Anda di halaman 1dari 2

Terdapat beberapa keburukan apabila kita menggunakan bahan elektronik

seperti komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertama, guru


memerlukan kemahiran yang khusus, mendalam dan mencukupi untuk
mengunakan kaedah ini. Guru memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu untuk
mereka bahan dan perisian yang akan digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan guru terhadap bahan komputer masih belum
mencukupi untuk mengabungkan teknologi dengan pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana elemen yang penting dalam
mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan
implikasi berhubung dengan teknologi. Masih terdapat guru yang tidak mahir
dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang
latihan. Oleh yang demikian, dalam pembinaan dan pelaksanaan pengajaran
berasaskan komputer, guru mestilah menguasai cara mengintegerasikan
pengajaran yang dirancang dengan teknologi yang serba canggih pada masa
kini.
Kedua, penggunaan bahan bantu mengajar komputer memerlukan kos
yang sangat tinggi untuk dilaksanakan. Pengajaran berbantukan komputer
memerlukan masa yang lama Sehubungan dengan itu, jelas menunjukkan
bahawa pengajaran berbantukan komputer mengambil masa yang lama dalam
peringkat pembinaannya. Di samping itu, kemudahan teknologi maklumat juga
tidak mencukupi dalam kebanyakan sekolah. Pengintegrasian teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang
mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan
penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi
maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan
pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Peruntukan
kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan
kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tertentu menjadi salah satu
punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian pelajaran dengan
teknologi.

Ketiga, kadang-kala akan berlaku masalah penyalahgunaan komputer dalam
kalangan pelajar. Misalnya ketika guru tidak ada untuk memantau pelajar, pelajar
tersebut akan mengambil kesempatan dengan melayari laman sesawang
berunsurkan lucah dan gangsterisme. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini
perasaan ingin tahu mereka terlalu tinggi. Ini mengakibatkan mereka berani
membuka laman web yang tidak sepatutnya semata-mata ingin melunaskan
perasaan ingin tahu mereka. Penyalahgunaan komputer ini juga akan
membawa kesan yang lebih buruk seperti jenayah komputer, virus dan
keselamatan perisian. Kemungkinan komputer yang digunakan boleh dijangkiti
virus sekiranya pelajar membuka laman wab yang tidak sepatutnya. Dari sudut
keselamatan perisian, ada pelajar yang panjang tangan akan mencuri bahagian-
bahagian komputer tertentu.