Anda di halaman 1dari 18

HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH

RASULULLAH S.A.W



1


ISI KANDUNGAN






BIL KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan..........................................................................2

1 Pendahuluan........................................................................3

1.1Erti Isra dan Mikraj.........................................................3
1.1.1Dari segi bahasa
1.1.2Dari segi istilah

2 Tarikh Berlakunya Isra dan Mikraj................................4

3 Dalil Peristiwa Isra dan Mikraj........................................5
4 Peristiwa Isra dan Mikraj Berdasarkan Surah Al-Isra
Ayat 1 Dan PendapaUlama...............................................5

5 Kronologi Peristiwa Isra dan Mikraj................................8
6 Pengajaran Dari Peristiwa Isra dan Mikraj.....................13
7 Penutup..................................................................................15

Rujukan








HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



2
Penghargaan






Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan petunjuk dan limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan HBIS4103 Pengajian Sirah Rasulullah S.A.W.
Jutaan terima kasih kepada Pensyarah; Al-Fadhil AlUstaz Dr Mahyudin bin Daud , E-
Tutors;Ustaz Zaradi bin Sudin yang telah mencurah segala ilmu, rakan seperjuangan ,
keluarga tersayang dan semua pihak yang yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
panduan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga individu lain yang telah
banyak membantu samada secara langsung atau tidak langsung.
Akhir kata jutaan maaf atas segala kekurangan dan kepincangan yang terdapat dalam
tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu adalah atas anugerah Allah SWT dan segala
kekurangan adalah atas kelemahan diri saya. Mudah-mudahan Allah SWT yang Maha
Pemurah melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya kepada kita
semua, Amin.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu yang tidak
bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, nafsu yang tidak pernah puas, dan dari doa
yang tidak dimakbulkan
Wassalam.


MOHAMAD GHAZALI BI N GHANI
680301035111001



HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



3
1. PENDAHULUAN
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh
Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya
dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda
untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaanNya. Sungguhpun peristiwa Isra
dan Mikraj adalah di luar jangkauan pemikiran manusia, namun umat Islam wajib
percaya dan menyakini bahawa peristiwa ini adalah benar berlaku dan segala-galanya
adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

1.1 Erti Israk dan Mikraj
1.1.1 Dari segi Bahasa :
Perkataan Isra dan Mikraj mempunyai maksud yang berbeza sebagaimana berbezanya
dua peristiwa tersebut. Perkataan Isra (( berasal dari perkataan )( yang
membawa maksud berjalan malam. Perkataan )( merupakan kata infinitif bagi kata
kerja )( yang juga membawa maksud berjalan malam. Akan tetapi terdapat
perbezaan antara dua kata kerja ini. Perkataan )( merupakan kata kerja tak transitif
manakala perkataan )( merupakan kata kerja transitif.

Manakala perkataan )( pula berasal dari perkataan )( yang membawa maksud
naik. Perkataan ) ( merupakan kata nama alat bagi perkataan )( yang membawa
maksud alat yang digunakan untuk naik iaitu tangga )

(.

1.1.2 Dari segi Istilah :
Dari segi istilah, Isra ialah perjalanan Nabi SAW pada waktu malam dari Masjidil
Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin dengan menaiki binatang
yang dikenali sebagai Buraq. Mikraj pula bermaksud perjalanan naik Nabi SAW ke langit
dengan menggunakan satu alat khusus yang dipanggil Mikraj iaitu tangga.



HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



4
2.0 Tarikh Berlakunya Isra dan Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj menjadi perselisihan di kalangan
ulama. Mengikut setengah riwayat peristiwa Isra' dan Mikraj ini terjadi pada 27 Rejab
tahun ke-12 dari masa kenabian beliau. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi
berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga
dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib
dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya
Zaid bin Haritsah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Pendapat lain pula mengatakan berlaku pada hari isnin 27 Rejab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah (tahun 619M).

Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah.
Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku
pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn
al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah
iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari
dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku
pada bulan Syawal. Menurut Ibn Qutaibah dan diriwayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta
disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu
pada bulan Ramadhan. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi
dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3
tahun sebelum hijrah. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi
daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada
perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama Rasulullah selepas kefarduan
solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah meninggal dunia sebelum
hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa
kefarduan solat berlaku pada malam Isra.
i

Ramai ulama Islam berpendapat bahawa peristiwa Israk dan Miraj berlaku satu tahun
sebelum hijrah, iaitu tahun ke-12 kenabian.
ii
Mereka bersandarkan hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Jabir r.a berkata:
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



5


Maksudnya: Diputerakan Rasulullah s.a.w pada Tahun Gajah, hari Isnin dua belas hari
bulan Rabiul Awal dan padanya Baginda dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya
Baginda dibawa naikkan ke langit (Mikraj) dan padanya berlakunya Hijrah dan padanya
Baginda diwafatkan..
iii

Walaupun pelbagai pendapat para ulama mengenai tarikh berlakunya Isra dan Mikraj,
namun tugas kita ialah meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku sebagaimana
yang tercatat dalam Al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW.
3.0 Dalil Peristiwa Isra Miraj


Maksudnya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS Al-Isra 17:1)
4.0 Peristiwa Isra dan Mikraj Berdasarkan Surah Al Isra Ayat 1 Dan Pendapat
Ulama.
Dari Surah Al-Isra ayat 1, para ulama telah merumuskan bahawa:
4.1. Isra dan Mikraj adalah mukjizat atau perkara luar biasa yang berlaku
kepada Nabi Muhamad SAW.
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



6
Syeikh M. Quraisy Shihab, menyebut penggunaan kalimah " "dalam ayat di atas
menunjukkan Isra dan Mikraj adalah suatu peristiwa yang menakjubkan dan
menghairankan bagi manusia biasa seperti kita, kerana terjadinya adalah di luar kebiasaan
manusia.
iv
. Peristiwa ini melampaui jangkauan pemikiran manusia, tidak dapat difahami
dengan fikiran yang kosong tetapi ia memerlukan kepada keimanan yang tinggi.
Imam Dr. Raghib Al-Ishfani menjelaskan bahwa kata Isra menurut bahasa
(lughat) adalah berasal dari kata Asra yang mempunyai makna memperjalankan.
Ulama lain mengatakan, kata Isra diambil dari kata Assurah yang berarti Ardhun
Waasiun yang berarti alam yang luas
v
.
4.2 Isra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW adalah dengan roh dan jasad .
Kalimah

dalam ayat di atas untuk menolak pendapat bahwasanya peristiwa itu


hanya berlaku pada ruh Nabi Muhammad sahaja, tidak pada ruh dan jasad. Kalimah
bererti hamba yang dan hamba bermaksud ruh dan jasad bersama-sama yang mengalami
peristiwa tersebut
vi
. Hamba juga adalah orang yang lemah yang tidak mempunyai daya
atau upaya untuk melakukan sesuatu.Dari sini kita dapat mengambil intisari bahwasanya
perjalanan Rasulullah SAW bukan atas kehendak beliau, tetapi ini semua atas kehendak
Allah SWT. Dan bukan hanya roh Nabi Muhammad sahaja, akan tetapi jasadnya juga
ikut serta dalam peristiwa ini
vii

4.3 Isra dan Mikraj Berlaku Pada Waktu Malam
Kalimah Lailan (

) bererti malam, sepintas lalu seolah-olah kalimah ini tidak


diperlukan lagi selepas kalimah

kerana

yang telah membawa maksud berjalan


pada waktu malam. Sayid Qutb menyebut kalimah malam di atas sebagai tujuan
memberi gambaran tentang ketenangan malam dan ketenangan jiwa yang dipenuhi oleh
gerakan yang lemah lembut yang berurutan dari peristiwa tersebut
viii
.
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



7

atau dari Mekkah ke Baitul Maqdis. Dinamakan Aqsa


karena jauhnya tempat itu dari Masjidil Haram. Tujuan dari perjalanan itu adalah untuk
memuliakan, memberkatinya dan agar Rasulullah melihat tanda-tanda kebesaranNya
yang menakjubkan. Pemilihan perjalanan Isra Mikraj dari Masjidil Haram adalah kerana
Masjidil Haram tempat peribadatan pertama bagi manusia.
ix
Perkataan Haram
bermaksud yang dihormati. Kerana keagungan Masjidil Haram inilah Allah
memberangkatkan Rasulullah SAW untuk melakukan perjalana Isra Mikraj dimulai dari
Masjidil Haram.
x


Al Aqsa

bermaksud yang jauh. Ini adalah tempat persiapan Rasulullah SAW


untuk melakukan Mikraj, dan Masjidil Aqsa adalah sebagai tempat suci dan tempat
kegiatan Nabi Musa as, Nabi Isa as, dan Nabi-nabi Bani Israil
xi
. Nabi Muhammad SAW
diutus untuk seluruh umat manusia, bukan dikhususkan kepada orang Arab sahaja
sebagaimana nabi-nabi terdahululu. Peristiwa ini yang bermula dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa itu seolah-olah menyatakan bahwasanya Nabi Muhammad diutus bukan
hanya untuk umat Islam saja, akan tetapi kepada untuk seluruh umat manusia.

Kalimah yang bererti kami berkati dan kata ini berasal dari kata Barakah yakni
kebajikan dan keberkatan
xii
. Kemudian kalimah

yang mempunyai erti sekitarnya,


inilah bukti bahawasannya Allah telah memberkati sekitar peristiwa Isra Mikraj.
Kemudian dalam penutup ayat ini (

)yang bermaksud
sesungguhnya Dia adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar, ada juga yang
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



8
memahaminya sebagai menunjuk kepada Nabi Muhammad SAW. Dan ayat di atas
menyebutkan awal perjalanan Isra, dan akhirnya yakni antara dua masjid. Hal tersebut
kiranya untuk memberikan isyarat bahawa perjalanan hidup manusia menuju Allah SWT,
hendaknya bermula dari masjid yakni kepatuhan kepada Allah dan berakhir pula pada
masjid, yakni kepatuhan kepadanya.

5.0 Kronologi Peristiwa Israk dan Mikraj
Ibn Mas'ud meriwayatkan bahawa setelah selesai pembedahan yang dilakukan sendiri
oleh Jibril AS, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
SAW dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra' (Ibn Kathir 2007, 52). Menurut
Ibn Sayyid al-Nas di dalam bukunya 'Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shama'il
wa al-Siyar,
xiii
Buraq adalah sejenis binatang yang melata berwarna putih, saiznya lebih
kecil daripada al-himar (keldai) serta memiliki sayap pada bahagian paha yang menutupi
kedua kakinya. Binatang ini dinamakan Buraq kerana ketangkasannya yang
diumpamakan seperti al-barq (kilat) (al-Aswad 1989, 53). Gambaran ciri-ciri Buraq ini
telah dijelaskan menerusi sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim.

Sepanjang perjalanan menuju ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Rasulullah SAW
diiringi oleh Jibril AS. Apabila tiba di tempat-tempat tertentu yang tercatat padanya
kisah-kisah sejarah Islam, Rasulullah SAW diajukan oleh Jibril AS supaya berhenti dan
menunaikan solat dua rakaat bagi menghormati tempat tersebut. Diriwayatkan oleh Anas
RA, antara tempat-tempat berkenaan ialah Yathrib, Tursina iaitu tempat Nabi Musa AS
bermunajat kepada Allah SWT dan Bayt al-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa AS
dilahirkan
xiv
. Selain itu, dicatatkan bahawa dalam perjalanan menuju ke Masjid al-Aqsa,
Rasulullah SAW dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat luar biasa.
Antaranya gambaran kaum yang sedang bercucuk tanam lalu terus menuai hasil tanaman
mereka, dan apabila selesai dituai, hasil tanaman yang baru keluar semula seolah-olah
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



9
belum lagi dituai. Keadaan ini berlaku berulang-ulang kali, maka Rasulullah SAW
diberitahu oleh Jibril AS bahawa gambaran itu menunjukkan ganjaran Allah SWT kepada
kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan mereka
xv
.
Rasulullah SAW juga ditunjukkan gambaran satu kaum yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan, mereka memakan daging mentah yang busuk, sedangkan daging masak dan
elok ada di sisi mereka. Menurut Jibril AS, mereka adalah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri
atau suami yang sah
xvi
. Selain itu, Rasulullah SAW juga menyaksikan sekumpulan
manusia yang sedang mengumpul kayu api, mereka tidak mampu untuk memikulnya,
namun mereka terus menambah beban kayu tersebut. Keadaan ini adalah gambaran bagi
orang yang gagal menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka
xvii
.
Sebenarnya, kesemua peristiwa ini memberi gambaran yang jelas kepada umat Islam
bahawa setiap amalan buruk yang dilakukan di dunia, pasti mendapat balasan yang
selayaknya di akhirat kelak. Secara tidak langsung, gambaran-gambaran tersebut
membuktikan ketegasan Islam berkaitan perkara larangan yang sememangnya membawa
kesan negatif di dalam kehidupan manusia.

Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW turun daripada Buraq dan kemudian
masuk ke dalam masjid lalu mengimamkan solat yang disertai oleh sekalian para Nabi
dan Rasul yang terdahulu daripada Baginda SAW. Peristiwa ini jelas menunjukkan
bahawa martabat Rasulullah SAW itu amat tinggi, sesuai dengan kedudukannya sebagai
rasul terakhir buat sekalian umat manusia.

Selepas peristiwa Isra, Rasulullah SAW didatangkan dengan Mikraj iaitu sebuah tangga
yang indah dari syurga (Ibn Kathir 2007, 55). Rasulullah SAW dan Jibril AS naik ke
langit dunia dengan menggunakan Mikraj tersebut. Seterusnya Baginda SAW dan Jibril
AS menaiki setiap tingkatan langit dunia yang terdiri daripada tujuh peringkat dan
bertemu dengan para Rasul terdahulu daripada Baginda SAW. Pada langit pertama,
Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Adam AS. Al-Baihaqi ada
meriwayatkan bahawa ketika ini Rasulullah SAW diperlihatkan dengan dua kumpulan
manusia, iaitu satu kumpulan daripada golongan yang beriman, manakala kumpulan
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



10
kedua terdiri daripada golongan yang melakukan dosa dan kejahatan
xviii
. Di langit kedua,
Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu dengan Nabi Yahya AS dan Nabi 'Isa AS.
Seterusnya, di langit ketiga Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Manakala
di langit keempat, Baginda SAW bertemu dengan Nabi Idris AS. Kemudian Rasulullah
SAW bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya daripada kalangan
Bani Israil di langit kelima. Di langit keenam, Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi
Musa AS. Akhirnya di langit ketujuh, Baginda SAW telah bertemu dengan Nabi Ibrahim
AS yang sedang bersandar di Bayt al-Ma'mur, iaitu sebuah tempat untuk para Malaikat
melakukan tawaf
xix
.

Selepas itu, Rasulullah SAW telah dinaikkan ke Sidrat al-Muntaha untuk bertemu
dengan Allah SWT, iaitu untuk menerima perintah solat lima waktu (Ibn Kathir 2007,
57). Imam al-Nawawi telah menukilkan pendapat Ibn 'Abbas dalam kitab Sharh Sahih
Muslim ketika membicarakan perihal Sidrat al-Muntaha. Menurut Ibn 'Abbas, tempat
tersebut dinamakan Sidrat al-Muntaha kerana pengetahuan para Malaikat terhenti di situ,
dan tiada sesiapa yang boleh melepasinya melainkan Rasulullah SAW (al-Nawawi 2003,
2/185). Menerusi penjelasan ini, dapat difahami bahawa Sidrat al-Muntaha adalah sebuah
tempat yang istimewa serta menjadi tempat larangan termasuk bagi para Malaikat. Ini
bermakna ketika di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW tidak ditemani Jibril AS.
Namun, perkara ini merupakan khilaf atau percanggahan pendapat dalam kalangan para
ulama.

Dalam kitab Fath al-Bari, terdapat sebuah hadis yang merakamkan kisah Mikraj
Rasulullah SAW serta gambaran tempat bernama Sidrat al-Muntaha. Dalam hadis
tersebut, Sidrat al-Muntaha digambarkan seperti sepohon pokok yang mempunyai buah
yang besar seperti tempayan dan daunnya pula lebar seperti telinga gajah (al-'Asqalani
2003, 2/270271). Turut diberitakan menerusi hadis tersebut bahawa pada pangkal Sidrat
al-Muntaha terdapat empat batang anak sungai, dua daripadanya ialah sungai ''batin'' iaitu
sungai di syurga, manakala dua lagi sungai merupakan sungai ''zahir'' iaitu yang terdapat
di dunia bernama sungai Nil dan Furat (al-'Asqalani 2003, 7/271). Berkaitan dengan
tempat sebenar Sidrat al-Muntaha, kitab Fath al-Bari turut menyatakan pendapat para
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



11
sahabat Rasulullah SAW mengenainya. Hadis Anas RA menyatakan bahawa Sidrat al-
Muntaha itu terletak di langit yang ketujuh, manakala hadis Ibn Mas'ud menyatakan
Sidrat al-Muntaha terletak di langit yang keenam (al-'Asqalani 2003, 7/270). Namun
demikian, Imam Ibn Hajar al-'Asqalani berijtihad bahawa sebenarnya tiada sebarang
kekhilafan antara kedua-dua pendapat tersebut kerana ia boleh membawa maksud bahawa
pangkal atau asal Sidrat al-Muntaha itu berada di langit keenam, manakala puncak serta
daun-daunnya mencapai sehingga langit yang ketujuh (al-'Asqalani 2003, 7/270). Jika
pendapat ini dipegang, maka secara jelas menunjukkan Rasulullah SAW masih ditemani
Jibril AS ketika di Sidrat al-Muntaha. Hal ini kerana, seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini bahawa ketika di langit keenam, Rasulullah SAW dan Jibril AS bertemu
dengan Nabi Musa AS, manakala di langit ketujuh, mereka bertemu dengan Nabi Ibrahim
AS.

Selain itu, diriwayatkan oleh Mujahid bahawa dahan-dahan Sidrat al-Muntaha terdiri
daripada mutiara, yaqut dan zabarjad (Ibn Kathir 1998, 7/3334). Dalam kitab Tafsir al-
Quran al-'Azim, Ibn Kathir turut menukilkan sebuah hadis daripada Ibn Zayd yang
menyatakan bahawa ketika peristiwa Mikraj, Rasulullah SAW melihat terdapat kumpulan
Malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah SWT pada setiap daun Sidrat al-Muntaha
(Ibn Kathir 1998, 7/3334). Di samping itu, diriwayatkan pula oleh Anas bin Malik RA
dalam hadis yang panjang, bahawa ketika di Sidrat al-Muntaha, Rasulullah SAW
dihidangkan dengan tiga bejana yang berisi arak, susu dan madu. Rasulullah SAW telah
memilih susu lalu meminumnya. Menurut Jibril AS, Baginda SAW telah membuat
pilihan yang tepat, iaitu pilihan yang menunjukkan fitrah. Fitrah di sini memberi maksud
bahawa menjadi satu kelaziman bagi Rasulullah SAW dan umatnya untuk mencintai
kebaikan dan membenci keburukan (al-'Asqalani 2003, 7/256). Sekali lagi, keadaan ini
menunjukkan Jibril AS masih menemani Baginda Rasulullah SAW ketika di Sidrat al-
Muntaha. Berbalik kepada persoalan fitrah, menurut Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti,
perkataan ''fitrah'' merujuk kepada Islam sebagai satu agama yang tidak sesekali
menyalahi tabiat semula jadi manusia (al-Buti 2003, 113). Dengan kata lain, kesemua
peraturan yang digariskan oleh Islam untuk umat manusia, tidak sesekali memberati
manusia untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



12

Selepas Rasulullah SAW dihidangkan dengan tiga bejana air tersebut, berlangsunglah
dialog antara Allah SWT dengan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini dirakamkan oleh
Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: ''Demi sesungguhnya, ia telah melihat
sebahagian dari sebesar-besar tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan
kekuasaan) Tuhannya'' (surah al-Najm, ayat 18). Pada awalnya, Allah SWT telah
memfardukan ke atas Rasulullah SAW dan umatnya ibadah solat sebanyak 50 kali sehari
semalam (al-'Asqalani 2003,7/256).

Selesai bermunajat kepada Allah SWT, dalam perjalanan turun dari Sidratal-Muntaha,
Rasulullah SAW menemui Nabi Musa AS dan Baginda AS meminta agar Rasulullah
SAW memohon kepada Allah SWT supaya diberi keringanan berkaitan jumlah solat
yang difardukan
xx
(al-Mubarakfuri 2000, 100). Maka dengan rahmat dan kasih Allah
SWT, akhirnya solat telah disyariatkan sebanyak lima waktu sehari semalam sahaja
dengan mengekalkan nilai ganjarannya sebanyak 50 waktu.

Selepas peristiwa Mikraj, Rasulullah SAW dibawa turun ke langit dunia semula untuk
kembali ke Baitul Maqdis. Rasulullah SAW telah dibawa menaiki Buraq untuk pulang ke
Mekah pada malam yang sama. Diriwayatkan bahawa kepulangan Rasulullah SAW di
Baitul Maqdis telah disambut oleh para Nabi dan Rasul terdahulu sebagai satu tanda
penghormatan terhadap Baginda SAW (Ibn Kathir 2007, 58).

Terdapat beberapa perselisihan di kalangan ulama sama ada peristiwa Isra Mikraj ini
berlaku melibatkan roh Baginda SAW sahaja ataupun jasadnya sekali. Ibn 'Abbas serta
majoriti ulama berpendapat bahawa peristiwa Israk Mikraj ini dialami Rasulullah SAW
secara roh dan jasadnya sekali, dan bukan dalam bentuk rohnya sahaja atau melalui
proses mimpi (Ibn Kathir 2007, 60). Pandangan ini turut dipersetujui Ibn Qayyim al-
Jawziyah seperti yang tercatat dalam kitabnya Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad
xxi
(al-Jawziyah 2003, 3/27). Perlu ditegaskan di sini bahawa ayat pertama surah al-Isra'
juga telah menjelaskan bahawa peristiwa ini memang benar-benar berlaku terhadap diri
Rasulullah SAW. Justeru, secara jelas Allah SWT menyatakan bahawa berlakunya
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



13
peristiwa ini adalah sebagai menzahirkan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya. Apa
yang lebih penting untuk difahami ialah peristiwa Isra dan Mikraj merupakan satu
peristiwa yang membawa mesej bahawa setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW
pastinya membawa makna dan pengajaran yang amat mendalam mencakupi aspek
keimanan khususnya berkaitan perkara-perkara ghaib.
6.0 Pengajaran Dari Peristiwa Isra Mikraj
Sebenarnya, jika dilihat dari sudut yang lebih menjurus kepada manfaat manusia di dunia,
peristiwa Isra, dan Mikraj telah membuka ruang yang amat luas bagi diadaptasi secara
kreatif dan inovatif untuk sumbangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai contoh,
penggunaan Buraq dapat dilihat sebagai satu manifestasi ke arah penciptaan kenderaan
berteknologi canggih dan pantas seperti yang wujud pada ketika ini.

Begitu juga pengembaraan manusia ke bulan adalah satu bukti peristiwa Isra dan Mikraj
telah diadaptasi oleh manusia sekarang untuk meneroka keajaiban alam walaupun
kemampuan manusia adalah terbatas dan banyak rahsia langit yang tidak dapat dicapai
oleh manusia.
Peristiwa Isra dan Mikraj memberi pengajaran bahawa orang Islam wajib beriman
dengan perkara ghaib. Peristiwa Isra Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah
menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima
perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Perjalanan yang mengambil masa
berbulan-bulan tetapi ditempuhi oleh baginda SAW dalam tempoh satu malam sahaja.
Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana di dunia ini banyak perkara yang
dibuktikan oleh sains bahawa ianya wujud,tetapi pada pandangan mata kita tidak dapat
melihatnya. Contohnya oksigen dapat dihidu oleh manusia, tetapi ia masih tidak
diketahui hakikat sebenarnya.
Pengajaran dari Isra dan Mikraj menunjukkan kewajipan melaksanakan ibadat solat.
Rasulullah yang berulang alik memohon pengurangan bilangan waktu solat dari Allah
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



14
menggambarkan kepentingan ibadah ini. Ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa
Allah Taala Maha Pengampun dan Penyayang kerana mengurangkan bilangan solat
kepada orang Islam.
Walaupun begitu, ibadat solat merupakan amalan yang dipinggirkan oleh sebahagian
besar umat Islam berbanding dengan amalan-amalan lain seperti berpuasa yang
diamalkan kebanyakan orang Islam, walaupun terpaksa berlapar dan berdahaga. Amalan
sembahyang yang tidak memakan masa yang panjang dan ringkas, umat Islam
meninggalkannya. Mengikut kajian, lebih 80% umat Islam di Malaysia meninggalkan
amalan solat 5 fardhu.
Sebelum Rasulullah diisrakan, Baginda menjalani suatu `pembedahan untuk
membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan
bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan
jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri.
Dalam peristiwa itu Rasulullah dipertontonkan dengan beberapa situasi nikmat dan azab
akibat daripada perlakuan dosa manusia. Ini menggambarkan bahawa manusia akan
dibalas setimpal dengan apa yang mereka kerjakan. Namun, dewasa ini gejala maksiat
berlaku dengan sewenang-wenangnya seolah-olah manusia tidak menghiraukan lagi
tentang amaran-amaran dari Allah.
Sifat sabar adalah perkara penting untuk membentuk jatidiri seorang dai
xxii
, Sebelum
melalui peristiwa Isradan Mikraj, Rasulullah mengalami tiga peristiwa sedih iaitu
kematian bapa saudaranya, Abu Talib, kematian isterinya, Khadijah dan penentangan
penduduk Taif. Walaupun ketiadaan Abu Talib dan Khadijah, tetapi baginda tetap
bersabar dan tidak melunturkan semangat untuk berdakwah. Allah Taala yang Maha
Mengetahui memahahami tentang kedukacitaan baginda telah menghiburkan hati baginda
dengan membawa berjalan melalui peristiwa Isra dan Mikraj. Peristiwa ini menimbulkan
keyakinan pada diri Rasulullah SAW bahawa sebesar mana pun masalah yang datang
pasti Allah akan menolongnya.
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



15
Tetapi orang-orang Islam sekarang ini tidak meletakkan pergantungan hanya kepada
Allah. Apabila mereka menghadapi sesuatu masalah mereka mencari perkara-perkara lain
seperti bahan-bahan yang memabukkan untk menghilangkan kerisauan mereka. Perkara-
perkara ini bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah, tetapi lebih banyak
mendataangkan masalah kepada mereka.
Melalui peristiwa agung ini memberi pengajaran kepada kita tentang peranan Masjid Al-
Aqsa kepada orang Islam.Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama kaum Muslimin
sebelum Allah SWT memerintahkan Nabi SAW memindahkan kiblat ke Masjidil Haram.
Ini menunjukkan hubungan yang erat antara Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa
sebagaimana disebut tentangnya di dalam ayat pertama Surah Al-Isra. Tetapi Masjidil
Aqsa sekarang ini sudah dikuasai oleh golongan Yahudi. Umat Islam di sekitar Masjid
Al-Aqsa dihalang untuk beribadat di dalamnya dan kehidupan mereka ditindas oleh
Zionis .Oleh itu, menjadi satu tuntutan kepada umat Islam sekarang untuk menghalang
gerakan dan kemaraan Zionis dan mengembalikan Masjidil Aqsa menjadi milik orang
Islam.


7.0 PENUTUP
Ibadat solat yang diterima oleh Rasulullah dan penyaksian baginda dengan balasan yang
diterima oleh manusia adalah satu menifestasi bahawa agama Islam mengutamakan
ketaatan dan keperibadian penganutnya. Ini juga selari dengan tujuan Rasulullah
diutuskan untuk membentuk keperibadian yang mulia.

Peristiwa Isra dan Mikraj bukan hanya untuk dibaca kisah-kisahnya sahaja tetapi umat
Islam perlu menghayati pengajaran-pengajaran dari peristiwa tersebut. Isra dan Mikraj
merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepada rasul-rasul
terdahulu. Justeru, pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah
direnung dan dihayati agar ianya dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan, baik
dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



16
peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa
kini.
( 3,538 patah perkataan )




RUJUKAN

al-'Asqalani.( 2003). Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Vol. 7. Beirut: Dar al-Kutub
al-'Ilmiyah.

al 'Allamah Syeikh Ahmad bin Muhammad al Sowi al Maliki, tahqiq Syeikh Toha Abdur
Rauf Sa'ad Hasyiah al Sowi 'ala Tafsir al Jalalain.(2001). Maktabah al Thaqofah
al Diniyyah, Kaherah.

al-Buti, Muhammad Sa'id Ramadan. (2003). Fiqh al-Sirah al-Nabawiyah. Beirut: Dar al-
Fikr al-Muasir.

al-Hamadhani, Badi' al-Zaman. (2003). Maqamat Badi' al-Zaman al-Hamadhani. Beirut:
Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.

al-Haythami, al-Hafiz Nur al-Din 'Ali bin Abi Bakr bin Sulayman. (2001). Majma' al-
Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id. Vol. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

al-Jawziyah, Ibn Qayyim. (2003). Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad. Vol. 3. Beirut:
Dar al-Fikr.

al-Ma'arri, Abu al-'Ala'. T.th. Risalat al-Ghufran, ed. Bint al-Shati'. Cairo: Dar al-Ma'arif.
al-Mubarakfuri, Safi al-Din.( 2000). al-Rahiq al-Makhtum. Beirut: Dar al-Kutub
al 'Ilmiyah.

al-Nas, Ibn Sayyid. 'Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shama'il wa al-Siyar.
Beirut: Dar al-Jil

al-Nawawi, Yahya bin Sharaf.( 2003). Sharh Sahih Muslim. Beirut: Dar Kutub
al-'Ilmiyah.
Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan. (2006). terbitan Yayasan Restu.

al-Suyufi, Mustafa. (1985). Malamih al-Tajdid fi al-Nathr al-Andalusi Khilal al-Qarn al-
Khamis al-Hijri. Beirut: 'Alam al-Kutub.

HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



17
Dr. Ismail Lutfi al-Fathani (2006) Israk & Miraj, Menurut Keterangan Al-Quran dan
Hadis Perniagaan Jahabersa

Fadl, Salah. (1992). Ta'thir al-Thaqafah al-Islamiyah fi al-Kumidiya al-Ilahiyah li Danti.
Cairo: Mu'assasah Mukhtar li al-Nashr wa al-Tawzi'.

Farukh, Umar. (1992). Tarikh al-Adab al-Arabi. Beirut: Dar al-'Ilm al-Malayin.
Hilal, Muhammad Ghunaymi. (1983). al-Adab al-Muqaran. Beirut: Dar al-'Awdah.
Ibn Kathir, Isma'il bin Kathir al-Dimashqi. 1998. Tafsir al-Qur'an al-'Azim. Vol. 7.
Imam As-Sayuti Ibnu Hajar Al-Asqalani (2008). Kisah Israk & Mikraj Nabi
Muhammmad SAW. Al Hidayah Publications Kuala Lumpur

Kafafi, Muhammad 'Abd al-Salam. (1971). Fi al-Adab al-Muqaran: Dirasah fi Nazariyat
al-Adab wa al-Shi'r al-Qasasi. Beirut: Dar al-Nahdah al-'Arabiyah.

M. Quraisy Shihab.(2002) Tafsir Al-Mishbah,Lentera Hati, Jakarta

Murtad, 'Abd Malik. (1988). Fann al-Maqamah fi al-Adab al-'Arabi. Tunis: Dar al-
Tunisiyah li al-Nashr.

Said Ramadhan Al-Buti (1985). Fiqh Al-Sirah 1: Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
Syeikh Abdullah Basmeih (1995), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran; Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri; Kuala Lumpur
Syeikh Jalaluddin al Mahalli & Syeikh Jalaluddin al Suyuti, Tafsir al Jalalain, cetakan
kedua 1995 M (1415 H), terbitan Darul Jiil, Beirut.


Syeikh Muhammad 'Ali al Sobuni (1999), Rowai'ul Bayan Tafsir Ayatil Ahkam minal
Quran, juzu' kedua, cetakan pertama.Dar al Sobuni.



i
Kisah Israk & Mikraj Nabi Muhamad SAW ,Imam As-Sayuti Ibnu Hajar Al Asqalani,
Terjemahan Drs H.Syahrin Jasah,Penerbit Al-Hidayah Kuala Lumpur p34 & 72
ii
Israk & Miraj, Menurut Keterangan Al-Quran dan Hadis,p15
iii
Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf, dan Al-Jauzaqani dalam Al
Abathil Lihat: Tarikh Maulid An-Nabi S.A.W Tulisan: Tharhuni.
iv
M. Quraisy Shihab, Tafsir Al-Mishbah, Jakarta, Lentera Hati, 2002 p400
v
Dr. Muhamad Soebari, M.A., Pelajaran Dari Isra Miraj Nabi, Jakarta, Khoirul Bayan,
2003 p6
vi
Syekh Muhammad, Matawwali Asy-Syarawi, Menyikap Misteri Isra dan Miraj,
Surabaya, Karya Utama p75
HBIS4103 PENGAJIAN SIRAH
RASULULLAH S.A.W



18

vii
Ibid p75
viii
Ibid p402
ix
Depag R.Indonesia, Al-Quran Tarjamah dan Penjelasan Ayat Ahkam, Jakarta, Pena
Pundi Aksara, 2002, p63
x
Ibid p402
xi
Syekh Muhammad Asy-Syarawi, Menyikap Misteri Isra dan Miraj, Surabaya, Karya
Utama, p97
xii
Ibid p405
xiii
'Uyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shama'il wa al-Siyar
xiv
al-'Asqalani. 2003. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari. Vol. 7. Beirut: Dar al-Kutub
al-'Ilmiyah p253
xv
Ibid p253
xvi
Ibid p253
xvii
Ibid p254
xviii
Ibid p266
xix
al-Mubarakfuri, Safi al-Din. 2000. al-Rahiq al-Makhtum. Beirut: Dar al-Kutub al
'Ilmiyah p100
xx
Ibid p100
xxi
al-Jawziyah, Ibn Qayyim. 2003. Zad al-Ma'ad fi Hady Khayr al-'Ibad. Vol. 3. Beirut:
Dar al-Fikr p27
xxii
Drs. Muhamad Soebari, M.A., Pelajaran dari Isra Miraj Nabi, Jakarta, Khairul
Bayan, 2003 p55