Anda di halaman 1dari 34

PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

1

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu bergerak seiring dengan kemajuan
dan pembaharuan dalam pendidikan hari ini. Objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin
sama bagi sesuatu pengajaran, tetapi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
oleh guru mestilah sentiasa pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan sekarang. Untuk itu,
guru perlu benar-benar memahami konsep pendekatan, kaedah dan teknik.
KONSEP PENDEKATAN
Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan juga bermaksud arah
atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Menurut Edward M. Anthony (1963)
pula, pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dari segi konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan bermaksud cara
mendekati sesuatu contohnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana Bahasa Melayu
diajarkan untuk mencapai objektif. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antaranya ialah pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan elektik, pendekatan komunikatif dan pendekatan oral.
Antara pendekatan yang telah saya terangkan di atas, saya lebih menggunakan
pendekatan induktif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran saya. Pendekatan induktif
ialah satu pendekatan pengajaran bahasa yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.
Pelajar-pelajar tidak diajarkan sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, iaitu diberitahu
tentang hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran tersebut tetapi mereka digalakkan mencari,
meneliti dan mempelajarinya sendiri.
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini,
guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus
sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

2

guru.Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid
berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah
menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh
guru. Sebagai contohnya, semasa saya hendak mengajar murid Tahun Satu menyebut,
membaca dan membunyikan perkataan yang bermula dengan vokal, saya telah memilih
beberapa contoh perkataan yang bermula dengan vokal a, e, I, o, u untuk memperkenalkan apa
itu vokal dan bagaimana hendak membunyikan vokal. Antara perkataan yang telah saya pilih
ialah ayam, awan, ikan, itik, emak, enam, oren, obor, ular, dan ulat. Saya juga mementingkan
kekerapan ulangan vokal dan suku kata tertutup yang perlu dipelajari oleh murid dalam slaid
powerpoint yang saya hasilkan di mana ia merupakan salah satu ciri utama yang terdapat
dalam pendekatan induktif.

KONSEP KAEDAH
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Menurut Edward M. Anthony (1963),
kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur
yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan
yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.
Dalam erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-
langkah penyampaian yang tersusun.
Kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa ialah kaedah natural, kaedah
tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah askar, kaedah ajukhafaz, kaedah linguistic,
kaedah kod-kognitif, kaedah situasional, kaedah bahasa komunikasi, kaedah oral-aural, kaedah
penglibatan tindak balas fizikal dan kaedah suggestopedia.
Kaedah terus sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua. Antara prinsipnya ialah
hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan pengalaman, mewujudkan ras
ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda. Kaedah ini
sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua bagi murid-murid sekolah Chung Hua. Antara
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

3

prinsipnya ialah hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan pengalaman,
mewujudkan ras ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa
ibunda. Sebagai contohnya, semasa mengajar tajuk Makanan yang Berkhasiat, saya biasanya
akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bertanya mereka tentang
makanan yang mereka makan semasa sarapan pagi. Kemudian saya akan mengaitkan sarapan
mereka dengan tajuk pembelajaran supaya mempunyai perkaitan dengan pengalaman mereka.
Selain itu, saya juga selalu menggunakan kad perkataan yang bergambar untuk memudahkan
murid mempelajari perkataan.
Kaedah yang kedua iaitu kaedah penglibatan tidak balas fizikal. Kaedah ini lebih
mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dengan
kemahiran mendengar. Sebagai contohnya, semasa mengajar menyebut dan membunyikan
perkataan yang bermula dengan vokal, saya terlebih dahulu akan menyedut setiap vokal dan
suku kata tertutup yang dipaparkan dalam slaid powerpoint kemudian diikuti oleh murid.
Dengan menggunakan kaedah ini, murid-murid lebih mudah untuk menguasai kemahiran
membaca bagi bahasa kedua yang mereka pelajari.

KONSEP TEKNIK
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony pula mendefinisikan
teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru bagi mencapai
hasil segera dan maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Kamaruddin B.Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu
III: Komunikasi Bahasa, Teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan senagai kemahiran atau
kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran bahasa. Antaranya adalah teknik main
peranan, latih tubi, bercerita, inkuiri, perbahasan, kuiz, sumbangsaran, soal jawab, simulasi,
drama, perbincangan, forum, dialog, permainan bahasa, bercakap, menyanyi, perbualan telefon,
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

4

penyelesaian masalah, tunjuk cara, penyampaian berita, penyampaian laporan, bersyarah,
berpuisi dan teknik bermesyuarat.
Teknik latih tubi merupakan aktiviti yang mengutamakan pengulangan fakta-fakta yang
dipelajari. Tujuannya adalah untuk mmencapai taraf penguasaan kemahiran di samping
menjaminkan ketekalannya. Teknik ini biasa digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Dengan
menggunakan teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-
perkataan itu. Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Terdapat lima aspek kebolehan menggunakan bahasa yang perlu diberi perhatian
semasa menggunakan teknik latih tubi. Antaranya adalah sebutan, tatabahasa,
perbendaharaan, kefasihan, dan kefahaman. Dari segi sebutan, guru perlu membimbing murid
menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi. Kebiasaanya saya akan menyebut perkataan terlebih
dahulu kemudian diikuti oleh murid berulang kali supaya mereka dapat menyebut perkataan
dengan sebutan yang betul. Aspek ini amat penting bagi mengajar murid tahun satu kerana
mereka baru mempelajari Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kedua mereka.
Teknik latih tubi juga dikenali sebagai teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini
ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Walau
bagaimanapun, teknik ini sangat sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan
ikutan dan ulangan.






PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

5

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia (KSSR) SJKC Tahun 1

Sekolah : SJK Sungai Tengah
Kelas : Tahun 1
Tarikh: 21 Julai 2014
Masa : 0715-0815 pagi (60 minit)
Bilangan murid : 23 orang
Tema : Keluarga
Tajuk : 3. Seronoknya dengan Keluarga
Standard Kandungan:
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran :
1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
2.1.3 Mengeja dan membatangkan suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.
4.1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku
secara didik hibur.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi P & P, murid-murid dapat
1. menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
2. Membaca perkataan yang bermula dengan huruf vocal a,e,I,o,u
Pengisian KBT: KB:- mengelas KP: Visual-Ruang, Muzikal, dan Kinestetik
Nilai: Kerajinan
Sistem Bahasa :
Kosa Kata : ayam, awan, ikan, itik, emak, enam, oren, obor, ular, ulat
EMK : TMK, Muzik
Bahan Bantu Belajar (BBB) : klip video Lagu AEIOU, slaid powerpoint lirik lagu, slaid
powerpoint vokal dan suku kata tertutup, slaid powerpoint
aktiviti pengukuhan, kad huruf vokal, kad perkataan






PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

6

Masa /
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Tema: Keluarga
Tajuk: Seronoknya
dengan Keluarga
Tajuk Lagu: AEIOU

Teknik: Nyanyian
1. Guru menayangkan lirik
lagu AEIOU.
2. Murid-murid
dipedengarkan lagu yang
bertajuk AEIOU.
3. Guru mebimbing murid
membaca lirik lagu.
4. Guru membimbing murid
menyanyi lagu sambil
membuat gerakkannya.
Kecerdasan Pelbagai
(KP):
Muzikal, Kinestetik
Nilai:
Kepatuhan
Teknologi Maklumat
Komunikasi (TMK):
Tayangan video
menggunakan
komputer dan LCD
BBB:
klip videoAEIOU
slaid powerpoint lirik
lagu
Langkah 1
(10 minit)
Vokal: a e i o u
Suku kata Tertutup:
yam, wan, nam, mak, tik,
kan, ren, bor, lar, lat
Teknik: Latih Tubi
1. Guru menayangkan
perkataan yang bermula
dengan huruf vokal di
ikuti dengan suku kata
tertutup serta gambarnya
dengan menggunakan
slaid powerpoint.
2. Guru membimbing murid
membunyikan vokal dan
suku kata tertutup.
3. Guru membimbing murid
mengeja dan
membatangkan suku kata.



Teknologi Maklumat
Komunikasi (TMK):
Tayangan slaid
powerpoint
menggunakan
komputer dan LCD
BBB:
Slaid powerpoint
vokal dan suku kata
tertutup
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

7

Langkah 2
(15 minit)
Vokal: a e i o u
Suku kata Tertutup:
yam, wan, nam, mak, tik,
kan, ren, bor, lar, lat
Teknik: Latih Tubi
1. Guru menjalankan aktiviti
pengukuhan dengan
menayangkan gambar
dan latihan menggunakan
slaid powerpoint.
2. Guru memanggil nama
murid dan meminta murid
memilih huruf vokal yang
betul berdasarkan gambar
yang ditunjuk.
Teknologi Maklumat
Komunikasi (TMK):
Tayangan slaid
powerpoint
menggunakan
komputer dan LCD
BBB:
slaid powerpoint
aktiviti pengukuhan
Langkah 3
(15 minit)
Kosa Kata:
1. ayam
2. awan
3. ikan
4. itik
5. emak
6. enam
7. oren
8. obor
9. ular
10. ulat
Teknik: Latih Tubi
1. Guru melekatkan kad
huruf vokal di papan tulis.
2. Guru memanggil nama
murid dan meminta murid
mengambil sekeping kad
perkataan dari kotak.
3. Guru meminta murid
menunjukkan kad
perkataan kepada rakan-
rakannya dan membaca
perkataan itu dengan kuat.
4. Guru meminta murid
mengelaskan kad
perkataan berdasarkan
huruf vokalnya.

BBB:
Kad huruf vokal
Kad perkataan
KBT: mengelas
Langkah 4
(10 minit)
Teknik: Latih Tubi
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
murid.
2. Guru membimbing murid
menyiapkan latihan dalam
lembaran kerja.
BBB:
Lembaran kerja
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

8

3. Guru meminta murid
menghantar lembaran
kerja yang telah siap.
Penutup
(5 minit)
Tajuk Lagu: AEIOU
Vokal: a e i o u

Teknik: Didik hibur
1. Murid menyanyi semula
lagu AEIOU sambil
membuat gerakannya.
2. Guru meminta murid
membunyikan huruf vokal
yang telah dipelajarai.
3. Guru merumuskan isi
pelajaran.
Kecerdasan Pelbagai
(KP):
Muzikal, Kinestetik
Nilai:
Kepatuhan
Teknologi Maklumat
Komunikasi (TMK):
Tayangan video
menggunakan
komputer dan LCD
BBB:
klip videoAEIOU
slaid powerpoint lirik
lagu











PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

9























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

10























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

11























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

12























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

13























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

14























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

15























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

16























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

17























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

18























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

19























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

20























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

21























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

22























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

23























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

24























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

25























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

26























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

27























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

28























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

29























PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

30

LAPORAN
Pada 21 Julai 2014 (Isnin) yang lepas, saya telah melaksanakan satu sesi pengajaran
dan pembelajaran selama 60 minit dengan murid Tahun 1 di sekolah saya iaitu SJK Sungai
Tengah Matang , Kuching. Kelas Tahun 1 ini mempunyai 23 orang murid di mana 10 daripada
mereka adalah murid lelaki dan yang selebihnya adalah murid perempuan.
Sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya terlebih dahulu telah
mengkaji dan memahami tentang konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang paling
sesuai dengan tahap kefahaman murid Tahun 1 saya. Selain itu, Saya juga telah membuat satu
rancangan harian lengkap berdasar tajuk pilihan saya. Kemudian,saya memilih dan
menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran dan juga tahap
umur murid saya.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sentiasa memastikan murid
menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran saya. Saya mulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan satu nyanyian yang menarik dan melibatkan semua murid untuk
menyanyi. Dengan cara ini, semua murid menjadi lebih berminat untuk mengikuti aktiviti yang
telah saya rancangkan. Slaid powerpoint yang saya gunakan juga dapat menarik minat murid
saya kerana dilengkapi dengan animasi yang menarik. Kad-kad perkataan yang berwarna-warni
juga banyak mambantu saya menarik tumpuan murid saya semasa saya mengajar kosa kata.
Saya juga sentiasa memastikan arahan yang saya berikan kepada murid adalah jelas dan
mudah difahami oleh murid saya. Selain itu, saya juga sentiasa memberi bimbingan kepada
murid yang lemah supaya mereka dapat mengikut sesi pembelajarannya dengan lancar.
Selepas sesi pengajaran dan pembejalaran dijalankan, saya telah membuat refleksi
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Secara keseluruhan, sesi pengajaran dan
pembelajaran saya berjalan dengan lancar. Semua murid berminat dengan bahan bantu
mengajar yang telah saya sediakan dan member perhatian yang sepenuhnya sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 22 daripada 23 orang murid dapat menyebut bunyi
vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat serta dapat membaca perkataan yang
bermula dengan huruf vokal . Hanya seorang murid lelaki yang agak lemah dan hanya dapat
membaca perkataan yang bermula dengan huruf vokal dibawah bimbingan saya. Saya
bercadang akan mengadakan sesi pemulihan terhadap murid tersebut dan melatihnya
membaca setiap hari supaya murid tersebut dapat menguasai kemahiran membaca.
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

31

ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
KEPELBAGAIAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Saya telah memilih strategi penggabungjalinan untuk menghasilkan rancangan
pengajaran harian tersebut. Saya telah mengabungkan kemahiran mendengar dan bertutur
dengan kemahiran membaca. Strategi ini dipilih kerana pengajaran yang hendak disampaikan
ditujukan kepada golongan murid berbangsa cina yang tidak fasih terdahap Bahasa Malaysia.
Dengan menggunakan strategi tersebut, murid-murid perlu mendengar guru menyebut vokal
dan suku kata terbuka terlebih dahulu kemudian diikuti dengan murid menyebut semula apa
yang telah mereka dengar dari guru dan akhirnya membaca perkataan tanpa dibimbing oleh
guru. Melalui strategi ini, murid-murid dari sekolah Chung Hua lebih mudah untuk menguasai
kemahiran membaca.
Selain itu, saya juga memilih strategi kepelbagaian sumber bahan bantu belajar dalam
merancang pengajaran harian tersebut. Saya telah menyediakan kad-kad perkataan , slaid
powerpoint dan video lagu yang menarik. Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelas Tahun 1, saya mendapati murid-murid sangat berminat dengan bahan
bantu belajar yang telah saya sediakan. Mereka memberikan perhatian yang sepenuhnya
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Pendekatan yang telah saya pilih untuk merancang pengajaran saya ialah pendekatan
induktif. Pendekatan induktif ialah satu pendekatan pengajaran bahasa yang melibatkan satu
proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, murid-murid akan mempelajari
sesuatu daripada spesifik kepada umum. Bagi menepati pendekatan ini, saya telah memilih
beberapa contoh perkataan yang bermula dengan vokal a, e, I, o, u untuk memperkenalkan apa
itu vokal dan bagaimana hendak membunyikan vokal. Saya juga mementingkan kekerapan
ulangan vokal dan suku kata tertutup yang perlu dipelajari oleh murid dalam slaiid powerpoint
yang saya hasilkan di mana ia merupakan salah satu ciri utama yang terdapat dalam
pendekatan induktif.
Dari segi pemilihan kaedah, saya telah memilih kaedah terus dan kaedah penglibatan
tindak balas fizikal (TPR) bagi pengajaran harian tersebut. Kaedah terus telah dipilih kerana
kaedah ini sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua bagi murid-murid sekolah Chung Hua.
Antara prinsipnya ialah hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

32

pengalaman, mewujudkan ras ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari
bahasa ibunda.
Kaedah yang kedua iaitu kaedah penglibatan tidak balas fizikal dipilih kerana kaedah ini
lebih mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran serta memulakan pelajaran
dengan kemahiran mendengar. Kaedah ini jelas ditunjukkan dalam sesi induksi set iaitu
memulakan sesi pembelajaran dengan mambawa murid menlihat dan mendengar video lagu
AEIOU yang memperkenalkan vokal. Selain itu, saya juga menyedut setiap vokal dan suku
kata tertutup yang dipaparkan dalam slaid powerpoint kemudian diikuti oleh murid. Dengan
menggunakan kaedah ini, murid-murid lebih mudah untuk menguasai kemahiran membaca bagi
bahasa kedua yang mereka pelajari.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih harusnya
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Saya
telah menggunakan teknik nyanyian dalam sesi induksi set bagi menarik perhatian murid untuk
turut serta dalam sesi pembelajaran mereka. Saya telah memilih video lagu yang bertajuk
AEIOU yang mempunyai animasi yang menarik dalam permulaan sesi pengajaran saya
kerana seni kata lagu ini mempunyai banyak contoh perkataan bermula dengan vokal.
Contohnya perkataan ayam bagi vokal a, emak untuk vokal e, ikan bagi vokal i, otak bagi vokal
o, dan ular untuk vokal u. Ciri ini sangat menepati ciri pendekatan induktif dimana sesuatu
pengajaran dimulakan dengan sesuatu yang spesifik kepada yang umum. Dengan
menggunakan teknik nyanyian yang bersesuaian dapat menarik minat murid untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran guru secara lansung. Ini dapat membentuk keberkesanan
pengurusan bilik darjah pada umumnya. Guru tidak perlu mengurus dengan susah kerana
penumpuan murid secara lansung dengan aktiviti yang menarik minat mereka.
Dalam langkah pertama dalam pengajaran dan pembelajaran, saya telah menggunakan
teknik latih tubi di mana aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Bagi menyerikan lagi
suasana PdP, unsur-unsur ICT telah digunakan kerana hendak menerapakan nilai TMK kepada
murid. Tujuan teknik digunakan adalah untuk menarik minat dan mengekalkan perhatian murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, tujuaannya adalah untuk
mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, suku
kata dan mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

33

mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu. Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar
dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Berdasarkan teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan dan kefahaman.
Pada langkah seterusnya (kedua), teknik latih tubi masih digunakan tetapi diselang
selikan dengan aktiviti penyoalan. Secara tidak lansung, teknik sumbangsaran telah diterapkan
dimana teknik ini juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming). Ia merupakan satu
sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan kelas menyumbangkan pendapat
dan idea.
Bagi langkah ketiga, proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dirancakkan lagi
dengan kepelbagaian aktiviti. Aktiviti yang dirancang mestilah ada kesinambungan dengan
aktiviti yang sebelumnya supaya perkaitan dapat digeneralisasikan oleh murid. Pada aktiviti
ketiga ini, murid diberi peluang untuk menunjukkan keupayaan dan kemampuan tentang
kefahaman hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Teknik yang digunakan untuk aktiviti
ketiga masih mengekalkan teknik latih tubi namun diselitkan bersama teknik soal jawab antara
guru dan murid bagi menentukan kefahaman kepada soalan yang diajukan. Secara tidak
langsung komunikasi intrapersonal dapat dipraktikan tanpa ada halangan. Dalam aktiviti yang
menggunakan gabungan teknik latih tubi dan soal jawab ini bertujuan untuk mengesan
pengetahuan berbahasa murid. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid berfikir secara
kreatif, inovatif, logik dan kritis. Namun begitu, tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mendorong
murid menyusun dan menghuraikan bahan yang dipelajari.
Pada fasa langkah keempat, teknik latih tubi masih digunakan namun gabungan kepada
teknik inkuiri diterapkan dimana merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapat jawapan
atau kesimpulan yang beroreintasikan masalah. Walaupun tidak dinyatakan secara terus,
namun aktiviti ini banyak melibatkan murid untuk menyelesaikan sehingga menemui jawapan
atas bimbingan guru. Secara tidak langsung prose mengenali masalah dapat diterapkan,
mengumpul maklumat (jawapan), menganalisis dan menjawab soalan dapat dilakukan. Semua
ini adalah cara pengendalian teknik inkuiri dijalankan.
Pada peringkat fasa terakhir, teknik yang cuba diterapkan lebih kepada didik hibur.
Teknik ini bersesuaian dengan naluri kanak-kanak yang ingin belajar sambil bermain. Dengan
menekankan teknik nyanyian yang mudah, secara tidak lansung murid lebih mudah untuk
PHANG CHAI FUNG 770109135816 BMM 3043 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

34

memahami dan menerima proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Secara tidak
lansung objektif pembelajaran dapat dicapai walaupun tidak seratus peratus mencapai sasaran
yang dikehendaki.
Dalam merancangan sesuatu pengajaran harian, elemen merentasi kurikulum (EMK)
juga adalah sangan penting. Rancangan pengajaran harian yang saya rancang ini telah
digabungkan dengan elemen Pendidikan Muzik dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Elemen ini membolehkan murid-murid belajar Pendidikan Muzik dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara tidak langsung sambil menguasai Bahasa Malaysia.
Elemen ini juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Murid-murid
diberi peluang untuk berinteraksi dengan komputer semasa sesi pengukuhan supaya sedikit
sebanyak dapat mempelajari cara mengendalikan komputer.
Kemahiran bernilai tambah (KBT) juga salah satu elemen yang penting dalam
merancang pengajaran harian. Dalam rancangan harian yang telah saya rancangkan ini, saya
telah menerapkan kemahiran berfikir secara kritis iaitu meminta murid untuk mengelaskan
perkataan berdasarkan vokal permulaannya. Contoh perkataan yang perlu dikelaskan adalah
ayam, awan, ikan, itik, emak, enam, oren, obor, ular, dan ulat. Selain itu, aktviti yang dirancang
juga mengambil kira kecerdasan pelbagai yang terdapat di kalangan murid. Antaranya ialah
jenis kecerdasan Visual-Ruang, Muzikal, dan Kinestetik. Untuk memenuhi kehendak murid-
murid yang mempunyai kecerdasan yang saya nyatakan tadi, bahan bantu belajar seperti video
lagu , slaid powerpoint dank ad-kad perkataan yang menarik telah digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid-murid juga melakukan pelbagai pergerakan
semasa menyanyikan lagu AEIOU. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi juga di
terapkan dimana murid-murid belajar melalui ICT dan didedahkan dengan cara mengendalikan
komputer.
Secara keseluruhannya, rancangan pengajaran harian Bahasa Malaysia Tahun satu ini
amat sesuai digunakan untuk mengajar murid Tahun 1 yang berumur 7 tahun dimana 20 orang
murid berbangsa Cina, 2 orang murid berbangsa Iban dan seorang berbangsa Bidayuh yang
hendak mempelajari Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua mereka.

Anda mungkin juga menyukai