Anda di halaman 1dari 9

10.

1 Teknik Drama
Menurut Sir John Pollock (1958), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku penyatuan
antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau
meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan,
dan klimaks serta kesimpulan.
Antara teknik drama ialah mimos,arca, improvisasi, main peranan, simulasi, teater
bercerita, pentomin, mestamu, dikon.
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di
samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Teknik drama:
1. Mimos
2. Arca
3. Improvisasi
4. Main peranan
5. Simulasi
6. Teater bercerita
7. Pentomin
8. Mestamu
9. Dikon

1. Mimos
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi
menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.Penonton
membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang
tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.

Bahan untuk aktiviti :
Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.
Contoh aktivti mimos :

i. Individu
Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.
a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup
kencang.
b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

ii. Berpasangan
Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi
spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)
a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.
b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

2. Arca
Patung yang menyerupai seseorang
Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera
Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal
Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera

3. Improvisasi
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian ,
keadaan/situasi dalam kehidupan seharian.
Contoh aktiviti :
Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal
berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di
beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan
oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar.Anaknya tidak pulang-
pulang tetapi perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan
semua wang untuk perkahwinan anaknya kelak.

4. Main peranan
Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa,
novel,cerita atau situasi.
Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa
yang sesuai.
Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.
5. Simulasi
Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta
dipersembahkan di dalam bilik darjah.Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian,
pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid.

Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan




6. Teater bercerita
Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan
antara pencerita dengan pelakon. Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh
bulatan. Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh
keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh
pencerita.



7. Pentomin
Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi
lakonan tersebut.
Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk
menghafal dialog.
Contoh aktiviti :
Peristiwa malam kemerdekaan negara

8. Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau
puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

9. Dikon
Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud
sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.



10.2 Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya.
Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan




10.3 Teknik Latih Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin
ketekalannya.
Teknik latih tubi sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

i. Sebutan (accent)
Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

ii. Tatabahasa (grammer)
Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum tatabahasa daripada semua
aspek.

iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)
Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteks
dalam situasi tertentu.

iv. Kefasihan (fluency)
Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.

v. Kefahaman (comprehension)

Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.

Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.



10.4 Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh bercerita tanpa alat atau dengan menggunakan alat sebagai bahan
bantu.




10.5 Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Pelakon-
pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar
lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.


10.6 Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran