Anda di halaman 1dari 49

KONSEP ASAS INTEGRASI

DAN PERPADUAN NASIONAL

1
Pengenalan
 INTEGRASI NASIONAL adalah proses
mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan dan sosial dalam satu unit.
 INTEGRASI SOSIAL adalah suatu proses
menyatupadukan pelbagai kumpulan
kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti bersama dengan menghilangkan
perbezaan dan identiti masing-masing.
2
Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia
khususnya di antara negeri-negeri di
Semenanjung dengan Negeri Sabah dan
Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa
Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri
berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara.
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

3
Perpaduan Negara
Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai
kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup
dengan aman sebagai satu bangsa yang
bersatu dengan memberi komitmen yang
penuh kepada identiti kebangsaaan
berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

4
Konsep Bangsa Malaysia
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai
satu masa depan yang sama dan
diperkongsikan.
Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah
atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan
harmoni dan berkongsi dengan cara yang
sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang
kesetiaannya, politik dan kebaktiannya
tertumpu kepada bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

5
…sambungan
 Social integration, in sociology and other
social sciences, is the movement of minority
groups such as ethnic minorities, refugees
and underprivileged sections of a society into
the mainstream of the society. Members of
the minority groups thus gain full access to
the opportunities, rights and services
available to the members of the mainstream.
 In sociology, social integration usually goes
hand in hand with social solidarity.

6
…sambungan
 Integrasi Sosial adalah pergerakan sama ada
dalam kumpulan etnik minoriti, pelarian dan
golongan2 tertentu kepada satu kumpulan
yang utama (mainstream). Mereka yang
temigrasi tadi akan mendapat peluang,
keadilan dan bantuan sebagaimana golongan
utama.
 Dalam sosiologi, integrasi sosial akan menuju
kepada Perpaduan Sosial (Social Solidarity).
7
…sambungan
 Oleh itu, Integrasi Sosial adalah merupakan
usaha pembentukan satu identiti di kalangan
warganegara.
 Keadaan ini berlaku apabila sesebuah negara
berkenaan mempunyai masyarakat yang
pelbagai lapis/ras (heterogenous).
 Konsep heterogenous ini dikenali dengan
panggilan masyarakat majmuk dan pertama
kali diperkenalkan oleh J.S. Furnivall 1948.
8
Masyarakat / Komuniti
 “A group of humans broadly distinguished
from other groups by mutual interests,
participation in characteristic relationships,
shared institutions, and a common culture”

Satu kelompok manusia yang berbeza dari


kelompok lain dari segi kepentingan bersama,
penyertaan dalam perhubungan yang
mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam
dalam institusi yang dikongsi bersama, dan
mengamalkan budaya yang sama.
(http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/soci
ety)
9
Masyarakat / Komuniti
 Satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah
negari atau wilayah, dan mempunyai adat
resam, undang-undang, serta organisasi yang
dikongsi bersama.

“a particular community of people living in a


country or region, and having shared customs,
laws, and organizations”
(http://www.askoxford.com/concise_oed/society)

10
Ciri-ciri Masyarakat/Komuniti
 Tinggal di negeri/wilayah tertentu
 Berkongsi Budaya
 Berhubungan dan berkerjasama
antara satu sama lain
 Menganggotai institusi dan
organisasi bersama
 Mendokong undang-undang
bersama
11
Komuniti / Masyarakat
(Gemeninschaft/Gesellschaft)
 Dipelopori oleh ahli Sosiologi Jerman, Ferdinand
Tonnies.
 Gemeinschaft merangkumi interaksi sosial dalam
komuniti yang melibatkan hubungan primary yang
rapat dan bersemuka (face-to-face) di mana tradisi
dan matlamat yang sama juga wujud.
 Gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang
mempunyai hubungan2 sosial yang lebih specific,
impersonal dan instrumental. Hubungan sosial yang
terlibat adalah secondry dan hanya melibatkan
sebahagian darijumlah individu dalam sesuatu
kumpulan itu.

12
…sambungan
 Max Weber mengaitkan ke dua-dua konsep
ini dengan proses integrasi pelaku ke dalam
sesuatu komuniti / masyarakat.
 Asas bagi proses integrasi yang akan
mengakibatkan Gemeinschaft / Komuniti ialah
perasaan kekitaan yang dialami oleh
pesertanya.
 Asas bagi proses yang akan mengakibatkan
Gesellschaft / masyarakat ialah melibatkan
perkiraan atau hubungan kepentingan.
13
Masyarakat Majmuk
 Masyarakat majmuk ialah masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kelompok
ras/etnik yang berlainan yang berada di
bawah satu sistem pemerintahan. Ciri-
ciri utama dalam masyarakat ini adalah
konflik, percanggahan dan paksaan.

14
Masyarakat Majmuk
 Masyarakat majmuk disamakan dengan
konsep PLURALISME (kemajmukan).
Tradisi yang dipegang dalam konsep ini
adalah menganggap pluralisme sebagai
suatu keadaan di mana pembahagian
kuasa wujud di antara kelompok2 yang
disatukan dengan perasaan taat setia,
nilai bersama dan imbangan kuasa.

15
Masyarakat Majmuk
 J.S. Furnivall
 Masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa
dan adat resam yang tersendiri.
 Van den Berghe
 Ketiadaan konsensus nilai.
 Kepelbagaian Kebudayaan.
 Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan.
 Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem
sosial.
 Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi ekonomi
sebagai dasar integrasi.
 Dominasi politik oleh satu golongan tertentu.
 Hubungan di antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental,
utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.

16
…sambungan
 Pendekatan Fungsional
 Masyarakat wujud atas dasar konsensus dan
nilai bersama.
 Kritikan mengenai konsep masyarakat
majmuk oleh ahli fungsional:
i. Teori masyarakat majmuk mengabaikan
perpaduan asas yang wujud dalam masyarakat.
ii. Dari segi kaedah teori masyarakat majmuk
menganalisa sistem sosial berdasarkan bidang
kebudayaan. Ini adalah satu pendekatan yang
tidak sesuai dan mengelirukan.

17
iii. Teori masyarakat majmuk mengabaikan
kenyataan sosial kerana tidak menghiraukan
berbagai ikatan yang wujud di antara anggota
dari kelompok-kelompok yang berlainan, baik
sebagai individu maupun sebagai kelompok.
Selain dari itu, teori masyarakat majmuk
memberi keutamaan kepada perpaduan yang
ada dalam tiap-tiap kelompok masyarakat
sehingga mengabaikan perpecahan.

18
iv. Masyarakat majmuk bukannya satu
masyarakat istimewa. Ianya tidak
banyak bezanya daripada masyarakat
yang mempunyai susun lapis yang
kompleks atau masyarakat yang
menghadapi masalah2 minoriti. Justeru
itu suatu teori atau pendekatan
istimewa tidak diperlukan untuk
menghuraikan masyarakat majmuk.
19
Kelompok Social (Social
Group)
 Kelompok sosial merupakan satu kelompok individu
yang mempunyai identiti yang sama, perasaan
kekitaan, matlamat yang sama, serta hubungan
sosial yang tertentu.
 T.B. Bottomore (Sociology: a guide to problem and
literature) mendefinisikan kelompok sosial sebagai
satu kelompok sosial yang mempunyai dua individu:
i- wujudnya hubungan tertentu di antara individu2 tersebut.
ii- tiap-tiap kumpulan itu sedar akan kumpulan itu serta
simbolnya.
 Contoh kelompok sosial adalah keluarga, parti politik,
kesatua sekerja dan negara.

20
Konsep Ras
 The term race distinguishes one population of
humans (or non-humans) from another. The
most widely used human racial categories are
based on visible traits (especially skin color
and facial features), genes, and self-
identification.
(http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/race)

 Istilah ras membezakan satu penduduk manusia (atau


bukan-manusia) dengan yang lain. Kategori yang lazim
digunakan bagi membezakan penduduk manusia adalah
sifat visible (terutamanya warna kulit dan bentuk
muka), baka, dan pengenalan diri

21
 Perbincangan berkaitan konsep
Integrasi dan Perpaduan Nasional
seharusnya membincangkan aspek:
 Proses Sosialisasi
 Proses Pembudayaan

22
Socialization / Sosialisasi
 Sosialisasi adalah sebuah proses
penanaman atau transfer kebiasaan atau nilai
dan aturan dari satu generasi ke generasi
lainnya dalam sebuah kelompok atau
masyarakat. Sejumlah sosiolog menyebut
sosialisasi sebagai teori mengenai peranan
(role theory). Karena dalam proses sosialisasi
diajarkan peran-peran yang harus dijalankan
oleh individu.

23
Jenis-jenis Sosialisasi
sosialisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk
iaitu Sosialisasi Primer (dalam keluarga) dan
sosialisasi sekunder (dalam masyarakat).
Menurut Goffman kedua proses tersebut
berlangsung dalam institusi total, iaitu tempat
tinggal dan tempat bekerja. Dalam kedua
institusi tersebut, terdapat sejumlah individu
dalam situasi yang sama, terpisah dari
masyarakat luas dalam jangka waktu kurun
tertentu, bersama-sama menjalani hidup yang
terkonkong, dan diatur secara formal.

24
Sosialisasi Primer
 Peter L. Berger dan Luckmann
mendefinisikan sosialisasi primer sebagai
sosialisasi pertama yang dijalani individu
semasa kecil dengan belajar menjadi anggota
masyarakat (keluarga). Sosialisasi primer
berlangsung saat anak berusia 1-5 tahun atau
saat anak belum masuk ke sekolah. Anak
mulai mengenal anggota keluarga dan
lingkungan keluarga. Secara bertahap dia
mulai mampu membedakan dirinya dengan
orang lain di sekitar keluarganya.

25
Sosialisasi Sekunder
 Sosialisasi sekunder adalah suatu proses
sosialisasi lanjutan setelah sosialisasi primer
yang memperkenalkan individu ke dalam
kelompok tertentu dalam masyarakat. Salah
satu bentuknya adalah resosialisasi dan
desosialisasi. Dalam proses resosialisasi,
seseorang diberi suatu identiti diri yang baru.
Sedangkan dalam proses desosialisasi,
seseorang mengalami 'pencabutan/
kehilangan' identiti diri yang lama.

26
Agen-agen Sosialisasi
 Keluarga
 Kawan-kawan
 Media massa
 Sekolah
 Lain-lain: jiran-jiran, agama,
kesukanan, tempat kerja dll.

27
Budaya
 Keseluruhan yang kompleks yang terkandung
di dalamnya pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam,
dan lain-lain keupayaan serta kebiasaan yang
diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.

“that complex whole which includes


knowledge, belief, art, law, morals, custom
and any other capabilities and habits acquired
by humans as members of society (Edward
Tylor,1871)

28
…sambungan
 Sistem kepercayaan, nilai, adat resam, tingkahlaku, dan
artifak yang dikongsi bersama oleh anggota
masyarakat, dan digunakan untuk urusan sesama
mereka dan juga untuk menghadapi hidup di dunia.
Perkara-perkara diperturunkan dari satu generasi
kepada generasi yang lain melalui pembelajaran

“The system of shared beliefs, values, customs,


behaviors, and artifacts that the members of society use
to cope with their world and with one another, and that
are transmitted from generation to generation through
learning.”
(http://www.umanitoba.ca/faculties/arts/anthropology/courses/122/module1
/culture.html

29
Ciri-ciri utama budaya
 Diperturunkan dari generasi ke generasi
 Dikongsi bersama (shared)
 Dipelajari (learned)
 Menggambarkan nilai dan identiti
kelompok
 Menyediakan kerangka rujukan bagi
satu-satu masyarakat
 Bersifat dinamis serta kreatif

30
Sub-budaya
 Sub budaya ialah nilai-nilai dan sikap sesuatu
kumpulan yang membezakannya dengan
kumpulan budaya lain (budaya utama).

Subculture
The values and related behaviors of a group
that distinguish its members from the larger
culture; a world within a world. (James M.
Henslin, 48)

31
Countercultures
 Countercultures ialah nilai-nilai, kepercayaan
dan tingkahlaku yang bertentangan dengan
budaya utama (luas).

Countercultures
A group whose values, beliefs, and related
behaviors place its members in oppositions to
the broader culture. (James M. Henslin, 49)

32
Stratifikasi Sosial (Social
Stratification)
 The division of large numbers of people into
layers according to their relative power,
property and their prestige; apply to both
nations and to people within a nation, society
or other group. (James M. henslin, 231)

Situasi dimana masyarakat dibahagikan


berdasarkan kepada perbandingan sama ada
kuasa, kekayaan dan prestige. Ia berlaku
dalam satu-satu bangsa, masyarakat dan
satu-satu kumpulan (group)
33
Kelas Sosial (Social Class)
 Konsep ini sukar nak diterangkan. Namun jika
dikaitkan dengan kehidupan harian ia
mungkin bermakna segolongan individu yang
mempunyai kedudukan yang sama dari segi
kuasa politik, kekayaan, pendapatan,
martabat, pekerjaan atau hubungan dengan
punca2 pengeluaran. Ia berkait rapat dengan
kekayaan, kuasa dan status sesuatu
kumpulan kelas.

34
Institusi Sosial (Social
Institutions)
 Social Institutions is the organized,
usual or standard ways by which society
meet its basic needs.
 Contoh: keluarga, agama, pendidikan,
ekonomi, perubatan, politik,
perundangan, sains ketenteraan, media
dll.

35
Nilai (Value)
 Nilai merupakan satu prinsip utama
yang menyediakan anggota masyarakat
dengan satu ukuran / standard untuk
membuat pengadilan dan pemilihan
mengenai tindakan dan matlamat yang
tertentu.

36
…sambungan
 Menurut Clyde Kluckhodn, nilai adalah suatu
standard yang agak berkekalan dari segi
masa, atau dalam pengertian yang luas suatu
standard yang mengaturkan satu sistem
perlakuan. Nilai juga merupakan satu
keutamaan (preference) iaitu sesuatu yang
lebih disukai baik mengenai hubungan sosial
maupun mengenai matlamat2 serta ikhtiar
untuk mencapainya.

37
Norma Sosial (Social Norm)
 Norma Sosial merupakan kelakuan yang standard
yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan
anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya.
 Penerimaan terhadap norma sosial adalah penting
untuk mewujudkan perpaduan sesuatu kelompok
atau masyarakat.
 Contoh norma sosial dalam masyarakat seperti
larangan terhadap pembunuhan, pencurian dan
perompakan.
 Tingkahlaku yang bertentangan dengan norma
sosial/ tidak mematuhi norma sosial
dianggap/dikenali sebagai devience .
38
…sambungan
 Norma sosial wujud akibat dari interaksi
sosial. Ia mencerminkan jangkaan bersama
mengenai tingkah laku dakam sesuatu
kelompok.
 Norma sosial dipelajari melalui proses
sosialisasi dan internalisasi.
 Ia tidak tetap dan berubah-ubah dari masa ke
semasa.
 Ia dipengaruhi oleh kawalan sosial (social
control) dalam bentuk folkways dan mores
yang telah dipopularkan oleh W.G. Summer.
39
Devien
 The violation of rules or norms.

 Jadi, dalam masyarakat yang


menganggap kejujuran sebagai satu
standard kelakuan/norma, maka
penipuan adalah devience.

40
Konflik Sosial (Conflict Social)
 Konflik sosial adalah pertentangan secara
langsung dan sedar di antara individu atau
kumpulan untuk mencapai matlamat
bersama.
 Untuk mencapai matlamat bersama ini, pihak
lawan yang terlibat dalam sesuatu konflik itu
perlu ditewaskan terlebih dahulu.
 Dalam situasi konflik, oleh kerana timbulnya
permusuhan yang kuat, kerap kali penewasan
lawan dianggap lebih penting dari pencapaian
matlamat.
41
Keseimbangan Sosial (Social
Equalibrium)
 Dalam bidang sains sosial konsep ini
membawa pengertian harmoni dan
penyesuaian di antara bahagian-bahagian
sesuatu sistem sosial yang dianggap sebagai
satu keseluruhan yang bersifat integrasi.
 Pelopor konsep ini adalah Herbert Spencer.
Kemudian konsep ini digunakan dengan lebih
teratur oleh Vilfredo Pareto dalam bukunya
The Mind and Society.
42
Kesepaduan Sosial (Social
Cohesion)
 Kesepaduan sosial adalah keadaan di mana anggota
kelompok atau masyarakat bersatu padu akibat dari
interaksi dan ikatan sosial yang tertentu.
 Apabila wujud tingkat kesepaduan yang tinggi, anggota
kelompok yang berkenaan mempunyai perasaan kekitaan
(espirit de corp) di antara satu dengan lain.
 Kesepaduan sosial juga melibatkan kesepakatan
berhubung dengan matlamat, nilai, norma dan peranan
sesuatu kelompok itu.
 Konsep ini banyak dibincangkan oleh Auguste Comte dan
Durkheim.
 Antara buku Durkheim yang mendapat perhatian adalah
the division of labour in society, suicide dan elementary
forms of religious life.
43
Kerjasama (Cooperation)
 Kerjasama ialah interaksi sosial yang
melibatkan individu atau kelompok
dalam membuat tindakan bersama bagi
mencapai matlamat yang sama.

44
Diskriminasi
 Diskriminasi bermakna layanan yang
berbeza-beza terhadap individu atau
kumpulan atas dasar-dasar tertentu,
seperti ras, kebudayaan, jantina,
agama, atau kelas sosial.

45
Etnosentrisme
(Ethnocentrism)

 Percaya bahawa sifat dalaman satu-satu kelompok


etnik atau budaya seseorang itu adalah superior dari
kelompok atau budaya orang lain (the belief in the
inherent superiority of one's own ethnic group or
culture)
 Kecenderungan melihat kelompok atau budaya asing
dari kacamata budaya sendiri
(a tendency to view alien groups or cultures from the
perspective of one's own)
(http://www.infoplease.com/dictionary/ethnocentrism)

46
Prasangka (Prejudice)
 Prasangka adalah satu sikap yang kurang
baik (atau yang baik) terhadap individu atau
kelompok oleh kerana ciri-ciri yang tertentu
spt ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas.
 Prasangka biasanya berbentuk prejudgement
(sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum
ditinjau fakta2 yang berkenaan).
 Namun begitu, sikap atau penilaian itu tidak
berubah walaupun individu tersebut terdedah
dan dicabar oleh pengetahuan dan bukti2
yang baru.
47
Akomodasi (Accommodation)
 Akomodasi adalah satu proses apabila
kelompok2 yang berkonflik bersetuju
untuk menghentikan atau mengelakkan
konflik dengan mengadakan interaksi
secara aman damai baik untuk
sementara atau selamanya.

48
Asimilasi (Assimilation)
 Proses pencantuman dan penyatuan di
antara kelompok atau individu dari
berlainan kebudayaan supaya menjadi
satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama.

49

Anda mungkin juga menyukai