Anda di halaman 1dari 2

1)Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking.
Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak
terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai
dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali
yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana
apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain
sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain
untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan
sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada
hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada
tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana
dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat
pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali
di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain
mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali
akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat
atau menegak uri.
2)Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul
akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan
seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh
mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan,
iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah
dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah
tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa
gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing
tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan
pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah.
Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.
Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan
diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke
arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum
dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada
dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.
Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.
3)Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian
dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang
ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam
apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah
tebang.
gggg

Anda mungkin juga menyukai