Anda di halaman 1dari 1

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

APAKAH SKPM ?
Alat atau instrumen untuk menentukan satu sukatan aras atau tahap kecemerlangan sekolah

EVOLUSI SKPM
2001 - Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP)
2003 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - Sekolah (SKPM)
2010 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010)






Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117 (a) memperuntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah tanggungjawab bagi
memastikan taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.
Menyedari pentingnya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berkesan, JNJK telah memperkenalkan satu
standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif yang dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) 2010. SKPM 2010 mengandungi lima Standard yang merangkumi semua aspek yang menjurus
kepada pewujudan kualiti pendidikan yang memuaskan iaitu :

PERNYATAAN :

STANDARD 1
Kepimpinan sekolah berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dan berupaya menggembleng dan
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran (P&P)

STANDARD 2
Organisasi sekolah diuruskan dengan mengambil kira potensi dan keperluan staf, kemudahan sumber dalaman
dan memanfaatkan sumber luaran supaya sekolah dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan.

STANDARD 3
Bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid diurus dengan cekap dan berkesan bagi
memastikan sekolah berfungsi sebagai institusi pembelajaran dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

STANDARD 4
Guru merancang dan malaksanakan proses P&P yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk
memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan

STANDARD 5
Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

5 STANDARD
1. KEPIMPINAN DAN HALATUJU
2. PENGURUSAN ORGANISASI
3. PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWAL MURID
4. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
5. KEMENJADIAN MURID

Anda mungkin juga menyukai