Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1

Sektor pelancongan banyak menyumbang kepada negara kita. Negara Malaysia amat
mengalu-alukan kemasukan pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Pelancongan
merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang semakin berkembang pesat di negara kita. Kita
sedar bahawa kita beroleh banyak manfaat daripada kedatangan mereka itu. Adanya sektor
pelancongan ini ia dapat membantu negara kita mengembangkan kebudayaan dan kesenian
di negara kita. Selain itu, sektor pelancongan juga dapat membantu negara kita untuk
meningkatan ekonomi kewangan di negara ini. (74p.p)

Kita sedar bahawa kita beroleh banyak manfaat daripada kedatangan pelancong asing.
Antaranya adalah menjadi salah satu sumber pendapatan yang lumayan kepada negara.
Negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan
negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Jumlah pelancong yang semakin
bertambah ke negara kita sudah jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikan yang tersendiri. Keunikan budaya yang berbilang kaum menjadi peranan penting
dalam mengusahakan negara menarik kedatangan pelancong bagi memastikan lebih banyak
pelancong melancong ke Malaysia dan tinggal di negara ini.(86p.p)

Sektor pelancongan juga dapat memajukan kawasan setempat yang dijadikan kawasan
pelancongan. Golongan yang terlibat dalam sektor ini harus menyediakan tempat- tempat
baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Contohnya,
menyediakan destinasi penginapan yang menarik minat pelancong asing seperti pulau-pulau
yang mempunyai tempat penginapan yang selesa. Melalui wujudnya pusat seperti ini
pelancong asing akan tertarik dengan keindahan yang dimiliki oleh pusat-pusat penginapan
seperti ini. Oleh itu, pengusaha sektor pelancongan haruslah bijak mencari kaedah untuk
menarik minat pelancong asing ke tempat tersebut dengan mengetahui keperluan utama
pelancong asing yang datang ke Malaysia.(93p.p)

Melalui kedatangan pelancong asing, ia dapat membuka ruang kepada pengusaha
pelancongan di negara ini. Pengusaha pelancongan dapat membina perniagaan yang menjual
produk-produk tempatan seperti kek lapis, barangan tenunan, tebaloi dan tembikar
tradisional. Pelancong asing akan berminat dan akan membeli barangan tempatan seperti ini.
Mereka akan membawa barangan tempatan yang dibeli ke negara asal mereka untuk dijadi
kenangan. Dengan ini, pengusaha akan mendapat keuntungan dari hasil jualan mereka.
(67p.p)

Sektor pelancongan juga turut dapat membuka peluang pekerjaan dengan lebih banyak
kepada penduduk.Seperti kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel yang turut
menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita.
Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan pelancong itu akan tinggal
lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong
seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan negara
memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel untuk menginap dapat
membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara
ini.(90p.p)

Kemudahan pengangkutan akan diperbanyakkan untuk menampung jumlah
kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan
air dan kemudahan awam yang lain. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara
kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah
kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau untuk
memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan
kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang
ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.(83p.p)

Sektor pelancongan juga memberi kesan negatif kepada negara kita. Antaranya ialah
peningkatkan kadar atau kes maksiat dan jenayah. Hal ini kerana semakin banyak pusat
hiburan seperti kelab malam,karaoke,dan pub dibuka oleh pengusaha tempatan bagi
memenuhi keperluan pelancong-pelancong asing. Pusat-puast hiburan ini turut menjual arak
serta menyediakan pegawai perhubungan wanita untuk melayan nafsu pelancong asing di
tempat-tempat sedemikian. Keadaan tersebut mendorong berlakunya pelbagai kegiatan
maksiat khususnya pelacuran. Terdapat juga pelacur yang memasuki negara kita dengan
menyamar sebagai pelancong sehingga menyebabkan kegiatan pelacuran semakin sukar
dikawal.(84p.p)
Sektor pelancongan juga memberi kesan negatif kepada negara kita. Antaranya ialah
pelancong asing akan terus menetap di negara ini secara haram. Hal ini akan menyebabkan
berlakunya kejadian jenayah yang tidak diingini. Misalnya kejadian pengedaran
dadah,jenayah pecah rumah dan sindiket penipuan. Kejadian pengedaran dadah akan
berlaku sekiranya kewujudan pelancong asing yang menetap secara haram. Pelancong asing
yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah mungkin akan mengekploitasi penduduk
tempatan untuk dijadikan keldai dadah. Oleh itu, pelancong asing yang datang ke Malaysia
haruslah dikenal pasti latar belakangnya.(83p.p)

Kesimpulannya, sektor pelancongan mampu menyebabkan negara kita berkembang
dengan pesat, tetapi sektor tersebut turut meninggalkan impak yang besar kepada budaya
tempatan. Jadi, semua pihak harus bekerjasama untuk mencegah kesan negatif yang dibawa
oleh pelancong asing. Dengan ini diharapkan sektor pelancongan dapat dimajukan dan
hanya meninggalkan kesan positif kepada masyarakat tempatan.(50.p.p)


(710 patah perkataan)