Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

NAMA GURU : MOHD KHAIRUL AMIN BIN MOHAMMAD


SEKOLAH : SK ABG ABD RAHMAN, SARATOK
KELAS : TAHUN 3
BIL MURID : 4 ORANG
M/PELAJARAN : PEMULIHAN MATEMATIK
TARIKH : 25 FEB 2013
HAR : SELASA
MASA : 0720-0820 PAGI (60MINIT)


KUMPULAN CERDIK
Nama murid
1. JOANNA SHARON KHO
2. JESSICA MANIA AK JOFORY
3. DAVID BECKHEM
4. RAVIN SEBASTIAN AK GURUH

Tajuk/Kemahiran 10. Operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula

Hasil pembelajaran:
Pada akhir
pengajaran dan
pembelajaran murid
dapat:


1. Menambah dua nombor, satu digit dengan gandaan sepuluh dan sebaliknya tanpa mengumpul
semula.
Pengetahuan sedia
ada:
Murid telah menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 18 (kemahiran 9, contoh soalan, 18-9=
9, 14-6= 8) pada ujian diagnostik 29.1.2014.
Strategi pengajaran
dan pembelajaran
Pemusatan guru (teknik bercerita pada sesi set induksi)
Pemusatan bahan (langkah 1- interaksi)
- Murid bermain sambil belajar dengan menggunakan kotak nombor
Pemusatan murid (langkah 2 dan 3 pengukuhan, permainan)
- Murid menyiapkan lembaran kerja
- Murid bermain permainan bahasa iaitu nombor beracun
Bahan bantu belajar /
sumber pengajaran
dan pembelajaran
Kad gambar (set induksi)
Kotak nombor (langkah 1)
Kad nombor (langkah 1)
Lembaran kerja (langkah 2)
Kerusi (langkah 3)

Nilai murni Keberanian (diterapkan didalam set induksi )
Berkerjasama (diterapkan didalam langkah 1)
Tolong-menolong ( diterapkan didalam langkah 1)
Rajin (diterapkan didalam langkah 2)
Kemahiran berfikir Menyusun atur( diaplikasikan didalam langkah 1)
Menyelesaikan masalah ( diaplikasikan didalam langkah 2)
Set induksi
(5minit)

1. Guru mencerita kepada murid sebuah cerita yang bertajuk pegembala kambing yang berani.
Dalam cerita tersebut guru terapkan unsur pengiraan seperti berapa bilangan kambing yang dibela
oleh pengembala tersebut.
2. Murid mengayakan apa yang diarahkan oleh guru berdasarkan cerita.
3. Guru menunjukkan kad gambar berdasarkan cerita.
4. Murid mendengar guru menerangkan nilai-nilai murni yang ada didalam cerita tersebut.
5. Guru meminta murid untuk mengira dan menyatakan nombor yang terdapat didalam cerita tersebut
untuk dikaitkan dengan isi pengajaran.(10 ekor kambing +34 ekor kambing)
6. Guru mengaitkan tajuk pengajaran pada hari itu.
Catatan nilai murni
Nilai murni yang diterap dalam sesi ini ialah keberaniaan, pegembala kambing tersebut menunjukkan
keberaniaan dengan melawan musuhnya untuk mempertahankan diri sendiri, jadi nilai ini diterapkan
didalam diri murid dengan berani tampil ke hadapan untuk menjawab soalan dari guru.
Catatan BBM
Kad gambar dan kad nombor digunakan semasa bercerita dan juga murid menggayakan aksi didalam
cerita dengan menggunakan kad gambar tersebut.
Strategi
Berpusatkan guru, guru menceritakan sebuah cerita dan murid mendengar dengan tekun
Sebelum memulakan Langkah 1, guru menjelaskan aktiviti P&P yang akan dilaksanakan. Guru memberi arahan supaya murid
lebih bersedia untuk belajar. Guru memulakan langkah satu apabila semua murid memberi perhatian dan kelas dalam keadaan
terkawal.
Langkah 1
(10 minit)

KOTAK NOMBOR
1. Guru menunjukkan klip video berkaitan dengan kotak nombor .
2. Murid melihat klip video tersebut dengan teliti.
3. Guru menunjukkan kotak nombor yang telah di reka khas dan diberi nama kotak nombor. Guru
menunjukkan demo tentang cara menggunakan kotak nombor itu.
4. Murid menggoncang kotak nombor untuk mengambil sekeping kad nombor
5. Guru meminta murid untuk membaca soalan matematik yang terdapat dalam kad matematik itu.

6. Murid diberi peluang untuk menyelesaikan soalan didalam kad tersebut, jika tidak dapat
menyelesaikan soalan yang diberikan guru akan menjalaskan cara untuk menyelesaikan soalan itu.
7. Murid perlu mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh guru
8. Guru mengarahkan murid supaya menyalin jalan pengiraan yang dibuat oleh guru
9. Guru mengambil batang pengiraan untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi kepada murid
10. Murid mencuba menyelesaikan soalan yang diberikan dengan cara yang ditunjukkan oleh guru.
Catatan
Nilai murni:
Nilai murni yang diterapkan didalam langkah ini ialah berkerjasama dan tolong-menolong. Nilai
kerjasama ini kita boleh lihat dimasa murid secara beramai-ramai cuba untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan oleh guru. Nilai yang seterusnya ialah tolong menolong, nilai ini diterapkan semasa murid yang
pandai mengira akan membantu rakan lain untuk mengira juga.

KBKK
Kemahiran berfikir yang diterapkan ialah menyusun atur, ia diterapkan semasa murid belajar menyusun
atur perkataan didalam bentuk nombor seperti yang diajar. Selain itu murid juga perlu menyusun nombor
didalam soalan untuk diselesaikan.

Strategi
Murid bermain dengan bahan yang guru sediakan dan dalam masa yang sama juga guru membimbing
murid untuk membaca kad perkataan.

BBM
Kotak nombor
Kad nombor

Guru meminta murid mengira secara beramai-ramai sekali lagi. Selepas itu guru mengarahkan murid supaya bertenang dan
mengeluarkan alat tulis. Guru meneruskan pengajaran dengan langkah kedua.

Langkah 2
(5 minit)


LEMBARAN KERJA
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa
mengumpul semula.
2. Murid menerima lembaran daripada guru.
3. Guru menerangkan arahan soalan kepada murid dengan jelas
4. Murid melakukan aktiviti, murid yang tidak memahami boleh bertanya kepada guru.
5. Murid yang telah menyiapkan lembaran kerja boleh meminta lembaran kerja yang lain dari guru.
6. Guru mengedarkan lembaran kerja baru, lembaran kerja baru ini berkonsepkan kolaj
7. Murid perlu menampal kertas warna kecil yang diberikan oleh guru untuk memenuhi kawasan yang
kosong pada lembaran kerja
8. Guru memberi pujuan kepada murid yang melakukan aktiviti ini dengan kemas.
CATATAN
KBKK
Kemahiran yang berfikir didalam langkah ini ialah menyelesaikan masalah, murid perlu
menyelesaikan masalah di dalam lembaran kerja yang diberikan.
BBM
Lembaran kerja kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa mengumpul semula, murid
menyalin semula perkataan yang dibelajar pada hari itu.
STRATEGI PEMBELAJARAN
Berpusatkan bahan, murid hanya melakukan aktiviti mengira pada lembaran kerja yang diberikan
oleh guru.
NILAI MURINI
Rajin, nilai murni ini ditekankan pada murid bila mereka perlu rajin membuat lembaran kerja yang
diberikan oleh guru.
Guru mengarahkan semua murid untuk menyimpan ke semua alat tulis dan bersedia untuk aktiviti permainan. Apabila murid dalam
keadaan terkawal barulah guru bergerak untuk ke langkah seterusnya iaitu langkah 3 (permainan)
Langkah 3
(7 minit)

SAMPUL BERACUN
1. Guru mengarahkan supaya murid dalam keadaan bertenang
2. Murid mendengar arahan permainan daripada guru.
3. Guru dan murid menyusun kerusi secara bulatan.
4. Murid duduk diatas kerusi seperti diarahkan oleh guru.
5. Guru memberikan kepada murid sampul surat beracun.
6. Murid perlu mengerakkan sampul surat beracun semasa memainkan lagu.
7. Apabila lagu diberhentikan murid perlu berhenti mengerak sampul beracun tersebut.
8. Murid yang mendapat sampul itu perlu membuka sampul dan menyelesaikan soalan pada kad
9. Jika murid tidak dapat menjawab soalan tersebut murid lain perlu membantu.
10. Guru memberi pujian kepada murid yang dapat menjawab dengan betul.
Catatan
Nilai
Berkerjasama, murid berkerjasama untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Strategi pembelajaran
Berpusatkan murid, murid melakukan aktiviti ini dengan bertanya kepada rakan-rakan
BBM
Sampul beracun, sampul ini perlu digerakkan oleh murid semasa lagu dimainkan ini memberi
keseronokan belajar kepada murid
Kad soalan, kad tersebut mengandungi soalan yang perlu dijawab oleh murid dengan betul
Kerusi, murid duduk diatas kerusi kerana ini mengurangkan pergerakan dan menjimatkan masa.

Kesemua murid diminta untuk berkumpul dihadapan kelas. Kelas dalam keadaan terkawal barulah guru melakukan penutup.
Penutup
(3 minit)
- Guru merumuskan pelajaran pada hari ini

- Penutup Kognitif
1. Murid menyebut semula perkataan yang telah dpelajari.
2. Murid mengeja perkataan tersebut secara kuat


- Penutup Sosial
1. Guru mengucapkan tahniah kepada murid kerana berjaya menjalankan aktiviti dengan baik.
2. Guru memberi nasihat kepada murid-murid agar rajin berusaha dan tingkatkan disiplin diri.
3. Murid yang menunjukkan sahsiah yang baik akan diberikan ganjaran berbentuk token.
Catatan
Nilai murni
Nilai murni diterapkan apabila murid-murid melibatkan diri dalam sesi pengajaran yang disampaikan oleh
guru.





Catatan / Ulasan / Komen:
________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________





Disemak oleh pensyarah penyelia/guru pembimbing
Catatan:


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disahkan oleh Guru Besar
Catatan:


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :






CATATAN REFLEKSI

ISU/PERKARA
YANG DIBERI
FOKUS

BUKTI/ANALISIS/PENJELASAN
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
(PENCEGAHAN/PENAMBAHBAIKAN)

KEKUATAN/
KELEBIHAN












KELEMAHAN/
KEKURANGAN













Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan :
Nama : Tarikh:______


Disemak oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :
Nama : Tarikh:________

Anda mungkin juga menyukai