orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat di kawasan luar bandar KwanZulu Natal, Afrika Utara. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan fasilitator pemulihan komuniti (CRFs) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang kurang upaya dan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap orang kurang upaya. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Paul Chappeli dan Christa Johannsmeier, impak CRF lebih banyak dilihat pada diri orang kurang upaya. Ini melibatkan praktikal PDK seperti lawatan kerumah, latihan fizikal dan bantuan dalam kehidupan seharian. Ini telah meningkatkan keupayaan kendiri dalam aktiviti kehidupan seharian, integrasi sosial dan pergerakan orang kurang upaya. Antara signifikan CRF adalah khidmat kaunseling dan nasihat yang diberikan serta cara mereka berkerja dengan orang kurang upaya. CRF juga berupaya memenuhi keperluan fisikologi orang kurang upaya kerana pusat pemulihan dalam komuniti lebih banyak memberi fokus kepada keperluan fizikal orang kurang upaya. Hasil kajian juga mendapati sesi kaunseling oleh CRF mempunyai impak terhadap jati diri, keyakinan diri dan penerimaan orang kurang upaya terhadap kekurangan yang dialami. Dari aspek sosial dan masyarakat, CRF juga telah meningkatkan akses fizikal kepada beberapa bangunan awam dimana ianya dapat meningkatkan intergasi sosial orang kurang upaya. CRF juga telah Berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat setempat terhadap hak-hak orang kurang upaya dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan komuniti. Hal ini dapat mengurangkan tingkah laku dan tanggapan negatif masyarakat terhadap orang kurang upaya Secara kesimpulan, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan fasilitator pemulihan komuniti (CRFs) dari aspek individu, masyarakat dan negara. Peranan CRF dilihat penting kerana dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap matlamat dan strategi pelaksanaan pemulihan dalam komuniti (PDK).
Bina Keluarga Lansia Atau BKL Adalah Kelompok Kegiatan Yang Dilakukan Untuk Meningkatkan Pengetahuan Dan Keterampilan Keluarga Yang Memiliki Lanjut Usia
Pembedahan Skoliosis Lengkap Buku Panduan bagi Para Pasien: Melihat Secara Mendalam dan Tak Memihak ke dalam Apa yang Diharapkan Sebelum dan Selama Pembedahan Skoliosis
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu