Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM



KERJA KURSUS PROJEK (KKP)



Nama :

No Kad Pengenalan :

Kumpulan :

Nama pensyarah :







2


ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3 - 6
1.1. Kewujudan nisbah emas dalam pelbagai benda yang berlainan 7 - 10
1.2. Kegunaan idea nisbah emas dalam pelbagai binaan dan ciptaan 11 - 13
2.0 Bukti pertumbuhan jasad manusia memenuhi konsep nisbah emas 14 - 17
3.0 Rumusan 18
Rujukan 19











3

1.0 Pengenalan
Di dalam kehidupan manusia, matematik memainkan peranan yang amat
penting.Ini kerana, banyak kegunaan matematik dalam kehidupan manusia
dalam pelbagai bidang. Sama ada dalam bidang sains dan teknologi,
perdagangan, kejuruteraan dan juga seni.Semua bidang ini berasaskan kepada
matematik. Ianya menjadikan matematik mempunyai keajaibpan yang tersendiri.
Antara keajaibpan matematik ini adalah Nisbah emas. Menurut Ismail &
Hasmah 2009, nisbah emas atau nama inggerisnya The Golden Ratio
merupakan satu nisbah yang sangat unik. Nisbah ini diperolehi daripada Turutan
Fibonacci ataupun Nombor Fibonacci. Menurut Nurfatiah, Syahida, Elyana,
Izzah & Fadhillah 2010, Fibonacci merupakan seorang ahli Matematik yang
terkenal di Eropah semasa zaman pertengahan.Nama sebenar Fibonacci ialah
Leornardo Pisano dan merupakan seorang warga Itali. Beliau menggelarkan
dirinya Fibonacci yang merupakan singkatan daripada Filius Bonacci yang
bermaksud anak Bonacci yang mana bapanya bernama Guglielmo Bonacci.
Menurut Syamimi 2010, Fibonacci telah menemui satu siri nombor yang
dipanggil Siri Fibonacci. Siri Fibonacci ini merupakan hasil tambah dua nombor
sebelumnya. Rajah 1 menunjukkan siri nombor atau dikenali sebagai Siri
Fibonacci.Manakala rajah 2 menunjukkan Fomula Fibonacci.

Rajah 1: Siri Fibonacci

Rajah 2: Formula Fibonacci

4


Menurut Ismail & Hasmah 2009, Nombor Fibonacci adalah sangat
menarik ini kerana apabila dibahagikan satu nombor didalam turutan tersebut
dengan nombor sebelumnya, hasilnya akan memperolehi nombor yang hampir
diantara satu sama lain. Pada dasarnya, nombor ini akan kekal sama selepas siri
ketiga belas dalam turutan ini. Nombor ini dikenali sebagai Nisbah Emas atau
The Golden Ratio iaitu 1.618. Contoh pengiraan hasil daripada Nombor
Fibonacci.
2/1 = 2.0
3/2 = 1.5
5/3 = 1.67
8/5 = 1.6
13/8 = 1.625
21/13 = 1.615
34/21 = 1.619
55/34 = 1.618 89/55 = 1.618
144/89 = 1.618
233 / 144 = 1.618




5

Nisbah emas ini boleh diwakilkan sebagai (phi) dan ia digunakan
hampir dalam semua bidang sains terutama sekali di dalam matematik menurut
Syamim, 2009. Symbol phi digunakan pada zaman Greek dahulu. memberikan
nombor bukan nisbah iaitu:


phi memiliki sifat yag unik di mana jika:











6

Nilai Phi boleh digambarkan dalam bentuk graf seperti yang terdapat
dibawah ini.


Jadual 1 : Nilai Phi

Nilai Phi juga boleh diungkapkan dalam sebutan algebra seperti berikut;


7

1.1 Kewujudan nisbah emas dalam pelbagai benda yang
berlainan
Menurut Ismail & Hasmah,2009, nisbah emas ini terdapat pada manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sesetengah binaan lukisan serta rekaan seperti
piramid, potret Monalisa dan Parthen di Athens, Greece.Rajah di bawah
menunjukkan kewujudan nisbah emas dalam pelbagai benda yang berlainan.


Rajah 3: Piramid


Rajah 4 : Parthen di Athens, Greece
8



Rajah 5 : Bangunan Notre Darne di Paris


Rajah 6 : Potret Monalisa

9



Rajah 7 : Anggota badan manusia


Bunga Moonbeam Coreopsis ( 8 kelopak )

Bunga Lili Bunga Vinca putih
( 2 set 3 kelopak ) ( 5 kelopak )
10



Bunga Zinnia Bunga Chicory
( 13 kelopak ) ( 21 kelopak )
Rajah 8 : Kelopak bunga

Rajah 9 : Siput pilij

Rajah 10 : Lebar sayap rama-rama
11

1.2 Kegunaan idea nisbah emas dalam pelbagai binaan dan
ciptaan

Pelbagai binaan dan ciptaan yang menggunakan idea nisbah emas bagi
sesebuah bangunan sama ada untuk rumah ibadat,makam dan juga kediaman.
menurut Syamim 2009, siri Fibonacci dapat dilihat pada banyak rekaan
bangunan seperti Parthenon, kuil purba Greek yang terletak di Athenian
Acropolis, Greece, rekaan Piramid Agung di Mesir, Taj Mahal di India dan Masjid
Kairouan.
Untuk senibina kuil Parthenon, kuil ini dibina pada tahun 447 SM dan siap
pembinaannya pada 488 SM. Menurut Syamim 2009, cendiakawan Matematik
Greek menyatakan bahawa nilai phi membawa nilai estetika yang tinggi dalam
bidang geometri. Hanya orang Greek sahaja yang menganggap sesuatu yang
mempunyai nilai pastinya sesuatu yang indah dan sempurna.Dengan ini,
masyarakat Greek telah mengetahui tentang segitiga yang mempunyai nisbah
perkadaran yang betul iaitu 1:1.618 bersamaan dengan nombor prima.

Rajah 11 : Reka bentuk Kuil Parthenon yang mempunyai cirri nisbah
emas
12

Selain daripada itu, nisbah emas juga terdapat pada pembinaan piramid.
Reka bentuk piramid Agung Giza ini menggunakan nisbah emas. Rajah 12
menunjukkan perkaitan nisbah emas dalam pembinaan piramid.

Rajah 12 : Reka bentuk pyramid yang mempunyai ciri nisbah emas
Seterusnya, kegunaan idea nisbah dalam binaan adalah dalam
pembinaan Taj Mahal. Bangunan ini siap pada tahun 1648. Bangunan Taj Mahal
ini di bina sebagai lambing cinta agung Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz
Mahal. Ciri-ciri nisbah emas dapat dilihat pada rajah 13 dibawah.

Rajah 13 : Reka bentuk Taj Mahal yang mempunyai ciri nisbah emas
13

Dalam senibina Islam, pembinaan bangunan juga menggunakan idea
nisbah emas. Ini dapat dapat dilihat pada reka bentuk pada keseluruhan pelan
dan ruang solat Masjid Kairouan.Rajah 14 menunjukkan cirri-ciri nisbah emas
pada Masjid Kairouan.

Rajah 14 : Reka bentuk Masjid Kairouan yang mempunyai ciri nisbah emas









14

2.0 Bukti pertumbuhan jasad manusia memenuhi konsep nisbah
emas
Menurut Nurfatiah, Syahida, Elyana, Izzah & Fadhillah, 2010, anggota
tubuh manusia juga adalah salah satu contoh nisbah emas secara semula jadi.
Sebagai contoh adalah nisbah antara kepanjangan lengan kepada panjang
tangan adalah sama dengan 1.618 iaitu nilai nombor prima atau had kepada siri
Fibonacci.
Contoh lain yang membuktikan nisbah emas ada pada tubuh badan ialah
antara panjang muka dengan lebar muka, nisbah antara jarak bibir dan
kedudukan kening sesuai dengan kepanjangan hidung serta nisbah antara jarak
pusat ke lutut dengan jarak antara lutu ke hujung kaki adalah 1.618.
Untuk membuktikan pertumbuhan jasad manusia memenuhi konsep
nisbah emas, saya telah membuat pengukuran anggota tubuh badan rakan saya
iaitu iaitu anggota tangan. Rajah 15 menunjukkan phi untuk menentukan sama
ada benar atau tidak konsep tubuh badan manusia memnuhi konsep nisbah
emas.

Rajah 15 : Nisbah :1



15

Langkah pertama adalah mengambil ukur panjang salah satu jari dari A
hingga ke D. Kemudian direkod bacaan untuk panjang dari A hingga D. Rajah 16
menunjukkan langkah-langkah yang dilakukan dan jadual 2 menunjukkan rekod
yang telah dibuat.

Rajah 16 : Mengukur panjang A hingga D

Jarak Panjang (cm)
Panjang A hingga D 7.4
Panjang B hingga D
Jadual 2 : Ukuran yang telah direkodkan



A B C D
16

Langkah kedua adalah mencari panjang B hingga D dan direkodkan
bacaannya. Ralah 17 menunjukkan langkah-langkah tersebut dan jadual 1
menunjukkan rekod yang dibuat.
.
Rajah 17 : Mengukur panjang B hingga D

Jarak Panjang (cm)
Panjang A hingga D 7.4
Panjang B hingga D 4.6
Jadual 3 : Ukuran yang telah direkodkan




A B C D
17

Langkah ketiga, bahagikan panjang jari dari A hingga D dengan panjang B
hingga D. Jalan pengiraan ditunjukkan seperti di bawah
Panjang A hingga D
Panjang B hingga D
7.4 cm
4.6 cm
= 1.608
Hasil daripada pengiraan diatas menunjukkan panjang AD dibahagikan
dengan panjang BD. Hasilnya adalah 1.608. Nombor jawapan ini menghampiri
nombor siri Fibonacci iaitu 1.618. Oleh itu,ukuran jari ini membuktikan bahawa
pertumbuhan jasad manusia memenuhi konsep nisbah emas.











18

3.0 Rumusan

Nisbah emas boleh dikatakan sebagai sebuah misteri matematik atau
keajaibpan matematik.ini kerana, nisbah emas ini boleh didapati pada manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sesetengah binaan, lukisan serta rekaan seperti
piramid, potret Monalisa dan Parthen di Athens, Greece.
Misalnya pada manusia, Nisbah Emas ini dapat dilihat dengan jelas pada
tangan, gigi dan muka. Menurut Ismail & Hasma 2009, pencipta tidak menjadikan dua
tangan pada manusia, lima jari pada setiap tangan, tiga ruas pada setiap jari dan hanya
terdapat lapan jari yang mempunyai tiga ruas manakala dua lagi iaitu ibu jari
mempunyai dua ruas secara kebetulan atau sesuka hati. Jika diamati betul-betul angka-
angka ini merupakan sebahagian daripada nombor Fibonacci dan kesimpulannya akan
memberikan kepada nilai Nisbah Emas.
Hasil daripada pengiraan dan pengukuran yang dijalankan pada jari tangan
sahabat saya, mendapati ianya menyokong segala penyataan yang menyatakan
bahawa anggota badan manusia merangkumi nisbah emas.Menurut Ismail & Hasma
2009, penyebabnya adalah untuk memastikan ruang yang mencukupi untuk
pertumbuhan. Maka, pertumbuhan sesuatu bahagian tidak akan menyekat
pertumbuhan bahagian yang lain. Selain, menyediakan nisbah yang terbaik untuk
pertumbuhan yang maksimum. Disamping, turut membantu mengekalkan kecekapan
kerana manusia sentiasa terus membesar.








19


Rujukan

Ismail Bin Kailani & Nor Hasmah Binti Mohamud, (2009). Mengkaji Nisbah Emas
Dalam Pertumbuhan Jasad Manusia Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir
SPN UTM : http://eprints.utm.my/11511/1/ didapati pada 1 April 2012

Mohd Syamim Bin Ahmad Musthafa, (2009). Golden Ratio :http://mathed.utm.my
didapati pada 3 April 2012
Nur Syamimi Mohd Razali, (2010). Nombor Fibonacci : http://mathed.utm.my
didapati pada 3 April 2012
Nurfatiah Binti Hamzah,Nurul Syahida Binti Muhamad Taufi, Elyna Fatinie Binti
Jamil, Nur Izzah Farhana Binti Mohamad Azhar & Nur Fadhilah Binti
Ghani, (2010). Misteri Nombor Fibonacci : http://izzahfarhana.com
didapati pada 6 April 2012

Nurfatiah binti Hamzah
Nurul Syahida binti Muhamad Taufi
Elyna Fatinie binti Jamil
Nur Izzah Farhana binti Mohamad Azhar
Nur Fadhillah binti abd Ghani

Anda mungkin juga menyukai