Anda di halaman 1dari 12

Persoalan perbuatan makhluk tidak pernah

dibangkitkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan


zaman para sahabat serta pada zaman ulama
salaf dahulu.
Keimanan mereka yang bulat kepada qudrat dan
iradat Allah sudah cukup menjadikan mereka
yakin dan beriman kepada qadadan qadar Allah
tanpa sebarang persoalan.

PERBAHASAN AFALUL IBAD MENGIKUT
ALIRAN FIRQAH
ASWJ: -
berpendapat bahawa manusia dijadikan oleh Allah
dengan kudrat dan iradatnya.
Sesuatu perbuatan itu berlaku dengan usaha
manusia itu sendiri, kerana ia mempunyai ikhtiar atau
kebebasan memilih dan kebebasan bertindak yang
melingkungi dalam kehendak Allah.

Allah taala yg mnjadikan bg segala
hambanya dan menjadikan segala
perbuatan yg keluar dari segala hambanya.
Yakni perbuatan yg iktiyariyyah dan
idthiroriayyah ats mazhab ASWJ.
( )
Perbuatan-perbuatan yang lahir daripada
kehendak dan usaha manusia sendiri.
Contohnya menunaikan solat atau belajar.
( )
Perbuatan-perbuatan yang lahir bukan
daripada kehendak dan usaha manusia.
Contohnya menggigil kerana demam
( )
Pada diri manusia ada kehendak berbuat.
Kesemua perbuatan baik dan buruk diciptkan oleh
Allah Taala.
Ketika manusia akan/sedang berbuat maksiat atau
perbuatan terpuji MAKA ketika itulah Allah ciptakan
perbuatan tersebut bagi si hamba.
Allah Taal berfirman:







MAFAHIM AQIDAH


Dan Allah jua lah yang menjadikan kamu dan dan apa-
apa yang kamu lakukan. (al-Saffat: 96)
Berdsarkan ayat diatas golongan ini berpendapat
bahawa manusia mempunyai kehendak dan pilihan
sendiri dalam melakukan perbuatannya.
perbuatan tersebut dijadikan oleh Allah dan
kehendaknya jua terbit dari dia.
Setiap usaha manusia bergantung kepad kehendak
Allah atau tertakluk kepada iradat dan usaha itu juga
dtg dari Allah
Cntnya: apabila ada pergantungan kehendak atau
keazaman seseorang itu untuk sembahyang
umpamanya, Allah jadikan perbuatan sembahyang
itu,begitu juga jika jika pergantungan kehendak kepada
maksiat, maka Allah jadikan perbuatan maksiat
tersebut.
Sekiranya tidak ada pergantungan kehendak itu atau
denngan lain perkataan tiada usaha dilakukan oleh
manusia , maka tidak lah allah jadikan perbuatan
tersebut.
Jelas pendapat ini mengatakan manusia berusaha dan
berikhtiar dengan kehendak kuasa memilih.
Apabila kehendak itu digantungkan atau ditaklukkan
dengan sesuatu perbuatan atau perkara yang
dipilihnya, maka Allah taala menjadikn perbuatan itu
dengan kudratnya.
Sementara itu haruslah diingat kehendak dan kuasa
memilih ada pada manusia itu juga dijadiklan oleh Allah
s.w.t.
JABARIYAH:
manusia tidak mempunyai kehendak atau kemahuan
atau pilihan sendiri kerana segala perbuatan makhluk
adalah dijadikan Allah dan ditentukan mengikut
qudrat dan iradatnya semata-mata.
Manusia tidak membuat apa-apa usha atau
perbuatan ibarat mesin yang bergerak secara
mekanik yang dikuasai dan digerakkan oleh jentera.
Jabbariah pula berpendapat semua perbuatan
datangnya daripada Allah s.w.t dan hamba tidak
mempunyai apa-apa haq.
QADARIYAH:
berpendapat bahawa manusia itu berkuasa penuh
melakukan segala perbuatn tanpa sebarang
hubungan dengan Allah dalam melakukannya.
Aliran ini memberikan alasan bahawa manusia
adalah bertanggungjawab keatas segala
perbuatannya sendiri sama ada baik atau buruk.
MUKTAZILAH:
Mereka mengatakan bahwa manusia berkuasa dengan
bebasnya melakukan semua perbuatan dan bebas
memilih serta melaksanakan semua kemahuan.
Perbuatan yang tidak ada pilihan dan kemahuan bagi
melakukanya maka, perkara itu tidak termasuk didalam
tanggungjawabnya.
Pada dasarnya aliran ini sama dengan mazhab
qadariah cuma ia menganggap bahawa kuasa manusia
dalam melakukan perbuatan itu adalah ditetapkan.

RUJUKAN:
Al-Quran
Dur Tsamin. Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al-Fathoni.
Ahmad F aidzurrahim Hj Mohd Alwi Al-Azhari. (2011). Syarah
Aqidah Mursyidah.
Doktor Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani. Mafahim
Aqidah
Ahmad F aidzurrahim Hj Mohd Alwi Al-Azhari. Terjemahan
Aqidah Muslimin.

Anda mungkin juga menyukai