Anda di halaman 1dari 37

Membaca ayat-ayat mudah

Rais suka makan kuih.


Ibu beri adik duit.
Ismail main bola.
Said beli tuala.
Daun itu hijau.
Petikan mudah
Ini pintu.
Pintu ini pintu kayu.
Pintu kayu ini ada kunci.
Bapa beli pintu dari kedai Abu.

Petikan mudah
Ini kerusi.
Ini kerusi baharu.
Kerusi baharu ini warna biru.
ibu beli kerusi baharu dari Melaka.
Petikan mudah
Ini beg.
Ini beg sekolah.
Ini beg baharu saya.
beg baharu saya cantik.
Petikan mudah
Ini pensel.
Ini pensel merah.
Ini pensel merah saya.
Pensel merah saya tajam.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Sani memalu gong itu.
2. Ibu beri saya wang saku.
3. Tong sampah ini kosong.
4. Atap pondok itu atap zink.

Membaca ayat-ayat mudah
1. Kawasan sekolah banyak pokok orkid.
2. Guru simpan gambar murid di dalam album.
3. Adik belajar muzik pada hari Isnin.
4. Kawasan di sekolah saya sungguh indah.
5. Ustaz Ahmad mengajar di sekolah saya.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Masukkan sampah ke dalam tong sampah.
2. Bunga ini bunga orkid.
3. Langsir itu langsir biru.
4. Pensel ini sangat tajam.
5. Ustaz memakai songkok hitam.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Kera itu memanjat pokok.
2. Ketam tinggal di dalam laut.
3. Penyu bertelur di tepi pantai.
4. Orang utan berbulu tebal.
5. Beruang hitam itu besar.
Petikan mudah
Ini beruang.
Ini beruang hitam.
Beruang hitam ini besar.
Gigi dan kuku beruang tajam.
Beruang tinggal di dalam hutan tebal.
Petikan mudah
Orang Utan
Ini orang utan.
Orang utan ini berbadan besar.
Orang utan ini berbulu perang.
Orang utan suka makan pisang.
Petikan mudah
Penyu
Ini penyu.
Penyu ini besar.
Penyu betina bertelur.
Penyu boleh berenang.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Penyu bertelur di pantai.
2. Ketam ada kulit keras.
3. Beruang itu besar.
4. Lembu meragut rumput.
5. Orang utan berbulu perang.
Petikan mudah
Lembu
Ini lembu Pak Deli.
Lembu ada empat kaki.
Pak Deli bela lembu di kandang.
Lembu meragut rumput di padang.
Petikan mudah
Ini belut.
Belut ini licin.
Badan belut panjang.
Belut hidup di dalam air.
Ibu bela belut dalam kolam.
Petikan mudah
Pisang
Sulong tanam pisang nangka.
Pisang nangka masak ranum.
Ibu goreng pisang itu..
Ibu hidang pisang goreng dalam pinggan.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Ini baju kemeja bapa.
2. Ini kerusi kayu.
3. Ini buah tomato.
4. Ini baju kebaya ibu.
5. Ini kamera Abu.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Ibu Nani jelita.
2. Isi durian manis.
3. Ini ubi kayu ibu.
4. Aki Abu sudah tua.
5. Ibu uli tepung.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Jambu ini manis.
2. Ini sayur bendi.
3. Ini lembu betina.
4. Ini kunci pintu.
5. Lampu ini lampu baru.
Membaca ayat-ayat mudah
1. Ini buah nangka.
2. Mangga madu rasanya manis.
3. Adik panjat tangga lipat.
4. Itu rumah pangsa.
5. Bangku itu bangku kayu.
Baca petikan dan jawab soalan di bawah.
Itu kunci pintu.
Itu kunci pintu Samad.
Samad ada tiga kunci pintu.
Samad beri kunci pintu kepada bapa.
1. Itu apa?
__________________.
2. Itu kunci siapa?
__________________.
3. Samad ada berapa kunci pintu?
__________________________________.
4. Samad beri kunci pintu kepada siapa?
______________________________________.

Membaca ayat-ayat mudah
1. Bas sekolah ini panjang.
2. Ini gam kertas.
3. Beg sekolah saya cantik.
4. Itu pen hitam.
5. Cat itu tumpah.
Petikan mudah
Ini kolam Pak Mail.
Dalam kolam ada ikan kaloi.
Pak Mail beri ikan makan sekoi.
Dalam kolam ada bunga teratai.
Ikan kaloi berenang di bawah teratai..
Baca petikan dan jawab soalan di bawah.
Ini kuih.
Ini kuih keria.
Kuih keria rasa manis.
Emak buat kuih keria.

1. Ini apa?
__________________.
2. Ini kuih apa?
__________________.
3. Kuih keria rasa apa?
__________________________________.
4. Siapakah yang buat kuih keria?
______________________________________.

Petikan mudah
Datuk dan nenek tinggal di kampung.
Datuk tanam pelbagai pokok buah.
Ada buah durian, manggis dan limau.
Di tepi rumah datuk saya ada sungai.
Air sungai ada banyak ikan.
Dalam sungai ada banyak ikan.
Datuk pancing ikan menggunakan kail.

Membaca ayat-ayat mudah
1. Bunga nyonya wangi.
2. Bunyi loceng nyaring.
3. Monyet lihat singa.
4. Khemah Khatijah Ghaib.
5. Itu nyamuk tiruk.

Baca petikan dan jawab soalan di bawah.
Ini klinik pergigian.
Ini Klinik Pergigian Kamal.
Klinik Pergigian Kamal dekat stadium.
Doktor Kamal ke klinik pada waktu pagi.
Doktor Kamal pergi ke klinik gigi dengan kereta.

1. Ini apa?
__________________.
2. Apakah nama klinik ini?
__________________.
3. Di manakah Klinik Pergigian Kamal?
__________________________________.
4. Bilakah Doktor Kamal pergi ke klinik gigi?
______________________________________.
5. Doktor Kamal pergi ke klinik gigi dengan apa?

____________________________________________
___.


Baca petikan dan jawab soalan di bawah.
Ini guli.
Ini guli biru.
Mira suka guli biru.
Bapa beri Mira guli biru.
Bapa beri Mira lima biji guli biru.

1. Ini apa?
__________________.
2. Apakah warna guli ini?
__________________.
3. Siapakah yang beri Mira guli biru?
__________________________________.
4. Berapakah biji guli biru yang diberi oleh bapa?
______________________________________.



Membaca ayat-ayat majmuk
1. Kakak bermain congkak tetapi adik bermain batu seremban.
2. Semua murid bersorak kerana berasa gembira.
3. Faizal dan kawan-kawannya bermain gasing di kawasan lapang.
4. Papan congkak itu cantik tetapi mahal harganya.
5. Budak itu menangis kerana guli kacanya telah pecah.

Petikan mudah
Ini guli
Guli ini bulat.
Guli ini bulat dan kecil.

Petikan mudah
Ini wau.
Wau ini besar.
Wau ini cantik tetapi mahal harganya.

Petikan mudah
Ini congkak.
Congkak ada dua baris lubang.
Congkak ini digemari ramai kerana mudah
dimainkan.

Petikan mudah
Ini gasing.
Gasing boleh berpusing.
Datuk dan ayah suka bermain gasing.