Anda di halaman 1dari 32

NILAI-NILAI

UNIVERSAL
DALAM
TAMADUN
KUMPULAN 5
LOGES
KOVARNAN
KOAY BEE LENG
Pendahuluan

Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah
tamadun bergantung kepada perkara yang
menjadi pegangan secara menyeluruh dalam
tamadun tersebut.

Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu
yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan
oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu.
Manakala tamadun selain Islam menjadikan
manusia sebagai objeknya. Ini termasuk batas
keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka
dialah yang berkuasa.

Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan
dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin,
amalan agama, ciri keturunan dan budaya.

Konsep Nilai

Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti,
mutu, taraf dan sifat ketinggian.

Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-
nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum
atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan
identiti kaum atau tamadun tersebut.

Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul
disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi
budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama
masyarakatnya.


Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya
merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian.

Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya
tersendiri yang membezakan antara satu tamadun
dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-
nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun.

Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima
umum dalam semua masyarakat.
[1]
Terdapat beberapa
nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang
mewujudkan persamaan dan perbezaan.


Nilai-nilai

Universal Tamadun
Peranan agama dalam semua tamadun sangat
penting kerana ia membantu memantapkan
struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun.

Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah
tamadun yang menitikberatkan persoalan
ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan
wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan
penggerak kepada dinamisme sesebuah
tamadun.


1.Nilai Kepercayaan
2.Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat
utama, pada kebanyakkan tamadun khususnya Barat
sehingga menghalalkan semua perkara bagi
mencapai matlamat nilai kebendaan.

Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu
berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan
hukum halal dan haram serta mendapatkan
keredhaan Allah.

Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan
pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan
hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah.
Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba,
menipu, menyorok barang, rasuah dan
sebagainya adalah diharamkan dalam Islam.


Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan
berada di bawah paras kemiskinan dan ditakuti
dengan kemiskinan akan membawa kepada
kekufuran seperti yang diingatkan oleh
Rasulullah.
3.Nilai Kerja
Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja.
Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat
kepada keuntungan dari segi kebendaan
berbanding etika kerja sebenarnya.

Masyarakat Jepun dan Korea yang sering
dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin
dan beretika seperti juga yang dituntut dalam Islam
namun ianya tetap terarah kepada kepentingan dan
keuntungan dunia.
[1]

Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah
berlandaskan tuntutan syariat dan mencari
keberkatan daripada Allah s.w.t.


4.Nilai Kemanusiaan
Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang
mementingkan penghormatan terhadap hak-hak
asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan
wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu
memahami hakikat kejadian manusia secara
menyeluruh.
[1]

Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang
perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai
nilai tambah.

Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar
masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang
mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut,
kasih sayang, adil dan sebagainya

Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan
yang paling murni. Tanpa kasih sayang,
segala urusan akan pincang. Maksud sabda
Rasulullah s.a.w: Tidak sempurna iman
seseorang dari kamu sehingga ia suka
saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa
yang ia sendiri suka mendapatnya

Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai
masyarakat ialah orang yang hidup untuk
dirinya dan untuk orang lain serta memikirkan
kebaikan ummah. Kasih sayang sesama
manusia menguatkan hubungan sesama
manusia walaupun berlainan agama dan
bangsa.
Semua tamadun menerima kepentingan ilmu
pengetahuan dalam membangun dan membina
sesebuah tamadun. Bangsa yang meneroka dan
menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan
tamadun yang gemilang

Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu
yang pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5).

Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang
kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam
tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh
Allah sebagai ummah wasatan iaitu umat yang
mampu meneroka dan membangun alam ini dengan
ilmu yang dipelajari.
5.Nilai Keilmuan
6.Nilai Akhlak
Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang
menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia
kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan
mementingkan diri.

Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk
menyempurnakan akhlak manusia, sebagaimana
maksud hadis Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia

Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak
manusia.
Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi
hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia
dan makhluk lain termasuk alam persekitaran.

Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan
li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang menekankan
peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga
perhubungan manusia dengan Tuhan, sesama
manusia dan perhubungan politik.

Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep
zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia perlu
hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai
jalan penyelesaian.

Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan
konsep Dharma (jalan kehdupan berlandaskan
kebenaran)
[1]
dan karma (apa yang dialami manusia
adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang);

perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan
perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk.
Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa
iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula.
[2]



7.Nilai Keadilan
Nilai keadilan amat besar ertinya dalam kehidupan dan
perhubungan manusia kerana ianya mampu mewujudkan keamanan
dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Sebagai contoh kerajaan yang melaksanakan keadilan sosial akan
membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat di mana
menghadkan monopoli golongan kaya dan meningkatkan pendapatan
golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang
perbezaan.

Ini bermakna kekayaan tidak hanya dinikmati oleh golongan kaya
malah turut dirasai oleh golongan miskin.
[1]



8.Nilai Kekeluargaan
Menurut Malik bin Nabi untuk membina sebuah tamadun, ianya
bermula dengan membina masyarakat yang berperadaban dan
untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga
yang dimaksudkan lazimnya keluarga extended yang mempunyai
hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan
lelaki.

Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan
konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian terhadap
konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan
bertentangan dengan keadilan.

Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih
sayang dan saling hormat menghormati. Ini bermakna kedudukan
wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap
mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing
dalam lingkungan kasih sayang dan hormat menghormati.
[1]

9.Nilai Alam Sekitar
Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip
yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar
dianggap sebagai anugerah tuhan.


Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah
berkewajipan memelihara alam dari sebarangn
kerosakan.

Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada
sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar
sehingga alam sekitar disembah dan dilihat sebagai
Divine Power.
[1]




CIRI-CIRI PERSAMAAN
Semua agama menekankan konsep Ketuhanan.

Semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan
tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-
pengikutnya.

Agama Islam dan Kristian mempunyai persamaan dari segi
hidup selepas mati dan balasan pada hari akhirat. Begitu juga
konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan.

Dalam agama Hindu dan Buddha terdapat konsep kelahiran
semula dan Karma, iaitu pembalasan yang setimpal dengan
usaha dan perlakuan manusia.

CIRI-CIRI PERBEZAAN
Manifestasi Ketuhanan yang berbeza dalam setipa
agama.

Contohnya, Islam mengaku hanya Allah SWT Tuhan
yang sebenar dan tidak boleh dikaitkan atau disekutukan
dengan manusia atau benda.
Dalam agama Hindu Tuhan digambarkan dengan
pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa.


Konsep reinkarnasi/penjelmaan semula. Walaupun
agama Buddha terbentuk dalam kerangka agama Hindu,
konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu.
PENDIDIKAN
Bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu.

Apa yang membezakan antara agama-agama dengan tamadun
lain ialah cara bagaimana transformasi itu dilakukan dan
elemen yang dipentingkan.
Contoh:

> Dalam Tamadun Islam, konsep Tauhid memainkan peranan
penting dalam transformasi manusia.

> Ajaran Buddha dan Hindu, transformasi sifat dapat dicapai
melalui proses mencari diri sendiri (self discovery)
EKONOMI
Tamadun
Islam
Prinsip halal dan haram
Penipuan, riba, rasuah dan sebarang bentuk
penyelewengan lain amat ditegah.
Tamadun
China
Falsafah Konfusianisme mementingkan
golongan petani.
Memandang rendah para pedagang kerana
dikatakan terlibat dengan penipuan dan
untung.
Tamadun
Eropah
(Kristian)
Rasuah, riba dan penipuan dilarang
Turut terikat dengan konsep halal dan haram
KELUARGA


TAMADUN ISLAM
Memberi rezeki halal kepada keluargannya.
Memberi pendidikan yang sempurna dari segi
agama dan kemahiran
Ibu bapa harus bersikap adil.
Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada
ibu-bapa.

TAMADUN CHINA
Mengamalkan konsep ketaan yang kental
kepada ibu bapa.
Mengadakan upacara memperingati nenek
moyang.

TAMADUN INDIA
Sistem kekeluargaan di India ialah Sistem
Bersama.
Perasaan kesih sayang dan rasa hormat.
KOMUNITI (Tamadun Islam)
Mementingkan hubungan sesama agama (ukhuwah)
dan hubungan sesama manusia (ummah).

Tidak wujud sistem kelas dalam Islam dan
mengamalkan konsep egalitarian, iaitu sama rata.
Wanita mendapat tempat yang mulia kerana penting
dalam pembentukan keluarga

Konsep pemilikan harta- Wanita berhak mencari serta
mentadbir hartanya sendiri.

Tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam
masyarakat. Semua manusia adalah sama
kedudukannya.
KOMUNITI (Tamadun Cina)
Sistem kekeluargaan berasaskan kuasa lelaki atau
bapa.

Pemusatan kuasa kepada bapa atau lelaki amat
kuat.

Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan
dan kemahiran.
KOMUNITI (Tamadun India)
Sistem sosial berasaskan kasta yang rigid (ketat).

Penentuan kasta seseorang individu adalah diwarisi
daripada nenek moyang.

Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam
hubungan sesama anggota dalam sesebuah komuniti.

Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi
menentukan apa yang harus dilakukan dalam
masyarakat.
CONTOH-CONTOH INTERAKSI DALAM
SEJARAH
1. BAHASA
2. KESENIAN
3. KESUSASTERAAN
TAMADUN INDIA-CHINA
Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik
ilmu fonetik Sanskrit- dipelajari melalui ajaran
Buddhisme.

- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan
untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan
Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.

- Seni muzik India alat muzik Cina yang berasal
dari India : pipa dan konghou
TAMADUN MELAYU-INDIA
Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskrit

- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M),
Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat
Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang
Berahi (692 M) buktikan pengaruh bahasa Sanskrit
dlm bhs Melayu Kuno yg digunakan ketika itu.

- Batu Bersurat Terengganu selain drp perkataan
Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa
Sanskrit.
- Pengaruh dari bahasa Sanskrit
Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru

- Bhakti = bakti
- Bhumi = bumi
- Drohaka = derhaka
- Maharddhika = merdeka
- Prakara = perkara
- Samicra = mesra
- Tathapi = tetapi
- Vela = bila

KESUSASTERAAN
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana &
Mahabharata Hikayat Seri Rama mendapat inspirasi
daripada Epik Ramayana

Epik Mahabharata deberi wajah tempatan Hikayat
Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang
Boma

Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek
kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja& menyelitkan
unsur epik & mitos

Turut diadaptasikan dalam wayang kulit.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai